Followers

Ahad, Jun 28, 2009

Umno ajaran sesat dan menyesatkan - buktikan kenyataan ini salah!

Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak wajar dan wajib terima pelawaan terbuka TGNA untuk berdebat .Beliau boleh juga mewakilkannya kepada Mufti Perak, Harussani kalau Najib tidak mendapat restu isterinya Rosmah.

Mufti wajib menerima pelawaan tersebut untuk berbincang isu tersebut atas semangat Islam sebagaimana anjuaran Allah melalui ayatnya yang bermaksud :

“Jika kamu berselisih faham dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada kitab Allah (alQuran) dan (sunnah) RasulNya , jik a kamu benar beriman kepad hari akhirat.yang demikian itu adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya.” – Surah An-Nisa’ 59.

Jikalah benar Najib ,Harussani atau siapa sahaja yang dalam Umno tu, sewaktu dengannya - mengaku beriman dan percaya kepada hari akhirat, - bukan ajaran sesat dan menyesatkan sebagaimana ajaran Kominis atau ajaran Ayah Pin, pastinya bagi pihak Umno/Bn , akan terima pelawaan TGNA tersebut tanpa apa-apa alasan.Buktikanlah wahai Umno/Bn , itu bukan ajaran yang sesat! selesaikanlah pertelingkahan tersebut dengan dalil-dalil alQuran dan Sunnah rasul.

Permohonan Nizar Panel penuh 11 hakim -- Mahkamah Persekutuan tolak tanpa sebab

Mahkamah Persekutuan memutuskan hanya panel lima hakim akan mendengar rayuan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membatalkan pengisytiharaan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar negeri itu.

Peguam Nizar, Leong Cheok Keng berkata, pihaknya kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan permohonan anggota panel penuh 11 hakim.

"Surat yang difaks ke firma saya semalam (kelmarin), jawapan kepada permintaan kami ialah (panel) Mahkamah Persekutusan hanya akan terdiri daripada lima orang hakim.

"Tiada alasan atau penjelasan diberikan atas penolakan (permohonan) itu," kata beliau dalam kenyataan yang diemelkan petang semalam.

Minggu lalu, Nizar menekankan bahawa panel 11 hakim itu amat perlu memandangkan rakyat meletakkan harapan tinggi terhadap mahkamah untuk menyampaikan keputusan adil dan saksama bagi menyelesaikan krisis politik Perak.

Sehubungan itu, Leong memberitahu:

“Barisan anggota penuh adalah penting untuk mengembalikan keyakinan terhadap sistem kehakiman bahawa tiada amalan "memilih hakim" selain memastikan kebebasan menyeluruh, penolakan permohonan adalah sesuatu yang amat mengecewakan rakyat Malaysia.”

Leong berkata, beliau akan menasihatkan Nizar agar mempertimbangkan dengan serius untuk tidak meneruskan permohonan tanpa manfaat panel hakim rayuan yang lebih besar.

"Pada masa yang sama, saya akan menulis kepada mahkamah agar mempertimbangkan permohonan menambah panel dan juga sebab-sebab permohonan mereka telah ditolak," katanya.

Ceramah di Batu Kurau Perak

Moh datang beramai-ramai untuk mendapakan berita dan penjelasan terkini daripada pimpinan.Maklumat terkini amat perlu supaya kita sentiasa dapat berinteraksi dengan masyarakat dalam proses menyampaikan maklumat yang benar dan terkini.Datang, jangan tak datang!

Pendapat anda tentang Haru Sani -sila nyatakan!

Keputusa udian pandangan pengunjung blog ini berkaitan - KERAJAAN PIMPINAN NAJIB ADALAH seperti berikut :

KERAJAAN SATU MALAYSIA - 5 (2%)

KERAJAAN SUAMI ISTERI - 194 (93%)

KERAJAAN DEMOKRATIK - 2 (0%)

KERAJAAN ADIL SAKSAMA - 6 (2%)

Jelas melalui survey tersebut, kerajaan satu malaysdia najib ditolak oleh mereka. Teruskan undian anda keatas isu terbaru mengenai Mufti Perak Haru Sani berikutnya pada slot undian minggu ini,Terima kasih

Sabtu, Jun 27, 2009

Agrofest Perak ranap dilanda ribut - Pertanda buruk bagi Zambry

Perayaan "Agrofest Perak 2009" anjuran Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak yang diresmikan oleh MB Kudeta Zambry menerima bala petang kelmarin apabila ribut kencang melanda kawasan tersebut.

Seluruh khemah pameran Jabatan Kerajaan telah ranap dan hancur akibat ribut yang melanda. Mala petaka tersebut melibatkan 7 ke 8 buah khemah yang di khususkan bagi pameran Jabatan Kerajaan sahaja sedangkan khemah-khemah lain yang menempatkan para peniaga tidak mengalami apa-apa kerosakan.
Orang ramai melihatnya sebagai sesuatu yang pelik kerana khemah-khemah yang lain tidak terjejas langsung. Mereka menganggap bala tersebut membawa sesuatu pertanda yang tidak baik terhadap kerajaan kudeta Zambry.Apakah kerajaan Kudeta umno/Bn itu akan turut dilanda kemusnahan tidak berapa lama lagi?
Rakyat negeri Perak terus menerus mendesak agar ADUN Perak dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan bagi merungkai kekalutan politik yang masih melanda Perak.

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan yang diadakan pada setiap tahun ini diadakan bertujuan untuk memartabatkan sektor asas tani di negeri ini di dalam menghasilkan produk-produk yang berpotensi untuk dikomersilkan.

Ladang Infoternak,Sg Siput.

Jumaat, Jun 26, 2009

UMNO Guna Tentera Untuk Raih Undi Di Manek Urai - Mahfuz

UMNO akan turun bertanding pada pilihanraya kecil Manek Urai bulan depan dengan taktik baru: membawa masuk Angkatan Tentera Darat untuk meraih undi daripada penduduk, Naib Presiden PAS Mahfuz Omar mendedahkan.

“Projek Jiwa Murni,” akan meyaksikan anggota tentera diberi misi melaksanakan beberapa projek kebajikan di kubu kuat PAS di DUN Manek Urai untuk menyakinkan pengundi memberi sokongan kepada UMNO, kata Mahfuz.

Beliau memberikan bukti dalam bentuk salinan dokumen Kementerian Pertahanan yang memberi arahan khusus tentang perlaksanan projek itu.

“Bersama saya surat dari staf perisikan di Kementah kepada Panglima Angkatan Tentera, yang mengarahkan satu projek awam mesti dibuat di bawah Angkatan Tentera Darat di kawasan-kawasan peti undi kelabu dan hitam dimana BN mampu memperkukuh tahap sokongan berdasarkan kepada keputusan PRU12,” kata Mahfuz. .

Beliau berkata walaupun angkatan tentera melaksanakan projek-projek itu seolah-olah untuk membantu rakyat, dokumen berkenaan jelas menunjukkan tentera turut “diseret ke dalam kempen politik bagi menjayakan kemenangan bagi Barisan Nasional”.

“Ini ayat cukup jelas hasil dari Bahagian Risik dan dipersetujui oleh Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan yang telahpun mengeluarkan arahan melaksanakan projek Jiwa Murni,” tambah Mahfuz

Mahfuz berkata Projek Jiwa Murni dilancarkan bagi memberi kemenangan kepada UMNO pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai nanti.

Menurut Mahfuz, antara kawasan yang disasarkan di bawah projek itu adalah Lata Rek, Laloh, Sungai Perial, Sungai Sok, Temalir, Chuchoh Puteri, Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru.

“Ini semua berkaitan dengan kajian kekuatan dan kelemahan BN yang dibantu oleh Bahagian Perisikan Tentera. Mengheret angkatan tentera untuk menjayakan kemenangan BN adalah diluar dari bidang tugas tentera,” kata Mahfuz

Sebelum itu di Dewan Rakyat, barisan menteri dan wakil-wakil rakyat Umno-BN diam ketika diajukan pertanyaan dari Mahfuz mengenai dokumen Kementerian Pertahaanan itu. .

Mahfuz menggesa supaya Umno tidak bersikap bacul dengan menyalahgunakan sumber-sumber ketenteraan dalam pilihanraya.

“Saya bukan menghalang mereka buat projek membantu masyarakat. Disini jelas menyatakan arahan supaya projek itu tidak dibuat dekat dengan penamaan calon nanti akan dilihat mengatakan pihak tentera terlibat secara langsung," kata Mahfuz.

Ini jelas satu taktik untuk mengabui mata rakyat dan Pakatan Rakyat. Hakikat ialah ini adalah projek pilihanraya. Kami tidak membantah sekiranya mereka buat selepas pilihanraya,” kata Mahfuz

Sumber: TVAntara.com

Memperingati Michael Jackson!

Saya teringat bagaimana anak sulung saya sewaktu berumur 4 ke 5 tahun ketika itu begitu meminati penyanyi terkenal ini.Entah macam mana pandai pula dia ikut menari ala moon walk penyanyi tersebut.Saya tergamam apabila suatu petang tu, terlihat dia menari sambil menyanyikan lagu hit Michael Jackson.Entah apa yang disebut dengan pelatnya ketika itu. Jiran-jiran sebelah rumah punya lah gelak melihatkan telatah anak saya tu.Sebelum tu tak pernah buat macam tu.....lebih kurang macam gelagat video dibawah ini....







Michael Jackson meninggal dunia

CNN) -- Michael Jackson, the show-stopping singer whose best-selling albums -- including "Off the Wall," "Thriller" and "Bad" -- and electrifying stage presence made him one of the most popular artists of all time, died Wednesday, according to multiple sources, including the Los Angeles Times and The Associated Press.

Michael Jackson, shown in 2008, was one of the biggest pop stars in history. CNN has not confirmed this information. He was 50.

He collapsed at his residence in the Holmby Hills section of Los Angeles, California, about noon Pacific time, suffering cardiac arrest, according to brother Randy Jackson. He died at UCLA Medical Center.

Jackson's blazing rise to stardom -- and later fall from grace -- is among the most startling of show business tales. The son of a steelworker, he rose to fame as the lead singer of the Jackson 5, a band he formed with his brothers in the late 1960s. By the late '70s, as a solo artist, he was topping the charts with cuts from "Off the Wall," including "Rock With You" and "Don't Stop 'Til You Get Enough."

