Followers

Rabu, April 29, 2009

Sah! kena rasuk lembaga hitam!

"Kedudukan saya sebagai Menteri Besar adalah sah dan saya bersama anggota Exco berhak menduduki kerusi yang sepatutnya diduduki oleh kami ketika persidangan DUN nanti manakala Speaker juga mesti mengiktiraf dan menghormati pelantikan kami sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya," katanya di sini

Tambahnya lagi, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijadualkan pada 7 Mei ini akan tetap diteruskan walaupun menerima pelbagai ancaman pakatan pembangkang termasuk kemungkinan memulaukannya, kerana tarikh berkenaan sudah mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Sah! Orang yang bercakap ni dah terkena rasuk lembaga hitam di bilik MB Perak tu! Kalau tidak takkanlah dia merapu dan melalut macam tu?

Bukankah orang ini yang minta supaya mahkamah mengesahkan dirinya sebagai MB Perak?

Sabo-sabolah Yob! Tunggulah Mahkamah Tinggi buat keputusan.Apa nak ditakutkan sangat sampai kecut teloq! Sepatutnya Nizarlah yang kecut; sebab selama ini skrip mahkamah memihak kepada Umno/ BN.

Kalau diteruskan juga pada 7 Mei ini, tentu kelam kabut jadinya. Takkanlah nanti miker tergamak nak bawa masuk FRU bersama water cannon dan segala macam gas pemedih mata kedalam DUN ?

Pada persidangan DUN 7hb Mei nanti, tentu akan berlaku keributan terutama perebutan kerusi tempat duduk adun-adun. Zambry tentunya mahu menduduki kerusi pertama yang diduduki Nizar. Namun Nizar tentunya tidak akan berganjak kerana secara perlembagaannya beliau belum meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Kepada siapa-siapa yang pandai dan ada ilmu perbomohan, tolonglah jampi serapah dan semborkan orang yang kena rasuk lembaga hitam tu supaya dia kembali pulih sedia kala! Errghk Phui!

Renungkan dulu kemudian buat keputusan

Berikut merupakan pendapat yang mungkin dapat dipertimbangan oleh para perwakilan nanti.Kita renungkan bersama pandangan Sdr Mohamad Shafri Shamsudin yang telah menghantar komen berikut dan saya postingkan disini:

MURSYIDUL Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz ada membuat kenyataan menyatakan kira-kira perwakilan Muktamar parti berkuasa menentukan sesiapa bagi menjawat jawatan tertinggi dalam PAS.

Kiranya perwakilan merasakan barisan pimpinan yang ada perlu dirombak, maka kuasa itu ada pada perwakilan dan perwakilan boleh membuat pilihan dengan bijaksana.

Yang perwakilan tiada kuasa untuk memilihnya ialah Mursyidul Am. Kuasa itu hanya ada pada Majlis Syura. Majlis Syura yang terdiri dari empat wakil Dewan Ulama dan empat wakil Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bersidang memilih baki jumlah anggota Majlis Syura itu yang terdiri dari ulama dalam PAS. Mereka bersidang memilih Mursyidul dan Timbalannya.

Walaupun kuasa menentukan pimpinan parti itu ada di tangan perwakilan Muktamar, mesyuarat agung kawasan perlu serius, teliti dengan penuh rasa tanggungjawab mencalonkan sesiapa bagi menduduki saf pimpinan itu terutama bagi anggota Dewan Harian pusat yang dipilih dalam Muktamar.

Jangan sekadar bernafsu bagi mengadakan perubahan, maka dicalonkanlah sesiapa saja yang difikirkan dinamik dan berwibawa tanpa melihat kepada peranan, keperluan dan tanggungjawab sebagai pimpinan utama PAS yang peranannya adalah bagi memimpin umah bagi mewujudkan masyarakat Islam yang berdaulat dan membentuk pemerintahan yang di dalamnya terlaksana aturan dan peraturan Islam.

Tuntutan itu dikuatkan pula pembentukan Majlis Syura di bawah konsep kepimpinan ulama, maka ia menjadikan seperti satu kemestian Presiden dan timbalannya adalah wajar dari kalangan ulama.

Gelombang yang memperjuangkan konsep kepimpinan ulama bukan saja berjaya mengatasi kebuntuan pimpinan masa kini, malah ia berjaya mengatasi krisis besar itu dan dapat memulihkan semula ketumpulan yang dihadapi oleh PAS suatu ketika dulu (zaman Dato' Asri).

Apabila PAS menerima gelombang itu dan selesa dengan kehendak kepimpinan ulama yang berjaya memilihkannya dari kelumpuhan dan perpecahan, maka dengan sendirinya Presiden PAS mestilah seorang ulama. Maka ia akan dilihat janggal kalau ia tidak berpresidenkan seorang ulama sedang ia mempelopori konsep kepimpinan ulama.

Anggota Majlis Syura Ulama yang dibentuk itu mestilah terdiri dari ulama. Tuntutan itu begitu dan orang PAS pun mahu ia begitu. Logik susunan itu begitu ialah bagi mengelakkan krisis yang besar tidak berulang lagi. Ia tidak disebut begitu tetapi itulah hasrat yang tersurat.

Apabila ia mesti terdiri dari ulama, Presiden PAS wajar ada dalam majlis itu bagi membentangkan segala perkara yang perlu disampaikan oleh Jawatankuasa PAS Pusat kepada majlis itu.

Walaupun ia tidak mensyaratkan Presiden mesti ada dalam Majlis itu tetapi ganjillah Majlis itu kalau Presiden tidak menjadi anggotanya. Walaupun Majlis itu mesti diwakili oleh empat orang ulama di dalamnya, Presiden adalah penting dan patut duduk di situ.

Sekalipun tidak dituntut Timbalan Presiden itu seorang ulama, tetapi timbalan itu akan memangku jawatan Presiden sekiranya berlaku sesuatu kepada Presiden. Timbalan Presiden bukan sekadar memanku jawatan Presiden tetapi dia mesti mewakili Presiden dalam Majlis Syura.

Adalah ganjil bagi sebuah parti yang mempelopori konsep kepimpinan ulama kalau pemangku Presidennya bukan ulama. Jika ia bukan ulama, maka akan berulang semula kejadian dalam tahun 70an PAS tidak dipimpin oleh ulama.

Yang membezakan PAS dengan UMNO ialah ia dipimpin oleh ulama. Adalah benar pada satu masa dulu semua orang takut kepada ulama. Tetapi sesudah ulama didaulatkan sejak 30 tahun dulu, tiada lagi orang yang takut kepada ulama. Pengundi Cina dan India kini amat yakin dengan pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.Sekarang PAS berada pada kedudukan yang terbaik. Berkat kepimpinan ulama. Ia akan ada pemilihan dalam Muktamar Jun ini. Maka perwakilan bersedia untuk mencalonkan pimpinan. Boleh jika pimpinan yang ada diganti dengan yang lain. Demokrasi membenarkan dan Islam serta ulama pun membenarkannya.

Tetapi perwakilan mesti serius perubahan pimpinan itu mesti jangan sampai ia mencicirkan kepimpinan ulama. Ulama tidak mendakwa mereka ulama dan menuntut mereka dikekalkan. Yang mahu ulama tetap memimpin ialah Islam. Pada Islam ulama adalah pimpinannya. Ada sesuatu yang tidak kena pada Islamnya apabila tiada ulama yang dapat diketengahkan.

Orang Islam yang taqwa tetapi bukan ulama, mungkin lebih pintar dari ulama, tetapi ketaqwaannya mesti membantu mengenegahkan ulama kedepan. Barakah kepimpinan ulama itu adalah penting. Tidak ada pada yang lain.

Mungkin menasabah Majlis Syura yang kukuh dan didaulatkan memantau siapa dan ulama mana yang wajar menjadi Presiden dan Timbalan Presiden setiap kali ada pemilihan bagi memastikan ia tidak terlepas dari konsep kepimpinan ulama.

Mungkin Majlis Syura Ulama itu sendiri membincangkan kepimpinan ulama dalam Jawatankuasa PAS Pusat itu. Ia memberi nasihat dari semasa tentang pencalonan Presiden dan Timbalan Presiden. PAS bukan sekadar mahukan Presiden yang berwibawa tetapi ia juga mahukan timbalannya yang berwibawa.Mungkin Majlis Syura sekarang mengambil tanggungjawab baru iaitu memikir dan menentukan barisan ulama yang berwibawa yang mesti berada dalam saf pimpinan pusat bagi menjamin tradisi pimpinan ulama yang kukuh dipertahankan.

Tokoh boleh diganti, tetapi institusi ulama sebagai pimpinan mesti dipelihara. Mursyidul Am telah membuka ruang bolehnya pimpinan itu ditentukan oleh perwakilan. Memang perwakilan ada tanggungjawab itu. Tetapi seruan itu lebih sempurna dijadikan satu peranan baru Majlis Syura bagi memestikan pimpinan ulama itu terpelihara dan sentiasa berada di bawah pimpinan yang dinamik.

Bukan ia bertujuan bagi mengongkong kebebasan perwakilan menentukan haknya tetapi ia perlu memandu perwakilan bagi membuat pilihan yang tepat. Orang Ansar merasakan Ansarlah patut memimpin umat selepas Rasulullah SAW wafat. Tetapi syura sahabat yang terdekat dengan Nabi SAW belum boleh ia dibuka kepada Ansar. Ia dibuka dulu kepada sahabat-sahabat yang lebih berwibawa terutama sepuluh orang yang dijamin syurga. Justeru pengukuhan Majlis Syura amat penting bagi membandu parti.

Kepimpinan Ulama dalam Pas; Satu kajian semula

Pas telah memperkenalkan dasar kepimpinan Ulama sejak tahun 80an ketika Almarhum Pak Yusuf Rawa menjadi Presiden. Dasar tersebut telah mewujudkan sebuah institusi yang dinamakan sebagai Majlis Syura Ulama di samping memperkasakan Dewan Ulama Pas.

Timbul tanggapan hari ini bahawa jawatan Timbalan Presiden haruslah dipegang oleh mereka yang mempunyai title ulama atau ustaz. Adakah kepimpinan ulama itu bermaksud Presiden dan Timbalan Presiden itu mestilah ulama ataupun kepimpinan Pas merujuk kepada ulama atau syarak?

Penulis tetap mempertahankan bahawa kerusi Timbalan Presiden hendaklah diisi oleh seorang pejuang telah diuji dalam perjuangan menegakkan yang maaruf dan menentang kemungkaran dengan syarat kepimpinannya hendaklah sentiasa bernaung di bawah Majlis Syura Ulama.

Ulama itu tidak semestinya seorang pemimpin tetapi pemimpin itu mestilah sentiasa merujuk kepada Ulama. Penulis ada alasan dan hujah.

Semangat Kepimpinan Ulama

Semangat ini perlu diterjemahkan melalui perjuangan yang berani dan kecekalan dalam menerima ujian dan juga tawaran. Istiqamah amat penting dalam perjuangan yang mendokong kepimpinan Ulama. Kita tidak mahu tragedi seperti Ustaz Nakhaei Ahmad yang bertaraf Ulama namun tidak tahan ujian dan tawaran.

