Followers

Jumaat, Julai 31, 2009

Nik Aziz : Jangan halang perhimpunan aman esok

KOTA BARU, Julai 31 — Tindakan polis tidak membenarkan demonstrasi pro dan anti-ISA yang akan diadakan di ibu negara esok sebagai tidak menghormati aspirasi rakyat dalam menuntut haknya.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempertikaikan perkara tersebut yang dianggap sebagai bertentangan dengan hak asasi rakyat selaras dengan amalan prinsip demokrasi negara berparlimen.

Nik Aziz tidak menyalahkan pihak polis secara total dalam perkara tersebut yang disifatnya terpaksa menjalankan tugas mengikut arahan pihak atasan. Sebaliknya persoalannya menjurus kepada kementerian berkenaan.

Difahamkan Nik Aziz akan turut serta bersama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan lebih 83 NGO dalam demonstrasi anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Melalui perhimpunan itu GMI akan menyerahkan satu deklarasi rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong menuntut ISA dimansuhkan kerana mencabuli hak-hak asasi sesuai dengan syor Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). Baca lagi di sini

Kenyataan Media Speaker V. Sivakumar

KENYATAAN MEDIA OLEH YB TUAN V.SIVAKUMAR
MENGENAI LAPORAN JAWATANKUASA HAK DAN KEBEBASAN,
DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK.
(DALAM PERKARA DATO R.GANESAN : DEFENDAN)



(1) Soalan pertama yang bersemuka dengan Jawatankuasa adalah untuk menentukannya.Bolehkah Jawatankuasa bersidang selepas Persidangan Dewan pada 7hb Mei 2009?

(2) Soalan kedua adalah samada prosiding boleh melantik seorang Yang DiPertua baru sebelum sesi dibuka rtasmi oleh DYMM Raja Muda?

(3) Soalan ketiga adalah samada Tuan Yang DiPertua bertindak betul dengan mengarahkan mereka yang telah digantung oleh Dewan pada 3.3.2009 dan ketiga-tiga mereka yang telah meletak jawatan, untuk meninggalkan Dewan? Mereka yang tersebut adalah seperti berikut :

(i) YB Dato’ Seri Dr Zambry bin Abd Kadir
(ii) YB Encik Zainol Fadzi bin Haji Paharuddin
(iii) YB Dato’ Ramly bin Zahari
(iv) YB Dato’Hamidah binti Osman
(v) YB Dato’ Saarani bin Mohamad
(vi) YB Encik Mohammad Zahir bin Abdul Khalid
(vii) YB Dato’ Dr Mah Hang Soon
(viii) YB Jamaluddin bin Mohd Radzi
(ix) YB Mohd Osman bin Mohd Jailu

(4) Hee Yit Foong

(5) Dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, Jawatankuasa telah mendapat faedah nasihat dan pendapat bertulis Encik Thomas, Peguambela dean Peguamcara. Semasa penyampaian lisan kepada Jawatankuasa, Encik Thomas menjelaskan bahawa:

(a) Tiada hal boleh dijalankan sehingga persidangan telah “dibuka’ oleh DYMM Sultan atau Raja Muda.

(b) Sebarang resolusi kononnya untuk menyingkir Yang DiPertua sebelum pembukaan rasmi Dewan adalah salah di sisi undang-undang, batal dan taksah. Oleh itu, penyingkiran Sivakumar dan perlantikan Ganesan adalah tidak sah.

(c) Tiada resolusi boleh dibentang atau diluluskan sebelum persidangan bermula.Ini merangkumi bahawa sebarang resolusi untuk menyingkir dan melantik seorang Yang DiPertua baru atau resolusi lain untuk menukar keahlian Jawatankuasa “Select” adalah tidak sah di sisi undang-undang.

(6) Encik Thomas juga menjelaskan bahawa Perintah Tetap kita membenarkan Dewan merujuk kepada amalan negara Komonwel yang lain(S.O.90)

(7) Dalam Amalan Parlimen British seperti yang dihuraikan di Erskine May, sekliranya Dewan ingin menukar Yang DiPertua, maka Yang DiPertua yang bertugas (kecuali beliau meninggal dunia) mesti mempengerusi dan memanggil persidangan untuk mula. Selepas tatacara ini dipatuhi, Dewan boleh terus membentangkan usul untuk menjalankan hal yang mereka hendaki. Sekiranya Dewan telah melantik seorang Yang DiPertua baru, ini tidak bermakna Yang DiPertua baru boleh mengambil alih serta merta.

(8) Encik Thomas telah mengemukakan dua pendapat bertulis kepada Jawatankuasa sebagai eksibit. Yang pertama bertarikh 1.3.2009 adalah berkenaan kesahan persidangan pada 3.3.2009 dan yang kedua bertarikh 18.5.2009 adalah menimbangkan samada Ganesan telah dilantik secara sah sebagai Yang DiPertua.Encik Thomas memaklumkan kepada Jawatankuasa bahawa kedua-dua pendapat telah dipos di internet, maka adalah pada setiap masa daalam pengetahuan orang ramai.

(9) Ketika diminta untuk mengulas berkenaan keesahan persidangan yang diadakan di bawah pokok pada 3.3.2009, Encik Thomas telah menjelaskan baahawa tempat persidangan adalah perlu memandangkan keadaan pada masa itu. Ia adalah suatu keperluan yang mengikut keadaan kerana Dewan Undangan telah dikuncikan dan dikepungkan.Kemasukan juga dilarang.Beliau memberi contoh Dewan Rakyat British semasa perang Dunia Kedua yang telah bersidang di tempat lain semasa bom yang dilepaskan Hitler merosakan Parlimen.Beliau juga memberi 2 contog Dewan Undangan Negheri Pulau Pinang yang bersidang di Universiti Sains Malaysia antara tahun 1999 dan 2008 ketika bangunan Dewan sedang menjalani pengubahsuaian.Suatu contoh yang lebih purba ialah Dewan Undangan Perancis pada tahun 1789 diadakan digelanggang tennis setelah ahli-ahli dilarang masuk ke dalam bangunan Dewan.

(10) Pandangan Encik Thomas bahawa persidangan di bawah pokok adalah sah dan oleh itu penggantungan Zambry dan 6 yang lain masih berkesan kerana mesyuarat di bawah pokok menerima pakai keputusan Jawatankuasa.

KEPUTUSAN JAWATANKUASA

(11) 1. Jawatankuasa tiada keraguan menerima keterangan Encik Thomas. Oleh yang demikian, kami memutus bahawa Jawatanjuasa ini adalah sah di sisi undang-undang berbanding dengan yang lauin yang telah dilantiuk selepas persidangan pada 7.5.2009. Kami juga berpandangan tegas dan memerintahkan sedemikian bahawa persidangan pada 7.5.2009 adalah taksah dan tidak mengikut perlembagaan kerana ianya tidak dipengerusi oleh Yang DiPewrtua yang sah, Encik V.Sivakumar.Betapa mustahaknya perintah kami di sini sehingga kami melampirkan di sini otoriti daripada buku Coke’s Institutes yang menyatakan bahawa “the house of Commons cannot sit without him …” (Dewan tidak dapat bersidang tanpa beliau …”), sepertimana yang dicetak semula pada mukasurat 528 buku Tudor Constitutional Documents A.D. 1485 – 1603 oleh James R.Tanner, Cambridge at the University Press 1948.

(12) (2) Kami selanjutnya memutuskan bahawa per4cubaan untuk melantik seorang Yang DiPertua baru sebelum Ucapan DiRaja adalah salah di sisi undang-undang dan perlantikan Defendan Ganesan adalah tidak mematuhi Perlembagaan , batal dan taksah.

(13) (3) Berkenaan hak Yang DiPertua untuk mengecualikan 10 orang tersebut, ini adalah betul dan sah kerana persidangan pada 3.3.2009 yang menggantung dan mengecualikan mereka adalah sah dan tidak diketepikan. Jawatankuas selanjutnya mengatakan bahawa walaupun Mahkamah Persekutuan telah dijemput oleh Zambry untuk memerintahkan keesahan persidangan pada 3.3.2009 tetapi telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan. Oleh itu, isu keesahan persidangan Dewan tersebut tidak lagi timbul hari ini.

