Followers

Ahad, Mei 31, 2009

Jun 1 : Hari Gelap Gelita Satu Perak

Esok 1 Jun adalah Hari Gelap Gelita Seluruh Negeri Perak. Program tersebut adalah sebagai membantah pencabulan demokrasi yang dilakukan oleh BN dan juga kempen bubar DUN Perak.

Seluruh pendokong dan penyokong PR yang Muslim diminta berpuasa di seluruh negeri Perak bagi mengisi program tersebut dan akan berbuka beramai-ramai di setiap markaz DUN seluruh Perak.

Manakala yang bukan Islam sebagai menghormati program tersebut boleh berlapar selama satu hari dan akan makan beramai-ramai menjelang Maghrib bersama umat Islam yang lain di markaz.

Program di markaz DUN akan bermula pukul 6 petang dengan mendengar ucapan-ucapan dari pimpinan PR di peringkat DUN masing-masing, selepas berbuka, solat Maghrib dan Solat Hajat berjamaah akan diadakan, dikuti dengan tazkirah. Selepas Isya' akan didakan ceramah PR yang akan disampaikan juga oleh pimpinan PR di peringkat DUN.

Digalakan berpakaian hitam esok!

Penanti : Aman sentosa bila tiada Umno/BN

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, apabila calonnya, Mansor Othman, menewaskan tiga calon Bebas dengan majoriti 5,558 undi.

Mansor, 59, memperoleh 6,052 undi, manakala calon Bebas iaitu Nai-Khan Ari mendapat 494 undi, Aminah Abdullah (392 undi)dan Kamarul Ramizu Idris (56 undi).
Undi rosak pula adalah 107.

Sumber : Berita Harian Online

AlHusseyn : SPR untung di Penanti kali ini ; pertama – tidak banyak menggunakan belanja untuk polis yang berjuta-juta kosnya. Kedua : dapat untung daripada wang pertaruhan daripada tiga calon bebas yang lesap wang pertaruhan mereka !

Ternyata inilah pilihanraya yang paling aman dalam sejarah negara kerana tiada calon daripada Umno.Terbukti kalau ada Umno, tentu jadi kacau dan porak peranda dan terpaksa menggunakan polis yang ramai. Elok sangat Umno/BN tidak bertanding di Manik Urai untuk jimat duit rakyat dan mengelakan daripada huru hara dan kekacauan di sana.

LKS : Kegelapan menyelubungi Malaysia

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang berkata , “ Malaysia yang ditadbir oleh Najib, bercakap benar dituduh sebagai hasutan dan fitnah. Kegelapan sedang menyelubungi Malaysia,"

Menurut Lim, Ketua Inspektor Pang Meng Tuck telah membuat satu laporan terhadap ucapannya di Guar Perahu, sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil DUN Penanti pada 24 Mei lalu.

“Dalam ucapan saya, saya telah menyalahkan Najib terhadap rebutan kuasa di Perak dan mengkompromikan satu demi satu kredibiti istitusi negara," kata Lim yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur, mengenai ucapannya dalam catatannya dalam Twitter pagi ini.

Menurut Lim, dalam ucapannya, beliau turut menyentuh tentang Pasukan Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pilihanraya, perkhidmatan awam dan badan kehakiman yang didakwanya digunakan untuk agenda politik Najib.

Sumber : Malaysiakini.

MSO Pengamal Ajaran Sesat?

Saya terbaca artikel kickdefella dan dapati 2 komen yang menarik seperti yang saya angkat menjadi posting saya berikut di bawah.

Mohd Sayuti Omar perlu jawab dan jelaskan kepada ramai tentang dakwaan ramai bahawa MSO ini adalah seorang 'Wartawan Pelacur' dan 'Haprak'. Sungguhkah beliau pengamal ajaran sesat?Tuduhan -tuduhan yang dilemparkan itu amat berat sekali.Hendak tak hendak, MSO kena perjelaskan.Bukan sekadar menulis seperti di sini


Manusha
Tak yah nak sunting, penulis upahan itu adalah lanun bernama Mohd Sayuti Omar yang juga penganut ajaran sesat anjuran Mat Laksamana. Sayuti lah yang mula2 tampil membela Bazli kemudian tuktuk senyap sepi kenapa? Kerana dah dapat duitlah.

Dia marah sangat kat Husam sebab Husam tak bagi dia duit bila dia ugut Husam. Husam tak macam ahli politik lain yang bila diugut oleh Sayuti terus bagi saja apa sayuti nak.

Style sayuti ini memang ana masak sangat, dia mula2 buat baik dengan ahli politik tu, lepas tu dia mula cungkil hal peribadi dan buat buku lepas tu ugut minta duit kalau tidak dia sebar.