Read more here :[CLICK 1] and here [CLICK2]

Saya pertahankan Mufti Harussani!

Ekoran laporan sebuah akhbar kelmarin menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan ……..; seorang kawan lama yang kini menetap berhampiran Putrajaya telah menghantar SMS kepada saya mengutuk dan memaki hamun mufti negeri Perak saya.Tidak tergamak saya nak tulis pun!

Saya teringat sedikit masa dulu, Mufti Harussani dalam satu kuliahnya di Masjid Kampung Melayu, Sungai Rapat Ipoh, beliau merungut sebab ada orang yang memanggilnya anjing.Kesian kat dia.Nasib baik orang tidak panggil dia ba....ba!

SMS yang saya terima malam tadi itu cukup menghina seorang manusia biasa apatah lagi terhadap seorang yang bertaraf ‘Mufti’ dan bergelar ‘Tan Seri’

Saya balas kepada kawan tersebut : Kamu tidak patut tuduh begitu kepada Mufti aku, Tan Seri Harussani.Orang yang kamu caci maki itu bukan dia; mungkin hamba Allah yang seorang lagi , yang namanya hampir sama dengannya : Haramsani!!

Khamis, Jun 25, 2009

The heart of Nik Aziz

By Tohkong Mosjid

UMNO (United Malays National Organization) - Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu .UMNO is a Malay party by choice based on their name, and a Muslim-dominated party by circumstances because ALL of our Malay brothers and sisters in our country are Muslim.

To Tuan Guru Nik Aziz, PAS is never a Malay party. PAS is never about race. PAS is about the struggle for Islam. 'RACE' word was never supposed to exist in PAS dictionary. PAS is colour-blind to skin colour. PAS is a party for all Muslims and non-Muslims are free to practice their own religion without hassle. PAS is about equality, helping the poor and needy, clean and humble. This is Nik Aziz's version of PAS. This is the PAS he has been fighting his life for to be accepted by all Malaysians.

How many members of PAS shared Nik Aziz's version of PAS? Few I would say. Do you know why Nik Aziz preferred to have a Chinese-Muslim to replace him as Menteri Besar of Kelantan? He is trying to send a strong message to all that PAS is an Islamic party and not a Malay party.

PAS is different from UMNO, in fact they supposed to be very different from UMNO. Unfortunately, in PAS, many of its members seem to think PAS is just another Malay party like UMNO. This is why Nik Aziz is so angry about the idea of unity government raised by its own President.

Nik Aziz is a seasoned politician. He sensed trouble when the idea of unity government idea was being welcomed by UMNO. How can your enemies of 52 years suddenly wants to be your friend in the name of Malay and Islam unity?

To Nik Aziz, what is Malay unity? PAS is never about Malay because PAS is Pan Malaysian Islamic Party. What is Islam unity? UMNO is never about Islam because UMNO is United Malays National Organization. There's nothing to be united on, because to Nik Aziz's believe, Malay and Islam is a different subject all together. There's no common ground to talk about.

Nik Aziz was agitated by the way UMNO was manipulating the unity issues in their effort to turn the tide on PAS good public's perception. That's why he had to stop the bleeding when his own deputy president was seen singing the same tune as UMNO. Nik Aziz saw through the plot. His harsh statement on Nasharuddin was not an easy one to make. It takes a lot courage and wisdom to play such a move to save PAS from falling back to its old status. With its President, Deputy President and Secretary General are being painted as UMNO agent, Nik Aziz has no choice but to step in decisively and fast.

Nik Aziz knows in politics, your enemy wins by being able to turn the public's perception away from you. UMNO has gained the upper hand because PAS's top leadership now suffers from bad public's perception because of this unity government talk. Regardless of whether their leaders were sincere and noble in their move or not, you lost the war when you lose the public's trust. Now PAS is merely surviving on Nik Aziz's clean image. If nothing is done in the next 3 years, we can be sure that PAS will return to its 2003 status.

Once labelled as an ultra-conservative figure, Nik Aziz together with PAS has finally turn the tide on public's perception against them after 50 years in politics. To him, PAS's future is everything he cares for. All his works, words and decisions, although sometimes painful and hurtful, is always in the best interest of PAS.

PAS has taken 52 years to come to this stage, Nik Aziz just can't let it be ruin in months because his party leaders were no smart enough to smell the trap. Nik Aziz remembered very well how Bukit Gantang's election was won, it was through the support of a diversified voters. Now he has to find a way to repair the image of its top 3 leaders before the next general election.

Let just hope time is on his side because right now, no one in PAS can repair the damage to its public image that was self-inflicted besides Nik Aziz.

Sumber: Malaysia Today

Alhuusseyn : It is a fallacy to asume that Tuan Guru's close aides feeding him with false informations and claiming that they put words into Tok Guru's own mouth!

SUARA UMNO: MUFTI PERAK JANGAN DI PERALAT

Kenyataan Media (25 Jun 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kecewa dengan ulasan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkaitan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan PAS-UMNO yang juga mendakwa PAS sebagai parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik.

DPPN Pk mengecam kenyataan Tan Sri Harussani yang cuba bersikap berpihak kepada UMNO di dalam isu Kerajaan Perpaduan ini. Mufti yang sepatutnya di lihat tidak berpihak dan sebagai
penasihat Agama kepada Seri Paduka Sultan Perak agar tidak mencemar kedudukannya dan berpihak sebagai suara kepada manamana parti politik.

DPPN Pk akan mengadakan pertemuan bersama dengan Tan Sri Harussani bagi menjelaskan dan menerangkan perkara sebenar penolakan terhadap kerjasama dengan UMNO yang telah dilihat diPerak sendiri cara mereka merampas Kerajaan Pakatan Rakyat Perak pada Februari yang lalu.

DPPN Pk juga meminta supaya isu-isu Agama Islam yang menjadi tanggungjawab Mufti mesti diselesaikan dahulu daripada memberikan kenyataan-kenyataan politik. DPPN Pk berharap agar kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Mufti supaya tidak berpihak kepada UMNO semata-mata tetapi lebih bertanggungjawab jika ianya bertentangan dengan UMNO.


Dr. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

Poster Hadi 'akan naik' di Manek Urai

Oleh : Abdul Rahim Sabri

Poster presiden PAS "akan dinaikkan" dalam kempen pilihanraya DUN Manek Urai apabila penamaan calon bermula 6 Julai ini, kata pengarah pilihanraya PAS Kelantan.

"Setakat ini belum dinaikkan. Kita akan naik selepas penamaan calon termasuk poster calon," kata Abdul Fatah Harun kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas berhubung isu poster Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang masih tidak dinaikkan sempena kempen pilihanraya kerusi tersebut sehingga membuka ruang spekulasi.

Setakat ini, pihaknya hanya menaikkan poster Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga menteri besar - dalam strategi "melokalisasi" kempen tersebut.
Sumber : malaysiakini

Majlis High Tea Anak-Anak Perak

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Rabu, Jun 24, 2009

Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat

Pakatan Rakyat akan menganjurkan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat pada 30 Jun nanti, demikian lapor harakahdaily.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, program tersebut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

Beliau yang mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat menyeru orang ramai hadir ke program tersebut yang akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya bermula pukul 9.00 malam.

"Program ini diadakan bagi menerangkan kepada orang ramai terhadap fitnah dan konspirasi yang dimainkan oleh Umno-BN yang bertujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakah.

Satu ceramah perdana akan diadakan pada malam tersebut dimana kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.

Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tokoh DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti.
Sumber : Kelab Greenboc

Ceramah Bubar DUN Perak di Ipoh

Pakatan Rakyat Parlimen Gopeng akan meneruskan ceramah road shownya bertemu rakyat , menjelaskan isu sebenar yang melanda perak bagi tujuan mendesak Umno/BN yang merampas negeri Perak dengan cara yang sangat keji dan tidak beretika supaya segera membubarkan DUN Perak.

Demuikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Gopeng, Saudara Omar Sarafudin. Menurutnya lagi, program tersebut telah pun mendapat persetujuan pihak polis Daerah Ipoh.

Kali ini, ceramah tersebut akan diadakan di Dewan Dato’ Ahmad Said, Sungai Rokam, Ipoh, pada Ahad 28 Jun 2009 bermula jam 9.00 malam.Orang ramai dijemput supaya hadhir untuk mendapatkan penjelasan dan maklumat yang tepat berhubung perkembangan sebenar politik negeri Perak.

Dua penceramah sensasi akan turut mengambil bahagian , seperti Tuan Speaker, YB V.Sivakumar dan YB Nga Kor Ming. Lain-lain penceramah, tidak kurang juga kehebatannya ialah, Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye(gambar atas), PJ baru Perak, Ust Abu Bakar Hussein, Setiausa PKR Perak, Saudara Anuar Zakaria, Timb YDP Pas Gopeng, Saudara Radzi Zainon.

Orang ramai digalakan memakai baju hitam atau memakai lilitan hitam ’Bubar Dun’ dikepala.

Selasa, Jun 23, 2009

Kerajaan Perpaduan : Akhirnya ditalkinkan juga!

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat petang tadi mengumumkan menarik balik kenyataannya yang mahu Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.Baca szeterusnya di sini

Kita amat bersyukur diatas perkembangan tersebut terutamanya diatas ketegasan TGNA yang pada mulanya nampak keseorangan dalam menentang arus yang cuba membawa PAS kearah UG.Tetapi,apabila 10 Ahli parlimen PAS serta Dewan Muslimat PAS Pusat menyatakan sokongan mereka secara terbuka , isu tersebut dilihat amat serius dan memerlukan penyelesaian yang segera.

Alhamdulillah, kini semua pihak telah akur untuk melupuskan gagasan UG tersebut setelah melihat dan merasai sendiri segala kekalutan yang ditimbulkan akibat lontaran idea UG itu.

Idea itu turut mendapat bantahan sebahagian ahli PAS termasuk beberapa bloggers PAS yang mana kini semuanya berasa gembira dan senang hati diatas perkembangan kearah memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Tentunya PRU Manek Urai yang akan datang ini akan memberikan kemenangan yang besar kepada Pakatan Rakyat, khususnya calon PAS yang bertanding disitu.