(14) (4) Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya telah gagal mengadakan pilihanraya bagi kerusi kawasan Changkat Jering, Behrang dab Jelapang, namun perletakan jawatan mereka telahpun diterima oleh Yang DiPertua dan keputusan beliau adalah muktamad. Bahawa keengganan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengadakan pilihanraya kecil adalah asing dan berlainan dan tidak menjejas kuasa Yang DiPertua dalam Dewan yangh membenarkan beliau mengeluarkan perintah kecuali hanya oleh suatu cabaran melalui usul substantif. Tiada usul sedemiklian untuk mencabar perintah Yang DiPertua telah dibuat pada, sebelum atau selepas 7.5.2009. Maka, dalam pandangan Yang DiPertua , ketiga-tiga kerusi adalah kosong.

(5) Kami juga menerima keterangan YB Dato’ Ngeh Koo Ham bahawa Defendan telah memanggil polis bagi tujuan menyingkir Yang DiPertua secara paksaan. Keterangan ini juga mengesahkan bahawa apa yang dikatakan oleh Defendan, R. Ganesan semasa dalam prosiding di hadapan Mahkamah Tinggi Ipoh dan melalui media, dengan itu mengakui bertanggungjawab memohon bantuan polis.

(6) Selepas pertimbangan sewajarnya, kami memutuskan bahawa Defendan didapati salah menghina Dewan. Kami akan melaporkan kepada Dewan bahawa Defendan harus dengan serta merta tidak laagi menjawat diri sebagai Yang DiPertua. Beliau tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan Dewan, samada Dewan bersidang atau tidak.

(7) Kami tidak b oleh menganggap tidakan Ganesan secara ringan.Tiada persidangan di dunia ini, termasuk kami, yang boleh mempertahankan kelakuan sebegini.Kucar-kacirlah mesyuarat di seluruh neghara, samada mesyuarat syarikat tersenarai aatas Bursa, Kesatuan Pekerja, Lembaga Sekolah, persatuan Ibubapa dan Guru-Gurau atau NGO yang lain, sekiranya kegunaan paksaan untuk menyingkir seseorang Pengerusi digalakkan. Maka, kepentingan penyiasatan yang dijalankan ini bukan setakat untuk mengembalikan maruah Dewan, namun juga untuk mempertahankan tatacara yang betul bagi mengadakan mesyuarat.Kegagalan mengutuk tindakan Defendan dengan menggunakan keganasan bagi mencapai matlamat beliau hanya akan menggalakkan orang lain untuk membuat perkara yang sama ketika didalam mesyuarat organisasi, persatuan dan badan-badan lain.Ketidakpatuhan undang-undang, peraturan dan kaedah yang betul sebegini hanya akan menggalakkan anarki.

(8) Setelah peninjauan keterukan dan ketegasan kesalahan-kesalah Defendan, kami melaksanakan hukuman-hukuman tersebut :



Bertarikh pada 30 haribulan Julai, 2009.


YB V.Sivakumar
Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak.

=============================

Komen AlHusseyn : hari ini Jawatankuasa tersebut akan bersidang lagi dan kali ini merupakan kali ketiga mereka memberi peluang kepada Ganesan untuk hadir dan membela diri. Hadir atau tidak, Jawatankuasa ini akan menjatuhkan hukuman keatas Ganeson pada hari ini.

Sebagaimana yang dijanjikan kelmarin, Jawatankuasa ini akan datang semula ke Bangunan Setiausaha Kerajaan pagi ini dan kali ini mereka akan menggunakan strategi yang lain untuk meloloskan diri masuk kedalam.Mungkin sewaktu laporan ini dibuat, mereka sudah pun menyusup masuk....

Panduan Perhimpunan Aman Mansuhkan ISA 1 OGOS ini

Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:

1. Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan:

a. Sogo:
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

b. Masjid Jame Kuala Lumpur:
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan

c. Masjid Negara:
Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.
(Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing)

2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah ISA

3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (Jabatan Amal) yang berpakaian merah

4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan

Sekian,

Kamaruzaman Mohamad
Timbalan Pengarah Himpunan Mansuh ISA,
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.

Khamis, Julai 30, 2009

ADUN Pakatan Rakyat dinafikan hak untuk masuk ke Bangunan Sekretariat

 MAAF
Sedang dalam perjalanan menuju Bangunan
Setiausaha Kerajaan Negeri

30 Julai, Ipoh : Rombongan Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan, Dewan Undangan Negeri Perak, yang diketuai oleh pengerusinya, YB Sivakumar, sekali lagi dihalang di pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pagi tadi oleh sepasukan polis yang mengawal ketat disitu.

MAAF!
Mereka kelihatan ceria walaupun...

Rombongan Jawatankuasa tersebut yang terdiri daripada Adun Pakatan rakyat, YB Loke Chee Yan (Kepayang), YB Sum Cheok Leng (Bercham), YB Chan Ming Kai (Simpang Pulai), YB Husin Din (Selinsing) dan Ong Boon Piow (Tebing Tinggi); tiba disitu tepat pada jam 10.00 pagi dan terpaksa menunggu hampir 30 minit dihadapan pintu masuk sebelum Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Abdul Rahman Hashim, menghantar wakilnya, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, Encik Shamshuzaman Hj Sulaiman.

MAAF!
Terpaksa berhadapan dengan pihak polis
dan pintu yang bertutup rapat

Shamshuzaman yang menjadi tukang cakap kepada Dato’ Abdul Rahman Hashim telah menyampaikan pesanan beliau bahawa Abdul Rahman tidak mengiktiraf Jawatankuasa tersebut setelah sidang DUN pada 7 Mei, 2009.

MAAF!
Sivakumar menunjukan surat notis pemberitahuan
tentang mesyuarat Jawatankuasa tersebut

Pengerusi Jawatankuasa tersebut, V.Sivakumar menempelak kenyataan tersebut dengan pertanyaan, “Siapakah beliau yang membuat keputusan tersebut?”

Sivakumar terus mendesak supaya mereka dibenarkan masuk atas hak sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

MAAF!
Kunci baru untuk peristiwa istimewa seperti
hari ini, kata ketua polis Ipoh.

“Menghalang kami untuk masuk ke Dewan kami sendiri adalah satu kesalahan dibawah seksyen 124 kanun kesiksaan,” jelas Sivakumar.

Walaupun Jawatankuasa bertegas untuk berhadapan dengan Abdul Rahman sendiri, namun mereka terus tidak dilayan.Abdul Rahman enggan menemui mereka , sekadar menghantar wakilnya sahaja.

Surat notis pemberitahuan untuk Jawatankuasa
bermesyuarat lagi esok, pagi Jumaat

Setelah agak lama menunggu yang ada ketikanya agak tegang kerana Jawatankuasa tersebut cuba untuk masuk. Akhirnya, rombongan Jawatankuasa tersebut berundur dan berjanji akan datang semula esok pagi dengan memberikan surat notis bagi mengadakan mesyuarat sekali lagi esok .

Jawatankuasa tersebut seterusnya mengadakan meyuarat mereka di Hotel Syuen dan mengadakan sidang akhbar disitu.

Rabu, Julai 29, 2009

Baru aku tahu , kenapa polis kita tanggal seluar dalam orang!

Ya, saya baru tahu kenapa ada polis kita mengarahkan orang buka seluar dan seluar dalam Rupa-rupanya mereka tersilap faham menerima arahan .

Sebenarnya mereka diarahkan supaya menanggalkan poster “Ah Long” bukan menanggalkan seluar dalam!

KAJANG, July 28 – Dalam usaha membenteras kumpulan “Ah Long” (ceti Haram) pihak polis minggu lepas telah menanggalkan lebih kurang 3,200 stiker dan poster menawarkan pinjaman haram di sekitar Hulu Langat .

Ketua polis Kajang ACP Shakaruddin Che Mood berkata, polis telah diarahkan supaya memusnahkan stiker dan poster tersebut.

Katanya, beliau telah menghubungi 50 nombor talipon yang tertera pada poster “Ah Long” tetapi mereka yang di hujunga talian memberikan pelbagai alasan enggan menemuinya! [KLIK]

Komen AlHusseyn : Polis kita ni hanya pandai buat kerja bodoh dan sia-sia sahaja.Kenapa tidak perintahkan Along – along itu supaya menanggalkan sendiri poster-poster tersebut?

Tidakkah segala nombor telepon itu boleh dikesan alamat dan tuan punyanya? Nampaknya polis yang tanggalkan seluar dalam orang itu lebih bijak daripada Ketua Polis Kajang ni!

ISA: Mengapa Majlis Fatwa tidak berani?

Majlis Fatwa Kebangsaan tidak berani mengeluarkan fatwa isu-isu berkaitan kezaliman yang sah bercanggah dengan nas al-Quran dan hadis seperti mana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Majlis Fatwa harus ada keberanian mengeluarkan fatwa dalam isu yang berkaitan kezaliman disamping memastikan fatwa itu dipatuhi.