Timbalan Presiden Adalah Presiden

Ketika ketiadaan atau keuzuran Presiden, Timbalan Presiden adalah Presiden. Atas semangat kepimpinan Ulama maka pemangkunya ketika sebarang kemungkinan perlulah merujuk kepada Majlis Syura Ulama agar semangat kepimpinan ulama itu sentiasa segar.

Kemampuan Ilmu Syarak

Presiden atau Timbalan Presiden mesti seorang yang berkemampuan tinggi menyelesaikan masalah jamaah atau masalah umat berdasarkan peraturan syarak. Mampu merujuk masalah yang rumit dan halus di bawah naungan Majlis Syura Ulama. Hanya Majlis Syura Ulama yang mampu melakukan itu semua.

Pas Adalah Gerakan Islam

Pas bukan sekadar sebuah parti politik tetapi adalah gerakan Islam. Kemampuan pemimpin tertingginya membawa Pas menghayati ruh sebuah gerakan Islam sangat diperlukan. Sesiapa sahaja mampu memimpin sebuah parti politik tetapi tidak semua orang berupaya memimpin sebuah gerakan Islam.

Pemimpin yang telah teruji ketahanannya dalam mempertahankan survival gerakan Islam layak menjadi Timbalan Presiden.

Tiada Cacatnya Timbalan Presiden bukan Ulama

Semenjak sekian lama dua jawatan utama itu dipegang oleh ulama dengan gandingan Yusof Rawa Fadhil Noor, Fadhil Noor Abdul Hadi dan Abdul Hadi Nasharuddin, tidak timbul masalah besar.

Kalau Timbalan Presiden sekarang bermasalah apa salahnya kita tukarkan beliau dengan mereka yang bukan Ulama selama dua tahun, kita boleh lihat dahulu kemampuannya untuk memimpin sebuah gerakan Islam.

Siapa Yang Layak Menduduki Kerusi Itu Daripada Kalangan Bukan Ulama

Hanya pemimpin yang telah teruji dalam perjuangan ini dengan kesusahan, kepayahan dan kesukaran serta tawaran menarik tetapi terus kekal istiqamah sahaja yang layak menduduki kerusi itu.

Kita Perlu Berbeza Dengan Orang Lain

Parti sahabat kita atau parti saingan kita tidak meletakkan ulama sebagai tunggak. Kita tetap berbeza daripada parti lain kerana hierarki kepimpinan tertinggi kita adalah Ulama yang berada di dalam Majlis Syura Ulama. Sistem dalam Pas amat berbeza di mana Mursyidul Am adalah pemimpin nombor satu dalam parti.

Majlis Syura Ulama mestilah dipertahankan sebagai institusi yang tertinggi di dalam parti. Di samping itu Dewan Ulama sebuah lagi institusi dalam Pas juga wajib terkehadapan dalam mengolah isu-isu semasa dengan berlandaskan syara’.

Penulis berpandangan isu yang perlu di sini ialah kepimpinan dalam Pas perlulah diberikan kepada sesiapa sahaja samada mereka itu Ulama, profesional ataupun aktivis parti dengan syarat mereka itu adalah daripada yang terbukti mampu memimpin Pas membawa ke tahap yang lebih gemilang.

Jangan jadikan Ulama sebagai satu syarat untuk memimpin di dalam Pas. Kelak Pas akan berpecah teruk lantaran sikap bodoh sombong mana-mana individu yang mempergunakan title Ulama untuk melindungi kelemahan sendiri.

Akhukum fil Islam
Mohamad Hasan Marzuki

Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak desak kabinet tarik balik keputusan

Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATUPERAK) mendesak kabinet menarik balik keputusannya yang menyatakan bahawa status anak-anak kekal menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.

Dalam satu kenyataaan hari, Exco Penerangannya, Ahmad Shahir Abdul Aziz berkata, BERSATU PERAK mengkritik sekeras-kerasnya keputusan kabinet itu.

Kabinet membuat keputusan itu pada 23 April lalu sebagai langkah untuk menyelesaikan pertikaian antara Mohd Ridzuan yang dilaporkan baru memeluk agama Islam dan isterinya Indra Ghandhi berhubung status agama tiga anak mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.

Ahmad Syahir berkata, keputusan jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri di JPM Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga dianggap tidak tepat kerana ia dibuat dengan cara tergesa-gesa tanpa merujuk kepada pihak yang berautoriti seperti mufti.

“Memandangkan isu ini amat berkait rapat dengan persoalan perundangan Islam, seharusnya pihak kabinet membuat penelitian dengan lebih mendalam dengan mengambil kira pandangan mereka yang pakar terlebih dahulu sebelum memutuskan apa-apa keputusan.

“Justeru, BERSATU PERAK berpandangan tindakan kabinet yang membuat ketetapan tersebut tanpa sebarang rujukan kepada tokoh ulamak adalah sesuatu yang amat mengecewakan,” tegas Ahmad Syahir.

BERSATU PERAK juga,katanya, melihat tindakan kabinet itu amat bercanggah dengan prinsip pengasingan kuasa antara pihak mahkamah dan eksekutif.

‘Campuri bidang kehakiman’

“Ini kerana tindakan tersebut secara jelas telah menggambarkan usaha dari pihak eksekutif untuk campur tangan dalam perkara yang melibatkan bidang kuasa kehakiman, sedangkan pihak kehakiman sepatutnya bebas dalam mengadili sesuatu pertikaian tanpa diganggu oleh apa yang diputuskan kerajaan.

“Berdasarkan kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa si bapa mempunyai autoriti dan kuasa untuk mengislamkan anak berlandaskan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan walaupun tanpa persetujuan ibu.

“Sementara itu, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang di bawah umur 18 tahun perlu ditentukan oleh ibu-bapa(salah seorang) atau penjaga.

“Manakala Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 telah memperuntukkan bahawa seorang anak yang berumur 18 tahun ke bawah boleh memeluk agama Islam sekiranya ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga anak tersebut memberi keizinan,” kata Ahmad Syahir.

Oleh itu, katanya, BERSATU PERAK mengkritik sekeras-kerasnya tindakan kabinet yang “membuat keputusan secara tidak berhemah dan tergopoh-gapah memandangkan kes itu masih dibicara melalui proses mahkamah di Mahkamah Tinggi Syariah Perak”.

Sehubungan itu, katanya, BERSATU PERAK turut mendesak kabinet menarik balik keputuan yang telah ditetapkan demi menjaga kelestarian prinsip demokrasi dan keutuhan kuasa pihak mahkamah.

Pemudawilayah anjur Himpunan Rakyat Desak Kabinet Tarik Balik Keputusan Menukar Agama Anak Jumaat Ini

Dewan Pemuda Wilayah Persekutuan kesal dengan sikap Ahli Kabinet Malaysia yang diketuai Oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang enggan melayani pandangan Jakim, Jabatan Agama, Mufti dan NGO Islam berhubung dengan isu agama anak K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah.

Kabinet telah mewujudkan Jawatankuasa khas bagi membincangkan isu ini dan diketuai oleh Menteri di JPM, Koh Tsu Koon, Menteri Sumber Manusia, S Subramaniam; Menteri di JPM, Jamil Khir Baharom, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil. Keempat-empat orang ini dilantik bagi membahaskan isu yang sangat sensitif dan kemudiannya mengeluarkan fatwa bahawa;

1. Anak yang masih dibawah umur perlulah dibesarkan mengikut agama asal ibu atau ayahnya.

2. Pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil bukan dimahkamah Syariah.

Sesungguhnya Kabinet Najib sedar bahawa mereka hanyalah berkuasa dalam sudut Eksekutif bukannya Legistatif dan Kehakiman. Maka tidak selayaknya mereka mengeluarkan keputusan dan arahan melangkaui bidang kuasa mereka terutamanya dalam isu yang membabitkan soal agama.

Dalam apa jua urusan yang menyentuh tentang agama khususnya agama Islam, Kabinet perlu juga merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan juga memohon perkenan Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama negara ini.

Sekaligus tindakan Kabinet pada minggu lepas dilihat sebagai yang paling biadap terhadap Yang DiPertuan Agong, Mufti, Parlimen dan juga Sistem Kehakiman Negara yang lebih berkuasa dari mereka.

Justeru itu Pemudawilayah mendesak agar Kabinet menarik balik keputusan dan arahan yang dikeluarkan itu dan mengembalikan kuasa bagi menentukan agama anak Mohd Ridzuan Abdullah kepada Mahkamah Persekutuan.

Sebagai menyokong tindakan Jakim, Mufti, NGO dan mempertahankan hak serta bidang Kuasa Yang DiPertuan Agong selaku ketua Agama Malaysia Pemudawilayah dan Lajnah Dakwah & Pembelaan Islam DPPP akan menganjurkan Himpunan Rakyat Bagi Mendesak Kabinet Menarik Balik Keputusan itu pada Jumaat ini (1 Mei 2009) bertempat di Masjid Kg. Bharu Kuala Lumpur.

Himpunan dijangka berlangsung selepas solat Jumaat dan seluruh Pemimpin Umat Islam, Ahli Politik, NGO dan rakyat diseru untuk hadir
sebagai menunjukan bantahan terhadap sikap Kabinet yang terus membisu terhadap desakkan rakyat sebelum ini.

Himpunan ini diadakan khususnya untuk menyedarkan kabinet tentang bidang kuasa mereka agar Menteri-menteri Kabinet selepas ini ingat bahawa ada lagi kuasa-kuasa lain yang lebih tinggi dan layak dari mereka dalam membicarakan soal agama dan hubungan antara agama dalam negara ini.

Sekian.

Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan

Selasa, April 28, 2009

Ada lembaga hitam di bilik MB Perak?

Isu siapakah MB yang sah masih belum diputuskan lagi. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan bersidang pada 5 dan 6 Mei 2009 untuk mengesahkan samada Nizar atau Zambry.

Kalaulah saya yang jadi hakimnya, saya akan suruh Nizar dan Zambry 'want to choose' tiga kali dan saya akan berikan kemenangan 3-0 kepada Nizar. Sebabnya? Kuasa berada pada saya. Peduli apa saya dengan Doktrin Pengasingan Kuasa atau Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan?

Tapi…Kalau masih tiada pengesahan dibuat lagi…. siapakah 'lembaga gelap' yang berlagak macam MB , duduk dikerusi MB dipejabat MB?

Sepatutnya tiada siapa yang berhak berbuat begitu selagi belum mendapat pengesahan. Jelas bahawa 'lembaga gelap' yang selalu berada di pejabat MB Perak itu adalah ‘bogus’

Bertambah pelik lagi ialah , polis boleh tangkap orang yang menyamar sebagai doktor , loyar atau polis; tetapi apasal mereka tidak boleh tangkap lembaga gelap yang menyamar sebagai MB Perak nih?

Lembaga gelap ini bukan sahaja pernah perasaan yang dirinya seperti Barack Obama, dengar khabarnya dia seronok bila digelar sebagai Pele of Pangkor!

Ah! Saya cuma teringat kepada mamak pasembor kegemaran saya di hadapan Klinik Green Town suatu ketika waktu sekolah dulu – saling tak tumpah!

MSO : Nizar seperti Pak Kadok?

