SILA KLIK GAMBAR

Followers

ARTIKEL TERBARU

Jumaat, September 25, 2009

Hasan Ali Kelentong atau Ikhlas ?

Seorang sahabat menulis dalam blognya dengan tajuk : BERHUJJAH DARI SUMBERNYA.... BUKAN DIKUTIP DARI MEDIA DAN ORANG KETIGA.

Dari mafhum tajuk tersebut, saya menjangka akan membaca hasil temuramah beliau dengan individu berkenaan; rupa-rupanya jangkaan saya itu meleset jauh.Apa yang di paparkannya lebih awal telah saya baca di sini.

Sahabat saya itu juga menulis : Kaedah hukum mengajar...orang dituduh mesti diberi peluang membela diri..jangan ISA kan.

Oklah wahai sahabatku, macam-macam tuduhan dilemparkan orang kepada Hasan Ali.Saya tidak mahu kata Hasan Ali itu pembohong atau pembelit tetapi saya tertarik dengan penafian dalam kenyataan resminya ( setelah beliau dikecam hebat ) yang dibuatnya seperti berikut :

Sehubungan dengan itu saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mencadangkan agar keanggotaan SELCAT dirombak dan dilantik dari kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan. Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.[Klik di sini]

Kenyataan sebelumnya (yang buat orangramai marah) dibuat oleh Setiausaha Pablisiti dan Perhubungan Media PAS Selangor ( Secretary of PAS Selangor publicity and media relations.) seperti berikut :

Hasan Ali did not mention the dissolution of Selcat or reducing its powers. Instead, to augment it, he proposed a panel of professionals in the commission. This is to ensure that each detailed point of the case is analysed and concluded by minds that are trained to do so.

Hasan Ali tidak menyebut tentang rombakan Selcat atau mengurangkan kuasanya. Sebaliknya beliau mahu menambahkannya, beliau mencadangkan satu panel terdiri daripada professional dalam suruhanjaya tersebut.Ini adalah untuk memastikan bahawa setiap inci butiran kes dianalisa dan dibuat kesimpulan oleh minda yang terlatih untuk melakukannya.

A panel that consists of ex-judges, lawyers, engineers or any other relevant professionals is necessary to ensure that every stone is turned and every statement is investigated.

Satu panel yang terdiri daripada bekas-bekas hakim, peguam, jurutera atau lain-lain professional yang relevan yang diperlukan untuk memastikan bahawa setiap yang tersembunyi didedahkan dan setiap kenyataan disiasat. [KLIK DI SINI]

Dan kalau ada kelapangan dan mahu baca berita tentang Hasan Ali yang DIKUTIP DARI MEDIA DAN ORANG KETIGA. [KLIK DI SINI]
'

4 comments:

  1. letak orang bangang pimpin rakyat, bangang lah jadinya...

    tuan punya blog ni pun bangang jugak

    BalasPadam
  2. Zambry Lanun tu lagi terlebih bangang hingga tak tahu macam mana nak buat persidangan Dun Perak

    BalasPadam
  3. "Jika ada masalah yang berlaku, ia adalah perkara biasa. Dalam keluarga dua tiga orang pun ada masalah, apa lagi pakatan yang besar."kata Yb Salaehudin.

    Saya setuju.. memang syaitan dok cari jalan nak 'lagakan kita' yang nak tegakkan Islam.. wudhuklah jika rasa nak marah... :)

    www.mahkamah-akhirat.blogspot.com < jemputlah datang>

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...