SILA KLIK GAMBAR

Followers

ARTIKEL TERBARU

Rabu, September 30, 2009

Sokong Isa Samad bererti anda menyokong rasuah


Tiada pilihan lain bagi BN melainkan menamakan Tan Sri Isa Samad sebagai calon bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang setelah diugut oleh gerombolan Umno Bahagian tempatan yang memberikan kata dua kepada pimpinan pusat ; samada Isa Samad atau pemulauan.

Kemelut tersebut timbul apabila pimpinan pusat cuba mengenepikan Isa Samad dan menggesa Umno bahagian terbabit menamakan individu lain untuk dicalonkan kerana Isa Samad pernah dihukum gantung kerana terbabit dalam rasuah politik tidak lama dulu.

Isa digantung selama tiga tahun mulai 24 Jun 2005 kerana rasuah politik melanggar etika pemilihan pucuk pimpinan Umno 2004.BN cuba meletakan calon yang dilihat bersih, namun gerombolan Umno tempatan tetap mahukan pemimpin seperti Isa Samad, seorang yang tidak amanah kerana melanggar etika parti.

Walaupun beliau telahpun menjalani hukuman penggantungan keahliannya dalam Umno, beliau tidak pernah dihadapkan ke SPRM.

Umno menganggap rasuah politik yang dilakukan oleh Isa Samad hanyalah satu kesalahan kecil sahaja walaupun Isa Samad ketika itu adalah seorang Menteri Wilayah dan pernah menjadi menteri besar Negeri Sembilan. Kesalahan rasuah politik tentunya melibatkan wang yang bukan sedikit. Namun Umno sekadar menganggapnya sebagai melanggar etika parti dan dianggap sebagai kesalahan kecil sahaja.

Terbukti bahawa pemilihan Isa Samad ini menunjukan bahawa Umno tidak serius untuk membenteras gejala rasuah yang berleluasa dalam negara.Kalau Umno sendiri gagal membenteras rasuah di kalangan ahli sendiri dalam pemilihan parti mereka ; bagaimana pula mereka akan mampu membenteras rasuah diperingkat negara?

SPRM tidak berani untuk menyiasat Isa Samad dan begitu juga Jawatankuasa Disiplin Umno yang terpaksa mengurangkan hukuman gantung keatas Isa dari enam tahun atau dua penggal kepada tiga tahun sahaja selepas beliau membuat rayuan.

Sekarang adalah peluang rakyat untuk menghukum Isa Samad perasuah licik ini.Kalau anda bencikan amalan rasuah, anda mesti tidak akan memberikan undi anda kepada Isa Samad.Buktikan bahawa usaha kecil anda ini akan mengajar Umno supaya mereka benar-benar mahu menbenteras gejala rasuah di Malaysia.
'

10 comments:

  1. Dalam Islam, seseorang yang telah menjalani hukuman dan telah bertaubat akan diterima kembali dalam masyarakat. Beliau akan diberi peluang bersama2 menjalani kehidupan biasa.
    Dalam agama saidara macamana pulak?

    BalasPadam
  2. Salam cikgu,
    Depa ni memang suka pada duit..pengampunya bercerita pasal duit dan projek Isa muncung mulut mau 1" keluaq.
    Tugas kita sebagai khalifah atas muka bumi Allah ialah bermunajat pada yang satu untuk kemenangan PAS yang untuk menegakkan Agama Allah..

    BalasPadam
  3. Bolehkah saudara ulas sedikit tentang kes Mat Sabu?
    Kes bekas ADUN Terengganu yang baru 1 penggal dah bina rumah 7 juta ringgit? Nak sebut namanya ke?
    Macamana pulak dengan menantu Nik Aziz?
    Begitu juga kes ADUN PAS yang kawin di Thailand?
    Islam tidak mengajar kita memburuk2an orang. PAS munkin berlainan.

    BalasPadam
  4. Apakah dengan menyokong Anwar Ibrahim sebagai bekas banduan, menyokong Mat Sabu sebagai pesalah khalwat adakah kita dianggap menyokong liwat dan khalwat ?

