Followers

Isnin, November 30, 2009

Citarum : Sungai "Terbersih" Di Dunia


Sekali pandang, tentu kita semua menyangka si Mamat dalam gambar atas itu sedang berada pada tempat longgokan sampah biasa, dan perahu tersebut merupakan bahan buangan disitu.


Tetapi apabila kita membaca seterusnya barulah kita sedari bahawa disitu adalah sebatang sungai yang telah dicemari pada peringkat yang tidak terkatakan lagi!


Mamat tersebut sedang mengutip bahan-bahan untuk dikitar semula seperti bahan pelastik untuk dijual bagi mendapatkan sedikit wang. Sungai-sungai kebiasaannya menjadi sumber kehidupan manusia melalui ikan yang ada padanya ; tetapi kini, sampah sarap pula sebagai gantinya setelah ikan-ikan sudah tidak bisa hidup akibat pencemaran manusia yang tidak bertanggung jawab.


Terdapat lebih 500 kilang di sepajang tebing sungai yang panjangnya hampir 200 batu ini. Sungai ini adalah sungai yang paling tercemar dalam dunia.Anda tentunya tertanya-tanya dimanakah sungai ini? Inilah Sungai Citarum lokasinya di Indonesia . Sungai tersebut masih juga digunakan bagi keperluan harian – termasuk untuk diminum.

Dahla buang najis dalam sungai. Boleh
basuh baju lagi tuh dengan air sungai tu?

Korang semua sanggup berak camnie??



Boikot BTN langkah yang bijak

Penambahan : 2.50 ptg,

Terbukti 'betul' apa yang di kata oleh Pemimpin Pakatan Rakyat bahawa program BTN menyebarkan sentimen perkauman dan menyuntik kepentingan politik BN dalam program-programmnya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Kabinet bersetuju merombak sukatan program kontroversi Biro Tatanegara, yang dipertikaikan Pakatan Rakyat, supaya sejajar dengan slogan 1Malaysia
==========================================
Tan Sri Khalid berkata Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang turut mengekori langkah Selangor menyekat penuntut universiti dan penjawat awam negeri dari menghadiri tarbiyah BTN.

Patutlah marah sangat Hishamuddin Hussein buat kenyataan dalam berita di Tv sebentar tadi. Hishamuddin kata Khalid tidak kata apa-apa pun sewaktu menyertai program tersebut dulu...

Betullah, tu, sebab masa itu dia Umno lagi.Tetapi apa yang penting diperkatakan oleh Hishamuddin itu adalah perakuan beliau tentang penyertaan Khalid bersama program BTN tersebut.Maknanya, apa yang dikatakan Khalid bahawa BTN alat propaganda Umno bukanlah cakap-cakap kosong; tetapi adalah melalui pengalaman beliau sendiri seperti yang di akui Hishamuddin sendri. Itu bukan cakap kosong atau tuduhan semata-mata.

Khalid pernah menyertai program tersebut.Itu pasal dia amat tahu tentang program tersebut. Dia cakap apa yang dia alami.

Kalau bagi peluang kepada Hasan Ali bercakap pasal BTN, tentu banyak rahsia dia boleh bongkar kalau dia mahu.Hasan Ali ada banyak modal sebab dia bekas pengarahnya suatu ketika dulu. Tetapi nampaknya Hasan Ali lebih suka menyepi diri dalam perkara ini.

Tapi saya sukalah nak kongsi pengalaman sewaktu kena hadiri kursus BTN. Saya kena dua kali.Entah apa sebab sampai kena dua kali.Itu pun ada ura-ura nak hantar bagi kali ke-3, tapi nasib baik, saya dah pencen!

Saya teringat dalam satu sesi, seorang ustaz cabuk tu bukan main menyatakan rasa syukurnya kerana dapat hadir kemajlis tersebut walaupun datang dari tempat yang jauh.

Alih-alih mangkuk tu kata, “ Alhamdulillah, kerajaan kita hari ini, telah berjaya mengadakan jalanraya yang lebar dan canggih, menjadikan perjalanan yang jauh menjadi dekat dan memudahkan kita semua ...” macam nak muntah tekak saya masa itu! Waktu itu heboh pasal pembinaan highway dan toll.

Kemudian dia bersyukur pasal bekalan air yang kerajaan tolong sampaikan kerumah-rumah kita dan memudahkan kita untuk mandi dan ambil air sembahyang...adoii....mangkuk betul ustaz tu! Dia ingat kita orang tak bayar ke bill air, toll dan cukai jalan? Mangkuk oh mangkuk!

Kemudian pada sessi yang lain pula, dia cakaplah pasal penerapan nilai-nilai Islam.Blah,blah lalu dia cabar peserta dengan katanya, “ Siapa kata Malaysia bukan Negara Islam? Angkat tangan!”

Saya spontanlah angkat tangan sebab saya cukup meluat dengan apa yang dia sampaikan dalam ceramahnya sebentar itu. Saya lihat keliling – rupa-rupanyanya hanya saya seorang yang angkat tangan.Yang lain buat dek sahaja.Ustaz mangkuk tu minta saya keluar dari majlis tersebut.Dia tidak minta saya beri apa-apa penjelasan pun. Maka saya pun angkat punggung dan berasa agak kesal kerana kawan-kawan yang lain takut nak bantah ustaz mangkuk itu.

Esok paginya selepas sarapan, saya angkut barang saya dan terus pulang ke Ipoh.BTN memang jarum Umno. Dua kali saya pergi dua kali saya gagal!