Saya rasa terpanggil apabila membaca entri MSO yang bertajuk 'Hero yang tiada Kuasa'. Antara lain dia berkata tentang Nizar :

Tetapi apakah ada yang sedar di sebalik kehebatan Nizar ini bahawa cara Nizar itu tidak ubah seperti Pak Kadok yang menang sorak kampung tergadai? Nizar menjadi pujaan tetapi kuasa hilang! Nizar disokong oleh rakyat namun jawatan tidak ada? Inilah perkara yang perlu ahli Pas khasnya kena menilai dan merenungi ke atas tindak tanduk Nizar.

Ditimbulkan ini bukan bermakna menolak kehebatan Nizar, tetapi apakah maknanya dari konteks politik kalau kita menang, mendapat kepercayaan rakyat tetapi kuasa tidak ada dan masalah itu akan berlarutan dan menjadi satu liabaliti pula kepada masa depan Pas dengan pihak lain.

Saya tidak berhajat untuk mengulas panjang tentang anggapan MSO yang menyifatkan Nizar seperti seorang Pak Kadok ; disamping mengakui kehebatan Nizar.

Nizar pernah menyatakan bahawa apa yang diperjuangkan olehnya bukanlah kerana mempertahankan kedudukannya sebagai Menteri Besar; tetapi kerana menjaga amanah rakyat yang dipertanggungjawabkan keatas bahunya. Jauh sekali untuk menonjolkan diri supaya dilihat hebat dimata manusia.

Seorang yang rapat dengan Nizar pernah bertanya kepadanya, mana yang lebih disukainya, menjadi seorang Menteri Besar atau sebagai mana dahulu sebelum ini; sebagai seorang usahawan?

Nizar menjawap yang beliau lebih suka menjalankan perniagaannya sebagaimana dahulu daripada menjadi seorang MB .Tetapi oleh kerana jemaah yang mahukannya menjadi MB, maka beliau terpajksa menerimanya dan tiada pilihan lain.

MSO musykil dan bertanya “apakah maknanya dari konteks politik kalau kita menang, mendapat kepercayaan rakyat tetapi kuasa tidak ada.”

Dan persoalan itu lah sebenarnya yang rakyat Perak mahukan ianya diberikan jawapan yang sebenarnya.

Apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya , dimana “mereka yang kalah , tidak mendapat kepercayaan rakyat tetapi kuasa ada”.Perkara sebegini yang amat janggal tetapi bagaimana ianya boleh berlaku dalam negeri yang mengaku mengamalkan sistem demokrasi.

Inilah yang rakyat Perak mahu perbetulkan dan akan terus diperjuangkan demi keadilan dan kebajikan rakyat keseluruhannya.

Saya amat kagum diatas kecekalan dan ketabahan Nizar dalam memperjuangkan untuk mendapatkan semula hak rakyat. Kemampuan Nizar bertahan dalam menghadapi segala cabaran sehingga kini amat membanggakan.Calang-calang orang sudah tentu lama tersungkor . Apa yang dilakukan Nizar adalah usaha yang bersinambungan dan pastinya akan diteruskan oleh generasi selepasnya hingga keadilan dipulihkan.

Kita semua perlu memberikan semangat dan dorongan agar Nizar terus memperjuangkan hak rakyat untuk mendapatkan keadilan.Mendapatkan kuasa daripada suara rakyat yang bersamanya.

MSO juga mengatakan ,"Kecualilah ada wali yang turun dari langit mendoakan untuk mereka sehingga membuka kamar hati Raja atau Sultan menerima mereka balik,"

Apakah MSO terlupa tentang wujudnya malaikat Israel yang tugasnya menyabut nyawa tidak kira apa pangkat dan kedudukan ; samada Sultan atau rakyat biasa?

Apakah mungkin MSO akan bermurah hati menghuraikan kepada kita , rakyat Perak tentang rahsia kemenangan sebagaimana yang dikatanya :

“Ingatlah, kemenangan tidak akan dicapai dengan keberanian semata-mata, sebaliknya kemenangan akan diraih apabila ia disusuli dengan ketulusan dan kebijaksanaan

MSO tentunya lebih bijak daripada Pak Kadok. Kita tunggu penjelasannya tentang 'apakah ketulusan dan kebijaksanaan yang dimaksudkan' oleh MSO.

Kepimpinan Ulama.....???

Jom kita sama-sama ikuti pandangan / ulasan yang saya baru terima daripada seorang yang menamakan dirinya 'pemimpin rakyat' seperti berikut :

pemimpinrakyat said...

Kepimpinan Ulama.....???Saya nak bercerita sikit pasal kepimpinan ulama....(apa yang saya fahami)Maklumlah sejak akhir2 nie, ...bila timbul Hj Mohamad Sabu telah sebulat hati hanya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden sahaja...tiada lain jawatan....Itupun setelah confirm mendapat lebih dari 10 pencalunan kawasan yang telah bermesyuarat agung baru2 nie.....

Terbaru, Perhubungan Negeri Johor telah meminta semua kawasan di Johor untuk mencalonkan Hj Mohamad Sabu untuk jawatan Timbalan PresidenJadi beliau menawarkan diri untuk bertanding....berjaya atau tidak bukan soalnya, terpulang kepada semua perwakilan nanti.

Jadi dalam PAS kita juga harus berfikiran terbuka...kalau nak undi terpulang, kalau tak mahu pun terpulang.Yang penting mesej dari Hj Mohamad Sabu ialah untuk membantu kerja2 dan tugas2 Presiden yang masih tak selesai dan perlu dibantu, antaranya ialah menghampiri rakyat khususnya "golongan marhaen", pemuda2, masyarakat Cina dan India serta lainya.

Beliau memang telah dan sedang berkorban demi PAS, beliau telah diuji dengan berbagai2 rintangan, namun kesungguhannya bersama PAS memang tetap tegar.Beliau lah juga antara orang yang mengasaskan apa yang di panggil "kepimpinan ulama" suatu masa dahulu di zaman pemudanya....(harap tuan2 kaji sejarah PAS)

Jadi yang menjadi kecoh sekarang , bila beliau ingin bertanding jawatan Timbalan Presiden habis orang berkata , bahawa beliau bukan ulama....apa maksudnya?

Bila ada orang nak mencadangkan TG Nik Aziz menjadi Presiden ....orang marah kerana katanya tak faham? katanya adakah TG Nik Aziz nak turun jawatan kerana Mursyidul Am lebih tinggi dari Presiden.....

Tapi , bila ada orang pula mencadangkan Dr Haron Din kepada jawatan Timbalan Presiden tak ada pula orang nak komen.....bukankah jawatan Timbalan Mursyidul Am juga lebih tinggi dari Timbalan Presiden?

Jadi , sebenarnya dalam PAS ni yang paling tinggi adalah Majlis Syura Ulama.....bukanlah Presiden atau Timbalan Presiden yang paling tinggi.....sepatutnya kita tak perlu risau Presiden atau Timbalan Presiden .....sapa pun boleh kalau semua perwakilan telah memilihnya, yang penting dia memang layak dan berkelayakan serta mempunyai keikhlasan perjuangan dan membela parti PAS demi ISLAM yang kita perjuangkan.

Kalau Presiden atau Timbalan Prsiden yang kita lantik tak buat kerja, buat tak betul atau tak "perform" , Majlis Syura Ulama boleh panggil, beri tunjuk sebab, atau pun Majlis Syura Ulama boleh minta dia letak jawatan atau pecat dia (kerana ia lebih tinggi) ....bukan seperti Umno mana ada semua nie....?

Jangan kita tiru cara Umno pula.....Ini baru betul.....Majlis Syura Ulama itu tinggi dan kepimpinan ulama yang di maksudkan baru kena tempatnya....Sekarang nie saya tengok Majlis Syura Ulama masih belum tinggi kedudukannya....macam lesu dan tak bermaya, ahli2 PAS tak kata apa pun? sepatutnya isu.........

1.perjumpaan muqabalah dan unity government?

2.orang bukan Islam boleh masuk PAS atau tidak?

3.sekarang ni pula isu baru ialah anak orang yang baru memeluk Islam , kerajaan benarkan hanya selepas umur 18 tahun untuk dia memilih agamanya.....Sepatutnya semua ini diputus segera dan Majlis Syura Ulama (kerana ia lebih tinggi) mengarahkan Presiden, Timbalan Presiden , Naib Presiden dan AJK2 PAS yang lain turun membawa mesej parti....menerangkan kepada semua ahli dan rakyat, kerana itulah yang diputuskan oleh parti setelah Majlis Syura Ulama membincangkannya dan memutuskannya.

Jadi, pada saya tak salah Hj Mohamad Sabu menawarkan diri untuk Timbalan Presiden demi membantu tugas Presiden.Ahli2 PAS kena bersikap adil dan berfikiran terbuka.

Spesis Melayu berekor ditangkap

''Seramai enam lelaki ditahan oleh JAIP dalam operasi yang pertama kali diadakan di dua premis nombor ekor bagi membanteras penglibatan judi nombor ekor di kalangan orang Islam.

''Semua lelaki terbabit berumur antara 29 hingga 54 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 169 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987).Baca lagi di sini

Itu baru tangkapan di dua premis nombor ekor yang dilakukan di Kuantan. Entah ada berapa premis ekor lagi di situ. Entah ada berapa di seluruh negeri Pahang dan seterusnya di seluruh pelusuk tanah air , Satu Malaysia ini?

Kalaulah pasukan polis kita dikerahkan untuk membenteras gejala judi ini sebagaimana mereka diarahkan mengawasi pilihanraya atau demonstrasi aman , tentunya akan menampakan hasil yang mengembirakan rakyat ! Tetapi itulah, polis kita terlalu sibuk membuat pemantauan politik demi meneruskan kesinambungan gerombolan penyangak Satu Malaysia!

Baru-baru ini saya menerima satu risalah yang disebarkan kepada orang awam untuk mendorong orang-orang Islam melakukan maksiat judi.

Dalam sebaran tersebut , tertera gambar seorang lelaki Melayu yang kononnya telah mendapat laba dan kesenangan hidup dari hasil ramalan nombor ekor yang di berikan oleh seorang 'Tok Guru' - yang sebenarnya merupakan seorang Sami Budha! Risalah tersebut menganjurkan agar orang ramai mendapatkan pertolongan daripada Sami tersebut untuk meramalkan nombor ekor untuk mereka!

Sebagai seorang Muslim yang menerima risalah seperti itu , tentu akan terasa dirinya dihina dan dipermainkan.

Namun apabila menyedari berita tentang penangkapan kaki judi seperti berita diatas tadi, maka tergambar kepada saya, bahawa bukan semuanya orang Melayu berjiwa Muslim dan menentang judi! Ramai yang akan mudah terjebak dan turut mendapatkan perkhidmatan daripada Sami tersebut.

Kita harap sesuatu dapat dilakukan oleh pihak yang berwajib bagi mengatasi kebiadapan yang menyerang masyarakat Islam

Kes-kes perjudian perlu diambil perhatian dan dijadikan iktibar daripadanya, kerana perkara ini telah dijelaskan di dalam Al-Quran surah Al-Maaidah, ayat 90; Mafhumnya :

Wahai orang-orang yang beriman bahawasanya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya moga-moga kamu berjaya.

Isnin, April 27, 2009

Ahmad Awang : Tidak timbul masalah salah faham tentang Kerajaan Perpaduan

Naib presiden PAS, Ahmad Awang terkejut dengan dakwaan anak Nik Aziz sendiri - Nik Abduh yang juga timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan - dalam blognya Jumaat lalu bahawa pembantu-pembantu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berusaha untuk melaga-lagakan menteri besar Kelantan itu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu kerajaan perpaduan.

