Followers

Selasa, Mac 31, 2009

Zambry : Saya boleh jadi imam dan tafsir Quran?

Dato Zambry yang berang kerana terpaksa menjadi makmum kepada Nizar di masjid Simpang kelmarin telah berkata:

Kenapa menggunakan masjid berpolitik.Kamu tidak sepatutnya jadi imam tadi.

Dengan nada kuat dan marah : "Jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir".

Anda percaya tak? Ramai para jemaah yang tercengang –cengang melihatkan telatah pelik si Zambry itu.Masing-masing bertanya apahalnya si Zambry buat kecuh di Mesjid Simpang nih!

Mereka mengesyorkan Zambry supaya melantik dirinya sendiri menjadi imam ; tapi bukan di Masjid Simpang tersebut.Mereka cadangkan Zambry jadi imam di Masjid India di tengah Bandar Taiping.

Sudikah Zambry mengimamkan solat Jumaat minggu ini?Tak kiralah mana-mana masjid sekali pun!

SSyyyss , kalau Zambry jadi imam, taim sujud nanti kita pakat semua tinggalkan dia sorang-sorang !

Nizar Calon yang lebih berpengalaman

PRK di Bukit Gantang, kita dapat menyaksikan DS Nizar berhadapan dengan saingan calon BN, Ismail Saffian dan wakil Bebas, Kamarul Ramizu Idris.

Diantara ketiga-tiga mereka ini, Nizar dilihat sebagai seorang ahli politik yang lebih matang, berpengalaman dan lebih berwibawa.

Calon bebas cap payung, Kamarul Ramizu Idris hanyalah pengacau daun dan penganalisis politik nampaknya tidak memperdulikannya langsung kerana dijangkakan dia tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada dua calon yang lebih penting - DS Nizar dan Ismail. Kamarul dijangka akan kehilangan wang deposit dalam pertandingan tiga penjuru ini.

Ismail Saffian dilihat tidak mampu berkempen sendiri sebagaimana DS Nizar , melainkan beliau ditemani oleh pemimpin-pemimpin Umno yang terpaksa didatangkan daripada pusat.

Kalau setakad ditemani oleh Zambry, pasti tiada siapa yang akan menghadiri ceramah mereka.

Ismail Saffian sebenarnya tidak layak bertanding dengan DS Nizar.Nak buat macam mana, dah tak ada yang lebih cerdik lagi didalam Umno ; sebab itu Umno boleh terima Mr Os Jailu dan X posmen tuh!

Isnin, Mac 30, 2009

Umno berubah dari jahat kepada lebih jahat lagi

Dalam satu kenyataan di press media tengahari tadi, Mustapha Ali telah menyatakan rasa kesalnya terhadap cara kempen pihak Umno/BN yang melampau – lampau.

“Pimpinan Umno/BN perlu menghormati adab-adab demokrasi – don’t hit below the belt.” Katanya.

Beliau juga turut menyentuh tentang kejadian membaling botol air kearah kereta Karpal Singh sewaktu penamaan calon di sini kelmarin.

“Tidak pernah berlaku sebelumnya.” Terang Mustapha. “Kita harap Umno berubah sungguh , tapi bukan dari jahat kepada yang lebih jahat lagi,” tambahnya.

“Dalam ‘politik baru’ perkara seperti itu tidak sepatutnya boleh berlaku.

Isu hijack masjid

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya.

Pohon sembah derkaha!Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbandaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju.

Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama.

Pimpinan UMNO berada disaf pertama.Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.

Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion).

Saya mengelak bagi memelihara suasana.Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir".

Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

Sumber dari Kamparinn

Karpal : Ikut Peraturan

Para penyokong Umno/BN telah bertindak liar ketika berhimpun di padang berhampiran dengan Bangunan Majlis Perbandaran Taiping.

Mereka telah melontarkan beberapa botol air ke kereta Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh semasa tiba pada sesi penamaan calon kerusi Parlimen Bukit Gantang di sini kira-kira 11 pagi tadi.

"Kempen tidak harus dicemari dengan cara sebegini. Pakatan Rakyat akan mematuhi peraturan pilihan raya.

"Oleh itu, BN harus memastikan perkara yang sama tidak berlaku," kata beliau yang hadir untuk menyatakan sokongan kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Calon Pakatan Rakyat dapat sokongan padu rakyat

TAIPING ,29.03.09: Memang sesak sungguh bandar Taiping dibuatnya hari ini kerana inilah Hari untuk penamaan calon bagi kerusi Parlimen P059 Bukit Gantang.

Pakatan Rakyat meletakan Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaludin sebagai calonnya, sementara Umno/BN meletakan Ismail Sapian sebagai calon mereka.Tatkala diumumkan nama-nama calon yang diterima untuk bertanding, terselit sama seorang calon bebas - Kamarul Ramizu Idris dengan lambang payung.

Kehadiran ribuan penyokong ini sebagai tanda simpati dan sokongan moral kepada Nizar, calon Bukit Gantang.Reaksi ini menunjukan betapa rakyat seluruh negara tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan propaganda Umno/BN yang menuduh Nizar sebagai boneka kepada DAP.