Bila dia tak da upaya nak korek kesalahan husam, dia guna isu jihad ternak. masalahnya jihad ternak tu, dia dan kroni Khir Toyol nama datuk amin pipet yang buat ona. Mereka dari awal niat jahat dan hendak songlap tanah milik Akademi tapak kambing. Bila kontrak mereka ditamatkan, Sayuti yakinkan amin pipet, dia boleh dapat wang dan mereka akan untung atas angin. Sayuti minta 3 juta dari akademi dan ugut akan musnahkan karier politik husam kalau tak bayar.

Kemudia dia pergi jumpa husam minta husam tolong selesaikan. Husam tak mau masuk campur. nak tak hendak, kenalah sayuti dan kawannya yang jahat tu saman akademi. mana dendam sayuti tak membara, dahlah satu sen tak dapat, pergi mahkamah kalah pulak tu.Itulah cerita manusia penjahat nama sayuti omar.

Al-Ahzab
waaahh, patut la sayuti omar, tu marah tahap virus H1N1 kat yb husam.kumpulan ajaran sesat mat laksamana ni aktif di wakaf stan, kubang kerian, kelantan pada akhir tahun 80an sebelum PAS perintah kelantan.

ajaran sesat mat laksamana ini amalkan amalan berdikir barat sambil mabuk-mabuk minum minuman memabukkan (air tuak masam @ arak kelas rendah) dari waktu maghrib sampai tengah malam, lepas tu rawatib khas.

ajaran sesat mat laksamana ini tidak akui nabi muhamamd s.a.w sebagai nabi tetapi mengangkat mat laksamana sebagai nabi.

ketua ajaran sesat mat laksamana ni adalah saudara terdekat kepada sayuti omar dan nama sayuti juga diabadikan di dalam buku doktrin ajaran sesat mat laksamana dengan gelaran “adindaku sauti” dan sayuti omar amat bangga menerima gelaran anugerah tersebut. malah buku doktrin ajaran sesat tersebut dicetak dengan bantuan sayuti omar yang mahir dalam bidang penulisan dan penerbitan buku.

dan juga pada pru 12, ada saudara terdekat sayuti omar terlibat skandal songlap duit dana pilihanraya PAS di kawasan kampung asalnya di rantau panjang.

dan juga Sayuti omar pernah ugut bekas pengarah muzium kelantan ketika sambutan hari keputeraan sultan kelantan . sayuti omar dibayar dengan sejumlah wang oleh individu terbabit

Sabtu, Mei 30, 2009

Saman! Jangan Tak Saman!

Pagi tadi pergi ke pejabat Celcom di Green Town Bussiness Center untuk bayar bil telefon.Bila kembali semula ke kereta, tengok-tengok dah ada bill saman parking dari MBI! terlupa nak letak stiker parking tadi.Itulah akibatnya.


Saya melihat sekeliling kalau-kalau ada juga yang malang seperti saya.Saya terkejut apabila melihat dibelakang kereta saya ada sebuah kereta lama yang mempunyai beberapa kepingan bil saman dari MBI - dekat lima belas keping dan bil-bil tersebut sudah lusuh lantaran kereta itu sudah agak lama terbiar ditempat parkir kereta disitu.


Kalau pada awal tadi saya ternampak hal keadaan kereta itu begini rupa, sudah tentu saya tidak akan jadi cuai! Padan muka! Terpaksalah pergi bayar saman tu . Nak buat macam mana ?

Kepada MBI, kenapa dibiarkan kereta itu disitu sekian lama? Sepatutnya kereta tersebut perlu ditunda ketempat lain kerana kawasan letak kereta disitu sangat terhad.

Program Qurban dan Aqiqah di Miyanmar

Berikut adalah program Qurban dan Aqiqah anjuran Koperasi Ikatan Muslim Kinta Bhd.Anda boleh hubungi melalui [ KLIK ]


Jumaat, Mei 29, 2009

Pakatan Rakyat Berbuka Puasa


Selepas 3 hari puasa sunat dan mogok lapar , Pakatan rakyat telah mengadakan majlis berbuka puasa di perkarangan hadapan pejabat Perhubungan PAS negeri Perak petang kelmarin.

Program berpuasa sunat dan mogok lapar tiga hari tersebut bukan sahaja menghadapi halangan dari polis , sehingga mereka ditangkap dan dibawa ke balai; malah beberapa mufti yang lebih umno dari umno telah mengeluarkan hukum yang mengharamkan program tersebut.



Antara pemimpin yang telah hadir ialah YAB Menteri Besar Rakyat Perak, DS. Muhammad Nizar jamaluddin,YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, YB. Tuan Lim Guang Eng, Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang, Pengerusi PKR negeri, Hj. Osman Abdul Rahman dan Pengerusi DAP Perak, Dato, Ngeh Khoo Ham.

Bagi penganut agama Islam, mereka mengadakan solat Maghrib sejurus selepas berbuka puasa dan mengadakan solat hajat serta bermunajat dan diikuti dengan solat Maghrib.


Majlis taklimat ringkas di teruskan dengan ucapan daripada YB Ngeh, DS Nizar dan Ust Ahmad Awang. Ust Misbahul munir bertindak selaku pengerusi majlis.



