Followers

Sabtu, Oktober 31, 2009

Laporan akauntan : Masuk angin keluar asap

Laporan Akauntan Negara 2006, pernah mendedahkan, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), telah membayar RM224.94 bagi satu set pemutar skru berbanding harga pasaran hanya RM40. Kamera digital pada harga RM8,254.29 seunit berbanding harga sebenar RM2,990. Harga untuk jek satu tan dibeli pada harga RM5,741.69 seunit berbanding harga sebenarnya hanya RM50.

Ketua Audit Negara menegur terhadap proses pembelian 13 peralatan dan kelengkapan bagi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada kadar melebihi harga pasaran hingga kerajaan terpaksa menanggung kerugian RM8.39 juta. Klik sini atau lihat disini

Semua ini membuktikan penglibatan pegawai-pegawai yang diamanahkan, samada rasuah atau penyalahgunaan kuasa.Perlakuan sebegini bukan perkara yang baru kerana perkara yang sama dikesan pada setiap kali laporan akauntan negara dikeluarkan.

Tahun ini , tidak banyak berubah.Sama juga - sebuah kenderaan kerajaan mengisi tangki petrol RM113 dalam masa selang beberapa minit sahaja.Satu thumbdrive yang nilai RM90 dibeli dengan harga RM480;Satu kabinet yang nilainya RM1,500 dibeli dengan harga RM13,500;Satu lampu picit yang nilainya RM35 dibeli dengan harga RM143;Satu alat welding yang nilainya lebih kurang RM20,000 dibeli dengan harga RM4,1429.

Disamping itu, mereka membayar RM262,256 untuk mentenan sebuah kereta pegawai bagi tempoh 4 tahun yang harga sepatutnya hanya RM15,197.

Paling menakjubkan , sejumlah RM5.77 billion telah dibelanjakan untuk landasan berkembar 179km Rawang-Ipoh. Purata, setiap kilometer berharga lebih kurang RM30 juta dengan kadar faedah 32.9%.

Maka berkokoklah , Perdana Menteri 1 Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan satu pasukan petugas peringkat tinggi untuk menyiasat laporan Ketua Audit Negara 2008 dan mengambil tindakan yang sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penyelewengan kewangan dan salah guna kuasa yang disebut dalam laporan itu.

Podah! Najib tahun dulu pun engkau cakap lebih kurang yang sama juga.Kalau tidak percaya lihatlah berita di di sini .Engkau jenis pembohong besar yang bakal menerima pembalasan dari rakyat Malaysia yang selama ini hanya melihat telatah dan lakonan engkau.

Seperti lazimnya, selepas laporan dikeluarkan, tiada siapa yang dipertanggungjawabkan.Tiada siapa yang dikenakan apa-apa tindakan. Semuanya masuk angin keluar asap!Korang undilah lagi Umno/BN untuk membantu penyangak dan kaki songlap wang rakyat terus bermaharaja lela Satu Malaysia

Jumaat, Oktober 30, 2009

Gantung Polis Dahulu

Hanya sebagai hiasan - satu kemalangan dijalan raya...

Sumber: Malaysian Today -Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: GoMalaysian

Bukan apa lagi. Musuh utama bagi Malaysia sekarang adalah polis. Mereka adalah orang yang terlebih dahulu diturunkan sebelum kita menurunan satu lagi regim yang dinamakan Barisan Nasional. Rakyat Malaysia harus mengisytiharkan peperangan mereka kepada Polis.

Marilah kita melihat kembali ke sejarah. Bagaimanakah USSR dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimanakah Shah dari Iran dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimanakah Saddam dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimanakah Sukarno dan Suharto dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimana regim ini dapat mengekalkan kuasa mereka dalam sejarah 5,000 tahun yang lepas, ya, anda akan menemui satu persamaan diantara mereka. Persamaan itu adalah bagaimana polis untuk menolong regim itu untuk mengekalkan kuasa mereka, sama ada ia sah dari segi undang-undang atau sebaliknya.

Inilah situasi yang berlaku di Malaysia hari ini.

Kemudian kita lihat bagaimana regim ini dijatuhkan. Hanya ketika pihak polis menukar laluan sokongan mereka ataupun berlaku adil, barulah regim ini akan dijatuhkan. Iaitu apabila pakatan yang haram diantara polis dan regim berkecai barulah regim dapat dijatuhkan. Tiada apa cara lagi, sejarah telah membuktikannya. Regim tidak akan jatuh kecuali sokongan polis terhadap mereka retak. Jadi untuk menjatuhkan regim, polis harus diubah terlebih dahulu.

Perkara yang berlaku di Dewan Undangan Perak semalam merupakan jejak terakhir polis. Tindakan ganas polis terhadap Pakatan Rakyat merupakan paku terakhir untuk sebuah keranda.

Saya bukannya tidak tahu sehingga mana keganasan yang dilakukan oleh polis. Saya telah menjadi "tetamu" mereka lebih daripada sekali dan anak saya sering dipukul di Penjara Sungai Buloh di tangan polis. Setelah beberapa insiden "pembunuhan kedaulatan undang-undang" di Malaysia, sekiranya anda masih sangsi bahawa polis tidak bertindak diluar undang-undang, saya tidak tahu apa contoh yang lagi untuk anda.

Najib Tun Razak yang boleh dipenjarakan kini menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana konspirasi penutupan cerita di sebalik pembunuhan Altantuya Shaariibuu oleh polis. Siapa lagi sekiranya bukan IGP sendiri, Musa Hassan untuk menutup kes ini. Hal ini telah diceritakan kepada saya secara peribadi oleh Konsul Kehormat Mongolia ke Malaysia, Datuk Syed Alhabshi Rahman. Dia memberitahu saya bahawa dia telah memberikan Musa Hassan segala bukti tetapi bukti itu telah dikuburkan dan tidak dibenarkan untuk muncul dalam perbicaraan pembunuhan di mahkamah.

Biarlah saya membuat penjelasan disini. Faktor Perdana Menteri Najib tidak dipenjarakan kerana Musa Hassan dan polis Malaysia. Selain itu, Musa Hassan juga menganas terhadap pembangkang. Dan apa yang berlaku di Perak dapa meyakinkan lagi sekiranya anda masih tidak percaya dengan situasi sebenar yang berlaku.

Musa Hassan harus dihantar ke penjara. Dia tahu dia akan dihantar ke penjara sekiranya Barisan Nasional ditempatkan dalam situasi yang paling sukar iaitu menjadi pembangkang dan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan. Jadi Musa Hassan akan memastikan Pakatan Rakyat tidak akan menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan. Dan dia akan melakukan apa pun untuk memastikan perkara ini tidak terjadi.

Ada orang yang cuba mengatakan saya melarikan diri untuk "mengelakkan" hukuman saya kerana mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya. Itu yang mereka mahu anda percaya. Ia langsung tiada kena mengena dengan kesalahan yang didakwa dalam perbicaraan saya mengenai hasutan. Aku telah melarikan diri kerana aku tahu mereka akan menahan saya di bawah Internal Security Act (ISA) tanpa sebarang perbicaraan untuk menghentikan saya untuk mendapatkan bukti yang lebih lanjut tentang cara polis menutup fakta-fakta di sebalik pembunuhan Altantuya.

Namun fakta ini tidak akan disemubuyikan lagi. Sebelum sambutan Natal tahun ini akan wujud fakta-fakta tersebut. Malaysia akan diberitahu kebenaran yang berlaku di sebalik pembunuhan Altantuya. Malaysia akan dapat melihat diri sendiri bukti-bukti bagaimana Musa Hassan dan polis Malaysia memastikan bahawa Najib akan menjadi Perdana Menteri daripada dipenjarakan dengan konspirasi menutup kebenaran di sebalik pembunuhan itu.

Sudah terlambat bagi mereka untuk menghentikan saya sekarang. Bahkan sekiranya saya masih menghilangkan diri sendiri, ia tidak akan menghalang fakta daripada daripada dikemukakan. Setelah lapan bulan saya melarikan diri, saya tidak menghabiskannya dengan sia-sai. Fakta-fakta telah dikumpul. Saya telah mengumpulkan semua fakta yang berkaitan untuk dipersembahkan kepada Rakyat Malaysia. Dan, apabila ia dipersembahkan kepada Rakyat Malaysia, semua orang akan melihat bagaimana peranan Musa Hassan dan polis untuk menutup kes pembunuhan Altantuya untuk menyelamatkan orang-orang dalam pembunuhan itu daripada dihantar ke penjara.

Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menyesalkan bahawa Malaysia telah berubah menjadi negara polis. Mahathir, pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, marah kerana polis di negara ini dan membantu rejim haram yang dianggap oleh Mahathir untuk menjalankan tugas. Ini adalah pandangan Mahathir. Dan ini menjadi pandangan saya juga. Dan saya menolong Mahathir dalam perkara ini. Saya akan membantu Mahathir untuk membuktikan apa yang dia katakannya itu benar. Mahathir harus membuktikan juga bahawa apa yang dia katakan adalah benar iaitu Malaysia adalah negara polis dan polis membantu regim haram untuk mentadbir negara.

Tidak mengapa sekiranya Najib dan kumpulannya masuk penjara atau tidak. Yang saya prihatin ialah Musa Hassan akan menjadi orang yang pertama untuk dihantar ke penjara. Beliau harus dihantar ke penjara kerana beliau merupakan Ketua dalam kerja menutup kes pembunuhan Altantuya. Kemudian yang lain boleh dimasukkan penjara.

Polis di Malaysia merupakan sekumpulan gangster berseragam. Mereka sebenarnya lebih teruk daripada gangster. Bahkan gangster memiliki etika. Jika anda pernah bercampur dengan mereka, anda akan tahu apa yang saya maksudkan. Gangster yang berseragam tidak mempunyai etika sama sekali. Lebih teruk lagi, gangster berseragam ini sembahyang lima kali sehari dan menghala ke Mekah dan membayangkan diri mereka sebagai umat pilihan Allah yang telah dijanjikan sebuah tempat di Syurga , walaupun mereka tidak peduli apa pun dosa dan kejahatan yang mereka telah lakukan.