Mengikut tinjauan rambang, perhimpunan di Taiping ini adalah lebih hebat daripada yang pernah berlaku di Permatang pauh sewaktu Anwar bertanding dahulu. Mereka datang dari segenap pelusuk tanah air dan mulai berkampung di bandar Taiping ini sejak Sabtu lagi.

Ada yang kata jumlahnya mencecah 100 ribu.Apa yang pastinya, memanglah tak terkira banyaknya maknusia berhimpun disitu untuk memberi sokongan kepada Nizar.

Suara Umno / BN tenggelam dan lesu dalam laungan penyokong Pakatan Rakyat yang jelas nampak lebih perkasa dan gempita.Puak-puak Umno/BN terpaksa buat-buat pekak badak apabila mereka disorak dengan ungkapan kata 'Rasuah! Rasuah! Rasuah!

Penyokong Pakatan Rakyat terlalu ramai hingga terpaksa 'tersadai' sepanjang 5 kilometer di sepanjang jalan menuju ke tempat penamaan tersebut.Mereka memenuhi bukit yang berhampiran disitu.

Disebalik padang, dengan pagar kawat berduri dan kawalan ketat pasukan keselamatan, penyokong Umno/BN agak segan nak mengisi ruang yang disediakan untuk mereka.Samada sebab tempat tersebut terdedah dengan panas terik mentari pagi atau sebab bilangan mereka terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan penyokong Pakatan Rakyat yang mendapat tempat yang teduh berhampiran bukit.

Ah! biar padan muka mereka - dapat panas didunia dan diakhirat.Ada juga yang beritahu , mereka lambat kerana menunggu agihan 'upah' mereka datang kesitu lambat diberi.

Dipihak Pakatan Rakyat, komposisi kaum yang menggambarkan penyatuan kaum adalah membanggakan.Kumpulan PR dihiburkan dengan paluan gendang India yang membuatkan kaki yang lenguh kerana berdiri terlalu lama terasa macam nak berjoget.Ramai juga yang terangguk-angguk terikut-ikut rentak irama paluan gendang yang mengasyikan.

Di bahagian tepi dewan tersebut ada disediakan makanan untuk para tetamu sementara menunggu keputusan penamaan pencalonan.Entah macamana, tempat hidangan makanan Umno/BN sangat hampir dengan penyokong PR yang bersesak diluar pagar disitu.Apabila puak Umno/BN pergi ke situ untuk mengambil makanan, mereka telah disorak dengan ungkapan 'Rasuah! Rasuah! menyebabkan mereka berundur semula dan tidak jadi nak ambil makanan.Samada mereka malu kerana disorak atau mereka kekenyangan makan rasuah, tidak dapat nak dipastikan.

Agak seketika kemudian, barulah mereka hilang kemaluan dan berani mengambil makanan disitu.

Jumaat, Mac 27, 2009

Bila Pak Kadok jadi Ketua Umno...

"Bubarkan (Lembaga Disiplin) dan lantik anggota yang baru," kata Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir dari Bahagian Mertajam, Pulau Pinang.

Kata beliau, tindakan lembaga itu dalam urusan siasatan politik wang telah menyebabkan suasana berkelahi di kalangan ahli Umno. Baca di sini

Mereka yang kalah dan terpinggir (dilarang bertanding) malah yang dilihat ‘bersih’ marah menggila akibah tindakan lembaga itu yang tidak konsisten dalam melaksanakan tugasnya.

Para penyokong Mukhriz amat ketara dalam soal tersebut hingga menimbulkan kegawatan dan menyebabkan keputusan begitu lewat diumumkan.

Malam tadi, Muhyiddin Yassin mengalahkan Muhammad Muhamad Taib untuk menjadi Timbalan Presiden Umno yang baru.

Orang-orang Ali Rustam tentu amal jengkel terhadap kemenangan Muhyiddin.Mereka mendakwa kerja jahat Muhyiddinlah yang menyebabkan bos mereka terkeluar dari senarai calon yang bertanding Timbalan.

Ramai yang berandaian, kalaulah bukan kerana tindakan Lembaga Disiplin Umno yang menghalang Ali Rustam dari bertanding, jangan haraplah Muhyiddin Yassin boleh memenangi kerusi tersebut untuk jadi Timbalan Presiden Umno!

Kini orang mula mempersoalkan tentang Khairy yang walaupun didapati bersalah, tetapi dia hanya diberikan amaran sahaja.

Ramai yang beranggapan hukuman dengan sekadar memberi 'amaran' amatlah tidak bermakna kerana 'amaran' telah pun terlebih dahulu di berikan kepada setiap mereka yang akan bertanding

Jika Khairy, yang dikatakan telah melakukan kesalahan yang sama seperti mana Ali Rustam tetapi masih boleh dibenarkan bertanding, kenapa pula Ali Rustam dihukum dilarang bertanding

Orang ramai berasa pelik diatas sikap Umno yang kononnya mahu menghapuskan gejala politik wang , namun mereka kini mengangkat Khairy kaki rasuah , tetapi dibenarkan bertanding oleh lembaga itu untuk menjadi Ketua Pemuda yang baru

Persoalan disini ialah , kenapa Ali Rustam dilarang bertanding tetapi Khairy dibolehkan? Adakah kerana kaitannya dengan Pak Mertuanya itu?