Langkah memboikot BTN oleh kerajaan Pakatan Rakyat dan memperkenalkan kursus jati-diri patriotisma yang tersendiri bagi menggantikan kursus tarbiyah Biro Tata Negara adalah langkah yang tepat dan bijak./ end


Ada sesiapa nak jilat Awang Selamat pula?

Terbaca komen Awang Selamat yang membandingkan antara Husam dengan Nik Abduh. Boleh dikatakan semua orang PAS tidak percayakan apa yang ditulis oleh Awang Selamat.Tetapi bagaiman pula kali ini?

Selain Awang Selamat, ramai orang PAS yang memperlekehkan tulisan MSO dan dianggap sampah.MSO terkenal kerana berdendam dengan Husam Musa. Namun kebelakangan ini ada juga orang PAS yang sudah mula menjilat bontot MSO mungkin sebab sudah sejiwa dan sekata.

Ya, bagaimana pula kali ini dengan Awang Selamat? ada ke sesiapa yang sejiwa dan sekata dengan Awang Selamat sekarang ini?

Awang Selamat bukan main puji molek Nik Abduh.Katanya :

"Awang melihat Nik Abduh bintang baru yang boleh menjadi sandaran PAS. Beliau tidak hipokrit. Lebih penting, beliau tidak terikat dengan pengaruh luar, yang imej itu tebal kepada Husam." / end

Nak jilat ke tidak? Tepok dahi tanyalah hotak!

Laporan Ketua Odit Negara membuktikan Zambry seorang yang bangang

Laporan Ketua Odit Negara yang didedahkan oleh Pengerusi DAP Perak Dato Ngeh Khoo Ham membuktikan betapa dalam isu pembelian 16 kereta Toyota Cambry oleh Pakatan Rakyat tempohari adalah suatu langkah yang dikira bijak belanja

Pendedahan Ketua Odit Negara menampakan betapa 'bangang'nya gerombolan UBN yang mulut celupar mempertikaian pembelian kereta tersebut.Baca seterusnya berikut :

IPOH, Nov 29 – DAP Perak mendesak pentadbiran UBN Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendedahkan status kumpulan kereta Toyota Camry yang pernah digunakan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat sebagai kereta rasmi mereka.

Datuk Ngeh Koo Ham (gambar), bekas exco kanan Pakatan Rakyat, menggesa Zambry memberitahu rakyat apa yang telah berlaku dengan kereta-kereta tersebut, samada exco kerajaan UBN kembali menggunakan kereta Perdana V6 yang lama walaupun kos penyelenggaraannya sangat tinggi.

“Adakah mereka menggunakan kereta lama dulu? Apa dah jadi dengan Toyota Camry?Kalau mereka fikir mereka menjimatkan wang rakyat dengan menggunakan kereta lama, mereka adalah silap!”

“Mereka sebenarnya membelanjakan lebih banyak wang,” katanya sewaktu sidang media selepas merasmikan konvensyen DAP ke-15 disini hari ini.

Ngeh mendedahkan laporan Ketua Odit baru-baru ini, penyelenggaraan Perdana V6 yang lama itu menelan belanja RM1.3juta dan sudah terlalu uzur bagi kegunaan sebenarnya.

“Laporan Ketua Odit Negara hanya mempunyai satu komplen keatas Pakatan Rakyat iaitu, kita patut menukar kereta tersebut lebih awal lagi.” kata Ngeh.

Semasa pentadbiran PR, kereta Perdana V6 yang digunakan bekas UBN telah digantikan dengan 16 buah Toyota Camry.

Pembelian tersebut menjadi pertikaian UBN, menudh PR membazir wang rakyat kerana membeli kereta baru, selain merungut tentang harganya, puak UBN merungut kerana ianya bukan kereta buatan negara sendiri.

Kerajaan PR telah menafikan tohmahan tersebut dengan dakwaan bekas kerajaan UBN telah membazir lebih banyak wang keatas kos penyelewnggaraan kereta Perdana V6 tersebut.

“Menurut laporan Ketua Odit Negara , kereta-kereta tersebut harus digunakan sebaik-baiknya untuk selama lebih kurang 4 tahun dan tidak melebihi perjalanan 100,000 kilometres

“ Walau bagaimana pun, ada antaranya kereta (Perdana) , mencapai tahap lebih daripada 400,000 kilometres,” kata Ngeh.

Beliau menambah pembelian Toyota Camry dengan harga RM97,000 sebuah adalah lebih berhemah daripada membelanjakan RM1.3juta kos penyelenggaraan kereta lama Perdana V6.

“Saya menyeru Zambry supaya berhenti bermain politik. Dengan menjual kereta-kereta baru tersebut, akan menyebabkan kerajaan mengalami kerugian. Adakah mereka menggunakan kereta lama itu? Berapa banyak mereka bazirkan untuk kos penyelenggaraan?” Tanya Ngeh.

Adalah difahamkan, kerajaan UBN, melalui satu perjanjian dengan exco negeri , bersetuju mengekalkan 3 daripada 16 Toyota Camry, bagi kegunaan Setia Usaha Kerajaan, Penasihat Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

Dua belas daripada baki13 kenderaan tersebut telah dijual , sementara baki sebuah itu telah ada pembelinya yang sedang menunggu kelulusan pinjaman oleh sebuah bank.

Menurut satu sumber, kereta-kereta tersebut dijual dengan harga anggaran lebih kurang RM150,000 sebuah.

sumber : Malaysia Insider/ end


Rakyat Monggolia sudah lama berdoa...Najib perlu mandi Bunga Raflesia?

Heboh dipersoalkan tentang doa Tuan Guru Nik Aziz kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.

