Followers

Rabu, September 30, 2009

Sokong Isa Samad bererti anda menyokong rasuah


Tiada pilihan lain bagi BN melainkan menamakan Tan Sri Isa Samad sebagai calon bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang setelah diugut oleh gerombolan Umno Bahagian tempatan yang memberikan kata dua kepada pimpinan pusat ; samada Isa Samad atau pemulauan.

Kemelut tersebut timbul apabila pimpinan pusat cuba mengenepikan Isa Samad dan menggesa Umno bahagian terbabit menamakan individu lain untuk dicalonkan kerana Isa Samad pernah dihukum gantung kerana terbabit dalam rasuah politik tidak lama dulu.

Isa digantung selama tiga tahun mulai 24 Jun 2005 kerana rasuah politik melanggar etika pemilihan pucuk pimpinan Umno 2004.BN cuba meletakan calon yang dilihat bersih, namun gerombolan Umno tempatan tetap mahukan pemimpin seperti Isa Samad, seorang yang tidak amanah kerana melanggar etika parti.

Walaupun beliau telahpun menjalani hukuman penggantungan keahliannya dalam Umno, beliau tidak pernah dihadapkan ke SPRM.

Umno menganggap rasuah politik yang dilakukan oleh Isa Samad hanyalah satu kesalahan kecil sahaja walaupun Isa Samad ketika itu adalah seorang Menteri Wilayah dan pernah menjadi menteri besar Negeri Sembilan. Kesalahan rasuah politik tentunya melibatkan wang yang bukan sedikit. Namun Umno sekadar menganggapnya sebagai melanggar etika parti dan dianggap sebagai kesalahan kecil sahaja.

Terbukti bahawa pemilihan Isa Samad ini menunjukan bahawa Umno tidak serius untuk membenteras gejala rasuah yang berleluasa dalam negara.Kalau Umno sendiri gagal membenteras rasuah di kalangan ahli sendiri dalam pemilihan parti mereka ; bagaimana pula mereka akan mampu membenteras rasuah diperingkat negara?

SPRM tidak berani untuk menyiasat Isa Samad dan begitu juga Jawatankuasa Disiplin Umno yang terpaksa mengurangkan hukuman gantung keatas Isa dari enam tahun atau dua penggal kepada tiga tahun sahaja selepas beliau membuat rayuan.

Sekarang adalah peluang rakyat untuk menghukum Isa Samad perasuah licik ini.Kalau anda bencikan amalan rasuah, anda mesti tidak akan memberikan undi anda kepada Isa Samad.Buktikan bahawa usaha kecil anda ini akan mengajar Umno supaya mereka benar-benar mahu menbenteras gejala rasuah di Malaysia.

Zulkefly Mohamad Omar Calon PAS di Bagan Pinang

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar diumumkan malam ini sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Pemilihan Zulkefly diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat penyelarasan DAP bagi pilihanraya kecil berkenaan dekat Port Dickson.

Petang tadi, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemilihan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN.

Dewan Harian PAS bermesyuarat petang tadi untuk memuktamad pemilihan calonnya di Bagan Pinang.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

sumber : MalaysiaKini

Selasa, September 29, 2009

Apa penambahbaikan Hasan Ali itu?

Mesyuarat khas tiga penjuru yang dipengerusikan oleh MB Khalid Ibrahim yang mengambil masa selama dua jam malam tadi memutuskan Selcat akan menjalankan sesi soal siasat secara terbuka manakala keanggotaannya yang kini terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kekal tanpa dirombak

Terbukti bahawa kekecuhan isu Selcat yang disebabkan oleh mulut celupar Hasan Ali itu sebenarnya memang tidak perlu.Tindak tanduk Hasan mengkritik Selcat secara terbuka sekadar mengundang cemuhan orangramai terhadapnya disamping menggugat kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan memberi modal politik kepada UBN.

Kita berharap kejadian seumpama ini tidak berulang lagi kerana ianya hanya akan menguntungkan UBN sahaja.

Walaupun tidak ada apa-apa tindakan keatas Hasan Ali diambil, kredibiliti dan integriti Hasan Ali jelas terjejas dan tercalar.Hasan Ali akan sentiasa dipandang serong dan disangsikan oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Reaksi sebegini tentunya tidak dapat dielakan kerana ini adalah kali yang ketiga Hasan Ali membuat kekecuhan yang tidak perlu dan menggugat Pakatan Rakyat

Sila baca posting Khalid Samad di sini

Isnin, September 28, 2009

Misteri Pengundi POS Bagan Pinang


N31 Dun Bagan Pinang mempunyai 4,925 pengundi yang mengundi melalui undi pos. Ini tidak termasuk pengundi pos HARAM.

Bukti dan maklumat di bawah ini mendedah bahawa penipuan secara terancang oleh pihak SPR ternyata tidak dapat disangkal lagi. Malah suara-suara yang menyatakan bahawa SPR adalah kuda tunggangan UMNO-BN ternyata benar.

Maklumat ini saya perolehi dari seorang bekas tentera yang telah bersara dari ATM lebih setahun yang lalu. Katanya, secara kebetulan dia ingin menyemak daftar pemilih abangnya secara online di laman web SPR disini Namun dia sendiri terkejut apabila dia membuat semakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan semasa tentera yang bermula dengan huruf "T" 1068XXX, namanya juga ada tersenarai dalam undi pos walaupun telah setahun menjadi pesara tentera

Ini menunjukkan SPR gagal mengugurkan serta membersihkan senarai daftar pemilih bagi tentera yang telah bersara secara menyeluruh yang kini telah mempunyai MyKad. Nombor tentera mereka masih digunapakai sebagai pengundi pos yang sah (dibaca: sebenarnya haram).

Untuk maklumat juga katanya, anggota tentera yang bermula dengan nombor 1068xxx hingga 1070xxx adalah rekrut pengambilan pada bulan November 1986 siri 115 yang berpusat di PLR Port Dickson. Pengambilan ketika itu seramai lebih kurang 1970 orang. Jika dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 atau 22 tahun bermakna rata-rata mereka ini berpencen pada Nov 2007 dan Nov 2008. Namun sebahagian dari nama mereka, masihdigunakan sebagai pengundi pos secara haram setelah melebihi tempoh perkhidmatan bersara wajib.

Kenyataan di atas hanya merujuk kepada rekrut siri 115 dan belum termasuk rekrut dari perantis putera yang bermula dengan nombor 5337xx hingga 534xxx dimana tarikh bersara hampir sama.

Amat ketara adalah seperti nombor tentera yang berwarna merah di bawah adalah pengundi pos bagi kawasan DUN Bagan Pinang. Terdapat seramai 27 orang tersenarai daripada 362 orang sebagai pengundi pos secara haram. Jika 27 orang tersebut telah beristeri bermakna secara automatik isteri juga pengundi pos dan akan berganda menjadikan tambahan 27 orang lagi.

Secara keseluruhannya menjadikan 54 orang pengundi pos haram di DUN Bagan Pinang. Undi ini memberi advantage kepada UMNO-BN.

Anda boleh periksa sendiri mengenai kesahihan sumber ini dengan memasukkan nombor tentera di bawah dengan didahului abjad "T"bagi membezakan tentera dengan orang awam.

1068209, 1068213, 1068217, 1068221, 1068233, 1068236, 1068242, 1068250, 1068251, 1068258, 1068261, 1068263, 1068270, 1068281, 1068283, 1068289, 1068291, 1068294, 1068314, 1068315, 1068322, 1068333, 1068337, 1068339, 1068340, 1068341, 1068343, 1068355, 1068365, 1068367, 1068368, 1068376, 1068382, 1068383, 1068384, 1068390, 1068392, 1068394, 1068399, 1068404, 1068406, 1068409, 1068416, 1068424, 1068432, 1068441, 1068465, 1068467, 1068473, 1068474, 1068477, 1068483, 1068484, 1068489, 1068490, 1068492, 1068498, 1068499, 1068511, 1068518, 1068520, 1068525, 1068527, 1068530, 1068533, 1068548, 1068554, 1068556, 1068559, 1068560, 1068570, 1068573, 1068574, 1068576, 1068579, 1068580, 1068582, 1068589, 1068602, 1068619, 1068626, 1068627, 1068630, 1068637, 1068640, 1068650, 1068654, 1068656, 1068659, 1068666, 1068678, 1068683, 1068687, 1068691, 1068693, 1068694, 1068695, 1068704, 1068709, 1068713, 1068729, 1068731, 1068746, 1068748, 1068750, 1068752, 1068753, 1068760, 1068764, 1068774, 1068775, 1068783, 1068788, 1068795, 1068796, 1068800, 1068802, 1068805, 1068806, 1068808, 1068809, 1068813, 1068816, 1068821, 1068824, 1068825, 1068828, 1068833, 1068836, 1068837, 1068842, 1068847, 1068860, 1068862, 1068870, 1068871, 1068890, 1068891, 1068902, 1068920, 1068934, 1068938, 1068940, 1068941, 1068943, 1068946, 1068947, 1068948, 1068949, 1068951, 1068956, 1068958, 1068962, 1068963, 1068965, 1068967, 1068975, 1068985, 1068987, 1068990, 1068994, 1068997, 1068999, 1069004, 1069005, 1069009, 1069012, 1069015, 1069031, 1069064, 1069078, 1069083, 1069084, 1069093, 1069094, 1069101, 1069110, 1069111, 1069114, 1069121, 1069124, 1069132, 1069133, 1069134, 1069136, 1069142, 1069143, 1069146, 1069148, 1069151, 1069155, 1069159, 1069173, 1069181, 1069183, 1069192, 1069198, 1069208, 1069220, 1069227, 1069233, 1069235, 1069240, 1069253, 1069262, 1069265, 1069277, 1069279, 1069282, 1069274, 1069293, 1069297, 1069298, 1069306, 1069315, 1069331, 1069334, 1069338, 1069340, 1069344, 1069354, 1069362, 1069375, 1069379, 1069381, 1069400, 1069411, 1069421, 1069423, 1069424, 1069426, 1069437, 1069438, 1069440, 1069441, 1069442, 1069443, 1069444, 1069449, 1069452, 1069454, 1069456, 1069459, 1069465, 1069468, 1069477, 1069488, 1069494, 1069496, 1069499, 1069501, 1069503, 1069504, 1069505, 1069516, 1069523, 1069525, 1069530, 1069534, 1069536, 1069549, 1069560, 1069561, 1069562, 1069566, 1060571, 1060579, 1069581, 1069584, 1069586, 1069595, 1069597, 1069606, 1069612, 1069621, 1069628, 1069635, 1069636, 1069637, 1069649, 1069651, 1069653, 1069657, 1069668, 1069676, 1069677, 1069678, 1069682, 1069686, 1069690, 1069691, 1069693, 1069699, 1069711, 1069713, 1069714, 1069721, 1069732, 1069736, 1069743, 1069746, 1069742, 1069744, 1069745, 1069777, 1069796, 1069807, 1069812, 1069817, 1069820, 1069822, 1069826, 1069828, 1069829, 1069836, 1069841, 1069845, 1069848, 1069850, 1069853, 1069854, 1069856, 1069858, 1069868, 1069874, 1069875, 1069876, 1069878, 1069880, 1069892, 1069899, 1069900, 1069904, 1069907, 1069908, 1069917, 1069928, 1069929, 1069931, 1069933, 1069936, 1069937, 1069945, 1069949, 1069950, 1069951, 1069952, 1069968, 1069972, 1069983, 1069991, 1069993, 1069998, 1070000, 1070002, 1070014, 1070015, 1070016, 1070024, 1070028, 1070031.

