Followers

Jumaat, Februari 27, 2009

Don’t play-play , Pemuda Umno mesti taubat!

Insiden kira-kira pukul 3 petang kelmarin bermula apabila 13 ahli dari Pemuda Umno dari Bahagian Petaling Jaya Utara dan Gombak mengepung Karpal yang baru tiba di pintu masuk utama ke bangunan Parlimen.

Adakah bermarwah tindakan pemuda Umno yang cuba menyerang seorang yang lumpuh yang hanya mampu bergerak dengan kerusi rodanya?

"Saya tidak mahu retorik semata-mata. Saya mahu pihak berkuasa Parlimen dan Speaker mengambil tindakan tegas ke atas mereka. Saya tidak mahu kejadian sebegini berulang lagi," kata Karpal.

Khamis, Februari 26, 2009

Gaji MB : Zambri tidak layak!


Ketua Audit Negara patut mengambil pendirian yang tegas samada Menteri Besar Kudeta Perak, Dr. Zambry Abdul Kadir dan gerombolannya patut menerima gaji atau tidak.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa langkah itu wajar kerana mahkamah belum membuat keputusannya tentang kesahihan kedudukan Zambri sebagai MB perak.


''Mereka boleh bekerja, kita juga boleh bekerja tetapi tanpa bayaran kerana rakyat tidak boleh bayar dua kali," katanya kepada pemberita ketika ditemui malam tadi di kediaman rasmi Menteri Besar.

AlHusseyn : Baru sahaja 3 minggu merampas pemerintahan negeri Perak, Zambri mula bercakap tentang alauns percutian Exco ; sedangkan persoalan gaji pun masih dipertikaikan samada dia layak atau tidak menerimanya. Nak dapat elauns cuti pasal apa? sedangkan apa kerja pun mereka belum buat!

Sultan Selangor : No Problem brother!

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj tidak membantah penggunaan kereta peribadi sebagai kenderaan rasmi jika semua prosedur undang-undang dipatuhi.

Beliau berkata, selain itu, dalam isu lembu korban yang sedang hangat diperkatakan ketika ini, Sultan tidak mempunyai halangan terhadap usaha sedekah malah menggalakkan segala usaha kebajikan seperti itu diteruskan.

"Saya telah memaklumkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya telah mematuhi segala proses undang-undang yang telah ditetapkan berhubung penyelenggaraan kereta tersebut.

"Dalam isu derma lembu korban pula, Tuanku Sultan malah menggalakkan segala usaha kebajikan ini diteruskan dan dipanjangkan kepada kawasan Kuala Lumpur termasuk Bandar Tun Razak," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di pejabatnya di sini.

AlHusseyn : Berita tersebut merupakan perkara yang kita semua tidak menduganya apatah lagi si Khir Toyo. Ianya suatu tamparan kepada puak-puak Umno/BN yang cuba menggugat pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor setelah mereka berjaya di Perak . Sebelum ini puak-puak Umno/BN cuba mengheret alSultan Selangor.

Perkembangan yang popsitif ini amat menggembirakan rakyat seluruh Negara.Kini Khir Toyo akan berhadapan dengan beberapa karenah rasuah lagendanya Yang terbaru pula ialah tentang pembelian 12 unit pangsapuri melibatkan transaksi RM25 juta, sedangkan lembaga pengarah dikatakan hanya meluluskan kira-kira RM8 juta untuk membeli lima unit pangsapuri 'Al Marwa Tower Makkah' di bawah nama menteri besar ketika itu, Mohamad Khir yang dibangkitkan oleh auditor luar.

Selama ini , Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mahu mengungkit –ngungkit rekod tembelang buruk mereka kerana dituduh bermain politik balas dendam.Pakatan Rakyat yang baru 10 bulan memerintah mahu menumpukan kepada pembangunan disamping memperbetulkan semula kepincangan yang setelah sekian tahun diamalkan oleh pentadbiran Umno/BN. Maka sebab itulah Pakatan Rakyat dilihat begitu defensif terhadap[ kekangan dan halangan yang di hadapkan oleh puak-puak Umno/BN selama ini.

Harap-harap perkembangan kini akan mengizinkan PR mengambil tindakan yang lebih agresif . Dedahkan dan ambil tindakan yang sewajarnya terhadap salah laku yang mereka lakukan sehingga kini.

Rabu, Februari 25, 2009

HAKIM TARIK DIRI DARIPADA MENDENGAR KES NIZAR

KUALA LUMPUR, Feb 25 -Pesuruhajaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan Menteri Besar Perak Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap penggantinya Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Mohamad Ariff membuat keputusan itu setelah mendengar hujahan peguam Sulaiman Abdullah selama sejam yang mewakili Nizar dan Peguam Kanan Persekutuan Dato’ Kamaluddin Md Said bagi Pejabat Peguam Negara.

Nizar dalam reaksinya menyatakan menghormati keputusan Hakim tersebut dan perjuangan masih diteruskan dan yakin akan memperoleh kejayaan.

Rabu lepas, Mohamad Ariff melahirkan kebimbangan sama ada beliau wajar atau tidak untuk mendengar prosiding kerana pembabitan beliau dalam PAS sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, September tahun lepas.

Semalam, Kamaluddin berkata Mohamad Ariff patut menarik diri daripada mendengar kes tersebut bagi mengelak persepsi negatif tentang unsur berat sebelah.

Kamaluddin berkata wujud bahaya berat sebelah oleh hakim dengan alasan Mohamad Ariff adalah bekas anggota PAS dan penasihat undangundang PAS dalam beberapa petisyen pilihan raya.

Hujahan itu dibantah oleh Sulaiman yang menyatakan bahawa mengikut Kod Etika Hakim, seorang hakim tidak dilarang mendengar kes parti politik selagi hakim berkenaan tidak menjadi anggota semasa dalam sebarang parti politik.

Beliau juga berkata tidak ada asas bagi Mohamad Ariff menarik diri daripada mendengar kes itu tetapi apa yang lebih penting adalah integriti dan keikhlasan hakim berkenaan.

“Jika anda menarik diri, anda memberi mesej bahawa anda tidak boleh membuat keputusan secara objektif dalam perkara yang kontroversi. Ini bukan mesej yang hendak diberikan,” katanya.

“Penarikan diri Yang Arif mungkin mengundang komen yang tidak menyenangkan mengenai badan kehakiman,” kata Sulaiman, yang menambah ujian sebenar bahaya soal berat sebelah dalam keadaan kes ini tidak dipenuhi.END

Sumber :Perakdaily

Khir Toyo : Bapa Segala Rasuah

ADUN Sg. Panjang yang juga merupakan ketua pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang dilihat semakin mengarut itu didesak supaya MELETAK JAWATAN SERTA MERTA ekoran terdapat 20 salah laku Khir semasa memegang jawatan MB selangor.

Berikut adalah butiran kes Khir :

1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

Sumber dari : sini

Kuliah Maghrib bersama Ust Badrul Hisham

SEMPENA QIAMULAIL AKHIR

KULIAH MAGHRIB
DI KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR


26 FEBRUARI 2009
KHAMIS MALAM JUMAAT
PENCERAMAH JEMPUTAN

UST BADRUL HISHAM

(AJK LUJNAH TARBIYAH)

SEMUA DIJEMPUT HADHIR

Selasa, Februari 24, 2009

Mampukah Zambri buat apa yang Nizar buat?


IPOH (23 FEB) : Setiap hari Isnin Dr Zambry akan menyampaikan tazkirah dan mengimamkan solat Zohor di surau bangunan SUK.

Zambry berbuat demikian kerana cuba menyamai apa yang pernah selalu dilakukan hampir setiap hari oleh Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin. Nizar melakuykannya bukan sekadar hari isnin sahaja . Harap Zambri akan cuba melakukan sama.Perkara yang baik seperti itu , molek ditiru.


Mungkin Zambri mahu melihat dan mengukur sejauh mana populariti beliau dikalangan kakitangan awam disitu. Diharapkan, Dr Rahman tidak akan mengeluarkan apa-apa arahan mewajibkan setiap kakitangan ke surau.


Ah! Itu sembahyang bacaan sirr! Apa kata jadi imam sembahyang maghrib atau Isya? Kita semua nak dengar bacaan Zambri bagaimana ….. Sebelum ini, Nizar selalu mengunjungi masjid dan surau untuk sama-sama para jemaah mengimami solat Maghrib, Isya’ dan juga Subuh . Beliau juga sering menyampaikan kuliah selepas itu. Harap Zambri akan cuba melakukan sama.Perkara yang baik seperti itu , molek ditiru.

Nizar juga boleh dikatakan setiap waktu sebelum solat Jumaat akan menyampaikan tazkirah di masjid-masjid. Mampukah Zambri berbuat sama ? Harap Zambri akan cuba melakukan sama.Perkara yang baik seperti itu , molek ditiru.


