Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (CCID) Datuk Ramli Yusof yang disiasat kerana dituduh mempunyai harta sebanyak RM27 juta , mendakwa Badan Pencegah Rasuah (BPR) bertindak dengan tidak bertanggungjawab kerana melanggar Seksyen 21(4) Akta Pencegahan Rasuah apabila membocorkan maklumat siasatan itu kepada media.Dalam satu persidangan akhbar, Ramli turut mendakwa bahawa ada kaitan di antara pendakwaan ke atas beberapa orang bawahannya dan seorang peguam baru-baru ini, dengan operasi jabatannya ke atas "Ah Long" yang dijalankan sejak Mac tahun ini.
Ramli berkata beliau memandang berat siasatan BPR yang membocorkan identiti pemberi-pemberi maklumat polis.
"Identiti-identiti pemberi maklumat diperolehi dengan cara tidak mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara,"
Episode diatas adalah perkembangan terbaru daripada rentetan beberapa peristiwa konfrontasi antara dua kumpulan yang telah sedia berbalah iaitu KKDN dan PDRM.
Bekas KPN , Tun Hanif Omar, yang pernah mengetuai Polis Malaysia selama 20 tahun telah menulis suatu rencana yang menggambarkan :
“Polis telah terbahagi dua. Satu dipimpin oleh KPN; satu lagi oleh Director Polis bersama Timbalan Menteri”
Beliau telah mendedahkan tentang adanya perpecahan yang sekurang-kurangnya ada dua kumpulan dibahagian tertinggi dan akibatnya memberi kesan kepada para pegawai bawahan.
Satu kumpulan melakukan tangkapan terhadap yang didakwa ketua penjenayah dan kumpulan lagi satu bersama BPR dikatakan telah menyoal siasat para pegawai yang melakukan tangkapan tersebut ; dipercayai bahawa kumpulan pertama telah menghapuskan pemberi maklumat kepada kumpulan satu lagi.
Siapakah yang boleh kita percayai apabila satu kumpulan diketuai oleh KPN dan satu lagi oleh seorang Pengarah Polis disokong oleh seorang Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.? Mereka masing-masing bertentangan .
Kedua-dua KPN dan Timbalan Menteri tersebut telah dikaitkan tuduhan rasuah tetapi telah disiasat oleh BPR.
Kandungan laporan kepada Peguam Negara tidaklah kita ketahui. Apa yang kita tahu ialah Peguam Negara telah membebaskan mereka berdua. Jadi antara keduanya, siapakah yang boleh kita percayai?
Beliau telah menyarankan bahawa pembentukan Suruhanjaya Bebas Menyiasat Salahlaku dan Rasuah Polis - Independent Police Commission Against Malpractices and Corruption (IPCMC) dianggap sebagai usaha yang paling penting supaya kita ada cara untuk mendapatkan kebenaran.






0 comments:
Catat Ulasan