Followers

Isnin, Ogos 31, 2009

Nostalgia menyambut Sidang DUN bawah pokok


Apakah negara kita benar-benar sudah merdeka ? kalau benar sudah Merdeka kenapa rakyat masih ditindas dan dizalimi?


Apakah merdeka itu sekadar mengkibarkan bendera dan bermain dengan bunga api? Kalau itu caranya lebih baik kita latih lebih ramai monyet dan berok untuk melakukannya dan anak-anak kita tidak perlu lagi berpanas terik dengan bendera untuk mengembirakan pemimpin yang berteduh dibawah khemah dengan kipas angin.


Apakah begini gambaran sebuah bangsa tamadun yang merdeka? Kononnya komunis dan Jepun itu kejam.Israel itu pengganas....tetapi apakah istilah kalimah yang tepat kita pakaikan kepada kerajaan Umno/BN yang bermaharajalela dinegara kita ini?


Wakil rakyat kami yang sah dipilih sebagai Adun, tetapi dinafikan hak mereka untuk bersidang di Dewan Undangan Negeri hingga terpaksa bersidang dibawah pokok.


Adakah insiden serupa akan berulang lagi pada Rabu 2 September ini? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Perjuangkan Islam, bangsa akan selamat



Subuh tadi sempat mengikuti kuliah subuh bersama DS Nizar di Surau Nurul Iman,Kampung Tersusun Pengkalan Pegoh. Nampak seronok sangat para jemaah disitu kerana dapat mengikuti kuliah beliau yang sering diselang seli dengan kelucuan yang menghidupkan suasana hening disubuh hari.

Banyak perkara yang disentuh oleh beliau dalam kuliah yang memakan masa hampir satu jam itu.Antaranya adalah tentang perjuangan yang sia-sia atas nama kebangsaan Melayu.


Nizar telah mengingatkan tentang beberapa kaum atau bangsa yang hebat lagi terkenal diatas muka bumi ini dahulu kala.

Beliau merujuk kepada kaum Aad iaitu penduduk “Iram” yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, yang belum pernah diciptakan sepertinya di segala negeri.

Dan terhadap kaum Thamud yang memahat batu-batu besar untuk tempat tinggal mereka.

Dan terhadap Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh iaitu piramid.


Kesemua orang-orang itu bermaharajalela dan melampaui batas di negeri masing-masing. Mereka melakukan banyak kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.

Kemana kini perginya bangsa-bangsa besar dan maju tersebut?

Kalau bangsa sehebat mereka, dengan peninggalan kebesaran dan kekuasaan mereka yang masih boleh generasi hari ini melihatnya, apalah sangat kalau mahu dibandingkan dengan bangsa Melayu kita ini.


Beliau turut mengingatkan pesan Rasulullah SAW yang sabdanya yang bermaksud : Bukan dari kalangan kami mereka yang menyeru kepada asabiyah.

Nizar mengingatkan bahawa bangsa tidak akan dapat menyelamatkan ugama; tetapi ugamalah yang akan menyelamatkan bangsa. Oleh itu memperjuangkan ugama sekali gus akan dapat menyelamatkan bangsa.

Polis dikuasai penjenayah : Mengapa Musa Hassan tidak berani ulas?

KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Sikap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang enggan mengulas tuduhan bahawa beliau mengizinkan penjenayah menguasai pasukan polis menimbulkan persoalan besar terhadap kredibilitinya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Malah, katanya lagi, ia juga menyebabkan kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein lebih dipertikaikan.

"Mengapa selepas mengambil alih kerajaan April lalu, Najib dan Hishammuddin terus mengekalkan seorang KPN yang telah begitu lama dipertikaikan kredibilitinya?

"Sama seperti kita mahukan seorang Perdana Menteri yang bersih dan dilihat bersih sejak dari mula Najib menyandang jawatan itu, kita juga mahukan seorang KPN yang bukan sahaja bersih tetapi dilihat bersih.

"Amat mengecewakan apabila hendak melantik KPN yang bersih dan dilihat bersih pun tidak mampu dilakukan oleh kerajaan Najib," kata Salahuddin.

Mengulas lanjut keengganan Musa mengulas pelbagai tuduhan terhadapnya itu, beliau berkata, "itu bukan sifat seorang KPN".

Sepatutnya, kata Salahuddin, Musa berdiri tegak untuk menangkis pelbagai tuduhan terhadapnya.

"Umno tidak henti-henti memperlekehkan kenyataan-kenyataan bersumpah yang disiarkan oleh Raja Petra (Kamarudin) sebagai tidak ada nilai, bohong dan sebagainya.

"Kenapa Musa tidak matikan sama sekali pendedahan Raja Petra kalau pendedahannya tidak ada nilai dan bohong?

"Bukankah orang kita terkenal dengan pepatah berani kerana benar?" kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Dalam laman web kelolaannya, Malaysia Today, Raja Petra semalam menyiarkan kenyataan bersumpah yang mengandungi pelbagai tuduhan terhadap Musa.

Malaysiakini melaporkan, Musa enggan mengulas tuduhan-tuduhan itu.

Walaupun dipadamkan identiti dan beberapa maklumat lain dalam kenyataan bersumpah itu, Raja Petra berjanji akan menyiarkan kesemuanya jika perkhidmatan Musa sebagai KPN disambung semula.

Dalam kenyataan bersumpah yang dikatakan dibuat oleh seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadinya (aide-de-camp atau ADC), Musa dituduh menyebabkan pasukan polis dikuasai penjenayah berikutan hubungannya dengan kumpulan itu.

Pegawai polis itu menuduh Musa membiarkan kepala-kepala penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan penentuan jawatan mereka.

Sebagai ADC kepada Musa, kata pegawai polis itu, beliau diarahkan untuk "menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh BK Tan". [klik sini]

Laporan sebelum ini mendakwa Tan adalah kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga didakwa menguasai sistem maklumat berkomputer polis.

Pegaawai polis itu juga mendakwa bahawa sesetengah arahan pertukaran dibuat dengan tujuan untuk memerangkap pegawai yang diarahkan berpindah itu.

Sesetengah arahan pertukaran pula dibuat untuk memperlihatkan seolah-olah Musa melakukannya dengan tujuan menghapuskan rasuah.

Musa juga dituduh mengarahkan supaya diwujudkan blog tanpa nama pemiliknya untuk menuduh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta dari tiga kepala penjenayah.