A-I-B: Dengan terbongkarnya rahsia ini, ada kemungkinan SPR akan melenyapkan bukti-bukti tadi dengan membersihkannya secepat mungkin dari pangkalan data mereka. Namun saya telah mencetak keluar serta mendownload maklumat tersebut terlebih dahulu agar menjadi bahan bukti jika dinafikan oleh pihak SPR. - Cikgu Bard.

Kalau sudah tidak boleh disembuh pulihkan, apa lagi pilihan kita?

Hadis ada menceritakan antara tanda-tanda munafiq itu adalah suka membohong. Kita juga sedia sedar tentag adanya ayat (6) al-Hujuraat yang mafhumnya : Wahai orang-orang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa satu berita , maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan itu.

Saya pernah menulis tentang Hasan Ali dimana beliau cuba membuat penafian tentang suatu kenyataannya yang amat mengarut itu disini

Hari ini pula , Pengerusi Selcat, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Kim mendakwa Hasan Ali buat hal lagi; Hasan Ali menipu ikut katanya di sini.

Oleh kerana Pengerusi Selcat itu bukan Islam , maka eloklah jangan orang Islam percaya sangat; betul kah macam itu?

Nampaknya kita semua boleh terima pembohongan Hasan Ali dan marah kalau ada orang tuduh Hasan Ali itu kaki putar belit sebab dia bukan sahaja seorang Islam tetapi kerana dia seorang pemimpin jemaah Islam!

Oleh kerana dia pemimpin kanan jemaah, maka kita sebagai ahli jemaah , maka perlulah kena tolong cover untuk dia, lepas tu lopong nganga mulut bila jemaah rosak kerananya.

Pakar perubatan pun berpendapat, kalau ada anggota tubuh seseorang itu perlu dipotong untuk mengelakan penularan penyakit yang membahayakan seluruh badan, maka terpaksalah dipotong bagi memelihara keseluruhan tubuh badan yang lain.

Hasan Ali , kalau diibarat sebagai salah satu anggota badan, tentunya tidak boleh diibaratkan sebagai jari kelingking yang kecil sahaja dan mudah dicantas. Mungkin beliau boleh diibaratkan sebagai sepotong 'lengan' yang mempunyai 'jari jemari' dan sebagainya. Tetapi kalau lengan itu telah terbukti berpenyakit dan sudah tidak boleh disembuh pulehkan lagi ; maka apa lagi pilihan kita?

Tindakan Disiplin Keatas Hasan Ali : Wajar dan amat perlu

Terdapat desas desus mengatakan bahawa Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr.Hassan Ali bakal dikenakan tindakan displin oleh parti itu.

Khabarnya, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum ini telah memberi "amaran" dua kali secara lisan kepada Hasan Ali, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Pertama sekali berhubung soal pengharaman jualan arak di Shah Alam baru-baru ini, dan keduanya tentang isu berkaitan dengan kenyataannya "mempertikaikan" isu sedekah korban lembu oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim akhir tahun lalu.

Isu terkini (ketiga) ialah bila mana Hasan Ali mengkritik Selcat secara terbuka dan ada pula yang nampaknya menyokong dengan mengangkat kritikan Hasan Ali itu sebagai pandangan yang berbeza dan untuk menambah baikan perjalanan Selcat dalam siasatan.

Walaupun mungkin ada dua tiga perkara yang baik dalam cadangan beliau, terdapat pula yang melalut; umpamanya bilamana beliau mencadangkan supaya Jawatankuasa Selcat dirombak (Khir Toyo juga beri saranan yang serupa) dan dilantik daripada golongan professional seperti bekas hakim, peguam dan jurutera dan sebagainya. Ini adalah cadangan mengarut Hasan Ali dan bila ramai mencemuh cadangan tersebut, beliau cuba menafikannya.

Kritikan terbuka tersebut yang disertai dengan cadangan ‘melalut’ Hasan Ali ini telah mengundang cemuhan daripada beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk dari pimpinan kanan PAS pusat dan Selangor sendiri.

Ekoran daripada itu terdapat suara yang mencadangkan supaya Hasan Ali meletakan jawatan beliau selaku Exco negeri dan juga sebagai Pesuruhjaya negeri lantaran beliau telah mencemari kemulian dan amanah sebagai penjawat dua jawatan penting tersebut.

Dengan tidak semena-mena pula , tiba-tiba Setiusaha PAS Selangor mendakwa PAS Selangor akan mengadakan satu mesyuarat khas untuk mengkaji kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat di Selangor.Mujur keadaan kelam kabut daripada kenyataan melulu Setiausaha PAS Selangor itu segera dinafikan oleh Naib Presiden, Salehuddin Ayub di sini.

Walau apa pun ramai merasakan bahawa Hasan Ali sepatutnya menyuarakan pandangan yang berbeza itu melalui mesyuarat Exco.Lagi pun takkanlah tidak ada peluang langsung untuk bersemuka dengan MB Khalid atau Pengerusi Selcat untuk menyampaikan pandangan tersebut?

Tambahan pula, PAS diwakili oleh Saari Sungib dalam Jawatankuasa Selcat tersebut ; maka apa yang menghalang Hasan untuk berbincang dengan Saari Sungib supaya ‘pandangan berbeza’ beliau untuk penambah baikan Selcat itu dapat disalurkan melalui beliau? Apakah mungkin berlaku krisis peribadi antara mereka berdua ini (Hasan dan Saari) berhubung tindakan Hasan Ali memecat Shaari Sungib sebagai Ketua Penerangan Negeri tidak berapa lama dulu?

Oklah, kononnya Hasan Ali telah pernah mengusulkan perkara tersebut dalam mesyuarat Exco tetapi tidak diendahkan.Fine! Beliau harus membuat saranan bertulis kepada Pengerusi Selcat tentang segala apa cadangan penambahbaikan tersebut dan ini boleh dijadikan sebagai bahan bukti bahawa dia telah sungguh-sungguh berusaha untuk menambahbaikan Selcat sebagai menjustifikasisan tindakan beliau mengkritik Selcat secara terbuka.

Atau kalau mahu juga dibuat secara terbuka supaya perkara tersebut mendapat reaksi segera Selcat, Hasan Ali sepatutnya boleh menggunakan proksinya , Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi, misalannya ; untuk membantu beliau menyuarakannya. Orang tidak akan marah kepada Nasrudin kerana beliau bukan Exco atau PJ. Peranan sebagai pemantau dan pendesak amat cocok bagi seorang Ketua Dewan Pemuda serperti Nasrudin.

Dengan mengenepikan segala peluang yang ada terbentang luas sebagaimana yang disebutkan diatas tadi bagi Hasan Ali untuk mengemukakan pandangannya; maka tidak salah kalau ramai yang beranganggapan bahawa sikap Hasan Ali itu ‘sudah lebih’ dan dilihat sengaja mahu menonjolkan dirinya ‘ Esonlah Oreng!’

Hasan Ali dilihat seolah-olah mahu membela pegawai-pegawai daerah yang disoal siasat oleh jawatankuasa itu.

Dua kali amaran lisan yang ditampal pada dahi Hasan Ali seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan dan pengajaran langsung baginya supaya bertindak bijak penuh ketelitian demi menjaga permuafakatan Pakatan Rakyat. Hasan Ali nampaknya seolah-olah mahu terus menguji sejauh mana Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mampu bertindak keatasnya.

Hassan Ali dipercayai masih terus menerima sokongan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharudin Mat Isa serta Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi.

Namun sokongan mereka ini hanya menambahkan kesan negatif, kerana sokongan daripada mereka ini hanyalah mendorong orangramai mengingati semula kepada isu ‘Muzakarah dengan Umno’ atau Unity Government yang hampir telah dilupakan. Kita berharap benar TGNA tidak akan bersuara apa-apa dalam hal ini. Cukuplah pengalaman getir yang pernah PAS lalui berkaitan UG ini. Kita tidak mahu istilah-istilah 'sampah' atau 'boneka' terlompat dari mulutnya lagi.

Walau apa pun, tindakan MB Khalid yang akan mempengerusikan mesyuarat khas Isnin (hari ini) bagi menangani isu Selcat membabitkan anggota Selcat, Exco dan pegawai-pegawai daerah yang disoal siasat oleh jawatankuasa itu amatlah dialu-alukan.Kita tunggu dan berharap segala kekeruhan yang menggugat Pakatan Rakyat ini dapat digantikan dengan kejerjihan.

Kita amat yakin diatas kemampuan pemimpin kita sepertimana biasa; dapat merungkai dan menyelesaikan kemelut yang sedang dihadapi kini.

Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pastinya akan melihat dengan penuh minat keatas apa-apa juga keputusan mesyuarat Khas yang dipengerusikan oleh MB Khalid hari ini kerana ianya akan menjadi isyarat penting bagi Jawatan Kuasa PAS Pusat untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Tindakan disiplin ke atas Hasan Ali adalah wajar dan perlu setelah diberikan amaran lisan dua kali sebelumnya serta memandangkan tindak tanduk beliau yang selama ini amat meragukan.Kalau tidak ada apa-apa tindakan; maka apakah jaminan bahawa Hasan Ali tidak akan lagi mengulangi kesilapan seumpama ini di masa-masa mendatang.

Perlu kita semua ingat bahawa PAS di Selangor jauh lebih baik berbanding Selangor di bawah BN dulu.

Bila Melayu Menghormati manusia Lembu

I’ve just read an entry entittled 'Sultanization of Umno Leaders' .Earlier it was something about cow-slaughtering (I have a picture on the left which I snatched out from there).

Somehow the articles I've read , gave me an idea to write something as below. Since one of the article is in English , I decided to write in English too.Hope my loyal visitors won’t mind at all and let me have a go for this time only. I promise! I just want to proof that my command of English is quite good but a bit rusty since I seldom use it regularly, I suppose.

You see, while going through the article, my mind was wondering , floating away to distant years out there.

I remember reading the story of Wan Melini and Wan Empok when I was in merely in Std three – the memory is still there linggering after all these years.

You know how surprised both Wan Melini and Wan Empok, in one early morning to see their padi in the fields were all of solid gold! Imagine if that to happen in our days of nowdays, when even the scrap heap of iron could be easily turned into a hefty fortune.