Harap-harap Zambry akan turut sama memberi tazkirah di masjid-masjid tanpa menyusahkan dan melibatkan pihak polis.Nizar tidak pernah menyusahkan pihak polis untuk mengawalnya atau menyusahkan mereka untuk mengiringi beliau kemana-mana. Harap Zambri akan cuba melakukan sama.Perkara yang baik seperti itu , molek ditiru.


Tetapi, mampukah Zambri berbuat seperti itu? Ah! Jangan bimbang kerana Zambri mempunyai seorang 'Penasihat Agama' yang tersohor berstatus Exco yang akan jadi mentornya.Khabarnya mentornya itu pernah kena ….sysss Wallahu a’lam bissawab…..

Adaptasi dari : sini

Tahanan reman dibebaskan hari ini

Cikgu Khairul Azmi , salah seorang yang dituduh terlibat dengan kejadian perhimpunan di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar telah dibebaskan dengan ikat jamin polis tengahari tadi. Beliau di minta untuk melaporkan diri pada 9 Mac depan.

Peguam Aminuddin Zulkipli dan Yusnita Yusoff telah hadir menguruskan kes tersebut.Ustaz Badrul, abang kepada Cikgu Khairul telah menjadi penjamin sementara menunggu kes tersebut di sebut pada 9 Mac nanti.

Cikgu Khairul mengucapkan terima kasih kepada YDP Kawasan , Hj Rahim Mat Ariff dan juga kepada kawan-kawan diatas keperihatinan dan bantuan yang telah mereka sumbangkan.

“Saya sihat wal’afiat. Perjuangan akan tetap diteruskan. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan mereka yang dikenakan ISA!” katanya dengan semangat yang tetap berkobar-kobar.

SPRM : Abdullah patut bersedih


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) akan dilancarkan oleh PM Abdullah Badawi hari ini di Putra World Trade Center. Abdullah menyatakan yang beliau begitu gembira kerana kononnya mampu memenuhi janji yang dibuat dalam bidang anti rasuah.

Kita tahu dari Sejarah Melayu bagaimana rasuah menyebabkan kejatuhan kesultanan Melayu Melaka.Apakah Abdullah tidak berasa malu diatas kegagalan SPRM menangani isu rampasan kuasa di Perak hari ini?

Adalah bukan suatu rahsia kepada kita bahawa melompatnya ‘3 ekor katak’ yang menyebabkan peralihan kuasa di Perak adalah diatas dorongan rasuah.

Sejak menjadi ‘katak’ mereka ini tidak berani muncul di khalayak ramai dan tidak kembali ke rumah masing-masing menjadi tandatanya dan menguatkan hujah bahawa mereka telah menerima sejumlah habuan akibat tindakan melompat menyebelahi BN.

Badan pemantau pilihan raya, Institut Kebangsaan Integriti Pilihan Raya (NIEI) mengesyorkan undang-undang pilihan raya dipinda untuk membanteras rasuah dan janji-janji yang boleh dianggap sebagai 'ganjaran politik wang' untuk membeli undi. Menurut NIEI, amalan rasuah berleluasa dalam pilihan raya di Malaysia, ini dapat dikenalpasti berlaku dalam proses pilihan raya kecil diKuala Terengganu.

Apakah PM Abdullah gembira dengan semakin serabutnya kes rasuah di Malaysia? Terdapat kes yang dibawa oleh BPR kepada Jabatan Peguam Negara sebelum ini ditutup begitu sahaja walaupun mempunyai bukti yang mencukupi.

SPRM perlu lebih berwibawa kalau tidak nanti ianya akan dikenali sebagai Suruhanjaya Perlindungan Rasuah Malaysia

Abdullah sudah bertaubat?

Saya sangat bersetuju dengan kata-kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Baguslah kerana beliau telah sedar dan bertaubat dengan luahan kata : Tidak Akan Lakukan Yang Memalukan Kerajaan

Sesungguhnya selama ini beliau telah pun banyak melakukan beberapa perkara yang sangat memalukan, bukan sahaja kerajaan malah Negara sehinggakan Mukhris terpaksa membuat petisyen meminta Dollah supaya berundur

Begitu juga Tengku Razaleigh turut mengutus surat kepada Dollah mohon dia mengundur diri.

Walau bagaimana pun, beliau amat gembira sekali keranan kerja-kerja tersebut kini akan diteruskan oleh Najib Tun Razak yang telah pun menunjukan bakat yang amat luar biasa hinggakan seluruh rakyat Monggolia turut mengenali beliau.

Isnin, Februari 23, 2009

Sahabat kami, Khairul di cekup polis!


Malam tadi sekitar jam 9.00 malam, saya menerima panggilan talipon dari seseorang memberitahu tentang penangkapan Cikgu Khairul.Dia dikehendaki untuk membantu polis dalam kes kejadian di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar yang lalu.

Lantas saya mengirim pesanan ringkas memanggil beberapa orang rakan supaya datang berjumpa saya untuk berbincang.

Saya turut memaklumkan kepada YDP Hj Rahim.Beliau memaklumkan perkembangan tersebut kepada beberapa orang peguam yang terlibat dengan kes tersebut.Hj Rahim juga memaklumkan kepada saya tentang wang jaminan yang telah diserahkan kepada Bendahari.

Kemudian , saya berempat , Pahrul Radzi, Sukri dan Cikgu Zaizi pergi menyoroti dimana Cikgu Khairul disimpan. Agak kelam kabut kami kehulu kehilir, mulanya ke IPD , kemudian ke IPK ; balik semula ke IPD dan akhirnya dapat bertemu Cikgu Khairul di bilik D37 IPD.


Kami diberikan kesempatan menemuinya dan berbual-bual dengannya disitu. Cikgu Khairul tidak digari dan beliau memberitahu kami dia telah diambil dengan cara baik di gerai makan ‘Jamal Abdillah ‘ di Rapat Setia.

“Baik macam mana?” tanya saya kepada Cikgu Khairul yang nampak releks dengan kepol-kepol asap rokoknya.

“Dia orang datang bertujuh dan seorang terus memberi salam, asalamu’alaikum, saya Chief Inspektor……,” terang Cikgu Khairul.


Kami dimaklumkan oleh salah seorang pegawai disitu, pasukan dari Kuala Kangsar akan datang untuk membawa Cikgu Khairul ke kesana pada malam itu juga.

Agak lama juga kami menunggu disitu dan apabila pasukan Kuala Kangsar yang dimaksudkan itu tiba pada jam 2.00 pagi untuk membawa Cikgu Khairul, kami pun berdar.

Sebelum itu, Cikgu Naim bersama Pak Nik dan Baha Kuda telah singgah sebentar disitu . Saya telah menalipon Cikgu Naim minta tambahan wang untuk mencukupkan wang jaminan yang disediakan oleh pihak kawasan yang tidak mencukupi.Terima kasih kepada Cikgu Naim kerana bersusah payah meminjamkan wang yang diperlukan pada malam itu juga.

Pagi tadi Abang Imran mengejutkan saya dari tidur. Malam tadi kami janji untuk berjumpa di pejabat saya jam 8.00 pagi kerana dia ingin menyumbangkan sedikit wang untuk urusan Cikgu Khairul. Bingkas saya bangun, gosok gigi dan berwuduk lantas menuju ke pejabat saya yang tidak berapa jauh.

Hj Imran telah sedia menunggu dengan isterinya lalu menanya tentang Cikgu Khairul. “Everything is under control.Khairul is OK, under the good care of the police,” kata saya menenangkan dua laki isteri itu. Saya mengucapkan terima kasih diatas sumbangan yang mereka berikan.Abang Imran ni bukan sihat sangat , baru menjalani rawatan jantung di IJN.


Setelah mereka pergi saya menunggu dalam pejabat kehadiran Hj Hayie, Bendahari Kawasan yang berjanji untuk menyerahkan sejumlah wang jaminan untuk Cikgu Khairul .Tidak lama kemudian beliau pun muncul dengan wang yang dimaksudkan. Kemudian saya pun pulang ke rumah kerana mahu ke Mahkamah Majisteret di Kuala Kangsar.

Jam 9.00 pagi sedang bersiap-siap, saya terima panggilan talipon – daripada Ustaz Badrul , abang kepada Cikgu Khairul. Beliau akan sampai 15 minit lagi, beritahunya dan minta saya menunggunya di Tol Ipoh Selatan.

Saya telah sedia berada ditempat yang dijanjikan apabila Ustaz badrul tiba disitu. Saya hanya memererhatikan beliau yang sedang mendail talipon sambil keluar dari kereta.


“Ana kat sini lah!” tegur saya yang berada disebelah keretanya. Beliau tersenyum lalu mengambi sesuatu dari keretanya dan masuk kedalam kereta saya dan kami meneruskan perjalanan menuju Kuala Kangsar.

“Dah minum?” tanya saya .

“Belum lagi,” jawab Ustaz Badrul yang tidak pernah kedekut dengan senyuman.

“Ana pun belum,” balas saya.