Tok Mufti dan Pak Menteri masing-masing berebut nak bodek Najib konon!Nampaknya mereka ini mulai gerun kepada doa orang-orang yang dizalimi!Macamana tidak gerun

Anda bayangkanlah, bukan Tok Guru Nik Aziz seorang sahaja yang berdoa demikian, malah seluruh rakyat Kelantan yang menuntut hak royalti tersebut dan yakin mereka sedang dizalimi turut mengaminkan doa tersebut. Doa orang yang dizalimi, Allah angkat hijjabnya dan mudah dimakbulkan! Masya' Allah!

Betapa pula rakyat di Monggolia.Tentu seluruh rakyat negeri itu menyokong TGNA yang mendoakan kemusnahan Najib! Mereka dah lama doakan kemusnahan Najib.Dalam berjuta-juta yang berdoa dan yang yang mengaminkan itu, cukuplah Allah kabulkan doa seorang sahaja daripada makhluknya itu.Hanya cepat dan lambatnya sahaja.Allah Maha Perkasa akan tentukan.

Ah! duit komisyen banyak...duit untuk PI Bala RM5juta itu pun masih kat tangan lagi...apa salah buat kenduri doa mohon selamat tiap-tiap hari ...lembu kerbau ada yang sponser nanti...nak mandi bunga pun boleh minta Bright Spark Sdn Bhd yang beroperasi di Ampang hantarkan bunga seribu macam jenis

Ah! apa perlu susah-susah sangat.Ada yang kata Najib ada menyimpan sekuntum bunya bonzai yang mekar bugar.Sekuntum bunga Raflessia?/ end

Selamat Pengantin Baru!

Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai

Hari ini, Ahad 29 Nov. pergi menghadiri majlis perkahwinan puteri seorang kawan masa sekolah di Anderson dahulu.Namanya, Ainun Musir, pesara askar pangkat major.

Saya bertolak dari Gombak pagi tadi untuk ke majlis tersebut.Yang utamanya untuk bertemu dengan kawan-kawan sekolah dulu.Raya lepas , saya tidak dapat bersama mereka kerana beraya di Ulu Yam, Selangor.Kali ini berharap sangat dapat bertemu mereka!

Tiba sahaja, terserempak dengan Zairo yang baru juga tiba dengan songkok tingginya - biasalah orang umno!seronok jumpa setelah agak lama tidak bertemu!

Zairo mengucapkan tahniah kepada kedua mempelai

Sampai di khemah, sudah berlonggok kekawan lama.Din Curut, Tuan Badar, Hashimi, Gerry,Sairi Golok, Husein Yeop.Mereka datang dengan keluarga.Saya minta maaf kerana orang perempuan keletihan sangat dan tidak dapat bersama.

Kanan - ibu pengantin perempuan ,paling ceria
hari ini kerana dapat menantu buat pertama kali!


Gelagat kekawan nak bergambar!

Kemudian hadir sama Dato Lat dan isterinya, kemudian Mrs Hew, guru SMC kami masa di NSTP Jalan Pasir Putih dahulu bersama suaminya tiba.Hatta dan Adam akhirnya menyusul. Seronoklah bila dah berjumpa, macam-macam topik kami sembangkan terutama hal kekawan yang lain.


Saya juga mengambil kesempatan bergambar dengan guru, Mrs Hew

Kiri- Dato Lat, pengantin,Ainun Musir,Mrs Hew dan suaminya

Keluarga Hashimi bersama Dato Lat

Ainun Musir mendoakan kesejahteraan puteri dan pasangannya...

Andersonian Old Timer 1969


Selamat Bertunang Nurul dan Salahuddin

Nampaknya masih banyak tempat yang belum selesai menyembelih lembu korban kerana terlalu banyak lembu yang perlu dikorbankan.Biasanya sistem kopon digunakan untuk mengagihkan daging, tapi tahun ini nampaknya oleh kerana sudah terlampau berlebihan daging, sistem kopon pun sudah tidak diperlukan lagi!


Kek Istimewa majlis pertunangan

Saya menyambut raya korban tahun ini di Melaka kerana menghadiri majlis prtunangan anak saudara disana ; sempatlah menikmati masakan istimewa orang Melaka - Asam Pedas daging korban! Umph rasanya!

Berikut saya sertakan beberapa gambar majlis pertunanagan anak saudara tersebut :

Ketibaan rombongan pihak lelaki

Hantaran pihak lelaki

Bulat air kerana pembetong, bulat suara
kerana muafakat - dua keluarga sedang berunding

sewaktu majlis menyarungkan cincin pertunangan

Antara jemputan yang menjamu selera

Keluarga mempelai perempuan sebelah bapa

Keluarga mempelai perempuan sebelah ibu

Sayu hati si ibu ,sayu lagi hati si anak...

Khamis, November 26, 2009

Kenapa tidak dakwa Zaki berzina?

Tan Sri Zaki Tun Azmi berkahwin dengan Nor Hayati Yahaya, 32, oleh kadi di Thailand pada Mei 2005 dan menceraikannya selepas tiga bulan. Setelah bercerai, Nor Hayati Yahaya gagal mendapatkan hak sebagai seorang isteri kerana gagal membuktikan perkahwinan mereka.

Kegagalan tersebut adalah kerana Zaki yang bijak berkenaan perundangan telah membakar sijil pernikahan mereka , satu-satunya bukti perkahwinan mereka di Thailand. Licik dan licin umpama belut kelakuan si Zaki.

Tetapi, tanpa bukti surat nikah tersebut , tidakkah Zaki boleh didakwa telah melakukan Zina dengan Nor Hayati?

