SILA KLIK GAMBAR

Followers

ARTIKEL TERBARU

Khamis, Januari 29, 2009

Perak akan balun Kelantan habis-habisan


Malam tadi bertempat di Residensi Menteri Besar Perak, Pasukan Bolasepak Liga Perdana dan Piala Presiden Perak telah diraikan dalam satu majlis sederhana ,jamuan makan malam bersama Presiden PAFA, Yang Amat Berhormat Dato Seri Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.


Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha PAFA, Anuar bin Hashim, Jurulatih M.Karathu dan lain-lain pegawai PAFA serta Ketua Kelab Penyokong Bolasepak Perak.

Dalam ucapannya, Nizar telah memuji kedua-dua pasukan tersebut kerana mampu menunjukan persembahan yang dapat menandingi pasukan lawan yang jauh lebih berpengalaman.


“Saudara-saudara masih muda dan baru; ambillah kesempatan yang ada ini untuk mendedahkan diri saudara kepada pengalaman-pengalaman bagi menambah baik mutu permainan saudara dari masa ke masa,” ingatan Nizat kepada pemain.


Selain memberikan suntikan semangat kepada para pemain Liga yang akan bertemu pasukan Kelantan pada 10 Februari ini, Nizar mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan para pemain yang kelihatan begitu gembira .


Nizar juga turut memaklumkan penurunan kadar harga tiket bagi perlawanan tersebut dengan tujuan untuk menggalakan lebih ramai peminat bola sepak tempatan dapat hadir bersama untuk memberi sokongan moral dan sorakan semangat kepada pasukan rumah dalamm perlawanan itu nanti.


Bagi tempat berbumbung yang harga biasanya RM20.00 di turunkan kepada RM15.00 dan tempat terbuka yang harganya RM10.00, kini boleh di dapati dengan harga RM8.00 sahaja.

Apa lagi Yob? Moh kita gi penuhkan stadium bawa anak bini semua! Tapi bukan malam ni, 10 Februari nanti! Ingat tu!
'

1 comments:

  1. Asalamualaikum Tuan,
    Saya minta jasa baik tuan untuk membenarkan saya men'copy paste' artikel tuan ini untuk dimuatkan di dalam forum Yob4ever.com. Saya bukanlah jurucakap ataupun wakil Yob4ever.com, cuma saya salah seorang forumers yang berdaftar dengan Yob4ever.com.
    Ini bertujuan supaya penyokong Perak mendapat maklumat sebenar atau tarikh sebenar bermula penurunan harga tiket dan sedikit info berkaitan makan malam yang berlangsung malam tadi. Terima Kasih
    D.Shahril Hakime Azimi @ D_08 @ DSH

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...