“Kita minum selepas selesai urusan nanti di Kuala Kangsar,”


“Alright” dan saya pun tekan minyak . Ustaz Badrul mencuri-curi lihat meter speeding saya. Saya diam dan memerhatikan gelagatnya. Beliau semakin teliti memerhatikan meter kereta saya. dan kemudian dia ketawa.Saya pun turut ketawa : meter kereta saya tidak bergerak! Dah lam rosak

"Agak-agak berapa kelajuan sekarang ni Ustaz?" Tanya saya

"Entahlah!" kata Ustaz dan kami gelak walaupun perut masing-masing berkeroncongan tanpa sarapan.

Sampai di Kuala Kangsar kami terpaksa tawaf Bandar Diraja itu sebelum menemui Mahkamah Sesyen tersebut.Disitu telah ada beberapa orang menunggu kami.Ustaz Badrul ada program kuliah bulanan di daerah situ dan beliau mudah minta bantuan daripada mereka jika diperlukan.


Tidak lama kemudian, muncul Cikgu Khairul diiringi dua orang pegawai.saya berasa kesihan dan sayu melihat kawan saya tu digari.Apatah lagi perasaan seorang abang seperti Ustaz Badrul.

Khairul dibawa kesebuah bilik tahanan , sementara menunggu kesnya dipanggil.

“Adat orang berjuang! Biasalah macam ini!” Ustaz Badrul memberikan kata-kata perangsang kepada adik kesayangannya yang hanya tersenyum simpul mendengar kata-kata dari seorang abang.

Entah dimana silapnya, sehingga kesnya dipanggil tengahari tadi, peguam yang ditugaskan tidak muncul-muncul diMahkamah.Saya difahamkan, Cikgu Khairul sepatutnya dapat dibebaskan dengan ikat jamin hari ini sekiranya peguam kita ada untuk merayu.

Kesnya akan dihadapkan semula esok pagi .Saya terpaksa pergi lagi ke sana esok.

Ahad, Februari 22, 2009

Qiamulail akhir di kediaman rasmi


Dato Seri Nizar memaklumkan kepada semua tengahari tadi, walau pun secara rasminya beliau dan keluarga telah keluar dari Kediaman Rasmi Menteri Besar, kunci kediaman rasmi terbabit akan diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Jumaat ini.

Sehubungan itu, beliau menjemput Muslimin dan Muslimat untuk sama-sama menghadiri Majlis Qiamulail di kediaman tersebut sebelum subuh Jumaat 27 Februari (Jam 3.00 pagi). Harap sebarkan maklumat tersebut kepada ramai.

Kami akan kembali semula ke sini

Hanya sedikit sahaja barang yang saya ada...

Menteri Besar Pakatan Rakyat DS Mohammad Nizar begitu yakin beliau dan keluarganya akan kembali semula ke kediaman rasmi Menteri Besar ini tidak berapa lama lagi.Beliau bersama keluarganya telah keluar dari kerdiaman tersebut dengan memandu keretanya sendiri.

Terima kasih kami kepada Unit Amal
yang telah memberikan khidmat kepada kami

“Kami masuk ke kediaman ini 10 bulan yang lalu tanpa membuat sebarang renovation kerana tidak mahu membazirkan duit rakyat.Tuan-tuan akan lihat nanti apabila mereka masuk kerumah ini , mereka akan lakukan pindaan sebagaimana yang sedang mereka lakukan terhadap pejabat Menteri Besar yang baru seminggu mereka kuasai,” kata Nizar.

Deretan kereta - kita lihat sejauh mana
patriotiknya Umno yang menjadikan mempersoalkan pembelian Camry

Kata Nizar, menurut peguam yang mengendalikan kesnya , beliau boleh terus tinggal di kediaman rasmi ini sampai keputusan kehakiman. Beliau secara rasmi telah keluar dari kediaman itu tengahari tadi bersama keluarganya kesebuah kediaman tidak jauh dari pusat Bandar Ipoh.

Kali ini kena pandu sendiri...
rumit sedikit cari lubang kunci..

Menurut beliau, perpindahan ini sebagai menghormati peraturan dan arahan Setiausaha Kerajaan negeri Perak dan bukan bermakna menyerah kalah.Beliau yakin akan kembali semula ke kediaman ini tidak berapa lama lagi.

Okay, kami pergi dulu...tetapi tunggu
tak lama lagi , kami akan kembali semula , insya'Allah!

“Saya akan menghadiri sebutan kali kedua di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok,” kata Nizar.

Beliau memohon semakan kehakiman untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah dan bagi injunksi untuk menghalang Dr Zambry atau ejennya daripada menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Besar.

Menurutnya lagi, beliau dan kesemua Exco Pakatan akan menjalankan tugas mereka dari pejabat Pakatan Rakyat Negeri.

Nizar : Umno Perak kecut Perut


Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyatakan bahawa BN/ Umno sedang ‘kecut perut’ dan ada kemungkinan akan mengambil tindakan yang diluar jangkaan.

Nizar berkata demikian berikutan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar yang telah menghantar surat kepada Sultan memohon diadakan sidang khas dewan April depan.Lazimnya , Tuanku Sultan akan memberikan persetujuan dalam masa 14 hari setelah surat dihantar.

Menurut Nizar lagi, Dewan biasanya mengadakan 3 persidangan dalam masa setahun.

Diasak dengan soalan apa yang akan berlaku dalam persidangan akan datang, Nizar tidak menafikan, ura-ura Pakatan Rakyat untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap kerajaan BN yang kini hanya mempunyai 21 kerusi sahaja berbanding Pakatan Rakyat 28 kerusi.

“Umno pernah menculik speaker dewan Kelantan 20 tahun yang lalu ; besar kemungkinan mereka akan menculik Siva pula…,” kata Nizar, sewaktu meraikan wartawan dan bloggers sempena perpindahan beliau secara rasmi dari rumah kediaman menteri besar di Ipoh hari ini.

Zambri belum mendapat pengesahan Dewan Undangan Negeri

"Saya Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan Perak,” Zambry berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kedudukan beliau sebagai Menteri Besar dan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin

Tapi Zambri lupa lantikan tersebut belum di confirm lagi.Yang boleh mengesahkan perlantikannya itu ialah Dewan Undangan Negeri.

Maka itu tidak hairanlah ramai yang menganggap beliau sebagai MB Halam sahaja . Mereka masih ada rasa sedikit hormat terhadapnya ; kalau tidak tentu mereka panggil beliau MB Haram Jadah!

Macam mana rakyat Perak tidak marah sampai macam itu? Zambri telah melantik Naib Presiden MIC, Datuk Dr Veerasingam; Pengerusi Gerakan negeri, Chang Ko Youn sebagai. Walhal, mereka berdua ini telah ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya yang lalu; tiba-tiba Zambri masukan mereka melalui pintu belakang dan mereka diberikan 'Status Exco'


Apabila ditanya tentang bila persidangan Dewan Undangan Rakyat akan bersidang, Zambri berkata, “Keputusan untuk memanggil persidangan Dewan akan diputuskan oleh Sultan Perak Sumber : di sini

Inilah perangai puak Umno / BN.Walhal dialah yang patut mencadangkan kepada Sultan tentang tarikh persidangan dewan terserbut. Sultan hanya memberikan consent sahaja.

Kali terakhir DUN bersidang pada November tahun lalu.Harap-harap dewan akan bersidang seperti yang dijangkakan pada April ini.

“Eloklah tu..kalau Dewan Undangan bersidang…..” kata seorang rakan sewaktu kami berbual-bual tentang topik ini sebelum saya menaipnya tadi.

“Eloklah, biarkankan dewan usul undi tidak percaya terhadap puak-puak tuh!” saya segera menyampuk cakapnya.

Rakan tadi menyambung katanya, “Baik bagi Zambri ; kerana Zambri akan kelihatan lebih kacak dan bergaya apabila keadaannya menjadi pucat bila melangkah masuk ke dewan nanti!”

Raja Muda Perlis : Umno/BN jahil perlembagaan

Saya sangat bersetuju dengan titah Raja Muda Perlis, bahawa kejahilan perlembagaan punca kekecohan awam,

Disebabkan kejahilan tersebutlah maka kita dapat lihat kebangangan tindakan dan ulasan daripada pimpinan Umno / BN.Berikut adalah antara nya :

  • Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Hilmi Ismail dengan mulut celuparnya telah mengecam dan mengugut Sivakumar bengan berkata, "Kami juga telah lama bersabar dengan sikap biadab dan kurang ajar yang ditunjukkan oleh beliau. Tahap kesabaran rakyat di negeri ini ada hadnya, jangan sampai kami perlu bertindak sendiri," katanya ketika dihubungi di sini

  • Tindakan membuat laporan polis terhadap Speaker Sivakumar oleh Pemuda Umno Kubang Kerian

  • Tindakan SPRM akan siasat Speaker DUN Perak

    Walhal Yang Dipertua Dewan tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah.Maka nampak sangat jahil dan bebalnya Umno /BN sepertimana titah Raja Muda Perlis kerana tidak memahami peruntukan perlembagaan seperti berikut :

    Perkara 72. Keistimewaan Dewan Undangan.

