

Langkah bijak Datuk Nasaruddin Hashim melompat ke Parti Keadilan mungkin akan disusuli pula oleh dua orang Adun lagi.
Pagi tadi, beliau bersama Menteri Besar Perak , Dato Seri Haji Mohammad Nizar Jamaluddin , Pengerusi PKR Perak, Osman Abd Rahman dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Perak telah muncul di Pejabat MB Perak dalam satu sidang akhbar. Lihat laporannya
di sini.Apa yang dapat kita lihat sekarang ialah tentang semakin lemahnya Umno di negeri Perak ini dan semakin menghampiri kojol.Tanda-tanda kearah itu agak jelas

Beberapa pimpinan parti tersebut telah pernah menyuarakan ketidak puasan hati mereka sewaktu menjelangnya pemilihan parti diperingkat bahagian bulan November lalu.
Mereka merungut dan membantah terhadap beberapa muka baru yang dibenarkan bertanding di beberapa bahagian walaupun mereka tidak layak menurut perlembagaan parti.
Terdapat beberapa Ketua Bahagian yang terpaksa mengorbanbkan kerusi parlimen dan bertanding dikerusi dewan negeri sewaktu PRU-12 yang lalu semata-mata untuk memberi laluan kepada mukamuka baru tersebut.

Perkara sebegini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong-penyokong tetapi mereka terus memendam rasa kekecewaan tersebut kerana mahu menjaga kesatuan dalam parti.Namun setakad mana mereka mampu menahan sabar. Muka-muka baru ini bertanding pula untuk merebut Ketua Bahagian!
Bertambah pedih luka dihati yang telah sedia parah itu apabila tindakan mencabar kedudukan Ketua Bahagian itu mendapat restu dan kebenaran daripada peringkat pusat parti.

Itu yang berlaku kepada Nasarudin dan
beberapa lagi Ketua Bahagian. Nasarudin berpindah dari kerusi parlimen ke kerusi dewan undangan negeri. Dia memenangi kerusi undangan negeri tetapi kehilangan kerusi Ketua Bahagian Parit
Bahagian Larut juga menghadapi masalah yang sama . Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar sedang dalam dilemma menunggu peringjkat pusat` menyelesaikannya
Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin telah berjaya menghantar Raja Ahmad ke Kubu Gajah untuk bertanding di dewan undangan negeri disitu..Raja Ahmad seolah-olah menjadi orang buangan apabila jawatan Ketua Bahagian Larut turut diambil aleh oleh Hamzah.

Kalangan penyokong parti mendapati arahan dari pusat dalam mebenarkan Zainuddin berpindah dari Ipoh Timur ke Bahagian Larut adalah bertentangan dengan apa yang pernah berlaku kepada mantan Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, yang berpindah dari Bahagian Kota Melaka ke Bahagian Alor Gajah. Rahim tidak di benarkan tetapi Hamzah dibenarkan! Perkara begini menjadi kemarahan kepada beberapa pemimpin dan penyokong parti.
Kelemahan –kelemahan ini cuba di lindungi oleh Tajol tetapi nampaknya kini sudah parah hingga menyebabkan Tajol terpaksa menyingkirkan dirinya sendiri sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri .
Ketidak hadiran 7 Adun dalam mesyuarat tergempat tempohari itu merupakan pertanda yang tidak baik. Ada yang melihatnya itu sebagai tanda protes mereka terhadap kepimpinan Tajol
Najib di laporkan
di sini akan mengambil alih Pengerusi Perhubungan Negeri Perak.Ini pertanda jelas bahawa Umno perak bukan sahaja menghadapi krisis keyakinan terhadap kepimpinan Tajol, malah pengambil-alihan oleh Najib menggambarkan betapa Umno Perak telah kepupusan pemimpin yang berwibawa untuk menerajui Umno Perak.
Nak harapkan Zahid Hamidi? Yang baru sahaja membuat kenyataan yang Loklak itu? Tiada seorang pun pemimpin Umno Perak yang menyokong kenyataannya yang dianggap kenyataan dari seorang Menteri OKU!
Nak harapkan Raja Ahmad? Ah mana mungkin! Beliau antara pemimpin yang dikategorikan 'Kelabu Asap'- bila-bila masa akan mengikut jejak Nasaruddin.Tetapi beliau berasa agak serba salah dan segan mengenangkan kelakuannya yang menyebabkan PAFA dilanda kesukaran.
Apa yang jelas kepada kita ialah,Umno Perak sedang dilanda tsunami krisis yang akan meranapkan sama sekali impian Umno untuk berkuasa semula di Perak.
Terbukti kini Umno dan pengaruhnya telah semakin pupus.Dia macam ikan yang busuk – bermula dari kepala dan akan terus menjalar keseluruh bahagian mereput dan hancur...... Hancur Umno!