Saya telah dipenjara dulu. Penjara adalah satu tempat untuk mengumpul pelbagai jenis orang dan sampah masyarakat. Tapi banyak kali mereka yang disebut sebagai sampah masyarakat telah terbukti mereka adalah lebih baik daripada gangster yang berseragam. Saya telah, pada kenyataannya, telah diberikan perlindungan 24 jam oleh orang-orang yang akan anda anggap sebagai sampah masyarakat. Mereka berdiri di luar sel sementara saya tidur didalam demi memastikan bahawa tiada sebarang ancaman datang kepada saya supaya saya boleh hidup untuk meneruskan perjuangan untuk Malaysia.

Ya, apa yang ironi. Orang yang dianggap sampah masyarakat oleh kita telah menjadi penyelamat kepada saya ketika saya berada dalam penjara daripada orang-orang berseragam. Inilah pengajaran saya ketika dalam penjara. Ini telah membuat saya lebih mempercayai mereka sekiranya saya berada di tangan gangster, perampok dan penculik berbanding berada di tangan orang-orang berseragam.

Bukan apa lagi. Musuh utama bagi Malaysia sekarang adalah polis. Mereka adalah orang yang terlebih dahulu diubah sebelum kita dapat menurunkan satu regim yang dinamakan Barisan Nasional. Rakyat Malaysia harus mengubah Polis. Musa Hassan harus menjadi orang yang pertama. Sekiranya kita memisahkan kepala dari lehernya maka regim akan runtuh. Dan hanya selepas itu orang-orang di balik pelbagai pembunuhan dapat dibawa ke mahkamah.

Post Asal: di sini Lihatlah keganasan polis berikut :




Persidangan Haram DUN Perak 28 Oktober 2009

Akhirnya jubah yang dipakai koyak rabak dan tertanggal dari Sivakumar. Dia hanya dapat pegang cebisan jubah berjalur emas sebagai simbol cebisan demokrasi yang dikoyak robekan oleh UMNO BN di Perak.

Ikuti pengalaman Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sewaktu menghadiri
PERSIDANGAN HARAM DUN PERAK 28 OKT '09

Sindrom ‘Ngok-Ngak’ PAS berterusan : Hasrat Operasi Pembersihan Tidak Kesampaian

Jelas kini , hasrat Tuan Guru Nik Aziz dan dan orang-orang PAS yang ramai ; mahu melihat operasi pemutihan dalam PAS tidak kesampaian.

Hasrat TGNA supaya diadakan satu Muktamar Khas gagal ditunaikan. Sebelum ini Pada jun 20, 2009, Ust Ahmad Awang juga minta diadakan satu ‘Muktamar Khas’ melalui blognya yang saya salin di sini:

“maka perlulah pimpinan tertinggi dari peringkat syura dan kepimpinan organisasi peringkat pusat dan negeri mengadakan perhimpunan khas bagi membincangkan cara-cara yang terbaik untuk menangani isu ini berlandaskan kaedah dan cara terbaik mengikut lunas-lunas Islam.”

Begitu juga Datuk Harun Taib ,pernah turut menggesa supaya diadakan Muktamar Khas di sini

Kali ini, TGNA telah secara jelas menamakan tiga orang yang perlu diambil tindakan iaitu, Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Mustaffa Ali.Tetapi anehnya, ketiga-tiga orang tersebut yang sepatutnya diambil tindakan telah diselamatkan pula oleh Tuan Guru Presiden.

Nampaknya PAS terlalu phobia untuk mengadakan Muktamar Khas setelah sekelian kali gesaan dibuat oleh pemimpin kanan parti itu sendiri. Kenapa ? PAS dilihat lebih suka menyapu sampah sampah kebawah tikar. Maka PAS akan berterusan dengan sindrom ‘ghok-ghak’ nya sepertimana kata TGNA :

“Tidak boleh jadi ni, kita duk ‘ghok-ghak’ (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana,"

Tindakan menghadapkan Selangor kepada JK Disiplin nampaknya sudah tersasar dari tujuan asal gesaan TGNA.Tindakan ini tidak akan mengubah persepsi orang ramai yang mahu melihat perubahan dalam PAS sebagaimana yang telah digesa oleh TGNA dalam blognya tempohari.

PAS gagal untuk bertindak wajar dalam menghadapi isu tersebut.Percayalah; isu tiga orang yang perlu diambil tindakan itu tidak akan tamat begitu sahaja.Yang pastinya, tindakan sebegini tidak akan dapat mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap PAS itu sendiri kerana PAS dilihat telah gagal untuk membersihkan dirinya daripada anasir-anasir sepertimana yang disebut sebagai Fraksi Umno atau "boneka Umno" dalam PAS.

PAS harus berani menyambut gesaan TGNA yang mahukan Muktamar khas diadakan.Ini adalah penting supaya persepsi orang ramai terhadap PAS dapat dipulihkan semula.

“ Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas,” Kata TGNA

Sebelum TGNA menggesa supaya tindakan diambil keatas tiga orang itu, jangan lupa TGNA pernah menyatakan bahawa :

“ Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno.

Kelangsungan PAS hari ini adalah semata-mata atas adanya pemimpin seperti TGNA dan beberapa yang lain.Jika tidak berlaku perubahan yang drastik sebagaiman gesaan TGNA, adalah dikhuatirkan PAS akan kembali semula klepada statusnya di tahun 2003 lalu.
TGNA telah melaksanakan tanggung jawabnya dengan berkata :

“Jika ramai yang tak setuju Muktamar Agung Khas (EGM) tak apa... saya keluarkan fikiran saya, kalau setuju, Alhamdulillah," jelas Nik Aziz.

Terpulanglah kepada Ahli jawatan kuasa Pusat untuk mengambil tindakan berani sebagaimana yang diperuntukan kepada mereka : Permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Khamis, Oktober 29, 2009

AJK PAS Pusat perlu berani bertindak

Keputusan mesyuarat malam tadi, tidaklah mewakili MAJORITI dari AJK PAS Pusat. Setahu saya, keputusan yang ijma harus dipersetujui oleh KESEMUA AJK PAS PUSAT. Namun, majoriti AJK yang keluar dari mesyuarat malam tadi, keluar dalam keadaan TIDAK PUAS HATI.Pengumuman Presiden Tidak Mewakili AJK PAS Pusat tapi Mewakili Cikgu Pa dan Geng Terengganu. Sebenarnay tiada jalan lain penyelesaia bagi semua ini melainkan EGM Dan gugurkan Hasan Ali dari PJ Selangor


Benarkah keputusan yang diumumkan oleh Tuan Guru Presiden malam tadi bukan keputusan yang dipersetujui oleh para AJK PAS Pusat?

Ikut ceritanya, para AJK PAS Pusat telah bersetuju berkompromi untuk tidak mengadakan EGM dengan syarat Pesuruhjaya PAS Selangor ditukar? Yang pasti tiada persetujuan dari AJK malam tadi untuk menghadapkan PAS Selangor kepada JK Disiplin. Sila [klik di sini].

Hairan juga, kenapa PAS Selangor ? Sedangkan Tok Guru sebut nama tiga orang tu terang-terang supaya diambil tindakan.

Kalau benar bahawa Keputusan mesyuarat malam tadi, tidak mewakili MAJORITI dari AJK PAS Pusat; maka AJK Pusat yang tidak bersetuju dengan keputusan yang dicapai di mesyuarat semalam perlu bertindak segera dan berani - memohon secara bertulis untuk diadakan EGM.
Gambar dan kapsyen daripada : pinkturtle

Kedekut tahi hidung masin!

Kesian bila saya baca Ajijoi kena cemoh dek Mat Saman Kati tu.Tak ubah seperti orang yang kedekut tahi hidung masin!Broadband saya pula memanjang beragam, baru petang ini o.k. Barulah dapat menulis nih!

Nampak marah benar MSK kat Ajijoi – katanya Ajijoi gi ciplak – copy and paste artikelnya dan MSK dengan emosi yang egoistik menyeret sama nama blogger PAS dan menuduh mereka sebagai penciplak.

Bunyi macam orang Indonesia marahkan Malaysia yang kononnya mencuri tarian pendet tidak berapa lama dahulu.....Hee! Hee! Itu perang budaya; MSK nak berkonfrantasi dengan blogger PAS ke? Ha! Ha! Lepas itu boleh dapat apa? Hee! Hee! Banyak kerja lain yang lebih munafaat kita boleh buat.Tujuan kita adalah sama – menyibarkan berita anternatif untuk kepentingan orang ramai mendapat berita yang benar.

Lantak ke dialah Joi, apa yang engkau cakap tu adalah benar dan aku puji sikap kamu tu.Tujuan kita nak menyebarkan berita saja.Bukan ada dapat upah apa-apa pun.Tinggi mana hit pun , kita macam tu juga.Tapi itulah jadinya, ada juga setengah blogger tu, bukanlah pula saya nak katakan siapa-siapa pun, hakikatnya begitulah merasa kepala besar ; tetapi sebenarnya adalah bengkak benjol kerana berpenyakit tumor munafiq!

Pagi itu selepas subuh, saya melihat ada missed call di telefon saya.Panggilan tersebut menunjukan pada jam 1.07 pagi.Saya tidak sedar langsung malam tadi.Saya menemai isteri di Trolak untuk memberikan kursus disitu.

Memandangkan panggilan tersebut dibuat pada waktu yang lewat begitu, tentu ianya perkara yang penting lalu saya membuat return call.Rupanya panggilan tersebut daripada Dato. Beliau menceritakan kepada saya tentang tragedi di SK Kuala Dipang .Beliau tidak dapat memasukan berita tersebut kedalam blog kerana masih berada ditempat kejadian dan minta saya memasukannya kedalam blog.Beliau mengirim sekeping gambar melalui h-fonnya.

Gambar ini Dato yang kirimkan kepada saya -
ramai blogger lain menggunakannya - go on; no harm done!

Malangnya , saya tidak dapat melakukan upload gambar tersebut (atas) .Saya terus menalipon Ajijoi dan minta maaf daripadanya kerana menalipon pagi-pagi yang mungkin menganggunya kerana sedang bersiap untuk pergi kerja.

"Boleh ke Joi?" saya tanya Ajijoi samada beliau ada masa untuk memasukan berita tersebut.

"Nak tulis apa?" Tanya Ajijoi lagi. " Kau copy & phase daripada akunyalah, " jawab saya ; maka saya hantar gambar yang ada tu kepada Ajijoi.

