Pas telah memperkenalkan dasar kepimpinan Ulama sejak tahun 80an ketika Almarhum Pak Yusuf Rawa menjadi Presiden. Dasar tersebut telah mewujudkan sebuah institusi yang dinamakan sebagai Majlis Syura Ulama di samping memperkasakan Dewan Ulama Pas.
Timbul tanggapan hari ini bahawa jawatan Timbalan Presiden haruslah dipegang oleh mereka yang mempunyai title ulama atau ustaz. Adakah kepimpinan ulama itu bermaksud Presiden dan Timbalan Presiden itu mestilah ulama ataupun kepimpinan Pas merujuk kepada ulama atau syarak?
Penulis tetap mempertahankan bahawa kerusi Timbalan Presiden hendaklah diisi oleh seorang pejuang telah diuji dalam perjuangan menegakkan yang maaruf dan menentang kemungkaran dengan syarat kepimpinannya hendaklah sentiasa bernaung di bawah Majlis Syura Ulama.
Ulama itu tidak semestinya seorang pemimpin tetapi pemimpin itu mestilah sentiasa merujuk kepada Ulama. Penulis ada alasan dan hujah.
Semangat Kepimpinan Ulama
Semangat ini perlu diterjemahkan melalui perjuangan yang berani dan kecekalan dalam menerima ujian dan juga tawaran. Istiqamah amat penting dalam perjuangan yang mendokong kepimpinan Ulama. Kita tidak mahu tragedi seperti Ustaz Nakhaei Ahmad yang bertaraf Ulama namun tidak tahan ujian dan tawaran.
Timbalan Presiden Adalah Presiden
Ketika ketiadaan atau keuzuran Presiden, Timbalan Presiden adalah Presiden. Atas semangat kepimpinan Ulama maka pemangkunya ketika sebarang kemungkinan perlulah merujuk kepada Majlis Syura Ulama agar semangat kepimpinan ulama itu sentiasa segar.
Kemampuan Ilmu Syarak
Presiden atau Timbalan Presiden mesti seorang yang berkemampuan tinggi menyelesaikan masalah jamaah atau masalah umat berdasarkan peraturan syarak. Mampu merujuk masalah yang rumit dan halus di bawah naungan Majlis Syura Ulama. Hanya Majlis Syura Ulama yang mampu melakukan itu semua.
Pas Adalah Gerakan Islam
Pas bukan sekadar sebuah parti politik tetapi adalah gerakan Islam. Kemampuan pemimpin tertingginya membawa Pas menghayati ruh sebuah gerakan Islam sangat diperlukan. Sesiapa sahaja mampu memimpin sebuah parti politik tetapi tidak semua orang berupaya memimpin sebuah gerakan Islam.
Pemimpin yang telah teruji ketahanannya dalam mempertahankan survival gerakan Islam layak menjadi Timbalan Presiden.
Tiada Cacatnya Timbalan Presiden bukan Ulama
Semenjak sekian lama dua jawatan utama itu dipegang oleh ulama dengan gandingan Yusof Rawa Fadhil Noor, Fadhil Noor Abdul Hadi dan Abdul Hadi Nasharuddin, tidak timbul masalah besar.
Kalau Timbalan Presiden sekarang bermasalah apa salahnya kita tukarkan beliau dengan mereka yang bukan Ulama selama dua tahun, kita boleh lihat dahulu kemampuannya untuk memimpin sebuah gerakan Islam.
Siapa Yang Layak Menduduki Kerusi Itu Daripada Kalangan Bukan Ulama
Hanya pemimpin yang telah teruji dalam perjuangan ini dengan kesusahan, kepayahan dan kesukaran serta tawaran menarik tetapi terus kekal istiqamah sahaja yang layak menduduki kerusi itu.
Kita Perlu Berbeza Dengan Orang Lain
Parti sahabat kita atau parti saingan kita tidak meletakkan ulama sebagai tunggak. Kita tetap berbeza daripada parti lain kerana hierarki kepimpinan tertinggi kita adalah Ulama yang berada di dalam Majlis Syura Ulama. Sistem dalam Pas amat berbeza di mana Mursyidul Am adalah pemimpin nombor satu dalam parti.
Majlis Syura Ulama mestilah dipertahankan sebagai institusi yang tertinggi di dalam parti. Di samping itu Dewan Ulama sebuah lagi institusi dalam Pas juga wajib terkehadapan dalam mengolah isu-isu semasa dengan berlandaskan syara’.
Penulis berpandangan isu yang perlu di sini ialah kepimpinan dalam Pas perlulah diberikan kepada sesiapa sahaja samada mereka itu Ulama, profesional ataupun aktivis parti dengan syarat mereka itu adalah daripada yang terbukti mampu memimpin Pas membawa ke tahap yang lebih gemilang.