"Dakwaan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pemimpin dan ahli PAS mengenai siapakah yang dimaksudkannya," ulas Ahmad Awang

"Saya sendiri terperanjat, Nik Abduh cakap macam itu. "Satu perkataan... 'sesat'. Terperanjat juga dia (Nik Abduh) tulis begitu," kata Ahmad ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam blognya itu, Nik Abduh yang juga ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS pusat, menghentam pembantu-pembantu bapanya yang didakwanya bertanggungjawab menyebabkan Nik Aziz pada mulanya menolak cadangan kerajaan perpaduan itu yang dibuat oleh Abdul Hadi.

Nik Abduh menulis: "Kerajaan perpaduan yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan antara TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dan TGHH (Tuan Guru Haji Hadi). Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!".

Mengenai pembantu-pembantu Nik Aziz itu yang dirujuk oleh penulis, Ahmad berkata: "(Oleh kerana) pembantu-pembantu itu disebut secara umum, tidak secara khusus, ia boleh menimbulkan kekeliruan.

Ahmad Awang berkata , beliau tidak nampak adanya elemen untuk melaga-lagakan Nik Aziz dengan Abdul Hadi tetapi mengakui pada umumnya mereka ada perbezaan pendapat tetapi tidak sampai ke peringkat berlaku 'pergeseran'.

Maka, katanya, terdapatlah pemimpin PAS yang bersetuju dengan pandangan menteri besar Kelantan itu dan ada pula yang bersetuju dengan pendapat ahli Parlimen Marang itu.

"Bukan disengajakan jadi begitu," kata Ahmad sambil menambah bahawa beliau difahamkan terdapat pertemuan antara Nik Aziz dan Abdul Hadi berhubung isu kerajaan perpaduan di Kelantan.

Perbezaan pandangan itu antaranya mungkin disebabkan oleh kepimpinan parti yang lambat menjelaskan isu kerajaan perpaduan kepada Nik Aziz, tambahnya

Menurut Ahmad lagi, pertemuan tersebut berlangsung kira-kira sebulan yang lalu - sebelum hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan Batang Ai.

Selepas pertemuan tersebut, tambahnya, Nik Aziz sudah memahami cadangan yang diusulkan oleh Abdul Hadi itu.

"Tak timbul masalah salah faham tentang kerajaan perpaduan," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan Nik Abduh itu, Ahmad berkata: "Hanya Nik Abduh sahaja yang boleh memberi penjelasan mengenai perkara tersebut".

Sabtu lalu, Abdul Hadi dilaporkan berkata, PAS menangguhkan cadangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan kerana ingin menilai terlebih dahulu pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumber : Malaysiakini

Kalau kita selesa, teruskanlah ; tapi sampai bila?

Komentar yang berani. Kalau itu yang dipersoalkan, apakah jawapan sebenarnya? Demikian ulas Tarmizi Mohd Jam terhadap entri saya : Adakah orang PAS Bangang sangat? . Tarmizi sebenarnya bukan bertujuan untuk menyelongkar benak saya; Beliau sudah begitu lama dalam dunia penulisan dan sudah pasti dapat mengenali jantan atau betina bila ikan berkilas di air. Beliau hanya nak jolok-jolok supaya saya melatah!

Dan siapakah saya untuk menghurai dan memberikan jawapan kepada persoalan tersebut? Namun saya kira, jawapan sebenarnya berada dibenak masing-masing. Cumanya sejauh mana orang PAS mampu bertindak dan sanggup berubah.

Saya sekadar cuba memberanikan diri memberikan pandangan saya dan disamping itu mengharapkan reaksi positif terutamanya daripada orang-orang PAS sendiri supaya perkara ini dapat sama-sama diperhalusi.

Kita tentunya menjangkakan sesuatu perubahan positif berlaku pada setiap kali peluang melantik saf kepimpinan yang baru.Tentunya harapan dan jangkaan tersebut kita izinkan berligar dalam jangka waktu yang tidak begitu terlalu lama.

Kita perlu fikirkan sejauh mana kemajuan yang telah berjaya dicapai dan jangkaan harapan yang masih lagi terkapai-kapai.Apa yang penting ialah tentang ‘expectation’ perwakilan dan tahap kemampuan calon yang diketengahkan.

Kita harus punyai kenyakinan untuk melakukan perubahan kerana kita mempunyai lapisan pemimpin yang berwibawa.Kita harus berani memberikan peluang kepada yang lain setelah kita rasakan tempuh masa yang diberikan sudah sekian cukup lama.

Dalam hal ini, bukan persoalan ‘individu ini lebih baik daripada individu itu’ tetapi lebih kepada kemampuan untuk perform diambil kira.Kita mesti berani memberikan peluang kepada bakat-bakat kepimpinan yang ada didalam parti dengan memberikan satu jangka waktu tertentu untuk menilai corak dan kemampuan kepimpinan mereka sebenar.

Melabelkan seseorang atau kumpulan tidak seharusnya berlaku apatah lagi memburuk-burukannya semata-mata untuk cuba menghalang daripada bertanding.

Hasrat untuk bertanding bukan bertujuan untuk menonjolkan kepentingan diri sendiri.Siapa yang rasa dirinya layak, mampu memberikan manfaat kepada parti, ayuh! Masuklah ke gelanggang!

Kita yakin dengan saf kepimpinan yang ada ; cumanya kita mahukan sedikit perubahan memandangkan tempoh waktu yang diberikan sudah cukup lama untuk kita memberikan penilaian.Kalau dirasakan kita cukup selesa dengan kepimpinan yang ada kini, teruskanlah ; tapi sampai bila?

Jumaat, April 24, 2009

Adakah Orang PAS bangang sangat?

Saya menerima banyak ulasan melalui entri saya sebelum ini . Saya tak gheti nak jawab tetapi menambahkan lagi kemuskilan saya terhadap kenyataan TGHH tentang alasan penarikan balik projek 'kerajaan perpaduan ' bahawa :

“ramai yang tidak faham dengannya termasuk dikalangan ahli PAS sendiri”

Kalau benar ianya satu idea yang baik, maka amat malanglah bagi kalangan PAS yang tidak mahu faham-faham ; walhal isu tersebut mula muncul sejak Julai 2008 . Adakah orang-orang PAS ni terlalu bangang makanya payah nak faham? Tidak mungkin begitu!

Kalau orang PAS bukan bangang sangat, maka hal ini memaparkan kelemahan jentera parti yang gagal menjelaskan perkara tersebut sejak sekian lama kepada ahli-ahli disemua peringkat; termasuklah TGNA yang pernah berkata :

“Saya minta orang kita nak bermuqabalah ke, bermuzakarah ke, bermusyawarah ke, bermu’awarah ke, apa saja sekalipun kita mesti lawan (UMNO) kerana itu ajaran Islam”

Dan beliau juga pernah menyatakan : “Biarkan Umno gi mampuh lagi baik!”

Oleh itu “Elok dengar apa pemimpin kata”

Kemungkinan besar salah faham tentang bekerjasama dengan Umno ini timbul apabila “Kerajaan Perpaduan” versi Khir Toyo mendedahkan sebagai berikut :

Saya juga telah membawa pemimpin tertinggi Pas bermuzakarah dengan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Saya juga mencadangkan agar Pas diberi jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar serta 4 EXCO. Malahan saya menolak sebarang jawatan bagi mengelakkan dianggap menguasai EXCO yang bakal dibentuk. Klik sini

Samada kalangan ahli PAS tidak faham atau keliru, kita percaya mereka semua adalah matang untuk memikirkannya.

Khamis, April 23, 2009

Sebab-sebab ahli PAS tolak Kerajaan Perpaduan

Sebab-sebab sebenar ahli2 PAS menolak idea ”Muqabalah” dan ”Kerajaan Perpaduan”(Kerajaan Nasional) bukanlah kerana benci kepada Presiden PAS, Haji Hadi.

Ramai ahli dan pemimpin PAS khuatir mereka hanya akan diperalatkan oleh Umno dalam usaha parti itu mendapatkan semula sokongan orang Melayu.

Tuan Guru Nik Aziz sendiri pernah mengingatkan supaya membiarkan Umno yang sedang lemas itu mampuh! Sebab selama ini PAS memang berlawan dengan Umno!

Menyedari ahli-ahli PAS tidak senang dengan idea tersebut, Tn Guru Haji Hadi terpaksa menarik semula idea tersebut dengan memberi alasan '"masih ramai tidak memahami matlamat penubuhan apa yang beliau panggil 'kerajaan perpaduan' itu".Benarkah ramai yang tidak faham?

Saya bersetuju dengan pandangan bahawa kenyataan "Kerajaan Perpaduan" itu dibuat tidak kena pada masanya . Ianya dibuat tatkala rakyat Perak sedang marah kerana kerajaan Pakatan Rakyat dijatuhkan oleh Umno/BN dengan cara yang amat hina sekali. Baca lagi di sini

Kewujudan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan terlantiknya Nizar sebagai Menteri Besar adalah kerana sikap PAS yang teguh dan menolak untuk bekerjasama dengan Umno.Idea "Kerajaan Perpaduan" dianggap oleh sesetengah pihak sebagai satu cubaan menikam kawan dari belakang.

Ketegasan yang ada pada Tuan Guru Nik Aziz yang terpaksa membidas Tuan Guru Presiden secara terbuka adalah sebagai satu langkah untuk mengembalikan semula keyakinan kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat.

Kerajaan Campuran Jejas Populariti Hadi

KOTA BAHARU, 23 April (Bernama) -- Cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya parti itu menubuhkan kerajaan campuran dengan kerajaan pusat dilihat menjejaskan peluang beliau mengekalkan jawatannya pada Muktamar Pas Jun akan datang.

Cadangan tersebut mendapat tentangan keras daripada Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan rasa tidak senang pemimpin Pas lain serta ahlinya kerana dianggap bercanggah dengan prinsip parti dan keputusan Muktamar Pas Ogos tahun lalu.

Nik Abdul Aziz yang nyata tidak dapat menerima cadangan tersebut menyifatkan Abdul Hadi membelakangi keputusan yang dicapai oleh parti.

Imej Abdul Hadi juga tercalar apabila kerajaan pakatan pembangkang di negeri Perak yang diterajui oleh PAS hilang kuasa dan bekas menteri besar Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dari parti itu hilang jawatannya.

Pakatan pembangkang kehilangan majoriti apabila dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak dari Parti Keadilan Rakyat dan seorang dari DAP, mengisytihar diri menjadi Adun bebas dan menyokong Barisan Nasional.

Nik Abdul Aziz tidak mahu sejarah berulang seperti pada 1973 apabila Pas disingkirkan daripada kerajaan pakatan dengan Umno di negeri Kelantan.

Ramai ahli dan pemimpin PAS khuatir mereka hanya akan diperalatkan oleh Umno dalam usaha parti itu mendapatkan semula sokongan orang Melayu.

Ada juga di kalangan anggota parti itu berpendapat isu yang timbul akan mempengaruhi keputusan pemilihan peringkat kawasan dan memberi kesan pada pemilihan peringkat pusat.