Tiada masalah bagi kami; yang pentingnya berita tersebit dapat disebarkan kepada ramai. Dan saya tidak kisah pun ramai blogger lain yang salin dan gunaklan gambar yang Datok kirimkan kepada saya itu.

Ah! Saya tidak pernah berasa hati kepada sesiapa pun kalau ada yang ambil berita daripada saya, malah saya turut bergembira kerana merasakan ada orang yang menghargai tulisan saya yang tak seberapa sangat itu.Umpama Albanjari pernah menyiarkan artikel saya di sini Tanpa menyebutkan nama saya; saya tak berasa apa pun.Mungkin beliau tergesa-gesa dan terlepas pandang.

Lihat artikal asal di sini . Saya tidak berasa rugi apa-apa pun, dan saya kira, Al-banjari pun tak dapat untung seduit pun.Yang pasti untung ialah rakyat yang membacanya.Saya dan Al-Banjari hanya tumpang suka dan gembira kerana dapat menyampaikan berita kepada rakyat....

Begitulah sikap yang bukan tahi hidung masin....

Rabu, Oktober 28, 2009

Kronologi sidang dewan Haram hari ini



11.38 am : Bajet haram oleh sidang haram yang dikendalikan Speaker Haram.BN akhirnya melanggar undang-undang dengan membentang dan mengesahkan bajet haram sebentar tadi.

11.35 am : Sidang Speaker sah YB. Sivakumar, sahkan usul Hj. Osman b. Abdul Rahman sebagai Ahli Dewan Negara baru.

Hj. Osman telah diusulkan oleh Adun Kuala Kurau menggantikan seorang Ahli Dewan Negara yang telah tamat tempoh perkhidmatan, dan disokong oleh Adun Kuala Sepetang. Usul diterima oleh dewan

11.31 am : BN cuba lulus bajet haram .Laungan Speaker haram bergema Sidang BN yang cuba meluluskan bajet haram oleh Speaker Haram Ganesan.

11.29 am : Dua sidang dalam satu dewan sedang berjalan Sekarang ini dua sedang berjalan iaitu sidang yang dikendalikan oleh Speaker yang sah V.Sivakumar, dan Speaker haram Ganesan.

11.08 am : Sidang ditangguh oleh Speaker Sivakuma.Sidang yang dikendalikan oleh Speaker sah Sivakumar nampaknya tidak diganggu oleh Speaker haram dan Adun BN.Ianya ditangguhkan sebentar tadi

11.07 am : Titi Serong mengusulkan tahniah dan penghargaan dengan prestasi kewangan Kerajaan PR 2008ADUN Titi Serong membentangkan usul tahniah dan terima kasih atas prestasi kewangan Kerajaan Perak tahun 2008 di bawah kerajaan PR seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

11.06 am : Usul di bahas oleh MB Pakatan RakyatUsul sedang dibahas oleh YAB MB Pakatan Rakyat dengan mengemukakan data tentang prestasi tersebut. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada penjawat awam sehingga prestasi itu dicapai.Usul diterima.

10.56 am : Sidang berhenti sebentar. Sidang ditangguhkan oleh Speaker Sivakumar. Kami Adun PR masih berada di tempat duduk masing-masing dengan tertib sehingga YB Siva menyambung balik sidang.

10.53 am : Usul disokong oleh Adun Setiawan. Usul yang disampaikan dibahas dan disokong oleh Adun Setiawan Dato' Ngeh. Pembesar suara sudah ditutup.

10.51 am : Adun BN Cuma memerhatikan sidang yang dikendalikan Speaker yang sah. Usul kedua yang dibentangkan oleh YAB MB Nizar mengenai takziah dan simpati kepada anak-anak sekolah di Kuala Dipang yang mengorbankan tidak kurang 3 orang.Beliau memohon dewan mengucapkan takziah dan usulkan semula program yang melibatkan anak-anak sekolah dihentikan sama sekali untuk memenuhi kehendak PM sendiri supaya program dihentikan.Dewan mengusulkan ucapan takziah

10.48 am : Hujah PR langsung tidak dijawab Ganesan dan dia terus berada ditempatnya.Ganesan diminta untuk mengosongkan tempat duduknya oleh YB. Buntong tetapi dia masih enggan.YB Speaker mengumumkan akan mengendalikan sidang di tempat duduk biasa kerana Ganesan tidak mahu mengosongkan tempat duduk sebentar.

10.41 am : Sidang terus berjalan. YB. Buntong terus menyampaikan ucapan tanpa diganggu dengan hujah Ganesan tidak layak jadi Speaker.

10.40 am : Adun Buntong berucap tanpa diganggu. Usul mengecam Speaker haram yang disampaikan oleh YB. Sivasubramaniam disampaikan dan sidang yang kami jalankan tidak diganggu oleh Speaker haram.

10.38 am :Sidang dikendalikan oleh Sivakumar. Saya menghabiskan bacaan doa menggantikan SU Dewan yang dihalang masuk.

10.35 am : Kami sudah di dalam dewan.Kami sekarang sudah berada didalam dewan dan dewan nampaknya berehat, kami diperhatikan oleh Adun BN lain dan Speaker haram.

10.32 am : Saya di larang masuk dengan kamera.Polis membantah tindakan saya untuk membawa masuk kamera ke dalam dewan. Pihak polis tidak dapat menunjukkan dokumen yang dikatakan ada larangan itu

10.21 am : Polis halang kami masuk. Semua Adun masih bertahan dan tidak dibenarkan masuk ke dewan. Berlaku kekecohan.

10.20 am : Polis pukul Adun? Laungan pada polis yang pukul Adun bergema dalam keadaan kami cuba melepasi halangan pemeriksaan akhir untuk masuk ke dewan.

10.17 am : Kami menaiki tangga. Kami menaiki lif , tetapi lif tidak berfungsi dan semua Adun menggunakan tangga menuju dewan.

10.16 am : Kami mengecam tindakan polis yang melakukan tindakan sebentar tadi.

10.15 am : Kami keluar ke kawasan lapang, YB Sivakumar dihalang. Kami sekarang berehat setelah berlaku pergelutan yang melampau sehingga jubah YB Siva dirampas dan YB Siva sudah ada bersama kami sekarang dan akan masuk ke dewan.

10.08 am : Kami dihalang di kawasan bawah bangunan letak kereta.Sekali lagi kami dihalang untuk masuk oleh puluhan polis di bawah kawasan letak kereta

10.07 am :Kami berada dalam pagar SUK sekarang. Kami mempertanyakan songkok YB Siva yang dirampas oleh seorang SB bernama Bala.

10.05 am : Suasana kecoh kembali. Polis terus menghalang kami dan kami bergerak ke pintu masuk untuk masuk ke dalam dewan dengan dikawal ketat oleh ratusan polis

10.01 am : Kami keluar dari pagar SUK.Setelah berlaku pergelutan tadi kami mundur dan terus keluar dari Bangunan dan pagar SUK.Polis halang kami berkumpul di luar pagar dan adakan sidang akhbar MB Pakatan bercakap kepada wartawan swasta bahawa kami ditahan oleh Polis dan halang Adun PR dan Speaker masuk, dia juga Adun Tronoh.Beliau mengecam tindakan polis itu yang melanggar undang-undang.

10.00 am : Kami terus dihalang, undur ke bel;akang. Ada yang ditolak sampai jatuh dan Speaker cuba ditangkap dan dihalang, kami pertahan sehingga ada Adun yang jatuh

9.58 am : Kami bergerak kembali.Kami cuba sekali lagi ke lif untuk masuk ke dalam dewan dan sekali lagi dihalang oleh Polis, berlaku perlawanan cakap, mereka benarkan semua Adun masuk kecuali YB Speaker.

9.56 am : Kami mundur ke pintu utama.YB Siva cuba dihalang oleh polis termasuk semua Adun PR yang cuba dihalang. Berlaku tolak menolak.

9.55 am :Siva dihalang, kami pertahan.Semua ADUN PR dan Speaker Sivakumar mundur ke belakang apabila di halang oleh polis.

Sumber : Cina Islam

Selasa, Oktober 27, 2009

Surat palsu Sivakumar berkeliaran

Inilah surat palsu yang diedarkan di Ipoh
yang menggunakan kepala surat speaker dan tandatangan
V. Sivakumar. (klik untuk paparan lebih jelas)

IPOH, 27 Okt :- Saya telah dihubungi oleh Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak, Hj. Abdul Rahim Ariff yang memaklumkan ditangannya terdapat sepucuk surat yang diserahkan oleh Penyelia DUN pakatan Rakyat DUN Sungai Rapat, Sdr. Radzi Zainon.

Surat diatas ternyata palsu dan saya ditugaskan oleh Speaker V. Sivakumar untuk menafikan bahawa surat itu dikeluarkan oleh pihak beliau. Perkara tersebut ditegaskannya semasa menghubunginya sebentar tadi.

Beliau mengecam tindakan provokasi pihak yang tidak bertanggung jawab itu dengan mengunakan namanya itu dan berharap pihak yang menerima surat itu tidak mempercayai kandungan surat tersebut apa lagi dikaitkan dengan Persidangan DUN Perak yang akan diadakan di Hotel Heritage dan pembubaran DUN Perak yang akan berlaku esok hari.

Mengikut pemberi maklumat awal, surat tersebut didapati beredar di Mesjid Jalan Dairy Ipoh dan di kutip oleh seorang pimpinan PAS Kg. Gajah dan diserahkan kepada Sdr. Radzi Zainon.

Inilah antara suasana yang menghiasi sidang DUN Perak yang akan berlangsung esok. Apapun kita melihat dari semua aspek tidak ada langkah yang sewajarnya dan paling baik melainkan diberikan laluan kepada pembubaran DUN Perak dan memberi mandat kepada rakyat Perak untuk memilih sekali lagi.

YB Drs Khalil Idham Lim
Adun Titi Serong

Mereka yang terpalit dengan imej-imej yang negatif itu kenalah berundur - Prof Aziz Bari

Oleh Prof Abd Aziz Bari

Saya menyinggung politik dalam Pas kerana saya melihat parti ini penting dalam Pakatan Rakyat. Dan Pakatan pula penting dalam politik baru Malaysia. Seterusnya politik baru ini kritikal dalam membina sistem dua parti yang akan menentukan sama ada perlembagaan kita dapat diperkasakan atau terus dimanipulasi untuk kepentingan politik sebagaimana yang kita saksikan selama ini.

