Followers

Sabtu, Januari 28, 2012

Pejuang Akidah Yang Kantoi ....


Inna lillahi , wainna ilaihi raji'un .... Masya' Allah ... Gempar ! Seorang Pejuang Akidah terkenal tanah air telah menjadi korban kepada sebuah kereta camry.

Berita 'kantoi' Pejuang Akidah ternama ini boleh dibaca di sini.

Hellooo Zambry, adakah lagi Camry Pakatan Rakyat dulu tu...? Kesianilah mamat ini....dia dah jadi geng kamu wahai Zambry ...!!

Masyarakat harus mendesak pembentukan Suruhanjaya Diraja untuk NFC

By Clara Choo

KUALA LUMPUR, 27 Jan — Lim Kit Siang bertekad untuk memastikan kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) terus hangat, dan mendesak rakyat Malaysia berkerjasama mendesak kerajaan supaya membentuk Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal tersebut.

Beliau menggelar NFC satu "kontroversi terbesar", dan pemimpin veteran ini berusaha menyenaraikan beberapa sebab mengapa kerajaan, dan pemimpin utama seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, harus menghadapi kenyataan dakwaan bahawa mereka terlibat terhadap skandal tersebut.

"Konspirasi sedemikian tidak seharusnya dibiarkan, skandal 'kondominium lembu' NFCorp (National Feedlot Corporation) menjadi satu simbol kegagalan pentadbiran Najib dalam mencegah rasuah dan mengetuai kerajaan yang telus dan bertanggungjawab," kata Lim.

Dalam senarainya, Ipoh Timor MP menyatakan bahawa pinjaman kerajaan RM250 juta yang dimaksudkan bagi projek penternakan lembu diakui pernah digunakan untuk membeli unit-unit kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Singapura, petak-petak tanah di Putrajaya dan membiayai perjalanan ke luar negara dan “gaji-gaji luar biasa tinggi” untuk ahli-ahli keluarga Shahrizat.

Shahrizat, menteri dalam Kabinet Najib, telah berulang kali dikaitkan dengan skandal terbabit berikutan suaminya merupakan pengerusi NFCorp, dan anak-anaknya merupakan ahli lembaga pengarah dalam syarikat itu.

Lim juga menyatakan bahawa selain daripada Shahrizat dan keluarganya, personaliti-personaliti penting lain juga dikaitkan dengan skandal NFC itu, termasuklah Najib yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Projek Berimpak Tinggi apabila NFC dimulakan, Muhyiddin, yang ketika itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, dan Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian sekarang.

Beliau turut menamakan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerana beliau merupakan ketua Kabinet ketika projek itu bermula pada 2007.

Lim juga mempersoalkan keengganan pihak-pihak berkuasa untuk membincangkan skandal berkenaan, walaupun dengan jelas telah dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Antara lain, Lim menunjukkan bagaimana laporan Peguam Negara telah ditangguhkan daripada dibentang di Parlimen tahun lepas, keengganan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) “ selepas lima bulan” memulakan penyiasatan, kegagalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Azmi Khalid menyiasat skandal tersebut dan keengganan Najib dan Muhyiddin untuk melaksanakan siasatan Suruhanjaya Diraja.

Menurut Lim, percubaan-percubaan itu dilihat cuba menyembunyikan skandal berkenaan yang menurutnya bukan sahaja "kotor" seperti laporan media, malah, projek penternakan lembu bernilai jutaan ringgit itu merupakan satu “huru-hara yang dasyat”.

“Secara keseluruhan, terdapat halangan yang besar terhadap konspirasi tersebut bagi menyembunyikan skandal NFC/ NFCorp.

“Rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama atau fahaman politik, patut bersatu dengan suara yang terang dan jelas bagi menuntut pembentukan Suruhanjaya Diraja untuk NFC/NFCorp," katanya lagi. -Minsider

Jumaat, Januari 27, 2012

Hasan akan jadi 'budak suruhan' dalam 'kuasa ketiga'

Oleh : Salhan K Ahmad.

Timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Samad berkata bekas ketuanya, Datuk Dr Hasan Ali hanya akan menjadi "budak suruhan" dalam Umno apabila berjinak-jinak dalam kem "kuasa ketiga" – kumpulan yang dikatakan akan meraih sokongan pengundi penentu dalam pilihan raya akan datang.

orange book forum klscah 250111 khalid samadSambil menyifatkan 'kuasa ketiga' itu sebagai hanya "rekaan romantis" untuk kepentingan BN, Khalid (kiri) yang juga ahli parlimen Shah Alam berkata, ia hanya akan menjadi "pengacau" apabila calon dari kem Pakatan Rakyat berdepan dengan calon BN dalam pilihan raya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hasan dalam satu program wawancara di TV3, Rabu lalu yang antara lainnya mengupas mengenai gerakan kuasa ketiga yang bakal disertai bekas exco Selangor itu.
Hasan dalam program tersebut juga berkata, beliau tidak merangka untuk bergerak ke peringkat bertanding dalam pilihan raya, namun usaha melalui gerakan kuasa ketiga itu telahpun dimulakan oleh "teman-teman" yang tidak dinyatakannya.

Hasan juga berkata jenama kuasa ketiga itu masih belum ditentukan, namun beliau akan bergabung dengan wakil rakyat bebas yang lain, dengan menawarkan manifesto bersama walaupun tidak mempunyai parti sendiri.

Mengulas kenyataan itu, Khalid berkata, beliau juga tertanya-tanya siapakah lagi yang masih menyokong ADUN Gombak Setia itu, terutamanya di dalam PAS.

"Kalau dia ramai teman-teman yang sokong dia, seharusnya dia dapat pencalonan untuk jadi calon di Gombak Setia," kata Khalid lagi.

Tambahnya, Hasan juga sebelum ini termasuk dalam senarai 'top five' dalam senarai 18 pemimpin tertinggi untuk bertanding dalam jawatankuasa PAS pusat.

pkr taman ehsan selayang ceramah 020810 hasan ali"Dalam pemilihan tahun lepas, dia turun ke nombor dua tercorot. Kalau betul ramai sokong dia, kenapa perkara itu berlaku? Sepatutnya dialah yang dapat undi paling banyak," katanya lagi.

Dalam pemilihan parti pada 3 Jun itu, Hasan (kanan) berjaya merebut keanggotaan dalam jawatankuasa pusat dengan kedudukan di tangga ke-16, dengan kemenangan tipis 437 undi.

Khalid juga mendakwa, Hasan bukan saja telah "mengelilingi diri dengan orang Umno" selepas Mac 2008, malah turut mengenepikan orang PAS yang banyak membantu beliau ketika kempen pilihan raya.

"Dia tidak manfaatkan (kerjasama) team PAS. Dia tidak ambil orang PAS untuk berada di keliling dia, tapi dia dikelilingi orang Umno, lebih-lebih lagi semenjak dia tak dilantik jadi menteri besar.

"Orang yang kerja keras semasa pilihan raya 2008, lepas menang tiada lagi (bersama Hasan). Itulah antara sebab dia tak dapat pencalonan (bertanding di Gombak Setia)," katanya yang turut menjangkakan Hasan tidak akan merayu pemecatannya daripada PAS.

Hasan masih berpeluang sehingga 8 Februari untuk berbuat demikian.

Khalid berkata, penyokong dalam PAS juga sebelum ini masih bersimpati dengan Hasan selepas penceramah motivasi itu dikenakan tindakan penggantungan.

"PAS pun tak mahu pecat dia sebab kita sayang ahli kita. Kita nak selamatkan dia biar dia terus bersama PAS.

"Nampaknya dia dah tak mahu bersama walaupun telah diberi penjelasan. Semuanya bermula apabila dia tidak lagi jadi pesuruhjaya. Sebelum ini tak timbul masalah tapi bila tak jadi pesuruhjaya dia tak boleh terima.

"Mulalah dia buat perangai pelik-pelik, kemudian barulah (PAS) terpaksa pecat dia," kata Khalid lagi.