    (1) Kesahan apa-apa prosiding di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.

    (2) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau prosiding mana-mana jawatankuasanya.

    (3) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan oleh atau di bawah kuasa Dewan Undangan mana-mana Negeri.

    (4) Fasal (2) tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Fasal (4) Perkara 10 atau atas suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan No. 45 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.

    (5) Walau apa pun Fasal (4), tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja berperlembagaan Negeri itu.
  • Rujuk : di sini


  • Sabtu, Februari 21, 2009

    Karpal bidas Ahmad Said Hamdan

    Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh membidas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang secara terbuka mendedahkan terdapat "bukti dan keterangan kukuh" terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebelum mendapat kebenaran Peguam Negara.

    Karpal, yang juga seorang peguam kanan dan anggota Parlimen Bukit Gelugor menyifatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan sebagai tidak kompeten untuk menyiasat kes itu.

    Katanya, beliau akan merujukkan Ahmad Said kepada Seksyen 58 Akta SPRM 2009 yang menyatakan pendakwaan bagi kesalahan di bawah akta itu tidak boleh dilaksanakan, kecuali melalui atau dengan kebenaran pendakwa raya.

    Khalid Ibrahim dituduh menyalahgunakan kuasanya bagi penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu korban

    Sumber : di sini

    Mohammad Ariff bukan ahli Pas

    Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamad Ariff Yusoff yang mendengar kes saman Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin terhadap Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir berhubung pelantikannya sebagai Menteri Besar Perak yang baru sudah keluar Pas sejak hampir setahun yang lalu.

    Mohamad Arif yang sebelum ini merupakan ahli Pas kawasan Subang turut melepaskan semua jawatan yang disandangnya di dalam parti.

    Mohamad Ariff yang merupakan seorang peguam sebelum ini telah melepaskan kedudukannya sebagai ahli Pas hampir setahun lalu kerana mahu menyertai badan kehakiman.

    Beliau memohon untuk keluar parti serta melepaskan jawatan yang ada kerana mahu menganggotai badan kehakiman.

    Mohamad Ariff kelmarin semasa sebutan kes berkenaan mendedahkan bahawa beliau pernah menjadi penasihat undang-undang kepada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    Mohamad Ariff yang baru dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 15 September tahun lalu juga pernah bertanding sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum 2004 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Kota Damansara di Selangor.

    Pendedahan itu dibuat Mohamad Ariff sendiri bagi pertimbangan sama ada beliau patut menarik diri mendengar kes itu atau sebaliknya, merupakan antara tiga perkara yang ditimbulkan dalam kes itu hari ini.

    Mohamad Ariff juga pada masa sama menegaskan beliau kini bukan ahli mana-mana parti politik semasa prosiding tersebut.

    Sumber : Utusan Malaysia

    Zambri : Berkhidmat untuk rakyat ?

    Zambri mendabik kononnya dia mahu berkhidmat kepada rakyat Perak . tapi adakah dia yakin, rakyat Perak mahukan dia berkhidmat untuk mereka? Benarkah rakyat Perak mahukan Zambri jadi Menteri Besar mereka?

    Ah! perasan sungguh dan tak tahu malu dia ni! Cuba kau adakan pemilihan untuk mengenal pasti keadaan engkau itu. Dapatkan mandat daripada rakyat Perak kalau sungguh kamu nak berkhidmat kepada kami rakyat Perak

    Zambri, kau harus berani menghadapi realiti dengan pembubaran DUN dan mengadakan pilihanraya supaya kuasa rakyat dapat memutuskan, samada rakyat Perak benar-benar mahukannya sebagai Menteri Besar atau Zambri hanya syok sendiri.

    Tapi nampaknya Zambri ni seorang yang penakut.Orang Perak kata tak ada telog! Dia pergi ke mana pun mesti pakai eskot!Apatah lagi sebut hendak mengadakan pilihanraya! Lagilah kecut teloqnya , kalau adapun!

    Walau bagaimana pun, apa guna jadi Menteri besar kalau takut untuk berhadapan dengan rakyat? Pergi masjid pun penuh dengan kawalan polis.Rumah pun di kawal polis 24 jam.

    Sangat berbeza dengan MB Nizar kesayangan rakyat yang pergi kemana-mana tanpa iringan atau kawalan polis.Bukan rakyat sahaja yang susah; polis pun susah apabila Zambri berlagak sebagai MB Perak.

    Pagi ini, dia akan himpunkan ketua – ketua Jabatan untuk melobi supaya dia diterima sebagai MB Perak! Poodah! Nak berkhidmat untuk rakyat konon!

    Majlis Peguam : Sivakumar tidak boleh dicabar oleh mahkamah

    Keputusan Yang Dipertua Dewan Undangan Perak, V. Sivakumar menggantung menteri besar dan 6 Exconya tidak boleh dicabar di mahkamah, Majlis Peguam Malaysia menyatakan hari ini

    Beliau berkata pada prinsipnya, pemisahan kuasa bermakna judiciary (Kehakiman ) tidak boleh masuk campur dalam urusan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

    Dalam kenyataan yang di faxkan, Ambiga berkata kepada media, ini bermakna , tidak ada pengaruh atau campur tangan Eksekutif dalam urusan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

    “ Kami katakan ini kerana ada laporan cubaan melaporkan Speaker Dewan kepada Polis dan perkara tersebut mencabul peruntukan yang ada,” kata Ambiga.

    Ambiga berkata , bergelut dengan perlembagaan dan isu perundangan tidak akan menyelesaikan kemelut politik di Perak.

    "Melainkan dikembalikan kepada rakyat . Kami menggesa mereka yang terlibat supaya memikirkan secara serius , bukan sahaja demi kepentingan rakyat negeri Perak tetapi demi kepentingan keamanan Negara keseluruhannya,” katanya di sini

    Lanun pun ikut undang-undang?


    "Kita akan mengikut saluran undang-undang yang ada. Kita tidak mahu bertindak (melulu) seperti mereka, jadi kita akan serahkan kepada undang-undang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Yusuf, Rapat Setia di sini

    Mengenai kenyataan presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan yang mengatakan keputusan penggantungan terhadap beliau dan enam Exco berkenaan tidak boleh dicabar di mahkamah, Zambry menyifatkan ia hanya satu pandangan.

    Al-Husseyn : Baguslah gitu, ingatkan lanun langsung tidak tahu hormatkan undang-undang.Ngapa sebelum ini bertindak melulu nak jadi Menteri Besar sedangkan Nizar belum lagi meletakan jawatannya dan masih sah sebagai MB Perak.

    Artikel : Speaker Dun Perak “Hindu Pariah”, Melayu dicabar Untuk Membunuhnya! -MyKMU

    Oleh maxgma2000my@gmail. com

    Amat sedih juga melihat reaksi bahan berita dan blog UMNO-BN mengenai isu ini, terutama sekali bila melihat Speaker Siva Kumar dihina dicerca dipanggil dengan kata kata kesat seperti “Hindu Pariah”, aneh juga kenapa tidak gunakan “keling pariah”( dengan izin). Ialah kalau panggil dia keling nanti terasa pulak si mamak yang baru jadi MB tu kan?

    Tapi yang lagi memilukan yang mengeluarkan kata-kata Hindu Pariah tu bukan yang beri komen seperti saya tapi ialah editor suatu blog terkemuka milik UMNO. Dia ni tak tahu sopan santun Melayu so tak da hak nak defend Raja raja Melayu. Tak tahulah mereka ni sayang sangat pada parti ke atau Sultan Perak yang pernah mereka suatu ketika dahulu yang teriya-iya mahu melucutkan kuasa mutlaknya. Who started it brother? Yang ini Melayu tak akan lupa. Hang Tuah yang nak jadi hero buat report tu kena belajar sejarah, but first dia tu dari China ke? Silabus sejarah kenalah lenyapkan Si Jebat derhaka tu. Jadi Hang Tuah lagi baik guarantee ada tuahnya, 5 million beb, mana mau dapat?

    Sistem Malaysia ialah sistem raja berperlembagaan bukannya raja mutlak. Mungkin kena belajar Pengajian Am Tingkatan 6 la ni. Tolong rujuk balik la tak da masa nak ajar orang UMNO bodoh tu.

    Kerajaan Perak dibentuk melalui peruntukan Perlembagaan bukan Law of the Jungle. Sorry la, you guys got no “balls” , tak berani gaduh dalam gelanggang seperti manusia yang bertamadun. Yang binatang kerdil biasanya yang akan lari tempias kedalam hutan.

    Ketika BERSIH Rally cakap jangan libatkan Istana, yang ko rang buat sekarang apa pulak.
    Krisis ini dimulakan oleh UMNO, so jangan libatkan istana. Mungkin Baginda Sultan pun tahu ada clause yang akan kenakan orang UMNO, tapi mungkin Baginda senyap bagi kamu rasa racun kamu sendiri.