Seperkara lagi, macamana seorang yang bersikap kejam seperti Zaki yang tidak dapat memberikan keadilan kepada seorang wanita yang pernah ditidurinya itu boleh bersikap adil dan saksama terhadap orang lain tatkala dia memakai jubah seorang Ketua Hakim Negara?

Kekecohan kes cerai dengan isteri keduanya tersebut telah memaksa Zaki menghantar surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO kepada Pengerusi lembaga itu Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen dengan alasan untuk mengelak kes peribadinya menjejaskan kredibiliti Lembaga Disiplin UMNO.

Tetapi yang tersangat peliknya, bagaimana Zaki boleh terpilih sebagai Ketua Hakim Negara, berkuatkuasa hari Sabtu, 18 Oktober 2008?

Tidakkah kemelut kes cerai dengan isteri keduanya itu telah mencemar kredibiliti Zaki?Bukankah lebih baik Zaki menarik diri sebagai Ketua Hakim Negara demi menjaga baik Institusi Kehakiman Negara?

Pemuda PAS Pusat turut menghantar satu memorandum kepada Majlis Raja-Raja Melayu pada 26 Sept. 2007 [klik di sini] memohon supaya Zaki tidak dilantik sebagai Ketua hakim Negara.

Terbukti kini bahawa Ketua Hakim Negara yang ada ini adalah seorang yang langsung tidak mempunyai integriti apa lagi kredibiliti.Tidak hairanlah sistem kehakiman negara semakin kalut!/ end.

Rabu, November 25, 2009

Siapa Lembu Kenyang itu?

Benarkah kebanyakan YDP dan AJK2 PAS Kawasan Selangor dah termakan nasi kangkang Hasan Ali dan sudah jadi Lembu Kenyang tunggu nak kena sembelih?

Penulis tersebut memberi amaran akan menyerahkan dokumen kepada Tulang Besi dan dedahkan siapa YDP2 yang kuat makan projek. [klik di sini]

Bagi saya , tidak wajar kita percaya sepenuhnya berita tersebut.Namun kita juga tidak wajar menafikannya.Kita lihat dan tunggu penulis tersebut yang kononnya akan menyerahkan dokumen menyokong ceritanya itu bukan fitnah.Sehingga itu, sama-samalah kita pantau tingkah laku YDP dan AJK 2 PAS Kawasan Selangor tu kan? Kan? /end

Timbalan MB Kelantan berpeluang cerah ganti Nik Aziz?

Oleh Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR, Nov 25 — Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan Datuk Ahmad Yaakob dilihat sebagai calon "terbaik" buat masa sekarang untuk menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat jika beliau melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Pemimpin-pemimpin PAS dan penganalisis berpendapat Ahmad yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mempunyai kelebihan berbanding calon-calon lain dari negeri itu.

Selepas 19 tahun mengetuai kepimpinan pentadbiran negeri, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS malam tadi membayangkan barisan pelapis yang bakal menggantikan beliau.

Nik Aziz tidak menolak terdapat kumpulan pelapis dalam PAS Kelantan yang bakal mengambil alih tempatnya jika beliau melepaskan jawatan Menteri Besar Kelantan.

Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Nik Aziz enggan membayangkan nama yang disebut-sebut bakal menggantikannya itu tetapi memberi gambaran ia tertakluk kepada hiraki dalam parti di peringkat negeri.

Dua hari lalu, Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan menggesa agar Nik Aziz menamakan penggantinya ketika pentadbiran kerajaan negeri pimpinan beliau yang sudah tahun ke-19, terus dibelenggu isu demi isu.

Isu terbaru berkaitan dengan menantu Nik Aziz yang telah diminta melepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Selain Ahmad, dua nama lain yang disebut-sebut ialah Timbalan Pesuruhjaya II negeri itu Datuk Husam Musa dan Mohd Amar sendiri.

Husam juga dilihat sebagai "anak emas" Nik Aziz.

Mengambil kira formula Nik Aziz bahawa dari segi hiraki PAS Kelantan, orang nombor dua ialah Ahmad. Malah beliau juga merupakan nombor dua dalam Kabinet pentadbiran kerajaan negeri.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa memberitahu The Malaysian Insider, daripada tiga nama itu Ahmad dilihat berada di senarai teratas.

"Apabila anda bercakap mengenai satu pelan peralihan, ada tiga kriteria yang anda mesti beri pertimbangan. Pertama ialah aspek kekananan. Kedua ialah pengalaman dalam kerajaan dan ketiga pula persepsi politik.

"Daripada tiga kriteria ini, Ahmad Yaakob merupakan lebih kanan dan juga Timbalan Menteri Besar. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam kerajaan tetapi yang lebih penting beliau memenuhi keperluan yang ketiga," katanya.

Prasyarat ketiga memerlukan seseorang calon mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang Ahmad sedia miliki, kata Mujahid.

Ahmad yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar pada tahun 2004 juga menikmati sokongan daripada pelbagai puak dalam lingkungan PAS Kelantan, tambah Mujahid.

Bagaimanapun prasyarat ini dilihat sebagai satu kekurangan kedudukan Husam yang merupakan lulusan ekonomi.

Meskipun dilihat sebagai rapat dengan Nik Aziz, Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri dilihat dikelilingi banyak musuh termasuk daripada kumpulan yang didakwa memihak kepada usaha dan kerjasama PAS-Umno dalam soal kerajaan perpaduan.

Pada Jun lalu, Husam, bekas Naib Presiden, tewas dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden yang disandang oleh Nasharudin Mat Isa sejak 2005.

