SILA KLIK GAMBAR

Followers

ARTIKEL TERBARU

Jumaat, Januari 30, 2009

Tajol : Tikus yang meninggalkan jong yang mulai karam

Langkah drastik Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali meletak jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Gerik pada 29 Mac ini dilihat sebagai PENAKUT YANG AMAT dan cuba lari daripada tanggung jawabnya sebagai seorang pemimpin.

Adakah masalah Umno Perak akan selesai dengan pengunduran beliau sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri dan kini berura-ura meletakan jawatan Ketua Umno Bahagian Gerik.

Apabila jong mulai karam, maka berebut-rebutlah tikus-tikus dan cecurut terjun ke laut untuk cuba menyelamatkan diri sendiri.Sebagai seorang kapten atau nakhoda kapal yang berwibawa , Tajol sepatutnya ikut sama timbul dan tenggelam bersama jong dan anak-anak kapalnya.

Tindakan Tajol Rosli tidak ubah seperti seekor tikus ; mencicit lari daripada tanggung jawabnya sebagai seorang pemimpin.

Sebagai pemimpin yang menikus macam itu memang beliau tidak layak untuk bertanding mempertahankan jawatan anggota Majlis Tertinggi pada perhimpunan agung Umno dari 24 hingga 28 Mac ini.

Beberapa ADUN Umno di Perak yang menyalahkan beliau sebagai punca kepada masalah dalaman yang berlaku, Tajol Rosli berkata:

"Saya ambil tanggungjawab, apa yang mereka cakap itu kita terimalah."

Tajol cuba berlagak hero sebelum ini dengan cuba menafikan berita perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Perak dengan berkata :

"Saya terperanjat dengan laporan itu. Akhbar itu memang tidak beretika. Selama ini hubungan saya dengan wartawan memang baik tapi hari ini saya memang marah dengan akhbar itu.

Al-Husseyn mengucapkan selamat bersara kepada Tajol. Jangan lupa letak jawatan sebagai Ketua Pembangkang dewan Undangan Negeri Perak.Raja Ahmad nak sangat tuu...Tapi adakah masalah Umno Perak sudah selesai atau baru bermula?

Sumber : Mstar online

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...