Mereka khuatir cadangan Abdul Hadi itu akan mengakibatkan ramai pemimpin Pas menjadikannya mencari jalan pintas untuk mendapatkan kedudukan tinggi dalam politik melalui sebuah kerajaan campuran.

Berikutan perkembangan terbaru ini, Abdul Hadi akhirnya dilaporkan oleh lidah rasmi parti itu Harakah, telah menarik balik cadangan berkenaan atas alasan "masih ramai tidak memahami matlamat penubuhan apa yang beliau panggil 'kerajaan perpaduan' itu".

Walaupun wujud desas desus mengatakan kini wujud dua pasukan dalam parti - 'Pasukan Tok Guru' dan 'Pasukan Presiden' disangkal Nik Abdul Aziz, namun Mursyidul Am itu dicalonkan oleh Pas kawasan Bukit Bintang untuk jawatan presiden bagi menggantikan Abdul Hadi.

Yang Dipertua baru Pas Bukit Bintang, Radhi Hashim berkata, keputusan mencalonkan Nik Abdul Aziz adalah disebabkan ketegasan beliau memimpin parti berbanding Abdul Hadi.

Keputusan yang mengejutkan dan pertama kali seumpamanya berlaku dalam parti, dicapai sebulat suara oleh 12 anggota jawatankuasa kerja kawasan itu yang baru dilantik dalam mesyuarat agungnya Ahad lepas di Markas Tarbiyah Pas Taman Melewar, Gombak.

Malahan, tujuh kawasan Pas di Wilayah Persekutuan tidak membuat sebarang pencalonan dalam mesyuarat agung masing-masing bagi tiga jawatan utama iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

-- BERNAMA

Waran tangkap terhadap Raja Petra

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengeluarkan waran tangkap terhadap pengarang Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, selepas beliau gagal menghadiri perbicaraan kes hasutan pagi ini.
Baca alasan RPK di sini

Siapa jumpa Nurhidayah Surip ?

Anak saudara YB Zulkifli Nordin hilang. Beritanya di sini

Hilang lagi….
Mohon bantuan kepada sesiapa yang ada terjumpa anak saudara saya Nurhidayah Binti Surip (umur 11 tahun) yang telah hilang dari Asrama Anak Yatim Darul Kifayah, Tmn Koop Polis, Gombak sejak hari Isnin 6 April 2009 .

Jika ada maklumat sila hubungi :


Abdul Razak Bin Salim
HEP Politeknik Johor Bahru
0177011038 / 0169326003

atau : Sjn.Dalila IPK Kuala Lumpur.
juga saya mohon bantuan sebarkan maklumat kepada rakan-rakan
terutamanya di sekitar KL

Rabu, April 22, 2009

Menghayati titah ucapan seorang Sultan

Beberapa pemimpin UMNO hari ini menekankan sudah tiba masanya seluruh orang Melayu kembali bersatu mempertahankan institusi raja-raja yang menjadi payung naungan rakyat sepanjang zaman daripada dicemari pihak tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu, mereka meminta semua lapisan rakyat tanpa mengira fahaman politik supaya menghayati dengan sedalam-dalamnya titah ucapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Baca di sini

Kita berharap Sultan Perak tidak akan terus memberi muka kepada Umno kerana merekalah sebenarnya yang mencemari institusi Raja.Sejarah telah membuktikan betapa Umno ‘pepat diluar, runcing didalam’ .Mereka tidak ubahnya bagai telunjuk lurus kelingking berkait.

SEJARAH PENDERHAKAAN UMNO TERHADAP SULTAN

1) Presiden Umno pertama Dato’ Onn Jaafar ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Umno di Butterworth pada 27 Ogos 1949 menderhakai Raja-raja Melayu dengan menuduh raja-raja lebih mementingkan diri daripada menjaga kepentingan orang Melayu. Presiden Umno itu menuduh Sultan Kedah, Tunku Badlishah sebagai ‘kacang lupakan kulit’ dan mengugut untuk mengajak ahli Umno menamatkan pemerintahan beraja.

2) Pada tahun 1974, Menteri Besar Perak Tan Sri Ghazali Jawi (bapa kepada bekas MB Tajul Rosli Ghazali) enggan meletak jawatan sebagai MB walaupun dititahkan oleh Sultan Perak untuk berbuat demikian.3) Pada tahun 1983 dan 1993, UMNO yang memiliki mandat dua pertiga di Parlimen telah meminda perlembagaan yang membuang kuasa dan kekebalan raja-raja.

4) Pada 1983 UMNO peralatkan semua media pro mereka melancarkan propaganda memburukkan raja-raja, menyerang peribadi serta mengaibkan raja di luar batas perikemanusiaan.

5) Pada Jun 1993, Shahidan Kassim mendakwa Sultan Kelantan tidak layak duduki takhta, seterusnya Annuar Musa dan UMNO Kelantan ‘menabalkan’ Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan.

6) Pada November 1983 UMNO adakan beberapa perhimpunan haram di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka bagi menyatakan sokongan terhadap PM yang mahu membuang kuasa Raja-raja.

7) Kepimpinan UMNO yang ketuai Pak Lah menolak Ahmad Said sebagai MB Terengganu walaupun Ahmad mendapat perkenan Sultan. Penyokong UMNO adakan demonstrasi menghina Sultan Terengganu dengan memapar banner bertulis ‘Kami nak Idris, natang (binatang)’ yang ditujukan terhadap baginda

Adakan Pungutan Pendapat di Perak

Konon khabarnya, Umno Permatang Pauh sedang mengumpul pendapat umum daripada pengundi di Penanti sama ada mereka mahu Barisan Nasional bertanding di situ dalam pilihan kecil ekoran peletakan jawatan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat.

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata maklumat balas awal yang diterima daripada pungutan pendapat menerusi SMS menunjukkan 80 peratus daripada 300 pengundi yang diminta memberi pendapat mahukan BN bertanding.
Baca sini

Alahai BN, eloklah bertanding di Penanti tu.Jangan lupa untuk menaja calon bebas dan kalau boleh , pecahkanlah rekod calon bebas di Bukit Selambau hari tu!

Rakyat Perak menyeru supaya diadakan pungutan suara samada DUN perlu di bubar atau tidak.Tolong bagi tau Najib dan Zambry, supaya turut mengumpul pendapat umum daripada rakyat Perak .Kalau boleh sila buat secara SMS terbuka seperti di TV.Berani tak?

TAJOL ROSLI dan UMNO GERIK PENYELAMAT PENJENAYAH

Jumaat lepas (10/4)…empat orang Ahli Pemuda Umno Bahagian Grik telah ditangkap oleh polis Thailand di Betong kerana mengedar pil Ecstacy.

Dua daripada mereka merupakan AJK Pemuda Umno Grik manakala dua lagi merupakan ahli biasa.Mereka ditangkap dipekan Betong, Thailand dan ditahan disebuah lokap polis dipekan tersebut.

Pada hari Ahad minggu lepas iaitu pada12/4/09 , Ketua Umno Bahagian Grik, DS Tajol Rosli bersama dengan Ketua Penerangan Umno Bahagian telah pergi ke Balai Polis Betong untuk berusaha membebaskan pemuda-pemuda tersebut.

Sejumlah wang diperlukan untuk membebaaskan pemuda-pemuda tersebut dan Tajol Rosli telah membayar sejumlah RM60,000.00 bagi mendapatkan pembebasan mereka.

Menurut sumber-sumber dari mereka yang bertugas di IPD Gerik, kegiatan pemuda-pemuda Umno menyeludup pil Ecstacy dengan menggunakan van Umno bahagian telah lama dipantau, tetapi disebabkan kekebalan Umno dalam melanggar undang-undang menyebabkan tiada siapa yang berani mengambil tindakan.

Maka dengan itu..polis Gerik telah bertindak untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada rakan mereka di Thailand.Sumber PKR Gerik

Selasa, April 21, 2009

Penanti : Umno sebagai anjing kurap yang menanti

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dicadang mengenakan hukuman terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan sesuka hati tanpa alasan yang kukuh

“Perbuatan meletak jawatan di kalangan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang dengan sewenang-wenangnya, kini seolah-olah menjadi 'trend' bagi memastikan parti mereka sentiasa mendapat perhatian,” katanya. Perbuatan itu, katanya, merugikan rakyat dan negara kerana pilihan raya kecil memerlukan perbelanjaan besar setiap kali diadakan, selain mewujudkan suasana tidak selesa dalam kalangan penyokong parti yang bertanding. Baca lagi di sini

Perbelanjaan besar dijadikan alasan seolah-olah Umno/BN selama ini begitu berjimat dan tidak pernah boros dalam menggunakan wang rakyat.Merekalah yang menjadikan ‘by election’ kepada ‘buy election’. Mereka terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk menjana sesuatu pilihanraya berbanding dengan Pakatan Rakyat.

Di PRK Bukit Selamabau , selain membeli undi, antara strategi mereka ialah dengan meletakan 15 calon bebas untuk bertanding disitu dan ianya merupakan satu rekod yang boleh dimasukan kedalam buku ‘Guinness record of Malaysia’

Kenapa pula dikatakan merugikan rakyat? Bukankah Umno/BN akan segera berkejar dengan projek ‘mee segeranya’ apabila berlaku seseuatu PRK di kawasan tersebut? Setidak-tidaknya jalanraya akan diturap baru.Ini tentunya akan menguntungkan rakyat di kawasan tersebut.Para peniaga makanan tempatan pun mendapat rezeki yang mencurah-curah akibat kebanjiran orang luar ke tempat mereka.Banyak lagi perkara yang menguntungkan rakyat tempatan.

Rakyat tentu akan lebih rugi kalau terus menerus mempunyai wakil rakyat yang korup dan tidak perform.Apatah lagi jika wakil rakyat yang dipertanggung jawabkan itu hanya mementingkan diri sendiri hingga sanggup ‘lompat’ parti dan mengeciwakan harapan rakyat yang mengundi mereka.

Wakil rakyat ‘ katak’ tidak berani mengembalikan mandat kepada rakyat supaya mereka diadili oleh kehendak rakyat.

Di Permatang Pauh, (Presiden Parti Keadilan Rakyat), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan begitu berani telah menyerahkan semula mandat kepada rakyat dimana rakyat telah bersetuju menerima suaminya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai menggantikan tempatnya di situ.

Begitu pula di Penanti , Mohammad Fairus Khairuddin terpaksa meletakan jawatannya setelah di tuduh melakukan rasuah.

Umno cuba sedaya upaya mengeksploitasikan keadaan Mohamad Fairuz sebagaimana yang pernah mereka lakukan di Perak terhadap dua ‘katak’ dengan tawaran yang tidak akan habis dimakan oleh 7 keturunan.

Umno sanggup berbelanja sebesar mana pun asalkan perancangan jahatnya berjaya dilaksanakan.Wang ringgit tidak jadi masalah kepadanya kerana dia boleh cekau ikut sukanya tanpa kira halal atau haram.

Umno /BN terpaksa berbelanja besar di setiap PRK ; kalau tidak tentu sukar untuk mendapatkan petugas.Cumanya dalam PRK 2 bukit yang baru lalu, perbelanjaan besar itu tidak berbaloi kerana mereka terpaksa menerima kekalahan.