Kata beliau, mereka sepatutnya memberi panduan kepada rakyat dalam urusan-urusan yang melibatkan hukum.

Malangnya, kata beliau banyak fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa tidak ada tindakan yang diambil.

"Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa tidak ada kekuatan sebagai contoh fatwa melarang memberi penghormatan di Tugu Negara, kalau pemimpin buat pun tidak ada tindakan apa-apa," katanya semasa dihubungi.

Tegasnya, Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya sudah ke hadapan dalam memberi panduan kepada pemimpin tetapi yang lebih penting daripada itu ialah pemimpin mesti ikut mereka supaya integriti Majlis Fatwa itu dapat dipelihara.

Tambahnya, kaedah Islam telah menentukan bahawa seseorang itu tidak dianggap bersalah perlu diberi peluang untuk membela diri dan didakwa di mahkamah.

"Jadi dalam sejarah ISA sudah beribu umat Islam ditahan tanpa bicara, rakyat yang diseksa, ini dikatakan zalim."

"Saya rasa rakyat bukan suka sangat hendak berhimpun dan turun demonstrasi di jalanan tetapi bila hampir tidak ada jalan lain, apa yang kita tidak buat? Kita sudah hantar memorandum, ambil tandatangan orang ramai, kita adakan seminar dan bantahan jadi kemuncak kepada kemarahan kita akan menyerahkan memorandum melalui himpunan aman," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau yakin apa yang rakyat akan buat pada 1 Ogos nanti bukan satu suasana untuk mewujudkan kekecohan tetapi sekadar luahan rakyat yang berbilang agama dan kaum dalam isu-isu yang berlaku iaitu kezaliman ISA. – 28 July 2009

Sumber :Harakah

Selasa, Julai 28, 2009

Zambry dan Katak OKU diperintah mengadap Jumaat ini!

Setelah dihalang oleh pasukan polis daripada memasuki Dewan Undangan Negeri Perak, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri Perak telah mengadakan mesyuarat mereka di Hotel Syuen tengahari kelmarin.

Dalam siding media yang diadakan selaepas mesyuarat tersebut, Sivakumar , selaku Pengerusi Jatankuasa tersebut menyatakan, “ Adalah jelas dan terbukti bahawa sidang DUN Perak pada 7 Mei 2009 adalah tidak sah dan batal”

Menurut pandangan pakar , Thomas, tidak ada manamana Pengerusi sesuatu pertubuhan atau persatuan boleh ditukar daripada kedudukannya oleh ahli-ahlinya jika mesyuarat tersebut masih belum lagi di resmi.

“Samalah sepertimana pada Sidang DUN 7 Mei lalu, persidangan belum lagi bermula tetapi BN telah mengusulkan penyingkiran saya,” kata Sivakumar.

“Dan bagaimana Ganesan boleh dibawa masuk ke dalam Dewan sebagai Speaker baru, sedangkan sepanjang masa tersebut saya masih lagi menduduki kerusi Speaker,” tanyanya lagi

Sivakumar menjelaskan , lantaran persidangan pada 7 Mei itu tidak sah , maka beliau perlu meneruskan tanggungjawabnya sebagai seorang Speaker yang sah.

“Ini bermaksud , Jawatankuasa ini adalah jawatankuasa yang sah dan kami sekadar menjalankan tugas kami,” katanya.

Ditanya kenapa beliau tidak menunggu keputusan perbicaraannya yang bakal diadakan pada 6 Ogos nanti di Mahkamah Tinggi ?

“Sehingga Mahkamah putuskan nanti, Saya adalah Speaker Perak yang sah,” katanya.

Sivakumar juga berkata , Jawatankuasa ini akan membuat keputusan hari Khamis ini , selepas persidangan kali kedua , dijangka akan diadakan lagi di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Kenyataan Siva itu menyebabkan wakil media gelihati dan tergelak kerana pastinya berlaku lagi kekecuhan dengan pihak polis dipintu masuk bangunan tersebut.

Sivakumar menerangkan bahawa Ganesan akan di perintah hadir pada Khamis ini bagi kali kedua.

“Jika dia gagal menghadirkan diri, kami akan membuat keputusan , sama ada beliau hadir atau tidak, kami akan putuskan ambil sesuatu tindakan,” katanya.

Sejurus selepas siding media tersebut, Chan Ming Kai, salah seorang anggota jawatankuasa tersebut pergi ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menyampaikan surat notis kepada Dr Zambry Abd Kadir dan Katak OKU, Hee Yit Foong, Timbalan Speaker DUN Perak.

Notis tersebut memerintahkan mereka hadir pada siasatan lain oleh Jawatankuas tersebut , pada Jumaat, Jam 10.00 pagi.

Polis periksa seluar dalam mangsa !

Polis telah menahan dua individu dan mengarahkan mereka menanggalkan seluar dan seluar dalam sekali ketika menjalankan pemeriksaan terhadap mereka bersebelahan stesen Petronas di Taman Sentosa Klang.

Dalam kejadian itu seorang daripada individu mendakwa anggota polis turut mencuri wangnya berjumlah RM450.

Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu penjelasan polis berhubung dakwaan yang sangat mencemarkan pasukan tersebut.

"Tindakan berkenaan patut dikutuk dan saya harap pihak polis boleh memberi satu jawapan yang memuaskan dalam kes ini. Kerana laporan polis telah dibuat diharap satu penjelasan dan jawapan dari polis,"katanya.

Resolusi Isu KPN dan IPMC untuk meningkatkan keselamatan negara

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini dalam satu mesyuarat lebih dua jam bersama badan bukan kerajaan bersetuju dengan empat resolusi meningkatkan keselamatan Negara :

  • Pertama mendesak tempoh perkhidmatan Ketua Polis Negara Musa Hassan tidak dilanjutkan ekoran kegagalan beliau sebagai KPN untuk mengurangkan kadar jenayah di negara ini sepanjang tiga tahun lepas.
  • Kedua mendesak perlantikan KPN yang baru yang komited kepada demokrasi, serta melaksanakan saranan Suruhanjaya Diraja Keatas Penambahbaikan Pasukan Polis seperti penububuhan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).
  • Ketiga, KPI pembasmian jenayah berdasarkan kategori jenayah yang diusulkan oleh laporan Tun Mohamed Dzaiddin pada tahun 2005
  • Keempat meminta diwujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC)

    Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk seri Anwar Ibrahim berkata, "Resolusi isu KPN ini serius dan kadar jenayah meningkat dan pertuduhan terhadap beliau begitu banyak, tindakan beliau membelakangkan hukum. Kami ada kepercayaan imej polis masih boleh dipulihkan ada sesetengah polis yang tahap profesionalisme mereka boleh membantu untuk memulihkan," katanya.

    “Musa gagal dalam menjalankan semua peranan asas polis termasuk mengurangkan kadar jenayah, membendung rasuah dan melindungi hak asasi manusia,” terangnya lagi.

    Anwar berkata, pembaharuan yang diminta dalam resolusi berkenaan jelas bukan sahaja mahukan penubuhan IPCMC dan penukaran KPN baru tetapi juga melantik KPN yang bersih dalam usaha menambahbaik institusi polis dan profesionalisme mereka.

    Penubuhan IPCMC dicadangkan oleh Tun Mohamed Dzaiddin untuk memulihkan keyakinan umum terhadap pegawai polis'

    Sumber : TVAntara

  • Antara kumpulan Pro- ISA dan Anti-ISA - siapa lebih Islamik?

    MAAF-PERLU PERMISI TUANNYA!

    Pada 1 Ogos 2009, satu pertembungan pastinya akan berlaku antara Pro- ISA, tajaan Pewaris dan penyokong Hapuskan ISA, tajaan Gerakan Mansuhkan ISA (GAM)

    Ribuan penyokong Pakatan Rakyat dan aktivis 83 NGO bersama GMI akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi – kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara – dengan berpakaian hitam dan merah.

    Sementara penyokong ISA bersama Pewaris bersama lebih 10 NGO Melayu merancang perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari.

    Mulai 11 pagi, mereka yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara.

    Bahawa pertembungan antara dua kumpulan tersebut jelas adalah bersesuaian dengan Islam dan yang lagin satu adalah bertentangan dengan Islam. Golongan yang manakah lebih bersesuaian dengan Islam?