Sesiapa yang menafikan bahawa perlembagaan telah dikembirikan selama 52 tahun ini adalah jahil dan menipu dirinya sendiri. Selain tindakan UMNO, istana dan mahkamah dalam krisis politik di Perak apa yang dilakukan sejak merdeka juga sebenarnya telah menghambat perkembangan kemerdekaan. Jika ada yang tidak percaya silalah teliti laporan Suruhanjaya Reid dan draf yang mereka sediakan dan bandingkan dengan dokumen perlembagaan yang ada hari ini. Kaji juga keputusan-keputusan mahkamah sejak merdeka.

Memang Pakatan belum tentu tidak jadi macam Barisan Nasional. Tapi saya fikir kita perlu realistik dan beri mereka peluang. Jika mereka gagal kita akan letakkan kembali Barisan di tempatnya sekarang. Dalam sistem demokrasi yang kita amalkan ini sahaja cara yang kita boleh lakukan.

Inilah gambar besar yang kita harus perhatikan. Bukan soal remeh temeh yang para pencacai politik cuba paparkan dalam blog-blog mereka. Apakah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah nyanyuk dan menyusukan kera di hutan tidak relevan. Begitu juga dengan mereka yang cuba menonjolkan betapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi mangsa dan perlunya orang baik ini dipertahankan.

Rakyat yang sedar kepentingan negara tidak bicara soal individu. Kita bicara soal arah dan masa depan negara. Tentang perlunya sistem negara ini diperbetulkan. Proses ini sudah pasti panjang dan berliku. Apa yang berlaku dalam Pas adalah salah satu daripada mata rantainya. Proses sama sudah bermula dalam PKR. Ini baik. Tak perlulah kita bertengkar tentang namanya. Kalau nak kata krisis pun katalah. Yang penting ia ubat yang akan menyembuhkan penyakit-penyakit yang ada.

UMNO baru sahaja mendapat suntikan baru dan ia pastinya tak senang dengan perkembangan itu. UMNO mahu Pas terus kekal dengan bisul yang sekarang cuba diubati oleh Nik Aziz. Sebab itu media miliknya ramai-ramai mengatakan bahawa krisis Pas dan PKR itu adalah tanda bahawa musuh ketat mereka sudah mula buang tabiat. Sebagaimana orang Pas dan PKR mengejek pergelutan dalam UMNO. Sebagai rakyat yang prihatin kepada hidup mati negara kita tidak harus terjebak dengan gelagat dan permainan ahli-ahli politik seperti mereka. Kita perlu fokus kepada gambar besar tadi. Kita perlu lupakan soal-soal yang tidak wujud dan remeh seperti kedudukan dan perpaduan Melayu, Islam dan macam-macam lagi. Lagipun sejak bila yang UMNO prihatin sangat dengan Melayu dan Islam ini?

Gambar besar yang dikatakan tadi merujuk kepada imej Pas dan ini berkait dengan persepsi rakyat kepada parti itu. Dalam senario dan landskap yang ada sekarang Pas cuma boleh mendapat sekitar 40 peratus undi Melayu. Ini bermakna ia perlu mengekalkan sokongan bukan Melayu jika hendak mengekalkan kedudukannya sekarang. Ini bukan soal menjual maruah Melayu dan Islam. Sebaliknya ia adalah cabaran kepada Pas bagaimana hendak menjelaskan konsep-konsep negara kebajikan dan Pas untuk semua yang telah dimulakannya. Abdul Hadi gagal di sini. Atau memang tidak mampu. Dalam keadaan sebegitu dia dan kawan-kawannya sembunyi-sembunyi berkira dengan UMNO.

Kita tak peduli apa namanya. Kita juga tak peduli sama ada mereka masih lagi meneruskannya atau tidak. Yang jelas aktiviti itu telah membolehkan UMNO memberikan ciuman maut buat Pas dan sekarang virusnya merebak dalam parti. Ia menyebabkan syak wasangka dan menimbulkan kemarahan bukan Melayu. Abdul Hadi dan kumpulannya perlu ingat bahawa UMNO mahu memujuk bukan Melayu dan sekiranya Pas boleh digambarkan berada bersamanya itu sudah cukup baik. Dalam keadaan itu hanya tinggal DAP dan PKR sahaja yang perlu ditangani.

Imej Pas sudah tercalar dan Nik Aziz sebagai seorang pemain yang licik dapat menghidunya. Abdul Hadi dan kawan-kawannya semacam terlupa siapa yang mengundi mereka dalam PRU ke 12. Jika tidak masakan Datuk Dr Hassan Ali terus berdegil dan cuba menjaringkan gol sendiri! Saya sudah beritahu bahawa beliau boleh lakukan apa yang dibuatnya itu. Tapi kenalah letak jawatan dan jadi penyokong kerajaan sahaja.

Sehingga ini nampaknya usaha Nik Aziz belum disekat secara rasmi meskipun ada suara-suara yang mempersoalkan. Tak kiralah apa cara dan namanya. Muktamar khas atau sekadar mesyuarat majlis syura atau mesyuarat jawatankuasa agung membincangkan isu itu. yang penting persepsi rakyat diperbetulkan sebelum pilihan raya kecil yang akan dating. Dalam senario politik yang ada sekarang pastinya UMNO gian hendak bertanding. Saya fikir orang Pas dan Pakatan takut sekarang. Saya dapat tahu Nasrudin Hassan ada berkata tidak takut berlengan di Bagan Pinang. Tetapi inikah jenis kepemimpinan yang hendak kita pamerkan?

Oleh kerana isu besar yang hendak ditangani berkait dengan imej dan persepsi saya fikir elok Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pecat Hassan Ali dari kerajaan kerana kesalahannya cukup besar dan cukup jelas: melanggar perlembagaan negara dan negeri. Memang ini tak pernah dilakukan oleh UMNO Barisan. Tetapi inilah yang hendak ditunjukkan; yakni bahawa Pakatan serius dalam mendaulatkan perlembagaan yang menjadi tunjang dan nadi kepada demokrasi dan apa sahaja yang bersifatkan merakyatkan di negara ini. Saya tak fikir ada siapa yang boleh menghalang. Lagipun bukankah telah ada ketetapan yang menyekat gelagat seperti yang dilakukan oleh Hassan Ali itu? Di sisi undang-undang itu kuasa mutlak Khalid. Kalau Khalid tidak buat dia boleh dipersalahkan kerana tidak menjunjung perlembagaan.

Berbalik kepada Pas Datuk Seri Azizan Razak dikatakan tidak berminat. Mungkin itu cara orang politik: malu tapi mahu. Lagipun takkan dia hendak kata mahu. Pas perlu paksa Azizan. Lagipun dalam parti ramai yang kuat-kuat dan bertenaga. Khalid Samad contohnya. Dan ramai lagi.

Oleh sebab yang menjadi masalah ialah imej maka mereka yang terpalit dengan imej-imej yang negatif itu kenalah berundur. Ini bukan soal sudah tak buat kerja itu atau sudah bertaubat. Yang penting imej parti sudah rosak dan dalam politik hukumannya ialah letak jawatan dan beri laluan kepada orang lain. Saya tahu orang Pas ada yang marah. Tetapi mereka kena fikir bahawa itulah risiko yang perlu diambil apabila parti dirakyatkan. Dahulu mereka ejek UMNO. Sekarang baru mereka tahu susahnya mentadbir parti yang besar. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah ada orang Pas yang berfikir seperti zaman Pas masih parti kecil dahulu. Mereka inilah yang gagal meletakkan keutamaan. Bagi mereka yang berfikiran sempit ini apa sahaja cadangan untuk memperbaiki parti akan dilihat sebagai agenda anasir UMNO yang menyusup ke dalam parti.

Apakah Pas akan pecah? Saya tak fikir begitu. Dan saya tak fikir saya yang kerdil ini boleh menggoncang Pas. Lainlah kalau Pas ini harimau kertas. Sejarah politik ini cukup jelas bahawa parti serpihan tak lama. Pas bukan parti serpihan. Kalau pemimpin tertentu disingkirkan pun saya tak fikir akan ada yang ikut. Mungkin mereka akan merajuk beberapa hari. Lepas itu mereka akan balik. Kalau dalam UMNO pun begitu apalagi dalam Pas. Lagipun para pemimpin bermasalah yang disebut oleh Nik Aziz itu bukan hero; kebanyakannya sakit nak menang pilihan raya. Jadi kalau letak jawatan atau disingkirkan pun tidak akan ada kesan pada parti. Orang Pas tak perlulah percaya ramalan dan analisis media UMNO.

Ada juga yang mempersoalkan tidakkah penyingkiran bermakna membelakangkan keputusan perwakilan muktamar yang membuat pemilihan? Saya fikir ini tidak timbul kerana kita bukan mempertikaikan keputusan pemilihan. Kita mengatakan ada di antara yang terpilih telah gagal. Dan kita cadangkan supaya diminta berhenti atau letak jawatan. Kalau Pas berdegil dan tidak mahu membuat anjakan tunggulah keputusan rakyat nanti.

Apakah perubahan drastik itu semestinya menyelesaikan kelesuan? Kita tidak tahu. Tetapi apa yang penting sesuatu perlu dilakukan kerana jika Pas tidak berbuat apa-apa ia telah melakukan dua kesalahan; yakni sudah sedar ada sesuatu yang tak kena tetapi tidak berbuat apa-apa. Apa pun pemimpin baru itu akan diadili juga. Tidakkah kita beroperasi dalam sistem demokrasi? -Abdul A

Tragedi Jambatan runtuh : Siapa yang bertanggungjawab?

Umpama sengaja menempah bala : Perkhemahan di tepi sungai di musim hujan

Akhbar Utusan melaporkan bahawa akibat tindakan beberapa budak nakal melompat-lompat dikatakan menjadi penyebab jambatan gantung di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di sini runtuh sehingga menyebabkan 22 pelajar hanyut.

Namun, menurut sahabat blogger disini menyatakan jumlah kesemua mangsa hanyalah 3 orang sahaja.Kita bersyukur kerana jumlah sebenar angka kemalangan tersebut tidak mencecah sebagaimana jumlah yang mula dilaporkan iaitu 22 orang.