Mereka baru sahaja mengalami keperitan tersebut menyebabkan mereka teragak-agak mahu bertanding di Penanti dengan alasan-alasan bodoh konon merugikan wang rakyat! Sejak bila pula Umno mula berhenti daripada keborosan menyalahgunakan wang rakyat?

Kini mereka cuba memasuki pertandingan di Penanti sebagai ‘underdog’. Sesungguhnya mereka amat layak sekali sebagai anjing bawahan atau senangnya di sebut sebagai anjing kurap!

Muktamar Pas 2009; suatu transformasi akan berlaku!

Bagi ahli-ahli Parti Islam Se Malaysia (PAS), tahun 2009 adalah merupakan tahun yang penting bagi kalendar ahli PAS kerana pada tahun ini perwakilan akan membuat pilihan mereka secara demokrasi yang sihat untuk memilih pemimpin baru bagi PAS.

Muktamar yang akan dilansungkan pada bulan Jun ini bertempat di Stadium Malawati Shah Alam Selangor akan menjadi medan untuk bermuhasabah secara jujur dan telus bagi mengkaji keupayaan PAS untuk terus kekal relevan dalam arus perdana politik Malaysia.

Slogan “PAS untuk semua” yang diketengahkan pada Pilihanraya Umum tahun lalu akan terus dipraktikkan bukan sahaja sebagai slogan pilihanraya bahkan dalam polisi kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah secara kolektif dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Di samping melakukan muhabah dan post mortem untuk mempertahankan survival parti sebagai parti politik dan dalam masa yang sama sebagai sebuah gerakan Islam yang diiktiraf di peringkat global, muktamar yang akan berlansung ini juga akan memilih pemimpin-pemimpin baru yang diyakini sebagai sebuah team yang akan berhadapan dengan pilihanraya umum yang dijangkakan akan diadakan dalam tempoh setahun Najib Razak menjadi PM.

Cakap-cakap di peringkat grassroot parti, majoriti ahli-ahli PAS nampaknya mahukan supaya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi sebagai Presiden parti yang baru bagi menggantikan Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk memimpin PAS dalam menjana arus perubahan politik nasional dalam PRU yang akan datang.

Manakala bagi jawatan Timbalan Presiden pula, ahli-ahli parti mahukan supaya Haji Mohammad Sabu yang lebih dikenali sebagai Bang Mat diberikan peluang untuk memegang amanah tersebut yang dalam masa yang sama menjadi seorang Timbalan Presiden yang berkesan kepada Presiden parti. Ianya ibarat Tok Guru Haji Hadi kepada Almarhum Ustaz Fadzil Noor suatu ketika dahulu.

Sementara itu, bagi jawatan Naib Presiden pula, ahli-ahli akan terus mengekalkan Haji Husam Musa di samping mengangkat muka baru termasuk Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dan Prof Dr Mahfuz Muhamad.

Haji Husam yang mempunyai rekod dan prestasi yang baik dalam parti dan kerajaan negeri Kelantan dilihat akan terus kekal manakala Haji Nizar pula bintangnya yang semakin cerah berikutan krisis perlembagaan dan politik di Perak dan Prof Dr Mahfuz Muhamad mewakili ulama profesional yang ketika ini memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Johor. Beliau adalah bekas Profesor Syariah Universiti Malaya.

Ustaz Haji Ahmad Awang yang ketika ini menjawat sebagai Naib Presiden difahamkan akan mengubah haluan untuk memimpin Dewan Ulama PAS Pusat dalam usaha untuk memperkasa Dewan Ulama mendepani pelbagai cabaran dan isu syariah ketika ini.

Manakala rata-rata ahli akar umbi pemuda PAS mahukan supaya Dr Mujahid Yusuf Rawa memimpin Dewan Pemuda PAS Pusat bagi berhadapan dengan Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang baru iaitu Saudara Khairy Jamaludin Abu Bakar. Dr Mujahid tidak asing lagi bagi Dewan Pemuda PAS kerana beliau pernah menjadi Exco Dewan tersebut selama beberapa penggal. Dengan latar belakang pendidikan beliau sehingga ke peringkat doktor falsafah, beliau diyakini mampu bersemuka dan berdebat dengan Sdr Khairy yang berkelulusan Oxford di samping meningkatkan lagi tahap sokongan pengundi muda kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Bagi Dewan Muslimat PAS Pusat yang setiap kali pemilihan tidak pernah sunyi daripada pertandingan itu difahamkan akan berlaku pertembungan bagi jawatan Ketua Muslimat pada kali ini di antara penjawat sekarang dengan Dr Siti Mariah Mahmud yang pernah bertanding sebagai Naib Presiden PAS pada pemilihan yang lepas.

Bagi jawatan AJK PAS Pusat pula, antara yang akan diketengahkan adalah gandingan muka lama dan baru antaranya ialah Sdr Salahudin Ayub, Ustaz Muhamad Daud Iraqi, Dr Hatta Ramli, Sdr Anuar Tahir, Ustaz Azizan Abdul Razak, Haji Mahfuz Omar, Ir Khalid Samad, Sdr Ann Wan Seng, Ustaz Ismail Kamus, Dr Dzulkifli Ahmad, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Lo’ Lo’ Ghazali, Ustaz Nik Amar Nik Abdullah, Sdr Kamarudin Jaafar, Ustaz Idris Ahmad, Sdr Anuar Tan, Dr Syed Azman Nawawi, Ustaz Taib Azzamudin dan beberapa orang lagi.

Adalah sesuatu yang perlu dipertegaskankan di sini bahawa tohmahan yang dilakukan oleh beberapa media massa dan penulis politik upahan pihak tertentu yang mendakwa bahawa pertembungan dalam PAS kali ini adalah di antara pro Pakatan Rakyat dengan Pro Muqabalah atau di antara Pro Liberal dengan Ustaz Ulama adalah mainan jahat mereka kerana seperti mana yang telah diperjelaskan oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa di dalam PAS tidak ada sama sekali Team A atau Team B.

Sesungguhnya di dalam PAS sekiranya terdapat sesuatu perbezaan pendapat atau percanggahan ijtihad ianya adalah suatu rahmat yang tidak sesekali akan membawa kepada perpecahan kepada PAS itu sendiri. Ianya adalah kerana ahli-ahli PAS telah dipadukan dengan wehdatul fikri demi memastikan tertegaknya di Malaysia sebuah negara yang disifatkan oleh al Quran sebagai baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur!

Nukilan oleh:

Ustaz Haji Idris Mohammad Al Haqqani
24 Rabiulakhir 1430 bersamaan dengan
20 April 2009

idris.haqqani@gmail.com

Mat Sabu : Waran tangkap akibat silap maklumat

Akibat salah faham arahan , Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu dan sembilan penyokongnya telah dikenakan perintah waran tangkap oleh Mahkamah Majisteret Nibong Tebal kerana gagal hadir perbicaraan kes menghalang tugas penjawat awam, tahun lalu.

Sebenarnya, mereka semua telah berada di Nibong Tebal pagi kelmarin untuk menghadiri perbicaraan kes berkaitan yang berlaku pada Disember 2007 yang lalu; tetapi mereka telah menerima maklumat dan arahan yanga silap yang mengatakan bahawa mereka tidak perlu hadhir ke mahkamah pada pagi tersebut.

Mereka semua terkejut apabila disebelah petangnya mereka semua dimaklumkan tentang pengeluaran waran tangkap tersebut.

Pagi ini mereka pergi semula ke Mahkamah tersebut bagi tujuan membatalkan waran tangkap tersebut.Kes mereka akan didengar jam 10.00 pagi hari ini.

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dikepung polis di Jalan Raya 4, Lorong Tambun, Ipoh - berhadapan Sunway City, Ipoh pada 10 Dis 2007 di sini

Ahad, April 19, 2009

ALIRAN kepada Ketua Hakim : Segera semak semula keputusan Mahkamah Persekutuan

Saturday, 18 April 2009 17:38
By P. Ramakrishnan (Aliran President
)

The Chief Justice of Malaya Tan Sr Zaki Azmi must do the nation a favour by ordering the Federal Court to review its decision concerning the suspension of BN Menteri Besar Zambry Abdul Kadir and his six executive councillors. This act of the CJ would be perceived by thinking Malaysians as doing national service. It is imperative that he heeds this earnest and urgent call and orders an immediate review.

The decision of the Federal Court was termed as “a perverse judgment” by none other than the much respected and highly regarded N H Chan, a former Court of Appeal judge. To the ordinary Malaysians it was a scandalous judgment that had discredited the five judges and tarnished the judiciary beyond repair.

It is beyond anybody’s imagination how these five learned judges could have ignored and discarded the provisions of the Federal Constitution. N H Chan has referred to Article 72 which touches on the Privileges of Legislative Assembly. This is a very significant Article which had direct bearing to the case before the Federal Court and yet this was completely dismissed as inconsequential to the case.

These provisions confer certain rights and immunity to safeguard the sanctity of the Legislative Assembly which are spelt out very clearly. There is no ambiguity in what has been stated. Even laypersons have no difficulty in understanding these provisions:

72. Privileges of Legislative Assembly.

(1) The validity of any proceedings in the State Assembly of any State shall not be questioned in any court.

(2) No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything said or any vote given by him when taking part in proceedings of the Legislative Assembly of any State or of any committee thereof.

(3) No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything published by or under the authority of the Legislative Assembly of any State.

It is amazing that these five learned judges could have overlooked these very important provisions. And we have to ask, “Why?” If they are expected to dispense justice in a fair and impartial manner shouldn’t they have paid attention to the supreme law of the country? We have every right to expect them to be thorough before delivering their judgment.

These five judges are responsible if Malaysians continue to be cynical and skeptical about our judiciary. And we have to wonder how many brave and honest judges are left in the judiciary who will respect the Federal Constitution and remain true to their conscience in delivering justice.

The CJ cannot remain unconcerned and unperturbed over what has taken place. He has to play his role as the guardian of the judiciary and salvage its reputation and restore people’s confidence in the rule of law.

P Ramakrishnan
President Aliran
18 April 2009

Source :
ALIRAN

Pakar Perlembagaan : Dari mana mahkamah dapat kuasa isytihar tindakan Speaker tidak sah?

"Saya tidak tahu apakah asas Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan tindakan Speaker DUN tidak sah. Dari mana mahkamah mendapat kuasa berbuat demikian?"

Demikian soal Aziz Bari, seorang profesor undang-undang dan merupakan pakar perlembagaan.

Beliau bersetuju dengan pandangan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk NH Chan yang mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai isu tersebut. Mahkamah Persekutuan tidak berhukum mengikut undang-undang perlembagaan negara ; ikut katanya di sini

Aziz berkata apa yang jelas ialah perlembagaan tidak membenarkan mahkamah mencampuri urusan dan prosiding dewan. Katanya ini dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 72; khususnya 72(1) yang dengan jelas menyebut :

"Bahawasanya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah."

Dengan itu, Aziz berpendapat, mahkamah telah bertindak di luar kuasa atau 'ultra vires'.

Sabtu, April 18, 2009

Presiden : Tuan Guru Nik Abd Aziz - Kenapa tidak?