Johari pada masa itu ialah Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan dikatakan tidak mempunyai hubungan baik dengan Musa.

Kenyataan bersumpah pegawai polis yang mendakwa pernah menjadi ADC kepada Musa itu juga mengulangi tuduhan bahawa Musa berada di sebalik pakatan jahat ke atas bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Ramli Yusof dan lain-lain pegawai yang terlibat menyiasat beberapa kepala penjenayah.

Ramli dan pegawai-pegawai tersebut sebelum ini menghadapi tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ketika itu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Pegawai polis tersebut juga menyatakan beliau pernah memaklum dan mengadukan perkara itu kepada begitu ramai pembesar termasuk Johari sendiri dan bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.

"Bagaimanapun, tidak banyak yang dapat dilakukan bila perkhidmatan Musa (sebagai KPN) dilanjutkan dua tahun lagi pada Julai 2007 lalu oleh Perdana Menteri sebelum ini, (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu.

"Ia menjadi pengesahan yang sangat kuat bahawa kerajaan berada di belakang Musa sepenuhnya," kata pegawai polis itu dalam kenyataan bersumpahnya.

Menurut Raja Petra, terdapat tanda-tanda bahawa kerajaan mahu menyambung lagi perkhidmatan Musa untuk kali ketiga apabila tempoh perkhidmatannya kini tamat pada 14 September akan datang.

"Ini bermakna kumpulan kongsi gelap Cina akan terus menguasai pasukan polis dan menentukan siapa yang ditukarkan, dinaikkan pangkat, diturunkan pangkat dan dicampak ke dalam penjara. "Ya, mereka bertindak sehingga ke peringkat mencampakkan pegawai-pegawai polis yang enggan 'berkerjasama' ke dalam penjara. Dan, hari ini, kami mengemukakan bukti mengenainya," kata Raja Petra._

sumber : harakahonline

Ahad, Ogos 30, 2009

Nizar : Kami akan hadir-Polis jangan halang kami

Ipoh,30 Ogos : Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pakatan Rakyat Perak akan hadir ke Sidang Dun Rabu depan seperti notis panggilan yang telah dikeluarkan speaker V.Sivakumar kepada mereka.

DS Nizar memaklumkan bahawa persiapan Dun Perak kali ini telah dibuat lebih rapi, sejak enam bulan yang lalu.

Pihak Polis dan FRU tidak boleh lagi menghalang sidang Dun tersebut dari terus berlangsung, sebagaimana yang pernah mereka lakukan dalam peristiwa 'Perak Yang Gelita' (1Black Perak), 7 Mei lalu.

"Saya berasa ia (Perak Yang Gelita) tidak akan berlaku kerana Tuan Speaker (Sivakumar) telah membuat suatu persiapan yang lebih serius sejak enam bulan lalu. Sivakumar telah memohon daripada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya ianya (sidang dun) tidak akan dihalang Polis dan FRU."


"Kami (Pakatan) merasakan kalaulah kemasukan kami (ke Dun) itu dihalang kerana mahkamah tidak memberikan pengisytiharan, maka ia sesuatu yang bertentangan dengan peraturan Panel Kod 124 Kanun Keseksaan. Polis dan FRU tidak boleh menghalang atau mengkasari kami. Sebab itu, kami (Pakatan Rakyat) meminta perintah Mahkamah supaya manghalang Ketua Polis Daerah dan FRU mengkasari kami dari menghadiri sidang dun depan," ujarnya lagi.

Ditanya tentang sidang dun Rabu depan sudah mendapat perkenanan Tuanku Sultan atau tidak, Nizar menjelaskan bahawa bidang kuasa Tuanku Sultan untuk memanggil sidang Dun sebenarnya pada permulaan penggal kerajaan memerintah sahaja.

"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh diguna pakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama." tambahnya.


Semalam, sebuah akhbar arus perdana melaporkan, Ganesan mengarahkan semua Adun Perak tidak menghadiri sidang Dun Rabu depan.Beliau mendakwa Sivakumar cuba menyamar sebagai Speaker Perak dan seolah-olah cuba merampas kerajaan negeri dari genggaman Umno Barisan Nasional.

Mei lalu, Sivakumar mengeluarkan Notis Panggilan Sidang Dun Tergempar 11 hari lebih awal sebagaimana sah di diperuntukkan undang-undang, Perintah Tetap Dewan Negeri (PT)8(1).

Bagaimana pun, ianya dihalang dan terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok.Selepas kejayaan BN menghalang sidang Dun tergempar lalu, khalayak percaya Pakatan Rakyat akan berdepan cabaran yang lebih genting Rabu depan.

sumber : Harakah

Nizar : Itu Speaker Haram namanya

IPOH, 30 Ogos:Menteri Besar Pakatan Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi menegaskan bahawa Speaker Barisan Nasional, Datuk R. Ganesan, bekas Adun Sungkai itu bukanlah Speaker Dun yang sah.

DS Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang turut berkata, mustahil Ganesan boleh mengakui dirinya Speaker Dun Perak, sedangkan jawatan itu masih disandang V. Sivakumar secara sah sehingga sekarang.

"Dia (Ganesan) bukan Speaker yang sah. Dia tidak berhak berbuat menghalang sidang Dun Rabu depan kerana Sivakumar masih Speaker yang sah. Dalam laporan Aturan Mesyuarat (Standing Order) Dewan Undangan Negeri, selagi Speaker (merujuk pada Sivakumar) masih ada di kerusinya, tidak ada orang lain boleh mempengerusikan persidangan."

"Jadi, persidangan tidak bermula pun. Ini kerana Speaker Sivakumar telah menunggu semua yang diarahkan keluar dewan berdasarkan Perintah Tetap 11, keluar dewan (Dun)," ujarnya ketika dihubungi.

Jelas Nizar, Sivakumar telah mengarahkan 7 Adun BN (Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, Hamidah Osman, Ramly Zahari, Dr. Mah Hang Soon, Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharuddin) yang digantungnya kerana menghina Dun Perak; tetapi mereka enggan mematuhi peraturan tetap Dun.

Sivakumar juga telah mengusir keluar 3 Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt. (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang didakwanya sudah hilang kelayakan sebagai Adun disebabkan pengisytiharan kekosongan Dun, keluar dewan; tetapi mereka juga mengingkari perintah Speaker Sivakumar.