Walau bagaimana pun, satu Jawatankuasa bebas perlu dibentuk segera bagi menyiasat punca sebenar berlakunya tragedi malang tersebut. Setiap aktiviti tahan lasak yang melibatkan pelajar-pelajar mestilah dipantau dengan cermat dan teliti tahap keselamatannya terlebih dahulu.

Ramai yang mula mempertikaikan kenapa aktiviti perkhemahan Satu Malaysia itu dibuat juga walaupun dalam keadaan sekarang yang tidak begitu selamat kerana cuaca yang selalu hujan dan tidak menentu. Keadaan seperti itu sepatutnya diambil kira dan program perkhemahan seperti yang di buat itu seharusnya tidak dibenarkan berlangsung.

Anggota Bomba dan penyelamat sedang meneruskan
usaha-usaha mencari mangsa yang hanyut.Sehingga
jam 9.30 pagi tadi hanya 1 orang mangsa dapat di
temui,manakala jumlah kesemua mangsa hanyalah 3 orang
sahaja dan bukannya 22 orang seperti yang dikhabarkan.

Kalau faktor cuaca diambil kira, sudah tentu perkhemahan yang berhampiran dengan sungai tersebut tidak patut dilakukan. Tentunya ada yang perlu dipertanggungjawabkan keatas berlakunya tragedi tersebut ; tetapi siapa?

Kalau tidak terjadinya tragedi buruk begitu , sudah tentu ada 'beruk' yang akan mendabik dada kononnya perkhemahan sekolah-sekolah tersebut telah berjaya memupuk semangat Satu Malaysia ! Sekarang ini siapa yang berani nak ngaku?zambry pun dah nampak pucat putih berseri-seri macam Raja Kapoor!

Bongkahan piling yang tidak cukup dalam ditanam
mungkin punca jambatan tersebut terbungkar tumbang

Titi gantung yang baru siap kira-kira dua minggu lalu itu khabarnya dibina agak tergesa-gesa kerana mahu menjayakan program Perkhemahan Satu Malaysia Sekolah-Sekolah.

Program di perkhemahan SK Kuala Dipang ini terdiri dari para pelajar yang dikumpulkan dari 80 buah sekolah rendah sekitar Daerah Kinta Selatan dibawah anjuran PPD Kinta Selatan merupakan program pertama atas nama Kem Satu Malaysia Peringkat Daerah Kinta Selatan.

Al-Husseyn : Apakah ini pertanda buruk kepada kerajaan haram Zambry menjelang sidang DUN esok? Terungkainya jambatan gantung tersebut akibat 'foundation'nya yang tidak kukuh mungkin isyarat kerajaan gantung zambry yang rapuh ini juga akan turut terungkai? Akibat budak-budak nakal main lompat-lompat - kerajaan Zambry pun ada beberapa katak dan angka 3 itu juga macam satu signifiken juga....

Siapakah yang sedang menyusuri langkah-langkah Asri Muda dan Nakhaei Ahmad

Dr Azhar berkata...

Jaga mulut di dalam bercakap tentang pemimpin kita. TGNA merupakan mursyidul am PAS.Siapa kita nak halang beliau daripada mengemukakan pandangan?

Cuba tanya,berapa banyak tahajud kita,istikharah kita berbanding tgna? Beradablah sikit.

Benda ni masih belum tamat.Jangan cepat-cepat buat kesimpulan TGNA tak betul,diperalatkan oleh orang lain. TGNA sebagai pemimpin tertinggi PAS yang wajib diberikan wala oleh ahli telah mendengar banyak pandangan dan aduan daripada ahli bawahan.Beliau mengetahui perkara yang kita tidak tahu.

TGNA sedang memberitahu ada bahaya dalam PAS yang terdiri daripada pemimpin tertinggi PAS sendiri. Sejarah PAS sendiri membuktikan berapa ramai pemimpin tertinggi PAS bahkan di kalangan ulama sendiri yang belot daripada perjuangan. Dato Asri Muda, Nakhaei Ahmad, kesemuanya membelot daripada perjuangan. Siapa mereka? Mereka adalah Presiden dan Timb Presiden PAS. Adakah sejarah tidak boleh berulang?Adakah mustahil Timb Presiden PAS sekarang untuk mengambil langkah yang sama? Inilah bahaya yang hendak dikhabarkan oleh TGNA.

Kita sebagai ahli seharusnya mendengar dan meneliti pandangan TGNA, bukannya melompat dan menuduh beliau bukan-bukan.Siapakah yang mengajar ahli PAS berlaku biadap kepada Mursyidul Am/Pemimpin Tertinggi mereka sendri. Sehinggakan membakul sampahkan semua pandangan beliau bila sahaja PANDANGAN BELIAU BERTENTANGAN DENGAN PANDANGAN HASAN ALI DAN ROSLAN SMS. Mulia sangat ke Hasan Ali dan Roslan SMS sehinggakan kita membuang pemimpin tertinggi kita sendiri yang berjuang bersama-sama kita berpuluh tahun semata-mata untuk membela Hasan Ali. Siapa Hasan Ali tu? Tidak lebih bekas Timb Pengarah INTAN/BTN/PTD yang tugas mereka membrainwash orang lain agar mennyokong UMNO di atas nama Perpaduan Melayu.

Kalau Hasan Ali boleh bagi pandangan di Media tanpa melalui mesyuarat, kenapa pula Mursyidul Am kita sendiri, kita halang daripada memberikan pandangan di media.Adakah Hasan ALi lebih tinggi kedudukan dalam PAS dari TGNA? Adakah sudah sampai tahap biadap begitu ahli PAS sekarang semata-mata untuk mempertahankan orang (Hasan Ali dan Roslan SMS) yang mereka sendiri pun tidak tahu asal-usulnya.

Begitu teruk kekeliruan dan kebiadapan ahli PAS sekarang, sehingga ada yang mengatakan bahawa Mursyidul Am tidak layak untuk membuat komen tentang perkara-perkara tertentu. Tinggalkan kepada Presiden. Harus diingat,kedudukan Mursyidul Am dalam parti lebih tinggi daripada Presiden.PAS mewujudkan jawatan mursyidul ama adalah untuk mengawal kuasa Presiden sekiranya presiden yang dilantik menyeleweng daripada tugasnya. Nah, sekarang ini TGNA telah menjalankan amanahnya sebagai seorang Mursyidul Am.Kenapa kita harus melenting?

Dengar dan patuh kepada arahan pimpinan tertinggi, kerana di situ ada keberkatan perjuangan.

Satu Malaysia bertukar satu tragedi


Program Perkhemahan Satu Malaysia anjuran Kementerian Malaysia yang diadakan di SK Kuala Dipang bertukar menjadi satu tragedi yang amat menyayat hati bila mana sebuah jambatan gantung yang melintasi sebuah sungai terbungkar dan roboh menyebabkan beberapa orang murid yang sedang melaluinya jatuh kedalam sungai lalu dihanyutkan oleh air yang dalam dan deras.

Kejadian malang ini berlaku kira-kira jam 10.30 malam tadi ketika para peserta bergerak ke dewan makan untuk makan malam dan pada ketika itu sekumpulan peserta ini melintasi titi gantung yang menghubungkan 2 kawasan tersebut.Lebih kurang 20 orang murid masih belum dapat dikesan.

Pasukan penyelamat termasuk pasukan bomba yang dikejarkan kesana sedang bertungkus lumut mencari beberapa orang pelajar yang masih hilang malam tadi .Kelihatan juga Unit Amal PAS Malaysia juga turut memberikan bantuan ditempat kejadian.


Kerja-kerja menyelamat agak sukar dilakukan kerana keadaan yang sangat gelap. Program malang tersebut melibatkan 200 lebih murid-murid sekolah.

Ada lagi ceritanya di sini dan di sini

Isnin, Oktober 26, 2009

Biar kita ambil mandat yang baru - Nik Aziz

Menurut Fasal 16 Bab Ke 5 Perlembagaan PAS, Muktamar Khas PAS boleh diadakan beberapa kali dalam setahun sekiranya :

1. Dikehendaki oleh presiden atau

2. Permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atau

3. Satu pertiga daripada PAS Kawasan-kawasan.

PAS perlu merelakan dan menyerahkan kepada organisasi untuk bertindak segera bukannya individu supaya dilihat terbuka dan bertanggungjawab.

Sudah sampai masanya , PAS “perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat,” seperti mana yang TGNA katakan.

“Tidak boleh jadi ni, kita duk ‘ghok-ghak’ (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana," Kata TGNA

Sebelum ini kita sendiri telah mendengar soksek-soksek tentang pemilihan yang tidak telus dalam pemilihan jawatan di Muktamar ke- 55 yang baru lalu.Sebab itulah agaknya Tuan Guru Nik Aziz menyatakan :

“ Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas.”

Seperti mana yang disarankan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa, bahawa :

“ Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura perlu bermesyuarat segera dan bincangkan isu ini secara terbuka dan telus. "Selepas itu barulah kita boleh pertimbangkan, perlu atau tidak mesyuarat agung khas sebagaimana yang dicadangkan oleh Tok Guru itu.

"Ia tidak boleh diselesaikan secara bertemu, peluk-peluk dan buat kenyataan yang masalah sudah selesai sahaja. Ia mesti dibincangkan secara terbuka oleh organisasi utama parti dan selesaikannya dengan cara yang baik," katanya di sini

Tuan Guru sendiri pun sudah kata : “Jika ramai yang tak setuju Muktamar Agung Khas (EGM) tak apa... saya keluarkan fikiran saya, kalau setuju, Alhamdulillah," jelas Nik Aziz.

BN dan komplot jahat pada 28 Oktober

BN sudah tentu telah bersedia dengan satu perancangan jahatnya dan cuba menghalang rakyat daripada mendapat maklumat yang sebenarnya tentang perjalanan persidangan dewan tersebut. Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Pakaan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin malam tadi sewaktu berucap dalam majlis Hari terbuka Pakatan Rakyat yang di hadiri lebih 5 ribu masyarakat berbagai kaum di perkarangan pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak di Medan Istana, Ipoh.