Tidak apa-apa gangguan oleh pihak polis.Mereka memantau keadaan dari jauh dengan 7 – 8 terak siap sedia untuk mengangkut orang ramai jika diarahkan bila-bila masa.Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik dan lancar.

Ahmad Awang : Mufti keluar fatwa tanpa usul periksa

Program ini adalah diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat Perak. Namun telah ditohmah dengan berbagai putar belit dengan tidak tahu hujung pangkal. Kata Ust.Ahmad Awang memulai ucapannya.

Saya sedih bila mufti tanpa tahu hujung pangkal mengeluarkan pandangan dan fatwanya, ini menyalahi peraturan dalam mengeluarkan fatwa, kata Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang dalam majlis taklimat di hadapan Pejabat PAS Perak malam ini.

Mufti Perak didedahkan oleh Ust. Ahmad Awang pernah berkerja di Bukit aman sebelum pindah kerja di Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Ust.Ahmad dedah kan juga wajarlah Pemuda PAS Perak mencabar dia letak jawatan untuk bertanding di Kuala Kurau, Titi Serong, atau di parlimen Parit Buntar. kalau di Bagan Serai saya boleh lawan dia.

Kesimpulannya mogok lapar yang diadakan tidak mendatangkan mudarat kepada yang ikut, yang islam lakukan puasa pada awal bulan yang ada dalam hukum Islam dan mustahil mufti tidak tahu.

Beliau juga mengesahkan kebanyakan kawasan PAS pada hari ini mengadakan majlis berbuka di markaz.

Malah Yusuf Qardawi dalam blognya semasa meminta umat Islam di seluruh dunia untuk menyokong orang Palestin yang dipenjara yang mogok lapar, kita mesti menyokong mereka.

Jelasnya yang penting bukan berapa ramai yang ikut serta namun yang penting publisiti media menyebabkan apa yang kita lakukan ini sampai kepada rakyat di seluruh dunia.

Beliau juga mendedahkan dalam majalah melennium keluar Mei, mufti menuduhnya punca kemelut politik di Perak, begitulah mereka memainkan fahaman assobiyah. sedangkan ini dilarang dalam islam. Saya dihubungi oleh penerbit majalah itu dan saya akan jawab kerana banyak fakta diberi palsu dan tidak betul. Katanya.

"Macam-macam benda haram di perak termasuk mufti kata puasa sunat pun haram, termasuk pakai hitam. Nak bersalam pun haram di perak ," Katanya sebelum mengakhiri ucapannya pada jam 9.50 malam.

Sumber Idham Lim

Khamis, Mei 28, 2009

Satu, Dua Tiga : Polis Raja Di Malaysia!

Lantaran terlalu bimbang dan takut terhadap perbuatan jahatnya sendiri, Umno / BN sentiasa berasa tidak aman dan tenteram walaupun Mahkamah , PDRM, SPRM dan Mass Media berpihak kepada mereka.

Umno / BN melihat bayang-bayang sendiri disangka hantu , apatah lagi bila melihat bayang-bayang orang lain.

Tidak hairanlah mereka terasa tergugat apabila orang orang berpuasa.Mereka gunakan Tok Alim al-Fulus supaya mengatakan haram hukumnya bagi orang Islam mogok lapar…
Bacalah penjelasan pasal puasa dan mogok lapar itu di sini.

Tetapi Tok Alim al-Fulus , tidak pula bercakap tentang penangkapan mereka yang pakai baju hitam.

Wahai Tok Alim al-Fulus, tolong nyatakan apa hukumnya pakai baju hitam? Di mana salahnya menyalakan lilin?

Bagaimana pula hukumnya merampas barang dagangan peniaga-peniaga kecil semata-mata barang dagangan mereka berupa baju hitam ?

Memadam rekod imigrasi tidak pula salah? Tahanan lokap dipelupoh hingga mati tidak apa? Ah! Macam-macam perkara yang dahsyat-dahsyat berlaku seolah-olah negara kita ini tidak ada perundangan langsung.

Undang-undang untuk mendapatkan keadilan hanya tertumpu gulungan yang tertentu sahaja.Boleh dipilih-pilih.Apa tidaknya ?

Kerja polis pun nampaknya tak ubah macam samseng – ditakuti dan digeruni oleh rakyat jelata hingaa ada yang kata Polis Di Raja Malaysia kini dah jadi Polis Raja Di Malaysia.

Tengoklah petang ini nanti, Polis akan serbu , suruh orang yang hendak berbuka nanti bersurai, kira satu, dua , tiga….Tangkap! tangkap! Tangkap!

Lima Peristiwa Bulan Mei 2009 Yang Tidak Boleh Dilupakan

Ipoh , 22 Mei : Pengerusi DAP, Lim Kit Siang malam ini menyeru rakyat supaya menjadikan peristiwa 5 hari dalam bulai Mei ini sebagai peristiwa yang tidak boleh dilupakan hingga ke generasi anak cucu yang akan datang.