    Kita bandingkan secara rambang antara dua kumpulan tersebut :

  • Pro ISA akan mula bergerak dan berkumpul di Dataran Merdeka jam 1.00 tengahari. Dimanakah mereka akan sembahyang zohor?
  • Manakala kumpulan Anti ISA akan bergerak selepas jam 2.00 petang, yakni selepas solat zohor dan berdoa kepada Allah tentunya.
  • Akta ISA adalah zalim kerana menuduh, menahan dan menangkap tanpa bukti yang kukuh dan tidak dibicarakan.
  • Mempertahankan akta zalim ISA adalah dilarang oleh Islam. Surah Hud ayat 113 menjelaskan :

    “Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim; kelak kamu disentuh api neraka”

    Kumpulan Anti ISA telah terlebih dahulu merancang dan mengumumkan perhimpunan aman mereka berbanding dengan kumpulan Pro ISA yang hanya baru-baru ini sahaja mengumumkannya dan kenapa memilih hari yang sama?

    Andainya berlaku sesuatu yang buruk akibat pertembungan tersebut, kumpulan Pro ISA perlu dipertanggungjawabkan.

  • Isnin, Julai 27, 2009

    Nik Aziz : Saya tak sebut soal perpaduan antara Umno dan PAS

    “Yang duduk cakap pasal parti ialah
    (Dato’) Mustapha Mohamed,” kata Nik Aziz

    Tuan Guru Nik Aziz didalam kenyatan rasminya kepada TVPAS pagi ini dengan tegas menafikan bahawa beliau menyebut soal perpaduan antara Umno dan PAS.

    Tuan Guru mencabar media massa supaya membuktikan dengan rakaman video atau audio bahawa beliau menyebut soal perpaduan dan beliau menghulur salam perpaduan Umno-PAS.

    “Umno ni dah jadi macam cerita Laila Majnun’ kata Tok guru dipejabatnya, mengibaratkan kejadian ini menunjukan sikap ‘desperado’ Umno yang gilakan PAS.

    “Saya bercakap pasal kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri seperti semangat federalisme bukan pasal antara parti,” kata Nik Aziz lagi.
    “Yang duduk cakap pasal parti ialah (Dato’) Mustapha Mohamed,” kata Nik Aziz lagi sambil merujuk kepada sidang media selepas majlis pelancaran Fiesta Kelantan disebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

    Sehubunganitu, hari ini, Tuan Guru Nik Aziz menafikan sekeras-kerasnya dakwaan media massa.

    Nik Aziz setuju kerjasama dengan Pusat; apa reaksi Najib?

    Pemimpin Barisan Nasional (BN) menyambut baik usaha murni Nik Abdul Aziz untuk bekerjasama dengan kerajaan Pusat dalam menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

    Macam-macam ulasan mereka seolah-olah PAS gila talak nak rujuk semula ‘Unity Government’

    Kalau betul Umno/BN tu Ikhlas , rakyat didahulukan prestasi diutamakan, serahkanlah wang royalty petroleum RM1Billion hak rakyat Kelantan itu terlebih dahulu.

    Tidak ada alasan bagi Umno/BN menafikan hak rakyat Kelantan keatas wang royalti tersebut. Wang sebanyak RM1Billion itu bukan hak orang PAS atau orang Umno. Wang itu adalah hak rakyat Kelantan.

    Maka kalau benar pemimpin Umno / BN tidak mementingkan diri sendiri , tetapi menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam, mereka patut menyokong tuntutan kerajaan negeri Kelantan keatas wang royati tersebut.

    Tengku Razaleigh , orang yang menandatangani perjanjian dalam tahun 1974 , mendedahkan bahawa dalam perjanjian tersebut diperakui memberikan hak 5% kepada Kelantan.

    Beliau menyatakan , “ Jika saya masih lagi Pengerusi Petronas, Saya akan bayar tanpa banyak cakap. Dan saya berasa amat perlu dibayar kerana saya yang menandatangani perjanjian tersebut! Tidak ada alasan lain melainkan mesti dibayar.”

    Kita mahu lihat reaksi Perdana Menteri , Najib terhadap kenyataan Tengku Razaleigh dan juga terhadap keterbukaan Tuan Guru Nik Aziz untuk bekerjasama dengan Kerajaan Pusat.

    Apakah Najib tidak sanggup bekerjasama dengan Kerajaan Kelantan dalam melaksanakan Satu Malaysianya yang berlandaskan 'rakyat didahulukan, prestasi diutamakan'?

    Ahad, Julai 26, 2009

    Apakah Melayu dan Islam hidup kerana ISA?


    Adalah sangat mendukacitakan dan memalukan apabila terdapat sekumpulan Melayu yang mengaku Muslim, cuba mempertahankan ISA - Akta Keselamatan Dalam Negeri.

    Kumpulan tersebut cuba meraih simpati orang Melayu dan orang Islam dengan menggunakan kata-kata ‘ Hidup Melayu’ dan Hidup Islam’ . Apakah Islam hidup didunia ini kerana adanya ISA? Dan ISA merupakan peyelamat ummat Melayu? Bukankah yang ramai menjadi mangsa ISA sejak kebelakangan ini adalah Melayu dan Islam.

    Apakah mempertahankan Akta zalim ISA ; menahan seseorang dengan menuduh tanpa bukti dibenarkan oleh hukum Syariah.?

    Riwayat hadith Ibnu Majah dan Abu Dawud menyebutkan bahawa kadi yang menetapkan hukuman kepada seseorang bedasarkan sumber-sumber bukti yang tidak benar akan dicampakkan ke dalam api neraka.

    Sewajarnya kumpulan tersebut tidak cenderung terhadap mereka yang melakukan kezaliman.Cukuplah ayat 113 surah Hud yang mengancam kita yang mafhumya :

    “ Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, kelak kamu akan disentuh api neraka"

    Marilah kita sama-sama mengutamakan prinsip keadilan Islam yang rasional berbanding dengan sentimen-sentimen perkauman yang rapuh dalam menjaga kemaslahatan masyarakat.

    Penahanan melalui ISA merupakan penahanan tanpa bicara dan ini adalah bertentangan dengan prinsip keadilan kerana mereka yang ditangkap telah dinafikan hak mereka “tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah." Mereka dinafikan daripada mendapat pembelaan, khidmat peguam bela dan boleh ditahan selamalamanya tanpa dibawa ke mahkamah.

    Menentang ISA (yang merupakan antara peraturan penjajah yang dikekalkan oleh UMNO/BN) adalah kewajipan setiap orang yang mengaku muslim dan setiap orang yang percayakan prinsip keadilan sejagat.

    ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah satu akta yang diwujudkan oleh parlimen Malaysia yang mula berkuatkuasa di Malaysia Barat pada 1hb. Ogos 1960 dan di Malaysia Timur pada ‘Hari Malaysia’ (16hb. September 1963). Akta yang dinamakan sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Akta 82) dan tersohor dengan singkatan ISA ini bertujuan mencegah tindakan ancaman oleh sekumpulan orang yang substantial dari dalam dan luar Malaysia.

    Akta ini jelas bermaksud mencegah perbuatan keganasan yang mengancam keselamatan negara dan percubaan menggulingkan secara tidak sah (subversif) sebuah kerajaan yang tertubuh dengan sah di bawah perlembagaan negara (melalui pilihan raya demokrasi).

    Menurut bekas Presiden Majlis Peguam, Haji Sulaiman Abdullah, Majlis Peguam membantah akta ini kerana berpegang kepada sebab-sebab yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Kedua (Tun Abdul Razak) ketika beliau membentangkan ISA di Parlimen dahulu atas sebab ancaman subversif dan pengganas komunis (Mingguan Malaysia, 25 Jun 2000).

    Sepatutnya bila pergerakan dan ancaman komunis telah tidak wujud lagi, akta ini dimansuhkan terus oleh Parlimen. Tetapi nampaknya kelebihan majoriti 2/3 wakil UMNO/BN di Parlimen sehingga kini lebih berminat untuk mengekalkan akta ini demi survival kediktatoran mereka mencengkam rakyat yang tidak mengikut arus perdana.

    Undang-undang draconian seperti ISA, Akta Hasutan dan seumpamanya (yang memelihara kepentingan pemerintah, bukan rakyat) adalah batil dan bercanggah dengan Islam serta haram mempertahankannya. Undang-undang seumpama itu hanya diamalkan ketika pemerintahan beraja berkuku besi zaman sebelum Islam dan juga zaman pertengahan di Eropah.