"Jadi Ahmad Yaakob dilihat sebagai pengimbang antara pelbagai puak dalam PAS Kelantan dan seorang calon yang mampu untuk menstabilkan parti di negeri itu," kata Mujahid lagi.

Sementara itu, Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa juga melahirkan pandangan yang serupa.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Abdul Aziz berkata mengambil kira kedudukan Ahmad sebagai Timbalan Menteri Besar beliau mempunyai kelebihan untuk menggantikan Nik Aziz.

Abdul Aziz percaya bahawa karakter Husam yang bersifat introvert dan lemah dari segi skil komunikasi serta lantang “menyerang” kumpulan yang konservatif dalam parti telah melahirkan banyak musuh di sekitar beliau.

Oleh itu kata Abdul Aziz, pelantikan beliau hanya akan memburukkan permusuhan di negeri itu.

Pun begitu apa pun boleh berlaku dari sekarang. Nik Aziz dilihat mempunyai “pengaruh” dalam menentukan penggantinya termasuk membuat rombakan Kabinet negeri./ end.

sumber : Malaysian Insider


Altantuya kini berada di Hong Kong?



Gempar di Hong Kong! kerana munculnya seorang yang berwatakan mirip model dan penterjemah dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dan diletupkan dengan kejam menggunakan bom C4!Klik gambar itu!
Tentu box-office kalau sampai Malaysia nanti...../ end


Istana mesra rakyat - Buckingham Palace

Dia mungkin salah seorang tuan hartanah yang terkaya dalam dunia, tetapi kediamannya dalam keadaan reput dan nampaknya dia tidak bersedia untuk membiayai kos seorang kontraktor.

Baginda Permaisuri (gambar sebelah) telah meminta kerajaan British bayaran tambahan £1-juta ($2.1- juta) setahun untuk membayar kos baikpulih Istana Buckingham , tempat kediaman rasmi DiRaja British sejak 1837..

Istana Buckingham mungkin merupakan wajah yang paling dikenali di Eropah. Di bina sekitar 1703 dan merupakan kediaman resmi keluarga DiRaja British sejak Queen Victoria pada tahun 1837


Kini Istana Buckingham adalah kediaman resmi Queen Elizabeth ke- II . Asalnya adalah kepunyaan the Dukes of Buckingham pada kurun ke-18.George III telah membelinya pada tahun 1761 untuk isterinya Queen Charlotte sebagai rumah keluarga berhampiran dengan Istana St James , dimana majlis resmi sering diadakan.

Orang ramai boleh melawat Istana Buckingham pada setiap musim panas , bulan Ogos dan September setiap tahun sejak 1993.

Pada mulanya pembukaan tersebut merupakan satu cara untuk membiayai kerosakan pada Istana Windsor yang terbakar pada November 1992.Tetapi ianya menjadi begitu digemari menyebabkan Baginda Queen terus membenarkan orang ramai melawat di setiap musim panas.Baginda Queen tidak berada di istana tersebut apabila ianya dibuka kepada orang ramai,Baginda pergi ke salah satu kediaman baginda di pinggir bandar.

Kita di Malaysia ni sekadar dapat melihat pintu pagar Istana dan dapat menjengok muka siJaga!/ end



Bukti SPR komponen UBN

Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin dalam membuat keputusan Mahkamah Tinggi juga mengemukakan kemusykilan beliau terhadap tindakan SPR yang memohon penangguhan keputusan. Sepatutnya bekas ADUN Kota Seputeh, Abu Hassan Sarif yang perlu membuat permohonan. Baca lagi disini /end.





Pembinaan Istana Negara - Satu lagi penyelewengan

Istana Negara 11 dalam pembinaan di Jalan Duta

Sewaktu reformasi Iran dahulu, orang memperkatakan tentang kemewahan Istana Shahan Shah yang begitu membazir membelanjakan wang khazanah negara.

Begitu juga takala kejatuhan Iraq, dunia mengutuk Sadam kerana membina banyak istana untuk dirinya.Termasuklah negara kita sendiri mengutuk Sadam – membazir wang sedangkan rakyatnya sengsara miskin kebuluran.

Dan kini kerajaan UBN sedang menyiapkan sebuah lagi Istana Negara untuk Yang DiPertuan Agong.

Kita kini sudah mempunyai dua istana – di Jalan Syed Putra and di Putrajaya . Baginda yang DiPertuan Agong sendiri tidak pernah meminta untuk dibinakan sebuah istana baru.

Istana Melawati di Putra Jaya

Kita tidak tahu kenapa perlu sebuah lagi istana di Jalan Duta.Kenapa kita perlu ada 3 buah istana dalam sebuah negeri bernama Selangor yang jarak perjalanan dengan iringan polis hanya mengambil masa kurang satu jam?

Dibawah Rancangan Malaysia Ke-9, semua projek istana diwajibkan dikelolakan melalui tender terbuka.

Istana Negara di Jalan Syed Putra

Mahfuz Omar mendakwa projek pembinaan Istana Negara ini berlaku penyelewengan dan tidak melalui tender terbuka yang akibatnya dari harga asal RM400 juta kini sudah menjadi RM1.1billion!Baca surat Mahfuz di sini

Oh! Ini tentu projek penyelewengan perampok bagi tujuan untuk mendapatkan komisyen yang besar.Lagi mahal, lagi besar komisyen yang boleh diperolehi.

Sebab itu harga asalnya RM400 juta; tapi kerana Umno boleh, kini sudah mencecah RM1.1billion!