Lim berkata , 5 peristiwa penting dalam bulan Mei yang berlaku di Perak adalah sangat luar biasa dan tidak pernah berlaku didunia selain di negeri Perak. Ini adalah catitan sejarah bagi negeri Perak yang mesti diketahui oleh anak cucu kita yang akan datang.

7 Mei , 2009 – Persidangan Dun Perak yang dicemari dengan pelbagai insiden yang memalukan dan diluar tingkah laku manusia yang bertamadun.

“Mana ada selain DUN Perak, seorang Speaker dengan pakaian jubahnya, bersama kerusinya diseret keluar dewan ; bukan oleh sepasukan samseng , atau penjenayah, tetapi oleh pasukan yang sepatutnya memberikan perlindungan dan keselamatan kepada rakyat tanpa mengira anutan politik atau kaum,” kata Lim.

11 Mei, 2009 – Hakim Abd Aziz dengan beraninya telah mengeluarkan hujah penghakiman berpandukan perlembagaan yang ada mengesahkan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

12 Mei, 2009 – Dalam masa 2 jam sahaja , Zambry boleh mendapat perintah oleh seorang hakim sahaja bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

21 Mei , 2009 – Keputusan Mahkamah rayuan berpihak kepada Zambry dengan alasan yang lemah dan tidak menyakinkan orang ramai.Sehingga kini belum ada alasan bertulis dikeluarkan oleh panel hakim 3 orang itu.

26 Mei , 2009 – Penangkapan 19 orang atas alasan yang remeh – memakai baju hitam , sedang berjalan kearah kereta , memasang khemah , sedang berjalan menuju ke Mahkamah Tinggi Ipoh….Pasang belon besar yang tertera perkataan : ‘DAULAT TUANKU , BUBAR DUN’ pun satu kesalahan? Merampas belon yang berharga RM2 ribu lebih oleh pihak polis tak salahkah?

Lim menggesa supaya SUHAKAM segera mengadakan ingkuari terhadap tindakan polis terutamanya penglibatan mereka merempuh masuh ke dalam DUN Perak dan mengheret Speaker keluar daripada dewan tersebut.

Ceramah dan Nyalaan Lilin di Ipoh

Ipoh ,27 Mei : Perhimpunan aman antara kaum berjaya diadakan di Wisma DAP, Ipoh sempena majlis ceramah Mogok Lapar /Puasa Sunat yang masuk hari yang kedua.Majlis telah dipengerusikan oleh Setiausaha DAP Perak yang juga MP Taiping , Nga Kor Ming.

Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat hadir dalam majlis tersebut ; antaranya ialah Pengerusi DAP Pusat, Lim Kit Siang , Adun Teja, Chang Lih Kang , Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim, Ahli Parlimen Kulasegaran.

Pihak keselamatan tidak menganggu majlis tersebut berjalan lancar tetapi hanya berkawal di sekitar luar bangunan tersebut.


Orang ramai terpaksa bersesak-sesak dalam bangunan yang hanya mampu menampung bilangan orang yang terhad kerana pihak keselamatan tidak membenarkan program tersebut ditempat terbuka.Walau bagaimana pun sambutan orang ramai sangat menggalakan.Ada orang India,ada orang Melayu ; mereka kini tidak kekok untuk pergi dan menyertai program DAP.


Selain ceramah penerangan daripada pimpinan Pakatan Rakyat, orang ramai turut menyalakan lilin sebagai menuntut kebebasan demokrasi di negara ini.


Majlis pada malam tersebut turut memberikan penghormatan kepada dua wira rakyat Perak yang ditahan reman 3 hari di selangor hanya kerana ikut serta menyalakan lilin minggu lepas.YB. Lim Kit siang telah menyampaikan jambangan bunga kepada mereka.


Turut menyerikan majlis ialah deklamasi puisi Pantun bertajuk Mogok Lapar dan sajak bertajuk Berlapar Itu Baik oleh HMS Abu Bakar

Rabu, Mei 27, 2009

Motor pelajar Sekolah Teknik ranap terbakar


27 Mei, 2009, Ipoh : Berlaku awal pagi lebih kurang jam 8.00 tadi satu kebakaran yang meranapkan sama sekali 47 buah motor pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik di Lebuh Kator , Ipoh.

Kejadian tersebut mungkin perbuatan khianat kerana api marak begitu cepat hingga tidak ada sebarang motor yang ditempatkan di tempat letak motor tersebut dapat diselamatkan.Pihak Bomba sedang menyiasat punca sebenar kebakaran tersebut.

Selasa, Mei 26, 2009

Orang Kenamaan Hilang

Naib Presiden Umno, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan telah 'hilang' tanpa dapat dikesan malam tadi.

Beliau sepatutnya hadir jam 9.30 malam tadi untuk berdebat dengan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa pada program Hujah yang dikendalikan Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusof di TV9.

Sehingga berita ini ditulis, laporan tentang kehilangannya masih belum dibuat di mana-mana balai polis sekitar Malaya.Orang ramai dinasihatkan supaya dapat memberikan kerjasama untuk mengesan kedudukannya kini.