"Arahan Speaker (Sivakumar) waktu itu sah. Mereka (Adun BN) sedar, mereka sudah hilang majoriti (di dalam Dun). Jadi, mereka heret Sivakumar keluar secara paksa sebelum lantik Ganesan. Itu (Ganesan) Speaker haram namanya." ujarnya lagi.
sumber : Harakah

Sabtu, Ogos 29, 2009

Sebat : Penjara kita akan melimpah sementara menunggu hukuman - The Star

En Muzaffar Razmin (kiri) bersama En Pahrol
di Ibupejabat Polis Ipoh selepas membuat laporan

Satu laporan polis telah dibuat petang tadi keatas satu rencana tulisan Pengurus Editor akhbar The Star, P.Gunasegaran.

Seorang usahawan muda tempatan, Muzaffar Bin Razmin dalam laporannya kepada pihak polis menyatakan bahawa sebagai seorang Islam, hatinya telah terguris apabila membaca tulisan G.Gunasegaran di akhbar harian The Star keluaran 28 Ogos bertajuk ‘No to Whipping for dinking’ di muka surat N54 (Views) secara langsung telah menghina Islam.



Tulisan berupa satu rencana pendek itu berbaur hasutan dan cuba mengadakan pemberontakan terhadap agama Islam.

Muyzaffar juga mendakwa , tulisan tersebut memprovokasi ketegangan agama yang boleh mendatangkan ketidak harmonian antara kaum dan boleh menggugat kestabilan negara serta mengundang kacau bilau di dalam negara.

Rencana tersebut sangat jelas telah memperlekehkan institusi-institusi Islam sekali gus menggugat kewibaan hakim-hakim mahkamah syariah.

Ia juga turut mencemarkan rukun negara dan menghina Raja-Raja sebagai Ketua Agama.

Muzaffar berharap agar pihak KDN menarik lesen penerbitan ‘The Star’ dan mengenakan tindakan sewajarnya terhadap penulis tersebut.

Selcat Akan Bersidang Siasat Adun BN dan Pakatan

Jawatankuasa Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) akan mengadakan siasatan terbuka mendedahkan penyelewengan dana oleh kerajaan negeri yang lalu.

Jawatankuasa ini juga akan menyiasat penggunaan dana adun-adun Pakatan Rakyat bermula dari tahun lepas hingga ke suku tahun pertama 2009.

Siasatan yang dibuat akan dilaksana secara terbuka dan dipengerusikan oleh Speaker Teng Chang Khim bermula 8 September hingga 11 September, dan 15 September di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Turut dipanggil adalah saksi-saksi dari kalangan pegawai-pegawai daerah di semua daerah di Selangor untuk diambil keterangan berkenaan penggunaan dana oleh para Adun.

Juga disiasat adalah dakwaan bahawa adun-adun BN telah menghabiskan semua peruntukan kerajaan negeri dalam masa tiga bulan sahaja sebelum Pilihanraya Umum ke-12.

Hasil siasatan sebelum ini mendapati 203 permohonan untuk peruntukan diluluskan dalam masa satu hari sahaja, bahkan wang yang diagihkan itu diluluskan selepas Parlimen dibubarkan pada 13 Februari.
sumber; TVAntara

DS Nizar : Tokoh yang berwibawa


Nizar membuktikan dirinya sebagai seorang pemimpin yang sangat berkemampuan.Cakapnya berisi dan teratur.Penuh semangat dan berkeyakinan.Bijak berbicara dengan menggunakan pelbagai bahasa , lancar dan faseh sebutannya jelas dan lancar walaupun tanpa menggunakan teks ucapan sebagaimana pemimpin -pemimpin lain.

Inilah kelebihan kehebatan DS Nizar - seorang tokoh Pakatan Rakyat yang punya kewibawaan dan integriti yang kalau mahu dibandingkan dengan Zambry .... jauh panggang dari api.

Tapi Zambry tu tetap degil orangnya; tetap mahu mendekatkan dirinya dengan api...tengok apa sudah jadi dengan dirinya...alahai!

Makan Kepala Lembu lebih baik dari makan rasuah

Mahyuddin Manaf menghina Islam bila kalimah
'takbir' diterjemahkan dengan tulisan 'TAKE BEER'

Gambar diambil daripada klip video dibawah.Mereka melaungkan takbir penuh gegak gempita ; tetapi tidak menjiwai kalimah tersebut dengan sebenarnya. Malah sebenarnya , mereka memperolok-olok dan mempersenda-sendakan kalimah mulia 'Takbir'tersebut dengan tulisan perkataan 'TAKE BEER' yang bermaksud 'AMBIL BEER'. Secara terang-terangan, mereka ini telah mempromosikan pengambilan arak atau cuba untuk menghalalkan arak.Sedih dan kesiah melihatkan mereka yang memakai serban dan kopiah diperbodohkan oleh puak-puak Umno dengan sensetiviti Melayu dan Islam yang sempit.

Mahyuddin sendiri adalah 'extremely racist'- pijak kepala lembu

Lihat pula gambar diatas; mereka mengarak dan menginjak-injak kepala seekor lembu.Tidakkah ini satu usaha untuk memprovok sensetiviti ugama lain yang menganggap lembu sebagai binatang suci mereka? Jawatankuasa Bertindak ini sengaja berbuat demikian kerana jelas bahawa mereka menyedari perbuatan tersebut adalah satu provokasi terhadap agama lain.Lantaran itu Mahyuddin Manaf , selaku jurucakap kumpulan tersebut mendakwa kononnya kepala lembu tersebut telah dibawa oleh individu yang 'extreme' dan bukan daripada Jawatankuasa Bertindak.

Kalau dah tahu ianya dibawa oleh individu yang extreme, mengapa kumpulan ini mengarak dan melayannya dan dia sendiri pula adalah antara mereka yang memijak-mijak kepala lembu tersebut. Terbukti dia seorang pembohong dan kumpulan Jawankuasa tersebut adalah extrem dan sangat merbahawa terhadap wawasan Najib, Satu Malaysia.