    Anyway Sultan yang senyap tu patik ucapkan ampun dan ucap terima kasih, kerana mematuhi prinsip Perlembagaan negeri. Mungkin sikap badut badut UMNO, tindakan terpaksa diambil 2 minggu lepas.

    Tambahan dari Herman

    Umno mula tersepit, isu perkauman mula dibangkit, rakyat akan mula bertempik, Umno makin rasa tergigit, dunia ini bagi mereka terasa sempit.

    Editor Laman web yang mengelar beliau sebagai ‘Hindu Pariah’ ini adalah editor http://www.mykmu.net/. Tapi ayat berkaitan gelaran itu sudah dikeluarkan. Namun kalau pi google search dan taip ‘Hindu Pariah’ dia akan keluar list dari MyKMU atas sekali seperti dibawah (Klik gambar).

    Tak cukup dengan itu Editor MyKMU juga cabar orang Melayu untuk bunuh Speaker Dun Perak itu ;

    “Jika zaman dahulu orang seperti Sivakumar ini sudah lama dibunuh oleh Laksamana Melayu. Hari ini orang Melayu sudah menjadi bacul-sebaculnya. Tidak pernah dalam sejarah Melayu pembesar Melayu mengangkat sembah kepada bukan Melayu, hari ini sudah berlaku di DUN Perak dan Selangor.”-Editor MyKMU. KLIK SINI

    Hi-Tea Bersama MB Nizar

    MAJLIS HI-TEA BERSAMA YAB MENTERI BESAR PERAK

    Tarikh : 1 Mac 2009 (Ahad)

    Tempat : Dewan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor,
    Shah Alam, Selangor (PKPS)

    Masa : 3.00 p.m. hingga 5.00 p.m

    Kehadiran VIP

    Dato Seri Ir Haji Mohd Nizar Jamuluddin
    Dr Lo’Lo’ Ghazali
    Ustaz Haji Ahmad Awang
    Ustaz Misbahul Munir Masduki

    Tiket berharga RM20.00

    Sila hubungi :

    019-6570438 (Subang/Subang Jaya)
    012-2871614 (Cheras/Bandar Tun Razak)
    017-6727584 (Kajang/Bandar Baru Bangi)
    019-3837785 (Shah Alam/Klang)
    012-2141858 (Gombak/Ampang/Hulu Klang)
    013-3657491 (Shah Alam)
    019-2316539 (Puchong/Putrajaya)

    Anjuran :

    IKATAN ANAK-ANAK PERAK DI PERANTAUAN

    Jumaat, Februari 20, 2009

    Hj Hadi di Kediaman MB esok pagi

    Tuan Guru Hj Hadi Awang
    akan berkunjung ke
    Kediaman Rasmi Menteri Besar DS Nizar
    Esok Sabtu, 20 Februari
    jam 10.00 pagi - 12 t/hari
    Berliau akan memberi ucapan bersama DS Nizar.
    Orang ramai dijemput hadir bersama.

    SPRM : Kura-kura

    Dalam menghadapi kemelut politik di Perak, Umno /BN telah menggunakan segala apa yang boleh dipergunakannya.

    Setelah menggunakan Institusi Raja, dan PDRM , kini mereka gunakan pula SPRM yang lazimnya macam kura-kura bangun tidur bertindak keatas aduan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat. Tetapi bila Umno /BN cuit sikit, tiba-tiba sahaja bingkas bangun macam harimau nak telan kucing!
    Hoi Pakatan Rakyat apa dah jadi dengan timbunan laporan yang pernah dibuat terlebih awal daripada ini oleh pakatan Rakyat?

    Terbongkar : Rahsia jadi 'Jutawan Segera'

    Anda tidak perlu membina hotel penginapan dengan modal berjuta-juta atau rumah untuk ‘Homestay’. Memadai hanya mendirikan beberapa pasang khemah kanopi ditempat lapang dan sewakan kepada PDRM.

    Ya, hanya kepada PDRM sahaja; jangan harap untuk disewakan kepada orang ramai, kerana orang ramai tidak setolol PDRM kita!

    OOoops! Bukan tolol, sebenarnya mereka amat bijak berbelanja. Laporan daripada Bernama , 18 Februari lalu mendedahkan , bahawa perniagaan menyewa khemah boleh menjadikan seseorang itu jutawan segera.

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) - bukan Penyangak Diraja Malaysia! membelanjakan RM15.153 juta bagi penugasan operasi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini, melibatkan 3,376 anggota dan pegawai polis.

    Demikian Dewan Rakyat diberitahu oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung ketika menjawab soalan Amran Ab.Ghani (PKR-Tanah Merah) pada persidangan Dewan Rakyat kelmarin. Menurut beliau, pecahan perbelanjaan itu meliputi kos:

  • Perjalanan dan sara hidup berjumlah RM2.7 juta,
  • Perhubungan dan utiliti (RM50,000),
  • Sewaan khemah (RM6 juta),
  • Pembekalan makanan kering dan minuman (RM65,000),
  • Pembekalan bahan api dan alat ganti (RM698,000),
  • Pembekalan bahan mentah dan lain-lain (RM310,000),
  • Penyelenggaraan dan pembaikan kecil (RM830,000)
  • Pembekalan makanan bermasak dan penginapan (RM4.5 juta)


  • Wow! RM15.153 juta bagi satu pilihanraya kecil ? Itu baru perbelanjaan untuk polis sahaja; belum lagi yang lain-lainnya.Entah berapa juta agaknya kos keseluruhan yang telah dibelanjakan bagi mengadakan pilihanraya tersebut!

    Yang paling menarik ialah sewa khemah yang menelan kos– RM6 juta! Wow mak! Agaknya kroni mana yang sangat beruntung dapat tender pasang khemah tu…Harganya sangat luar biasa.Harap ada wakil rakyat yang akan tanyakan tentang butirannya .Tak tahu apa nak dikatakan!

    Yang jelas pada kita, SPR dengan sewenang-wenangnya telah menggunakan wang rakyat dengan pembaziran macam itu. Alasanya supaya pengundi-pengundi dapat keluar untuk mengundi dengan selesa tanpa mempunyai perasaan takut-takut.

    Alahai…. setelah 50 tahun lebih Merdeka, rupanya rakyat Malaysia masih jakun dan belum bertamadun lagi hingga perlu dikawal ketat oleh polis untuk mengundi.

    Bayangkanlah betapa pula dengan PRK Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Kedah dan Parlimen Bukit Gantang di Perak yang akan datang ini…..

    Khamis, Februari 19, 2009

    Umno sedang bercelaru dan buat kenyataan bodoh!

    Bagaimana kerajaan negeri Perak akan terus berfungsi dan menjalankan pentadbiran kalau Dewan Undangan Negeri tidak berani mengadakan sidangnya sebagaimana yang dikehendaki oleh perlembagaan undang tubuh negeri?

    Menurut peruntukan yang ada, Dewan Undangan Negeri hendaklah bersidang dalam tempoh setiap 6 bulan sekali.Untuk mengatasi kemelut ni semua, rakyat Perak mahukan satu pilihanraya baru diadakan. Serahkan kepada rakyat untuk menentukan.Kalau mereka mahukan Umno, silakanlah.Pakatan Rakyat dengan senang hati merelakannya.Tak usah buat kerja haram jadah macam ini!

    Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Perak, Datuk Ramly Zahary berkata , Sivakumar telah membuat satu keputusan di luar bidang kuasanya sebagai Speaker.

    Apa yang menariknya ialah , beliau mengakui tentang langkah Sivakumar itu menepati kehendak undang-undang apabila berkata :

    "Sivakumar tidak boleh melihat hanya daripada aspek perundangan sahaja tetapi perlu mengambil kira kesetiaan kepada sultan."

    Begitulah perangai puak-puak Umno nih! Mereka cari jalan nak mengheret institusi Raja apabila teloq mereka tersepit!

    Mereka sedang bercelaru dan kecamuk dan dapat dilihat melalui kenyataan bodoh mereka :

    “Kerajaan Barisan Nasional di Perak sepakat mengatakan keputusan yang dibuat oleh Speaker Sivakumar tidak sah,”

    Tetapi pelik pula bila mereka katakan pula begini :

    “Mereka (MB dan Exco) boleh hadir mesyuarat DUN macam biasa tiada masalah. Umno dan kerajaan BN sedang meneliti apakah langkah dan kaedah yang boleh diambil untuk menafikan keputusan Speaker. Perkara tersebut akan turut dibincangkan dalam mesyuarat Umno Negeri dalam tempoh masa terdekat.

    Lawak betullah depa tu! Isy nak gi siap-siap ke rumah MB - ada solah hajat malam ni...Aku nak minta Umno lingkup!