Kita amat yakin, bukan sahaja akan mencapai kemenangan besar di Manek Urai, bahkan kita akan mencapai kemenangan yang mutlak dalam PRU ke-13 nanti, insya'Allah.

Sesungguhnya perkembangangan ini sangat mengecutkan teloq-teloq Umno! Kenyataan Najib 1Malaysia gagal jika Melayu tidak bersatu mengesahkan betapa hibanya Najib apabila UG sudah ditalkinkan oleh Pakatan Rakyat

Isnin, Jun 22, 2009

Pakatan Rakyat tolak kerajaan perpaduan – Majlis Presiden Pakatan Rakyat

Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim;Penasihat DAP,
Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS,Setiausaha Agung
PAS, Dato’ Mustafa Ali dan pimpinan yang
hadir memperkasakan semula Pakatan Rakyat


Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali dan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato’ Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

“Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang,” katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi ‘unity talk’ dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa ‘Umno kini kehilangan tabung oksigen’ apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya

http://www.harakahdaily.net

Kerajaan Perpaduan - Lontar Idea Sembunyi Penjelasan

Seorang yang menamakan dirinya Muhd Fadzil menghantar komen ke atas artikel saya "Ramai yang memuji usaha murni Nasha"Katanya :

khas buat MU.....4) Peranan blogger-blogger yang mendakwa mereka sebagai pendokong jemaah Islam, pendokong PR tetapi ketika mana PAS sedang di timpa musibah ini mereka bukan cuba untuk meredakan keadaan akan tetapi terus mahu meniupkan apa permusuhan dan kebencian di dalam jamaah, mungkin mereka menyangka hujjah-hujjah mereka ini tidak boleh di balas, mereka merasakan bahawa pekung mereka tidak boleh di dedahkan, atau mungkin mereka tidak sedar bahawa merekalah sebenarnya yang sedang membuka pekung sendiri :al-banjari....

Saya nak jawab mudah saja : Anda siapa ? TGNA seorang Ulama' dan beliau mengatakan :

“Tidak ada sebab ahli tidak boleh mempersoalkan isu itu,” TGNA berkata gitu sebagai mengulas kenyataan Mustapa Ali yang mengarahkan orang supaya tutup mulut.

Saya lebih berpegang kepada saranan TGNA tersebut. Terpulang kepada sikap masing-masing.Kalau ada yang nak ikut kata Mustapa itu, ikutlah.

Presiden dan Timbalan Presiden adalah punca yang mensensasikan idea UG ini. Kenapa idea tersebut tidak dibincangkan dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat atau Majlis Syura Ulama sebelum dilontarkan kepada umum?

Biasa kita dengar peribahasa mengatakan : Lontar batu sembunyi tangan.Begitu juga dengan TGHH, beliau lontar idea sembunyi penjelasan.

Dan pada peringkat awal mereka yang terbabit berbincang dalam kelambu UMNO secara gelap; paling tidak beradab dan memusnahkan batas adab berjemaah dan sepatutnya diambil tindakan disiplin atau setidak-tidaknya dikenakan arahan tunjukan surat bersebab.

Mereka yang masih mahu meneruskan idea UG inilah yang boleh memecah belahkankan PAS malah Pakatan Rakyat.

Isu kerajaan perpaduan yang mengancam perpaduan PAS dan Pakatan Rakyat ini tiba-tiba disifatkan sebagai "diskusi-diskusi akademik" oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kalau Tuan Guru Presiden sendiri menganggapnya sebagai diskusi-diskusi akademik, kenapa pula ada suara-suara himar yang suruh kita tutup mulut? Adakah sebab gagasan UG itu ditentang?

Sabtu, Jun 20, 2009

Zambry - Tahniah diatas kemenangan


Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dr Zambry, Menteri Besar Kudeta Perak kerana dipilih oleh pengunjung laman blog ini sebagai pemenang Anugerah Yayasan Mahatma Ghandhi.

Zambry memperolehi undi terbanyak iaitu 186 (79%) berbanding pencabar terdekatnya , Mufti Perak, Tan Seri Harusani yang mendapat undi 30 (12%), Samy Vellu mendapat 14 undi (5%), sementara Najib Tun Razak cuma mendapat undi tercorot iaitu 5 (2%) sahaja.

Boleh makan, tak boleh cakap!

Jangan bercakap semasa makan - Biasalah emak bapa kita menasihatkan kita supaya jangan bercakap-cakap sewaktu ada makanan dalam mulut sebab dikhuatiri bertabur dan bersepah –sepah makanan itu nanti.Lagipun tidak ada siapa yang akan memahami bahasa yang berbolok bunyinya itu…

Tetapi apa halnya Ketua Polis Kuala Kangsar melarang DAP daripada bercakap – Police reminded the Perak DAP that their 43rd annual celebration is a dinner gathering and not a ceramah

AP Beruas, Ngeh Koo Ham berkata kelmarin, polis mengeluarkan permit untuk parti mengadakan majlis makan malam tahunan pada 27 Jun di Dewan Tokong Chiau Hooi Beo ,Kuala Kangsar, tetapi membenarkan hanya seorang sahaja boleh berucap pada majlis tersebut, iaitu bendahari parti, Leong Mee Meng .

Ngeh berkata , "Kami dibenarkan makan , tetapi tidak dibenarkan bercakap!”

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Abdul Gaffar Muhamad, berkata permit tersebut dikeluarkan dibawah seksyen 27(2) akta polis.

Jom jumpa Firaun di Manek Urai

Dalam proses melaksanakan dahwahnya terhadap Firaun, Nabi Musa ‘alaihisalam terpaksa bertarung dengan ahli-ahli sihir Firaun dan disaksikan oleh orang ramai. Ia bukan dibuat secara bergelap-gelap atau sorok-sorok.

Semua orang nampak bagaimana ahli-ahli sihir Firaun mencampakan tali-temali dan tongkat yang menjalar menjadi ular. Apabila Musa melontarkankan tongkatnya dan tongkat tersebut menjadi seekor ular yang terbesar lalu menelan kesemua ular-ular ahli sihir Firaun .Semua orang tahu cerita ini.

Tetapi dalam isu Kerajaan Perpaduan lontaran idea TGHH ini, lontaran tersebut seolah-olah menjadikan Nasha menjadi Ular hitam yang besar tetapi penakut ; sehingga kini tidak dapat dikesan kemana perginya.Tidak semua orang tahu cerita ini. Nak tahu bacalah . di sini./ Rupa-rupanya Ust Nasha heboh berada di Bachok

Dakwah melalui pertarungan ini akan kita tersuskan dimana-mana dan disetiap masa.Dan yang menjadi tumpuan kita terkini ialah di PRK Manik Urai Kelantan . Jom kita jumpa Firaun di Manek Urai.

Kerajaan Perpaduan : Ahmad Awang gesa adakan perhimpunan khas



Maksud firman Allah SWT:“Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah RasulNya dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (An'Nisa’:59)

Ust Ahmad Awang mengaktifkan semula blognya "setelah kira-kira 10 bulan blog saya tidak dikemaskinikan kerana sebab-sebab tersendiri, katanya. Beliau menulis menjelaskan tentang gagasan Kerajaan Perpaduan yang dilontarkan oleh TGHH.Saya hanya mengambil sebahagiannya sahaja untuk paparan disini :

Saya percaya ramai boleh memahami mengapa idea Kerajaan Perpaduan ini boleh menjadi isu yang sedemikian panas. Ia berpunca dari sidang media Dato’ Seri Presiden selepas menyampaikan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam pada 5 Jun lepas. Dalam sidang media itu Presiden menyebut semula idea KP itu. Saya pun tidak pasti samada ianya timbul kerana soalan provokasi media kerana dalam ucapan dasar beliau lebih satu jam langsung tidak menyebut Kerajaan Perpaduan. Apa yang ditegaskan beliau ialah PAS akan terus memperkukuh Pakatan Rakyat dan bersedia menyumbang khidmat kepimpinan berlandaskan Islam Memimpin Perubahan yang menjadi tema Muktamar kali ini.

Saya sendiri terperanjat apabila mandapati semua media arus perdana hari ke dua Muktamar menyiarkan berita berkenaan Kerajaan Perpaduan. Hampir seluruh ucapan dasar Presiden tenggelam dengan isu KP ini. Pada awal pagi hari ke dua Muktamar itu, saya bertanya kepada Presiden mengenai perkara ini. Kebetulan ketika itu beliau sedang berjalan seiring dengan Timbalan Presiden yang sedang menuju kenderaan masing-masing untuk pergi ke tempat Muktamar. Saya mencadangkan beliau menjelaskan perkara ini kepada media supaya tidak menimbulkan kekeliruan. Akan tetapi saya mendapati berita yang keluar esok harinya seolah-olah menegaskan lagi keterbukaan pimpinan beliau untuk meneruskan idea Kerajaan Perpaduan.

Barangkali yang terus menimbulkan pertanyaan-pertanyaan apabila dalam Ucapan Penggulungan Muktamar mengulangi penekanan kepimpinan atas keterbukaan PAS untuk bertemu dan berbincang dengan siapa-siapa sahaja. Ucapan penggulungan Timbalan Mursyidul Am, Dr. Haron Din dan ucapan-ucapan penggulungan Presiden dan Timbalan Presiden dilihat seperti tidak begitu selari dengan pandangan majoriti besar perwakilan dan wakil Kelab Penyokong PAS yang dengan keras menolak sebarang pertemuan dan perbincangan dengan UMNO.

Mengapa Tok Guru Nik Aziz Sensitif
Apabila ucapan-ucapan kepimpinan PAS itu di spin oleh media, maka akhirnya yang timbul bukan idea konsep Kerajaan Perpaduan yang mencakupi semua parti-parti diwakili di parlimen pada masa ini. Ianya diputar-belitkan seolah-olah Kerajaan Perpaduan PAS/UMNO atau Kerajaan Perpaduan PAS/UMNO/BN.