    Berhimpun untuk membantah kezaliman dan penyelewengan kerajaan tidak boleh dikira sebagai pemberontak atau perusuh (al-Bughah) kerana mereka hanya menyuarakan pandangan yang lain daripada pihak kerajaan secara aman.

    Jom kita berhimpun secara aman pada 1 Ogos ini tanda sokongan kita untuk menghapuskan akta zalim ISA. Kami mengajak mereka yang cenderung untuk mempertahan akta zalim ISA supaya meyertai kumpulan kami dengan semangat seruan Allah dalam ayat 2, surah Al-Maidah yang mafhumnya :

    "Dan bertolong-tolonglah kamu semua dalam mengerjakan kebajikan serta taqwa, dan janganlah kamu bekerjasama dalam melakukan maksiat lagi keji."

    Sabtu, Julai 25, 2009

    Kaji Selidik Kementerian Dalam Negeri : Keselamatan Rakyat Tidak Terjamin

    Kaji selidik dilaman web Kementerian Keselamatan Dalam Negeri jelas menunjukan bahawa rakyat Malaysia mahukan sesuatu perubahan keatas perundangan dan peraturan Negara.Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein perlu perihatin dalam persoalan ini.Kalau tidak apa perlunya beliau membuat kaji selidik di sini

    Lim Kit Siang melalui laman blognya telah mengulas isu tersebut dengan berkata:


    Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab keatas undang-undang dan peraturan yang sukar diterima di Malaysia beberapa tahun kebelakangann ini?

    Dua orang yang patut dipertanggungjawabkan adalah Ketua Polis Negara dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

    Adalah tidak adil meletakan kegagalan pihak polis melaksanakan tanggung jawab tersebut keatas Datuk Seri Hishammuddin Hussein – mempastikan kadar jenayah rendah dan menjamin keselamatan rakyat Malaysia – kerana beliau tidak sampai 4 bulan menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

    Ketua Polis Negara , Tan Sri Musa Hassan, tidak ada alasan sedemikian. Beliau telah menjawat KPN hamper 3 tahun dan rakyat Malaysia berasa lebih tidak selamat hari ini berbanding sewaktu beliau pertama kali menjadi KPN pada September 2006. Baca seterusnya di sini

    Samy Veloo kesepian ditinggal pergi Subramaniam dan 10 cawangan MIC

    Bekas naib presiden MIC, SS Subramaniam (gambar duduk ditengah) hari ini menyertai PKR dan merupakan pemimpin MIC paling kanan yang melompat menyertai pembangkang.

    Di satu majlis di Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini, Subramaniam, 65, (duduk dua dari kanan), turut mengumumkan 10 cawangan MIC di Petaling Jaya akan dibubarkan dan ahli-ahlinya akan menyertai PKR secara beramai-ramai.

    Pembubaran cawangan-cawangan tersebut membabitkan kira-kira 1,700 ahli MIC yang melompat menyertai PKR.

    "Saya telah menyokong dasar PKR dan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sekian lama, tetapi hanya sekarang saya berani mengatakan bahawa saya menyertai parti tersebut," katanya disambut sorakan gemuruh 350 hadirin.

    Subramaniam telah menjadi naib presiden MIC selama 20 tahun dan juga menjadi naib pengerusi MIC Selangor selama tiga dekad.

    Najib Altantuya gelisah : Pengaruh BN terjejas ekoran krisis dalaman MCA

    Adalah di percayai, satu pertarungan sengit pasti tidak dapat dielakan akan berlaku dalam MCA , parti terbesar selepas Umno , komponen Barisan Nasional.

    Pertarungan antara penyokong Presiden, Datuk Seri Ong Tee Keat dan penyokong Naib Presiden , Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sedang membawa parti itu kekancah pergolakan untuk memilih kepimpinan yang baru .

    Minggu lepas, Chua telah diperintahkan supaya mengadap Jawatankuasa Disiplin Parti pada 4 Ogos ini, berhubung isu skandal DVD Seks nya di akhir tahun 2007 yang lalu.

    Mengapa hanya selepas 1 ½ tahun DVD Seks tersebut tersebar luas, pihak parti baru mahu soal siasat Chua dengan dakwaan bahawa Chua dan teman wanitanya telah melakukan hubungan seks dan memalukan parti?

    Dalam tindakan balasnya, Chua telah memperlekehkan tindakan Ong berhubung cara beliau menangani isu skandal PKFZ . Beliau menyatakan bahawa rakyat lebih menuntut penjelasan samada telah berlaku salah guna wang rakyat atau sebaliknya.

    Diawal minggu ini, Ong telah mengambil langkah yang mengejutkan bilamana beliau telah mengedarkan kenyataan dari Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri-Menteri MCA yang menyokong dan memuji tatacara beliau menangani isu skandal PKFZ yang menelan belanja wang rakyat RM 12 .5 billioan itu. Sebelum ini, Ong mendakwa bahawa beliau turut menerima ugutan bunuh berhubung isu tersebut.Klik [SINI]

    Dalam perkembangan terbaru, SPRM telah mengambil beberapa fail daripada Kementerian Kesihatan dipercayai berhubungkait urusan tanah yang kontraversi.Laporan awal berkata urusan tanah tersebut melibatkan bekas Menteri Kesihatan Chuah Soi Lek dan Setiausah Polotiknya, Datuk Tee See Kiong

    Minggu lalu, Chua Jui Meng, bekas Menteri Kesihatan , telah menyertai PKR. Antara pimpinan veteran Barisan Nasional yang telah menyeberang ke PKR ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim, Bekas Timbalan Ketua Wanita MCA, Tan Yew Kew dan bekas Timbalan Presiden Gerakan, Tan Tee Kwong. (Bila lagi Tengku Razaleigh?)

    Pertarungan antara dua kumpulan tersebut dipercayai turut dibimbangi oleh kalangan pimpinan tertinggi Umno sendiri kerana akan menyebabkan bertambah kurangnya pengaruh sokongan kaum Cina terhadap MCA dan dikhuatiri akan beralih kepada DAP atau PKR.

    Jumaat, Julai 24, 2009

    Isu PKFZ : Chua Soi Lek lawan Towkeynya

    Timbalan Presiden Chua Soi Lek memperlekehkan tiga Menteri dan tujuh Timbalan Menteri MCA yang menyatakan sokongan tidak berbelah-bagi kepada Kementerian Pengangkutan Ong Tee Keat dan peranan beliau dalam mengendalikan skandal RM12.5 bilion Zon Bebas Pelabuhan Klang.

    Beliau berkata tindakan mereka itu tidak memberi impak seperti yang diharapkan kerana kesemua 10 individu terbabit dilantik oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak atas saranan Ong Tee Keat.

    "Sebagai Presiden MCA, dia boleh arahkan semua menteri dan timbalan menteri untuk tandatangan akuan sokongan itu," kata Chua.

    MCA, kata beliau, seharusnya mencari penyelesaian kepada skandal ini tanpa menjejaskan imej Barisan Nasional.

    “Apa yang lebih penting adalah persoalan penyalahgunaan wang pembayar cukai dalam projek PKFZ dan apakah projek ini mempunyai kewajaran ekonomi,” tegas Chua.

    Keluarga Teoh mahu jumpa Najib

    Pihak keluarga Teoh Beng Huat mengumumkan penolakan mereka terhadap keputusan Kabinet semalam untuk menubuhkan Suruhanjara DiRaja Penyiasatan (SDP) keatas tragedy kematian misteri Teoh Beng Hock, yang telah pergi ke Ibupejabat SPRM sebagai seorang yang sihat, bersemangat dan seorang petugas parti yang bayak idea tetapi berakhir sebagai mayat.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kabinetnya, seolah-olah seperti David Copperfield Malaysia , membuat ilusi satu Suruhanjaya DiRaja Penyiasatan (SDP) keatas kematian Teoh walhal sebenarnya tidak ada!

    Menurut Lim Kit Siang, sepertimana ahli keluarga mendiang Teoh, pada mulanya, beliau turut mengalu-alukan bila diperingkat awalnya terdapat khabar berkaitan penubuhan SDP keatas kematian Teoh ; tetapi apabila cirri-ciri keputusan Kabinet diketahui, kami semua kehairanan, terpegun dan marah.

    Apa perlunya menubuhkan dua kumpulan penyiasatan, satu untuk menyiasat kematian Teoh, tetapi SDP tidak dibenarkan menyiasat sebab-sebab punca kematian Teoh ; hanya sekadar untuk menyiasat tatacara bagaimana SPRM melakukan siasatan mereka.