Imagine the ladies’ shock to see glimses of gold, reflections that outshined the rays of the morning sun!

Imagine...this field of gold belongs to you!

They were shocked and was wondering what caused all this pleasant magic? Then lo! the story goes...across the padi fields there stood a holy cow vomitting out something which later on turned out to be a one good handsome prince, who later on married the two ladies and were happily ever after......(What else you expect when there are plenty of gold around you!) Cukuplah tu! Bahasa Melayulah pula....

Masa kecik-kecik tu, saya naik hairan juga macam mana muntah lembu tu boleh jadi seorang manusia yang mulia derjatnya...Benarkah raja-raja dari Bukit Saguntang itu berasal dari muntahan lembu?

Bila saya meningkat dewasa baru saya tahu.Rupa-rupanya kerana pengaruh ugama Hindu yang menebal dalam masyarakat penulis tersebut ketika itu.

Mereka menganggap lembu adalah binatang yang mulia dalam agama mereka sehinggakan apa-apa sahaja hinggakan muntah yang keluar dari mulut sang lembu juga dimuliakan.Nasib baik yang keluar melalui bontotnya itu tidak diiktiraf sama!

Mungkin sehingga sampai kehari ini apa sahaja kata-kata yang terkeluar dari mulut keturunan raja tersebut dipermuliakan dan disanjung orang.

Walau bagaimana pun, kita berasa hairan kepada sikap orang-orang Umno yang kononnya sangat menyanjungi Raja-Raja dan Sultan-Sultan itu, (sehinggakan menganggap bahawa hanyalah mereka sahaja rakyat Sultan / Raja) sanggup mengarak kepala lembu, memijak-mijak dan meludahnya! Tidakkah mereka pernah membaca kisah Raja dari Bukit Segantang ini?

Mujurlah , khabarnya raja-raja Melayu kita ini adalah keturunan Bugis – bukan dari pada muntahan lembu.Untung juga rasanya saya dapat menantu berketurunan Bugis.(Arwah Datuk Lelaki sebelah ibu saya pun berketurunan Bugis :)

Walau apa pun , kita semua suka makan daging lembu, beribadah korban dan kekah dengan menyembelih lembu.Ini semua secara tidak langsung mengajar kita supaya menghormati binatang lembu.

Tetapi nak buat macam mana, amat malang sekali kerana lebih ramai kaum Melayu yang menghormati ‘Manusia Lembu’


Ahad, September 27, 2009

Jangan aibkan mereka kerana mereka orang Melayu beragama Islam

Terkini, Dewan Pemuda PAS pusat memberi amaran kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat "boleh tumbang seandainya kakitangan awam terus diaibkan dan mereka mula membenci pemerintah" berikutan tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor(Selcat).

1) Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS mengingatkan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim agar jangan mengulangi kesilapan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang menghadiahkan penyapu kepada pihak berkuasa tempatan dua tahun lalu.

"Kita perlu mengambil pengajaran daripada tindakan Khir Toyo yang membawa penyapu dan menghadiahkan kepada pegawai kanan kerajaan (pada November 2007, lima bulan sebelum pilihan raya umum)... membawa kepada kerajaan negeri dijatuhkan, dibenci kakitangan kerajaan negeri," kata Nasrudin.

Nasrudin memberitahu, sekiranya pegawai-pegawai kerajaan negeri merasakan mereka diaibkan dengan sesi soal siasat secara terbuka dan tidak mengikut kesusilaan, ia boleh menyebabkan perasaan membenci terhadap kerajaan negeri.

2) "Apa yang ditegur oleh Datuk Hasan ada kewajarannya,"Bla-bla-bla...kata beliau.

Sebelum 1 Syawal lalu, Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin, menyifatkan Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar kerana lebih menjurus kepada serangan peribadi selain menjejaskan imej serta kredibiliti diri beliau sebagai penjawat awam.

Beliau adalah antara sembilan Pegawai Daerah di Selangor yang dipanggil memberi keterangan pada 9 September lalu.

Bakhtiar mendakwa siasatan yang diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Khim itu dilakukan dalam suasana tegang dan tidak berhemah.

Komen Al-Husseyn :

1) Apakah benar bahawa lantaran daripada tindakan Khir Toyo yang menghadiahkan penyapu menjadikan kakitangan kerajaan negeri marah dan benci lalu membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri pimpinan Khir Toyo?

Alasan seperti ini turut dikemukakan oleh Setiausaha PAS Selangor dan kuncu-kuncu ‘boneka Umno’ (meminjam pakai istilah TGNA).

Apa bukti bahawa pegawai-pegawai kerajaan di Selangor memberontak dan menyokong Pakatan Rakyat sewaktu PRU 2008?

Saya ingin menyangkal pandangan mereka yang sewaktu dengan Nasrudin dan ingin mengingatkan beliau bahawa adalah amat jelas sekali bahawa Pegawai-Pegawai Daerah yang disoalsiasat Selcat ini tidak pernah membenci pentadbiran Khir Toyo berhubung dengan isu hadiah penyapu tersebut kerana mereka ini terus memberi kesetiaan kepada UBN dan terus mensabotaj Pakatan Rakyat.

“ Hakikatnya , UMNO mendapat sokongan padu dari pengundi Melayu kampung yang jelas telah berjaya "dibeli" dengan wang rakyat yang dilepaskan oleh para DO2 yang sekarang ini panas punggung sebab nak kena jelaskan kepada rakyat.Sememangnya lah pegawai2 ni panas punggung sebab mereka telah membantu UMNO dengan sukarela sewaktu Pilihanraya 2008 lepas.Dan Hasan Ali boleh sokong puak2 pengkhianat ni? Hasan Ali ni betul PAS atau dah jadi barua UMNO?

Kepada pencacai2 UMNO dalam PAS seperti Anak Perelih, berentilah bercakap kalau takda fakta. Kan dah malu sekarang ni? Betul tak.Pegawai2 yang kena soal dalam SELCAT ni semua UMNO. Mereka pegawai2 senior dan mustahil UMNO akan menaikkan orang2 yang bukan kuat UMNO untuk memegang jawatan2 kanan dalam Kerajaan Negeri.” –
Tulang Besi tulis di sini

Sila baca juga pandangan Al-Bakistani yang mengupas isu tersebut di sini. Rugi besar kalau tak baca!

2) Tidak dinafikan ada perkara tertentu yang wajar dalam teguran Hasan Ali itu , tetapi adalah tidak wajar sama sekali apabila teguran tersebut dibuat secara terbuka; sedangkan beliau , sebagai salah seorang Exco kanan kerajaan , ada kesempatan dan ruang untuk memberi teguran secara tertutup.

Seperti yang boleh dijangkakan, kritikan terbuka sebegini oleh Dato Dr. Hassan Ali, sebagai seorang Ahli Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor memang dimanfaatkan sepenuhnya oleh media arus perdana. Kritikan-kritikannya digunakan untuk menyatakan kononnya wujud perbalahan dan berbagai masalah dalam PR Selangor.- Khali Samad [Klik sini]

Benarkah pegawai-pegawai daerah yang disoalsiasat itu telah diaibkan? Atau kerana sikap egoistik mereka yang begitu tebal yang selama ini hanya memberi arahan itu ini untuk mengampu pemimpin-pemimpin UBN , yang selama ini tidak pernah dipersoalkan oleh mana-mana pihak tetapi kini terasa tercabar apabila berhadapan dengan Selcat?

Selain Mohd Khairuddin Othman , Setiausaha PAS Selangor, dan Ketua Pemuda PAS yang menyokong tindakan Hasan mengkritik secara terbuka itu , rupa-rupanya Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Ma'amor Osman turut sependapat dengan mereka dan beliau sebagai penyokong kuat UBN ini memberi alasan :
“ Hassan hanya membela penjawat awam yang kebanyakannya orang Melayu beragama Islam. Kwek! Kwek! Kwekkkk! Kerana orang Melayu beragama Islam?

Maka kerana mereka kesemuanya 'orang Melayu beragama Islam' maka mereka boleh buat kemungkaran dan bersubahat dengan kerja-kerja maksiat yang dilakukan UBN? Kwek! Kwek! Kwekkkkk....mereka orang Melayu beragama Islam!

Sabtu, September 26, 2009

Isu Selcat : Tidak perlu salah menyalah

SHAH ALAM 24 Sept : Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pihaknya akan mengadakan satu menyuarat tergempar dalam masa terdekat ini untuk mengkaji semula kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat Selangor.

Mohd. Khairuddin dalam kenyataannya yang dikeluarkan pagi ini menegaskan, Pas Selangor tetap dengan pendiriannya mendesak proses pendengaran ke atas pegawai tinggi kerajaan yang dijalankan Selcat dilakukan secara tertutup bagi menjaga integriti pegawai yang terlibat dan dapat mengelak daripada diaibkan.

Menurut beliau, lebih mengecewakan ialah kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang amat mengejutkan parti kerana beliau sebagai pemimpin Pas negeri harus menyokong pendirian parti.

“Jika mereka mahu Hassan letak jawatan sebagai Exco dan Pesuruhjaya di negeri ini bermakna mereka mahu Pas keluar dari negeri ini kerana Hassan adalah Pesuruhjaya kami.” Katanya lagi di sini

Komen Al-Husseyn: Ingin tahu samada kenyataan Khairuddin diatas itu dibuat melalui keputusan mesyuarat perhubungan negeri atau tidak? Atau sekadar jadi Pak Dogol wayang kulit yang kita semua tahu siapa dalangnya.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, sebagai salah seorang pemimpin PAS, itu adalah pandangan peribadi beliau dan bukan sebagai mewakili pandangan PAS Selangor.

Begitulah juga dengan kenyataan yang dibuat oleh Hasan Ali.Walaupun beliau seorang pimpinan tertinggi PAS Selangor, Khairuddin tidak boleh mendakwa bahawa apa sahaja yang terluncur dari mulut Hasan Ali itu dianggap sebagai suara PAS Selangor.

Lantaran itu apabila ada suara-suara yang nakal mahukan Hasan meletak jawatan Exco dan Pesuruhjaya Negeri , mereka lebih memfokuskan isu tersebut keatas diri Hasan itu sendiri dan bukan kepada PAS Selangor kerana mereka tahu sikap dan pendirian Hasan itu bukan sikap dan pendirian PAS Selangor yang sebenarnya.

Walau bagaimana pun kita berharap krisis dalaman seperti ini dapat diselesaikan dengan jalan yang terbaik. Kita semua tentu menyambut baik kenyataan Naib Presiden PAS , Salahuddin Ayub yang tepat pada masanya dan MB Khalid juga telah bersetuju untuk mengadakan satu mesyuarat khas berhubung perkara tersebut.

Kita berharap benar pemimpin yang terlibat dapat mempelajari sesuatu daripada peristiwa tersebut.Tidak perlu salah menyalah.
Orang tua-tua kita pun pernah bagi nasihat - kalau nak kentut pun pergilah jauh-jauh supaya kalau meletup bunyinya tidaklah orang terkejut sangat dan kalau berbau pun mungkin tidak terasa pekat sangat!