MUFTI PERAK : BONEKA: UMNO

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melahirkan rasa sedih dan kesal diatas kenyataan Dato’ Seri Dr Haji Harussani Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak di dalam temubual beliau di dalam majalah Milenia Muslim (MM) keluaran Mei 2009 THN 7 Keluaran 82.

Dalam temubual tersebut, Dato’ Seri Mufti Perak jelas cuba membangkitkan api perkauman diantara kaum di Perak bahkan di Malaysia amnya. Rata-rata kenyataannya bersifat ‘racist’ dan tidak memikirkan perasaan rakan-rakan non-muslim.

DPPN Pk mempertegaskan bahawa Perlembagaan Malaysia telah jelas menerangkan bahawa Islam adalah agama rasmi dan agama lain bebas untuk diamalkan. Begitu juga hak kaum-kaum lain untuk hidup saksama di Negara tercinta ini.

DPPN Pk kesal dengan tindak-tanduk Dato’ Seri Mufti yang kelihatan selesa menjadi boneka dan talian hayat UMNO Perak sering mengeluarkan kenyataan yang memihak UMNO / BN. Sifat kepura-puraan Dato’ Seri Mufti Perak sangat dangkal dan menyedihkan rakyat dan umat Islam Perak dan Malaysia amnya.

Dengan itu DPPN Pk mencabar Dato’ Seri Mufti Perak untuk meletakkan jawatannya dan secara ‘gentlemen ilmu’ bertanding dimana-mana kerusi pilihanraya di Perak mewakili UMNO / BN jika benar-benar mahu melihat Islam tertunggak di Perak. Hentikan kenyataan-kenyataan berlapik yang membela UMNO / BN.


Dr. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

PUASA SUNAT & MOGOK LAPAR : PEMUDA PAS SOKONG

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mempertahankan kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak, Tuan Guru Haji Ahmad Awang berhubung arahan bagi seluruh ahli PAS dan umat Islam yang cintakan keadilan di Perak bermunajat dengan cara berpuasa dan mogok lapar (khusus untuk orang bukan Islam) yang bermula hari ini dan di akhiri pada kemuncaknya dengan solat hajat.

DPPN Pk menyokong penuh saranan pemimpin PAS Perak untuk kita bermunajat dengan cara berpuasa dan bagi bukan Islam untuk mogok lapar serta diakhiri dengan solat hajat bersama di hari ketiga puasa. Kedangkalan pihak UMNO dalam memahami konsep puasa sangat menyedihkan kerana berketepatan hari ini adalah 1 Jamadil Akhir 1430 Hijrah, adalah disunatkan bagi umat Islam berpuasa selamat 3 hari berturut-turut.

DPPN Pk juga menjelaskan bahawa sebagai rakyat yang dizalimi oleh pihak yang tamakkan kuasa, senjata bagi umat Islam adalah amalan doa, puasa sunat dan berzikir. Jika amalan ini dilakukan oleh umat Islam akan memberikan kekuatan untuk mendepani kezaliman yang telah dilakukan. Manakala bagi orang bukan Islam pula, usaha untuk menyatakan suasana yang sama juga adalah dengan cara mogok lapar untuk membantah kezaliman.

Maka DPPN Pk ingin mengingatkan semua pihak agar tidak rakus dalam membuat andaian ataupun mempolitikkan perkara yang sudah lama kita laksanakan dalam PAS sepertimana yang dituntut oleh Islam seperti puasa sunat dan munajat kepada Tuhan jika berlaku permasalahan.

ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Ketua kampong saman kerajaan Zambry

Ketua-Ketua Kampong dengan sokongan
Pemimpin-Pemimpin Pakatan di Mahkamah
Tinggi Ipoh pagi tadi

Ketua-ketua Kampung yang dilantik oleh Kerajaan PR seluruh Perak telah menfailkan saman ke atas Kerajaan Negeri Perak kira-kira jam 11 pagi tadi di Mahkamah Tinggi Ipoh. Saman tersebut telah dikemukakan oleh En. Mohd Ridzuan Asit yang mewakili kesemua Ketua Kampung seluruh Perak.

Semua Ketua Kampung telahpun dilantik oleh Kerajaan PR pada 7.8.2008 sehingga 31.7.2010. Tetapi perkhidmatan mereka semua telah ditamatkan berkuatkuasa pada 16.4.2009 yang lalu.

Dalam saman yang dikemukakan oleh Ketua-ketua Kampung, mereka menuntut perintah Certiorari bagi membatalkan tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatan mereka, menuntut perintah mandamus yang mewajibkan kerajaan untuk melantik semula Ketua-Ketua Kampung, menuntut perintah deklarasi bahawa pemecatan atau penamatan perkhidmatan tersebut adalah batal dan tidak sah, menuntut perintah injunksi untuk melarang kerajaan dari melantik sesiapa yang lain sebagai Ketua Kampung, menuntut injunksi untuk melarang kerajaan dari membenarkan Dewan Orang Ramai dalam semua kampong dari digunakan oleh BN semata-mata,menuntut ganti rugi punitif, keterlaluan dan teladan untuk dibayar kepada pemohon dan menuntut suatu siasatan dan taksiran gantirugi kepada pemohon.

