Pengikut

JELAJAH PERAK

JELAJAH PERAK
JELAJAH DEMOKRASI PERAK

MAKAN MALAM AMAL

MAKAN MALAM AMAL
MAKAN MALAM AMAL PAS SG SIPUT

Tuesday, March 27, 2007

Timbalan Ketua Polis Kelantan catat sejarah

KOTA BHARU 23 Mac – Polis Kelantan mencatat sejarah tersendiri hari ini apabila Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi tampil membaca khutbah Jumaat di Masjid Mukim Langgar, di sini.

Lulusan Sarjana Muda Syariah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu menyampaikan khutbah tersebut dengan lancar selama kira-kira 25 minit.

Ia kemudian diikuti dengan sembahyang Jumaat yang diimamkan oleh imam Masjid Langgar, Osman Mohd. Zain.
Selain sebagai satu usaha merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat, khutbah itu adalah sempena sambutan Ulang Tahun Pasukan Polis Ke- 200, Ahad ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0324&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Sementara itu di Kota Baharu ,Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan supaya pegawai polis yang menyampaikan khutbah Jumaat memegang senjata api seperti M-16 ketika berada di atas mimbar bagi menggantikan tongkat.

‘‘Saya pernah saran sebelum ini kerana Rasulullah sendiri pegang pedang ketika baca khutbah. Ini bertepatan dengan simbol kuasa baginda selaku ketua termasuk dalam soal pertahanan, dan polis juga boleh ambil contoh itu kerana polis juga adalah simbol kuasa dalam sistem masyarakat sekarang,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0327&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...