Bapak budak!

Seorang bayi laki-laki raksasa dengan berat 8.7 kilogram lahir di Sumatera Utara, Rabu (23/9). Bayi tersebut diberi nama Muhammad Akbar Risuddin.

Bayi tersebut lahir melalui operasi caesarian, berukuran 62 sentimeter panjang.Ia adalah anak keempat dari pasangan Hasanuddin (50) dan Ani (41) yang merupakan warga Kabupaten Batubara.

Jumaat, September 25, 2009

Isa Samad layak jadi PM?

Ketua Pemuda Umno Bahagian Telok Kemang, Mohd Faizal Ramli terlalu seronok kerana mungkin mendapat banyak duit raya baru-baru ini daripada Godfathernya, Isa Samad hingga tidak dapat berfikir secara waras lagi.

Beliau telah menyamakan kesalahan Godfathernya itu, yang dikenakan tindakan disiplin parti kerana kesalahan politik wang (Rasuah Umno) dengan kesalahan Mahathir yang dipecat oleh Tunku Abdul Rahman kerana menulis buku Malay Dilemma.[KLIK SINI]

Mungkin tak lama lagi, bila Godfather gosok-gosok kepala Faizal , maka akan menyalaklah si Faizal : Kami sudah pun membuat tinjauan dan mendapati para penduduk satu Malaysia menerima Isa Samad sebagai Perdana Menteri Malaysia!

Kaji Semula Kedudukan PAS Dalam Pakatan Tidak Timbul - Salahuddin

PAS tidak pernah membuat keputusan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) di semua peringkat, tegas Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.

"Oleh kerana PAS tidak pernah membuat keputusan sedemikian, perkara itu tidak timbul sama sekali dan tidak harus ditimbulkan sama sekali," tegas beliau.

PAS, kata beliau, tetap dengan komitmen untuk bersama-sama PR. Baca seterusnya di sini

Kenyataan Salahuddin tersebut amatlah dialu-alukan.Ia mungkin dibuat bagi menafikan laporan berita di radio pagi tadi bahawa Datuk Dr Hasan Ali kononnya ada membuat kenyataan akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi mengkaji semula kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat Selangor.

Hasan Ali perlu membuat kenyataan resmi menafikan bahawa beliau ada membuat kenyataan tersebut.

Kalau benar beliau ada membuat kenyataan tersebut, itu bermakna hanyalah kenyataan peribadi yang melulu dan tidak mendapat restu dari PAS Pusat.

Salahuddin mengingatkan , "Apa jua keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat oleh mesyuarat peringkat tertinggi PAS,"

Begitulah peringatan Naib Presiden tersebut kepada Hasan supaya perkara mengkaji semula kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) 'di semua peringkat' tidak harus ditimbulkan sama sekali

Isu Selcat boleh diselesai secara baik - Khalid

Tan Sri Khalid Ibrahim akan mempengerusikan mesyuarat khas Isnin ini bagi menangani isu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat)

Mesyuarat tersebut melibatkan pihak-pihak yang berkepentingan bagi membolehkan setiap pihak menimbulkan keprihatinan dan penjelasan masing-masing.

Khalid memberitahu, beliau percaya bahawa isu berkenaan timbul ekoran kesilapan komunikasi antara anggota Selcat, Exco dan pegawai-pegawai daerah yang disoal siasat oleh jawatankuasa itu.

Kenyataan itu dikeluarkan dua hari selepas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali yang mempertikaikan perjalanan Selcat, mahu satu pertemuan tiga penjuru - membabitkan Menteri Besar, Exco dan anggota Selcat diadakan bagi menyelesaikan isu menyelubungi badan itu.

"Isu ini boleh diselesaikan secara baik," kata Khalid.

Hasan Ali Kelentong atau Ikhlas ?

Seorang sahabat menulis dalam blognya dengan tajuk : BERHUJJAH DARI SUMBERNYA.... BUKAN DIKUTIP DARI MEDIA DAN ORANG KETIGA.

Dari mafhum tajuk tersebut, saya menjangka akan membaca hasil temuramah beliau dengan individu berkenaan; rupa-rupanya jangkaan saya itu meleset jauh.Apa yang di paparkannya lebih awal telah saya baca di sini.

Sahabat saya itu juga menulis : Kaedah hukum mengajar...orang dituduh mesti diberi peluang membela diri..jangan ISA kan.

Oklah wahai sahabatku, macam-macam tuduhan dilemparkan orang kepada Hasan Ali.Saya tidak mahu kata Hasan Ali itu pembohong atau pembelit tetapi saya tertarik dengan penafian dalam kenyataan resminya ( setelah beliau dikecam hebat ) yang dibuatnya seperti berikut :

Sehubungan dengan itu saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mencadangkan agar keanggotaan SELCAT dirombak dan dilantik dari kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan. Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.[Klik di sini]

Kenyataan sebelumnya (yang buat orangramai marah) dibuat oleh Setiausaha Pablisiti dan Perhubungan Media PAS Selangor ( Secretary of PAS Selangor publicity and media relations.) seperti berikut :

Hasan Ali did not mention the dissolution of Selcat or reducing its powers. Instead, to augment it, he proposed a panel of professionals in the commission. This is to ensure that each detailed point of the case is analysed and concluded by minds that are trained to do so.

Hasan Ali tidak menyebut tentang rombakan Selcat atau mengurangkan kuasanya. Sebaliknya beliau mahu menambahkannya, beliau mencadangkan satu panel terdiri daripada professional dalam suruhanjaya tersebut.Ini adalah untuk memastikan bahawa setiap inci butiran kes dianalisa dan dibuat kesimpulan oleh minda yang terlatih untuk melakukannya.

A panel that consists of ex-judges, lawyers, engineers or any other relevant professionals is necessary to ensure that every stone is turned and every statement is investigated.

Satu panel yang terdiri daripada bekas-bekas hakim, peguam, jurutera atau lain-lain professional yang relevan yang diperlukan untuk memastikan bahawa setiap yang tersembunyi didedahkan dan setiap kenyataan disiasat. [KLIK DI SINI]

Dan kalau ada kelapangan dan mahu baca berita tentang Hasan Ali yang DIKUTIP DARI MEDIA DAN ORANG KETIGA. [KLIK DI SINI]

Hasan Ali mahu bawa PAS Selangor keluar Pakatan?

Baru sebentar tadi, terdengar berita di radio, PAS Selangor akan mengadakan satu mesyuarat khas untuk mengkaji kedudukannya dalam Pakatan Rakyat Selangor.

Nampaknya PAS Selangor kini sudah jadi macam DAP di Kedah mengugut mahu keluar PR bila berhadapan dengan isu Selcat.

Isu Selcat menjadi panas ekoran kritikan terbuka Hasan Ali yang mendakwa bahawa “sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.” [Lihat kenyataan resmi Hasan Ali di sini]

Walau bagaimana apa pun alasannya , kalau benar bahawa pandangan jujur dan ikhlas yang diberikan oleh Hasan itu bertujuan demi memperbaiki dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri , kenapa ianya perlu dibuat secara terbuka hingga timbul persepsi tidak baik dikalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan orang ramai terhadap Hasan sendiri sehinggakan ada yang mencadangkan agar beliau keluar sahaja dari PAS.

Tetapi Hasan tidak akan meninggalkan PAS dan masuk semula ke dakapan Umno. Mahathir sendiri lebih suka jika Hasan terus berada dalam PAS dan menjadi duri dalam daging. Berjayakah Hasan membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat Selangor? Khir Toyo tentu mengharap sangat!

Pembohong Besar : Rais Yatim

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pernah meminta penulis blog supaya tidak menyatakan perkara yang bohong. Tetapi sebaliknya beliau adalah seorang pembohong besar rupanya!

Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu dalam ucapan belanjawan 2009 tahun lepas telah menjanjikan peruntukan RM50 juta untuk setiap bandar Melaka dan George Town yang mendapat pengiktirafan ‘Warisan Dunia’ tahun lepas oleh Unesco.

Tetapi apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menulis surat kepada Rais pada 27 Ogos lalu, bertanyakan wang tersebut, Rais menyatakan peruntukan sedemikian TIDAK ADA

Beginilah perangai menteri Umno/BN yang kaki songlap.Bijak bermain dengan kata-kata putar belit.

Khamis, September 24, 2009

Bonus Siak dan Bilal Terencat Bukan Kerja Sabotaj

Pada awal Ramadhan MB Perak Dato Seri Dr Zambry telah mengumumkan bahawa semua bilal dan tok siak di negeri Perak akan diberi bonus Raya sebanyak RM500 setiap orang , sebelum raya; tapi hingga kini, bilal dan tok siak itu masih melopong umpama menunggu buah masak yang tak mahu jatuh.

Apakah Menteri Besar Kudeta Zambry hanya pandai menabur janji tetapi tidak ditepati sebagaimana yang digembar gemburkan?

Menurut sumber yang tidak resmi, wang tersebut telah diserahkan kepada JAIPk tetapi menghadapi beberapa masalah. Pengarah JAIPk, Sheikh Mohd Nor Al-hafidz hanya menyatakan ianya ‘masalah teknikal’ tanpa mahu menjelaskan dengan lebih lanjut.

Mohd Nor menafikan dengan sekerasnya bahawa kelewatan penyerahan wang kepada bilal dan siak sebagai satu sabotaj keatas Zambry dan kerajaan yang ada sekarang.

Walau bagaimanapun, mengapa secara tiba-tiba sahaja puak-puak Umno, melalui bloggers tukang gosok telog , cuba menyalahkan pengarah JAIPk , Mohd Nor dengan membabi buta? Kononnya beliau telah berpakat dengan Pakatan Rakyat untuk mensabotaj pemberian sagu hati tersebut.

Mereka mengungkit latar belakang Mohd Nor yang pernah menjadi calon PAS.Malah mereka menggerutu kerana perlantikan beliau sebagai pengarah JAIPk semasa DS Nizar berkuasa.Lantaran itu, puak-puak Umno ini mendesak supaya beliau meletakan jawatan sebagai pengarah JAIPk.

Mohd Nor memang layak dengan jawatan tersebut kalau dibangdingkan dengan pemegang jawatan itu sebelumnya.Beliau merupakan lulusan agama yang pertama dilantik mengetuai agensi agama tersebut dan turut mendapat perkenan Sultan Perak.

Puak-puak Umno ini mengambil kesempatan diatas isu kelewatan pembayan wang saguhati ini untuk mengecam dan mencerca pengarah JAIPk.Apa sebenarnya tujuan mereka? Tentu ada dalang yang berkomplot untuk menjatuhkan Mohd Nor.