Dato' Seri Hj Nizar, YB Ngeh Ko Ham, YB Zainuddin dan ADUN-ADUN PR serta pimpinan PR yang lain turut hadir memberi sokongan moral dan semangat kepada Ketua-ketua Kampung

Satu, Dua, Tiga - Tangkap!


Seramai 15 orang diberkas polis pagi tadi dibawah akta polis s.27 iaitu berkumpul dan berarak secara haram.

Mereka yang ditangkap - Kula MP, Speaker Sivakumar, 6 Adun (Keshvinder, Thomas Su, Leong Mee Meng, LimPek Har, Chang Lih Kang, Chan MK.), 3 ahli PAS dan 4 anggota DAP dan PKR.


Speaker V.Sivakumar, bersama pembantunya dan Kulasegaran telah diberkas sewaktu mereka berjalan kaki menuju ke kenderaan mereka.Beberapa pemberita media telah mengikuti mereka untuk mendapatkan komentar sambil berjalan.Tetapi pihak polis mentafsirkan keadaan tersebut sebagai satu perarakan dan perhimpunan dan tiba-tiba sahaja menyuruh bersurai dengan bilangan 1,2,3 – tangkap! Dan mereka memberkas sesiapa yang ada disitu terutamanya yang memakai baju hitam!


Mereka yang ditangkap telah diambil kenyataan masing-masing dan di tawarkan makanan; tetapi mereka menolak dengan memberitahu “ Kami berpuasalah!”

Our beloved Sultan Azlan Shah speaks out well

“50 Years of Constitutionalism and the Rule of Law" All countries, including those that are totalitarian regimes, have courts. But as I observed previously:

“The [mere] existence of courts and judges in every ordered society proves nothing; it is their quality, their independence, and their powers that matter.”

In matters concerning the judiciary, it is the public perception of the judiciary that ultimately matters. A judiciary loses its value and service to the community if there is no public confidence in its decision-making. (Opening address by HRH Sultan Azlan Shah at the 14th Malaysian Law Conference , Monday, 29 October 2007)

We urge Sultan Azlan Shah to dissolve the state assembly

Koon Yew Yin, the writer of this
article – today donated RM200,000.00
for Pakatan Rakyat struggles

Malaysian Courts: Going Super Fast

Allow me to share a quote of wisdom : 'Though the wheels of justice grind slowly, yet they grind exceeding small; Though with patience he stands waiting, with exactness grinds he all'.

I have read that there was a case of medical negligence, and involving the death of a lawyer, which took 23 years to reach our Court of Appeal. Yet these slow grinding wheels seem to have become supercharged for the benefit of Zambry Abd Kadir.

When the High Court on May 11 recognised Mohd Nizar Jamaluddin as the rightful Menteri Besar of Perak, the Court of Appeal lost no time in granting Zambry a stay of execution on the High Court decision. It did so within a few hours, in fact.

Malaysian courts are now creating a record with their supersonic speed in disposing cases. Yesterday (Friday, May 22), the appellate court overturned the High Court judgment favouring Nizar, and instead ruled that Zambry is the legitimate Menteri Besar.

Justices Md Raus Sharif, Zainun Ali and Ahmad Maarop made a unanimous decision in favour of Zambry, prompting Nizar's lead counsel Sulaiman Abdullah to comment that Malaysia has extraordinary judges who can pass extraordinary judgment.

Beyond the Political Checkmate

Obviously we will never see the end of Perak's battles in the courts. No sooner the court decides on one case, another legal suit pops up. Justice NH Chan has already written several articles on the Perak constitutional crisis. He had earlier boldly pointed out five errant judges; perhaps he will soon finger three plus one more.

In the meantime and on another front, Speaker V. Sivakumar has just filed a suit against R. Ganesan who took over his chair – literally – albeit with a little help from his 'friends' (the security men from outside the dewan) during the state assembly sitting in Ipoh on May 7.

So what we have is the curious cases of Menteri Besar One vs Menteri Besar Two, and Speaker One vs Speaker Two fighting it out in the courts with numerous suits and counter suits.

I wrote ‘Checkmate Barisan Nasional in Perak’ on March 21 premised on the term ‘checkmate’ in chess when an opponent has no further move to protect his king. There seems to be no viable state government now in Perak with both the BN and Pakatan Rakyat continuously checking each other's move.

I had then suggested that a quick return to the ballot box was the only morally and legally defensible option, and also the way out of this political quagmire. But Perak has remained stuck in an impasse precisely because the vote has not been returned to the rakyat.

It is expected that if Ganesan is pronounced rightful Speaker by the court, he would be calling an emergency session to oust Nizar and counting on the three defectors to deliver Barisan Nasional its majority. Is it fair for the overwhelmingly Umno-dominated coalition to govern the state by depending solely on its so-called three 'independents friendly to BN', especially when two of those assemblymen are under investigation for corruption?