Keputusan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Bintang telah memutuskan beberapa calon dicadang untuk diketengahkan, antaranya ialah:

1.Presiden ----- Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

2.Timb Presiden -------Tuan Hj Mohamad Sabu

3. Naib Prsiden -------Hj Husam Musa, Hj Hanifa Maiden, Ust Nik Amar Nik Abdullah

4. AJK PAS Pusat :

-Ustazah Nuridah
-Ustaz Idris Ahmad
-Dr Mahfoz(PJ Johor)
-Nasir Mustapha (Adun Kubang Rotan)
-Nizar (MB Perak)
-Mazlan Aliman-Adly Zahari (TPJ1 Melaka)
-Hjh Wan Hasrina (Ketua Muslimat Selangor)
-Hj Takiyuddin

Yang lain-lain bakinya akan diputuskan dalam mesyuarat AJK Kawasan....

Itulah keputusan mereka.......tapi bukan nak kata apa, kalau-kalau kawasan lain setuju dengan cadangan mereka ikutlah.......lihat sini

Naji takut Altantuya di Penanti!

Tajuk akhbar mStar Online - Penanti: BN mungkin tidak tanding Pakatan menang mudah Persoalan saya ialah, kenapa ada perkataan ‘mungkin’? Katakanlah : BN tidak tanding! Itu lagi bagus sebab kalau bertangding pun akan kalah dan memalukan Najib sahaja.

Najib takut kalah dan malu untuk bertanding di Penanti.Tetapi adakah langau-langau Umno akan bersetuju dengan cadangan Najib untuk tidak bertanding?

Kalau tidak bertanding di Penanti kelak, langau-langau Umno ni akan terlepas peluang mendapat fulus! Ini yang mereka fikirka! dan hal inilah yang Najib tak nak kerana libatkan banyak belanja!

Hotel-hotel akan penuh,rumah-rumah orang Umno yang disewakan kepada orang Umno sendiri akan naik harga dengan yang tak pernah terfikirkan oleh kita. Rumah kampong di Trong yang menempatkan petugas Umno sewa untuk 10 hari boleh mencecah RM3 ribu! Tempahan makan dan elauns para petugas.Ini semua memerlukan belanja yang banyak.Ini yang Najib risaukan!

Kemudian tu pula, Najib kena luluskan macam-macam projek mee segera yang melibatkan banyak belanja.Ini yang Najib tidak berkenan kerana membazir!

Untuk khemah polis sahaja sewaktu PRK Kuala Terengganu baru lalu pun kosnya RM6 juta!Yang di Bukit Gantang belum dimaklumkan lagi - mesti berganda maunya!

Tetapi yang paling dia takut sangat ni bukan sahaja sebab akan kalah; tetapi sebab orang mesti bangkitkan isu penglibatan Najib dengan pembunuhan Altantuya. Itu yang buat Najib tidak tentu arah dan tidak berani jejak kaki untuk berkempen dan bertemu rakyat!

Antantuya benar-benar menghantuinya!Ampun! ampun! Jangan sebut laggi nama Altantuya!Najib sangat Phobia dengan nama itu!

Sivakumar : Siapakah yang memberi arahan kepada Abdullah Antong untuk mengeluarakan Notis.?


Ipoh , 18 April 2009 : Beberapa persoalan ditimbulkan oleh Sivakumar, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak berikutan notis peresidangan DUN yang diedarkan oleh Abdullah Antong.

"Saya tidak mengetahui tentang tarikh 7 Mei 2009 itu sehingga saya diberitahu oleh ADUN-ADUN yang lain," kata Sivakumar sewaktu sidang akhbarnya di sini tadi.

"Notis yang sama juga telah diberikan kepada saya oleh Abdullah Antong.Arahan itu sepatutnya datang daripada pejabat Speaker. Tetapi, Speaker sendiri tidak tahu tentang tarikh persidangan tersebut. Mungkin sayalah yang terakhir dimaklumkan tentang tarikh persidangan," jelasnya lagi.

"Bukankah ini satu tindakan yang aneh dan merupakan satu tindakan untuk menghina Speaker sekali lagi?" tanya Sivakumar.

Notis persidangan DUN Perak yang dikeluarkan oleh Abddullah Antong itu tidak pernah dirujuk dan dirunding mendapat persetujuan Speaker Dewan.

Menurutnya lagi, beliau telah menggantung Abdullah Antong daripada tugasnya sebagai setiausaha Dewan Negeri dan di gantikan dengan Tn Hj Misbahul Munir , sebelum persidangan 'bawah pokok' yang dibuat pada 3 Mac 2009lalu.

Pada protokolnya, Speaker yang harus memberi arahan kepada Setiausaha Dewan untuk mengeluarkan notis. Tetapi, di sini, speaker pula menerima notis yang sama seperti ADUN-ADUN yang lain.

Sanggupkah Pandekar Amin, Speaker Dewan Rakyat berdiam diri jika Setiausaha Dewannya mengeluarkan notis memanggil Dewan Rakyat bersidang tanpa berunding dengannya?

"Adalah merupakan hak Speaker untuk mengetahui terlebih dahulu segala apa yang berkaitan dengan Dewan. Apa gunanya institusi Speaker apabila semua keputusan dibuat oleh Pihak yang lain. Ini merupakan campurtangan eksekutif yang nyata. Sekali lagi doktrin pengasingan kuasa dicabuli," terang Siva kepada wartawan.

Sivakumar menyatakan beliau akan menulis surat kepada Istana untuk mendapatkan kepastian tentang tarikh persidangan yang ditetapkan kerana beliau tidak pernah ditunjukkan apa-apa bukti tentang penetapan tarikh persidangan tersebut oleh Istana.

"Tarikh persidangan itu perlu ditangguhkan sehingga saya mendapat kepastian tentang tarikh tersebut.Sekurang-kurangnya 14 hari diperlukan selepas notis dikeluarkan," kata Sivakumar lagi.

Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak

Friday, April 17, 2009
Mohamed Hanipa Maidin

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja.

Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

  • Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

  • Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.


  • Lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah. Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu.

    Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

    Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

    Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan?

    Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

    1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

    2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

    3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

    4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

    5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

    6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

    7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

    8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

    Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

    Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

    Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

    Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

    Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

    Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

    Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

    Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

    Jumaat, April 17, 2009

    Abdullah dan Najib : Seperti belacan dikerat dua

    Kita biasa mendengar ungkapan peribahasa yang berbunyi : Seperti pinang dibelah dua ; untuk menggambarkan sepasang suami isteri terutamanya pengantin baru yang sama cantik dan sama padan.

    Namun, terdapat juga satu peribahasa yang memberi gambaran yang sebaliknya. Ianya berbunyi : Saperti belacan dikerat dua - yang pergi busuk, yang tinggal hancing

    Begitulah perumpamaan yang boleh dibahasakan terhadap pentadbiran Abdullah Badawi yang telah berlalu dan kepada penggantinya Najib Abdul Razak . Perumpamaan tersebut amat tepat dan bersesuaian sekali jika kita teliti senario yang mutakhir berikut :

    Krisis Perak : Mahkamah Persekutuan tidak berhukum mengikut undang-undang perlembagaan negara, kata Bekas Hakim Mahkamah Rayuan.

    Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang menghakimi Krisis Perak tersebut ialah:

    1. Allaudin Mohd Sheriff
    2. Ariffin Zakaria
    3. Nik Hashim Nik Ab Rahman,
    4. S Augustine Paul
    5. Zulkefli Ahmad Makinuddin.

    Benarkah mereka yang tersebut itu sama busuk dan hancing ....urgh...kerana dikatakan telah kencing dan berak di atas Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan ? “Saya tak tahu undang-undang. Saya tanya sahaja ," kata Bakaq di sini

    Speaker Sivakumar kena singkir?

    Puak Umno khabarnya mencadangkan kepada Tuanku Sultan supaya persidangan Dewan Undanagan Negeri diadakan pada 9 atau 10 Mei depan.

    Dikhabarkan lagi, mereka sedang mengambil langkah yang perlu untuk melantik Katak Betina bekas ahli DAP Jelapang itu menggantikan Speaker Sivakumar !

    Kemudian khabarnya lagi, mereka akan menggantung Nizar dan 12 ADUN Pakatan Rakyat yang lain! Maka akan ber kara-ok lah katak-katak didalam dewan tersebut.

    Fairuz : Sebutir permata yang tercicir di perjalanan

    Perletakan jawatan YB Mohammad Fairus Khairuddin sebagai wakil rakyat Penanti adalah satu tindakan yang perlu di hormati.

    Kes tuduhan rasuah keatasnya yang sedang dalam siasatan SPRM tidak mengubahnya menjadi katak sebagaimana yang berlaku kepada Jamaludin dan Osman Jailu di Perak apabila diasak dengan tuduhan rasuah dan kes mereka dihadapkan ke mahkamah.

    Jamaludin, Osman dan Hee Yit Fong ghaib tidak semena-mena sebelum timbul semula dialam maya ini dengan jelmaan sebagai makhluk katak.

    Kita doakan kesejahteraan keatas Fairuz yang sedang berhadapan dengan dugaan yang amat menyulitkannya.

    Fairuz sebenarnya boleh memilih jalan mudah untuk melepaskan dirinya daripada masalah yang mencengkamnya hanya dengan melompat ke Umno/BN dan boleh terus bergayut sebagai wakil rakyat Penanti.

    Kemungkinan besar pula , Fairuz akan mendapat ganjaran yang besar jika dia setuju menjadi katak terbaru Umno/BN.

    Tetapi Fairuz bukan orang yang pentingkan dirinya.Disinilah kita nampak pengorbanan Fairuz yang perlu diberi pujian dan semangat agar dia teguh dan sabar dalam menghadapi dugaan ini.

    Fairuz kini umpama sebutir permata yang tercicir dalam perjalanan. Semoga disatu masa kelak dia akan dapat meneruskan sisa-sisa perjalanan yang penuh liku dan ranjau ini. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar.

    SPR : Lain di Perak, lain di Pulau Pinang

    Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat menentukan tarikh pilihan raya sebaik sahaja menerima notis kekosongan daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

    Ya, apabila berlaku perletakan jawatan , siapa yang menerima surat perletakan jawatan tersebut? Tentulah Speaker Dewan dan sudah tentulah Speaker yang mengesahkan adanya kekosongan kerusi Derwan Undangan dan tugas Speaker memaklumkan hal tersebut kepada SPR.

    Jelasnya di sini, bahawa bukan tugas SPR untuk menentukan adanya kekosongan kerusi dewan undangan negeri ; tetapi Speakerlah yang menentukannya dan Speakerlah yang menghantar notis pemberitahuan tentang kekosongan tersebut kepada SPR dan SPR hanya perlu mengadakan mesyuarat untuk melaksanakan pilihanraya tersebut - bukan untuk membincangkan kesahihan perletakan jawatan oleh Fairuz.

    Ya, memang begitulah yang sepatutnya berlaku mengikut tata cara perlembagaan : SPR akan bertindak sebaik sahaja menerima notis kekosongan tersebut daripada Speaker.

    SPR tidak perlu panggil Fairuz untuk minta penjelasan lanjut.Cukup menerima notis daripada Speaker. Fairuz pun tidak perlu pi jumpa SPR untuk beritahu perletakan jawatanya itu.

    Tetapi, keadaan ini tidak dapat di terima dalam isu perletakan jawatan 3 Katak di Perak. Jom kita sororoti kes yang berlaku di Perak

    Mahkamah Persekutuan telah 'overule' Speaker Sivakumar yang mengisytiharkan 3 katak itu meletakan jawatan mereka.