Kesian dengan Mohd Nor! Setahu saya orang PAS sudah lama memboikot beliau.Beliau sudah tidak ada apa-apa hubungan dengan PAS. Malahan orang PAS menganggap beliau lebih mirip kepada Umno.Tapi mengapa dengan tiba-tiba kini beliau digumul lumat oleh puak-puak Umno ini? Pastinya kerusi pengarah JAIPk kini semakin panas.

Berbalik kepada persoalan wang sagu hati itu, menurut satu sumber, peruntukan yang dipohon oleh JAIPk telah gagal diluluskan sepenuhnya oleh bahagian kewangan negeri Perak.Entahlah sejauh mana benarnya maklumat yang saya terima ini.

Dan menurut sumber tersebut, apabila mendapat tahu bilal dan siak akan dapat RM500/ seorang, maka dengan tiba-tiba pula bertambah bilangan siak dan bilal yang biasanya dua-dua orang, hinggakan khabarnya ada sesetengah masjid dan surau menamakan sampai 7 orang bilal dan siak!

Sumber itu menyatakan , JAIPk memperuntukan RM2 ribu kepada setiap masjid (2 bilal dan 2 siak) dan RM3 ribu kepada setiap surau yang didirikan Jumaaat (2 bilal, 2 siak dan 2 imam).
Terkini, khabarnya mereka akan mendapat wang saguhati tersebut dalam minggu kedua Syawal.Jangan lupa pesanan TGNA : Bagi duit ambil, undi tetap Pakatan Rakyat!

Hasan Ali sokong Khir Toyo

Datuk Seri Dr. Muhamad Khir Toyo tentu amat gumbira bila mana pendapatnya mendapat sokongan daripada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor dan merupakan Pesuruhjaya PAS negeri.

Khir Toyo telah mengesyorkan keanggotaan Selcat dirombak. Datuk Dr Hasan Ali juga turut berpendapat demikian.

Orang tidak marah kepada Khir Toyo bila mengemukakan pendapat tersebut kerana itu memang kerja pembangkang untuk menimbulkan keraguan orang ramai terhadap kerajaan negeri Selangor. Tetapi orang sangat marah kepada Hasan Ali apabila dilihat seolah-olah menyokong saranan Khir Toyo tersebut.

Adakah kenyataan dua orang doktor ini terjadi secara kebetulan atau sengaja dirancang? Kalau ianya terjadi secara kebetulan, nampaknya fikrah dan naluri mereka ini nampaknya sealiran.

Kalau ianya sengaja dirancang, maknanya ini satu kerja komplot untuk mensabotaj usaha-usaha untuk memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawab dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Beberapa pemimpin kanan Pakatan Rakyat menyifatkan, selaku anggota eksekutif yang turut terlibat dalam penubuhan Selcat tahun lalu, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Pesuruhjaya PAS negeri, tidak sepatutnya mempertikaikan badan itu secara terbuka dengan membelakangkan kepentingan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, "Apa pun isu ini tidak seharusnya dibangkitkan secara publik. Dengan bertindak sedemikian, ini sudah macam menafikan hak yang pada legislatif itu sendiri,"

Selain itu menurut beliau, dalam dunia sebenar tiada pihak yang disoal siasat oleh mana-mana jawatankuasa pernah atau akan gembira dengan cara dan prosedur siasatan dijalankan.

Oleh itu, ujar beliau, Hasan perlu memahami bahawa Selcat atau apa jua jawatankuasa sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, anggotanya adalah terdiri daripada wakil rakyat, bukannya orang luar.

"Jadi bagaimana anggota Selcat boleh dianggotai oleh orang luar, macam bekas hakim? Jika pun Hasan tidak bersetuju, beliau seharusnya membawa isu ini kepada mesyuarat Exco untuk dibincangkan secara lanjut.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam mengulas isu tersebut dengan berkata, "Beliau harus mencerminkan semangat berpasukan walaupun kita tidak gembira dengan keputusan-keputusan yang telah dibuat... bukannya membuat keputusan sendiri tanpa perbincangan, tidak sewajarnya membuat kenyataan seumpama itu di khalayak umum,"

Dalam laporan terbaru, Dr Hasan menafikan beliau pernah mencadangkan agar keanggotaan Selcat dirombak dan dilantik daripada kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan.

“Apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih daripada kalangan ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Diraja demi memelihara kehormatan institusi Selcat itu sendiri," katanya.

Anggota Selcat terdiri daripada Haniza Mohd. Talha (PKR-Taman Medan), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Shaari Sungib (PAS-Hulu Klang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim merupakan Pengerusinya.

Rabu, September 23, 2009

Mencari kutu hitam pada kambing hitam legam...

Umno perlu memilih seorang calon yang bebas daripada politik wang untuk PRK Bagan Pinang, kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad .

Beliau percaya Barisan Nasional boleh memenangi PRK pada 11 Oktober dengan majoriti yang besar kerana ia adalah kubu kuat Umno.

Inilah kerja yang paling payah bagi Umno – nak mencari orang yang bebas daripada politik wang ini umpama mencari seekor kutu yang berwarna hitam pada kambing yang hitam legam dalam kegelapan malam yang pekat tiada berbintang mahu pun bulan!

Mahathir sendiri bukan seorang yang bebas daripada politik wang.Dialah Godfafather kepada Samy Vellu , Rafidah Aziz dan lain-lain menteri yang kuat rasuah semasa Mahathir berkuasa dulu.

Penangkapan dan pendakwaan Ketua pegawai eksekutif Perwaja Steel Bhd Tan Sri Eric Chia dan bekas Menteri Pembangunan Tanah dan Kooperatif Tan Sri Kasitah Gaddam pada awal 2004 lalu hanyalah lakonan sahaja. Mereka berdua akhirnya bebas daripada sebarang hukuman.

Hakim membebaskan Eric Chia dari segala dakwaan, dengan alasan pendakwaan tidak cukup bukti.Datuk Seri Dr Rais Yatim pada 13 Feb 2004 telah mendedahkan “18 lagi kes rasuah berprofil tinggi” tetapi ternyata hingga kini tidak ada lagi penangkapan besar selain janji-janji sahaja.18 tersebut dipercayai melibatkan para menteri dan bekas menteri :

 1)Muhammad Muhammad Taib (Bekas MB Selangor )
 2)Adnan Yaakob ( MB Pahang )
 3) Daim Zainuddin (Bekas Menteri Kewangan)
 4) RAP – Ratu AP (Kak Fidah, siapa lagi!)
 5) Samy Vellu (Bekas Menteri Kerjaraya)
 6) Haji Abdul Taib ( KM Sarawak)
 7) Mohd Ali Rustam ( KM Melaka)
 8) Ling Liong Sik (Bekas Menteri Pengangkutan)
 9) Khalil Yaakob (Bekas MB Pahang)
 10) Rahim Tamby (Bekas MB Melaka)
 Kes seorang ahli umno Kelantan yang melibatkan Pemalsuan / klon 1,000 X RM40 mill AP dan beberapa kes yang melibatkan kerugian Bank Negara, Proton, MAS, TNB , Anak bekas KPN dan banyak lagi.

Hari Raya : Hasan Ali bersedih

Hari Raya orang bergembira tapi Hasan Ali bersedih pilu akibat luka didalam hati."Ramai daripada mereka mengadu bahawa mereka disoal atas keputusan yang dibuat oleh bekas ahli politik dan dilayan seperti budak sekolah," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sempena Aidilfitri dekat sini

Tidak tahulah pula samada mereka yang disoal oleh Selcat itu menerima layanan sama seperti mendiang Teoh Beng Hock atau lebih dahsyat lagi daripada itu.

Tapi, mungkin kesedihan yang melanda Hasan Ali itu sama seperti keluarga Teoh Beng Hock, kalau tidak takkan beliau sanggup meraung tidak puas hati dimajlis rumah terbuka MB selangor? Hasan Ali juga mengulangi bahawa tujuh anggota jawatankuasa Selcat perlu digantikan dengan sebuah jawatankuasa bebas tanpa sebarang kecenderungan politik.

Pengerusi Selcat Teng Chang Kim berkata "Saya agak hairan dengan Datuk Hasan yang jahil dengan amalan berparlimen kerana ini adalah jawatankuasa hak dan kebebasan dibentuk oleh Dewan Undangan Negeri.

"Tiada amalan sedemikian untuk tempoh selama 300 tahun yang lalu di mana jawatankuasa hak dan kebebasan dianggotai oleh bekas hakim dan anggota bukan Dewan... jadi, saya tidak tahu sama ada beliau jahil atau mahu mewujudkan sesuatu yang baru berhubung amalan berparlimen selama ini.Baca seterusnya di sini

Beraya di Hulu Yam, Selangor

Rumah persinggahan di kampung

Alhamdulillah, saya dan keluarga kini sudah kembali semula ke rumah dari beraya di rumah mertua di kampung - nun di Hulu Yam dekat Batang Kali.

Keluarga al-Husseyn bersama ibu
Seronok dapat berjumpa semula dengan saudara mara sebelah isteri yang selama ini bertebaran di merata pelusuk negara bersatu dan berkumpul di rumah keluarga kat kampung.Setahun sekali berkumpul macam ini tentu mengembirakan setiap ahli keluarga terutamanya si ibu, Puan Aminah binti Jamil.

Keluarga Ahmad dan Suzana bersama ibu
Selepas solat Jumaat yang lalu, kami tiga beranak berlepas ke kampung.Ibu dan keluarga adik ipar, Suzana telah sedia berada dirumah itu.Merekalah yang mengemaskan rumah tersebut untuk keselesaan ahli kelurarga lain yang akan balik beraya.

Rumah kampung ini tiada siapa yang menghuninya.Mungkin kalau masih ada arwah ayah, ibu (gambar sebelah) akan menetap dikampung untuk menemaninya.Kakak ibulah yang tinggal di hadapan rumah menjadi teman yang akrab dan mengisi kekosongan hidup.Masing-masing sudah ketiadaan suami, sudah berumur dan anak-anak sudah berkeluarga dan hidup jauh meninggalkan mereka dengan seribu kesunyian di kampung.

Ibu terpaksa juga meninggalkan rumah tersebut untuk bersama Suzana dan suaminya, Ahmad,di Greenwood, Gombak apabila kakak yang menjadi tempatnya mengadu meninggal dunia pada tahun 2000 lalu.Sejak itulah, rumah yang tersergam indah ini menjadi rumah rehat bagi kami semua.Kami balik pun ikut musim - musim buah dan musim perayaan.Ahmadlah yang rajin mengulang ke kampung untuk memesen rumput sekeliling rumah setiap dua minggu sekali.

Cara-cara membuat lemang oleh Cheff Ahmad..

Ipar saya Ahmad ini memang ringan tulang.Pandai pula bakar lemang.Dia buat sendiri semuanya dari mengambil buluh hingga membelah lemang yang sudah siap dibakar.Yang lain hanya pandai kata 'sedap' bila menikmati hidangan lemang tersebut!Memang sedap pun masakan lemang si Ahmad ini; cukup santan, garam dan masaknya!