Saya sendiri melihat perbuatan mereka ini amat biadab dan diluar kesopanan apabila menginjak-injak kepala lembu tersebut.Bukan sebab saya melihatnya dari kacamata seorang penganut Hindu, tetapi sebagai seorang Islam yang melihat kepala lembu itu sebagai bahan makanan yang seharunya dihormati.Lebih baik makan kepala lembu daripada makan rasuah.
Lihatlah klip video berikut :

Khamis, Ogos 27, 2009

ISU SEBAT: PESURUHJAYA PAS PERAK BIDAS KENYATAAN HISHAMUDDIN

Isu sebat yang menjadi perbualan kita hari ini telah dipermainkan oleh sebilangan pihak yang cuba untuk menyindir Islam. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata bahawa beliau mengakui Jabatan Penjara di bawah kementeriannya tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran untuk melakukan hukuman sebat mengikut undang-undang syariah terhadap Kartika.

Menjawab persoalan ini, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein berkata bahawa ia tidak menjadi masalah yang perlu dijadikan alasan supaya proses ini tergendala. Dari segi penangguhan disebabkan Bulan Ramadhan, ia adalah satu perkara yang munasabah dan tidak perlu dipertikaikan. Tetapi, apabila terdapat sebilangan pihak menyifatkan bahawa “tiada kepakaran”, ialah satu alasan yang tidak boleh diterima.

Beliau berkata lagi, ketika zaman Nabi Musa AS, Bani Israel cukup banyak alasan untuk menolak arahan Nabi Musa. Kes yang terjadi ketika zaman Nabi Musa AS ialah pembunuhan seorang hamba Allah. Lalu, Nabi Musa AS mengadili kes tersebut dengan memerintahkan kepada Bani Israel untuk mendapatkan ekor binatang tersebut, berdasarkan perintah Allah SWT, untuk membuktikan pesalah.

Namun, Bani Israel melontarkan pelbagai persoalan, dengan bertujuan tidak mahu melaksanakan perkara tersebut. Mereka bertanya, warna apakah lembu tersebut? Jenis apakah ia? Dan sebagainya. Hakikatnya mereka tidak mahu menurut perintah Nabi Musa AS, bahkan mereka sengaja mempermainkan perkara tersebut. Alasan semata-mata.

Demikianlah yang berlaku hari ini. Pelbagai alasan yang tidak boleh diterima, sengaja direka-reka. Sekiranya kita lihat dari segi logik akal, mereka yang berada di bawah Jabatan Penjara sudah dilatih untuk merotan dengan cara tertentu terhadap pesalah. Contohnya yang berlaku selama ini, setiap perotan akan memastikan hayunan rotan tersebut tepat mengenai punggung pesalah. Sekiranya tersilap, perotan tersebut akan dibicarakan.

Beliau berkata lagi, perkara ini merupakan perkara yang kecil. Sekiranya menyebat orang dengan kasar pun sudah pandai, apatah lagi menyebat dengan cara Islam? Cara yang diajar oleh Islam agak lembut dan tidak bertujuan menzalimi. Apa susahnya? Adakah disebabkan biasa membuat kezaliman, sudah payah untuk melakukan perkara yang baik? Hakikatnya itu adalah alasan semata-mata.

Beliau menambah lagi, sekiranya tidak pandai untuk memukul cara Islam, kami bersedia menunjuk ajar. Selama ini, para penyebat penjara hanya diajar dengan memukul secara kejam. Maka, apa susahnya untuk belajar cara sebatan dalam Islam pula? Ia lebih mudah. Sebatan cara Islam tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk menghayun rotan tersebut. Juga tidak perlu ditelanjangkan pesalah tersebut. Apa yang susahnya? Mereka hanya beralasan sahaja untuk tidak melaksanakan hukum Allah.

Selain itu, beliau bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Presiden PAS sendiri telah menjelaskan perkara tersebut. Beliau juga menasihati kepada mereka yang tidak tahu supaya mendalami Islam terlebih dahulu, jangan terlalu cepat menghukum Islam itu sebagai kejam. Beliau juga menasihatkan kepada mereka yang terlibat dalam mengemukakan alasan-alasan yang tidak sepatutnya, supaya tidak meniru kelakuan Bani Israel yang hanya bijak mencari alasan untuk tidak melaksanakan sesuatu hukuman.

Hukuman Sebat : Sharizat menentang

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti , Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata hukuman sebat dan denda maksimum yang dikenakan ke atas model sambilan itu atas kesalahan minum arak tidak merendahkan kredibiliti Mahkamah Syariah.

“Saya kesal apabila kes ini mendapat perhatian pihak media antarabanga yang menggambarkan seolah-olah syariah di negara ini menzalimi semua wanita. Baca seterusnya di sini

Alhusseyn : Komen Shahrizat tu nampak baiklah sangat , fikir aku.Tapi apabila aku teruskan bacaan, mulalah naik menyampah. Berikut adalah pandangan Shahrizat seterusnya :

  • Beliau menyifatkan hukuman maksimum yang dijatuhkan ke atas Kartika adalah satu hukuman yang boleh dikatakan keterlaluan,"
  • Saya amat terkilan dalam menegakkan syariat Islam, kita mesti bijaksana, mesti adil dan saksama dan dengan belas kasihan.
  • Saya khuatir undang-undang sebegini dikuatkuasa kerana beliau seorang wanita... Kalau nak mengajar pesalah, tidak boleh aibkan, apalagi kalau dia wanita.
  • Saya tidak mahu kes ini dilihat sebagai kes duluan (untuk kes seterusnya).

    Ternyata, Shahrizat menentang hukuman tersebut.Kenyataan awalnya hanyalah berupa dolak dalih supaya beliau tidak dianggap sebagai penentang hukum syariah.

    Hukuman maksimum 6 sebatan yang diperuntukan dalam enakmen syariah sedia ada itu apalah sangat kalau hendak dibandingkan dengan hukuman sebenar dalam Islam iaitu antara 40 hingga ke 80 sebatan.
  • Perpecahan mula melanda parti komponen BN

    Majlis Presiden MCA lewat malam ini memecat Timbalan Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung skandal seks yang dihadapi bekas menteri itu awal tahun lalu.

    Mesyuarat malam ini difahamkan diadakan secara tergesa-gesa, manakala akhbar Sin Chew Daily melaporkan Dr Chua hanya dimaklumkan mengenainya pada kira-kira jam 4.30 petang semalam.

    Penghujung 2007, DVD yang dirakam secara rahsia yang menunjukkan babak-babak seks Dr Chua dengan teman wanitanya diedarkan di beberapa tempat di Johor.

    Susulan itu, awal 2008, Dr Chua mengejutkan negara dengan mengaku berterus terang bahawa beliaulah lelaki dalam DVD itu dan mengumumkan peletakan semua jawatan dalam kerajaan dan parti.