    Tetapi, Mahkamah pula memutuskan bahawa hak menentukan kekosongan tersebut adalah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihanaya. Speaker hanyalah Pak Pacak?

    Kemana perginya doktrin pengasingan kuasa yang menjadi asas kepada sistem demokrasi negara?

    Pelik wsungguh apabila keputusan Mahkamah Persekutuan memihak kepada 3 katak walaupun peguam bela mereka gagal membuktikan bahawa surat perletakan jawatan mereka ditandatangani dengan cara paksaan tanpa kerelaan mereka sendiri.

    Khamis, April 16, 2009

    Bila Keluhuran Perlembagaan dan Undang-Undang tidak dihormati

    Pada 18 Februari 2009, Datuk Dr Zambry dan kuncu-kuncunya digantung oleh Speaker Dewan Negeri Perak setelah membuat keputusan dalam mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

    Pengundian telah dibuat dalam mesyuarat tersebut. Ini merupakan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa yang diwujudkan dan diiktiraf oleh Dewan Negeri Perak. Keputusan dan tingkahlaku Jawatankuasa adalah dilindungi oleh Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan.

    Tetapi apa yang berlaku di Mahkamah hari ini adalah sesuatu yang ganjil.Dewan Negeri dan Jawatankuasa-jawatankuasanya telah hilang kekebalan. Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai apa-apa makna lagi.

    Sumber : Suara Perak ( Blog Speaker Sivakumar)

    Sidang DUN Perak 9 Mei?

    Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, peguam yang mengetuai pasukan Zambry dan enam Exco yang memenangi perbicaraan memohon pengisytiharan bahawa mereka berhak mengambil bahagian dalam sidang Dewan , berkata

    "Sekarang terpulang kepada Sultan Perak untuk memberi perkenan baginda mengenai bila sidang DUN tersebut akan diadakan sama ada 9 atau 10 Mei ini," katanya.

    Siapakah yang akan memanggil sidang DUN ? Speaker atau Sultan? Persoalan ini amat menarik untuk kita sama-sama perhatikan.

    Speaker tiada kuasa ?

    Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco yang lain daripada menghadiri sidang DUN

    Demikian yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sherif

    Sementara itu, peguam yang mengetuai pasukan Sivakumar, Sulaiman Abdullah berkata, pada masa ini, pihaknya masih belum mempertimbangkan untuk melakukan semakan semula terhadap keputusan tersebut.

    "Apa yang kita akan lakukan adalah untuk berbincang dan melihat apa yang diputuskan mahkamah dan apa yang boleh dilakukan seterusnya.

    "Saya dapati tidak ada pihak yang menang semuanya dan tidak ada yang kalah semuanya kerana masih ada ruang untuk berbincang dan bertindak walaupun mahkamah telah membuat keputusan"

    "Selagi kes Nizar belum diputuskan, isu ini masih subur dan hidup," katanya.

    Pada 18 Februari lalu, Sivakumar mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Menteri Besar bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta selama 18 bulan.

    Al-Husseyn : Nampaknya Speaker DUN Perak tidak ada kuasa apa-apa langsung. Siapakah yang akan memanggil sidang DUN kelak ? Sultan?

    Penanti : Satu lagi PRK

    Laporan mStar Online menyebutkan , bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti berkuat kuasa hari ini.

    Keputusan itu, yang diumumkan sembilan hari selepas pendiriannya melepaskan jawatan Exco dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berkuat kuasa 8 April lalu, akan membuka laluan kepada pilihan raya kecil.

    Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat menentukan tarikh pilihan raya sebaik sahaja menerima notis kekosongan daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

    "Kami akan mengadakan mesyuarat sebaik sahaja dimaklumkan oleh Speaker... SPR tidak akan melewatkan pilihan raya kecil," kata beliau ketika dihubungi.

    Fairus yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dijangka dihadapkan ke mahkamah pada bila-bila masa berkata: "Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pascasiswazah dan sekali gus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga."

    Kerusi DUN Penanti terletak dalam bahagian Parlimen Permatang Pauh yang disandang oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Rabu, April 15, 2009

    The Infamous 1Malaysia PM

    Najib, son of the country’s second Prime Minister Abdul Razak Hussein, has been tainted by personal and political scandals even during his early days in the UMNO leadership.

    But the latest involving the murder of a Mongolian woman in late 2006 has been the most serious allegation ever to have leveled against any Malaysian politician.

    Yet, the 54-year old former defence minister has so far decided not to sue those who defamed him, even if the Malaysian courts have a unique reputation for ‘efficiency’.

    The scandal has all the sleaze of a Hollywood spy drama, the only difference being that billions of dollars of Malaysian taxpayers’ money funded this true-life version. It revolves around a Mongolian woman, Altantuya Sharibu (pic), who was murdered and then her body was blown up in a jungle clearing area.

    Abdul Razak Baginda, an aide to Najib Razak, was acquitted of the charge last November. Two others, members of an elite Malaysian police unit, are still waiting for what many believe is their impending acquittal despite damning evidence of their involvement and their links to Najib

    Details of this involvement were exposed by the French daily Libération last month, which also gives a glimpse of the shadowy world of arms sales to developing countries like Malaysia.

    French-Spanish warship manufacturer Armaris, a firm now merged with DCNS, had sold three submarines worth billions of dollars to Malaysia in 2002. But suspicion was raised when Armaris paid 114 million euros to a Malaysian “project services provider”, said to be a company owned by Baginda.

    Learning this, the Mongolian woman travelled to Kuala Lumpur to claim her share of US$500,000. She was silenced in the most brutal manner, barely hours after she was bundled into a police car in front of Baginda’s house.

    The connection was so clear the police had no choice but to arrest him too. In an affidavit he filed after his arrest, Baginda revealed that he had been assured by Najib through a text message, hours before his arrest that the deputy prime minister would have a word with the police chief and “the problem will be solved. Be cool.”

    With the same Najib now at the threshold of power, things are not likely to get any cooler. As Crescent goes to press, the UMNO general assembly is meeting to endorse him as the next president, his being the only nomination for the position. By convention, the UMNO president becomes the prime minister.

    A few days after, the ruling coalition will have to go through three by-elections in separate states, the most prominent of which is in the state of Perak, where the opposition state government recently collapsed, thanks to defections orchestrated by Najib and endorsed by the state sultan.

    The action sparked rare and violent protests against the palace for agreeing to the coup, bringing up age-old questions of whether Malaysia’s ceremonial monarchs are really worth the keep.

    The weeks ahead will tell whether Najib can keep his cool as things heat up

    Source : Muslimedia

    Satu Malaysia orang sudah tahu siapa Najib!

    Satu Malaysia hanyalah satu slogan semata-mata.Ianya bukanlah sesuatu yang baru untuk menyatakan penyatuan .Takanlah setelah sekian lama BN memerintah Malaysia ini, konsep penyatuan seperti itu baru nak diketengahkan. Ianya hanya menjelaskan bahawa polisi dan dasar BN selama ini gagal menyelesaikan masalah perkauman di Malaysia.

    Rakyat muak dengan kata-kata sahaja. Buktikan bahawa Umno , MCA dan MIC bukan parti perkauman yang sentiasa memainkan sentimen perkauman masing-masing.

    Bukankah Umno yang memainkan sentimen perkauman di Perak dengan menuduh DS Nizar sebagai pengkhianat Melayu, kuda tunggangan DAP, boneka, ikut telunjuk Cina, gadai tanah Melayu dan sebagainya.

    Umno menggunakan isu pemberian tanah hak milik kekal kepada orang-orang Cina untuk membangkitkan sentimen orang-orang Melayu.Mereka menuduh orang Cina yang diberikan hak milik tanah tersebut adalah orang-orang kominis!

    Apakah rakyat akan melupakan peranan Najib dalam rampasan kuasa di Perak? Di Bukit Gantang dan Bukit Selambau amat jelas menunjukan pertanda yang rakyat tidak memberikan restu mereka kepada Umno/BN.

    Bahawa siapa yang memerintah negara ini adalah rakyat Malaysia demi kesejahteraan satu Malaysia.Maka kembalikanlah kuasa kepada rakyat untuk memilih siapa yang patut memerintah.

    Selesaikan dahulu kemelut politik di negeri Perak yang sudah begitu lama bercelaru.Cara mudah dan terhormat dengan membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya yang baru.

    Najib tidak perlu menonjolkan slogan tersebut hanya dengan kata-kata sahaja.Buktikan dengan perubahan ke arah konsep tersebut. Satu Malaysia, orang sudah tahu siapa Najib!

    Konsep Wang Malaysia Najib tercabar

    Tugas Najib Tun Razak menyatupadukan semua rakyat berdasarkan konsep Satu Malaysia menerima cabaran daripada orang-orang Umno/BN sendiri bila mana 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) negeri itu tidak menghadiri sidang DUN kelmarin.

    Walaupun mereka yang terlibat dengan pemboikotan tersebut menyatakan ‘SMS ugutan’ sebagai alasan ketidak hadiran mereka, tindakan mereka berkumpul beramai-ramai disebuah hotel dan membuat kenyataan akhbar disitu menampakan mereka sebenarnya berkomplot untuk memalukan MB Ahmad Said dan memberi tekanan kepadanya supaya berundur. SMS itu dipercayai ada kaitan dengan ura-ura usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Ahmad Said akan dibentangkan pada persidangan dewan itu.

    Krisis tersebut merupakan lanjutan episod penolakan mereka atas perlantikan Ahmad Said sebagai MB setahun yang lalu.Atas campurtangan Istana Terengganu, Idris Jusoh dan kroninya terpaksa memendam rasa sekian lama dan kini jelas kepada kita semua , luka lama tidak mudah sembuh.Dan ini mengingatkan kita semula kepada isu ‘Kami nak Idris, natang’ !

    Kalau sesama Umno pun berbalah, macamana Najib nak menyatukan ‘Wang Malaysia’ ?

    Selasa, April 14, 2009

    Mahathir kini tersenyum lebar

    Walaupun gagal dalam kempenya di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau, Mahathir dalam diam-diam agak berjaya dalam kempennya di Johor Baharu.

    Masakan tidak? Pemuda Umno Johor mencadangkan kerajaan mengkaji semula projek 'jambatan bengkok' yang pembinaannya dibatalkan pada 2006 kerana berpendapat projek itu mampu merancakkan ekonomi negara, khususnya di Johor.

    Tidak sia-sia rupaya bila Mahathir masuk semula ke dalam Umno.Hari ini tentu dia senyum melebar.Begitu lah juga anaknya, Mukhriz

    Khabarnya, orang ramai termasuk persatuan dan dewan perniagaan Cina dan India Johor menyuarakan keyakinan mereka bahawa pembatalan projek pembinaan jambatan bengkok itu akan dikaji semula oleh pentadbiran Perdana Menteri yang baru.Baca di sini

    Kerajaan pimpinan Abdullah Badawi terpaksa membayar pampasan RM222.4 juta berikutan keputusannya untuk menamatkan pakej pembinaan jambatan bengkok berbanding kos asal bagi pakej jambatan bengkok dan jambatan kereta api sebanyak RM1.113 bilion. Baca lagi di sini

    Adakah anda sebagai rakyat Malaysia akan turut tersenyum selebar Mahathir dan Mukhriz?

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...