Walau apa pun, hukuman yang dikenakan terhadap Ali Rustam adalah tidak setimpal dibandingkan dengan beberapa balachinya yang digantung keahlian selama tiga tahun.

Ali Rustam adalah seorang Naib Presiden Umno sewaktu melakukan kesalahan tersebut. Dia bukan sembarangan orang dan patut menjadi contoh teladan kepada ahli-ahli bawahan atau ahli biasa. Sepatutnya hukuman lebih berat perlu dikenakan keatasnya sebagaimana yang pernah dikenakan terhadap bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang digantung keahlian dan terpaksa meletakan jawatan sebagai seorang menteri.

Sepanjang perhimpunan Umno yang baru lalu, para penyangak dan kaki rasuah masih terus membarisi kepimpinan Umno.

Cakap sahaja yang berdegar-degar, ekor masih berterusan bergelumang dengan taik! Khairy amat menyedarinya sebab itu dia cuba menafikannya umpama Pak Kadok yang cuba menyembunyikan wang dalam tanah dan meletakan label diatasnya – Di sini tidak ada wang!

Khamis, Mac 26, 2009

Kah Fidah is not AP


I'm not AP ! no AP at all!

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang tewas kepada calon PKR Nurul Izzah Anwar di kerusi Lembah Pantai pada pilihanraya 2008 yang lalu , telah menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz. Keputusan rasmi menunjukkan beliau memperolehi 507 undi berbanding pencabarnya, Rafidah yang memperoleh 280 undi.

Khairy rasuah

Khairy Jamaludin memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno yang baru kerana Lembaga Disiplin Umno telah membenarkannya bertanding walaupun didapati bersalah di bawah Artikel 10.1 Tataetika Ahli UMNO yang melibatkan politik wang.

Sudah tentu, mereka yang mendapat habuan daripada Khairy akan mengundinya ; lagi pula Lembaga Disiplin Umno seolah-olah merestui gejala politik wang terus berlaku.

Lantaran itu, kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru, nyata mengundang rasa tidak puas hati di kalangan penyokong Mukhriz.

Mereka menggelarkannya ‘Khairy Rasuah’.Itulah gelaran yang diberikan kepada Ketua Pemuda yang baru dilantik dengan gelaran yang baru pula.

Reaksi bantahan tersebut ketara apabila penyokong ahli Parlimen Jerlun itu meninggalkan Dewan Tun Hussein Onn tempat perhimpunan pergerakan tersebut diadakan. Dalam pada itu sekumpulan penyokong Mukhriz yang berada di luar dewan berkumpul dan bersorak menyatakan perasaan bantahan mereka.

Antara sorakan yang jelas kedengaran ialah 'Khairy rasuah'. Sekumpulan anggota polis juga berkawal di sekitar kawasan ruang legar kaunter pendaftaran perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra bagi mengawal sebarang kemungkinan.

Rabu, Mac 25, 2009

Wanita dakap Bekas Ketua Pemuda Umno, Hishamudin

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein yang akan bersara , tiba-tiba sahaja di dakap erat oleh seorang wanita dikhalayak ramai tanpa rasa malu atau segan.

Ya, Hishamudin kelihatan sebak ketika dipeluk oleh seorang wanita. Tidak lain dan tidak bukan ; ibunya sendiri Toh Puan Suhaila Tan Sri Mohd Noah selepas beliau menyampaikan ucapan dasar pada persidangan perwakilan pergerakan itu sempena Perhimpunan Agung UMNO 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra peetang tadi , 24 Mac 2009.

Rombongan ke Penamaan Calon Bukit Gantang


Rombongan untuk pergi ke Penamaan Calon PRK Parlimen Bukit Gantang menaiki bas Express Plusliner - tawaran istimewa untuk penyokong Pakatan Rakyat sahaja - RM 8.00.

Bas bertolak jam 7.00 pagi. Berkumpul di dewan Ahmad Said Sungai Rokam. Sila hubungi al-Husseyn - bayar dulu dia dapat!

Najib penyebab Krisiis Perlembagaan Perak 2009

Pada awalnya , Sultan Perak sebenarnya tidak cenderung menyingkirkan Nizar. Apabila Nizar mengadap Sultan, Tuanku sebenarnya dapat menerima cadangan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya satu pilihanraya negeri dapat diadakan.

Tetapi Tuanku ‘takut’ setelah Najib mengadapnya dan memperingatkan (baca mengancam) baginda Tuanku bahawa baginda ‘membahayakan’ tahtanya sendiri jika baginda berpihak kepada Pakatan Rakyat dalam krisis Perlembagaan Perak ini.

Ya, itu adalah benar.Najib telah mengancam Sultan dan mengingatkannya (baca mengugut Sultan) bahawa masa depannya bergantung ditangan Umno.Dan Najib tanpa berasa malu mendakwa Umno adalah pelindung Institusi Raja.Karut! Saya tahu apa yang telah berlaku.