Di sinilah timbulnya berbagai-bagai pandangan negatif atau tuduhan-tuduhan berat terhadap pimpinan tertinggi PAS pada masa ini. Saya percaya Mursyidul Am Tok Guru Nik Aziz (TGNA) tersentuh perasaan beliau apabila teringat apa yang berlaku dalam pertemuan sulit antara Pimpinan Tertinggi PAS dengan Pak Lah yang didedahkan sendiri oleh Presiden UMNO itu beberapa bulan sebelum Muktamar ke-54 di Perak tahun lalu. Pertemuan itu kemudian diistilahkan sebagai muqabalah bukan muzakarah.

Saya boleh mengerti TGNA begitu sensitif kerana jika dahulu boleh berlaku muqabalah secara sulit, apakah nanti tidak akan ada muqabalah seperti itu di antara pimpinan parti yang diberi mandat oleh perwakilan dalam Muktamar kali ini. Apatah lagi apabila TGNA melihat “orang” tertentu yang terlibat dengan rundingan sulit dengan Pak Lah, dilantik memegang jawatan penting dalam pentadbiran PAS sekarang.

Saya sendiri pun tertanya-tanya samada Dato’ Seri Presiden berasa dalam keadaan serba salah bersabit perlantikan jawatan berkenaan terutama saya memahami watak TGHHA sebagai seorang yang sangat menghormati orang lain sehingga boleh menyebabkan beliau berada dalam dilema untuk membuat satu keputusan yang tegas.

Mungkin saya salah seorang anggota pimpinan PAS (mantan) yang cukup memahami sensitifnya TGNA bila mengenangkan pertemuan sulit pimpinan PAS dengan Pak Lah pada 10 Mac 2008 di sebuah rumah di Kuala Lumpur yang bertujuan membincangkan penubuhan Kerajaan PAS/UMNO/BN. Namun ianya gagal atas sebab-sebab tertentu. Bayangkanlah apabila kerajaan PAS di Kelantan diserang begitu hebat terutama dalam kempen PRU ke-12 itu oleh pimpinan BN yang diketuai oleh Pak Lah sendiri, timbalannya Najib dan menantunya Khairy, tiba-tiba 2 hari selepas itu PAS diajak bersama untuk membentuk kerajaan walaupun bukan di Kelantan. Takkanlah pimpinan PAS tidak terfikir macam mana UMNO boleh serta merta hendak berbaik dengan PAS setelah mereka berusaha hendak menghancur lumatkan PAS sebagai musuh utama politik mereka.

Tidak perlulah berfikir panjang, semua orang boleh tahu Pak Lah berbuat demikian kerana menyaksikan UMNO/BN menerima pukulan hebat dengan kehilangan majoriti 2/3 dan kehilangan kira-kira 50% kerusi parlimennya di Semenanjung. Itulah tabiat UMNO apabila hampir kehilangan kuasa, dibuatlah alasan PAS mesti bersama dengan UMNO demi kepentingan bangsa dan agama.

Pengalaman Saya Di Perak
Di Perak, UMNO mengajak PAS membentuk kerajaan bersama UMNO/BN. Alasannya ialah alasan yang sama dijadikan hujah apatah lagi UMNO/BN yang memenangi 28 kerusi hanya seorang sahaja ADUN bukan Melayu. Ini bermakna jika PAS menyertai UMNO/BN, kononnya terbentuklah kerajaan yang didukung oleh 97% Melayu Islam. Dengan ini berlakulah satu sejarah dalam masa 50 tahun merdeka tertubuh Kerajaan Melayu Islam di negeri Perak. Kononnya kukuhlah kedaulatan Melayu Islam di Perak.

Namun kepada saya dan rakan pimpinan PAS Perak, alasan tersebut dapat kami ketepikan dengan hanya satu hujahan iaitu UMNO/BN selama ini tidak pernah mengangkat Islam bahkan sebaliknya menghakis Islam di Negara ini. Kami ambil kenyataan Mufti Perak sendiri, Dato’ Seri Haji Harussani yang menyatakan bahawa orang Melayu ratusan ribu menjadi murtad dan kerajaan UMNO/BN tidak berbuat apa-apa untuk menanganinya.

UMNO Perak yang didukung oleh pimpinan UMNO Pusat berusaha bersungguh-sungguh dengan segala tipu dayanya memujuk kami untuk membentuk kerajaan bersama UMNO/BN dengan menawarkan jawatan Menteri Besar dan 5 EXCO kepada 5 orang lagi ADUN PAS. Jawatan speaker juga ditawarkan kepada pimpinan PAS. Sehingga hari upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak (Dato’ Seri Haji Nizar Jamaluddin) agen UMNO masih lagi datang menemui saya di perkarangan Istana Iskandariah. Sehari sebelumnya Dato’ Zahid Hamidi mengejar saya untuk pertemuan 4 mata dengannya tetapi beliau gagal berbuat demikian apabila saya meminta pihak polis mengawal rumah saya (rujuk posting berkenaan tahun lepas).

Bayangkanlah bagaimana perasaan saya atau sesiapa juga seperti yang saya alami tiba-tiba mendapat tahu kemudian Pimpinan Tertinggi PAS berunding dengan UMNO untuk membentuk kerajaan PAS bersama UMNO/BN. Walaupun saya hanya mengetahuinya selepas kira-kira 2 bulan kemudian, saya tetap terasa amat pelik dan tersentuh dengan tindakan pimpinan itu. Apahal pun saya menerimanya kerana ia sudah menjadi perkara akademik dan sejarah sahaja.

Namun begitu ia tidak boleh padam dari ingatan dan tetap tersimpan dalam hati kecil saya. Saya percaya perasaan seperti inilah yang tersimpan mendalam dalam hati TGNA dan boleh timbul pada bila-bila masa apabila wujud situasi seperti isu Kerajaan Perpaduan. Apatah lagi UMNO itulah yang telah melakukan rampasan kuasa ke atas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang diketuai oleh Dato’ Seri Najib dengan mendapat restu dari Pak Lah sendiri.

Kini kelihatan perbezaan pendapat di antara TGNA dengan pimpinan tertinggi PAS. Akibat perkara-perkara yang berlaku selepas isu Kerajaan Perpaduan ini menjadi topik politik nasional. Kenyataan-kenyataan pimpinan bahawa PAS tidak akan berpakat membentuk kerajaan dengan UMNO/BN seperti tidak diendahkan oleh sebahagian penyokong dan pendukung parti.

Keadaan seperti ini boleh meletakkan parti di peringkat amaran bahaya maka perlulah pimpinan tertinggi dari peringkat syura dan kepimpinan organisasi peringkat pusat dan negeri mengadakan perhimpunan khas bagi membincangkan cara-cara yang terbaik untuk menangani isu ini berlandaskan kaedah dan cara terbaik mengikut lunas-lunas Islam. ( Pandangan ini bersamaan dengan saranan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib

Untuk baca sepenuhnya artikel ini, sila [klik]

Jumaat, Jun 19, 2009

Nizar mohon Gantung Zambry

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan bagi permohonan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, yang mengisytiharkan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Menurut Nizar, permohonan itu bakal didengar pada 9 dan 10 Julai ini dan beliau sangat berharap satu sejarah tercipta dengan 11 hakim diangkat mendengar permohonan beliau. Baca seterusnya di sini

Kerajaan Perpaduan jelmaan Satu Malaysia Najib

Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, Pemuda PAS bimbang kenyataan sepuluh ahli parlimennya semalam yang menolak kerajaan perpaduan.

Menurutnya, tindakan mereka itu tidak akan meredakan pergeseran terbuka dalam parti itu yang dilihat semakin retak.

Yang peliknya, kenapa beliau tidak berasa bimbang terhadap tindak tanduk Nasha dan Presiden yang terang-terangan membelakangi keputusan Muktamar PAS yang sebulat suara telah menolak sebarang kerjasama dengan Umno/BN termasuk konsep ‘Unity Government’.

Dimana salahnya 10 Ahli Parlimen yang menyatakan pendirian mereka seperti berikut:

Kami Ahli Parlimen PAS ingin menyatakan kami berpegang teguh dengan keputusan Muktamar PAS yang sebulat suara mahu PAS memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno/BN, termasuklah konsep ‘Unity Government (UG)’.

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, kami ingin menegaskan bahawa persoalan UG tidak pernah merupakan agenda PAS seperti yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato Abdul Halim Abdul Rahman semasa berucap di Dewan Rakyat semalam (17 Jun 2009) sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008.

Kami juga menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani persoalan ini.

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah pula berkata , kefahaman Abdul Hadi berhubung kerajaan perpaduan tidak sama dengan tanggapan ahli-ahli akar umbi yang boleh menimbul salah faham. [KLIK]

Saya ingin nak tanya Yusni, adakah fahaman Hj Hadi sama sepertimana fahaman Hishamudin Tun Hussein yang berkata :

Apa sahaja isu mengenai kerajaan perpaduan, BN akan memastikan visi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi kenyataan. [KLIK]

Rupa-rupanya , Kerajaan Perpaduan adalah Satu Malaysia – visi Najib.

Jangan Lupa - One Black Malaysia


Besok hari Sabtu - Jangan lupa pakai baju hitam.Saya ada design sepert diatas tu.Pandai-pandailah korang buat baju ke apa-apa...

Umno-PAS : Jerebu masih melanda PAS

Keadaan jerebu yang melanda negara semakin pulih.Namun jerebu yang melanda dalaman hal ehwal PAS masih belum reda.Walaupun harapan kearah pemulihan sedang ada – terima kasih kita kepada TGNA diatas usahanya untuk mengadakan ‘Perjumpaan Ukhwah’ , namun pergolakan yang berlaku dalam PAS kali ini telah dapat menyingkap beberapa persoalan yang selama ini cuba disapu kebawah karpet.

Musuh Dalam Selimut

Isu ini pada mulanya telah ditimbulkan oleh Ust Harun Din menyebabkan semua kita tertanya-tanya hingga Husam Musa sendiri terpaksa bertanyakan tentang hal tersebut [KLIK SINI] tetapi Harun Din dengan bijaksananya telah menafikannya seperti mana kata-katanya di sini

Mengarut

TGNA menyifatkan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno sebagai "mengarut".

"Kita sudah buat keputusan menyokong Pakatan Rakyat dalam muktamar PAS yang lalu. Kalau nak berunding dengan Umno, tak usah."Kerajaan perpaduan ni tak usahlah, mengarut," katanya di sini

Namun kata-kata TGNA tersebut umpama menjirus air kedaun keladi.Manusia berkenaan umpama badak yang pekak tak mahu ikut nasihat!

