Pengikut

RAKYAT HAKIM NEGARA

RAKYAT HAKIM NEGARA
JOM BERSAMA ANWAR

Friday, August 01, 2008

Pusat Rawatan Islam di Ipoh

Raja Ahmad sedang melakukan rawatan dengan membacakan beberapa potongan ayat-ayat Syifa' dari al-Qur'anul Kareem

Baru-baru ini, saya telah mengantar kekanda saya ke Pusat Rawatan Islam Darussifa' kerana mengalami sedikit gangguan luar biasa dan tidak dapat dikesan oleh para doktor di hospital yang merawatnya.

Doktor yang merawatnya kata " tak ada apa-apalah , makcik, cuma gangguan 'angin sahaja', sedangkan beliau yang menanggungnya lebih memahami keadaan dirinya itu telah mengambil langkag mencuba perubatan Islam yang berhampiran dengan kediamannya - ke sebuah bangunan berhadapan dengan Masjid Kampung Melayu , Sungai Rapat Ipoh.
Pusat rawatan Islam ini telah lama memcurahkan jasa dan bakti membantu orang ramai untuk mendapatkan rawatan dengan kaedah menggunakan bacaan-bacaan ayat suci al-Quran.

Kaedah rawatan ini telah diasaskan oleh Tn Guru Datuk Dr Haron Din AlHafiz.Purata nya,lebih 600 orang setiap bulan telah mendapatkan perkhidmatan tersebut di pusat yang beroperasi di Kampung Melayu Sungai Rapat ini.

Menurut salah seorang tenaga pengamal rawatan Islam di sini, Raja Ahmad, " Perkhidmatan kami adalah percuma.Kami sekadar membantu dan yang memulihkannya ialah kuasa Allah SWT."

Raja Ahmad sedang mengemaskan 'rumput sambau' bagi kegunaan proses penyapuan kapur Melayu - sejenis kapur yg dibuat dari kulit kerang.Ikut katanya mampu merawat kanser jika diperingkat awalnya, dengan izin Allah.

Beberapa tenaga sukarelawan menyumbangkan tenaga dan masa lapang mereka bagi menjayakan misi pusat perubatan Islam ini memberikan khidmat kepada masyarakat.

“Kami tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk rawatan yang kami berikan. Orang ramai hanya perlu menyediakan bahan-bahan keperluan perubatan yang digunakan seperti limau atau Kapur Melayu , umpamanya, " jelas salah seorang pembantu di situ.

Antara bahan-bahan keperluan - limau nipis, ayer mineral , kapur Melayu ( tiada dlm gambar) dan rumput sambau yg sudah di bersihkan dan siap terikat kemas.

Mereka hanya perlu membayar harga air mineral RM2.00 bagi setiap botol yang besar dan terpulanglah kepada keikhlasan masing-masing untuk menyumbang kepada tabung pusat ini ,” jelas En Sabudin, selaku moderator , petugas sukarela dipusat tersebut yang senantisa memberikan perkhidmatannya disetiap hari Ahad bermula jam 8.00 pagi.


"Orang ramai perlu mendaftar nama mereka ke dalam buku pendaftaran dahulu untuk mendapatkan giliran mereka menerima rawatan disini.Ada ramai pengamal perubatan yang berkhidmat di tempat ini," jelas En Sabudin,

Orang ramai boleh menghubungi En Sabudin di talian Hand phonenya : 016 5644321

4 comments :

dyan said...

Ingin tahu adakah perlu stay di pusat perubatan tersebut sekiranya penyakit sukar diubati?

Puan Lina,Johor.

small_matter1014 said...

alamatnya di mana ye???

alhusseyn said...

Lebih mudah menghubungi no handphone yang saya berikan untuk maklumat lanjut.Terima kasih

Rizal toysbiz said...

kalau barang hilang boleh x?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...