Khalid dan Hasan pada Januari 2010 sama-sama didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin – Hasan diberi amaran manakala Khalid dikenakan tindakan penggantungan jawatan sebagai timbalan yang dipertua PAS Shah Alam, serta keanggotaan dalam biro politik untuk tempoh enam bulan.

Hasan digugurkan daripada jawatan pesuruhjaya PAS Selangor pada Jun tahun lalu. Ketika itu, Hasan merupakan exco hal ehwal Islam, adat-adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam Selangor.

shamsul iskandar probed macc 120309Sementara itu, ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin (kiri) pula menjangkakan bahawa Hasan tidak akan dapat menarik ramai penyokong Pakatan dalam program jelajah dan ceramah yang akan dijalankannya.

Beliau juga yakin bahawa kuasa ketiga yang diuar-uarkan itu dibayangi pemimpin Umno, manakala gerakan itu pula diwujudkan untuk mendedahkan kelemahan dalam Pakatan.

Idea mengenai penubuhan kuasa ketiga itu kuat dikempen oleh media pro-BN, sebaik PAS bertindak memecat Hasan pada 8 Jan lalu – dengan mempromosi beberapa nama termasuk bekas ahli parlimen PKR, Datuk Zulkifli Noordin.

Hasan juga tampil dalam program wawancara di TV semenjak dipecat daripada PAS, seperti dalam siaran TV3 pada malam Rabu lalu.

"Rakyat telah matang untuk melihat pemimpin seperti ini kerana integriti dan kredibiliti mereka dipertikai," kata Shamsul ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya, masyarakat di negeri ini telah mula mengetahui bahawa isu bersabit Hasan bersifat "peribadi dan dendam kesumat."

"Itu akan menyebabkan Hasan Ali sukar tarik sokongan yang signifikan. Apatah lagi apabila dia dikelilingi orang yang ada krisis kredibiliti (dalam gerakan kuasa ketiga).

"Saya tak nampak dia popular, kecuali beberapa media yang kita maklum cenderung untuk beri laluan kepada beliau. Kerap kali sidang media (Hasan) diberikan siaran utama sama ada oleh TV1 dan TV3," katanya.

Menurutnya lagi, Pakatan juga tidak bimbang dengan program jelajah yang akan dijalankan Hasan dan strategi itu juga diyakininya tidak akan menjejaskan penyokongnya, terutama daripada PAS.

"Dia akan pergi ke semua kawasan parlimen di Selangor dan pastinya bertujuan untuk melemahkan Pakatan. Tapi di Gombak sendiri yang didokong oleh pemimpin seperti Azmin Ali dan Saari Sungib, bukan laluan mudah untuk Hasan Ali," katanya. - malaysiakini

Khamis, Januari 26, 2012

Kenali tuan punya hantu raya, pelesit dan polong yang mengamuk ....

“Tiada sesiapa memakai pakaian beruniform atau baju Umno. Semua dalam pakaian biasa dan dakwaan bahawa mereka memakai baju Umno hanya cerita sahaja,”

Demikian kenyataan polis dalam usaha menafikan penglibatan Umno yang merusuh dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU yang terpaksa ditunda.

Tuan punya polong, hantu raya atau pelesit yang mengamuk , biasalah tidak akan mengaku.Tapi apasal polis beriya benar mahu menafikannya? Walhal penyiasatan belum pun selesai.Terlalu awal bagi polis mengeluarkan kenyataan sedemikian dan amat tidak wajar.

Saya membaca berkenaan satu laporan polis yang kononnya dibuat oleh wakil penduduk Jalan Kebun menggesa Hindraf agar tidak memasuki kampung tersebut.

Melihat kepada nama Shaari Basri sebagai jurucakap penduduk terbabit.... mengingatkan saya kepada nama yang sama , mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Waris Malaya. Sekali gus memaparkan kepada kita penglibatan pertubuhan tersebut dalam isu ini. Sila imbas semula berita kat sini

Sekarang korang tengoklah sendiri dalam gambar diatas, gambar gerombolan yang buat laporan polis tersebut - Nampak tak Presiden Waris Malaya, Sheikh Wessal Sheikh Ahmad? Yang lain tu aku tak kenal! Yang mana satu Shaari Basri? Tapi aku sangat yakin yang baju cerah , pakai cermin mata rabun itu adalah orangnya. Entahlah.Harap tekaan aku tepat!