Boneka UMNO

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar Pas di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. (Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno,” terang dan jelas kata-kata TGNA menentang cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk satu kerajaan perpaduan dan menyifatkan mereka ini sebagai "boneka Umno".

Musang Berbulu Ayam

Ketika menyampaikan ucapan penangguhan dalam Muktamar ke-55 PAS, Ustaz Ahmad mendedahkan seorang pemimpin PAS menelefon beliau dan menghasut beliau supaya bersetuju dengan pembentukan kerajaan bersama-sama Umno di Perak.Ahmad Awang tidak menyebutkan nama individu tersebut. Baca lagi di sini . Ramai yang tertanya-tanya: Siapakah yang dimaksudkan oleh Ahmad Awang itu?

Lepaskan Jawatan Timbalan Presiden, Ahli Parlimen Bacuk dan Masuk Umno

TGNA yang terkenal dengan kelembutan dan kesabarannya, telah mengheluarkan kenyataan yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas pakatan pembangkang.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Sokongan Ahli Parlimen PAS

Ramai yang beranggapan tindakan TGNA itu sebagai melampau dan nyanyuk.Tetapi apabila adanya beberapa Ahli Parlimen PAS menyatakan sokongan secara terbuka terhadap tindakan TGNA itu , memperjelaskan kepada kita bahawa tindakan TGNA itu adalah waras dan beliau bukanlah bersendirian dalam menghadapi isu tersebut.

Sokongan mereka bukanlah membabi buta tetapi dengan alasan yang terang dan jelas sebagaimana yang di katakan oleh dijelaskan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato Abdul Halim Abdul Rahman semasa berucap di Dewan Rakyat semalam (17 Jun 2009) sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008. [KLIK SINI]

Mesyuarat Ukhuwah

Kalau TGNA tidak waras , atau hilang pertimbangan kerana apa saja sebagaimana yang didakwa oleh segolongan yang pro UG, masakan beliau sanggup mengadakan mesyuarat khas yang akan hanya dihadiri pemimpin tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa.

Harapan kita agar yang carik-carik itu bertaut semula.Buang yang keroh ambil yang jernih.Patuhilah keputusan Muktamar ke-54 di Ipoh setahun yang lalu dan buktikan kesungguhannya supaya PAS dilihat konsisten dengan pendirian untuk terus kekal bekerjasama dengan parti-parti politik Pakatan Rakyat sebagaimana usul kerjasama dengan Pakatan diterima tanpa bahas semasa Muktamar ke-55 yang baru lalu =


Muktamar Khas

Sekiranya ada pihak yang masih mahu meneruskan usaha kearah UG itu, satu muktamar khas perlulah diadakan sepertimana yang disarankan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib di sini

HJ Hadi akan menerima nasib seperti Dato Mohd Asri jika …

Gagasan Kerajaan Perpaduan yang telah ditarik balik beberapa hari sebelum pencalonan jawatan Presiden dan lain-lain jawatan bermula untuk Pemilihan Muktamar kali ke 55 berlansung, telah dihidupkan semula pada hari muktamar, sekalipun tidak disebutkan di dalam ucapan dasarnya, tetapi diwarwarkan kepada pihak media sewaktu ditanya oleh para pemberita.

Haji Hadi mengesani bahawa jika gagasan tersebut dimasukkan ke dalam Ucapan Dasarnya sepastinyalah beliau akan menerima nasib seperti bekas Presiden PAS, Dato Mohd Asri dimana ucapan dasar Mohd Asri telah ditolak oleh perwakilan PAS sehingga Mohd Asri diturunkan dari jawatannya dan digantikan oleh Hj. Yusof Rawa

Saya sangat menyetujui pernyataan diatas.Bacalah sepenuhnya di sini.

Sebelum ini saya juga pernah menyuarakan pendapat bahawa sepatutnya isu Kerajaan Perpaduan ini dibincangkan sewaktu muktamar yang baru lalu melalui ucapan dasar presiden; tetapi hal ini tidak berlaku. Kemungkinan adalah seperti mana pernyataan diatas - mahu selamat dalam pemilihan parti semata-mata. [Klik sini]

Lantaran itu parti jadi berkecamuk sejurus sahaja selepas bermuktamar apabila Timbalan Presiden dengan sombong bodohnya menyatakan bahawa kemenangannya itu adalah satu manifestasi perwakilan yang mahukan supaya muqabalah dengan Umno diteruskan.

Lagak Timbalan Presiden serta team UG yang tidak menghiraukan pandangan Mursyidul ‘Am supaya menghentikan kerja-kerja bodoh ini dicop dengan kalimat ‘BONEKA UMNO’ lantaran sikap kedegilan mereka itu.

Apabila Timbalan Presiden terus berdegil dan sebaliknya memberikan reaksi yang terburu-buru terhadap kenyataan Najib yang memuji keikhlasan PAS, kemarahan TGNA tidak dapat dibendung lagi hingga melontarkan kata-kata :

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan,"

Namun ada juga yang cuba menafsirkan bahawa kata-kata tersebut adalah unpama seorang ayah memarahi anaknya.Bukan bersungguh-sungguh.

Buatlah apa saja penafsiran.Pada saya , apa yang dibuat oleh Timbalan Presiden itu adalah sungguh-sungguh dan apa yang TGNA kata pun kata sungguh-sungguh.Kalau tidak masakan TGNA luahkan kepada media? Ini bukan cara seorang ayah marahkan anaknya dikhalayak ramai dan terbuka; tetapi adalah kata putus daripada seorang pemimpin yang tegas dengan perjuangan PAS melontarkan kata-kata kepada Timbalan Presiden PAS yang dianggapnya sebagai ‘BONEKA UMNO’.

Kata-kata ‘letak jawatan dan masuk Umno’ bukan sahaja ditujukan kepada Timbalan Presiden tersebut, malah kepada siapa sahaja yang masih berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

Khamis, Jun 18, 2009

Mesyuarat Ukhuwah - Nik Aziz

Di Kota Bharu, Nik Aziz merancang mengadakan mesyuarat khas yang hanya dihadiri pemimpin tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa.

"Saya sendiri akan menjemput Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden (Nasharudin) dan beberapa pemimpin PAS lain yang akan saya tentukan kemudian."

Pertemuan ini saya namakan mesyuarat ukhuwah (persaudaraan) yang akan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan ini.

"Buat masa ini masa, tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa tetapi akan diadakan secepat yang boleh," Nik Aziz dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan hari ini.
Sumber: Kelab Greenboc

DEWAN MUSLIMAT DAN MP MUSLIMAT PAS TOLAK UG

Dewan Muslimat PAS Pusat dan Ahli Parlimen Muslimat PAS telah sebulat suara menolak sebarang kerjasama politik dengan Umno dan Barisan Nasional.

Sebaliknya sayap parti PAS itu membuat ketetapan mahu PAS bersama Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP di dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Penegasan tersebut kata, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahamud dibuat sebagaimana keputusan muktamar PAS ke-55 pada 5 hingga 7 Jun yang lalu yang sebulat suara mahu PAS bersama Pakatan Rakat.

Beliau yang bercakap dalam satu sidang media di Lobi Parlimen berkata, mereka faham dengan kecelaruan yang berlaku di kalangan ahli-ahli akar Umno serta pimpinan peringkat bawah serta di kalangan penyokong dan pengundi PAS.

"Kami menyeru supaya ahli-ahli PAS, Kelab Penyokong PAS dan penyokong PAS bertenang dan tidak cemas dengan usaha-usaha pihak tertentu untuk memecah belah Pakatan Rakyat dan perpaduan dalam PAS," katanya.

Beliau turut ditemani, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, Ahli Perlimen Rantau Panjang yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusuf dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi.

Malah Dr Mariah berkata, Muslimat menyeru kepada semua pimpinan PAS supaya tidak membuat kenyataan-kenyataan atau cadangan baru di luar keputusan muktamar atau perkara-perkara yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat atau Majlis Syura Ulama.

Dalam keadaan sekarang katanya, ahli-ahli PAS diminta terus bermunajat kepada Allah S.W.T. supaya memberi petunjuk dan hidayah kepad pemimpin-pemimpin PAS.

"Berilah sedikit masa kepada pimpinan untuk berbincang dan mencapai keputusan terbaik dan kata sepakat yang berhikmah untuk PAS menangani fitnah dan mehnah yang dihadapai sekarang," katanya.

Ujarnya, PAS sebagai parti yang sudah berusia 55 tahun dan sering berhadapan pelbagai cabaran politik memounyai pengalaman yang luas untuk menangani cabaran.

Beliau berkata, seharusnya pemimpin dan ahli melatakkan wala' dan thiqah (kesetian dan kepercayaan) kepada pejuangan jamaah.

Semua keputusan yang menyentuh dasar dan polisi yang diambil oleh pimpinan wajib berpaksikan kepada keputusan muktamar (yang merupakan kuasa membuat keputusan tertinggi dalam PAS).

sumber : Kelab Greenboc

Kami Tidak Sokong Kerajaan Perpaduan - Ahli Palimen PAS

SEPULUH ahli parlimen PAS tiba-tiba membuat kejutan petang ini - mengisytiharkan beramai-ramai penolakan kerajaan perpaduan dan sekali gus memberi mandat kepada mursyidul am untuk menangani isu tersebut yang sedang menggelegak dalam parti itu.

Kami Ahli Parlimen PAS ingin menyatakan kami berpegang teguh dengan keputusan Muktamar PAS yang sebulat suara mahu PAS memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno/BN, termasuklah konsep ‘Unity Government (UG)’.

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, kami ingin menegaskan bahawa persoalan UG tidak pernah merupakan agenda PAS seperti yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato Abdul Halim Abdul Rahman semasa berucap di Dewan Rakyat semalam (17 Jun 2009) sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008.

Kami juga menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani persoalan ini.

