Followers

Ahad, November 08, 2009

Gesaan awal TGNA supaya adakan 'Muktamar Khas' amat wajar

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan walaupun dikritik hebat dan didesak berbuat demikian.

“Pemimpin dipilih melalui muktamar parti dan ia adalah amanah…saya tidak akan membuang baju amanah ini,” katanya semasa menggulung hujah pada Seminar Khas Memperkasakan Parti PAS di Markas Tarbiyah Pusat parti itu di Taman Melewar di sini.

Al-Husseyn : Bagaimana hendak memperkasakan parti kalau pandangan dua orang pemerhati politik tersebut dipandang sepi dan tidak dihiraukan.

Nik Aziz sendiri pun dah sebut.Aziz Bari pun dah sebut; Dr Abu Hasan pun dah sebut : mereka semua berpendapat Pas bermasalah dari segi kepimpinan dalam parti.

Apa buktinya bahawa Haji Hadi “bersikap profesional dan menerima sebarang kritikan dengan hati terbuka walaupun ia pedih?”

Kalau benar beliau bersikap profesional dan menerima sebarang kritikan dengan hati terbuka kenapa pandangan yang mengatakan Pas bermasalah dari segi kepimpinan dalam parti ditolak mentah-mentah tanpa mengambil tindakan yang sewajarnya?

Sungguh benar sebagaimana kata beliau : “Pemimpin dipilih melalui muktamar parti dan ia adalah amanah…saya tidak akan membuang baju amanah ini,”

Tiada siapa yang menyuruh Haji Hadi meletakan jawatannya.Tetapi apa yang jelas sekarang adalah keperluan untuk mengatasi masalah kepimpinan dalam parti kerana begitulah saranan yang popular.

Haji Hadi tidak perlu bersikap ‘degil’ dan mahu bergayut terus dengan jawatannya sekarang dengan alasan ‘Amanah Muktamar’. Kembalikanlah amanah tersebut kepada muktamar parti supaya perwakilan dapat memberikannya kepada mereka yang lebih berhak.

Memang amat wajar sekali gesaan Nik Aziz yang pada awalnya mahukan supaya diadakan Muktamar Khas bagi mengatasi masalah kepimpinan dalam PAS; tetapi gesaan tersebut telah dilencungkan oleh Haji Hadi sendiri supaya ianya digantikan dengan mengadakan ‘Seminar’.

Adakah masalah kepimpinan dalam parti selesai dengan sekadar mengadakan seminar tanpa tindakan sewajarnya.Kata-kata memperkasakan parti hanya retorik semata-mata kerana apa yang diperlukan ialah walk the talk.

8 comments:

harumtr berkata...

Aku sungguh heran kenapa masih ada lagi individu yang tidak puas hati dengan TGHH. Termasuklah pemilik blog bangang ni yang asyik rasa dia je betul! Aku nak tanya ko, siapa yang ko nak letak jadi Presiden PAS ganti TGHH? Tolong gak namakan siapa yang ko nak sangat tu. Ke ko sendiri gatal nak jadi?

Mohd Halmy berkata...

betul tu ... dalam muktamar Nik Aziz, Husam tak dipilih; yang dipilih Hadi, nasar dll. Yang suruh tu dilantik. Betul tak. Kalau dah sepakat kena ikut majoriti;

Err berkata...

Kalau nak tebuk kapal berilah pelampung kepada kami. Dah hampir 20 tahun berada dalam kapal tapi saya belum pandai berenang lagi.

alhusseyn berkata...

apabila lepas menang ckp mahu UG.Kenapa tak cakap sebelum muktamar.Kini sangat takut kalau diadakan muktamar khas - takut tidak terpilih.Serahkanlah kepada jemaah ; bukan aku yg nak pilih apasal takut serahkan amanah kembali kpd jemaah?

penggerak ummah berkata...