“Mereka tidak akan membenarkan rakyat atau pemberita untuk mengikuti persidangan dewan untuk merahsiakan rancangan jahat mereka terdedah kepada ramai,” kata Nizar.
“Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri dan persekitaran jarak 500 meter akan dijadikan kawasan larangan menjelang persidangan Dewan pada 28 Oktober nanti,” jelas Nizar.

Nizar juga telah menuduh Setiausaha Kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim serbagai “de facto mentri besar” yang menjalankan pentadbiran sebenar negeri Perak; sedangkan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hanyalah sebagai boneka sahaja.

Nizar mendedahkan bahawa Abdul Rahman telah meyakinkan Zambry dan Speaker haram Datuk R. Ganesan bagi menggantikan Bentara yang sedia ada dengan 15 samseng daripada ‘Pekida Umno'.

Beliau juga mendakwa samseng-samseng tersebut merancang untuk menjadikan 5 anggota wakil rakyat Pakatan Rakyat tumpuan serangan mereka nanti sewaktu dewan bersidang pada 28 Oktober nanti.

Lima anggota yang dimaksudkan Nizar itu adalah , Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Chang Lih Kang (Teja), A. Sivasubramaniam (Buntong), Thomas Su (Pasir Pinji) dan S. Kesavan (Hutan Melintang).

“Kami mendapat maklumat daripada orang dalaman kami,” terang Nizar.

Nizar turut merndedahkan bahawa BN telah merancang supaya wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak akan dibenarkan memasuki dewan sebelum jam 10 pagi, apabila sidang akan bermula.

“ Ini amatlah pelik kerana kebiasaannya .ahli dewan dibenarkan untuk masuk ke dalam dewan terlebih awal pada jam 9.00 pagi atau bila-bila masa sebelum sidang bermula,” kata Nizar.

Masyarakat pelbagai kaum masih sokong Pakatan Rakyat

Masayarakat pelbagai kaum tetap memberi sambutan yang hangat

Jamuan Hari Terbuka anjuran Pakatan Rakyat yang diadakan malam tadi mendapat sambutan ramai dari kalangan masyarakat.

Walaupun hujan lebat sebelum itu, masyarakat berbilang kaum tetap datang berpusu-pusu ke majlis tersebut yang diadakan diperkarangan bagunan pejabat perhubungan PAS negeri Perak di Medan Istana Ipoh.

Wakil Rakyat Pakatan Perak yang hadir pada malam tersebut yang meriah


Masyarakat pelbagai kaum hadir tanda sokongan kepada Pakatan Rakyat

Pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat Perak kelihatan begitu bersemangat pada majlis tersebut bertemu dan beramah mesra dengan orang ramai yang membanjiri perkarangan tersebut.

Majlis turut diserikan dengan beberapa persembahan hiburan oleh kumpulan Nasyid , seni tari oleh kumpulan budaya masyarakat kaum India dan juga Cina.

Kumpulan Nasyid yang menghiburkan

Semua ADUN Pakatan Rakyat Perak hadir pada majlis tersebut , antaranya ialah pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain ,Pengerusi Keadilan Perak yang baru, Sdr. Mustafa Kamil Ayob dan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Khoo Ham .

DS Nizar dan V.Sivakumar - dua -dua ori!

YB Idham Lim dan YB Zainudin

Pengerusi DAP Perak, YB Ngeh Khoo Ham

Mustafa Kamil Ayub - Pengerusi baru PKR Perak yang dilantik

PJ Perak, Ust Abu Bakar Hussain

Ketiga-tiga pemimpin tersebut telah menyampaikan ucapan masing-masing dimana kemuncak daripada itu, DS Nizar telah memberikan ucapan yang menjelaskan isu semasa negeri Perak.

Majlis yang berlangsung dengan suasana aman damai tanpa gangguan , bersurai pada jam 11.00 malam.

Ahad, Oktober 25, 2009

Tiga pemimpin yang perlu dibersihkan - TGNA

Nik Abdul Aziz menamakan tiga pemimpin yang perlu 'dibersihkan' iaitu Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau sudah cukup arif untuk membuat pertimbangan sendiri dan yakin cadangan itu jika diterima tidak akan memecah-belahkan Pas.

''Saya dah tua, tak payah orang lain jadi dalang."

Saya nak jaga parti saya supaya dihormati sampai bila-bila," katanya ketika diminta mengulas desas-desus ekoran kenyataannya itu. Beliau menegaskan tiada sebab baginya untuk menarik balik kenyataan yang mengejutkan itu kerana menganggap ia suatu yang benar.

'Jika ramai yang tak setuju Muktamar Agung Khas (EGM) tak apa... saya keluarkan fikiran saya, kalau setuju, Alhamdulillah," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Masjid Noor Aini (Cahaya Mataku), Pasir Hor dekat sini

Sabtu, Oktober 24, 2009

Tuan Guru Nik Aziz terima maklumat yang salah?

Pelbagai andaian dilemparkan oleh pelbagai pihak apabila Mursyidul Am , Tuan Guru Nik Aziz menggesa supaya PAS mengadakan satu Muktamar Khas bagi menentukan kedudukan beberapa pemimpin yang menimbulkan masalah dalaman kepada parti berhubung isu kerajaan perpaduan.

Ada yang mendakwa bahawa pemikiran Tuan Guru telah dipengaruhi oleh beberapa orang tertentu yang kononnya telah menyuapklan maklumat yang kurang tepat hinggakan Tuan Guru mendapat maklumat yang salah.

Tidak kurang juga yang cuba memberikan pandangan secara halus bahawa tindakan Tuan Guru tersebut adalah satu tindakan yang gelojoh, salah dan bersifat peribadi dengan alasan bahawa Ulama adalah manusia yang bukan maksom ; terdedah kepada perlakuan salah dan silap.

Tidak kurang pula yang menuduh bahawa ini adalah hasil gerak kerja golongan yang kalah sewaktu pemilihan jawatan di Muktamar ke-55 yang baru lalu.

Terdapat juga beberapa tuduhan yang melampau turut dilontarkan yang kononnya puak IRC dan Syiah mula mahu mengambil aleh kepimpinan dalam PAS?

Walau apapun tuduhan dan andaian yang dilemparkan bagi menjustifikasikan pendirian mereka yang menentang cadangan TGNA berhubung isu tersebut, Tuan Guru tetap bertegas dengan katanya, "Saya tidak akan menarik balik cadangan itu kerana ia dibuat atas hasrat dan isi hati saya sendiri yang mahu menyelamatkan parti," Lihat di sini

Selangor merupakan negeri pertama yang mengambil langkah awal-awal lagi menolak cadangan bagi mengadakan Muktamar Khas tersebut.Sementara negeri-negeri lain belum menunjukan sebarang riak berhubung isu tersebut.Mungkin Terengganu akan mengikuti langkah Selangor selepas ini?

Walau bagaimana pun, menurut Fasal 16 Bab Ke 5 Perlembagaan PAS, Muktamar Khas PAS boleh diadakan beberapa kali dalam setahun sekiranya dikehendaki oleh presiden atau dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atau satu pertiga daripada PAS Kawasan-kawasan.

Tuan Guru Nik Aziz turut menafikan bahawa cadangan itu dibuat kerana terpengaruh oleh individu tertentu dalam politik.Beliau berkata beliau sudah matang dalam politik dan tidak perlu mengikut telunjuk mana-mana pihak.

Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub yang turut menemui TGNA , berkata pimpinan tertinggi PAS akan membincangkan amanat Mursyidul Amnya itu berhubung cadangan mengadakan muktamar khas parti itu dalam masa terdekat ini.

Jelas kini, bahawa gesaan TGNA untuk mengadakan Muktamar Khas tersebut bukan disebabkan dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan jauh sekali kerana mahu menjaga kepentingan kelompok tertentu. Apa yang penting bagi TGNA adalah untuk menyelamatkan parti.

Muktamar Khas mula mendapat pelbagai riaksi pemimpin

Kenyataan Mursyidul 'Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menggesa supaya diadakan satu Muktamar Khas telah mula mendapat berbagai riaksi daripada beberapa pemimpin kanan parti.

Dewan Pemuda Pas Pusat akan bermesyuarat Selasa depan berhubung perkara tersebut."Saya tidak menolak keadaan itu kini berada pada tahap serius, tetapi ia adalah masalah dalaman yang mendatangkan pengajaran dan perlu dihadapi dengan tenang oleh jemaah Pas," katanya disini

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ust Mohd Nor Hamzah pula berkata, “Kita tidak ada masalah, menyokong, sekiranya ia bertepatan dengan memenuhi kehendak menurut peruntukan perlembagaan PAS,”ujarnya di sini

Menurut Fasal 16 Bab Ke 5 Perlembagaan PAS, Muktamar Khas PAS boleh diadakan beberapa kali dalam setahun sekiranya dikehendaki oleh presiden atau dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atau satu pertiga daripada PAS Kawasan-kawasan.

Sementara itu, Nasharudin pula berkata mesyuarat Majlis Syura parti itu perlu diadakan dengan secepat mungkin bagi membincangkan perkara itu, selain mendapatkan penjelasan terperinci daripada Nik Abdul Aziz sendiri.

Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub pula enggan memberi sebarang komen mengenai perkara itu .Beliau memaklumkan akan berjumpa dengan Nik Abdul Aziz esok “untuk mendengar sendiri penjelasan daripada mulut beliau," katanya di sini

Muktamar Khas bagi membincangkan Isu yang melibatkan kedudukan dua tiga kerat pemimpin termasuk PJ Selangor , Dato Dr Hasan Ali , walau bagaimana pun dianggap tidak perlu oleh Selangor. Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, cadangan sedemikian tidak perlu kerana tidak wujud pergolakan kepimpinan parti itu sama ada di peringkat pusat mahu pun di negeri itu ketika ini.

"Pada pandangan saya, tidak perlu ada EGM kerana dalam Pas pusat termasuk di Selangor, tidak nampak sebarang pergolakan atau masalah di peringkat kepimpinan parti. [Klik sini]

Jangan lupa bawa mulut !


Jangan lupa esok - jam 8.00 malam di Pejabat Perhubungan PAS - Medan Istana. Ada apa?Ah! Tengoklah gambar diatas tu. Kalau tak faham juga, sila [Klik sini] Jangan lupa bagi tau kawan-kawan punya kawan-kawan .....