Tentunnya kini, Umno mendakwa merekalah pelindung Institusi Raja.Tetapi jika Sultan Perak bertegas dan tidak setuju menyingkirkan Nizar dan menggantikannya dengan Zambry, adakah Umno akan terus dengan dakwaan tersebut ; mengheret Raja-Raja melalui Krisis Perlembagaan ke-Tiga sebagaimana ditahun 1980-an?

Dan sebab itulah saya bersuara dalam mempertahankan Sultan Perak – dan ramai pembaca Malaysia Today menghentam saya kerana hal tersebut.Tetapi saya juga meminta kepada Nizar supaya tetap dengan pendiriannya dan tidak tidak mudah mengalah walaupun ianya akan mengakibatkan satu krisis perlembagaan .

Sumber : RPK
Berkaitan : sila lihat di sini

Selasa, Mac 24, 2009

Polis gempur ceramah Anwar

SUNGAI PETANI, 23 Mac (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim hanya sempat berucap beberapa patah perkataan, sebelum gas pemedih mata ditembak bertalu-talu ke majlis ceramah anjuran KeADILan yang diadakan di Padang Awam, Taman Ria Jaya kira-kira jam 9.20 malam tadi.

Majlis ceramah yang mengundang Anwar dan Menteri Besar Kedah, Dato� Seri Azizan Razak pada awalnya mendapat permit polis, tetapi dibatalkan di saat akhir. Azizan bagaimanapun belum hadir ke tempat ceramah sebelum majlis ceramah disuraikan secara kekerasan oleh pihak polis.

Lebih 50 kali tembakan gas pemedih mata dilepaskan dan dua kali semburan air kimia Water Canon dihalakan kepada orang ramai.

Jalan utama melalui Taman Ria Jaya dan Kelab Cinta Sayang ditutup menyebabkan berlaku kesesakan teruk di sekitar taman perumahan berhampiran. Orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan rakus pihak polis, kelihatan berkumpul di merata tempat berhampiran tempat ceramah dan enggan berganjak walaupun diberi amaran berkali-kali oleh pihak polis.

Sementara itu, 20 orang ditahan dan dibawa dengan sebuah trak ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Petani. Antara yang ditahan ialah Senator Zamri Yusoff, Hafiz Ali (Setiusaha KeADILan Kedah), Ismadi (pegawai khas MB Kedah), Gunasegaran (pembantu peribadi calon KeADILan Bukit Selambau), Janapala, Ibrahim Tan Sri Yaakob, Mohd Hafizal Mohamad, Mohd Shafiq Md Sofi dan Lee Hong Meng.

Lee adalah aktivis KeADILan yang mengalami sakit buah pinggang dan perlu menjalani proses haemodialisis besok.

Seorang lagi yang belum dikenali dibawa dengan kenderaan lain kerana mengalami luka yang agak teruk di muka.

Tindakan polis mengenakan kekerasan secara tiba-tiba pada malam mengejutkan kerana sejak beberapa malam pihak Pakatan Rakyat mengadakan ceramah tidak terdapat sebarang gangguan, malahan mendapat kerjasama yang baik dari pihak polis. Ramai percaya tindakan pada malam ini adalah "arahan dari atas".

Gambar Semasa Perisytiharan Calon Parlimen Kawasan Bukit Gantang

Majlis bermula dengan solat Isya berjemaah
dengan diikuti solatul-hajat


Orang ramai - ada Cina, Melayu , India dan
sebagainya mahu tahu siapa calon Pakatan Rakyat


Tak semena-mena ceramah yang dapat permit
pun mahu di ganggu oleh kepala merah
mereka marah sebab berceramah politik dan suruh
segera buat pengumuman nama calon


Dato Presiden terpaksa segera mengumumkan
- MB Nizar jadi calon Parlimen Kawasan Bt Gantang


Nizar gembira dan meraikan pengumuman tersebut


Melihat kepada jam untuk mengambil sedikit masa
berucap kepada para penyokong Pakatan Rakyat


Terima kasih, terima kasih kepada semua
Jangan lupa undi PAS !


Tentu ! tentu! Kami semua sokong calon PAS !


Doa penutup majlis dibacakan.Semua Muslim turut
mengaminkan termasuk Kepala Merah


Penuh khusyuk dan syahdu!


Allahumma inna naj'aluka fi-nuhuri a'da ina;
wa na'uzibika min-sururihim!


Ucapan tahniah daripada Muslimat- bagus! bagus!


Tahniah daripada para bloggers dan pemberita kepada MB Nizar


Gembira tidak terperi! Mesti sokong punya!


Pengisytiharan Nizar sebagai calon dianggap satu kemenangan
yang sedang menanti di puncak Bukit Gantang!


Pemberita Cina sedang bertanyakan sesuatu kepada Ngeh.
Tengoklah berita di Surat khabar Cina besok ; jangan
asyik kena tipu Utusan dan Berita Hairan!