Hoi Ceupacs! Kenapa mudah diperbodohkan oleh si Najib? Ingat apa kata PM Najib apabila Ceupacs minta bonus ? Najib kata :

"...adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus kerana negara ini masih bergelut untuk keluar dari kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja." Ingat tu... salah di segi moral!

Adakah kerajaan kita lebih bermoral dengan membina satu lagi istana yang bernilai RM1.1billion?

Itu belum lagi kos penyelenggaraan yang akan melibatkan RM juta-juta sebulan.

RM1.1billion! Bayangkanlah…berapa banyak sekolah dan hospital dapat dibina ? Berapa banyak jambatan untuk kampung-kampung yang mundur ? Bayangkanlah ….komisyen Istana Negara…komisyen kapal selam… / end





Selasa, November 24, 2009

Ku Li setuju ketuai kaukus royalti minyak Pakatan

Oleh Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR, Nov 24 — Pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah telah bersetuju untuk mengetuai kaukus yang ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat (PR)untuk meneliti isu pertikaian royalti hasil minyak untuk Kelantan.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan bahawa Razaleigh menerima jemputan mereka pagi ini.

Razaleigh merupakan Ahli Parlimen BN bagi Gua Musang, Kelantan.

Pada 18 November lalu pemimpin-pemimpin PR mengadakan pertemuan dengan Razaleigh bagi meminta beliau mempengerusikan satu kaukus mengenai pertikaian wang royalti minyak membabitkan kerajaan persekutuan dan Kelantan.

Minggu lalu, Razaleigh yang juga bekas Naib Presiden Umno berkata, beliau akan mempertimbangkan permintaan memandangkan pernah terlibat dalam “urusan minyak” sejak penubuhan Petronas dan penggubalan undang-undang yang berkaitan.

Sehubungan itu katanya, beliau akan memainkan peranan bagi menyelesaikan isu itu “jika ia benar-benar adalah satu masalah.”

Razaleigh telah terlibat secara langsung dalam menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974 bersama Tun Salleh Abas.

Minggu lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS tiada hak untuk menuntut bayaran royalti hasil petroleum.

Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan, Nazri menjelaskan, bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein tidak secara khusus menggunakan istilah “royalti” semasa membahaskan Rang Undang-undang Pembangunan Petroleum 1974, yang membuka laluan kepada penubuhan Petronas dan perjanjian perkongsian lima peratus hasil dengan negeri-negeri mengeluarkan minyak.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan pemberian wang ihsan petroleum daripada kerajaan persekutuan.

Pemimpin-pemimpin Pakatan khususnya PAS bagaimanapun masih mempertahankan hak Kelantan untuk mendapatkan royalti daripada hasil petroleum, bukannya wang ihsan.

Terengganu juga pernah diberikan wang ihsan selepas ia ditawan PAS pada pilihan raya umum 1999.

MENYUSUL LAGI/ end.

sumber : Malaysian Insider

Kota SiPuteh : Mahkamah Rayuan mengulangi kemelut perlembagaan negeri Perak

KUALA LUMPUR, Nov 24 — Suruhanjaya Pilihan Raya telah memfailkan bagi mendapatkan perintah penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan 16 November lalu bahawa kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah sebagai kosong.Wakil rakyat Kota Siputeh yang tersingkir, Datuk Abu Hasan Sarif juga turut mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan jam 10.00 pagi tadi.

Mahkamah Rayuan akan mendengar kes tersebut jam 2.30 tengahari ini.

Sementara itu pasukan peguam bagi Speaker Kedah tidak menyedari perkara tersebut .Peguam Edmund Bon memberitahu The Malaysian Insider bahawa ini merupakan ‘gema’ sepertimana pertelingkahan perlembagaan negeri Perak awal tahun ini.

“Pasukan yang sama, kes yang sama,” kata Bon, yang terpaksa membatalkan semua urusannya yang lain hari ini kerana terpaksa bergegas ke Putrajaya serta merta.

sumber : Malaysian Insider/ end.



Saya bersyukur kerana akhirnya Nik Aziz sedar juga : Kickdefella

PETALING JAYA, Nov 24 — “Saya tak gembira, tapi saya bersyukur perkara ini sudah selesai.” Demikian kata blogger Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang mengulas perkembangan terbaru di Kelantan .

Syed Azidi yang dipecat daripada jawatan itu baru-baru ini oleh Ariffahmi berkata, “saya sedih sebenarnya kerana ia mengambil masa yang lama.... hampir 10 hari untuk selesai”.

“Tapi saya bersyukur kerana akhirnya Nik Aziz sedar juga,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Dalam ulasannya hari ini, Syed Azidi menambah, penyelesaian isu tersebut juga menunjukkan tiada pihak yang menang dan tiada yang kalah, dan pada masa yang sama ia juga tidak “menguntungkan” sesiapa pun dalam PAS.

“Saya rasa tiada pihak yang menang atau yang kalah sama ada saya, Tuan Guru Nik Aziz, Ariffahmi, PAS dan kerajaan Kelantan sendiri,” katanya.

Ketika ditanya sama ada isu ini melemahkan kedudukan Nik Aziz sebagai ketua pentadbiran kerajaan negeri, Syed Azidi yang dilihat sebagai orang kanan Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa berkata, kedudukan Nik Aziz dalam PAS tidak terjejas.

“... di kaca mata rakyat, Nik Aziz dilihat sebagai manusia biasa yang tidak dapat elak daripada melakukan kesilapan,” katanya lag.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa dalam kebanyakan keputusan yang dibuat, Nik Aziz “banyak dikaburi oleh menantu beliau.”

