Penambahan : 2.50 ptg,
Terbukti 'betul' apa yang di kata oleh Pemimpin Pakatan Rakyat bahawa program BTN menyebarkan sentimen perkauman dan menyuntik kepentingan politik BN dalam program-programmnya
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Kabinet bersetuju merombak sukatan program kontroversi Biro Tatanegara, yang dipertikaikan Pakatan Rakyat, supaya sejajar dengan slogan 1Malaysia
==========================================
Tan Sri Khalid berkata Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang turut mengekori langkah Selangor menyekat penuntut universiti dan penjawat awam negeri dari menghadiri tarbiyah BTN.
Patutlah marah sangat Hishamuddin Hussein buat kenyataan dalam berita di Tv sebentar tadi. Hishamuddin kata Khalid tidak kata apa-apa pun sewaktu menyertai program tersebut dulu...
Betullah, tu, sebab masa itu dia Umno lagi.Tetapi apa yang penting diperkatakan oleh Hishamuddin itu adalah perakuan beliau tentang penyertaan Khalid bersama program BTN tersebut.Maknanya, apa yang dikatakan Khalid bahawa BTN alat propaganda Umno bukanlah cakap-cakap kosong; tetapi adalah melalui pengalaman beliau sendiri seperti yang di akui Hishamuddin sendri. Itu bukan cakap kosong atau tuduhan semata-mata.
Khalid pernah menyertai program tersebut.Itu pasal dia amat tahu tentang program tersebut. Dia cakap apa yang dia alami.
Kalau bagi peluang kepada Hasan Ali bercakap pasal BTN, tentu banyak rahsia dia boleh bongkar kalau dia mahu.Hasan Ali ada banyak modal sebab dia bekas pengarahnya suatu ketika dulu. Tetapi nampaknya Hasan Ali lebih suka menyepi diri dalam perkara ini.
Tapi saya sukalah nak kongsi pengalaman sewaktu kena hadiri kursus BTN. Saya kena dua kali.Entah apa sebab sampai kena dua kali.Itu pun ada ura-ura nak hantar bagi kali ke-3, tapi nasib baik, saya dah pencen!
Saya teringat dalam satu sesi, seorang ustaz cabuk tu bukan main menyatakan rasa syukurnya kerana dapat hadir kemajlis tersebut walaupun datang dari tempat yang jauh.
Alih-alih mangkuk tu kata, “ Alhamdulillah, kerajaan kita hari ini, telah berjaya mengadakan jalanraya yang lebar dan canggih, menjadikan perjalanan yang jauh menjadi dekat dan memudahkan kita semua ...” macam nak muntah tekak saya masa itu! Waktu itu heboh pasal pembinaan highway dan toll.
Kemudian dia bersyukur pasal bekalan air yang kerajaan tolong sampaikan kerumah-rumah kita dan memudahkan kita untuk mandi dan ambil air sembahyang...adoii....mangkuk betul ustaz tu! Dia ingat kita orang tak bayar ke bill air, toll dan cukai jalan? Mangkuk oh mangkuk!
Kemudian pada sessi yang lain pula, dia cakaplah pasal penerapan nilai-nilai Islam.Blah,blah lalu dia cabar peserta dengan katanya, “ Siapa kata Malaysia bukan Negara Islam? Angkat tangan!”
Saya spontanlah angkat tangan sebab saya cukup meluat dengan apa yang dia sampaikan dalam ceramahnya sebentar itu. Saya lihat keliling – rupa-rupanyanya hanya saya seorang yang angkat tangan.Yang lain buat dek sahaja.Ustaz mangkuk tu minta saya keluar dari majlis tersebut.Dia tidak minta saya beri apa-apa penjelasan pun. Maka saya pun angkat punggung dan berasa agak kesal kerana kawan-kawan yang lain takut nak bantah ustaz mangkuk itu.
Esok paginya selepas sarapan, saya angkut barang saya dan terus pulang ke Ipoh.BTN memang jarum Umno. Dua kali saya pergi dua kali saya gagal!
Langkah memboikot BTN oleh kerajaan Pakatan Rakyat dan memperkenalkan kursus jati-diri patriotisma yang tersendiri bagi menggantikan kursus tarbiyah Biro Tata Negara adalah langkah yang tepat dan bijak./ end

salam
BalasPadamnk ckp pasal btn.ckp la.toksah la nak babitkan hasan ali.biar la dia ..dia ahli PAS.saudara nih mcm ada sakit hati dgn hasan ali je?udah2 la tuh.toksah nak panaskna cerita yg sudah reda.tumpu lawan UMNO.plz la..
Kenapa mahu halang Hasan Ali, semua orang tahu Hasan Ali ahli PAS jadi kenapa?
BalasPadamjangan sampai Islam jatuh dek kerana kerja buat kita sudah la...! Teruskan perjuangan kita semua demi menegakkan Islam!Allahu Akbar!
BalasPadam