    Baca Rujkan : di sini

    Menuntut Demokrasi Sebenar

    Demokrasi bukan hanya pilihanraya. Demokrasi sebenar mesti mendukungi keluhuran undang-undang, keadilan capaian maklumat dan media serta menjalankan proses dan sistem pilihanraya yang bebas, bersih dan adil.

    Sesungguhnya demokrasi sebenar mengizinkan rakyat dan pengundi untuk menentukan kerajaan yang mereka mahu. Pilihanraya yang bebas, adil dan bersih menjamin kehendak rakyat tertunai. Andainya pilihanraya dipenuhi penipuan, kepincangan dan ketidakadilan, maka ia menjadikan hasrat rakyat untuk mengecapi demokrasi sebenar kecundang.

    Apakah SPR mampu memberi jaminan dan memenuhi kehendak demokrasi sebenar.Kemelut yang berlaku di Perak hari ini adalah rentetan tindakan SPR yang telah mengenepikan notis Yang Dipertua DUN Perak , V.Sivakumar tentang perletakan jawatan dua ADUN , Jamaluddin dan Osman Jailu.

    Andainya, SPR menerima pakai notis tersebut, membubar dan mengadakan PRK di kedua tempat tersebut, tentunya kemelut yang menyeret sama Institusi Raja tidak akan berlaku.

    Penetapan hari penamaan calon untuk Bukit Gantang dan Bukit Selambau ditetapkan pada 29 Mac iaitu sehari selepas Perhimpuna Agung Umno berakhir. Lazimnya SPR akan mengadakan PRK secepat mungkin tetapi kali ini ia mengambil masa yang agak panjang sehingga hampir dua bulan!

    Muslihat SPR ini sangat mudah dibaca dan jelas berpihak dan sanggup menjadi alat kepada Umno/BN. Ada yang berpendapat , langkah tersebut mungkin diambil kesempatan memanipulasikan senarai pengundi demi memenangkan calon BN.

    Hakikatnya, rakyat beranggapan SPR jelas menunjukan ketidakadilan kepada Pakatan Rakyat dan ramai bertanya samada SPR merupakan salah satu parti komponen BN.

    Mahkamah tetapkan Isnin untuk sebutan

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan Isnin ini bagi sebutan untuk mempertimbangkan tiga isu yang dibangkitkan pada hari pertama prosiding undang-undang yang difailkan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mencabar pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

    Tiga isu itu ialah :

  • Sama ada Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof patut menarik diri daripada mendengar saman itu.

  • Sama ada kes itu patut dirujuk ke Mahkamah Persekutuan untuk penentuan daripada segi persoalan undang-undang.

  • Mengenai kedudukan Penasihat Undang-undang Negeri Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid untuk mewakili Dr Zambry dalam saman itu.

    Mohamad Ariff menetapkan tarikh itu selepas Peguam Kanan Persekutuan See Mee Chun memaklumkan mahkamah yang beliau perlu mendapatkan arahan mengenai pendirian Pejabat Peguam Negara mengenai tiga isu itu.

    Kes itu ditetapkan untuk sebutan hari ini selepas Mohammad Nizar memfailkan saman itu Jumaat lepas.

    Mohammad Nizar memohon semakan kehakiman untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah dan bagi injunksi untuk menghalang Dr Zambry atau ejennya daripada menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Besar.
  • Umno padam dua bulan lagi!

    Kali terakhir Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan bersidang ialah pada 13 Nov 2008.Mengikut undang tubuh negeri Perak, dewan hendaklah bersidang dalam masa setiap enam bulan. Ini bermakna, mahu tidak mahu, persidangan selanjutnya DUN Perak akan diadakan pada pertengahan bulan April akan datang.

    Episod tersebut sangat menarik dan sangat dinantikan lantaran perkembangan kini sangat menekan kerajaan haram yang ada di Perak ini.

    Dengan penggantungan MB Halam dan 6 badut Exconya itu , ditambah lagi 3 Adun Katak yang dianggap telah meletakan jawatan oleh yang Dipertua Dewan menjadikan BN/ Umno dengan 21 kerusi sahaja berbanding dengan 28 kerusi Pakatan Rakyat.

    DUN Perak terpaksa dibubarkan , samada melalui usul oleh Pakatan Rakyat terhadap kerajaan yang ada ini atau melalui perkenan ke bawah Duli Tuanku Sultan.

    Sama-samalah kita tunggu riaksi BN/Umno selanjutnya.Doakan untuk kesejahteraan rakyat Perak seluruhnya ; mudah-mudahan kita semua akan terlepas dari angkara Umno yang durjana ini. Umno Perak sedang nazak kini. Dalam masa dua bulan lagi padamlah !

    Rabu, Februari 18, 2009

    Umno Sebenarnya Derhaka Pada Raja

    Berikut sedikit sedutan resolusi UMNO Selangor pada 1991..masa Mat Taib jadi MB.La ni dia nak jadi TPM pulak..Hampeh punya malaun!

    Resolusi empat perkara yang dikemukakan oleh Umno Selangor kepada Perhimpunan Agong Umno semalam (1991):

  • Pertama- Menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dan menyenaraikan semua harta, tanah dan projek yang telah diluluskan kepada raja secara langsung atau tidak melalui 'Kapitan Cina'.

  • Kedua- Meminta Presiden Umno supaya bertindak tegas atau memecat mana-mana ahli exco atau wakil rakyat yang hipokrit dan bermuka-muka – yang terlibat menghasut raja-raja untuk kepentingan diri sendiri.

  • Ketiga-Meminda perlembagaan supaya kuasa mutlak melantik Menteri Besar, ahli mesyuarat kerajaan negeri, setiausaha kerajaan, penasihat undang-undang dan pegawai kewangan negeri adalah dalam bidang kuasa pucuk pimpinan parti yang memerintah.

  • Keempat-Supaya Perhimpunan Agong Umno memberi mandat penuh kepada Dato' Sri Dr Mahathir dalam menghadapi dan mengetuai isu raja-raja ini secara umumnya samada menerusi pindaan perlembagaan dan segala langkah yang perlu.
  • MB Perak dan 6 Exco digantung

    18 Feb. 2009, IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir digantung sertamerta dan dilarang daripada menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama 18 bulan.

    Sementara enam Anggota Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN juga berkuatkuasa hari ini.

    Speaker DUN Perak V. Sivakumar mengumumkan keputusan itu selepas Zambry dan enam Exco berkenaan tampil di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN di sini hari ini.

    Zambry dan enam Exco itu yang dilihat keluar dari bilik mesyuarat itu pada kira-kira 3.30 petang enggan memberikan sebarang komen kepada pemberita yang menunggu.

    Sumber sini

    Zambry mengadap jawatankuasa DUN Perak

    Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir pernah menyifatkan sebagai 'sesuatu yang pelik'apabila Sivakumar mahu merujuk beliau dan enam Exco kerajaan negeri yang baru kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Rabu ini.

    Tetapi hari ini, beliau terpaksa akur dan memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berhubung kenyataannya terhadap Speaker DUN V. Sivakumar.

    “Saya datang kerana menghormati Speaker...kita ikut peraturan dan undang-undang,” katanya. – di sini

    Al-Husseyn : Dey Anney , poodah! Orang macam kamu mana tahu ikut peraturan dan undang-undang! Sebenarnya kamu takut dan gentar apabila kini kamu mulai sedar bahawa :

    Sivakumar mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap terhadap Menteri Besar baru Perak dan enam Exco berkenaan jika mereka tidak hadir di hadapan jawatankuasa itu Rabu ini.Tindakan menggantung keahlian kesemua tujuh Adun BN berkenaan merupakan antara bentuk hukuman yang boleh dicadangkan oleh jawatankuasa berkenaan.

    Gaya tidur biasa jer..

    Mantan Kaki Usung Puteri Raja Selangor , Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata , Elizabeth Wong wajar meletakkan jawatan Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, berikutan gambar separuh bogelnya yang disebarkan melalui internet , menjejaskan anggota Exco berkenaan malah parti itu sendiri.

    Maka gegak gempita seluruh Malaya, heboh pepuak Umno / BN seluruh negara suruh Eli letak jawatan.Padahal Eli Cuma acah-acah saja.....

    Mengapa beliau perlu berasa terhina dan malu dengan gambar tersebut? Gambar tidurnya diambil tanpa pengetahuan atau izinnya. Dilihat pada gambar tersebut, nyata jelas, beliau tidur dengan amat lena sekali dan bukan membuat posing bagi tujuan digambar.

    Biasalah manusia tidur macam itu. Eli tidak tidur macam Pak Lah yang suka tidur dikhalayak ramai.

    Walaupun Pak Lah tidur dengan pakaian lengkap ‘lounge suit & bertali leher’ atau ‘baju Melayu bersampin’ cara tidur Pak Lah itu adalah lebih pelik dan dilihat lebih tidak bermoral atau tidak sopan kerana dilakukan dalam waktu bekerja.Lain perkataan , Pak Lah ponteng kerja dan tidor!