Isnin, Mac 23, 2009

Enter the Dragon : Mohammad Nizar !


YB Dato Seri Hj Mohammad Nizar di umumkan sebagai Calon PRK Bukit Gantang sebentar tadi.Pengumuman baru sahaja dibuat oleh Presiden PAS Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang semasa majlis ceramah di adakan di Padang Taman Kota Jaya Simpang ,Taiping malam ini.

Dianggarkan 5 ribu Orang telah bersorak gembira apabila pengumuman yang agak mengejutkan itu diumumkan; termasuk juga pegawai-pegawai FRU yang bertugas pada malam ini.Laungan takbir memenuhi suasana yang menunjukkan kegembiraan.

Mesyuarat AJK PAS Pusat yang dipengerusikan oleh YB. Dato' Presiden PAS yang dihadiri oleh Timbalan Presiden dan AJK Pusat yang lain telah bermesyuarat mula jam 3.00 petang tadi di Markas Tarbiyah PAS Ayer Kuning bagi menentukan siapakah calon bagi PRK Bukit Gantang.
Gambar akan menyusul kemudian.

PM : Prime Murdurer atau Pembunuh Monggolia ?

Dunia mulai bertanya : Bagaimana Malaysia boleh melantik seorang yang disyaki pembunuh menjadi Perdana Menteri mereka?

Mereka merujuk kepada perlantikan Najib yang akan menggantikan Abdullah Badawi selepas Perhimpunan Agong Umno minggu depan.

Sungguh biadab pertanyaan mereka itu.Kerajaan Malaysia perlu siasat apa yang mereka dakwa di sini adalah tidak berasas sama sekali.

Najib perlu mengambil tindakan 'saman malu' terhadap akhbar tersebut yang bukan sahaja mencemarkan namanya sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia , bahkan mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia. Masakan bakal PM Malaysia seorang pembunuh!

Kita tidak mahu gelaran PM dipermainkan dunia sebagai Prime Murderer ataupun Pembunuh Monggolia. Najib mesti beri penjelasan kepada dunia.

Isu Perlembagaan Perak Akan Ditentukan Mahkamah Tinggi

PUTRAJAYA, 23 Mac (Bernama) -- Mahkamah Persekutuan hari ini menetapkan bahawa isu mengenai takrif Perkara 16 (6) Undang-undang tubuh Negeri Perak perlu didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan perkara itu hanya boleh dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan menerusi rayuan.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan itu setelah membenarkan bantahan awal oleh Sulaiman Abdullah, peguam utama Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, bahawa Mahkamah Persekutuan tidak tertakluk kepada bidang kuasa untuk mendengar empat persoalan yang dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk ditentukan.

Mahkamah sepatutnya hari ini mendengar kes berhubung empat persoalan yang dibangkitkan dalam saman Mohammad Nizar yang mencabar kesahihan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Hakim Alauddin berkata panel lima hakim bersepakat bahawa Hakim Mahkamah Tinggi tidak mempunyai kuasa untuk membuat perintah agar empat persoalan itu dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan mengikut Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman kerana seksyen itu hanya terbatas kepada Perlembagaan Persekutuan dan bukannya perlembagan negeri.

Beliau kemudian mengetepikan semua perintah Mahkamah Rayuan pada 20 Mac lepas, dan mengarahkan agar kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk didengar oleh Hakim Lau Bee Lan.

Tiada tarikh ditetapkan.

Mohammad Nizar, 52, yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah selain untuk mendapatkan injunksi menghalang Dr Zambry daripada melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar.-- BERNAMA

Al-Husseyn : Mula-mula dulu MB Nizar failkan kes tersebut di Mahkamah tinggi , kemudian pasal apa pula dipersetujui ke Mahkamah Persekutuan bila Zambry bantah? Dan bila MB Nizar lawan balik , Mahkamah Persekutuan pula setuju dengan MB Nizar.

Jelas apa yang dilakukan oleh MB Nizar dan kumpulan peguamnya adalah betul dan mengikut peraturan. Kalau tidak masakan panel lima hakim bersepakat bahawa Hakim Mahkamah Tinggi tidak mempunyai kuasa untuk membuat perintah keatas empat persoalan yang dibangkitkan dalam saman MB Nizar yang mencabar kesahihan pelantikan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Nizar lwn Zambry : Kembali ke Mahkamah Tinggi

Mahkamah Persekutuan hari ini mengembalikan persoalan tuntutan kesahihan Menteri Besar Perak kembali ke Mahkamah Tinggi.

Al-Husseyn : Entah apa alasannya siapa pun tak tahu.Tapi rakyat boleh nampak bahawa ini adalah helah semata-mata mahu melambat-lambatkan proses keadilan.

Sumber sini

Pengisytiharaan Calon PAS/Pakatan Rakyat malam ini


CERAMAH PENGUMUMAN
CALON PAS / PAKATAN RAKYAT
KAWASAN PARLIMEN BUKIT GANTANG

Adalah dimaklumkan bahawa satu sidang media akan
diadakan pada maklumat seperti berikut :-
Tarikh
23 Mac 2009 / 27 Rabiulawal 1430
(ISNIN)

Masa
9.00 malam

Tempat
Padang Taman Kota,
Taiping.

