Kursus Motivasi untuk anak-anak
anjuran Smartcom Consultancy.
Akan diadakan di pada 18 – 20 Dis. 2009. [KLIK SINI]


Ahad, Julai 19, 2009

Demi kewibawaan SPRM dan PM Najib - tiada pilihan lain selain mewujudkan Suruhanjaya Diraja Penyiasatan


18 Julai, Ipoh : Lim Kit Siang telah mengadakan satu sidang medianya di Wisma DAP pagi tadi dan terjemahannya lebih kurang berikut :

Pagi kelmarin saya telah menghantar satu fax segera kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta diadakan satu pertemuan yang secepat mungkin yang boleh sekembalinya dari luar Negara bagi membincangkan mengenai kematian luar biasa Teoh Beng Hock , Setiausa Politik Exco Selangor, Ean Yong Hian , yang terhumban jatuh dari tingkat ke-14 Ibu Pejabat SPRM Selangor pada Khamis lepas.

Saya telah menyatakan dengan jelas tujuan pertemuan tersebut bagi membincangkan mengenai kematian luarbiasa Teoh yang dibawah tahanan SPRM , mengakibatkan kemarahan rakyat diseluruh negara tanpa mengira bangsa, ugama, fahaman politik .

Saya bersedia menemui Najib walaupun di Lapangan Terbang KLIA apabila belau kembali esok.

Jika Najib sedia menemui saya, saya akan meminta Ketua Pembangkang Parlimen dan Ketua Umum Parti Keadlan Rakyat Malaysia , Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang untuk bersama demi kewibawaan SPRM dan kedudukan Najib sendiri sebagai Perdana Menteri, bahawa tiada pilihan lain selain menubuhkan Suruhanjaya Diraja Penyiasatan keatas kematian luar biasa Teoh Beng Hock yang terhumban jatuh daripada tingkat ke-14 bangunan Ibu Pejabat SPRM Selangaor di Shah Alam

Kepercayaan masyarakat terhadap kabinet tidak bertambah baik lantaran reaksi janggal (schizophrenic) dan bangga diri daripada beberapa Menteri keatas kematian Teoh Beng Hock.

Saya gembira kelmarin bila Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin yang pada mulanya menolak diadakan Suruhanjaya Diraja Penyiasatan keatas kematian Teoh Beng Hock, berkata bahawa permintaan bagi penubuhan Suruhanjaya Diraja Penyiasatan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet yang akan datang Rabu ini.

Tetapi yang paling mendukacitakan adalah kenyataan daripada dua Menteri Kabinet, seorang oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan seorang lagi oleh Presiden MCA, Menteri Pengangkutan , Datuk Seri Ong Tee Keat.

Selepas menyepi sejak Khamis dan Jumaat, Ong telah mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggung jawab bahawa Kabinet akan ‘meninjau ’ terlebih dahulu sama ada perlunya mengadakan Suruhanjaya Diraja Penyiasatan tersebut.

Apa lagi perlu tijauan? Apa yang rakyat mahukan ialah Ong bersama tiga lagi Menteri MCA, juga Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon supaya mengambil langkah yang tegas dalam Kabinet supaya Suruhanjaya Diraja Penyiasatan keatas kematian Teoh diwujudkan dan tidak ada cara kedua yang lain.

Jika diatas kematian Teoh, Ong dan kumpulann 4 Menteri MCAnya dan Koh tidak dapat menyakinkan penubuhan Suruhanjaya Diraja tersebut, apa gunanya mereka kekal berada dalam Kabinet?

Ketegasan tanpa berkompromi mesti diambil selepas kenyataan yang menggemparkan oleh Hishamuddin kelmarin yang berkata bahawa openubuhan Suruhanjaya Diraja itu tidak perlu terburuburu kerana pihak polis yang menyiasat kes tersebut masih dalam peringkat awal.

Apakah Menteri-Menteri MCA dan Gerakan bersedia untuk bercakap benar dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini dan menyampaikan rasa hilang kepercayaan masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum dan ugama , dalam hal siasatan politik hingga ke kes-kes kematian dalam tahanan berprofail tinggi – setelah kes skandal melampau ‘Mata Lebam Anwar’ sermasa dalam tahanan polis di tahun 1998, bila mana polis mendakwa bahawa Anwar melakukan sendiri dan menyebabkan matanya lebam.

Muhyiddin telah mengelirukan rakyat bila mengatakan bahawa hanya Kabinet sahaja yang boleh memutuskan m tentang penubuhan Suruhanjaya Diraja Penyiasatan keatas kematian Teoh.

Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk membuat keputusan tersebut dan membuat pengumuman mengenainya walaupun sebelum Kabinet bermesyuarat – sepertimana mantan Perdana Menteri , Datuk Seri Abdullah Badawi lakukan pada Isnin, 28 November, 2005 sewaktu mendarat tiba di lapangan Udara Angkatan Diraja Malaysia (RMAF), Subang , sekembalinya dari mesyuarat CHOGM di Malta , mengumumkan penubuhan suatu penyiasatan bebas keatas skandal polis berhubung isu ‘Ketuk Ketampi Bogel’ tanpa merujuk kepada mesyuarat Kabinet.!

Adakah Najib tidak mampu membuat keputusan dan tindakan segera seperti Abdullah untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja Penyiasatan yang melibatkan skandal agensi-agensi seperti Polis dan SPRM yang merupakan tunjang kepercayaan rakyat dan kewibawaan keseluruhan pentadbiran dan kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri?

2 comments:

Tok Kiyai berkata...

Cuba anda bayangkan kalau Teoh itu adalah setiausaha politik exco umno dan dia terbunuh semasa dalam sisatan SPRM.. Saya rasa umno akan mendendangkan isu tersebut 24 jam sehari dan mereka akan kata Teoh dizalimi..

TEKONG DARAT berkata...

salam tuan hussein...
saya tak dapat bayangkan bagaimana keadaannya apabila suatu hari nanti pakatan rakyat memerintah malaysia...
saya hanya dapat fikir bahawa peralihan kuasa tidak akan terjadi dengan mudah...
maknanya bn tidak akan senang2 turun dari kuasa...saya hanya terbayangkan pertumpahan darah...
jika mereka kalah 5 negeri pun sudah begini jadinya, apalagi bila mereka gagal memerintah negara....
saya terbayangkan api perkauman akan ditiup supaya marak-semaraknya...
saya terbayangkan polis dan tentera akan berperang dengan rakyat yang membayar gaji mereka....

diharap keriasauan saya ini tidak berlaku jika suatu hari nanti berlaku perubahan tampuk kuasa...
amin...

Catat Ulasan