    Tentu ramai yang marah kalau kata Pak Lah ‘Ponteng kerja dan tidur.’ Tapi takanlah kita nak kata Pak Lah kerja tidur pula? Lupakanlah pasal tu semua , lepas bulan tiga ni , biaq pi Lah tidoq sepanjang mana mahunya!

    Biasalah gaya tidur Eli dalam gambar tu. Malah gaya saya lebih seksi daripada gambar Eli tu! Cumanya tak ada siapa ambil gambr saya tidur dan publish di internet! Hanya mereka hebuhkan pasal saya tidur di dewan saja....

    Selasa, Februari 17, 2009

    ISU TANAH: INI JAWAPAN YAB DS NIZAR

    AbiNasr menghantar komen berikut :

    Dato' Seri Ir.. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berkata :

    Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio. Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.

    Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.

    Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.

    Tohmahan mengenai "gadai tanah" kepada Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.

    Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab Melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru. Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan Cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:

  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
  • 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
  • 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!

    Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

    Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!.

    DAP tiada manifesto ketika itu di Perak. Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar.

    Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tambahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta.

    Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya.

    Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang.

    Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun! Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.!

    Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

    Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu. Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).
  • Gambar Bogel Wong tersebar…

    Gambar separuh bogelnya disebarkan oleh pihak yang bertujuan mahu mencemarkan imej dan partinya ; Elizabeth Wong mengumumkan kesediaannya untuk melepaskan segala jawatan yang disandangnya.

    “Bagi kepentingan parti , Saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan saya sebagai anggota Exco Selangor dan juga sebagai Adun Bukit Lanjan,” katanya di sini.

    Bagaimanapun, ramai yang mahukan Wong menerusjkan kerjaya politiknya itu. Chong Eng, Ketua Wanita DAP berkata :

    "Beliau boleh teruskan kalau beliau boleh tahan. Tunjukkan yang beliau kuat dan mampu melawan segala taktik kotor. Tindakan meletak jawatan akan menunjukkan yang kita mengalah dengan taktik kotor dan pada masa depan, lebih banyak taktik kotor yang akan digunakan untuk menjatuhkan ADUN dan ahli Parlimen,"

    Kenapa Umno Bodoh Sangat!!

    Korang kliklah gambar diatas supaya faham dan lebih cerdik lagi bahawa Zambri Kadiaq tu Menteri Besar jadi-jadian - saya tidak mahu sebut seperti mana ramai yang kata Zambri tu MB Haram ; malah ada yang sanggup sebut namanya sebagai Zombi!

    Saya lebih gemar dan berkeyakinan untuk mengatakan bahawa DS Nizar itu adalah MB Perak yang sah menurut Perlembagaan tubuh negeri Perak Darul Ridzuan.

    Derhaka kepada Raja-raja Melayu : Umno atau Karpal?

    Tengku Razaleigh Hamzah menempelak pemimpin Umno yang mempersoalkan sikap sesetengah rakyat yang dikatakan tidak lagi hormat kepada institusi raja.

    "Raja-raja Melayu hari ini boleh dibawa ke Mahkamah Khas kerana pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan'" jelasnya.

    Beliau berkata , "Isu sebenarnya ialah legitimasi proses pembentukan kerajaan baru Barisan Nasional yang mengambil alih daripada Pakatan Rakyat ; bukannya tentang status Raja-raja Melayu,”

    "Yang mana satukah mendatangkan keburukan lebih besar, antara pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 atau tindakan rakyat Perak baru-baru ini?" tanya beliau lagi.

    Beliau turut melontarkan pertanyaan , “Siapa sebenarnya yang menderhaka kepada Raja-raja Melayu?”

    Apakah Umno hari ini benar-benar mempertahankan undang-undang dan Institusi Raja-raja Melayu seperti yang didakwa.Umno perlu memberi penjelaskan kepada seluruh rakyat .

    Sumber : Blog Tengku Razaleigh

    Ahad, Februari 15, 2009

    Akibat kekenyangan makan rasuah ....

    Tiga ADUN, pakar lompat khindzir, Jamaluddin Md. Radzi, Osman Jailu dan Hee Yit Fong tidak hadir dalam majlis Santapan Diraja Sempena Jubli Perak DYMM Sultan Perak yang berakhir pada jam 11.30 malam tadi, lapor Cina Islam di sini.

    Al-Husseyn : Tentu mereka masih kekenyangan yang teramat sangat setelah diberi makan rasuah oleh Najib alTantuya , umpama ular sawa yang baru dapat menelan babi hutan!

    Sebab itu Osman dan Jamaluddin sanggup terlucut jawatan Exco yang mereka sandang sewaktu bersama Pakatan Rakyat lantaran mendapat habuan besar yang tak terhingga.

    Kalau tidak masakan mungkin mereka sanggup melepaskan gaji dan elauns mewah RM16 ribu sebulan, kereta, pemandu, tiket kapal terbang, penginapan hotel kelas pertama dan elaun sewa rumah!

    Apakah alasan mereka kali ini? Sakit perut? Majlis Raja-Raja Melayu patut minta penjelasan daripada Dollah Badawi bila dia ngadap nanti –tanyakan berapa kali mereka masuk keluar tandas dan mana dari mana mereka bertiga dapat MC itu!

    Penentuan nasib si 7 Jahanam Rabu esok!

    Menteri Besar Hailam Perak, Zambry Kadiaq menyifatkan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V Sivakumar mahu merujuk beliau dan enam Exco kerajaan negeri yang baru kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Rabu ini, sebagai sesuatu yang pelik.

    Peguam Tn. Hj Asmuni Awi, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri berkata, "Pelik sebab kena kat dia dan dia pun tidak sangka kita akan bertindak begitu terhadap mereka.”

    Sementara itu, Setiausaha Akhbar MB Nizar menegaskan bahawa tiada apa yang pelik kerana Siva ikut 'rules and regulations.'

    Sama-sama kita tunggu .....

    Bubar Dun Perak, beri peluang rakyat memilih — Dato' Seri Abdul Hadi Awang

    Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

    Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara.

    Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan.

    PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.

    PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan.

    Pembubaran Dun akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihan raya yang menyeluruh di negeri Perak.

    Saya juga ingin meminta kepada seluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu. — Harakahdaily.net

    Sabtu, Februari 14, 2009

    Umno menjual bangsa Melayu Pulau Pinang.

    Dalam pilihan raya umum 1990, Umno memenangi 12 kerusi di Pulau Pinang manakala Gerakan hanya memenangi 7 kerusi. Keputusan itu membolehkan BN terus memerintah apabila mendapat 19 kerusi berbanding DAP yang hanya mendapat 14 kerusi.

    Sepatutnya, Umno yang mempunyai majoriti lebih besar di antara kedua-dua parti di dalam BN itu berhak mendapat jawatan Ketua Menteri. Bagaimanapun, kerana terlalu bijak atau bangang, Umno menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Gerakan.Malah, kuasa pemerintahan juga telah diserahkan oleh Umno kepada parti yang didominasi oleh kaum Cina bagi menjaga hati mereka.

    Begitu juga dalam pilihan raya umum 1995 di mana Umno menang 12 kerusi, Gerakan 10 kerusi, MCA 9 kerusi, MIC 1 sedangkan DAP menang 1 kerusi saja. Umno tetap tunduk di bawah telunjuk Gerakan dan jawatan Ketua Menteri terus diserahkan kepada parti itu.

    Lihatlah bagaimana survival orang Melayu Pulau Pinang hari ini yang gagal di tangani oleh Umno sehingga terpinggir dan terpaksa lari ke luar kawasan seperti Kulim atau Selama.


    Mana dia suara yang melalak dan melolong ketuanan Melayu itu? Apakah kerana Pulau Pinang tiada beraja maka Pulau Pinang boleh diserahkan kepada bukan Melayu sebagaimana Singapura dahulu? Siapa sebenarnya yang jadi boneka?

    Sumber : Penarik Beca.

    7Ahli Dewan Undangan Negeri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN.

    Sivakumar yang juga pengerusi jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN berkata notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin, telah dihantar pada pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.

    Sivakumar enggan memperincikan aduan yang telah dikemukakan oleh Wong namun akhbar hari ini melaporkan Adun Canning itu dalam surat aduannya kepada jawatankuasa berkenaan, telah mendakwa proses pelantikan Zambry sebagai menteri besar dan barisan exconya telah mencabuli Undang-undang Tubuh Negeri Perak

    Sementara itu, dalam sidang akhbar di Wisma DAP di sini, Pengerusi DAP Perak dan Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham berkata Sivakumar mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap terhadap menteri besar baru Perak dan enam Exco berkenaan jika mereka tidak hadir di hadapan jawatankuasa itu Rabu ini.

    Beliau berkata tindakan menggantung keahlian kesemua tujuh Adun BN berkenaan merupakan antara bentuk hukuman yang boleh dicadangkan oleh jawatankuasa berkenaan.

    Sumber : Malaysiakini.