Pengumuman akan disampaikan oleh
YB. Tuan Guru
Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS;
YB. Mohd Azmin Ali, Naib Presiden PKR dan
YAB. Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP.

Semua wartawan dijemput hadir untuk
membuat liputan. Terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,


SAFARIZAL BIN SALEH
Sektreariat Media PAS.
(H/P : 019-223 1424)

Ahad, Mac 22, 2009

Menjengok aktiviti PAS Lumut


Saya dan Anuar mengambil kesempatan menziarahi tempat penginapan PAS Lumut yang secara kebetulan berhampiran dengan kediaman kami. Petugas di situ sedang menyiapkan satu kain rentang kempen pilihanraya - Sokong Kami Bunyikan Hon! Nampak mudah sahaja mereka membuatnya.


Mereka turut menawarkan bantuan kepada kami untuk membuat kerja -kerja membuat kain rentang kerana mereka ada kepakaran dalam bidang tersebut. "Bawa kain dan Plaka," kata petugas di situ.

Kerjasama sebegini amat diperlukan dan akan lebih mermudahkan tugas setiap kami.Esok kita akan mempersiapkan keperluan kediaman kami supaya para petugas merasa lebih selesa dan seronok menjalankan tugas.

Akibat terlelap seketika

Sedang sibuk dengan kerja-kerja operasi dirumah penempatan kami , satu kemalangan telah berlaku tidak jauh dari tempat kami.Sebuah kereta kancil terjelubus masuk kedalam longkang di tepi jalan.


Saya diberitahu, pemandunya telah tertidur hngga menyebabkan kereta tersebut hilang kawalan dan memasuki lorong sebelah kanannya lalu tersadai kedalam longkang.Empat buah lori dari arah yang bertentangan sempat menekan brek masing-masing, kalau tidak kemalangan yang mengerikan pasti berlaku disitu.

Kami turut memberikan pertolonga mana yang perlu.Syukur, keluarga Melayu daripada Pulau Pinang yang terlibat dalam kemalangan tersebut selamat daripada kemalangan jiwa. Ingatan bagi kita semua supaya jangan teruskan memandu. bila mengantuk.

Operasi Pertama PAS Gopeng di Bukit Gantang

Sebelum memulakan perjalanan - berkumpul
di Surau Mujahideen Pekan Razaki Ipoh

Pagi kelmarin saya bersama beberapa rakan dari PAS Gopeng pergi untuk membuat kerja-kerja persiapan di rumah Gerak Kerja kami di Kuala Terong.

Kami berombongan tiga kereta..Saya menumpang kereta merah Anuar Ibrahim . Dalam perjalanan disepanjang jalan pekan kecil Terong ini, lalu lintas agak berasak-asak. Rupa-rupanya mereka sedang menurap baru permukaan jalan raya.

Ini bukan projek mee segera kah?

Apa yang Najib kata tempohari , bahawa pilihanraya kecil kali ini , khususnya di Parlimen Bukit Gantang , projek ala ‘Mee Segera ‘ tidak akan berlaku adalah satu pembohongan yang jelas.

Ada beberapa projek lagi tetapi tak sempat
saya rakamkan kali ini,mungkin dilain masa

Biasalah, siapa yang tidak kenal Najib – kuat bohong dan kaki kelentiong.Orang-orang Monggolia pun sangat mengenali Najib kerana perangainya itu.

Beginilah gigihnya para petugas PAS yang
ikhlas dan tidak menagih apa-apa upah

Kami singgah sebentar di UPU Terong.Beberapa petugas sedang sibuk menyiapkan pintu gerbang daripada kerangka buluh.Kami lihat stok batang buluh banyak sungguh. Kami berbual-bual sebentar dan meneruskan semula perjalanan kami menuju ke rumah tempat penginapan kami bagi sepanjang kempen pilihan raya kecil ini nanti.

Lebih kurang lima minit perjalanan, kami pun sampai ke rumah yang di maksudkan itu.Rumah tersebut agak tersorok sedikit kerana penuh dengan semak samun.

Semak samun melindungi rumah yang bakal
menjadi tempat penginapan para petugas dari
Kawasan Gopeng

Beberapa rakan mula tiba , siap dengan mesen rumput.Kami pun mulalah buat operasi membersihkan halaman rumah tersebut yang telah agak lama terbiar begitu.Kerja-kerja agak mudak dengan adanya mesen potong rumput dan tenaga kerja yang mahir.

Sekarang dah clear dan kami akan memulakan
gerak kerja parti - sepanjang berkempen ini,
kami akan tinggalkan anak bini dan
menginap di sini

Saya dan Anuar tidak mampu nak buat kerja-kerja macam itu.Anuar sibuk melakukan operasi bunuh lalat dalam rumah dengan secekak penyapu lidi.Lalat banyak sungguh ditempat ini , tak terkata.Walaupun banyak yang telah dibunuh, namun bilangannya tidak juga nampak berkurangan.