Walau apa pun, memangnya gerombolan ini dari 'Waris Malaya' walaupun tidak memakai baju 'Waris Malaya' sebab ketuanya ada di situ dan Shaari Basri tu pernah keluar namanya sebagai tukang cakap 'Waris Malaya'.

Gerombolan ini sebenarnya tidak dapat dipisahkan dari Umno/BN. Walaupun ada kenyataan dari pihak polis yang cuba menafikannya dengan berkata:

“Tiada sesiapa memakai pakaian beruniform atau baju Umno. Semua dalam pakaian biasa dan dakwaan bahawa mereka memakai baju Umno hanya cerita sahaja,” baca kat sini

Tetapi kita semua dah tahu, bahawa umno/BN adalah tuan punya hantu raya, pelesit dan polong yang mengamuk pada malam tersebut.

Gambar sebelah menunjukan Presiden Waris Malaya (tengah) dan Naib Ketua Umno Bhg Kota Raja, Abdul Raouf Mokhtar (kanan) sewaktu mengadakan protes henti perkhidmatan bas sedikit masa lalu. Yang pakai cap dan t-shirt merah tu adalah Shaari Basri, betulkan? Mereka ini gerombolan Waris Malaya @ Umno/BN !

Rabu, Januari 25, 2012

Jom Kenali Samseng Umno ini !

badak
Ingat lagikah kepada samseng Melayu yang serang ABU kat dewan Dewan MBSA seksyen 30 Jalan Kebun, Shah Alam? Ada yang kata namanya Baharom.Betul ker? Mungkin itu nama glamornya.

Tapi saya dapati di facebooknya. budak samseng ini dengan nama Muhamad Razali di sini

Rupa-rupanya samseng ini dari kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Waris Malaya. Siap ikut buat Protes henti perkhidmatan bas.

Tersandar kekeyangan sangat selepas dpt makan percuma

Lihat gambar budak samseng tu bersama dengan Presiden Waris Malaya, Sheikh Wessal Sheikh Ahmad.

Budak ini juga agak rapat dengan Naib Ketua Umno Bhg Kota Raja, Abdul Raouf Mokhtar dan sering berkomunikasi melalui facebook.Siap panggil 'boss' kat Naib Ketua Umno tu. Pergh! memang sah spesis samseng ternakan Umno!

Nama manjanya ’BOB’.Kalau nak tengok perangai gediknya dengan tunangan orang lain, silalah ke sini

Anda juga bolehlah berbual atau hantar mesej atau berbual-bual dengannya - BoB= o136249977

Selasa, Januari 24, 2012

Wang itu bukan dari saku Umno ...

Pemberiaan wang bantuan dengan nama (BR1M) bernilai RM500 kepada rakyat yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan rancak dilakukan di seluruh negara. Rakyat yang tinggal di beberapa kawasan yang melibatkan menteri, timbalan menteri atau orang utama dalam Umno sudah pun mulai menerima wang berkenaan.

Pembahagian itu dijangka akan selesai sepenuhnya menjelang pembubaran parlimen nanti. Setakat ini pembahagian wang itu berjalan lancar walaupun ada beberapa lokasi timbul kekecohan disebabkan salah 'teknik'. Kekacauan sampai baling kerusi, tumbuk menumbuk dan koyak boucher berlaku apabila ada rakyat yang berhak menerima dinafikan kerana dokumen mereka tidak lengkap atau pun tiada pengesahan.

Kalau kerajaan tulus dan ikhlas wang itu boleh dikredit terus ke dalam akaun rakyat tidak payah rakyat berjumpa mata dengan kerajaan dan mendengar tazkirah politik sejam-jam sebelum menerima bouchernya.

Kenapa baru kini kerajaan baik hati untuk memberikan mereka bantuan dalam bentuk tunai sebanyak RM500. Sudah lebih 50 tahun datuk nenek mereka berada dalam naungan kerajaan BN tetapi tidak pernah mereka mendapat wang nasib baik itu? Baca lagi di sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...