    Pada pemilihan parti Oktober tahun lalu - yang menyaksikan kenaikan kembali Dr Chua kepada jawatannya sekarang.

    Walau bagaimanapun , awal bulan ini, jawatankuasa itu menyiasat aduan bahawa Dr Chua telah mencemarkan imej parti selepas muncul dalam satu DVD yang menunjukkan beliau adakan hubungan seks dengan seorang wanita.

    Dr Chua tokoh yang dianggap pencabar utama Ong , yang melihatnya sebagai musuh ketat dan ancaman paling besar. Dr Chua berharap "Ong akan tidur lena malam ini" selepas pemecatannya.

    Alhusseyn : Kenapa tindakan memecat Dr Chua hanya baru diambil sekarang ? Adakah ini ada kaitan dengan isu RM10 juta itu? Kita akan melihat babak-babak yang lebih menarik lagi apabila Dr Chua bertindak balas nanti.Pergolakan dalaman MCA, komponen penting Barisan Nasional ini tentunya akan mengancam kestabilan BN itu sendiri. Nampaknya bukan Ong sahaja tidak boleh lena tidur, bahkan juga Najib dan BN.

    Bukan sahaja MCA sedang bergolak, tetapi begitu juga dengan MIC yang sedang berhadapan dengan pemilihan Timbalan Presiden nanti.Ternyata, pergolakan parti komponen dalam BN akan terus melemahkan jentera BN itu sendiri.

    Sumber : di sini

    Rabu, Ogos 26, 2009

    Najib : Aku tahulah....

    Presiden Umno, Najib Tun Razak malas nak cakap banyak hanya sekadar berkata : "Saya tahu apa sebabnya".

    Reaksi Najib ini , yang tidak turun padang dalam PRU Permatang Pasir ‘tahu apa sebabnya’ mengundang persoalan : Perkara apa sebenarnya yang Najib tahu?

    Apakah Najib tahu bahawa kekalahan Umno di Permatang Pasir sengaja dirancangkan supaya ianya akan memberikan satu impak negatif terhadap kepimpinannya didalam Umno?

    Tentu Najib tertanya-tanya, kenapa diletakan Calon yang penuh kurap dan panau bertanding di PRU Permatang Pasir?

    Bagaimana Rohaizat terlepas daripada saringan menyebabkan rekod peribadinya termasuk pembatalan sijil peguam sivil dan perkahwinan kedua dibongkar dan terbongkar?Di mana perisikan, di mana Cawangan Khas dan di mana ‘mata-mata’ dalam Umno?

    Walaupun dipercayai bahawa isu tersebut telah pun diketahui oleh pasukan petugas yang diberi tanggungjawab memilih calon tetapi ia dipandang ringan dan sengaja meletakan nama Rohaizat Othman sebagai pilihan utama.Kenapa?

    Namun Pengarah Pilihan Raya BN yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang bertanggung jawap diatas pemilihan Rohaizat sebagai calon ; cuba mempertahankan tindakannya itu dengan berkata :

    “Jangan salahkan calon, jangan juga salahkan jentera : Penduduk tidak mahukan perubahan!"

    Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan isu yang melibatkan calon mereka, Rohaizat Othman, menjadi faktor kepada kekalahan BN.

    Sudah tentu kenyataan Muhyiddin ini merupakan mesej yang ditujukan kepada Zahid. Bahawa Zahid gagal melaksanakan tanggungjawabnya dalam menyediakan calon yang berwibawa dan berintegriti.

    Dan begitulah sikap Muhyiddin , yang hanya mahu melepaskan tengkoknya sendiri dengan meletakan kesalahan tersebut keatas pundak Zahid semata-mata.

    Rohaizat Othman sudah tentu tidak akan menyalahkan dirinya atau Zahid yang telah memilih dirinya sebagai calon tetapi beliau telah menyalahkan pula pengundi Cina :

    “ Orang Cina tidak menunaikan janji untuk menyokong! Mereka gagal memahami konsep pembangunan yang cuba dibawa oleh BN kepada rakyat Permatang Pasir,” katanya.

    Walau bagaimana pun, Najib tetap hanya berkata : "Saya tahu apa sebabnya". Adakah Muhyiddin tahu maksud sebenar kata-kata Najib tersebut?

    Selasa, Ogos 25, 2009

    Dorongan dari seorang isteri

    YB Ust. Salleh Man bersama isterinya
    yang tersayang Siti Fatimah Osman


    Kak Timah merupakan nama mesra yang selalu diungkap oleh kawan-kawannya. Nama sebenarnya ialah Siti Fatimah bte Osman.Beliau bertugas sebagai guru sekolah. tempatan di sini

    Kejayaan seorang suami biasanya adalah atas dorongan seorang isteri.Maka begitulah juga kejayaan YB Ust Salleh Man.Kejayaan beliau tidak boleh dipisahkan daripada sokongan isterinya yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dean dorongan selama ini.

    Inilah kali pertama kejayaan beliau setelah masuk kali ke-6 beliau bertanding .

    Update terkini keputusan PRU Permatang Pasir

    9.00 mlm : YB Ustaz Salleh Man dan penyokongnya baru kembali dari Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.Kini sedang menunggu solat Isya dan terawih sebelum majlis ceramah kemenangan

    8.45mlm- Pada pilihan raya yang lalu (2008) , keputusannya adalah seperti berikut :
    PAS: 11004
    BN : 5571
    Majoriti : 5433

    7.35 ptg - PAS: 9618
    BN : 5067
    Majoriti : 4551

    7.20ptg - Makluman : Jumlah Pengundi : 20,290
    Jumlah keluar mengundi : 14,768
    Peratus : 72.78%
    ( Sorry, la ni saya nak siap-siap utk berbuka....!)




    Ust Hasan Razak meraikan kemenangan YB baru

    aku ucapkan tahniah kepada YB baru Ust Salleh Man

    PAS sedang mendahului Umno dalam PRU Permatang Pasir.Berikut adalah maklumat dari Markaz Induk yang terkini.
    =========================
    6.50ptg- Pengumuman terkini ialah majoriti- 4,551. Jumlah sebelumnya 5,557 (silap kira) -Takbir!

    6.35ptg- Satu penguman dibuat disini - Untuk meraikan kemenangan calon di Markaznduk selepas solat terawih malam ini.