Gambar suasana berhari raya di kampung bersama keluarga

Rumah kampung ini menjadi tumpuan keluarga.Kunjungan sanak keluarga tidak putus-putus hingga ke petang.Begitu juga pada hari yang ke-dua.Meja makan itu tidak pernah lekang oleh manusia.Hari Raya tidak ada kerja lain seolah-olah hanya makan-makan dan minum sahaja! Sebulan berpuasa nampaknya tidak dapat merubah tabiat manusia untuk makan semahu adanya. Apalagi yang kaki rasuah; ketagih berterusan untuk melakukannya.

Jangan lupa, Bagan Pinang merupakan rumah raya terbuka untuk pemakan dan pemberi rasuah.Isa Samad menjadi tuan rumah dan inilah yang paling mereka suka!

Jumaat, September 18, 2009

Santai Hari Raya

Selamat Hari Raya - Jumpa lagi lepas raya nanti.Jom bersantai rengan-rengankan kepala...

Manfaat Minyak Zaitun

Setiap penyakit itu ada obatnya, seperti hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang ertinya: “Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan Dia menurunkan obatnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Setiap kali Allah menurunkan penyakit, Allah pasti menurunkan penyembuhnya. Hanya saja ada orang yang mengetahuinya dan ada yang tidak mengetahuinya.

Jauh sebelum ilmu pengetahuan berkembang pesat, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sudah mengetahui dan menerapkan pengobatan yang terbukti kemanjurannya.

Minyak Zaitun boleh digunakan untuk menurunkan kolesterol dan menghilangkan sumbatan pada pembuluh darah.

“Konsumsilah minyak zaitun dan gunakan sebagai minyak rambut, karena minyak zaitun dibuat dari pohon yang penuh berkah.” (HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Fungsi minyak zaitun:

1. Mengurangi kolesterol berbahaya tanpa mengurangi kandungan kolesterol yang bermanfaat.

2. Mengurangi risiko penyumbatan (trombosis) dan penebalan (ateriosklerosis) pembuluh darah.

3. Mengurangi pemakaian obat-obatan penurun tekanan darah tinggi.

4. Mengurangi serangan kanser.

5. Melindungi dari serangan kanser payudara. Sesendok makan minyak zaitun setiap hari mengurangi risiko kanser payudara sampai pada kadar 45%.

6. Menurunkan risiko kanser rahim sampai 26%.

7. Pengkonsumsian buah-buahan, sayuran, dan minyak zaitun memiliki peran penting dalam melindungi tubuh dari kanser kolon.

8. Penggunaan minyak zaitun sebagai krim kulit setelah berenang melindungi terjadinya kanser kulit (melanoma)

9. Berpengaruh positif melindungi tubuh dari kanser lambung dan mengurangi risiko tukak lambung.

10. Mengandung lemak terbaik yang seharusnya dikonsumsi manusia seperti yang terdapat dalam ASI.

11. Penggunaan sebagai minyak rambut mampu membunuh kutu dalam waktu beberapa jam saja.

Khamis, September 17, 2009

Skendal PKFZ : Najib AlTantuya dan kabinetnya perlu berundur!

Patutlah mereka yang terlibat dengan skendal PKFZ tidak berasa takut. Malah mereka berasa tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana segala apa yang mereka lakukan selama ini telah diketahui oleh Kabinet dengan mendapat izin dan restu.

Perkara ini didedahkan oleh Malaysia Today (MT) hari ini dalam artikelnya yang bertajuk "What the Cabinet hid from the Malaysian public"

Sekarang rakyat sudah tahu rupa-rupanya Najib, Perdana Menteri dan semua menteri dalam kabinetnya kini adalah bertanggung jawab keatas kelulusan retrospektif kepada peningkatan kos projek PKFZ dari RM1.088 bilion kepada RM4,632,732,000.00.

Patutlah Najib dan kabinetnya secara tiba-tiba menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyediakan laporan berkaitan isu PKFZ. Rupa-rupanya “penubuhan pasukan itu sebenarnya bermotif politik iaitu untuk melindungi pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional dari disiasat atas dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku dalam skandal PKFZ," kata Mahfudz Ahli Parlimen Pokok Sena di sini

Patutlah Najib dan kerajaan Umno/BN gentar untuk menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat PKFZ kerana lebih banyak lagi dokumen dan hakikat yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat akan terdedah dan membuktikan lagi jenayah peringkat tertinggi dalam skandal PKFZ itu,"

Mahfudz mendesak supaya diadakan satu sidang khas parlimen bagi membentangkan kertas putih menjelaskan keenganan kerajaan menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ.

Rabu, September 16, 2009

MIC : Ambil tindakan tatatertib keatas Mahathir

Oleh kerana ‘orang slipper’ telah di gantung keahlian, Umno juga mesti ambil tindakan tatatertib keatas mantan Perdana Menteri, DS Dr Mahathir Mohammad.

Ahli MIC masih ingat kenyataan Mahathir dua hari sebelum pilihanraya 2008 bila mana beliau mengecam presiden parti tidak berbuat apa-apa untuk kebaikan komuniti India.

Ketua pemuda MIC T. Mohan kini mahukan Umno mengambil tindakan tatatertib keatas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lantaran wakil Pahang yang membuat kenyataan memperolok-olokan Dr Mahathir telah dihukum gantung.

Mohan berkata beliau dan parti tidak menyetujui cadangan ‘mengalungkan slipper’ oleh Peter Sugumaran, wakil cawangan MIC Paya Besar , Pahang.

Walaubagaimana pun, sayap pemuda merasakan mantan perdana menteri tersebut tidak patut campur tangan hal ehwal dalaman parti MIC, katanya.

“Mahathir tidak patut menghentam presiden parti Datuk Seri S. Samy Vellu apabila pertandingan jawatan MIC begitu hampir dan sengit,” kata Mohan.

Katanya, kenyataan Mahathir itu telah mendukacitakan ahli-ahli dan melihatnya sebagai satu usaha mahu menyingkir Samy Vellu.

Katanya ini bukanlah kali pertama dimana dalam waktu yang genting dan cemas, Dr Mahthir melakukannya. Ahli MIC masih ingat kenyataan Mahathir dua hari sebelum pilihanraya 2008 bila mana beliau mengecam presiden parti tidak berbuat apa-apa untuk kebaikan komuniti India.

Dr Mahathir telah menyatakan pandangannya keatas MIC, Samy Vellu dan menyokong Datuk S. Subramaniam sebagai naib presiden parti dan menyifatkannya sebagai seorang yang mampu mengembalikan sokongan komuniti India untuk Barisan Nasional.

Ini telah menyebabkan beberapa ahli MIC segera bertindak untuk mempertahankan Samy Vellu, termasuklah Sugumaran yang dalam perbahasan ucapan presiden telah mencadangkan ‘Kalungan Slipper’ diletakan kepada portret Dr Mahathir di PWTC, Ibu Pejabat Umno.

Pemimpin-pemimpin Umno melenting dan menyerang balas, menyifatkan cadangan ‘Kalungan Slipper’ itu sebagai kurang ajar, berlebihan dan melampau.

Bersama MU Palestin di Dewan Bandaran Ipoh


Masyarakat Islam di sekitar bandaraya Ipoh telah datang berpusu-pusu ke Dewan Bandaran Ipoh malam tadi selepas solat terawih kerana mahu mendengar perkembangan Palestin daripada mulut mantan imam Masjidil Aqsa , Dr Shaikh Muhammad Siyyam.

Majlis tersebut adalah dibawah anjuran badan Ngo Islam yang berpusat di Ibu Negara, Muslim Care.

Sebahagian daripada para hadirin

Menurut jurucakap badan tersebut, surat jemputan kepada badan-badan politik Islam telah di sampaikan, namun yang hadir hanyalah pemimpin-pemimpin daripada PAS dan PKR sahaja.

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak,
DS Muhammad Nizar turut hadir

Dr Muhammad menerangkan bahawa rakyat Palesti kini terbahagi kepada dua kumpulan ; pertama kumpulan Sekular, dan yang kedua kumpulan Islam.

“Kumpulan Islam yang dikenali dengan Hammas kini menjadi sasaran serangan Zionis Israel setelah mereka gagal menghapuskan perjuangan Hammas dengan harta benda dan sekatan ekonomi,”katanya.

Menurutnya, pada mulanya Yahudi menyangka Hammas adalah seperti askar-askar Arab yang lain yang mudah di kalahkan dalam beberapa hari sahaja.Mereka berputus asa lalu berundur dari Gaza dan tidak masuk hingga ke hari ini lagi.

Yahudi terpaksa menggunakan segala kekuataan ketenteraan yang ada pada mereka dengan sokongan dan bantuan Amerika.

Dilaut, mereka gunakan kapal perang, di udara mereka gunakan kapal terbang dan di darat mereka gunakan kereta kebal.

Mereka menyerang dan memusnahkan hospital, rumah-rumah kediaman awam dan sekolah-sekolah menyebabkan banyak nyawa yang terkorban dan tercedera.

“ Namun, kami akan terus mempertahankan Negara kami.kami tidak akan lari meninggalkannya,” jelanya lagi dengan penuh semangat.

“Kami latih dan mempersiapkan setiap anak-anak muda kami untuk menjadi pejuang.Kami hantar mereka mengaji Quran disekolah-sekolah, dirumah-rumah dan dimana-mana sahaja mereka berada,” katanya.

Ust Azizan Desa mewakili Dewan Ulama PAS Perak
menyampaikan derma RM33 ribu

Bercakap tentang Obama, Shaik Dr berkata, “Tiada bezanya antara Obama dan Bush.Bezanya hanyalah seperti adanya kereta hitam, kereta putih, kereta merah dan umpamanya. Obama menghalang penyaluran bantuan kepada Palestin dengan menekan negara Mesir.”

Sdr Salman mewakili Dewan Pemuda PAS Perak dengan hasil kutipan RM5 ribu

“Tiada bezanya ; Obama sama seperti Bush , mereka membunuh ummat Islam dengan kejam,” katanya.

Seorang Petugas dari Bangladash turut membantu mengutip derma

Pada malam tersebut turut dilancarkan kutipan kilat derma Bersama mu Palestin. Diakhir majlis tersebut, beliau kelihatan begitu gembira dan terharu bila menerima beberapa sumbangan derma untuk perjuangan Palestin daripada orang ramai dan beberapa badan setempat.

Wakil Dewan Pemuda PAS Gopeng, Sdr Zaizi
sedang menyampikan derma RM2 ribu

Bila nak siasat Najib?


Apa sudah jadi dengan laporan polis yang telah dibuat oleh "Sekretariat Anak Muda Malaysia" (SAMM) yang di Ketuai Oleh Ketua AMK Badrul Hisham Shaharin pada 21 Oktober tahun lalu?

Laporan tersebut meminta pihak polis membuka siasatan keatas dakwaan penglibatan Timbalan Perdana Menteri (ketika itu), Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes kematian wanita Mongolia, Altantuya.

