SILA KLIK GAMBAR

Followers

ARTIKEL TERBARU

Khamis, Januari 29, 2009

CUTI UMUM DI NEGERI PERAK PADA 3 FEBRUARI

January 29, 2009 ,IPOH: Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin mengiystiharkan cuti umum kepada seluruh warga kerja di negeri Perak Darul Ridzuan pada 3 Februari 2009, Selasa depan sebagai menyambut Sambutan Perayaan Jubli Perak pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Sultan Perak.

Menurut kenyataan akhbarnya hari ini, cuti umum itu adalah bagi membolehkan rakyat turut sama menghormati dan meraikan 25 tahun pemerintahan Seri Paduka Sultan Azlan Shah di negeri Perak Darul Ridzuan.

Ia juga bertujuan bagi membolehkan seluruh rakyat Perak mengikuti upacara penganugerahan Darjah Kebesaran Azlanii yang diadakan hanya dalam tempoh 25 tahun sekali, yang diperkenan dianugerahi Paduka Tuanku Sultan Azlan Shah pada hari berkenaan. Seramai 25 orang akan menerima anugerah itu.

Nizar turut meminta agar semua premis kerajaan dan perniagaan turut mengibarkan bendera negeri bermula hari berkenaan sepanjang tempoh perayaan sebagai menghormati .
Sumber : perakDaily

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...