    Lim Kit Siang berkata, beliau menyokong pendirian keluarga Teoh yang menolak keputusan Kabinet tersebut kerana ianya tidak mewakili kehendak dan hasrat keluarga tersebut dan orang ramai yang mahukan satu SDP yang menyeluruh keatas tragedi kematian Teoh yang aneh.

    Keluarga mendiang Teoh menyeru Najib supaya menghormati hasrat mereka dan juga masyarakat Malaysia umumnya yang mahukan satu Suruhanjaya DiRaja Penyiasatan (SDP) yang menyeluruh keatas kematian Teoh dan meminda suai keputusan Kabinet supaya bersesuaian.

    Najib telah menyatakan bahawa beliau mahukan “kebenaran, semua benar dan tiada terkecuali , melainkan semuanya benar belaka” tentang punca kematian Teoh, dan jika beliau serius dan ikhlas, penuhilah hasrat dan hajat ahli keluarga Teoh dengan menubuhkan satu SDP yang menyeluruh keatas kematian Teoh.

    Najib berkata, beliau akan menemui keluarga Teoh selepas selesai penyiasatan . Apa perlunya menemui mereka setelah segala-galanya telah dimusnahkan?

    Najib sepatutnya menemui mereka untuk mendengar hajat permintaan mereka untuk satu SDP yang menyeluruh.

    "Saya akan menulis surat kepada Najib bagi menyampaikan permintaan keluarga mendiang Teoh untuk satu perjumpaan dengan Najib dan saya bersedia untuk ikut serta mengiringi keluarga tersebut menemui Najib” kata Lim Kit Siang.

    (Kenyataan Sidang Media di Alor Gajah pada Khamis, 23 July 2009 jam 12.30 pm)

    Khamis, Julai 23, 2009

    Haram pegang-pegang - Mufti Harusani

    SHAH ALAM – Tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah satu perbuatan haram di sisi agama. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perbuatan itu menyalahi hukum Islam kerana seolah-olah menggambarkan ajaran kristian.

    “Islam haram tindakan sedemikian. Tambahan pula perkara itu dilakukan untuk orang mati. Dalam agama kaedah terbabit adalah orang kristian,” katanya, semalam.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang berpendapat tindakan terbabit boleh dilakukan sebagai tanda protes.

    Bagaimana pun, kata Harussani, seseorang boleh melakukan protes dengan menghantar surat bukannya menerusi perbuatan seumpama itu.

    “Banyak medium lain yang boleh digunakan bagi menunjukkan bantahan dan rasa tidak puas hati.

    Selain surat kita boleh bersemuka. “Itu adalah cara terbaik daripada melakukan perkara yang haram di sisi agama,”katanya. Menurutnya, dalam konteks ibadat ia tidak boleh dipermain-mainkan.

    Jumaat lepas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang memegang lilin ketika menyertai majlis berkabung memperingati kematian setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock

    Apa pandangan TGNA berhubung perkara ini? Lihat di sini

    Ketua Kampong Perak Saman Kerajaan Negeri Perak

    Peguam memberikan sedikit penerangan
    kepada Ketua-Ketua Kampong berhubung
    hasil perbicaraan sebentar tadi

    22 Julai, Ipoh : Ketua-Ketua Kampong Negeri Perak yang dilantik oleh YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Bin Jamaluddin , telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Ipoh pagi tadi satu semakan kehakiman ; memohon relif-relif berhubung pemecatan atau penamatan perkhidmatan kesemua Ketua Kampong berkuatkuasa 16 April, 2009 oleh kerajaan Negeri Perak.

    Status-Quo mereka ialah, mereka masih lagi
    Ketua Kampong yang sah apabila Mahkamah
    menerima affidavit mereka pagi tadi

    Ketua Kampong Sungai Ati , Padang Rengas, Mohd Ridzuan Bin Asit telah menuntut bagi pihak diri sendiri dan sebagai mewakili kesemua Ketua Kampong berkenaan.Mereka telah diwakili oleh tiga orang panel Peguam.

    Ketua-Ketua Kampong menuntut supaya mahkamah membatalkan keputusan dan tindakan Kerajaan Negeri untuk memecat ataupun menamatkan perkhidmatan mereka yang telah dilantik oleh YAB Dato' Ir Hj Mohammad Nizar dan menuntut untuk mendapatkan perintah mandamus yang mewajikan respondan (Kerajaan Negeri Perak) untuk melantik semula kesemua Ketua-Ketua Kampong dan Pengerusi JKKK sehingga 31.7.2010.

    Peguam Yussuf Ali bersama Chan dikerumuni
    pihak media selepas keluar dari bilik mahkamah

    Mereka juga menuntut perintah deklarasi bahawa pemecatan mereka atau penamatan perkhidmatan tersebut adalah tidak sah, batal dan kosong dari segi undang-undang.

    Mereka juga memohon untuk mendapatkan perintah injunksi untuk melarang Responden atau agen-agen Responden , atau pengkhidmat-pengkhidmat Responden dari melantik sesiapa yang lain sebagai Ketua Kampong ataupun Pengerusi JKKK ataupun memberi kepada kepada sesiapa yang lain hak-hak ataupun kuasa-kuasa Ketua Kampong ataupun Pengerusi sebelum 31.7.2010

    Satu pertanda baik terukir melalui senyuman
    dua peguam muda ini, Leong dan Chan

    Hakim yang bersidang bersetuju untuk mendengar tuntutan-tuntuan tersebut termasuk tuntutan gantirugi atau gantirugi punitive, keterlaluan dan teladan untuk dibayar kepada pemohon dan kesemua Ketua Kamnpong yang terlibat.

    Satu siasatan dan taksiran akan dibuat bagi menentukan gantirugi untuk dibayar kepada pemohon serta lain-lain relif yang Mahkamah anggap suaimanfaat.

    Perbicaraan akan disambung pada 2 September akan datang.

    Rabu, Julai 22, 2009

    Hi-Tea Amal bersama Nizar di Taman Meru

    HI-TEA AMAL
    &
    PELANCARAN KEMPEN
    GALAKAN SOLAT
    (PERINGKAT TAMAN MERU)

    BERSAMA
    YAB DATO’ SERI
    MUHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN
    MENTERI BESAR PERAK
    (PAKATAN RAKYAT)

    TARIKH & MASA
    26 JULAI 2009 (AHAD)
    4.00 PETANG

    TEMPAT
    PADANG SURAU
    TAMAN MERU 2C, JELAPANG

    Kelantan berhak terima Royalti - Razaleigh Hamzah

    Bekas Menteri Kewangan, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah berkata Kelantan berhak menerima royalti lima peratus seperti termaktub dalam perjanjian perkongsian hasil carigali minyak yang dimeterai antara Kerajaan Pusat, Petronas dan kerajaan negeri dan justeru itu tidak berhak untuk menahan pembayaran royalti kepada negeri itu.

    Dalam temubual khas bersama Suara Keadilan, beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas berkata peruntukan dalam perjanjian itu hendaklah dihormati serta dipatuhi.

    “Perkara ini tidak patut menjadi isu kerana kita telah menandatangani persetujuan meletakkan hak minyak kepada Petronas iaitu kerajaan Kelantan dan negeri-negeri lain sudahpun bersetuju sekiranya minyak ditemui dalam kawasan milik negeri berkenaan.

    “Tetapi dalam hal ini, minyak ditemui di luar persisiran pantai, yang dimajukan bersama dengan Thailand. Namun begitu sebahagian daripada kawasan terlibat berhampiran dengan negeri Kelantan. Merujuk kepada perjanjian milik minyak tadi, maka Petronas berkewajipan membayar wang kepada negeri berkenaan sebanyak 5 peratus keuntungan minyak,” tegas Tengku Razaleigh yang merupakan salah seorang yang menggubal perjanjian asal Petronas pada awal 1970an.

    Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990 menyatakan bahawa perjanjian-perjanjian yang sedia ada di antara Malaysia dan Thailand serta mana-mana pihak sebelum ini masih lagi terpakai.

    Petronas sebelum ini telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri Kelantan untuk memberi hak kepada negeri itu mendapat royalti 5 peratus setahun sama ada onshore (daratan) atau offshore (lautan).

    Menurut Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990 terdapat peruntukan dalam akta itu untuk membayar kepada mana-mana pihak yang terlibat. Akta itu juga tidak menafikan pembayaran royalti mana-mana pihak termasuk kepada kerajaan negeri Kelantan.

