Jelas kini , hasrat Tuan Guru Nik Aziz dan dan orang-orang PAS yang ramai ; mahu melihat operasi pemutihan dalam PAS tidak kesampaian.Hasrat TGNA supaya diadakan satu Muktamar Khas gagal ditunaikan. Sebelum ini Pada jun 20, 2009, Ust Ahmad Awang juga minta diadakan satu ‘Muktamar Khas’ melalui blognya yang saya salin di sini:
“maka perlulah pimpinan tertinggi dari peringkat syura dan kepimpinan organisasi peringkat pusat dan negeri mengadakan perhimpunan khas bagi membincangkan cara-cara yang terbaik untuk menangani isu ini berlandaskan kaedah dan cara terbaik mengikut lunas-lunas Islam.”
Begitu juga Datuk Harun Taib ,pernah turut menggesa supaya diadakan Muktamar Khas di sini
Kali ini, TGNA telah secara jelas menamakan tiga orang yang perlu diambil tindakan iaitu, Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Mustaffa Ali.Tetapi anehnya, ketiga-tiga orang tersebut yang sepatutnya diambil tindakan telah diselamatkan pula oleh Tuan Guru Presiden.
Nampaknya PAS terlalu phobia untuk mengadakan Muktamar Khas setelah sekelian kali gesaan dibuat oleh pemimpin kanan parti itu sendiri. Kenapa ? PAS dilihat lebih suka menyapu sampah sampah kebawah tikar. Maka PAS akan berterusan dengan sindrom ‘ghok-ghak’ nya sepertimana kata TGNA :
“Tidak boleh jadi ni, kita duk ‘ghok-ghak’ (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana,"
Tindakan menghadapkan Selangor kepada JK Disiplin nampaknya sudah tersasar dari tujuan asal gesaan TGNA.Tindakan ini tidak akan mengubah persepsi orang ramai yang mahu melihat perubahan dalam PAS sebagaimana yang telah digesa oleh TGNA dalam blognya tempohari.
PAS gagal untuk bertindak wajar dalam menghadapi isu tersebut.Percayalah; isu tiga orang yang perlu diambil tindakan itu tidak akan tamat begitu sahaja.Yang pastinya, tindakan sebegini tidak akan dapat mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap PAS itu sendiri kerana PAS dilihat telah gagal untuk membersihkan dirinya daripada anasir-anasir sepertimana yang disebut sebagai Fraksi Umno atau "boneka Umno" dalam PAS.
PAS harus berani menyambut gesaan TGNA yang mahukan Muktamar khas diadakan.Ini adalah penting supaya persepsi orang ramai terhadap PAS dapat dipulihkan semula.
“ Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas,” Kata TGNA
Sebelum TGNA menggesa supaya tindakan diambil keatas tiga orang itu, jangan lupa TGNA pernah menyatakan bahawa :
“ Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno.
Kelangsungan PAS hari ini adalah semata-mata atas adanya pemimpin seperti TGNA dan beberapa yang lain.Jika tidak berlaku perubahan yang drastik sebagaiman gesaan TGNA, adalah dikhuatirkan PAS akan kembali semula klepada statusnya di tahun 2003 lalu.
TGNA telah melaksanakan tanggung jawabnya dengan berkata :
“Jika ramai yang tak setuju Muktamar Agung Khas (EGM) tak apa... saya keluarkan fikiran saya, kalau setuju, Alhamdulillah," jelas Nik Aziz.
Terpulanglah kepada Ahli jawatan kuasa Pusat untuk mengambil tindakan berani sebagaimana yang diperuntukan kepada mereka : Permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.






0 comments:
Catat Ulasan