“Isu ini membawa satu pengajaran bahawa penjawat jawatan awam tidak harus melantik ahli keluarganya untuk menerajui mana-mana pentadbiran... dalam kes ini Tuan Guru, yang melibatkan diri beliau sebagai ketua kerajaan negeri, menghadapi detik-detik yang sukar untuk membuat keputusan disebabkan kedudukan menantu, anak dan sebagainya. Dan, saya berharap ia tidak diulangi oleh sesiapa pada masa-masa akan datang,” kata Syed Azidi lagi.

Justeru Syed Azidi memberitahu, implikasi isu semasa ini perlu ditangani dengan segera bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Semalam, Ariffahmi yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, memberitahu bahawa keputusan beliau untuk bersetuju meletakkan jawatannya bukan bermakna beliau bersalah. Baca sepenuhnya di sini /end




Husam bela Hantu Raya

Saya amat tertarik dengan komen Tuan Guru Nik Aziz terhadap Husam Musa :

Husam ini Allah buat bukan untuk Kelantan sahaja tetapi untuk rakyat Malaysia, dia budak yang cerdik, pengalaman banyak dan pemikiran jauh ke depan.

Masya Allah.Hiba dan sayu benar hati saya tatkala membaca komen dari seorang Tuan Guru, yang begitu dimuliakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia , malah oleh dunia Islam. Ingat senang ker mendapat pujian setinggi gunung itu?Anak dan menantunya sendiri pun belum tentu pernah mendapat pujian sedemikian rupa.Saya yakin belum lagi.Apa yang pernah orang perkatakan ialah, TGNA pernah kata ke Nik Abduh yang dia belum matang lagi....

Tetapi sanjungan dan pujian TGNA itu diberikan kepada seorang insan kerdil yang bernama Husam Musa yang ramai mengutuknya , terutamanya MSO. Itu tidak hairanlah sebab MSO bukan orang jemaah.Tetapi bagaimana pula yang ngaku orang jemaah? Ini yang berat!

TGNA memandang tinggi serta hormat terhadap Husam Musa .Tetapi amat malang bagi segolongan Bloggers yang mengaku menyanjung dan menghormati TGNA bersikap bertentangan dengan pandangan dan sikap TGNA keatas Husam Musa. Bloggers ini dengan mudah membuat pelbagai fitnah serta gelaran keatas Husam Musa.Cerminlah muka anda dan bandingkan dengan wajah TGNA .

Kita semua perlu menyedari bahawa bukan akhbar Utusan Malaysia saja yang mempunyai agenda untuk membunuh Husam Musa; malah terdapat ‘rangkaian blogger’ sebagaimana yang di dedahkan oleh Kickdefella yang mungkin menjalankan agenda seperti itu.Cuba kita perhatikan prasangka buruk dan keji yang saya quote sepertimana berikut :

Semasa mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kelantan, beliau selaku salah seorang TPJ PAS Kelantan tidak hadir. Entah apa sebabnya. Ada laporan menyebutkan beliau sedang berada di Kuala Lumpur dan ada juga laporan yang menyebutkan beliau kurang sihat.

Tapi, kan, ari Khamis hari tu sihat walafiat jer nampaknya. Takperlah. Kita bersangka baik sahajalah dengan beliau. Mungkin benar beliau sedang "sakit". "Sakit" apa? Lu fikirlah sendiri......

Blogger ini boleh tuduh Husam Musa sebagai pembela Hantu Raya…Bacalah tulisannya di sini.Jangan tak baca!

Bertambah malang pula ada pula yang menyokong blogger tersebut dan menyindir saya sambil itu memberikan promosi percuma berikut :

Untuk maklumat sahabat semua, maklumat sahih mengenai Kelantan kalau nak tau masuklah ke Blog saynotomunafiqeen. beliau sentiasa mendapat maklumat tepat dari sumber yang boleh dipercayai, sama seperti aku, tapi aku tak pandai nak olah cerita banyak-banyak macam dia tetapi walau apa pun aku buat masa ini tunggu dan lihat.

Saya tergelak besar bila membaca entri blogger berikut pada 19 November lalu,blogger ni dengan satu tajuk : Kebenaran Jua Muncul Akhirnya.Beliau menulis :

Setakat hampir waktu Maghrib tadi, kemelut yang melanda bumi Darul Naim telah 95% selesai. Kebenaran sudah mendapat haknya dan kebatilan telah lenyap.
Entah apa 'kebenaran 95%' yang beliau maksudkan itu? Beliau ada menyebut nama saya dalam artikel tersebut, tetapi saya malas nak komen sebab tulisannya itu nampak mengarut dan saya anggap dia perasan sahaja.Entah apa ‘kebenaran’ yang beliau maksudkan dalam tulisannya itu hanya dia sahaja yang tahu.

Blogger ini sanggup tuduh Husam Musa sebagai ‘anak hantu’ dan yang menghairankan saya beliau boleh setuju dengan blogger musuh PAS ? Baca tulisannya berikut :

Alih alih, anak emas ini tetiba bertukar menjadi anak hantu. Tidak dapat tidak, Tok Guru wajib diselamatkan daripada di baham Husam menerusi BokBong.

Sekarang nih pun, aku belum rasa aku boleh bersetuju dengan MSO. Cuma, artikel MSO ini wajib diteliti oleh semua kerana pasti ada nilai dan i'tibar daripadanya.


Saya tidaklah tergamak nak suruh sesiapa supaya ikut perangai Ibrahim Ali yang suatu ketika dulu tergila-gila mahu cium bontot Mahathir.Tapi nampaknya, mungkin ada orang yang dah terikut-ikut mahu cium bontot MSO pula kali ini..Ikut suka dialah!/ end



Isnin, November 23, 2009

Oh! ada Ustaz Pil Kuda jadi blogger?