Anuar sedang melaporkan kepada YDP Kawasan
tentang puluhan lalat yang dibunuhnya; tetapi YDP
kata: Kita kesini bukan nak bunuh lalat,
kita nak bunuh Umno/BN!

Menjelang tengahari, saya dan Anuar pergi membeli nasi bungkus untuk rakan-rakan dikedai makan berhampiran – Singgah Sara nama restoran tersebut.Kami beli 20 bungkus nasi.Saya dan Anuar makan disitu sementara menunggu nasi siap dibungkus..

Haji Haiyi, Bendahari Kawasan Gopeng sibuk dengan urusan memasang bekalan eleterik. Beliau terpaksa mendapatkan bekalan komponen daripada pekan Taiping. Menjelang waktu Asar, bekalan leterik dapat disediakan. Saya dan Anuar tidak bermalam di situ dan terpaksa balik ke Ipoh.Terasa rugi kerana tidak dapat bersama ceramah Tn Guru Hj Hadi pada sebelah malam yang akan diadakan di sekitar kawasan itu. Pada hari pengisytiharan nama calun , Isnin 23 Mac ini, esok, insya’Allah kami akan datang lagi.

Jumaat, Mac 20, 2009

Umno mula main kotor di Bukit Gantang


BUKIT GANTANG : Satu laporan polis mengenai risalah berunsur fitnah dan provokasi yang dicetak dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab di sekitar Parlimen Bukit Gantang telah dibuat oleh ADUN Titi Serong telah dibuat di Balai Polis Changkat Jering sekitar jam 5.15 petang tadi.

Lihat entri Anbanjari di sini

Isu Kerajaan Perpaduan : Media cuba melagakan pimpinan PAS

"Saya Mursyidul Am umpama nakhoda, kalau tukang sauh nak jumpa, saya tak boleh tolak, kena jumpa. Kalau tukang layar nak jumpa tak boleh tolak, kalau Haji Hadi nak jumpa pun saya tak boleh tolak,” katanya ketika ditanya sama ada beliau sedia berjumpa dengan Presiden Pas atau pemimpin tertinggi lain parti itu dalam menyelesaian isu mengenai cadangan Hadi bagi membentuk kerajaan campuran pembangkang dan BN.

Nik Abdul Aziz berkata, jika ramai pemimpin Pas yang menggesa untuk penubuhan kerajaan campuran dengan BN, maka perlu ada satu platform yang khusus untuk membincangkan perkara itu dengan teliti.

“Saya tetap dengan pendirian asal saya, tidak bersetuju dengan cadangan itu. Kalau hendak juga hubungan kerjasama itu, (Pas) kena adakan mesyuarat khas lain membincangkan khusus tentang perkara itu,” katanya.

Baca sepenuhnya di sini

Al-Husseyn : Nampaknya beriya sungguh pihak media Umno / BN hendak melaga-lagakan pimpinan PAS. Rasanya dah tiga kali isu yang sama dimainkan oleh mereka ; umpamanya seperti tajuk : Kerajaan campuran: Nik Aziz bidas Hadi

Media cuba memutar belitkan cadangan 'Kerajaan Perpaduan ' yang di cadangkan Presiden PAS itu dengan menyebutnya sebagai 'membentuk kerajaan campuran pembangkang dan BN'

Apa yang saya faham sebagai maksud DS Presiden ialah kerajaan gabungan di antara BN dan PR. Gabungan ini akan menjadikan semua pihak sebahagian dari kerajaan yang memerintah dan tiada pembangkang buat seketika. Dengan itu persengketaan dapat dielak dan semua boleh tumpu kepada persoalan menghadapi dan mengatasi kegawatan ekonomi . Baca seterusnya di sini

Walau apa pun bagi mengelakan kekeliruan, sebaik-baiknya Dato Presiden perlulah merundingkan perkara sebegitu besar bersama Mursyidul Am terlebih dan dibincangkan bersama lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat sebelum melontarkan ideanya itu.

Sidang Media Jentera PRK Parlimen Bukit Gantang esok di Markaz Air Kuning

SIDANG MEDIA JENTERA PILIHAN RAYA KACIL PAS
KAWASAN PARLIMEN BUKIT GANTANG


Adalah dimaklumkan bahawa satu sidang media akan diadakan
pada aklumat seperti berikut :-
Tarikh :
21 Mac 2009 / 24 Rabiulawal 1430
(SABTU)
Masa : 10.30 pagi

Tempat :
Dewan Tuan Guru Abdul Samad Noh,
Markaz Tarbiyyah PAS Negeri Perak,
Air Kuning, Changkat Jering, Taiping.

Sidang media akan di ketuai oleh Tuan Haji Asmuni Awi,
Pengarah Jentera Operasi Pilihan Raya Kecil
Kawasan Parlimen Bukit Gantang.

Semua wartawan dijemput hadir untuk membuat liputan.
Terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

SAFARIZAL BIN SALEH
Sekretariat Media PAS.
(H/P : 019-223 1424)

Halang Adun Menjalankan tugas : Nga buat laporan polis

Berita harian online melaporkan :

IPOH: Exco kerajaan negeri Perak , Nga Kor Ming membuat laporan polis pagi ini, terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri (Gambar) kerana menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) hadiri sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN), 3 Mac lalu.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana menghalang Adun daripada menjalankan tugas mereka.