    Masalah Besar Kerajaan Haram BN Perak - V. Sivakumar masih lagi speaker DUN

    Masalah pertama di hari persidangan dewan undangan negeri yang bakal menyaksikan Menteri Besar dan exco kerajaan Perak yang baru dinobatkan akan berdepan dengan satu masalah besar : Speaker Dewan Undangan Negeri Perak masih lagi ADUN DAP dari Tronoh, V. Sivakumar.

    Sekalipun jumlah ADUN BN pada masa itu ialah 28 mengatasi 1 kerusi ADUN Pakatan Rakyat yang tinggal 27 (tak termasuk 1 lagi kerusi Speaker), namun jawatan Speaker tidak boleh dilucutkan sekalipun dengan usul undi tidak percaya.

    Demikian kata Speaker DUN Selangor Teng Chang Khim yang juga seorang peguam.Jawatan Speaker kosong hanyalah jika V.Sivakumar meletakkan jawatannya sebagai ADUN atau dia sudah tidak layak dari memegang jawatannya atau meletakkan jawatannya secara sukarela.

    Sivakumar dibolehkan, jika beliau mahu, menghalang bekas ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang melompat, iaitu yang telah "meletakkan jawatannya" dari menghadiri persidangan, dan ia pastinya akan mengurangkan majoriti BN di dewan undangan negeri berkenaan.

    Sebagai Speaker Negeri sebelum ini, Sivakumar telah mengisytiharkan ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering Osman Jailu dan Jelapang Hee Yit Foong telah mengosongkan kerusinya selepas beliau menerima surat perletakan jawatan ketiga-tiga ADUN berkenaan.

    Sekiranya Sivakumar meletakkan jawatannya kerana apa-apa sebab, Dewan Undangan Negeri akan dikira "badan perundangan yang tergantung" kerana Undang-undang batang tubuh negeri Perak memperuntukkan dewan tidak boleh bersidang sewaktu kekosongan speaker kecuali untuk tujuan perlantikan seorang speaker.

    Dengan tidak mempunyai suara majoriti yang jelas, Menteri Besar kerajaan BN Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tiada pilihan lain selain memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri dan mendapat perkenan pihak Istana untuk satu pilihanraya baru bagi negeri Perak.

    Namun dengan sentimen rakyat Perak yang kini jelas menolak BN, mereka pasti cuba mengelakkan pilihanraya diadakan dengan apa cara sekalipun.

    "Saya percaya mereka terpaksa memilih untuk mengekalkan Sivakumar," tambah Teng.

    Namun Speaker pula mempunyai bidangkuasa yang luas di dalam dewan dan kehadiran Sivakumar sepastinya menjadi duri yang memeritkan untuk kerajaan haram BN dan Zambry selaku Menteri Besarnya.

    "Sesuatu keputusan Speaker terhadap sesuatu Arahan Tetap tidak boleh dicabar kecuali dengan jalan mengemukakan satu usul (yang terpaksa melalui satu proses yang panjang termasuklah perbahasan di dewan berkenaan)." - Greenboc (link)

    Umno petualang bangsa; bukan pejuang bangsa.

    Umno sesedap mulut tuduh Nizar sebagai ‘boneka’ kepada DAP.Mereka kata habis tanah negeri Perak diberikan kepada orang-orang Cina berketurunan komunis. Begitulah tohmahan yang selalu diperkatakan oleh orang-orang Umno.

    Apabila dijelaskan , bukan orang Cina sahaja diberikan tanah, malah orang-orang Melayu juga mendapat tanah; kerajaan negeri turut memberikan hak milik kekal kepada 349 kampung tersusun yang kesemuanya diduduki oleh orang Melayu!Tetapi mereka segera menjawab, itu memang hak Melayu!

    Kalau benar hak Melayu, kenapa Umno tidak berupaya untuk menganugerahkan geran kekal bagi perkampungan Melayu sejak sekian lama.Umno sekadar meluahkan janji-janji disetiap pilihanraya tetapi tidak pernah cuba mengkotakannya.

    Apabila Nizar dan kerajaan Pakatan Rakyat cuba menunaikan janji manifesto pilihanraya ke-12 iaitu memberikan hak milik tanah kekal kepada 47,000 penduduk kampung baru yang hanya membabitkan 3,000 ekar tanah.yang melibatkan 134 kampung baru (yang sebenarnya turut diduduki oleh kaum Melayu dan India. maka timbullah berbagai tohmahan hingga Nizar dikatakan ‘Boneka’ kepada DAP!

    Isu tersebut dijaja merata kampung oleh Umno dan orang Melayu mudah percaya kerana sikap perkauman yang tebal yang telah sekian lama disemai oleh Umno terhadap setiap diri penyokong Umno.

    Walhal yang sebenarnya, orang Melayu telah diperbodohkan oleh pemimpin dikalangan mereka sendiri.

    Betapa orang Melayu tidak ketahuan bahawa pemimpin mereka telah membahagi-bahagikan tanah kerajaan negeri Perak beribu-ribu ekar kepada tauke-tauke Cina yang menjadi kroni pemimpin Umno.

    Antaranya ialah tanah di Lekir, Manjung seluas 22,000 ekar digadai kepada gergasi KLK. Tanah seluas 1,500 ekar di Bandar Baru Kampar telah di berikan kepada MCA (UTAR); lagi 12,000 ekar kepada petani-petani Cina di Coldstream, Bikam, Bidor. Lagi200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong - sekarang milik YTL kerana digadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL

    Siapa sebenarnya yang dengan sewenang-wenangnya begitu mudah mengagih-agihkan tanah negeri ini ?

    Sedarlah wahai penyokong-penyokong Umno; kamu telah diperdayakan oleh pemimpin kamu sendiri.Mereka sebenarnya bukan pejuang bangsa tetapi adalah ‘Petualang Bangsa’

    Umno Biadab dan Derhaka yang amat sangat

    Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sukalah hamba mengimbas semula beberapa peristiwa sebagaimana berikut agar Tuanku dapat bertimbang rasa sedikit kepada kami yang dituduh ‘Biadap’ dan ‘Derhaka’


  • Di zaman Mahathir dahulu, apabila beliau melondeh dan mengaibkan Raja-Raja Melayu dan mengurangkan kuasa Raja-Raja pada tahun 1983, mengapa Tuanku tidak murka sebagaimana hari ini?

  • Ampun Tuanku, sewaktu mantan Menteri Besar Selangor Muhammad Mohd Taib mengusung lari 'Tengku Yah', mengapa Tuanku tidak murka sebagaiman hari ini?

  • Ampun Tuanku , tentu Tuanku masih ingat bila menatap gambar sebelah ni - Pada 28 April 1993 sepupu Sultan Kelantan, Tengku Ibrahim Petra ditabal pada majlis pemasyuran Anugerah Pingat Emas Kecemerlangan Indera Petra.

    Pada majlis itu Tengku Ibrahim telah dihadiahkan tujuh persalinan sebagai cenderamata daripada rakyat.

    Laungan ‘Hidup Tengku Ibrahim’, ‘Daulat Tuanku’, Allahuakbar’ bergema setiap kali nama beliau disebut, program tersebut dilangsungkan di Ketereh. Hadir sama di majlis itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Annuar Musa.Apa titah Tuanku?

  • Selepas Pilihanraya lalu, Idris Jusoh dengan sokongan Abdullah Badawi membantah perlantikan Mohamad Said sebagai MB Terengganu yang telah mendapat perkenan Sultan Terengganu , DYMM Yang Dipertuan Agong kini.Penyokong-penyokong mereka mengangkat kain rentang dengan perkataan 'NATANG' membantah perlantikan Mohamad Said.

    Ampun Tuanku, bukankah Idris Jusuh dan Abdullah Badawi bersama penyokong-penyokong mereka dari kalangan Umno telah biadap dan derhaka dengan institusi Diraja?Apa titah Tuanku?

  • Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad, bersidang bersama Hakim Besar Malaya Tan Sri Alaudin Mohd Sheriff, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan dua hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Arifin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara membenarkan saman yang dikemukakan Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) menyaman Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan , Tuanku Jaafar (kini Almarhum).

    Malah Mahkamah telah mengetepikan saman balas Tuanku Jaafar terhadap bank berkenaan untuk mengisytiharkan bank itu tidak berhak mengikut undang-undang untuk melepaskan simpanan tetapnya bagi menyelesaikan bayaran AS$1 juta itu.

    Ampun Tuanku, Adakah para hakim tersebut dan Bank Standard Chartered biadap dan derhaka dengan institusi Diraja? Apa titah Tuanku?

    Ampun Tuanku, sebenarnya umno keparat telah menggunakan media yang dikuasai mereka untuk memutar belitkan perkara yang sebenar untuk memburuk-burukan Pakatan Rakyat.

    Kami berharap Institusi Diraja , tempat hamba rakyat semua berlindung , tidak dikuasai oleh Umno/BN yang hanya mahu memperalatkan Institusi Diraja untuk kepentingan politik mereka.Ampun Tuanku!

    Ilham : Pemuda Bersih
  • LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...