    Kerajaan Barisan Nasional berkata Kelantan tidak berhak kepada minyak yang ditemui 150 kilometer dari persisiran pantai negeri itu, walaupun amalan sedia ada menunjukkan Petronas membayar royalti minyak kepada Terengganu dan Sarawak meskipun penyedutan minyak berlaku lebih 200 kilometer di laut luas.

    Menteri Penerangan Dr Rais Yatim dengan angkuh berkata royalti minyak kepada negeri-negeri terletak sepenuhnya di bawah sifat ehsan dan belas kasihan Kerajaan Pusat dan bukannya hak rakyat Kelantan atau rakyat mana-mana negeri.

    Rais juga berkata kerajaan telah mengarahkan Petronas untuk menyanggah tuntutan Kelantan itu, namun sehingga ke hari ini Petronas belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu ini.

    Tengku Razaleigh berkata semua pihak harus menjurus kepada keikhlasan untuk membela rakyat miskin.

    “Saya tidak tahu kenapa ini boleh menjadi isu kerana semasa kita buat perjanjian ini, kita sudahpun fikir kedudukan negeri Kelantan, Sabah, Sarawak, Terengganu yang merupakan negeri-negeri miskin, dan sememangnya patut hasil dari keuntungan minyak ini diberi kepada rakyat di negeri-negeri miskin ini untuk mengimbangi pembangunan di negeri-negeri lain yang sudahpun maju.

    “Saya telah menandatangani perjanjian bersama kerajaan-kerajaan negeri lain. Kalaulah benar Petronas telah dapat faedah dari minyak yang diusahasama ini, maka berkewajikan Petronas membayar kepada kerajaan negeri Kelantan,” kata Ahli Parlimen Gua Musang itu.

    Selaku bekas Pengerusi Petronas Tengku Razaleigh berharap tidak ada pihak yang mempolitikkan isu ini.

    “Kita sedar bahawa kawasan-kawasan minyak ini terletak dibawah Kerajaan Pusat namun harus difahamkan juga bahawa perjanjian yang kita buat ini adalah untuk membantu negeri-negeri ini, apatah lagi negeri-negeri miskin. Jadi patut hasil minyak ini diberi kepada mereka.

    “Saya telah bincangkan perkara ini dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, untuk merumuskan perjanjian memberi 5 peratus ini, dengan satu matlamat yang jelas iaitu membantu negeri-negeri berkenaan.

    “Selain itu, Kerajaan Pusat juga bertanggungjawab untuk menjana pembangunan di negeri-negeri terbabit selain dari lima peratus itu. Jadi tidak perlu diungkitkan lagi dan tidak patut jadi isu kalau Petronas sendiri mengaut keuntungan dari perjanjian ini, maka berkewajipan untuk memberi royalti kepada negeri terbabit,” tegas Tengku Razaleigh.

    Ehsan: Suara Keadilan

    Selasa, Julai 21, 2009

    Alasan Nazri langsung tak boleh pakai!

    Orang ramai mempertikaikan kaedah SPRM menjalankan soal siasat tetapi Menteri Dalam Negeri, Mohamed Nazri mempertahankannya dan berkata cara sedemikian telah digunakan sejak berpuluh tahun lalu

    "Saudara pun jangan lupa, saya juga pernah disiasat oleh BPR atau SPRM pada tahun 2003, dan itu kaedah mereka menyiasat...kadangkala ada permintaan supaya penyiasatan itu tidak dilakukan pada waktu kerja kerana ada setengah orang bimbang dan takut kalau dia pergi waktu kerja, ramai orang akan tahu dan tidak akan rasa selesa kerana dia absent (tidak hadir) waktu ofis, jadi ada yang minta supaya disiasat luar masa kerja... itu perkara biasa," katanya di sini

    Adakah Nazri mengalami perkara yang sama sepertimana orang lain ketika disiasat oleh SPRM sewaktu disiasat tentang skandal pemberian permit teksi dulu? Tidak! SPRM yang datang ke pejabat Nazri; malah pegawai SPRM yang menyiasatnya itu pun kecut teloq bila berjumpa dengan Nazri! Patutlah SPRM tak dapat apa-apa bukti dari Nazri yang begitu angkuh sewaktu disiasat!

    Teoh Beng Hock diarahkan hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.00 petang hingga jam 3.30 pagi esoknya dan ditemui mati dipejabat tersebut kemudiannya.

    Adakah Teoh Beng Hock minta siasatan dilakukan di luar masa kerja hingga ke jauh tengah malam? Jangan ingat orang sebodoh macam kau tu Nazri!

    Nazri juga berkata ketidakhadiran peguam ketika seseorang individu itu disoal siasat SPRM bukanlah satu masalah besar dan Nazri cuba menyamakan dengan kes Lim Guan Eng yang berjumpa dengan penduduk Kg Buah Pala tanpa kehadiran peguam. Nampak sangat Nazri cuba mengelirukan orang ramai kerana membandingkan dua isu yang tidak ada relevannya.

    Alasan-alasan bodoh macam itulah yang buat orangramai membuat pelbagai spekulasi dan hilang kepercayaan terhadap kewibawaan institusi SPRM dan PDRM.

    Lantaran itu, tuntutan orangramai agar satu Suruhanjaya Diraja Penyiasatan segera ditubuhkan untuk menyiasat kes tersebut amatlah wajar sekali.

    SPRM Hentikan perang terhadap Pakatan Rakyat - LKS

    20 Julai, Alor Gajah Melaka : Sewaktu menghadiri majlis sembahyang mendiang Teoh Beng Hock disini pagi tadi, orang kuat DAP, Lim Kit Siang berkata, " Dia seorang yang sihat dan bertanggungjawab ; datang ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberikan kerjasama dan membantu dalam soal siasatan SPRM, tetapi dia keluar dari sana sebagai mayat!"

    Beliau mahu Najib menghentikan segera dan serta merta ‘perang’ antara SPRM terhadap Pakatan Rakyat.

    “Kita mahu supaya SPRM menumpukan ‘perang’ asalnya untuk membenteras rasuah yang menjadi-jadi dalam Negara kita, “ kata Karpal.

    “Kita mempunyai skandal rasuah mega PKFZ dan pembelian rumah RM24 juta, Khir Toyo ; tetapi sehingga kini tiada apa-apa pun dilakukan oleh SPRM,” tambahnya lagi.

    Beliau turut menyelar Pengerusi Suruhanjaya SPRM, Datuk Ahmad Said, yang selama dua hari sebelum ini menyepi, tetapi tiba-tiba telah membuat kenyataan bahawa kematian Teoh Beng Hock tidak ada apa-apa kaitan dengan SPRM.

    “Ahmad Said tidak berhati perut langsung dan punya perasaan sebagai manusia. Apakah beliau lupa, bahawa kejadian tersebut berlaku di bangunan SPRM sendiri?” Tanya nya.

    Beliau menggesa supaya Ahmad said letak jawatan dan bersara.

    Isnin, Julai 20, 2009

    Jangan biarkan kematian Beng Hock sia-sia sahaja

    Saya ikut pergi rombongan dari Ipoh untuk menghadiri Majlis upacara pengkebumian jenazah Teoh Beng Hock di rumah keluarganya di Melaka.Bas. Bas kami bertolak pagi buta jam 4.00.

    Saya tidur sepanjang perjalanan yang kemudiannya berhenti di tempat rehat di Tg Malim untuk sarapan pagi dan solat subuh.

    Selepas itu, bas meneruskan perjalanannya semula dan saya meneruskan pula tidur saya.Penumpang-penumpang yang lain pun macam itu.Masing-masing mahu menyimpan tenaga untuk beberapa jam yang akan mendatang.

    Sedar-sedar, entah dimana ? Saya memerhatikan beberapa papan tanda sepanjang perjalanan.Saya cukup jengkel tatkala melihat beberapa nama yang ditulis pada papan tanda tunjuk arah disepanjang jalan pagi tadi.Habis rosak bahasa Melayu, bisik dalam hati saya ababila melihat tulisan nama tempat seperti Cyberjaya , Hicom….adakah itu ejaan Bahasa Melayu? Mengapa tidak guna ejaan Saiberjaya atau Haikom? Biarlah pakar bahasa ambil hal perkara tersebut. Saya nak sambung semula tidur tadi; matahari nampak merah pagi ini…

    Akhirnya sampai diTaman perumahan jenazah tersebut dan kami semua bergegas turun menuju kerumah jenazah.Tengok bukan main ramai manusia.Ada India punya orang dan Melayu.Cina dah tentulah yang mendominasikan majlis tersebut.