Berlapang dada untuk mengenali babi

Ada juga pengunjung blog saya ini menegor saya kerana meletakan link ke blog Hamidah Osman.Bunyi macam marah saja.He! He! Orang beriman mesti banyak bertenang....

Saya teringat sewaktu mengajar mata pelajaran lukisan disekolah dahulu.Jenuh saya marahkan budak-budak Melayu kerana mereka tetap menggunakan berus bulu babi walaupun telah berkali-kali saya terangkan kepada mereka. Timbul tanda tanya kepada saya : Walaupun pada zahirnya mereka benci kepada babi ; tetapi mengapa mereka ini tidak sensetif terhadap berus bulu babi?

Pernah sekali tu, saya ke Zoo Negara dan berada berhampiran dengan kandang babi disitu.Saya melihat riaksi beberapa budak sekolah (Melayu) yang secara kebetulan ada di situ. Tiba-tiba mereka terus berlari menjauhkan diri mereka - tidak mahu melihat langsung binatang babi yang ada disitu. Nampak benar rasa jijik mereka dengan memalingkan muka - tidak mahu langsung melihat ke arah babi di situ!

Timbul dalam pemikiran saya : Mungkin inilah sebabnya - Orang Melayu terlalu benci kepada babi hingga tidak mahu melihanya langsung untuk mengetahui sendiri apa itu binatang babi. Kita suka makan ayam, tengok ayam pun suka hinggakan kenal bagaimana rupa bentuk bulu ayam; misalnya. Tetapi lantaran terlalu bencikan babi , nak nengok pun tak lalu, maka sebab itu ramai yang tidak mengenali bagimana rupa bulu babi dan tidak dapat membezakan antara bentuk rupa bulu babi hutan dan babi yang diternak.

Oleh itu, walau bagaimana tahap kebencian kita terhadap Hamidah, kita perlu mengenali bagaimana jenis bulu si Hamidah tu! Maksud saya, bukan bulu tu lah! Tetapi, biarlah kita dapat kenal tahap pemikiran beliau.Lagi pun ada juga perkara kebaikan yang boleh kita perolehi daripadanya,

Maka yang demikian , pada kali ini saya ingin membawa tuan, puan ke alam maya blogger Umno dengan berlapang dada. Jom!

Nampaknya dikalangan bloggers Umno sendiri ramai yang sudah naik muak dan meluat dengan Mamak Kari (gambar kiri). Salah seorang blogger Umno dalam tulisannya telah menyifatkan si Mamak ini sebagai “penulis hingusan yang tidak bermoral ini menjadi bloggers tidak wajar saya memanggil penulis kerana bloggers yang mengelarkan Nick name nya sebagai Parpukari ini tidak tahu menulis.”

Beliau sangat marah terhadap perbuatan siMamak itu yang telah menyiarkan gambar tidak senonoh melibatkan DS Anuar Ibrahim bersama Azmin Ali. Beliau menulis :

“ Kita boleh menyiarkan apa saja tapi jangan lah gambar yang di super impose yang akan menghentam UMNO kembali. Kita perlu dedah kan pemimpin yang Gay dan Lesbian tetapi cukup sekadar pendedahan yang samar tetapi difahami oleh pembaca.”

Seterusnya beliau mensasarkan Tun Faisal, pengerusi Media Baru sebagai orang yang perlu bertanggung jawab keatas perbuatan siMamak yang telah mencemarkan blogger Umno.

“Tun Faisal harus bertanggung jawab dalam perkara ini, sebagai Pengerusi kepada Media Baru dan bloggers berkenaan adalah dari Media Baru , Tun Faisal adalah orang yang bertanggung jawab jangan sampai nama baik bloggers UMNO menjadi busuk kerana seekor bloggers yang dilahirkan biadab dan kurang ajar, Perilaku bloggers ini yang mahu mencari publisiti ,murahan kerana tidak tahu menulis dengan menggunakan gambar yang boleh menjatuhkan martabat penulis dan bloggers UMNO. Apatah lagi bloggers ini menggunakan landasan Pemuda UMNO.”

Baca seterusnya di sini.

Sementara ada seorang lagi blogger Umno menyifatkan siMamak ini seperti seekor anjing.Beliau menulis :

“Mamak ini sebenarnya anjing belaan Rocky Bru ... ha ha ha ha , Rocky sekarang One Malaysia , Rocky sekarang bila tulis kena tapis tapis sikit, tidak nanti income tergelincir lah. Ada duit rokok tuh dia bela lah anjing ini , nak bagi menyalak saja."

Beliau juga menuduh siMamak itu dah kencing kawan-kawannya sendiri, katanya, “ Anjing oh anjing , nyalak jangan tak nyalak. Aku dengar anjing ni dah tibai duit yang patut share dengan kawan kawan , dia pelari duit yang UMNO Selangor bagi untuk kempen , mamak ini songlap sorang saja.”

Tidak tahulah sejauh mana benarnya dakwaan beliau tersebut.Tetapi yang ironisnya ialah, beliau mendedahkan : “Mamak juga Pow Dr Zambri RM5000 sebulan. senang kerja dia hanya untuk mencarut saja. Betul betul sebijik macam anjing. wei mamak bla lah lu...............[Klik sini ]

Kann! Kann! Kann? Perlu berlapang dada untuk mengenali babi.....apatah lagi nak mengenali musuh kita tu..Maklumat yang kita perolehi daripada blog mereka ternyata ada maklumat yang agak berguna kepada kita semua , kann? kann? kann?

Khamis, Oktober 22, 2009

Nik Aziz cadang adakan Muktamar Khas bincang isu kepimpinan

Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. - NIK AZIZ


Oleh TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT

Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak di zaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri.

Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata.

Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.

Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.

i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.

Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:

“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)

Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:

“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan.

Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”

Pandangan Saya

Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :

Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah.

Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain.

Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu.

Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana.

Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .

Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

sumber : detikdaily

Demi keselamatan negara

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata , pembelian dua kapal selam jenis Scorpene iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak tidak dibuat secara tender terbuka kerana dikhuatiri ia akan mendedahkan sistem pertahanan negara kepada musuh.

Kah! kah! kalau macam itu, lebih eloklah buat sendiri ; tiada siapa boleh tahu rahsia persenjataan kita! Patutlah ramai ahli dewan ketawakan Dr Latiff ketika buat kenyataan tersebut

Sah ! Kuda kayu

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di sini hari ini menolak permohonan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, agar perintah penggantungannya daripada Dewan Rakyat selama setahun mulai awal tahun ini, ditarik balik.

Bagaimanapun, Hakim Mohd Ariff Md Yusof, membuat keputusan bahawa wakil rakyat itu berhak menerima ganjaran termasuk semua elaun dan manfaat sebagai seorang Ahli Parlimen.

Beliau mengarahkan agar Gobind Singh dibayar faedah 8 peratus bagi elaunnya.

Al-Husseyn : Akhbar berbahasa Inggeris ,The Star melaporkan :

The High Court has ruled that the Dewan Rakyat proceedings which saw the suspension of Puchong Member of Parliament Gobind Singh Deo cannot be challenged in court. - tidak boleh dicabar dimahkamah!

Inilah yang peliknya! DiPerak boleh pula mahkamah boleh pula masuk campor ehwal dewan undangan negeri Perak bila mana Mahkamah Persekutuan Putrajaya memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa menggantung Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya daripada menghadiri sidang Dewan Negeri berkenaan.Kuda kayu betullah!

Kehakiman Negara terus diperkudakan oleh UBN

Kes yang melibatkan Datuk V.K. Lingam mengatur perlantikan hakim, seperti yang dirakamkan dalam satu video klip , kini sudah di tutup dan tiada apa-apa tindakan seterusnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz berkata dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) pada Isnin lalu ; bahawa siasatan mendapati tidak ada kesalahan jenayah dilakukan dalam perlantikan para hakim.

“ Selepas pegawai SPRM melakukan siasatan keatas mereka yang terlibat dalam video klip tersebut, adalah diputuskan tidak ada penyalah gunaan kuasa.

“Peguam Negara mengambil keputusan bahawa tidak perlu untuk mengambil apa-apa langkah selanjutnya.” Katanya.
Bukti sistem kehakiman negara akan terus diperkudakan oleh UBN.

Benarkah Pengundi Cina dan India Telah Meninggalkan PAS

Petanda pertama adalah pilihanraya Bagan Pinang di mana PAS kalah di SEMUA PETI2 UNDI CINA dan INDIA.

Petanda kedua adalah Hari Terbuka PAS Pusat sempena Hari Raya Aidil Fitri di mana kedatangan orang bukan Islam boleh dibilang dengan jari. Tidak seperti tahun lepas di mana kedatangan orang bukan Islam boleh dibanggakan, tapi tahun ini kedatangan mereka amat memalukan PAS.Baca seterusnya di sini

Pertanda tersebut jangan dipandang sepi oleh PAS.Saya percaya fenomena ini bukan hanya berlaku di peringkat pusat, di Selangor sahaja.Cuba lihat sambutan hari raya di Perak di sini dan juga di sini . Tidak kelihatan pun kelab penyokong PAS. Mungkin pihak penganjur terlupa untuk menjemput mereka.

TERIMA KASIH PROF AZIZ BARI DI ATAS KRITIKAN ANDA

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Saya boleh memahami betapa marahnya Ustaz Idris Ahmad terhadap tulisan Dr Aziz Bari di dalam Sinar Harian bertarikh 19/10/2009 ( “Pengajaran dari Bagan Pinang” ). Saya percaya Ustaz Idris tidak bermaksud memperkecilkan kehebatan Prof Aziz Bari yang kita tahu seorang Profesor yang bukan sahaja mendalam ilmunya tetapi amat berani dan lantang menyatakan kebenaran.

Kekerasan sahabat saya Ustaz Idris Ahamd menyanggah tulisan Dr Aziz Bari bagi saya mungkin terbit dari keletihan beliau berkempen secara intensif di Bagan Pinang. Sudahlah penat berkempen dan berhadapan pula dengan samseng-samseng Umno dan seterusnya mengalami kekalahan yang besar tiba-tiba Dr Aziz Bari pula mengkritik PAS.Tidak dinafikan saya rasa bukan sahaja Ustaz Idris malahan mungkin ramai juga pemimpin PAS yang lain yang turut berkongsi sentimen seperti Ustaz Idris.