Kumpulan tersebut telah membuat laporan dibalai polis Dang Wangi.

Ketua polis Dang Wangi , Mohamed Zulkarnain Abd Rahman pernah mengesahkan menerima laporan tersebut dan berjanji polis akan menyiasatnya.

Najib dikatakan telah menyalah gunakan kuasa dan kedudukannya dalam kes tersebut.

Sekretariat Anak Muda Malaysia bersama laporan polis

Najib, bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. (Takanlah ada sesiapa yang mahu ngaku berak tengah jalan!)Kumpulan tersebut telah menyertakan 21 muka surat dokumen kepada polis yang mendakwa penglibatan Najib dengan pembelian kelengkapan alatan tentera .

Mereka turut meminta polis menyiasat penglibatan Najib dalam pembelian helikopter Eurocopter semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan.

Telah hampir setahun berlalu, laporan polis oleh Pakatan Rakyat semakin menimbun dan terus menimbun. Haprak betul polis kita nih!
catata : gambar ehsan Minag jinggo

Tiga perkara asas senjata perjuangan rakyat Palestin

Shaik bersama PJ Perak Ust Abu Bakar
(tengah) dan Ust Misbahul Munir


Satu pertemuan khas telah diadakan di Pejabat Perhubungan PAS negeri Perak diantara Pemimpin PAS dan Shaikh Dr Muhammad As-Siyyam (Mantan imam masjidil Aqsa.

Selain Pesuruhjaya PAS, Ust Abu Bakar Hussein, beberapa pemimpin kanan PAS Perak telah turut hadir dalam majlis tersebut.Antaranya ialah YB Zainuddin Yussuf, Ust Kamaruddin ,Ust Misbahul Munir, Ust Azizan Desa

Shaikh bersama beberapa pemimpin PAS Perak

Shaikh Dr Muhammad menyatakan gembiranya dapat datang semula ke Malaysia dan bertemu dengan pemimpin PAS di sini.Beliau menyatakan pernah datang ke sini sebelum meletusnya perang yang baru lalu dan membawa peluang ke Palestin sejumlah derma yang besar dari rakyat Malaysia yang bersimpati dan prihatin terhadap perjuangan rakyat Palestine yang berjuang untuk membebaskan Negara mereka dari penindasan Negara zionis Israel.

Sebelum ini beliau telah berada di Indonesia selama hampir 20 hari mengumpul dana dari rakyat di sana untuk dibawa pulang bagi menjana keperluan perjuangan rakyat Palestin.

Ust Bakar menyampaikan derma kepada As-Shaikh
sambil di perhatikan oleh Ust Misbah

Beliau sempat menziarahi Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz dan Menteri Besar Kedah, Ust Azizan.Beliau juga tidak melepaskan peluang untuk menziarahi makam Almarhum Uztaz Fadhil Nor semasa berada di Kedah.

“Rasulullah pernah berkumpul di rumah Al-Arqam dengan beberapa orang sahabat dengan jumlah yang lebih kecil dari jumlah yang kita ada didalam ruang bilik ini sekarang; tetapi mampu memimpin dan mentarbiahkan mereka hingga membawa kemenangan yang besar kepada Islam,” terangnya.

AlHusseyn seperti biasa mengambil kesempatan ....

Beliau turut mendedahkan 3 perkara asas yang merupakan rahsia kemenangan mereka menghadapi Zionis Israel selama ini iaitu ketaqwaan , keimanan dan kesabaran. Beliau telah membacakan ayat akhir surah Ali-Imran yang mafhumnya :

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

Peluang sekali seumur hidup...

Selain itu katanya, doa daripada ummat Islam di seluruh pelusuk dunia dapat dirasai oleh para pejuang Palestin.

Beliau mendoakan agar pemimpin-pemimpin PAS di Malaysia dipanjangkan umur agar mereka dapat meneruskan memperjuangkan Islam di Negara ini.

Majlis berbuka puasa turut disediakan selepas itu dan mereka berpeluang menunaikan solat Maghrib berjemaah dengan diimami oleh Shaikh Dr Muhammad.

Selasa, September 15, 2009

Isa Samad dedahkan rahsia bagaimana dia menang

Seronok bila baca kisah-kisah lama seperti dibawah ini.Isa Samad ni kuat temberang rupanya.Tatkala ditermuramah Agenda daily, tembelangnya belum lagi pecah :

Banyak yang diceritakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Isa Samad mengenai liku-liku yang membawa kemenangan dengan undi terbanyak iaitu 1,507 dalam pemilihan jawatan Naib Presiden Umno 23 September lalu.

“Bagaimana Tan Sri Isa boleh dapat nombor satu?” – begitulah ramai yang kedengaran bertanya sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra pada malam berkenaan.

Banyak faktor yang menyumbang kepada kemenangan itu. Apapun beliau menggangap personal touch calon adalah faktor yang amat dekat dengan hati para perwakilan.

Berikut ialah antara yang diperbualkan dalam interbiu Agendadaily dengan Tan Sri Isa

Kenapa Samy Vellu sangat kuat

SPRM tidak berani sentuh Samy Vellu bukan kerana tidak cukup bukti. Tetapi khabarnya adalah kerana beliau terlalu banyak mengetahui rahsia Menteri-Menteri Umno.

Samy Vellu sebenarnya adalah budak suruhan Umno. Samy yang merupakan Menteri Pos dan Kerjaraya yang paling lama dalam dunia adalah umpama seekor kambing hitam yang mengeluarkan ketulan-ketulan tahi emas untuk Menteri-Menteri dan kroni Umno melahapnya.
Cuba lihat antara ketulan-ketulahan kecil tahi emas di sini, lagi di sini, dan di sini

Menteri-Menteri Umno dan kroni merekalah yang telah menjilat licin buntot kambing hitam ini sehinggakan pihak SPRM tidak berani berbuat apa-apa melainkan mengesahkan bahawa kambing hitam ini adalah yang paling bersih dalam dunia !!

Baru-baru ini kecoh saling tuduh menuduh antara Samy dan Mahathir. Itu cuma wayang sahaja.Tak lebih dari itu. Malaun dan penyangak ini tetap bersatu dan berpadu dalam merompak wang rakyat dan khazanah negara. Maka itu, penyokong MIC jangan berlebih-lebih sangat kalau nak mengutuk Mahathir. Tengoklah apa yang terjadi kat disini. Semuanya lakonan puak-puak malaun sahaja!

Mahathir pun cuak dengan Samy.Dia tak berani buat lebih terhadap Samy hanya setakad itu sahajalah dia berani kata pasal Samy.

Ingat! Bahawa Samy pernah memberi amaran secara terbuka : Jika dia masuk penjara, ramai Menteri Umno akan ikut serta bersamanya. Ini menjadikan bapa malaun dan penyangak Umno kecut perut dan tak berani mencabar Samy.

Bolehkah kita melupakan watak Samy yang sebelum ini adalah tukang ampu tel.g PM ? Pak Lah sendiri pernah terharu apabila dikelentong oleh Samy melalui sepotong sajak pelagiat Lupakah kita bagaimana Samy menyuapkan makanan ke mulut Mahathir yang seperti seorang kanak kecil OKU pada setiap perayaan Depavali ?

Samy masih berharap bahawa dengan kemenangan besar dalam pemilihan MIC yang baru lalu, memungkinkan beliau dilantik semula menjadi seorang Menteri Kabinet. Samy akan gosok tel.g Najib sampai berkilat!

Isnin, September 14, 2009

Kerajaan Pusat masih membuli Kelantan

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata walaupun Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) akan tamat tempohnya pada 2010, persiapan membangunkan Kelantan telahpun dibuat bagi menggerakkan pembangunan di negeri itu bagi memastikan negeri itu tidak ketinggalan menikmati kemajuan.

"Jika tidak ada program kerajaan pusat, pergerakan ekonomi di Kelantan akan lumpuh," katanya.

Woi keparat! Mai dekat sini sikit; aku nak ludah muka mu itu – Arrrgggh ….phuuuit! *#@**!

Pada 9 Julai 2009 lalu, kamulah yang memberitahu akhbar bahawa PETRONAS akan membuat penjelasan pada 10 Julai 2009.Tetapi hingga kini langsung tak ada berita apa pun!

Malah Kerajaan Barisan Nasional berkata Kelantan tidak berhak kepada minyak yang ditemui 150 kilometer dari persisiran pantai negeri itu - walaupun Bekas Menteri Kewangan, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah berkata Kelantan berhak menerima royalti lima peratus seperti termaktub dalam perjanjian perkongsian hasil carigali minyak yang dimeterai antara Kerajaan Pusat, Petronas dan kerajaan negeri .

Kerajaan Pusat lah yang menindas , menzalimi dan cuba menyekat pergerakan ekonomi rakyat Melayu di Kelantan.

11 Okt pilihan raya Bagan Pinang


Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan 3 Oktober manakala tarikh keluar writ dan notis masing-masing pada hari ini dan esok.

Katanya, pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu.

"Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

DUN Bagan Pinang mengalami kekosongan selepas penyandangnya Azman Mohammad Noor yang mewakili BN meninggal dunia pada 4 September lalu.

Menurut Abdul Aziz, daftar pemilih tersebut akan mula dijual pada 18 Sept.

"Para pengundi juga boleh membuat semakan menerusi laman web SPR iaitu www.spr.gov.my atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR SEMAK NO KAD PENGENALAN ke 15888 pada tarikh yang sama," katanya.

Beliau berkata, 8,577 atau 62.77 peratus pengundi terdiri daripada kaum Melayu, 2,834 atau 20.74 peratus pengundi India, 1,498 atau 10.96 peratus pengundi Cina dan 755 atau 5.54 peratus terdiri daripada lain-lain bangsa (lihat carta).

"Daripada pecahan itu, 7,912 pengundi terdiri daripada golongan lelaki manakala bakinya, 5,752 pengundi ialah pengundi wanita," katanya.

Menurut Abdul Aziz, dewan Majlis Perbandaran Port Dickson akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi manakala proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dibuat di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Port Dickson.

"Untuk pilihan raya kecil ini, SPR akan membuka lapan buah pusat mengundi yang melibatkan lapan buah sekolah dan 18 tempat saluran mengundi," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Aziz turut mengumumkan penubuhan tiga Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) di bawah Seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen.

"Pasukan berkenaan akan mula bertugas dari tarikh penamaan calon hingga tamat hari mengundi, dan akan diketuai oleh seorang pegawai penguatkuasa.

"Ia akan turut dianggotai oleh seorang pegawai polis, seorang wakil pihak berkuasa tempatan dan wakil-wakil calon yang bertanding," katanya sambil memberi amaran, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar subseksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Saya ingin tegaskan sekali lagi, jangan terkejut jika kita bertindak tegas dan mengenakan tindakan, dan jangan kata SPR berlaku zalim. Kita dah ingatkan banyak kali," katanya.