    Saudara Hussieyn beragama apa? selalu menulis secara fitnah supaya parti saudara betul dan tiada salah. Saya cuma menelah, mungkin saudara seorang Islam kerana nama seakan orang Islam, tapi akidah saudara, adakah dari akidah jesuit atau bahai atau gautama..boleh terangkan ?

    BalasPadam
  5. Kesalahan rasuah Isa Samad itu hanya dihukum ikut hukuman kroni umno sahaja dan bukan bersumberkan hukum Allah atau sekurang2-nya hukuman / siasatan oleh SPRM.
    Allah mengingatkan dgn ayat 79 al-Maidah , mafhumnya : mereka satu sama lain tidak melarang tindakan mungkar yg mereka perbuat.Sesungguhnya amat buruklah apa yg selalu mereka perbuat itu.
    Badan Disiplin Umno tidak mampu membenteras gejala rasuah didalam Umno dan hanya bertindak atas kepentingan politik orang tertentu sahaja dan bukan atas kepentingan parti.

    BalasPadam
  6. tentang kes Mat Sabu? Yg aku tahu najib kena tangkap khawat dgn Ziana Zain kat Port Dickson -Isa samad pi tlg lepaskan.Sekarang ini najib terpaksa balas jasa Isa Samad pula! Lantik dia jd calon walaupun kuat rasuah!
    2.bina rumah 7 juta ringgit? Yg aku tahu Khir Toyo punya rumah RM23 juta....jgn lupa Istana YB yg dah mati tu...lupa namanya!
    3.kawin di Thailand? Itu kena tanya kat mat Taib Tyson yg pernah usong Ku Yah kesana.Kau fahamkan? Nak tanya apa lagi?

    BalasPadam
  7. Hussieyn beragama apa? Islam yg diturunkan Allah melalui para nabi dan rasul.Bukan Islam Hadhari anutan Umno atau bawaan Rasul Melayu...

    BalasPadam
  8. saudara sebenarnya menzalimi diri sendiri, mengapi-apikan perpecahan, mengadu domba, menggalakkan pergaduhan.

    Akhlak2 ini tidak pernah di bawa Rasulullah, jgn burukkan nama Rasulullah , saudara yang berbuat mungkar, jangan kaitkan dengan Rasul kami. Rasulullah ikutan kami tidak pernah menganjurkan umatnya berpecah belah, menfitnah, mengadu domba seperti semua tulisan saudara di dalam laman fitnah ini.

    Jika saudara Islam, maka berlaku adil serta mengucaplah serta bertaubatlah. Saudara telah banyak membawa perpecahan.

    Rasullullah insan mulia dan membawa akhlak mulia.Saya sebagai orang Islam ingin menyeru kepada saudara, kembali lah kepada ajaran Islam yang dibawa Rasullullah untuk berkasih sayang kepada umat dan menyatu padukan ummah.

    Pendekata jangan saudara cuba bertopengkan agama Islam dan memburukkan nama Rasulullah kami, perjuangakan agama saudara ( bukan agama islam) mengikut cara saudara tapi janganlah kaitkan Islam serta janganlah babitkan nama Rasul junjungan kami , Nabi Muhammad saw dalam tulisan saudara.

    Semoga saudara mendapat taufik dan hidayah dan akhirnya memeluk agama Islam yang diredhai Allah ini.

    BalasPadam
  9. Sdra anak Mualaf,
    Agama Allah adalah untuk semua. Tidak ada untuk PAS dan UMNO. Mengapa Nik AZIZ timbulkan pasal aqidah PAS dan Aqidah UMNO. Bukankah Kita baca AlQuran yang sama?
    Qiblat kita sama kan?
    Nabi kita juga orang yang sama.
    Adakah Islam mengajar kita memburuk2kan orang lain?
    Nik Aziz kah penjaga pintu syurga?
    Dulu sibuk solat due imam. Mana pegi fatwa tu sekarang?
    Berapa ramai pengikut PAS solat jumaat berimamkan imam UMNO? Mengapa fatwa itu timbul pada musin pilihanraya sahaja?
    Mengapa PAS munafikkan pengikutnya? sekejap boleh sekejap tak boleh. Bukankah PAS mempermain2kan hukum Allah?

    BalasPadam
  10. Terima kasih atas nasihat itu.Sila tengok kat sini Hang bolehlah tak tolong gi cakap pd kroni Umno tu?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...