Kenyataan tersebut, bersama tandatangan sepuluh anggota Dewan Rakyat berkenaan, diedarkan dalam satu sidang media di lobi Parlimen.Ahli-ahli parlimen PAS itu seperti berikut:

  • Dr Hatta Ramli (Kuala Krai),
  • Khalid Samad (Shah Alam),
  • Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor),
  • Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat),
  • Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang),
  • Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja),
  • Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa),
  • Dr Mohd Hayati Othman (Pendang),
  • Taib Azamuddin Md Taib (Baling)
  • Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

    AlHusseyn - sekadar menyatakan pendirian bukan bermakna timbul perpecahan dalam PAS. Selama ini PAS terlalu cuba berahsia tetapi apabila TGNA letupkan bom barulah semuanya tersentak.Mereka yang pro Kerajaan Unity ini perlu berubah sikap.Apakah TGNA tidak suka kepada perpaduan apabila menentang Kerajaan Perpaduan ini?

    sumber : (Sumber http://greenboc.blogspot.com)

  • Ramai yang memuji usaha murni Nasha

    Nasha, kalu nak jadi menteri jalan pintas tak payahla duk dale PAS. Ko join umno terus lagi bagus!!! Khairy Jamaluddin pun dah offer; apa lagi Nasha!

    Ramai yang suka supaya Nasha meneruskan usaha-usaha kearah Kerajaan Perpaduan.Jangan seperti TGNA yang kini dikecam hebat oleh Satu Malaysia! [ KLIK ]

    Nasha, ko kena ingat; Allahyarham Ust Fadhil Noor pernah tinggalkan pesan supaya berhati-hati jika musuh dengan tiba-tiba menyokong kita.

    Lihatlah Satu Malaysia sudah sokong Nasha :

    ‘‘Saya sebenarnya tidak mahu mengulas isu-isu politik tetapi dalam soal cadangan kerajaan perpaduan UMNO-Pas ini, saya setuju sangat jika ia dapat dijayakan. – Harusani

    UMNO bersikap terbuka kerana yang penting sekali ialah usaha untuk merealisasi kerajaan perpaduan mestilah membawa kebaikan kepada rakyat dan negara secara am.- Najib

    "Idea yang dicadangkan Nasharudin itu patut dikaji semula kerana beliau adalah seorang pemimpin yang bijak dan saya yakin tujuannya adalah untuk kebaikan semua dan beliau ikhlas dalam perjuangannya. – Khairy Jamaludin

    Saya juga yakin keinginan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa untuk mewujudkan kerjasama dengan UMNO ke arah kerajaan perpaduan adalah sejajar tuntutan Islam dan secara tidak langsung sama dengan misi perjuangan politik Menteri Besar Kelantan itu.- Ibrahim Ali Al-Kataki

    "Semua pihak yang tidak bersetuju dengan agenda menjayakan kerajaan perpaduan seperti yang dicetuskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini diminta mendiamkan diri."- Hishammuddin Tun Hussien

    Pagi ini saya dengar kat TV, ramai yang puji-puji Nasya - semuanya puak-puak Umno.Kalau Nasha tu molek sangat untuk demo, ambiklah!! TGNA dah bagi lampu hijau!

    RENUNGAN KITA SEMUA

    PERTAMA :-
    Umum mengetahui bahawa wirid Nasaruddin tentang Kerajaan Perpaduan ini ditentang oleh ahli dengan diketuai oleh Mursyid al-'Am sendiri. Secara tidak langsung, kelihatan seperti Mursyid al-'Am mempunyai masalah dengan Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong yang baru.

    KEDUA :-
    Presiden atau Timbalan Presiden atau Setiausaha Agong yang baru itu sewajibnya menemui Mursyid al-'Am dengan kadar yang segera supaya salah faham atau salah tafsir itu dapat diperbetulkan sebelum munculnya bibit bibit perpecahan.

    Sedih. Ini tidak berlaku.

    KETIGA :-
    Apabila Mursyid al-'Am telah bersuara, sepatutnya pimpinan yang muda umurnya memohon mengadakan perjumpaan bagi menjernihkan suasana. Bukan soal siapa salah siapa betul. Soalnya yang muda lebih manis jika mengalah.

    Sedih. Ini tidak berlaku.

    KEEMPAT :-
    Dewan Ulama PAS Pusat sepatutnya awal awal lagi menjadi pendamai dalam hal ini. Malangnya, sunyi sepi tidak berbunyi. Walaupun ahli bawahan sudah kelihatan seperti dilanggar garuda sifatnya akibat daripada penangan wirid Nasaruddin ini, namun Dewan Ulama PAS Pusat tetap nyenyak tidur.

    Sedih. Ini yang berlaku.

    KELIMA :-

    Pandangan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ust Nasaruddin Hassan Tantawi. Mungkin tergerak hatinya untuk menjadi pendamai apabila keadaan semakin panas. Kita hargai keprihatinan ulama muda ini dam sepatutnya ulama tua malu dengan beliau.

    Mungkin kerana berada di dalan keadaan dilemma, diluah mati Nasaruddin, ditelan mati Mustapha, maka Ust Nasaruddin Hassan Tantawi pun meminta kita semua menghormati pandangan Presiden.

    Ini yang agak kurang tepat. Sepatutnya, Ust Nasaruddin Hassan Tantawi menganjurkan muzakarah tidak kira secara terbuka ataupun tertutup di antara individu individu yang terbabit dengan Mursyid al-'Am.

    Sedih. Ini tidak berlaku.

    KEENAM :-

    Ke mana hilangnya Naib Naib Presiden PAS? Yang bersuara hanya Ust Tuan Ibrahim Tuan Man sahaja. Ke mana Hj Mahfuz Omar? Ke mana Hj Salahuddin Ayub? Tidak terfikirkah anda untuk menjadi pendamai? Atau anda lebih selesa mengambil pendekatan tunggu dan lihat?

    Jemaah dan porak peranda dah nie. Apa lagi yang hangpa tunggu? Apa lagi yang hangpa nak lihat? Janganlah tidur !! Tugasan pertama pun dah gagal.

    Sedih. Ini yang berlaku.

    KETUJUH :-

    Tahniah kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustzh Nuridah Salleh. Hanya beliau yang mencadangkan supaya semua yang terlibat bertemu dengan Mursyid al-'Am dengan segera supaya kekeruhan yang semakin menghitam ini dapat dijernihkan.

    Namun, siapakah Ustzh Nuridah Salleh untuk menjadi pendamai kerana beliau seorang muslimat dan muslimat ada batasannya. Apa apa pun, tahniah dan tabik hormat layak diberikan kepada Ustzh Nuridah Salleh kerana beliau faham erti berjemaah.

    KELAPAN :-

    Kecenderungan pimpinan PAS meluahkan perasaan dan ketidakpuasan hati kepada mana mana media sahaja haruslah dijauhi. Kita amat memahami kekangan yang dihadapi oleh wartawan Harakah untuk menyiarkan artikel atau rencana berkaitan bantahan kepada wirid Nasaruddin ini. Namun, ini tidaklah bererti pimpinan PAS boleh beralih kepada media musuh yang sememangnya menunggu untuk menyanyikan lagu yang rata ratanya bersifat haramjadah itu.

    Sedih. Ini berlaku.

    KESEMBILAN :-

    Yakinilah bahawa ahli ahli bawahan akan berhenti bercakaran jika pimpinan yang dilantik dan dipilih menerusi muktamar lalu bangun dari tidur.

    Sedih. Jika pimpinan terus tidur dan berdengkur.
    Posted by Pemburu Syahid

    Muktamar khas PAS redakan isu k'jaan perpaduan

    Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mencadangkan satu muktamar khas diadakan bagi membincangkan cadangan kerajaan perpaduan kerana ia satu isu yang besar.

    "Ini perkara besar dan baru, tidak boleh buat begitu sahaja... kena bawa ke peringkat akar umbi melalui muktamar khas.

    "Bila muktamar khas sudah bersetuju, baru kita boleh laksanakan," katanya seperti dilaporkan Bernama.

    Beliau juga berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka memberikan penerangan secara terperinci kepada pemimpin-pemimpin parti itu berhubung cadangan berkenaan.

    "Kita tunggu presiden pulang dari luar negara. Insya Allah, selepas diberikan penerangan, kita bersedia turun padang menjelaskan mengenai perkara itu," kata Harun, yang baru dilantik pesuruhjaya PAS Terengganu.

    Hari ini, dengan gaya penentangannya, mursyidul am PAS menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meletakkan jawatan tersebut dan juga melepaskan kerusi parlimen Bachok.

    Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan rasa kesalnya terhadap kenyataan Nasharuddin semalam yang menyambut kesediaan perdana menteri untuk berbincang berhubung isu tersebut.

    Bercakap selepas mesyuarat exco kerajaan Kelantan, menteri besar itu mengulangi penegasannya bahawa isu kerajaan perpaduan dibawa "boneka Umno" dalam partinya dan satu agenda BN untuk memecah-belahkan PAS dan juga Pakatan Rakyat.
    Sumber : Malaysiakini

    Rabu, Jun 17, 2009

    Nasha dan Mustafa kemaruk nak jadi menteri?

    “Perbincangan mengenai kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno akan melibatkan juga dua lagi rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat. PAS tidak akan tinggal Pakatan Rakyat, tidak akan khianati rakan-rakan kita," demikian ditegaskan oleh setiausaha agung PAS, Mustafa Ali di sini

    Sekiranya Pakatan Rakyat bersetuju dengan cadangan itu, saya ulang lagi, jika dipersetujui, Siapakah yang akan mewakili perbincangan mengenai kerajaan perpaduan itu? Nasha? Mustafa? Kata-kata Mustafa ini adalah ibarat menanam tebu di mulut sahaja. TGNA tidak percaya cakap-cakap seperti itu . Kita tinjau lontaran pandangan TGNA berkaitan isu ini :

    "Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas pakatan pembangkang," kata Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz di sini

    Sebelum itu Nik Aziz dalam satu kenyataannya menggesa Timbalan Presiden , Nasharudin Mat Isa supaya meletakan jawatannya dan masuk Umno.

    "Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

    TGNA menyindir puak-puak boneka Umno yang pro Unity Government ini dengan berkata , “ Jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada pakatan pembangkang untuk jawatan menteri.

    "Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

    Apakah Umno/Bn akan setuju memberikan ruang tersebut kepada Pakatan Rakyat? Sedangkan sesama mereka sendiri pun Umno mahu pulon sendiri untuk dirinya sendiri.

