Followers

Ahad, November 15, 2009

Siapa nak ganti Cikgu Pa sbg SUA PAS? Ada idea?

Kelemahan Mustapha Ali a.k.a Cikgu Pa memberi jawapan dalam sidang media amat mengecewakan ramai pihak. Tangkisan dan serang balas terhadap Umno yang beliau cuba laksanakan itu tidak begitu menyengat.

Kedudukan beliau sebagai SUA PAS yang dilantik perlu dikaji semula di dalam EGM PAS yang akan datang walaupun seminar khas terbaru tidak merincikan keputusan, untuk mewujudkan EGM tersebut.

Hasrat Cikgu Pa untuk melepaskan jawatannya sudah lama diluahkan beliau tetapi entah kenapa beliau masih tidak memberikan ruang kepada pimpinan baru untuk menakhoda (tiru uslub ayat Najib Razak Altantuya sikit) bahtera PAS yang kita kasihi ini ke arah yang lebih sempurna, matang dan berhemah.

Temubual bersama Ummah Online sekitar tahun 2005 selepas berlangsung Muktamar PAS di Kota Bharu. Berikut di bawah ini adalah sedutannya ...

PETIKAN PENUH WAWANCARA INI BOLEH DI DAPATI DI SINI...

Berikut adalah sedutan ringkas temubual Cikgu Pa bersama Ummah Online

Pertama, apa perasaan cikgu sebaik sahaja melepaskan jawatan kanan dalam parti?

Alhamdulillah, saya rasa relaks sikit (ketawa besar). Inilah antara muktamar yang saya paling gembira. Saya rasa cukup relaks sambil tengok perkembangan-perkembangan yang berlaku. Jadi, saya kira cukup-cukup baiklah dengan keadaan sekarang.

Ya, setelah berakhir muktamar ini, apa perkara pertama yang cikgu fikirkan?

Saya? Oh, saya nak melihat penerusan perjuangan. Saya masih tetap melihat penerusan perjuangan itu. Harap generasi kepimpinan baru ini akan berjalan terus. Dan, saya tidak akan berhenti dari politik ini. No, no, no!

Ada yang melihat cikgu telah memilih masa yang tepat untuk berundur. Betul tak persepsi ini?

Saya begini. Saya punya langkah ini sebenarnya bukan benda baru. Ini berkait dengan succession plan seperti yang selalu saya sebut pada media massa, iaitu proses pengantian pimpinan. Bagi saya rasa ini bukanlah benda baru bagi saya. Sesuatu yang sudah lama saya buat dalam proses untuk melihat keberkesanan pimpinan parti.

Kebanyakan parti politik termasuk PAS juga, dia tidak ada succession plan sebab dalam politik ini tidak semudah sebagaimana dunia koporat. Jadi oleh kerana saya merasakan bahawa di antara naib-naib presiden itu, sayalah yang paling lama, di samping saya merasakan sudah ada orang yang boleh mengantikan tempat saya, maka saya rasa ini satu cara untuk mengurangkan beban seseorang pimpinan supaya dia jadi lebih fokus.Sebab dalam dunia politik ini banyak tanggungjawab. Bukan saya sahaja, kebanyakan pimpinan politik memang memegang banyak jawatan samada di peringkat pusat, negeri atau seterusnya. Dari sudut keberkesanan kita lacks focus.

Bila terlalu banyak, jadi saya rasa adalah baik bagi pimpinan menerapkan fokusnya supaya keberkesanan itu dapat dirasakan. Untuk makluman, dalam waktu yang sama, saya juga ketua pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat (JPP). Banyak benda yang hendak diselesaikan.

Oleh sebab itu, saya rasa inilah masa yang terbaik dan nampaknya ramai yang berkebolehan, maka saya ambil keputusan untuk berundurlah. Walaupun saya umumkan keputusan itu dekat dengan waktu muktamar, tapi sebenarnya telah lama saya buat keputusan itu. Cuma menunggu waktu muktamar sahaja.

Kenapa tidak umumkan lebih awal saja?

Sebab muktamar ini ialah waktu peralihan. Ia waktu yang paling sesuai. Apabila saya berhenti, terus ada orang yang boleh take over. Contoh sebagaimana saya dalam pemuda dulu�. saya dilantik ketua pemuda pada tahun 1975 dan saya pegang selama duabelas tahun jawatan ketua pemuda itu sehingga 1987.

Dan saya sentiasa tengok untuk cari pengganti yang boleh mengambil-alih. Bila bertemu penganti, parti masih suruh teruskan lagi. Tetapi bila sampai terlalu lama, manakala dah ada orang yang oleh mengambil alih, maka saya tinggalkan.

Itu masa pemuda. Pada peringkat negeri pun, baru-baru ini saya lepaskan jawatan sebagai setiausaha perhubungan. Saya melihat, apabila ada orang baru yang boleh ambil alih, kita kenalah bagi kat dia� sebab ini pengagihan tugas.

Jadi, oleh kerana parti tidak buat ini sebagai satu proses yang menyeluruh, maka mana yang saya mampu buat by personel lavel, saya buatlah. Ini adalah sumbangan saya sendiri terhadap succession plan seperti yang saya sebutkan tadi.

Kalau cikgu tidak keberatan, apa komen cikgu terhadap kepimpinan baru PAS?

Ya, saya antara orang yang sangat gembira dengan kepimpinan baru ini. Dan, antara sebab saya berundur pun sebab saya yakin orang-orang ini boleh melaksanakan apa yang saya nak buat pun. Lagipun saya dah berumur, tak boleh nak pergi round seluruh Malaysia.Orang baru ini bolehlah buat�haa begitu.

Saya mungkin boleh buat kerja yang tidak macam waktu saya muda dululah. Waktu saya muda dulu, empat ceramah sehari semalam pun saya boleh buat. Tetapi sekarang tidak boleh lagi dah. Satu bolehlah�nak empat�hei�tak boleh. Orang muda ini (kepimpinan baru) bolehlah. Tenaga dia kuat�tetapi pengalaman kita bolehlah dimanafaatkan oleh orang muda ini (ketawa).

#####################

Pertanyaan yang memerlukan jawapan segera - kita tidak menolak jangkaan bahawa EGM terpaksa dilakukan juga dengan tujuan memulihkan parti serta memulihkan keyakinan rakyat, rakan-rakan dalam PR ke atas PAS.

Antara Hasan Ali, Nasharuddin Mat Isa dan Mustapha Ali, nampaknya terlebih awla lagi afdal bagi ahli-ahli Pas yang ingin mengukuhkan parti untuk berfikir sejenak mengenai siapakah calon terbaik untuk menggantikan Cikgu Pa.

Sila kemukakan cadangan anda di laman ini dan boleh mengemukakan idea tentang pengganti Cikgu Pa sebagai SUA PAS melalui ibnuamir@yahoo.com.

PAUTAN PENUH WAWANCARA

sumber : detikdaily

1 comments:

Kapak Besi berkata...

sy suka dengan su dahulu iaitu khalid jaffar, klu org baru sy rasa dr hatta ramli pun sesuai

Catat Ulasan