Jangan jadikan Ulama sebagai satu syarat untuk memimpin di dalam Pas. Kelak Pas akan berpecah teruk lantaran sikap bodoh sombong mana-mana individu yang mempergunakan title Ulama untuk melindungi kelemahan sendiri.
Akhukum fil Islam
Mohamad Hasan Marzuki

Renungkan dulu kemudian buat keputusan:
BalasPadamMURSYIDUL Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz ada membuat kenyataan menyatakan kira-kira perwakilan Muktamar parti berkuasa menentukan sesiapa bagi menjawat jawatan tertinggi dalam PAS.
Kiranya perwakilan merasakan barisan pimpinan yang ada perlu dirombak, maka kuasa itu ada pada perwakilan dan perwakilan boleh membuat pilihan dengan bijaksana.
Yang perwakilan tiada kuasa untuk memilihnya ialah Mursyidul Am. Kuasa itu hanya ada pada Majlis Syura. Majlis Syura yang terdiri dari empat wakil Dewan Ulama dan empat wakil Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bersidang memilih baki jumlah anggota Majlis Syura itu yang terdiri dari ulama dalam PAS. Mereka bersidang memilih Mursyidul dan Timbalannya.
Walaupun kuasa menentukan pimpinan parti itu ada di tangan perwakilan Muktamar, mesyuarat agung kawasan perlu serius, teliti dengan penuh rasa tanggungjawab mencalonkan sesiapa bagi menduduki saf pimpinan itu terutama bagi anggota Dewan Harian pusat yang dipilih dalam Muktamar.
Jangan sekadar bernafsu bagi mengadakan perubahan, maka dicalonkanlah sesiapa saja yang difikirkan dinamik dan berwibawa tanpa melihat kepada peranan, keperluan dan tanggungjawab sebagai pimpinan utama PAS yang peranannya adalah bagi memimpin umah bagi mewujudkan masyarakat Islam yang berdaulat dan membentuk pemerintahan yang di dalamnya terlaksana aturan dan peraturan Islam.
Tuntutan itu dikuatkan pula pembentukan Majlis Syura di bawah konsep kepimpinan ulama, maka ia menjadikan seperti satu kemestian Presiden dan timbalannya adalah wajar dari kalangan ulama.
Gelombang yang memperjuangkan konsep kepimpinan ulama bukan saja berjaya mengatasi kebuntuan pimpinan masa kini, malah ia berjaya mengatasi krisis besar itu dan dapat memulihkan semula ketumpulan yang dihadapi oleh PAS suatu ketika dulu (zaman Dato' Asri).
Apabila PAS menerima gelombang itu dan selesa dengan kehendak kepimpinan ulama yang berjaya memilihkannya dari kelumpuhan dan perpecahan, maka dengan sendirinya Presiden PAS mestilah seorang ulama. Maka ia akan dilihat janggal kalau ia tidak berpresidenkan seorang ulama sedang ia mempelopori konsep kepimpinan ulama.
Anggota Majlis Syura Ulama yang dibentuk itu mestilah terdiri dari ulama. Tuntutan itu begitu dan orang PAS pun mahu ia begitu. Logik susunan itu begitu ialah bagi mengelakkan krisis yang besar tidak berulang lagi. Ia tidak disebut begitu tetapi itulah hasrat yang tersurat.
Apabila ia mesti terdiri dari ulama, Presiden PAS wajar ada dalam majlis itu bagi membentangkan segala perkara yang perlu disampaikan oleh Jawatankuasa PAS Pusat kepada majlis itu. Walaupun ia tidak mensyaratkan Presiden mesti ada dalam Majlis itu tetapi ganjillah Majlis itu kalau Presiden tidak menjadi anggotanya. Walaupun Majlis itu mesti diwakili oleh empat orang ulama di dalamnya, Presiden adalah penting dan patut duduk di situ.
Sekalipun tidak dituntut Timbalan Presiden itu seorang ulama, tetapi timbalan itu akan memangku jawatan Presiden sekiranya berlaku sesuatu kepada Presiden. Timbalan Presiden bukan sekadar memanku jawatan Presiden tetapi dia mesti mewakili Presiden dalam Majlis Syura.
Adalah ganjil bagi sebuah parti yang mempelopori konsep kepimpinan ulama kalau pemangku Presidennya bukan ulama. Jika ia bukan ulama, maka akan berulang semula kejadian dalam tahun 70an PAS tidak dipimpin oleh ulama.