    Agak-agaknya Nasha dan Mustapa Ali akan dilantik jadi Menteri apa pula ? Nakasone yang masih melukut dikaki lima umno tentu seronok menyambut kedatangan mereka nanti.

    Boneka Umno di gesa keluar PAS

    Apa sudah jadi? Senyap sepi beberapa hari ini, tiba-tiba naik angin TGNA hari ini!Apakah Mursyidul Am kita, TGNA telah diberikan maklumat yang salah oleh penasihat-penasihat disekelilingnya yang sesat? Harap-harap anakTuan Guru, Nik Abduh akan segera menjelaskan kepada kita semua atau Nik Abduh boleh pi ikut sama Nasha keluar dari PAS!

    Mstar melaporkan : Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abduk Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan menyertai Umno jika ingin kerajaan perpaduan, Lihat di sini

    Kenyataan tokoh PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan oleh menteri besar Kelantan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."

    KEMPEN BUBAR DUN PERAK

    Tarikh:
    17hb Jun 2009 Rabu
    Masa:
    9.00 Malam
    Tempat :
    Dewan Orang Ramai RPT Tawas Tambahan,
    Kg. Tawas, Ipoh.
    Penceramah:
    1. YB HJ Ahmad Zainuddin
    2. YB Kulasegaran
    3. YB Chang Li Kang
    4. HJ Yusof bin Ismail
    5. SDR Amran bin Harun
    6. AF USTAZ Norazli Musa
    SEMUA DIJEMPUT HADIR
    Anjuran:
    PAS Kawasan IPOH BARAT

    Siasat misteri pembuangan 14 KP

    Beberapa kad pengenalan yang dijumpai bersama
    sekeping kad kursus jentera pilihanraya Umno
    dan lima keping kad perwakilan parti tersebut

    Pemuda PAS mendesak siasatan segera dijalankan berhubung penemuan 14 keping kad pengenalan lama di tempat pembuangan sampah di Tampoi seperti telah diadukan kepada polis 8 Jun lalu.

    "Saya merasakan isu ini adalah isu besar. Bukan persoalan parti politik, PAS atau Umno atau sebagainya tetapi kita ingin membayangkan sekiranyanya kad pengenalan ini dikeluar dengan sewenang-wenangnya daripada Jabatan Pendaftaran, maka kebimbangan kita akan berlakulah isu keselamatan yang sangat besar kepada negara kita,” kata Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

    "(Ini) kerana kad pengenalan yang menjadi dokumen penting kemungkinan boleh dijual kepada sesiapapun termasuk kepada pendatang asing yang mungkin memberi kesan negatif kepada negara kita."

    Beliau menambah, laporan polis itu dibuat exco Pemuda PAS Johor, Za'aba Ibrahim di balai polis Skudai dua hari selepas kad pengenalan itu ditemui.

    Pemuda PAS mempertikaikan bagaimana kad pengenalan tersebut boleh berada di tempat pembuangan sampah sedangkan tiada kesan dokumen tersebut telah dilupuskan.

    "Saya difahamkan kad pengenalan tersebut perlu dipotong atau ditunjukkan bukti bahawa ia dilupuskan," kata Khairul Faizi, yang dilantik penolong setiausaha Dewan Pemuda PAS hari ini, dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

    "Tetapi keadaan kad pengenalan ini sangat cantik keadaannya, tidak ada ciri-ciri ia dilupuskan."

    Selain mengedarkan salinan laporan polis Za'aba, beliau turut melampirkan salinan fotokopi gambar-gambar tempat kad pengenalan itu ditemui.

    Menurut polis tersebut, selain kad-kad pengenalan, turut ditemui sekeping lesen memandu yang tamat tempoh, sekeping kad pegawai mesyuarat pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan, sekeping kad kursus jentera pilihanraya Umno dan lima keping kad perwakilan parti tersebut.

    Khairul Faizi berkata, sekiranya tiada tindakan susulan, Pemuda PAS akan mengambil tindakan selanjutnya termasuk membawa perkara ini ke sidang Parlimen.
    Sumber: Malaysiakini

    Selasa, Jun 16, 2009

    Komen Nizar Tentang Isu Penggantungan



    Nizar apabila dihubungi The Star berkata, tiada sebab bagi Speaker untuk menggantung beliau dan enam wakil rakyat Pakatan yang lain.

    Katanya, beberapa Ahli Parlimen pernah mengenakan lilitan putih bagi membantah penggunaan ISA pada tahun 2001 terhadap pemimpin pembangkang. "Saya mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan telah mendapatkan kebenaran Speaker untuk mengatakan sesuatu di Parlimen.

    "Beliau meminta saya menanggalkan lilitan dan saya telah melakukan. Kemudian saya duduk di tempat saya dan tidak sampai 10 saat, beliau mengarahkan saya keluar Dewan," katanya.

    Nizar menambah, beliau kemungkinan mempertimbangkan untuk menyoal penggantungannya apabila kembali ke Dewan Rabu ini.

    Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya menyokong kempen memakai lilitan "BUBAR DUN".PAS melancarkan kempen itu pada Muktamar Tahunan PAS Ke-55 minggu lalu.

    "Apa yang dilakukan oleh Nizar hari ini menunjukkan manifestasi beliau tentang perkara yang berlaku di Perak. Beliau cuba nak sampaikan perkara itu," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

    Pandikar Amin , Speaker yang hilang rasionalnya.


    Tindakan Speaker Dewan Rakyat yang mengarahkan DS Nizar supaya keluar Dewan dan menggantung mereka selama dua hari adalah satu tindakan yang melampau dan keterlaluan.

    Apakah dikira satu kesalahan kerana melontarkan kata-kata "Hidup Rakyat.Bubar DUN" ? Dimana salahnya pada ungkapan kata-kata tersebut yang memberi satu rangsangan kepada rakyat dan tuntutan rakyat Perak yang menggesa supaya membubarkan DUN Perak?

    Apakah dengan laungan tersebut yang hanya mengambil masa sekitar 2-3 minit itu mengganggu perjalan persidangan dewan pada hari itu? Bukankah kesemua Ahli Dewan sepatutnya menyuarakan dan memperjuangkan hak rakyat? Kalau setakad melaungkan suara rakyat sebegitu pun tidak dibenarkan oleh Speaker Pandikar Amin, lebih baik nama Dewan Rakyat itu ditukar kepada nama lain!

    Dewan Rakyat sepatutnya memperkasakan lagi hak rakyat dalam menangani tuntutan-tuntutan mereka.

    Dimana lagi harus mereka menyuarakan tuntutan seperti itu kalau bukan di dewan yang mulia itu? Kalau dijalanan ,pastinya mereka akan dibedil dengan bom asap atau dihujani dengan air kimia.Itu belum lagi dengan tangkapan dan belasah sepak terajang sebagainya.

    Pandikar Amin kata , tidak pernah berlaku perkara seumpama itu dalam Parlimen Malaysia. Benar apa yang dikatakannya itu dan beliaulah yang sebenarnya orang yang mencatit sejarah tersebut.

    Bahawa adalah dianggap suatu kesalahan kerana menyatakan sesuatu yang tidak menyalahi dari segi adab atau kesopanan dengan hanya melaungkan kata-kata 'Hidup Rakyat, Bubar DUN'dan hukumannya diarah keluar dewan dan digantung selama dua hari.

    Betapa dalam masa yang sama , dapat kita dengar suar-suara Umno /BN yang menjeritkan kata-kata nista yang tidak sopan malah keji. Mereka melaungkan kata-kata seperti BODOH, BABI dan lain-lain lagi tetapi tiada apa-apa tindakan diambil.

    Pandikar Amin juga tidak dapat menerima Ahli Parlimen Pakatan Rakyat memakai kain lilitan dikepala mereka dengan alasan bahawa "itu bukan daripada antara pakaian kita" .Kenapa dengan hanya sehelai kain lilitan kepala Pandikar Amin dan koncu-koncunya namapak begitu gentar hingga hilang akal pertimbangan yang waras? Hinggakan Pandikar Amin berkata : Dipakainya lilit kepala seperti mahu bersabil! Ha! ha! ha! Amin! Oh Amin!

    KULIAH BULANAN BERSAMA UST TARMIZI ABD RAHMAN

    KULIAH BULANAN
    UST TARMIZI ABDUL RAHMAN

    TARIKH :
    20 JUN 2009 (SABTU)

    MASA :
    9.00 PAGI

    TEMPAT :
    DI RUMAH YAYASAN AMAL
    CAWANGAN NEGERI PERAK

    NO. 29 JLN RAJA MUSA MAHDI
    RAPAT SETIA,
    31350 IPOH.


    MAKLUMAT LANJUT :
    EN.KHALILUL RAHMAN
    (SETIAUSAHA YAYASAN AMAL)
    013-5137171


    ANJURAN :
    YAYASAN AMAL
    CAW. NEGERI PERAK.

    Zamry Peragut Yang Ganas

    Tidak sampai 5 minit melabuhkan punggongnya, setelah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru, DS Nizar telah diarahkan keluar dari Dewan Rakyat.

    Seramai enam orang lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah turut di keluarkan semata-mata kerana memakai lilitan kain hitam di kepala.

    Speaker Dewan Pandikar Amin Mulia, telah mengarahkan mereka keluar setelah memberikan amaran sebanyak tiga kali supaya mereka membuka kain lilitan yang bertulis ‘Bubarkan DUN Perak’

    Kesemua mereka yang diarahkan keluar dewan dan kemudiannya digantung selama 2 hari daripada menghadiri sidang dewan, telah akur dengan arahan tersebut tanpa banyak kerenah kalau di bandingkan dengan apa yang berlaku di DUN Perak , 7 Jun yang lalu.

    Di DUN Perak, Umno/BN berlagak seperti samseng yang ganas ala Mat Rempit yang gemar meragut beg tangan mangsanya.

    Zambry dan koncu-koncunya telah meragut kuasa Speaker apabila Speaker mengarahkan Zambry dan 5 lain yang di gantung sebelumnya supaya keluar dewan.

    Umno/BN melantik Speaker baru sedangkan Speaker yang sah masih lagi berada diatas kerusinya.Mereka menggunakan kekerasan dengan mengarahkan pegawai polis mengangkat Speaker bersama kerusinya keluar dewan.