Mahathir : Keputusan Lembaga Disiplin Umno Pelik

Dr Mahathir, bekas Presiden UMNO turut mengulas tentang Mohd Ali Rustam yang terlibat dengan 'Rasuah Politik'

Beliau berkata "layanan" yang sama perlu diberi kepada Mohd Ali sebagaimana yang diberi kepada bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad, dahulu.

"Ada satu kes (di mana) Isa Samad, yang dikeluarkan kerana terbabit dalam politik wang tapi dia juga hilang kedudukannya sebagai menteri. Tapi di sini kita ada keputusan yang pelik.

"Dia didapati korup tapi dia kekal sebagai Ketua Menteri (Melaka). Sekarang kita ada seorang yang disahkan sebagai korup tapi parti menerima beliau sebagai Ketua Menteri.

"Jika anda buat keputusan, ia mesti konsisten. Dalam cara yang sama, ia perlu meliputi semua orang, dengan jumlah yang sama. Anda tak boleh berkata, baiklah, dia bunuh orang itu dia patut digantung. Dia bunuh orang lain tapi orang itu tidak penting, jadi lepaskan dia," katanya.

Idham Lim : PSRM perlu segera siasat Rsuah Ali Rustam dan lain-lain


Ipoh, 20 Mac : ADUN Titi Serong, YB. Drs Khalil Idham Lim telah membuat laporan kepada SPRM tentang jenayah rasuah yang dilakukan oleh pemimpin UMNO.Beliau mewakili lain-lain Adun Pakatan Rakyat diiringi oleh beberapa ADUN Pakatan Rakyat serta penyokong yang lain.


Dalam kenyataannya petang tadi, Idham Lim berkata, PSRM sepatutnya segera menyiasat nama-nama yang telah dinyatakan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, bahawa mereka terbukti melakukan 'rasuah politik

Mengikut Idham Lim, mereka yang terlibat dengan 'Rasuah Politik' sebenarnya melakukan jenayah rasuah kerana penglibatabn mereka membeli undi untuk memenangkan calun mereka dalam perebutan kerusi yang dipertangdingkan.

MAJLIS PERTEMUAN & TAKLIMAT KHUSUS PENGUNDI

IKATAN ANAK-ANAK PERAK DI PERANTAUAN
(IKAPP)

MAJLIS PERTEMUAN & TAKLIMAT KHUSUS PENGUNDI
P059 BUKIT GANTANG BERSAMA

YAB TUAN GURU DATUK HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
YB TUAN GURU DATO SERI HAJI ABDUL HADI AWANG
YAB DATO SERI IR HAJI MUHAMAD NIZAR JAMALUDIN
YHBG AL FADHIL USTAZ HAJI AHMAD AWANG

TEMPAT :
DEWAN DATO HAJI FADHIL MOHD NOOR
PUSAT TARBIYAH TAMAN MELEWAR, GOMBAK

TARIKH :
22 MARCH 2009 (AHAD)

MASA :
3.00 – 6.00 PETANG

Khamis, Mac 19, 2009

Alfateha untuk Allahyaryam Abdul Majid

Sedang nyenyak tidur tadi ,
bilamana handpon berbunyi jam 4.15
pagi - mesej daripada sahabatku dari Gopeng,
Cikgu Kamalulail yang menyampaikan satu berita
yang sedih tentang pemergian seorang lagi aktivis
PAS Kawasan Gopeng, Abang Majid ,telah dijemput
Allah ke RahmatNya sebentar tadi di Hospital Besar Ipoh.
Jenazah beliau sedang dibawa ke rumah bapanya di Tg.
Rambutan, (persimpangan ke Maktab Perguruan Ipoh).
Beliau pernah di masukan ke ICU hospital tersebut akibat
serangan jantung awal Januari lalu dan semenjak itu
kesihatan beliau tidak begitu mengembirakan. Semoga
rohnya ditempatkan bersama-sama dikalangan roh
mereka yang soleh. takziah kepada keluarga beliau,
Bersabar dan redha diatas ujian Allah ini.
Kita juga akan kesana juga akhirnya.
Al-Fateha

Kuat ampu pun malang!

Kesian kepada mereka ini.Walaupun begitu kuat mengampu dan membodek tuan mereka, nasib mereka lebih malang jika dibandingkan dengan rakan sejawat mereka di NUJ cawangan The Star mendapat pelarasan 14 peratus, manakala NUJ kumpulan New Straits Times Press (NSTP) yang sedang berunding menerima tawaran 12 peratus.

Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) cawangan Utusan Melayu memberi kata kedua kepada majikannya: meteraikan perjanjian bersama (CA) penggal 2008 hingga 2011 menjelang jam 6 petang Isnin depan atau menghadapi piket semasa perhimpunan agung Umno yang bermula keesokannya. Baca seterusnya di sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...