Di bawah subsesyen berkenaan, mana-mana pihak yang disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 1 tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Seperti pilihan raya kecil yang lain, SPR turut membenarkan Malaysia For Free and Fair Election (Mafrel) menjadi pemerhati perjalanan pilihan raya kecil berkenaan.

BERNAMA

Tak akan Melayu hilang di dunia : Suatu Metos

Melayu jangan bermegah dengan ungkapan ‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia”. Ungkapan itu hanyalah suatu metos . Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Demikian mafhum ayat 26 surah Ar-Rahman.

Oleh itu, janganlah mahu berbangga dengan keturunan atau bangsa. Tetapi berbanggalah dengan iman dan ketaqwaan sebagaimana mafhum ayat ke 13 surah al-Hujraat : “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).”

Kaum ‘Aad atau ‘Ad merupakan suku Arab kuno yang dipimpin oleh Ad bin Kin’ad hidup dari 2400 SM sampai 1000 SM. Menurut Muhammad bin Ishaq, kaum ‘Aad tinggal di daerah Al Ahqaf, daerah sebelah barat Oman dan sebelah timur Yaman, membentang dari Laut Arab sampai Pegunungan Dhofar dan pinggiran Rub` al-Khali.

Mereka maju dan mampu mampu membuat membuat bangunan-bangunan tinggi yang menjulang yang belum pernah dibangun oleh kaum lain. Hal ini disebutkan dalam Al Qur’an surat Al Fajr ayat 6-8 :

Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhan berbuat terhadap kaum ‘Aad? (yaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun(suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain.

Kaum ’Aad hidup pada masa Nabi Hud dan kaum ’Aad sebagai penyembah berhala dan kaum yang mempunyai kekuatan yang luar biasa. Kemudian Allah SWT mengutus Nabi Hud untuk menyembah Allah kepada mereka. Dalam Al Qur’an surat Al A’raaf ayat 65 :

Dan (Kami telah mengutus), kepada kaum ’Aad saudara mereka, Hud. Ia berkata “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selainNya. Maka mengapa kamu tidak bertaqwa kepada-Nya.

Kaum ’Aad yang disebutkan dalam Al-Qur’an ini, adalah kaum yang menolak ajakan Nabi Hud untuk menyembah Allah dan tidak mempercayai perkataan Nabi Hud.

Kemanakah perginya kini kaum tersebut? Allah telah binasakan mereka dan telah lenyap dari muka bumi ini. Apalah sangat yang ada pada bangsa Melayu kalau mahu dibandingkan dengan kemajuan dan pencapaian kaum Aad ini?

Ingatlah, bahawa bangsa Melayu hanya akan maju dan terhormat jika Melayu memperjuangkan Islam. Tiada Ajenda Melayu, hanyalah Ajenda Islam!

Ahad, September 13, 2009

Subramaniam di persimpangan jalan

Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam memerlukan platform politik baru untuk menyatupadukan masyarakat India termasuk bekas ahli MIC ekoran kekalahan kedua berturut-turut dalam pemilihan parti semalam.

Penyokongnya juga mendakwa kira-kira 300,000 ahli MIC akan keluar jika Subramaniam memutuskan untuk meninggalkan parti itu.

Sehubungan itu penyokong-penyokong Subramaniam menanti tindakan susulan beliau ekoran kekalahan semalam. [Klik sini]

Apakah kemungkinan akan muncul satu lagi parti baru? Kalau ikut kata Mahathir, "Sekarang orang India sudah terbahagi kepada lapan parti.” Maka parti baru ini nanti akan menjadikannya sembilan.

Subramaniam sedang berada dipersimpangan jalan; samada menubuhkan parti baru dan menyertai Pakatan Rakyat atau masuk sahaja PKR.Beliau tidak ada harapan untuk terus tidur sebantal dengan Samy Vellu lagi.

MSO menulis di blognya : Seperkara nak disebutkan di sini bahawa Subramaniam juga merupakan salah seorang sahabat baik kepada Anwar Ibrahim semasa Anwar di dalam UBN dulu. Kalau Subramaniam menyertai PKR ini bermaka dia menjadi orang kedua bekas seorang pemimpin parti yang berwibawa menyertai PKR selepas Chua Jui Meng. Apa yang Subramaniam perlu pandangan juga entiti India masih belum ada apa-apa wadah untuk masyarakat itu dalam Pakatan Rakyat tidak seperti Cina yang sudah ada DAP.

Najib Altantuya gusar diatas kemenangan team Samy

Walaupun Najib mengucapkan tahniah dan menyifatkan tiada kejutan pada pemilihan itu, kemenangan team Samy Vellu sangat menggusarkan Najib dan Barisan Nasional. Kegusaran tersebut amat jelas apabila beliau mengingatkan pemimpin yang terpilih supaya memberi tumpuan supaya MIC dapat bangkit semula sebagai parti yang relevan.

Samy Vellu mesti ingat betul-betul pesanan PM Najib :

"KPI MIC adalah untuk mendapatkan kembali sokongan masyarakat India kepada BN, tidak ada yang lain. Kalau perpecahan terus berlaku, mereka tidak boleh memenangi sokongan majoriti kaum India.”

Bekas Mahaguru Samy, Dr Mahathir seolah-olah senada dengan Najib bila mana sebelum pemilihan berlangsung, beliau berkata :

"Sekarang orang India sudah terbahagi kepada lapan parti. Kalau dulu semuanya sokong MIC, sekarang ini, tidak ramai yang sokong MIC. Dan mereka beri alasan yang sama, iaitu mereka dah bosan dengan Samy Vellu yang hendak kuasai MIC,”

Malah beliau meletakan kelemahan MIC itu keatas Samy Vellu. “Saya dengar ramai orang India kata tidak mahu sokong MIC, pasal Samy Vellu," kata Mahathir.

"Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN," balas Samy yang cuba mempertahankan dirinya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu. MIC kalah enam daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya serta tewas 12 daripada 19 kerusi DUN.

Apakah MIC selepas ini akan mampu merapatkan semula jurang pergeseran terbuka antara kumpulan Samy Vellu dan Subramaniam?

Subramaniam bakal terima surat tunjuk sebab Jawatankuasa Disiplin berhubung satu kenyataannya yang dibuat dalam akhbar berhubung pemilihan parti itu pada 1977. Dijangka tindakan Jawatankuasa Disiplin ini nanti akan menambah buruk lagi keadaan dalaman MIC.

Subramaniam sebelum ini membawa mesej untuk membawa perubahan keatas parti tersebut jika beliau menang. Nampaknya hasrat beliau itu kini terkandas dipertengahan jalan.

MIC tidak akan berubah selagi Samy Vellu menguasainya. Demikian pandangan orang ramai terhadap perkembangan terbaru MIC . Rakyat akan menghukum MIC dalam masa pilihanraya yang ke-13 akan datang; dan inilah yang sangat membimbangkan Barisan Nasional. Lantaran itu Najib hanya mampu berkata :

"Saya ingatkan, tidak guna jadi popular di kalangan ahli parti sahaja, tetapi tidak popular di kalangan rakyat.”

Penyandang jawatan timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel berjaya mengekalkan jawatan tersebut dengan menewaskan dua pencabarnya, Datuk S Subramaniam dan Datuk S Sothinathan.Beliau mendapat 629 undi manakala Datuk S Subramaniam (547 undi) dan Datuk S Sothinathan 280 undi. Palanivel menang dengan majoriti tipis 82 undi.

Sabtu, September 12, 2009

Ciri-ciri Datangnya Malam Lailatul Qadar

Oleh : Ismail A Said.

Sebagaimana kita ketahui Allah menurunkan Al Quran dalam bulan Ramadan dan malam turunnya Al Quran itu adalah malam qadar, malam yang penuh keberkatan sebagaimana disampaikan oleh Allah dalam firmannya:

“Sesungguhnya kami telah menurunkan Al Quran pada malam Al Qadar dan tahukah kamu apa yang dimaksud dengan malam kemuliaan (Al Qadar) itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahterahlah (malam itu) sampai terbit fajar. " (QS.Al Qadr ayat 1-5)

Juga diriwayatkan oleh HR Bukhari dari Aisyah, Rasulullah bersabda:

“Carilah dengan hati-hati sekali malam Al Qadar itu di malam-malam yang ganjil dari puluhan yang akhir dari Ramadan.”

Dari firman Allah dan hadis tersebut di atas kita mengetahui bahwa malam Lailatul Qadar terjadi dalam bulan Ramadan pada malam-malam ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan. Karena tidak ada seorang manusia pun yang mengetahui bila malam yang nilainya sama dengan seribu bulan itu akan datang, terlebih lagi di negeri kita sering terjadi perbedaan penetapan awal Ramadan yang menyebabkan perbedaan jatuhnya hari-hari ganjil pada sepuluh hari terakhir.

Maka sebaiknya di setiap malam sepuluh hari terakhir itu kita selalu mempersiapkan diri untuk menyambut datangnya malam Lailatul Qadar dengan memperbanyak ibadah, iaitu memperbanyak salat, istighfar, tahlil, tahmid dan ibadah-ibadah lainnya.

Banyak pertanyaan apakah ciri-ciri datangnya malam Lailatul Qadar itu? Tentang ciri-ciri malam Lailatul Qadar banyak ulama yang bebeza pendapat, tetapi berikut ini adalah ciri-ciri datangnya malam Lailatul Qadar yang sering diceramahkan ataupun dituliskan oleh para ulama:

Pertama, orang yang mendapatkan Lailatul Qadar (keberuntungan pahala dari sisi Allah) pada malam itu akan melihat seluruh benda dan makhluk di muka bumi ini bersujud kepada Allah.

Kedua, orang yang mendapatkan Lailatul Qadar (keberuntungan pahala dari sisi Allah) akan melihat semuanya terang benderang walaupun suasananya di tengah malam.

Ketiga, orang yang mendapatkan Lailatul Qadar (keberuntungan pahala dari sisi Allah) itu mendengar salam malaikat dan tutur katanya.

Keempat, orang yang mendapatkan Lailatul Qadar (keberuntungan pahala dari sisi Allah) itu dikabulkan segala doanya.

Dan kelima, orang yang mendapatkan Lailatul Qadar (keberuntungan pahala dari sisi Allah) itu tidak disyaratkan melihat tanda apa-apa.

Karena bulan Ramadan adalah bulan yang utama, bulan yang penuh berkat sebagaimana telah dijanjikan Allah, kiranya akan lebih baik kita memperbanyak ibadah terlebih lagi di sepuluh hari terakhir Ramadan dengan tidak usah mengingat ciri-ciri malam Lailatul Qadar.

(Ditulis berdasarkan referensi Al Qur’an, Buku Pedoman Puasa, Prof. DR. T.M Hasbi Ash Shiddieqy dan Buku Puasa Ramadan, DR. H. Ridjaluddin F.N; M.Ag).
* Ismail A Said adalah Presiden Direktur Dompet Dhuafa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...