Kursus Motivasi untuk anak-anak
anjuran Smartcom Consultancy.
Akan diadakan di pada 18 – 20 Dis. 2009. [KLIK SINI]


Selasa, November 10, 2009

Aziz Bari Di Tarbiyyah Di Pusat Tarbiyyah PAS.

Saya copy & paste dari sini : Blog Seriiskandar

Setelah menyarankan PAS perlu mengurbankan beberapa orang pimpinan tertingginya untuk kemenangan PR pada masa akan datang, Prof. Dr. Aziz Bari akhirnya menerima tarbiyyah yang paling baik daripada pimpinan dan perwakilan PAS dalam Seminar Khas Sabtu lalu. Mungkin beliau dan penyokong-penyokongnya terasa hati dengan kritikan pedas daripada peserta seminar sebagaimana kecilnya hati aktivis PAS dengan kritikan keras beliau terhadap pimpinan PAS yang dihurmati itu.

Begitulah kehebatan ahli-ahli PAS mendepani isu, bukan saja menyuarakannya didalam blog tetapi berhadapan terus dengan sesiapa sahaja walau pun UMNO. Akhirnya Aziz Bari yang menjadi pakar dalam perundangan sekular Malaysia itu merajuk untuk terus menulis mengenai PAS. Dia akan menulis mengenai MCA pula. Kenapa tak tulis mengenai PKR atau DAP?

Bukankah dua parti itu merupakan rakan PAS dalam PR yang patut juga dibedah siasat bagi kemenangan PRU ke 13? Apakah PAS sahaja yang bermasaalah sehingga pimpinannya patut dikurbankan sedangkan pemimpin PKR dan DAP tidak ada masaalah? Setelah kurban perinsip, kena pula kurbankan pemimpin. Jadi apa yang akan tinggal buat perjuangan PAS?

Aziz Bari menyarankan sesuatu yang akan meruntuhkan, bukan membangunkan. Memang sepatutnya beliau menerima tarbiyyah istimewa daripada perwakilan di Pusat Tarbiyyah PAS sendiri.
Ada pandangan yang setuju dengannya? Silalah beri komen anda. Blog ini meraikan perbezaan pendapat - suka tak main kipas-kipas atau nak marah tidak tentu pasal.Hujah lawan hujah!

4 comments:

ahmad_fitri berkata...

salam
saya kurg bersetuju dgn ulasan penulis.
Mmg ramai aktivis2 PAS yg berkeci hati/terguris dgn ulasan Dr Aziz Bari. Tp ini hakikat yg perlu diterima dlm arena politik. Kita perlu menilai persepsi org luar terhadap PAS sekarang. Jgn bicara soal ahli PAS terguris atau ape shj kerana itu hal yg remeh. Persepsi org luar terhadap PAS begitu penting kerana dgn keadaan itu, PAS mampu berubah utk menghadapi suasana politik yg digelar Politik Baru.

Kemenangan PAS bukan sahaja bergantung kpd ahli- ahli PAS yg setia, tetapi ape yg berlaku semasa PRU-12,ramai rakyat yg mengundI PAS termasuk ahli2 UMNO. Kita kena kekalkan tanggapan baik mereka kepada PAS utk kita kekalkan dan meningkatkan kemenangan pada PRU-13. Setakat ahli2 PAS shj takkan mampu utk membawa PAS ke Putrajaya.

Jadi, ulasan org luar seperti Dr Aziz Bari sgt penting utk PAS mengorak langkah maju kedepan bukannys mundur ke belakang.

Fakta2 yg dikeluarkan oleh Dr Abu Hassan juga menguatkan lagi tanggapan Dr Aziz Bari terhadap masa depan PAS jika PAS tidak mahu berubah.

Kita juga sedia maklum Pas juga memiliki kerusi DUN terbanyak dlm pakatan pembangkang. Adakah kejayaan ini hanya dibantu oleh ahli2 PAS yg wala' sahaja? Kalau Bukan kerana undi dr org2 luar ini, PAS tidak akan menang kerusi sebyk itu.

Jadi persepsi org luar perlu diambil kira. Saya sokong kenyataan Dr Aziz Bari. Jangan pula nnt dikatakan PAS ini satu parti politik yg tak boleh ditegur (bodoh sombong). Ulama' bukannya maksum dan sentiasa dinilai oleh org ramai. Jgn terlalu emosi dlm menangani ulasan org luar. ambil ini sbg satu wadah dlm membentuk pasukan yg kuat dan jitu dlm perbagai aspek.

Saya sayangkan PAS dan kerana itulah saya terpanggil utk melahirkan ulasan ini. terima kasih.

Seroding berkata...

Salam,

Saya x hadir seminar tersebut. artikel ini terlalu umum. harap dapat spesifikkan sikit apa yang menyebabkan Aziz Bari x mau lagi ulas pasal PAS.
bila dah spesifik barulah boleh hujah lawan hujah.

dILA berkata...

lantaklah kome. nanti PR13 nanti kome tengoklah...

dah berbuih kami rakyat yg hina dina ini bercakap, but hangpa semua bodoh sombong tak dengar cakap

zuber berkata...

saudara
saya setuju dengan pandangan aziz bari. saya juga setuju dengan ulasan abu hassan. saya juga bersetuju dengan pendapat saudara. saya ingin mengajak saudara melihat 'peristiwa' ini dari beberapa sudut.

pertama, tidakkah adanya cerdik pandai atau pemikir dalam pas melihat seperti yang dilihat oleh aziz selama ini?. jika ada, mengapa dibiarkan pemerhati luar menghala meriam yang begitu hebat, yang kesan dan akibatnya boleh di'persepsikan' dengan lebih teruk lagi.

kedua,ahli parti sepatutnya tidak boleh sewenangnya mengia dan menghukum mana-mana pemimpin kerana ia mungkin satu 'persepsi' negatif yang memang dibina oleh media kerajaan
untuk menghancurkan ukhuwah jemaah.

ketiga, kalaupun ujud kedua-dua elemen negatif samada kelemahan pemimpin dan persepsi negatif, tidak adakah cara berhemah teguran dari pemerhati simpati, penerimaan ahli pas, serta pemikiran preemtif pemimpin pas.

keempat, ketajaman pemerhatian setiap anggota jemaah amatlah diperlukan untuk berdepan dengan sebarang unsur agar tidak dilihat 'primitif' 'anti-pembangunan' 'tidak professional' dan sebagainya.

wallahuaklam.

Catat Ulasan