Yang membezakan PAS dengan UMNO ialah ia dipimpin oleh ulama. Adalah benar pada satu masa dulu semua orang takut kepada ulama. Tetapi sesudah ulama didaulatkan sejak 30 tahun dulu, tiada lagi orang yang takut kepada ulama. Pengundi Cina dan India kini amat yakin dengan pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Sekarang PAS berada pada kedudukan yang terbaik. Berkat kepimpinan ulama. Ia akan ada pemilihan dalam Muktamar Jun ini. Maka perwakilan bersedia untuk mencalonkan pimpinan. Boleh jika pimpinan yang ada diganti dengan yang lain. Demokrasi membenarkan dan Islam serta ulama pun membenarkannya.
Tetapi perwakilan mesti serius perubahan pimpinan itu mesti jangan sampai ia mencicirkan kepimpinan ulama. Ulama tidak mendakwa mereka ulama dan menuntut mereka dikekalkan. Yang mahu ulama tetap memimpin ialah Islam. Pada Islam ulama adalah pimpinannya. Ada sesuatu yang tidak kena pada Islamnya apabila tiada ulama yang dapat diketengahkan.
Orang Islam yang taqwa tetapi bukan ulama, mungkin lebih pintar dari ulama, tetapi ketaqwaannya mesti membantu mengenegahkan ulama kedepan. Barakah kepimpinan ulama itu adalah penting. Tidak ada pada yang lain.
Mungkin menasabah Majlis Syura yang kukuh dan didaulatkan memantau siapa dan ulama mana yang wajar menjadi Presiden dan Timbalan Presiden setiap kali ada pemilihan bagi memastikan ia tidak terlepas dari konsep kepimpinan ulama.
Mungkin Majlis Syura Ulama itu sendiri membincangkan kepimpinan ulama dalam Jawatankuasa PAS Pusat itu. Ia memberi nasihat dari semasa tentang pencalonan Presiden dan Timbalan Presiden. PAS bukan sekadar mahukan Presiden yang berwibawa tetapi ia juga mahukan timbalannya yang berwibawa.
Mungkin Majlis Syura sekarang mengambil tanggungjawab baru iaitu memikir dan menentukan barisan ulama yang berwibawa yang mesti berada dalam saf pimpinan pusat bagi menjamin tradisi pimpinan ulama yang kukuh dipertahankan.
Tokoh boleh diganti, tetapi institusi ulama sebagai pimpinan mesti dipelihara. Mursyidul Am telah membuka ruang bolehnya pimpinan itu ditentukan oleh perwakilan. Memang perwakilan ada tanggungjawab itu. Tetapi seruan itu lebih sempurna dijadikan satu peranan baru Majlis Syura bagi memestikan pimpinan ulama itu terpelihara dan sentiasa berada di bawah pimpinan yang dinamik.
Bukan ia bertujuan bagi mengongkong kebebasan perwakilan menentukan haknya tetapi ia perlu memandu perwakilan bagi membuat pilihan yang tepat. Orang Ansar merasakan Ansarlah patut memimpin umat selepas Rasulullah SAW wafat. Tetapi syura sahabat yang terdekat dengan Nabi SAW belum boleh ia dibuka kepada Ansar. Ia dibuka dulu kepada sahabat-sahabat yang lebih berwibawa terutama sepuluh orang yang dijamin syurga. Justeru pengukuhan Majlis Syura amat penting bagi membandu parti.
salam ,
BalasPadamade dah pun yang bertitle Ulama menyebut penonjolan DS Nizar hanyalah fenomena sementara aje katenye.
Hanya pemimpin yang telah teruji dalam perjuangan ini dengan kesusahan, kepayahan dan kesukaran serta tawaran menarik tetapi terus kekal istiqamah sahaja yang layak menduduki kerusi itu..... bab hak ni ana setuju tetapi teruji bagaimana???...adakah keluar masuk kemunting,turun naik mahkamah itu ujian???...atau hanya menunjjukkan kebodohan????. Kalau trend seseorang pemimpin itu lebih kearah ini, maka pemimpin sedemikian hanya meyebabkan lebih ramai kaki lawan dan kaki pukul didalam jamaah nanti... kalau pemimpin mengunakan akal, maka akan bijak pandailah mereka yg akan dipimpin itu. Keran itu saya tak sokong Mat Sabu.
BalasPadamQoute to - badok - mengapa perlu menyebut individu tertentu? Adakah kamu lebih baik dari individu tersebut? Sudahkah kamu diuji sedemikian? Sudahkah kamu membuktikan kebijaksanaan kamu? Siapalah kita hendak berkata sebegitu? Suka / tak suka, benci kepada seseorang? Siapa kita di sisi ALlah....?
BalasPadamSaya setuju dengan pandangan badok, Mat Sabu bukanlah calon yang sesuai untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden atas sifatnya yang agressif dan agak lancang bersuara..
BalasPadam