    6.30ptg - Semakin ramai penyokong PAS berkumpul di Markaz Induk untuk meraikan kemenangan.Khabarnya majoriti 4 ribu!

    6.13 ptg - PAS menang dikesemua peti undi.Khabarnya dengan majoriti 3,000

    PAS mendapat 169 berbanding Umno 87 undi di Permatang Tengah, Saluran 1.

    Di Kubang Kemang, PAS dapat 315 undi berbanding Umno hanya beroleh 100 undi di saluran satu.

    PAS = 786
    Umno =328
    Majoriti : 458

    Sila update di sini dari masa kemasa




    Jamratul Umno di Permatang Pasir

    Biasanya kita melontar batu di Jamratul Aqabah, Jamratul Wusta dan Jamratus-Sughra. Tetapi di PRU Permatang Pasir sini juga, kita dapat menyaksikan aksi melempar batu walaupun musim haji belum tiba lagi. Mungkin boleh dinamakan Jamratul Umno!
    Seorang anggota Pemuda Umno luka ringan di tangannya dalam satu insiden baling batu di Bukit Indera Muda, Permatang Pasir tengahari tadi.

    Ketika sekumpulan 200 skuad bermotor Pemuda Umno dari Kubang Semang itu berhenti di tepi jalan untuk pemeriksaan polis sengaja menguatkan bunyi enjin motosikal mereka, menyebabkan terjadi perang mulut antara penyokong PAS dan Umno.

    Tempat kejadian itu terletak kira-kira 50 meter dari pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Bukit Indah. Terdapat juga sebuah markaz BN berdekatan tempat itu.

    Update Terkini jam 4.00 Permatang Pasir

    Sehingga kini peratus keluar mengundi di sembilan tempat pusat membuang undi ialah 70.5%.

    Terkini jam 1.30 t/hari di Permatang Pasir

    25 Ogos , Permatang Pasir : Cuaca agak mendung dan tidak panas. Mungkin akan hujan disebelah petang sat nanti. Sehingga kini perjalanan PRU di sembilan pusat pengundian berjalan dengan lancar.Lalulintas ke pusat pembuangan jam macam siput berjalan.
    Tiada apa-apa insiden yang buruk berlaku setakad kini.Pihak polis tegas dengan tidak membenarkan sesiapa pun yang membawa lambang parti hatta memakai baju yang ada lambang parti pun tidak dibenarkan berada berhampiran dengan pusat undi.

    Sehingga jam 12.00 tengahari tadi, seramai 9,037 atau 44.66 % jumlah pengundi telah keluar melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat bagi DUN Permatang Pasir.

    Hampir tercetus pergaduhan di Permatang Pasir


    Kekecuhan yang hampir mencetuskan pergaduhan berlaku disatu kawasan dimana rumah penempatan petugas PAS dan Umno hanya bersebelahan sahaja.


    Pihak Umno telah memasang sepanduk rentang yang berunsur 'provokasi' di hadapan penempatan mereka menyebabkan petugas PAS disitu telah mengadu kepada pihak SPR.


    Apabila pihak SPR hadir bersama beberapa petugas mahu menurunkan sepanduk tersebut, beberapa petugas Umno bersikap samseng dan terus berdegil dan membantah tidak membenarkan sepanduk tersebut diturunkan.


    Walaupun terdapat ramai anggota polis disitu, namun mereka seolah-olah tidak berani untuk bertegas terhadap sikap melampau samseng-samseng Umno/BN tersebut


    Keadaan semakin tegang apabila hampir setengah jam pihak SPR gagal untuk menurunkannya dan menyebabkan lalu lintas di situ semakin sesak kerana semakin ramai orang berkumpul memerhatihatin insiden tersebut.


    Mereka menjerit-jerit dan mencerca petugas-petugas PAS yang membantah pemasangan sepanduk tersebut.Mereka menunjukan sikap biadap dan kurang sopan yang keterlaluan terhadap orang-orang yang lebih dewasa berpangkat ayah kepada mereka.Beginikah caranya mereka berpuasa dengan menghamburkan kata-kata mengejek dan memaki hamun orang lain? Petugas PAS sekadar melaungkan takbir sebagai tindak balas mereka.


    Pihak Umno/BN mulai kendur apabila secara kebetulan Pengerusi BN Pulau Pinang, Dato Zahid Hamidi lalu disitu lalu mententeramkan keadaan.


    Petugas SPR akhirnya berjaya menurunkan dua sepanduk yang mencetus ketegangan tersebut.

    Sementara itu, Pengerusi SPR ,Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, Khairy Jamaludin hanya menyerahkan kepada SPR 14 nama sahaja walaupun sebelum ini, Khairy heboh mendakwa bahawa terdapat 3 ribu pengundi hantu di Permatang Pasir.

    Aziz berkata dakwaan Khairy tersebut adalah mengarut dan 14 nama yang diserahkan oleh Khairy itu sebenarnya adalah orang tempatan yang mendaftar pada 2002.Dibawah akta baru bagi mereka yang mendaftar pada 2002 keatas dikehendaki mendaftar ikut alamat didalam kad pengenalan. Baca seterusnya di sini

    Terbukti dakwaan Khairy itu meleset jauh dan kenyataan SPR itu membuktikan bahawa Khairy adalah seorang pembohong dan tidak boleh dipercayai.

    Isnin, Ogos 24, 2009

    Umno akan mendapat pasir sahaja ....

    PERMATANG PASIR: PAS bukan mementingkan usaha mempertahankan majoriti pada PRK Permatang Pasir kerana yang lebih diutamakan ialah mempertahankan kemenangan kerusi Dun N11 itu, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

    Beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat bukan menghadapi hanya Umno atau Barisan Nasional dalam sesatu pilihan raya kecil tetapi menghadapi seluruh jentera kerajaan persekutuan, yang secara langsung bererti menentang kerajaan Malaysia.

    Oleh kerana itu, secara akliahnya adalah mustahil, PAS akan dapat mempertahankan undi majoriti pada PRU12 lepas melalui mantan calonnya, selain beberapa sebab lain yang mungkin boleh mempengaruhi pengundi, katanya

    Baca lagi di sini

    Misi Bubur lambuk Perak berjaya di Permatang Pasir


    Petang kelmarin saya turut bersama petugas-petugas Perak di Permatang Pasir telah mengagih-agihkan bubur lambuk yang dimasak sendiri kesebuah taman penduduk yang berhampian.