    Inilah perbezaan yang amat ketara antara Pakatan Rakyat dan Umno/BN , dimana pendukung dan pemimpin Pakatan Rakyat tahu mematuhi peraturan dan undang-undang negara.

    Sebaliknya Umno/BN ‘Ikut Suka Aku’ nya sahaja.Kalau dibantah, mereka akan menggunakan polis.Mereka tidak takut atau gentar jika diadukan ke Mahkamah kerana Mahkamah pun ‘correct! correct! correct’ adanya.

    Mana hujahan bertulis Mahkamah Rayuan Zambry?

    Pada 13 Februari lalu, , pasukan peguam Nizar memfailkan tuntutan terhadap Zambry sebagai Menteri Besar yang sah di Mahkamah Tinggi dan setelah hampir 3 bulan berlalu , iaitu pada 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah.

    Bayangkanlah , DS Nizar mengambil masa selama 87 hari untuk mendapatkan pengisytiharan Mahkamah tersebut tetapi , pengisytiharan tersebut dengan mudah terburai hanya dalam masa beberapa jam sahaja apabila Dr Zambry dengan tiba-tiba sahaja mampu menangguhkan keputusan tersebut melalui Mahkamah Rayuan pada keesokan harinya. Ajaib bukan?

    Mahkamah Tinggi tersebut yang mengesahkan DS Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah telah mengeluarkan laporan hujah bertulis 73 muka surat penuh kertas yang bersaiz A4 dan mengambil masa lebih satu jamlebih untuk membacakannya.

    Tetapi , Mahkamah Rayuan yang berpihak kepada Zambry, mengambil masa beberapa jam sahaja untuk memfailkan kes tuntutannya untuk didengar dan diputuskan dengan hujahan tanpa bertulis sehingga kini dan hanya mengambil masa tidak sampai 5 minit untuk menolak hujah Mahkamah Tinggi tersebut. Lojikkah?

    Rakyat yang cintakan keadilan mahu tahu dan melihat hujahan bertulis yang penuh misteri tersebut.

    Isnin, Jun 15, 2009

    Bubar! Bubar! Bubar DUN Perak!

    Saya menandatangi surat sumpah...

    Hidup! Hidup! Hidup Rakyat!

    Nizar sedang mengenakan lilitan kain Bubar DUN Perak

    Bubar!Bubar Bubar Dun Perak!

    Kenapa takut ? Kami bukan minta
    bubar Parlimen tetapi DUN Perak!


    Ahli Yang Berhormat, sila buka!buka! buka!
    kerana itu bukan antara pakaian kita....


    Tuan Speaker, atas arahan undang-undang
    mana, pakai lilit kepala suatu kesalahan?


    Oleh kerana kedua-duanya
    engkar, sila keluar...

    Apa lagi tunggu, mari kita keluar!


    Nizar turut diarahkan keluar........
    Lihat Video di sini


    Mahasiswa Perak desak PBB, Kerajaan Thailand selesai segera kemelut berdarah


    Pada tarikh 9 Jun 2009 (Selasa), umat Islam seluruh dunia dikejutkan dengan 12 orang jemaah yang sedang bersolat Isyak di Masjid Al-Furqan, Kampung Air Tempayan, Sungai Golok telah ditembak mati oleh sekumpulan penyerang bersenjata rifel M-16 dan pump-gun, berseragam hitam dan bertopeng. Kejadian berlaku dalam tempoh lima minit.

    Dalam kenyataan media berkenaan, ( BERSATU PERAK ) berpendirian kemelut yang berlaku sejak 6 tahun dahulu itu tidak akan berkesudahan sehinggalah ketenteraan Thailand diundurkan dari wilayah tersebut dan umat Islam diberikan kuasa dan hak autonomi terhadap wilayah mereka.

    “Kami ( BERSATU PERAK ) mendesak kerajaan Thailand yang diketuai oleh Abhisit Vejjajiva bertanggungjawab sepenuhnya dalam kejadian berdarah tersebut. Kerajaan wajib mengambil tindakan sewajarnya terhadap kumpulan pembunuh tersebut disamping mengadakan tindakan pencegahan.

    ( BERSATU PERAK ) menggesa kerajaan Malaysia dengan segera bertindak membantu menyelesaikan konflik selatan negara tersebut. Kerajaan Malaysia digesa agar menyalurkan bantuan pendidikan kepada wilayah tersebut bagi menyelamatkan umat Islam di selatan Thailand .

    ( BERSATU PERAK ) juga mendesak konflik selatan Thailand ditamatkan dengan memberikan ruang dan kuasa kepada umat Islam menjalankan kehidupan mereka tanpa sekatan dan ancaman.

    ( BERSATU PERAK ) akan memanjangkan desakan ini dengan menghantar surat tuntutan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, Pengerusi OIC dan ASEAN agar ada desakan di peringkat antarabangsa terhadap isu penindasan & jenayah kemanusiaan ini,” jelas Hafez Sabri.

    Dalam pada itu, dalam kejadian itu, enam lelaki bersenjatakan senapang automatik memasuki masjid Al-Furqan di daerah Cho-i-Rong, wilayah Narathiwat ketika waktu solat Isyak dan melepaskan tembakan ke arah jemaah menyebabkan 12 orang termasuk imam Wan Abdullah Wan Latif terbunuh dan 19 lagi cedera.

    Setiausaha Agung OIC, Tan Sri Prof Ekmeleddin Ihsanoglu, menyifatkan serangan itu sebagai yang paling dahsyat dalam siri serangan ke atas masjid dan tempat beribadah di selatan Thailand

    Dikirim oleh : mohd hafez sabri

    HORMATI PILIHAN RAKYAT PERAK DI BUKIT GANTANG

    Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana sokongan padu dari Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) diatas kempen lilitan hitam “Bubar DUN Perak” untuk mendesak supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan terutamanya semasa berlangsungnya sidang Parlimen Malaysia hari ini.

    Insiden angkat sumpah Dato’ Seri Ir. Mohammed Nizar Jamaluddin yang dicemari dengan gangguan dari Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sangat mendukacitakan tanpa ada tindakan sewajarnya daripada Speaker. Sikap Speaker yang tidak professional juga sangat mendukacitakan DPPN Pk.

    Sepatutnya Speaker yang bersifat mempengerusikan sidang Dewan Rakyat perlulah memberi budi bicara awalnya dengan amaran atau peringatan terlebih dahulu dan bukan terus mengeluarkan arahan mengusir keluar seseorang Ahli Parlimen tersebut.

    Kemenangan Dato Seri Ir. Nizar adalah kemenangan rakyat yang mahukan pembubaran melalui isyarat gelombang Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gantang. Kekalahan BN dengan peningkatan majoriti undi Pakatan Rakyat jelas membuktikan rakyat menolak kerajaan haram dibawah Dato’ Seri Zambry Abdul Kadir yang rampas melalui pintu belakang.

    Oleh itu, DPPN Pk mendesak supaya Speaker manarik semula pengarahan keluar semua ahli-ahli Parlimen PR terutamanya Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru serta memohon maaf atas tindakan singkat beliau demi untuk membersihkan perjalanan Parlimen Malaysia dari unsur-unsur ketidakadilan terhadap ahli-ahli Parlimen.


    DR RAJA AHMAD AL-HISS
    Setiausaha,
    Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

    Ahad, Jun 14, 2009

    Usul : Pecat Musa Hasan

    Pegerusi DAP Perak yang juga selaku seorang Ahli Parlimen, Dato Ngeh Koo Ham, dalam satu kenyataan akbarnya di sini , menyatakan akan membentangkan satu usul di parlimen dalam sidangnya yang akan bermula esok supaya memecat Ketua Polis Negara itu kerana melanggar undang-undang.

    Usul yang akan di bentangkannya itu adalah ekoran kegagalan kerajaan BN bertindak dengan tegas keatas salah laku polis terutamanya sewaktu berlakunya krisis politik Perak.

    Saya sangat kesat dan kecewa terhadap Kerajaan BN , terutamanya Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn yang telah gagal mengambil sebarang tindakan terhadap beberapa salah laku pasukan polis sewaktu berlakunya krisis politik negeri Perak.

    Menteri Dalam Negeri itu berkata , tiada siapa yang berada diatas undang-undang termasuk dirinya sendiri. Rakyat mengharapkan undang-undang negara dipatuhi.

    Rakyat umum diharap supaya mematuhi undang-undang , namun begitu, mereka juga berharap pasukan polis, sebagai penguatkuasa undang-undang berbuat sama. Melainkan tindakan tegas diambil terhadap polis yang melanggar undang-undang, rasa hormat rakyat kepada institusi polis itu akan luntur.

    Nizar angkat sumpah esok sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang

    Satu rombongan wakil rakyat Pakatan Rakyat Perak dan penyokong-penyokong akan pergi ke Parlimen pagi esok.
    Rombongan ini bertujuan memberi semangat dan sokongan moral kepada Dato Seri Nizar yang akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

    Rombongan ini akan bertolak awal pagi dari Ipoh dan dijangka sampai di Parlimen lebih kurang jam 9.00 pagi.Tahniah diucapkan kepada Dato Seri Nizar - alfatehah untuk arwah Roslan Shahrom.

    Sumber : Suara Perak

    Manek Urai: KPP minta penyokong k'jaan perpaduan jangan berkempen

    Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan meminta pemimpin PAS yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, supaya tidak menyertai kempen parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai ini.

    Timbalan Presidennya, Yap Kok Seng berkata ini kerana penglibatan sesetengah pemimpin itu hanya akan mengelirukan pengundi dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu berkenaan, lapor Bernama.

    "Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihanraya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu.

    "Jadi, lebih baik mereka jangan datang berkempen dalam masa kempen pilihanraya DUN Manik Urai kali ini," katanya.

    Khamis lalu, Nik Aziz membidas pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".

    Nik Aziz dilaporkan berkata beliau tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu untuk menyokong Pakatan Rakyat.

    Beliau juga dilaporkan berkata suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno.

    Laporan minggu lalu itu turut memetik Nik Aziz sebagai berkata, isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh presiden PAS, bukannya menggambarkan kehendak PAS.

    "Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya dalam laporan tersebut.

    Sumber : Malaysiakini

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...