Saya juga pemimpin PAS Pusat. Namun saya tidak sama sekali marah jauh sekali melenting dengan teguran dan kritikan Prof Aziz Bari. Malahan sebagai pemimpin PAS saya benar-benar berterima kasih dengan teguran dan kritikan beliau. Saya yakin tulisan beliau tidak mempunyai unsur mala fide ( niat jahat ). Tulisan tersebut , bagi saya, lahir dari hati suci beliau untuk melihat supaya PAS membuat koreksi diri agar tidak kecundang dalam pilihan raya yang akan datang. Tulisan itu saya yakin lahir dari satu pengamatan beliau yang amat panjang tentang beberapa insiden yang berlaku dalam PAS yang diketahui umum.

Pemimpin gerakan Islam Al-Nahdah , Tunisia yang kini hidup dalam buangan di London, Rashid Ghanouchi pernah menyatakan di dalam satu tulisannya bahawa kesilapan paling besar gerakan Islam ialah adalah ketidaksediaan atau keberatan untuk bermuhasabah dan dimuhasabah.

Orang bijaksana berkata kawan yang sebenar adalah kawan yang sudi menegur kita jika dia melihat kita melakukan kesilapan. Kawan yang buruk pula adalah kawan yang hanya mendiamkan diri malahan menyokong pula meskipun dia tahu kita melakukan kesilapan.

Saya tidak kata tulisan Dr Aziz Bari adalah sempurna dan saya juga yakin beliau juga tidak berpendapat teguran dan kritikan beliau adalah sempurna. Tidak dinafikan kenyataan beliau bahawa “Hasan ( Hasan Ali ) dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam Pas seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokonng mereka” agak menyenakkan sesetengah pemimpin PAS.

Namun jika kita melihat dari perspektif lain, salahkah jika Dr Aziz Bari sebagai pihak di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu.

Politik, orang kata adalah berkaitan persepsi. Saya percaya bukan sahaja Dr Aziz Bari malahan ramai lagi rakyat Malaysia yang lain yang juga mempunyai persepsi seperti Dr Aziz Bari iaitu persepsi bahawa sesetengah pemimpin PAS adalah pro Umno. Kerana kesan bahaya persepsi sebegitulah yang menyebabkan Muktamar PAS berhempas pulas membuat ketetapan dan penegasan bahawa PAS tidak akan ada hubungan dengan Umno dan akan terus bersama Pakatan Rakyat. Kalau kita tidak mahu dilihat dan dikritik pro Umno janganlah buat perkara-perkara yang menyebabkan orang ramai membuat tanggapan bahawa kita adalah pro Umno.

Adakah persepsi lahir begitu sahaja ? Salah ke jika orang-orang di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu setelah mereka melihat apa yang berlaku di dalam PAS – melalui tindak tanduk , kenyataan dan gelagat sesetengah pemimpin PAS.

Bagi saya sudah sampai masanya pemimpin PAS, mengambil istilah kata Khairy Jamaluddin, keluar dari “siege mentality ( mentaliti terkongkong ). Sila lihat di luar sana, orang ramai sedang memerhatikan kita !!!

Salahkah kita menjadi pendengar yang baik ( good listener ) demi kebaikan parti yang kita sayangi ini.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Aziz Bari. Prof, percayalah bagi saya kamu adalah sahabat yang sejati.

Al-Husseyn : Amat sukar menerima kritikan orang lain kerana selama ini suka mengkritik orang? Wala' biarlah kena pada tempatnya.

Rabu, Oktober 21, 2009

Kecederaan yang cuba dirahsiakan oleh pakar forensik tempatan mencederakan imej negara

21 Okt.2009 : Dr Pornthip Rojanasunand mempunyai 27 tahun pengalaman dalam bidang sains forensik, membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.

Sebelum ini, Dr Khairul Azman Ibrahim, Ketua Jabatan Forensik HTAR dan Prashant Naresh Samberkar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya mendedahkan 22 kecederaan pada mayat Teoh Beng Hock, , Namun mereka berdua telah gagal mendedahkan beberapa perkara yang vital :

1) Tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'.
2) Kecederaan pada lubang dubur Teoh .

"Dari gambar post-mortem, saya dapati ada kesan lebam di bahagian kanan leher, yang kami (pakar patologi) panggil 'handle bruise', dan kecederaan ini selaras dengan kecederaan disebabkan cekekan," kata Dr Porntip yang telah mengendali lebih 10,000 bedah siasat.

Beliau berkata kecederaan itu tidak dinyatakan dalam laporan autopsi disediakan oleh Dr Khairul Azman dan Dr Prashant, yang telah diberikan kepadanya untuk diperiksa.

"Saya juga dapati kecederaan tusukan di bahagian dubur yang boleh disebabkan perbuatan memasukkan objek dalam bahagian berkenaan. Saya tidak pernah melihat kecederaan seumpama itu dalam kes jatuh dari tempat tinggi," kata beliau, sambil menunjuk kepada gambar-gambar bedah siasat yang dipaparkan pada slaid.

Dr Pornthip berkata beliau juga mendapati kesan melelas di paha bahagian atas Teoh yang mungkin disebabkan disebat.

Helo...Helo...Dr Khairul Azman, Helo Dr Prashant .....sila baca laporan seterusnya di sini

Bubar DUN Perak : Cabaran Pemuda PAS Perak

Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak hari ini merayu kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya berkenan menerima mereka mengadap untuk membincangkan isu persidangan DUN negeri itu minggu depan.

Permohonan Pemuda PAS itu dimaklumkan melalui sepucuk surat rasmi yang difaks kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja Pejabat Sultan Perak, Datuk Samsul Baharin @ Mohd Rofaa Hasan pagi tadi.

Dalam surat tersebut, setiausaha DPP Perak, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, jika diperkenankan, delegasi mereka akan dipimpin oleh ketuanya, Zawawi Hassan dan lapan anggota jawatankuasa kerja dewan itu.

Baca seterusnya di sini

Al-Husseyn : Syabas diucapkan kepada DPP Perak diatas langkah berani seperti ini. Pemuda mesti berani menjadi pendesak dan mendepani isu yang telah sekian lama menyelubungi rakyat Perak.

Langkah tersebut adalah lebih bermakna daripada mengadakan program
Himpunan Pemuda Pakatan Rakyat

Himpunan tersebut diadakan di Lumut tidaklah diketahui apa perlunya? Sultan Perak bersemayam di Istana Kinta di Ipoh.Nampaknya sebuah Kelab Karaoke Umno terbukti lebih berani lagi berbanding DPP Perak apabila mengadakan demonstrasi tidak berapa lama dulu di hadapan Istana Kinta di sini

Idris Ahmad menempelak Prof kangkongkah?

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ust Idris Ahmad nampaknya agak berang dengan komen terbaru Profesor Aziz Bari.

Idris menyifatkan Aziz hanya sebagai ahli akademik yang tidak sama dengan orang yang duduk di medan perjuangan.

“Melabelkan seorang dalam kepimpinan PAS ada yang pro Umno adalah tuduhan yang berat. Apa asas beliau mengatakan pimpinan PAS pro Umno (Sinar Harian 19/10/09). Adakah semata-mata kerana buat rumah terbuka orang umno datang maka orang ini dianggap pro umno,” tanya lagi Idris.

Selama ini orang-orang PAS amat menyenangi apa jua kenyataan daripada Prof Aziz; tetapi tidak pada kali ini apabila Aziz menimbulkan persoalan kepimpinan PAS, khususnya Hasan Ali dan Presiden PAS sendiri TGHA.

“Menuduh Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan PAS yang pro Umno satu tuduhan yang berat,” Idris memberi ingatan lagi.

Saya telah membaca komen Prof Aziz Bari disini , tetapi tiada pula saya berjumpa kenyataan beliau yang merujuk ‘rumah terbuka’ bagi melabelkan seorang dalam kepimpinan PAS ada yang pro Umno sebagaimana dakwaan Idris itu.Tuduhan Idris ini adalah tuduhan yang berat.

Besar kemungkinan kenyataan Prof Aziz berkaitan ‘kepimpinan PAS ada yang pro Umno’ itu berdasarkan kepada satu kenyataan bekas PJ Perak, Ust Ahmad Awang di Muktamar PAS ke-55 (Shah Alam,Selangor) yang membuat kenyataan :

Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, ”Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?”.

Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan.”


Apakah Idris tidak pernah mendengar kenyataan Ahmad Awang tersebut? Kenapa sewaktu Muktamar itu dan sehinggalah ke hari ini tidak ada mana-mana pemimpin PAS yang berani bertanya dan meminta bukti daripada Ahmad Awang bersabit kenyataan beliau itu? Tentu Idris lebih suka persoalan ini disapu kebawah karpet sahaja.

Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang perkara-perkara lain yang dinyatakan Idris dalam komennya itu.Memadailah saya menyentuh perkara ‘Unity Government’ yang masih lagi bergerak secara diam ‘but runs deep’.

PAS perlu serius dalam menangani isu ini dan jangan menganggap sepi teguran atau pandangan ikhlas seorang intelek seperti Prof Aziz Bari itu.

Amat malang sekali apabila Idris bukan sahaja cuba menempelak kenyataan Prof Aziz, malah beliau dilihat seolah-olah tidak mesra dengan bloggers; bilamana beliau berkata , "Sepatutnya Prof kena tanyalah kepada orang yang berkenaan, jangan kumpul maklumat berdasarkan blog semata-mata."

Kelemahan Gabungan Pembangkang Punca Kalah Di Bagan Pinang

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim Selasa mengakui kelemahan dalam gabungan pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS menjadi punca kekalahan pakatan itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Negeri Sembilan baru-baru ini.

Anwar berkata berdasarkan laporan awal, antara kelemahan lain yang dikenalpasti melibatkan gejala rasuah, sogokan dan penipuan.

"Walaupun bedah siasat belum selesai di peringkat PAS (mengenai Bagan Pinang) tetapi pengarah-pengarah pilihan raya telah memberi kupasan dan kita ambil perhatian selain daripada isu penipuan, sogokan dan rasuah.

"Kita juga akui bahawa kekurangan dan kelemahan dalam Pakatan Rakyat akan diperbaiki dan kita akan tingkatkan usaha kita untuk mendekati rakyat dan memberikan penjelasan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di pejabatnya di Parlimen di sini, Selasa.

Baca seterusnya di sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...