    Antara pemimpin yang turut serta dalam rombongan tersebut ialah bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Kamaruddin Awang Basir, Setiausaha DUN Perak, Ustz Misbahul Munir bin Masduki dan YDP Tapah, Rahim Noordin.

    Kira-kira 400 buah rumah telah berjaya dikunjungi dan mendapat agihan bubur lambuk yang disertakan buah korma serta minuman kotak.

    Rata-rata penduduk yang dikunjungi gembira dengan kehadiran kami apabila kami menghulurkan kepada mereka sedikit oleh-oleh untuk berbuka puasa.

    Bagi bukan beragama Islam, pemberian tersebut adalah sebagai satu pendedahan tentang makanan istimewa orang Melayu dibulan puasa sebagaimana mereka selama ini menganggap ketupat dan rendang makanan istimewa Melayu waktu menyambut Hari Raya.

    Ada juga peristiwa yang agak lucu yang kami alami.Salah seorang penduduk yang dikunjungi telah bertanya : kamu semua dari mana?

    “Kami datang dari PAS,” jawab Ustaz Misbah sambil menghulurkan bubur lambuk.


    “Bagus! Bagus! Saya ingat dari Umno! Katanya sambil menyambut pemberian kami.

    “Kalau dari Umno, kami tak mau! Kami tak mahu makan duit haram rasuah!” penduduk tersebut berkata dan membuatkan kami yang mendengarnya turut ketawa.

    Di ketika yang lain pula, apabila beberapa penduduk Cina disitu mengetahui bahawa kami adalah dari Perak, maka bukan main seronoknya mereka menyambut kami.Mereka memuji-muji tentang Dato Seri Mohammad Nizar. Mereka kata , “Itu Nizar banyak baik punya orang! Sekarang punya itu Zambry, talak guna punya!”

    Kami seronok sepanjang kunjungan kami tersebut kerana rata-rata penduduk disitu telah menyatakan rasa benci mereka terhadap Umno/BN.Nampaknya misi bubur lambuk dari Perak telah berjaya

    Ahad, Ogos 23, 2009

    Sokongan masyarakat semakin memihak kepada Pakatan Rakyat

    Hujan lebat tidak menghalang Ust Salleh Man daripada menemui orang ramai di sekitar pekan Permatang Pauh dan Sama Gagah di sini pagi tadi.

    Turut bersama beliau ialah Menteri Besar Perak, DS Mohammad Nizar Jamaluddin.Mereka turut terserempak dengan rombongan Menteri Besar Selangor Tan Seri Khalid Ibrahim semasa mengadakan kempen bertemu masyarakat disekitar kawasan tersebut.

    Orang ramai begitu gembira menyambut kedatangan mereka dan masing-masing menyatakan sokongan kepada calon PAS yang bertanding.Kalangan peniaga dan masyarakat Cina yang ditemui begitu mesra dengan DS Nizar kerana dapat berbual dengannya dalam bahasa ibunda mereka.

    Tanpa menghiraukan keadaannya yang basah,Ust Salleh Man dan DS Nizar terus menemui para peniaga di sekitar deretan kedai dan pasar awam di situ untuk mendapat sokongan mereka pada PRU 25 Ogos Ini.

    Sabtu, Ogos 22, 2009

    Rohaizat nampak alim tetapi....

    Soksek terhangat di Permatang Pasir terkini ialah berkenaan calon BN, Rohaizat yang telah berkahwin lagi dengan seorang wanita bernama Hafizah Mohd Ali dari Felda 11, Pahang.

    Rohaizat telah menafikan berita tersebut dan mendakwa isterinya hanyalah Hairun Nisa seorang sahaja.

    Namun pendedahan tersebut telah mendorong SB untuk menyiasat lalu mereka telah pergi menemui bapa wanita tersebut.Bapa wanita tersebut mengesahkan cerita tersebut dan kini pemimpin BN/Umno tengah menggelabah tak tau nak cakap apa untuk membela Rohaizat berkaitan isu terbaru ini.

    Shahrizat cukup marah kerana sikap Rohaizat yang telah mengabaikan isterinya itu dan ini sangat menghina kaum wanita.Shahrizat sangat kecewa dengan sikap Rohaizat dengan berkata, " Tak sangka, Rohaizat tu nampak alim rupanya ...."

    Mahathir : Jangan sokong tunggul kayu, calon korup

    Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, jangan sokong tunggul kayu atau calon korup.

    Dr Mahathir bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tidak sekali-kali akan berkempen untuk pembangkang tetapi akan cuba menyedarkan rakyat bahawa sokongan mereka kepada BN mestilah bertempat dan mestilah berasaskan akal waras.

    “Sekiranya orang yang seperti tunggul dan korup dicalonkan, walaupun jika mereka mewakili BN, rakyat tidak patut memberikan sokongan. Dengan cara itulah sahaja kita dapat membersihkan kerajaan,” tegasnya.

    Sumber : sini

    Solat hajat Pas Kawasan Gopeng


    PAS Kawasan Gopeng telah mengadakan satu majlis sembahyang hajat di perkarangan markas Cawangan Pengkalan Pegoh malam kelmarin.

    Sedang memberi penerangan kafiat sembahyang hajat

    Sembahyang hajat tersebut adalah bagi tujuan memohon perlindungan daripada Allah SWT daripada penularan wabak H1N1 yang sedang melanda negara hari ini.

    Juga di pohon kehadrat Allah agar diberikan keringanan dan kesabaran keatas isteri Pesuruhjaya PAS Perak yang khabarnya agak tenat mengalami penyakit kanser.

    Tidak lupa juga memohon untuk kemenangan di PRU Permatang Pasir.Kutipan derma untuk kempen Permatang Pasir juga turut diadakan.

    Ust Lokman - penceramah jemputan

    Suatu ceramah ringkas tapi padat dengan saranan perjuangan telah disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua Tambun, Ust Lokman.Beliau mengingatkan hadirin bahawa kerja-kerja yang dilakukan dalam jemaah adalah merupakan ibadat yang sama pentingnya dengan lain-lain ibadat.

    Mengalu-alukan kehadiran - YDP Hj Rahim

    Turut hadir dan memberi ucapan pada majlis tersebut ialah YDP Gopeng Hj Rahim Mat Ariff.