On May 8, I wrote another article ‘Treason of the Malaysian hawks’ – the phrase 'treason of the hawks' borrowed from American policy analyst Fred Ikle – and which I found useful in that 'treason' bears some equivalence to the Malay term 'derhaka’.

It is treasonous if the opposing halves, by fighting too much and too long, eventually bring about untold damage to the state. In my second article on the Perak deadlock, I again urged that only the ballot box can determine the people's choice and who it is that possesses the people's trust to rule Perak.

The Sultan, the Raja Muda and Past Words of Wisdom


As a Perakian, I am very disturbed and saddened by the current uncertainty in my beloved but politically volatile state. These protracted legal tussles are undermining the rule of law and might I add, the monarchy too. It is particularly disheartening to observe the rule of law eroded in a state governed by no less than a former Lord President of the Supreme Court, the eminent Sultan Azlan Shah.

Like all Malaysians, during the past two years prior to the elections, I was very impressed by the inspiring speeches given by the Perak monarch and his son, crown prince Raja Nazrin Shah.

In his address at the 14th Malaysian Law Conference in October 2007, his Royal Highness said, “All countries, including those that are totalitarian regimes, have courts. But as I observed previously, 'The [mere] existence of courts and judges in every ordered society proves nothing; it is their quality, their independence, and their powers that matter'.”

Sultan Azlan had also noted that “In matters concerning the judiciary, it is the public perception of the judiciary that ultimately matters. A judiciary loses its value and service to the community if there is no public confidence in its decision-making”.

The Raja Muda who holds a doctorate in Political Economy and Government from Harvard University ranks no lesser in degree of wisdom to the exalted father. It is a measure of the man – to be filling the shoes of such a giant in law – that Raja Nazrin's advice is equally learned.

In his keynote address in conjunction with National Integrity Day last year, Raja Nazrin said, “Generally, the Rulers act based on the advice by government leaders elected by the people. Nevertheless, the Rulers cannot accede to acts which do not symbolise justice or sanction moves which do not mirror truth.

“The Rulers’ views, observation and counsel in the administrative affairs of the country touching on the question of integrity which encompasses justice, law, judiciary, misappropriation, power abuse, corruption and wealth distribution, are with the desire to strengthening the Government so that it is stable and receives people’s trust.”

Raja Nazrin has spoken many times on the importance of upholding the Federal Constitution in keeping the nation united and cohesive. He once quoted the words of renowned jurist Baroness Helena Kennedy, a QC: “The rule of law is one of the tools we use in our stumbling progress towards civilising the human condition: a structure of law, with proper methods and independent judges, before whom even a government must be answerable”.

Only last year at the 17th Tun Ismail Ovation, Raja Nazrin drew much admiration when he told the audience, “Walking the talk is therefore more than just a nice maxim. It is integral to what good leadership is about and what being a leader means.”

As a loyal subject of Perak state , I and my fellow Perakians have been blessed with the sterling leadership shown by our royal house. Last month during the Perak awards ceremony in conjunction with his birthday celebration, Sultan Azlan reinforced our long-held conviction when he said, “The rulers have a far wider responsibility in ensuring that the spirit of the Constitution, the philosophy behind the written law, and the interest of the country and the people are safeguarded at all times.”

Raja Nazrin Shah on the same occasion said he would make all efforts to ensure the institution of royalty, which was core to the system of governance and nationhood in the country, continues to be protected.

Perak Royalty’s Duty

To safeguard the interest of the country and the institution of royalty, the voice and will of the rakyat must be respected. It has to be called on to be heard - in one way or another - because though the wheels of justice grind slowly, they grind exactingly.

To the letter of the law a government must be answerable, and the one standing above politics must be accountable. In my humble opinion, Perak will regain its shine and the people's trust when the Sultan accedes to the dissolution of the state assembly. Once again, we urge Sultan Azlan Shah to dissolve the state assembly.

Nizar : Mereka halang manusia berbuat baik

Ipoh, 26 Mei, 2009 : Kenapa mereka menghalang orang yang mahu berbuat baik? Begitulah persoalan yang di kemukan oleh Menteri Besar Rakyat , DS Nizar ketika di sidang media yang diadakan di pejabat DAP disini pagi tadi.

Beliau mengemukakan persoalan tersebut kepada media apabila Nizar sebelumnya tadi telah dihalang untuk bermesra dengan rakyat .

"Bersalaman dengan mereka, termasuklah para petugas keselamatan , bomba dan sebagainya tidak mengira pangkat dan kedudukan adalah digalakan oleh agama saya, Islam, tapi mereka halang saya," kata Nizar.

"Hendak bermunajat, bersolat hajat pun dihalang, tak di bagi dek dema!" terangnya lagi.