alhusseyn....hang di gopeng membawa masalah PAS Kawasan....hang nak popular dengan blog je...hang tak layak bergelar bloggers pas...pthuih...hang aktif dgn blog je..jenis org suka kritik tanpa bertanggungjawab...aku akan adukan pada cina islam dan ust misbah, perangai buruk hang...kalau macam perakexpress, malaysia waves, perisik rakyat, penarek beca tu depa bukan PAS , logik le blog ikut hawa nafsu & fikiran,,,ni hang bloggers PAS Perak...buat malu ust abu bakar je....

cicitHJHASSANu berkata...

racun musuh telah meresap secara perlahan-lahan...
sebelum muktamar lepas pun dah berbunyi,tapi bukan pilihan kita jugak terpilih..wala'
sekarang ni nak buat egm plak,ok lah kita buat..
tup-tup orang yang sama jugak terpilih camna?
kita buat dan buat lagi sampai orang yang kita 'syok' menang,barulah stop..setuju?
ataupun yang sebenarnya perwakilan otak pun cam umno jugak ke,yang tu lah kita 'brainwash'.yang di atas tu ada sebab yang di bawah...
pr?pr?pkr dan dap?cukup bagus ke?
nak 'clear' biar 'clear' semua...mafulat

masruh berkata...

Pas sebuah jamaah Islam yg terbuka. sesiapa saja yg percaya dg prinsip perjuangan Pas boleh masuk dan juga boleh keluar kalau dah tak percaya.Kuasa tertinggi dlm organisasi Pas ialah muktamar tahunannya diikuti Majlis Syura Ulama' dan mesyuarat AJK Pusat.Muktamar telah memilih TGHH dg sebulat suara sbg Presiden.Maknanya dia adalah
Amir jamaah, yg wajib ditaati dalam susah dan senang suka atau tak suka selagi dia tidak menyuruh maksiat.Walaupun jika amir itu seorang Habsyi rambut kerinting macam anggur sekalipun sabda Nabi SAW.Ini etika dalam berjamaah.Jadi jgn menulis ikut sedap jari dan dg hati yg bebal.UG adalah isu besar yg dibawa dlm m'rat AJK Pusat bkn idea TGHH seorang.Hal ini tlh dibincang sblm muktamar lagi secara berhemah krn perlu kepada pertimbangan. Malang sekali ada pimpinan yg tak selalu hadir m'rat dan tak ada info ttg ini, kmdn buat kenyataan tanpa info yg benar atau dari sumber maklumat yg tak sohih.Itu masalahnya.Menyerang dan mengutuk Presiden sendiri {jika anda ahli Pas} tanpa kebenaran adalah biadap, tak sopan dan tiada akhlak.Ini perangai musuh PAS dan Islam yg fasik dan suka mencanang berita palsu melalui apa jua saluran yg dia ada.Kalau anda ahli Pas disarankan bertaubat dan minta maaf kpd TGHH krn hina sangat menjadi ahli yg sebegini, munafiq dlm jamaah sendiri yg suka mengusahakan perpecahan jamaah.Satu dosa besar berdasarkan sebuah hadis sohih.dan dinasihatkan hentikan meracuni fikiran pembaca blog anda.Kalau degil juga sila keluar dari jamaah ini.Jamaah tak ruga akan kehilang ahli yg tak bertarbiyyah mcm ini, krn ia adalah virus dan barah yg boleh mengancam keutuhan jamaah. Kalau anda bkn ahli Pas saya hanya doakan smg Allah tunjukkan anda kejalan yg benar Amin. Smg amanah dakwah tlh saya sampaikan. Ya Allah saksikanlah.

syeda berkata...

nak tanya siapakah yang membuat perangai yang telah menjadi fitnah sekarang? iaitu yang membawa peristiwa selepas 8 mach 08 kan! penyakitnya bermula peristiwa jumpa kat gelap tuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. sebab itu penyakit tu telah menular sekarang. tulah main dalam gelap ni merbehaya kan. guana gamok.

Catat Ulasan