    Jumaat, Ogos 21, 2009

    Wang palsu RM100 untuk undi BN


    Kempen di Permatang Pasir semakin memalukan. Belum pun reda isu calon BN, Rohaizat menggelapkan wang koperasi Pekebun Kelapa RM161,000 , kini timbul pula isu wang palsu sedang beredar di Permatang Pasir.

    Seorang penduduk di kawasan Permatang Pasir hari ini menemui tiga keping kertas cetakan menyerupai wang RM100 bersama nota memintanya mengundi calon BN pada pilihan raya keci, 25 Ogos ini.

    Salim Abdul Hamid, 60-an, dari Kampung Petani, berkata beliau menemui sampul surat yang diselitkan di bawah pintu rumahnya ketika terjaga dari tidur pada 2 pagi tadi.

    "Pada mulanya saya ingat duit betul tetapi bila pegang kertas berkenaan ia rasa lain dan nombor siri pada semua wang palsu itu juga adalah sama," katanya kepada pemberita.


    Beliau berkata bersama "wang" berkenaan terdapat sekeping nota berbunyi "tolong undi calon BN".

    "Saya tidak pasti siapa yang letak sampul itu, tetapi ada beberapa jiran turut dapat sampul berisi wang berkenaan," katanya.

    Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mahfuz Omar berharap pihak terlibat menghentikan perbuatan berkenaan kerana ia akan mengelirukan pengundi di situ.

    "Saya tidak tuduh sesiapa, tetapi pihak yang terlibat atau mempunyai kaitan dengan perkara berkenaan, tolong hentikan perkara ini," katanya.

    Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir melibatkan calon BN Rohaizat Othman dan calon PAS Mohd Salleh Man.

    Kerusi itu kosong akibat kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lepas akibat serangan jantung.

    - BERNAMA

    Anjing Besar menyalak di Permatang Pasir

    Dalam sidang media pagi tadi, Dato Mahfuz Omar telah menafikan tohmahan yang dibuat oleh Anjing Besar Umno yang kononnya calon PAS, Mohd Salleh Man telah menggelapkan wang peruntukan untuk jentera pilihanraya PAS RM 600,000.00.

    Anjing Besar itu menulis, bahawa dakwaan serious itu dibuat sendiri oleh Naib Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mujahid Yusof Rawa dan Mantan Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang Zulkifli Lazim.

    “Orang yang membuat kenyataan itu tidak bertanggungjawab dan bersembunyi di sebalik blog yang tidak bernama," kata Mahfuz

    Tuduhan 'Anjing Besar' itu tidak masuk akal – bila masa PAS Pulau Pinang begitu kaya mempunyai dana sebanyak itu? 'Anjing Besar' itu menyangka PAS sama seperti mana Umno/BN boleh mendapat dana (baca wang rasuah) sebanyak itu untuk menggerakan jentera pilihanrayanya.

    Mahfuz menyifatkan fitnah yang diwarwarkan oleh Anjing Besar itu hanya bertujuan untuk mengalih tumpuan orangramai terhadap isu pecah amanah RM161,000 wang koperasi Pekebun Getah calon Umno, Rohaizat.

    Tuduhan tersebut tidak berasas langsung dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak perlu membuang masa untuk melayannya. Hari ini 'Anjing Besar' itu cuba menarik perhatian dengan mencabar Mahfuz di sini .Lawak sungguh!

    Tak usah dilayan Anjing Besar itu.Biarkanlah dia mengonggong ikut kata tuannya.Tak lama nanti keletihan , menjelirlah lidah busuknya itu!

    Khamis, Ogos 20, 2009

    Pembunuh Teoh Beng Hock : Bayangannya mulai nampak

    Banyak perkara yang selama ini mencurigakan kini mulai terungkai hasil pendedahan berani beberapa pegawai SPRM yang benar-benar jujur dan bertanggungjawab melalui sepucuk surat misteri.

    Surat misteri tersebut mengesahkan tentang adanya komplot yang melibatkan Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin bin Hashim dan bekas Menteri Besar Selangor, Dato Seri Dr Khir Toyo, bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

    Komplot tersebut melibatkan siasatan terhadap peruntukan dana yang melibatkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat sehingga melibatkan kematian seorang pembantu Adun yang dosoalsiasat SPRM, Teoh Beng Hock adalah gara-gara kegelojohan dan kegairahan melampau pihak komplot tersebut untuk mencari kesalahan kerajaan Pakatan Rakyat.

    Penulis surat misteri tersebut turut menyatakan bahawa besar kemungkinan kematian TBH adalah disebabkan Timbalan Pengarah (TP) tersebut dengan menyatakan beberapa butiran yang perlu disiasat lebih rapi lagi seperti isu DNA lelaki misteri.

    Menurut surat tersebut, TP tersebut mempunyai teknik soalsiasat yang tersendiri iaitu beliau selalu menyoalsiasat seseorang dengan cara memegang di bahagian hadapan tali pinggang individu dan mengangkatnya beberapa kali serta menggoncangnya.

    Turut didedahkan bahawa TP adalah orang yangt telah mengarahkan pegawai bawahannya untuk mengelap /mengesat kesan cap jari pada tingkap yang dipercayai tempat Teoh jatuh.

    Selain itu, TP dikatakan tidak mengetuk kad perakam waktu (punch-card) semasa beliau hendak balik daripada pejabat pada 16 hb Julai 2009, jam 6.10pagi.Beliau seorang yang teliti dengan kad perakamnya.Tetapi kenapa pada tarikh tersebut beliau tidak mengetuk kad perakamnya?

    Gempar : Kandungan surat misteri kini tersebar

    Siapakah Pegawai tinggi SPRM dan Ahli politik yang dikaitkan dengan kematian Teoh Beng Hock? Dana adakah benar Khir Toyo terlibat sama

    Dua nama terpampang melalui surat tersebut ialah Timbalan Pengarah SPRM Selangor, PKPj1 Hishamuddin bin Hashim dan mantan Menteri Besar Selangor, Dato Seri Dr Khir Toyo

    Nama mereka telah didedahkan melalui surat misteri yang nampaknya ditulis oleh pegawai-pegawai SPRM sendiri yang jujur dan ikhlas dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebenar mereka. Seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan sangat berterima kasih diatas langkah berani pendedahan tersebut ; walaupun siasatan rapi perlu dibuat terlebih dahulu diatas kesahihan cerita yang terkandung dalam surat tersebut.


    Klik untuk besar . Nak baca lagi seterusnya : [KLIK SINI]

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...