"Di Penanti, yang saya pergi baru-baru ini, tidak ada pun khemah-khemah polis sepertimana pada PRK Kuala Terengganu atau di PRK Bukit Gantang yang melibatkan berjuta-juta wang rakyat ; tetapi Penanti nampak lebih aman tanpa adanya ribuan polis," kata Nizar.


"Pasukan polis yang kononnya dikerah untuk menjaga keselamatan awam , tetapi oleh kerana Umno/BN tidak bertanding di Penanti , maka mereka tidak mengerahkan tenaga polis kesana seperti mana kebiasaannya; ini menunjukan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini hanya mahu menjaga keselamatan dan kepentingan Umno/BN sahaja," rungut Nizar.

Ramai orang yang berpendapat bahawa tidak ada polis adalah lagi baik, kerana tidak ada kekacauan pun berlaku. Tetapi kalau ada ramai polis, maka keadaan adalah sebaliknya.Tambah pula kalau ada Umno/BN ; memang tidak aman jadinya!

Perak Tak Karuan : Puasa pun tak boleh?

Saya sedang berkira-kira hendak ke pasar untuk membeli keperluan guna berbuka petang nanti bila tiba-tiba telefon saya berdering.

“ Asalamu ‘alaikum, siapa?”
“Albanjari….anta kat SUK ke?”
“Tidak, ana kat rumah ; apahal?”
Dengarnya beratus-ratus FRU berada di sana…
5 orang dah kena tangkap; anta ada kat rumah ke?”

“Ana nak pergi ni!”
“Hujan ke kat sana?”
“Tidak, tapi nampak mendong”
“Sini hujan lebat…”


Demikianlah lebih kurang perbualan saya dengan Wak Albanjari .Saya berterima kasih kepadanya kerana menalifon saya memberitahu hal berkenaan. Saya sempat merakamkan peristiwa yang berlaku pada hari ini.Apa peristiwanya? Apa lagi kalau bukan pihak polis yang buat kekacauan di tempat aman.



Setibanya saya ke Medan Istana bandaraya Ipoh, kelihatan benar seperti mana Albanjari katakan tadi - penuh dengan polis sahaja. Mereka memenuhi kedai makan yang bersebelahan dengan ‘Pokok Demokrasi’

Apahalnya dengan terak MBI ini?

Saya sendiri terpinga-pinga apa halnya ramai sangat polis berkawal di situ? Rupa-rupanya hanyalah kerana Pakatan Rakyat mengadakan majlis perasmian ‘Mogok Lapar’ yang bermula hari ini hingga hari Khamis ini.

Berundingkan sesuatu bukan tidak boleh...

Majlis tersebut bukanlah besar mana pun – hanya lebih kurang 50 ke 80 orang sahaja.Tetapi oleh kerana riaksi pihak pasukan keselamatan yang bertindak berlebih-lebihan terhadap majlis tersebut , menjadikan majlis tersebut nampak glamor dengan kehadiran pihak media yang meliputi insiden tersebut.

Nampaknya Perak Darul Ridzuan semakin melalut jadinya. Sembahyang hajat di masjid dan surau-surau pun mereka sekat dan halang; kini berpuasa pun cuba dihalang. Jangan pula untuk berbuka puasa nanti pun dihalang. Apa depa tak kira - Perak Darul Ridzuan sudah jadi Perak Tak Karuan!

Isnin, Mei 25, 2009

Rayuan Derma Untuk Dana Pilihan Raya


PAS Cawangan Sungai Rokam dalam usahanya untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang telah melancarkan jualan sticker untuk digantung pada cermin kereta.

Diharap orang ramai akan dapat membantu PAS Cawangan Sungai Rokam dalam usahanya itu.Belilah sambil menderma.Stiker tersebut berukuran 11cm X 11cm berharga RM6.00 sekeping ( stiker gambar seperti diatas).
Pesanan : boleh dibuat melalui email : alhusseyn@yahoo.com.my atau SMS/Telefon : 0195735751.
Bayaran : melalui Maybank akaun no : 158172827087 atas nama : Mohamed Ali bin Hussain
Tolonglah kami, bantulah kami ....

Konvensyen PAS Perak ke-14


24 Mei, Ipoh : PAS Perak melalui PAS Kawasan Teluk Intan sebagai tuan rumah telah berjaya mengadakan konvensyennya bagi kali yang ke 14 , bertempat di Dewan Perbandaran Teluk Intan .

Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang telah membentangkan Ucaptama disebelah pagi dengan tema “Kecemerlangan Dakwah Teras Kemenangan”.

Para Peserta Konvensyen meliputi dari seluruh 24 PAS Kawasan di seluruh Perak serta 3 dewan mewakili kelompok Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS telah memfokuskan kepada persoalan dakwah sesuai dengan tema kali ini.

Lebih 1000 orang perwakilan dan pemerhati hadir pada acara tahunan PAS Perak tersebut .Turut hadir pada majlis tersebut wakil-wakil parti politik rakan Pakatan Rakyat, NGO serta orang perseorangan.

Majlis Perasmian oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang pada sebelah petang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...