    Saya pertama kali nak melihat bagaimana upacara pengkebumian jenazah penganut Budha.Ini peluang sekali dalam hidup dan saya mengambil kesempatan tersebut sambil merakamkan beberapa gambar.

    Gambar menceritakan segalanya.Lihatlah sendiri berikut :

    Sedang menantikan kedatangan bas...

    Bersama YB Jalong, Leong Mee Meng

    Orang ramai berpusu-pusu

    Kelihatan Lim Kit Siang dan Karpal sedang membuat kenyataan akhbar

    Penghormatan terakhir untuk mendiang Teoh Beng Hock..

    Besar kemungkinannya ini kakak mendiang Beng HocK

    Sedang membacakan doa untuk jenazah

    Keranda yang menempatkan mendiang Beng Hock

    Tunangan mendiang yang cukup tabah

    Ibu mana yang tidak remuk redam hatinya...

    Salehudin Ayub bersalaman dengan sekumpulan orang PAS tempatan

    Ini adalah persoalan keadilan sesama manusia

    Bacalah sendiri apa kat banner tu


    Seterusnya adalah gambar-gambar perarakan mengiringi jenazah keluar dari taman perumahan tersebut untuk di bawa ke Nirvana Memorial di Semenyih untuk disemadikan disana.



    Ahad, Julai 19, 2009

    Demi kewibawaan SPRM dan PM Najib - tiada pilihan lain selain mewujudkan Suruhanjaya Diraja Penyiasatan


    18 Julai, Ipoh : Lim Kit Siang telah mengadakan satu sidang medianya di Wisma DAP pagi tadi dan terjemahannya lebih kurang berikut :

    Pagi kelmarin saya telah menghantar satu fax segera kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta diadakan satu pertemuan yang secepat mungkin yang boleh sekembalinya dari luar Negara bagi membincangkan mengenai kematian luar biasa Teoh Beng Hock , Setiausa Politik Exco Selangor, Ean Yong Hian , yang terhumban jatuh dari tingkat ke-14 Ibu Pejabat SPRM Selangor pada Khamis lepas.

    Saya telah menyatakan dengan jelas tujuan pertemuan tersebut bagi membincangkan mengenai kematian luarbiasa Teoh yang dibawah tahanan SPRM , mengakibatkan kemarahan rakyat diseluruh negara tanpa mengira bangsa, ugama, fahaman politik .

    Saya bersedia menemui Najib walaupun di Lapangan Terbang KLIA apabila belau kembali esok.

    Jika Najib sedia menemui saya, saya akan meminta Ketua Pembangkang Parlimen dan Ketua Umum Parti Keadlan Rakyat Malaysia , Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang untuk bersama demi kewibawaan SPRM dan kedudukan Najib sendiri sebagai Perdana Menteri, bahawa tiada pilihan lain selain menubuhkan Suruhanjaya Diraja Penyiasatan keatas kematian luar biasa Teoh Beng Hock yang terhumban jatuh daripada tingkat ke-14 bangunan Ibu Pejabat SPRM Selangaor di Shah Alam

    Kepercayaan masyarakat terhadap kabinet tidak bertambah baik lantaran reaksi janggal (schizophrenic) dan bangga diri daripada beberapa Menteri keatas kematian Teoh Beng Hock.

    Saya gembira kelmarin bila Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin yang pada mulanya menolak diadakan Suruhanjaya Diraja Penyiasatan keatas kematian Teoh Beng Hock, berkata bahawa permintaan bagi penubuhan Suruhanjaya Diraja Penyiasatan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet yang akan datang Rabu ini.

    Tetapi yang paling mendukacitakan adalah kenyataan daripada dua Menteri Kabinet, seorang oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan seorang lagi oleh Presiden MCA, Menteri Pengangkutan , Datuk Seri Ong Tee Keat.

    Selepas menyepi sejak Khamis dan Jumaat, Ong telah mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggung jawab bahawa Kabinet akan ‘meninjau ’ terlebih dahulu sama ada perlunya mengadakan Suruhanjaya Diraja Penyiasatan tersebut.

    Apa lagi perlu tijauan? Apa yang rakyat mahukan ialah Ong bersama tiga lagi Menteri MCA, juga Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon supaya mengambil langkah yang tegas dalam Kabinet supaya Suruhanjaya Diraja Penyiasatan keatas kematian Teoh diwujudkan dan tidak ada cara kedua yang lain.

    Jika diatas kematian Teoh, Ong dan kumpulann 4 Menteri MCAnya dan Koh tidak dapat menyakinkan penubuhan Suruhanjaya Diraja tersebut, apa gunanya mereka kekal berada dalam Kabinet?

    Ketegasan tanpa berkompromi mesti diambil selepas kenyataan yang menggemparkan oleh Hishamuddin kelmarin yang berkata bahawa openubuhan Suruhanjaya Diraja itu tidak perlu terburuburu kerana pihak polis yang menyiasat kes tersebut masih dalam peringkat awal.

    Apakah Menteri-Menteri MCA dan Gerakan bersedia untuk bercakap benar dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini dan menyampaikan rasa hilang kepercayaan masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum dan ugama , dalam hal siasatan politik hingga ke kes-kes kematian dalam tahanan berprofail tinggi – setelah kes skandal melampau ‘Mata Lebam Anwar’ sermasa dalam tahanan polis di tahun 1998, bila mana polis mendakwa bahawa Anwar melakukan sendiri dan menyebabkan matanya lebam.

    Muhyiddin telah mengelirukan rakyat bila mengatakan bahawa hanya Kabinet sahaja yang boleh memutuskan m tentang penubuhan Suruhanjaya Diraja Penyiasatan keatas kematian Teoh.

    Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk membuat keputusan tersebut dan membuat pengumuman mengenainya walaupun sebelum Kabinet bermesyuarat – sepertimana mantan Perdana Menteri , Datuk Seri Abdullah Badawi lakukan pada Isnin, 28 November, 2005 sewaktu mendarat tiba di lapangan Udara Angkatan Diraja Malaysia (RMAF), Subang , sekembalinya dari mesyuarat CHOGM di Malta , mengumumkan penubuhan suatu penyiasatan bebas keatas skandal polis berhubung isu ‘Ketuk Ketampi Bogel’ tanpa merujuk kepada mesyuarat Kabinet.!

    Adakah Najib tidak mampu membuat keputusan dan tindakan segera seperti Abdullah untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja Penyiasatan yang melibatkan skandal agensi-agensi seperti Polis dan SPRM yang merupakan tunjang kepercayaan rakyat dan kewibawaan keseluruhan pentadbiran dan kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri?

    Malam memperingati tragedi kematian misteri Teoh Beng Hock di Ipoh


    18 Julai, Ipoh : Sebagai memperingati dan memprotes diatas trajedi kematian penuh misteri seorang pembantu Exco Negeri Selangor,mendiang Teo Beng Hock, di sekitar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor semasa memberikan penerangan di pejabat berkenaan pada hari Khamis, 16 Julai 2009 , Pakatan Rakyat Perak telah mengadakan suatu perhimpunan menyalakan lilin berhampiran dengan Wisma DAP disini malam tadi.

    Perhimpunan secara aman tersebut dihadiri lapisan masyarakat yang turut bersimpati diatas trajedi malang yang penuh misteri.Mereka hadir untuk menyatakan tanda kegelisahan rakyat dan menuntut keadilan untuk simangsa.


    Turut hadhir dalam majlis itu ialah pimpinan Pakatan Rakyat Perak yang antaranya ialah, Lim Kit Siang , Ngeh Khoo Ham, Idham Lim dan lain-lain.

    Dalam ucapannya mengenai isu kematian misteri tersebut Lim Kit Siang berkata, “ Siapa yang akan percaya , Teoh, 30 , akan membunuh diri dengan terjun dari tingkat 14 di Ibu Pejabat SPRM , sedangkan dia akan mendaftarkan perkahwinannya dengan seorang guru, Soh Cher Wei, 28 pada keesokannya dan Soh sedang mengandung dua bulan?”


    “Insiden ini telah mencetuskan perasaan takut dan curiga orang ramai terhadap kebolehpercayaan SPRM khasnya dan pihak penguatkuasa kerajaan amnya dalam menjaga kepentingan rakyat dan Negara”

    Lim berharap dapat menemui PM Najib Tun Razak sekembalinya dari luar negeri dalam masa yang terdekat ini.


    Perhimpunan yang sederhana itu turut dikawal rapi dan dipantau oleh pasukan keselamatan yang membenarkan majlis tersebut berjalan sehingga jam lebih kurang 10.30 malam.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...