Kickdefella dalam entri terbarunya turut mendedahkan tentang adanya satu rangkaian blogger yang diwujudkan oleh Ariffahmi.Beliau turut menamakan salah seorang blogger upahan tersebut dengan gelaran 'Ustaz Pil Kuda' yang konon katanya pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah?

Menurut Kickdefella, antara yang telah menjadi mangsa blogger Ustaz Pil Kuda ini ialah Tuan Haji Anual Bakhri, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan. Siapalah agaknya yang dimaksudkan oleh Kickdefella itu?

Merujuk kepada penafian dan ugutan Arifahmi terhadap segala dakwaan didalam blognya, Kickdefella berkata, “Ini adalah kali ke tiga ugutan dibuatnya bermula dari sidang medianya di rumahnya pada 11 November 2009. Nasihat saya pada Ariff, selesaikan dahulu masalah anda dengan SPRM. Selepas tamat siasatan SPRM dan sekiranya nama anda telah dibersihkan oleh SPRM, kita boleh bertemu di mahkamah pada bila-bila masa.” Baca lagi di sini /end



Sidang Media Abdul Ariffahmi - Transkip penuh

sumber : harakahdaily

Macam mana pendirian saudara Arif? (gambar)
Pertama sekali saya ingin nyatakan saya dapat terima keputusan dengan hati yang lapang, dan sedar keputusan dibuat untuk hjaga nama baik kepimpinan dan jaga nama baik Parti Islam Semalaysia, dan juga nama baik kerajaan negeri Kelantan.

Saya juga berterima kasih kepada tuan guru kerana beri kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun, dan jawatan terakhir saya sebagai CEO semenjak Syawal, dan saya amat hargai kepercayaannya.

Saya juga pohon sokongan dan dokongan dari semua pimpinan PAS samaada di negeri kelantan, atau di pihak PAS pusat untuk sama-sama berusaha hapuskan tuduhan-tuduhan yang saya sifatkan sebagai fitnah dalam blog tertentu dan saya yakin saya tidak bersalah.

Penerimaan keputusan ini atas sifat jaga jemaah Pas sendiri, dan jaga kerajaan negeri dan jaga nama baik tok guru.

Bila saudara akan lepas jawatan?
Saya akan tengok rekod cuti saya, berapa hari ada, lepas itu saya akan kira, saya akan buat keputusan bila tarikh yang sesuai untuk saya lepaskan jawatan.

Dalam hal ini adakah saudara dinasihat lepas jawatan atau saudara tawar diri untuk lepas jawatan?
Saya hanya menerima arahan, saya seperti biasa saya sentiasa patuh kepada pimpinan, terutama arahan ini, gesaan ini keluar dari mulut tok guru sendiri. Saya sentiasa setia dan patuh pada dia, dan saya terima dengan hati terbuka.

Kenapa saudara tak letak serta merta, bukankah itu lebih baik?
Sebelum ini saya ada merujuk kepada dia, atas desakan yang dibuat ke atas saya, tapi pada masa itu dia minta saya tidak letak jawatan, dan atas asas itu saya teruskan tugas saya sebagai CEO kerana itu arahan dari beliau sendiri untuk teruskan.

Tadi saudara sebut semua fitnah yang dilempar ke atas saudara dalam PMBK dan sebelum ini adalah fitnah, kalau itu fitnah adakah akan ambil sebarang tindakan undang-undang?
Sebenranya beberapa orang peguam sedang kaji semua tuduhan dan saya sedang teliti dan akan dengar nasihat para peguam dan liohat secara teliti, dan pada masa sesuai nanti kita akan lakukan apa yang patut.

Saya nak ulang lagi, apa yang dtulis dalam blog tertentu sebelum ini yang menyatakan saya telah diminta meletak jawatan dan rentetan itu arahan telah dikeluarkan, saya tak terima arahan itu, dan saya telah pergi ke KL merajuk, itu tak betul, saya hanya terima arahan pada hari ini sahaja, dan saya boleh terima keputusan ini dengan dada yang lapang dan insya ALLAH saya akan sentiasa setia, dan sentiasa hormati tok guru sebagai bapa mertua saya dan pemimpin kita semua.

Apa rancangan masa depan?
Itu belum pikir lagi, mungkin berniaga.? end


Menantu Nik Aziz letak jawatan

sumber : Malaysia kini
Nov 23, 09 3:17pm

Menantu tokoh PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.

Beliau, yang juga seorang exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini.

Surat rasmi peletakkan jawatan tersebut bagaimanapun belum diserahkan, katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut.

Sementara itu, menurut media rasmi PAS, Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar ingin "menasihati" menantunya agar melepaskan jawatan tersebut.

Persetujuan itu dilaporkan diumumkan Nik Abdul Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin kanan PAS di kediaman rasmi menteri besar 10 pagi tadi.

Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din, Naib Presidennya Salahuddin Ayub dan Bendahari Agung Dr Hatta Ramli, lapor Harakahdaily.net.

"Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Abdul Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan," laporan akhbar web itu dipetik./ end.


Majlis Penutup Kursus Motivasi Kecemerlangan Insan


Satu kursus bimbingan bagi membantu anak-anak keluar dari masalah dihinggapi pelbagai penyakit dan sikap negatif yang membimbangi dan meresahkan ibu bapa telah berjaya dianjurkan oleh Smartcom Consultancy selama 3 hari mulai 20 hingga 22 November, bertempat di Institut Latihan GPMS, Kg Seri Rahmat, batu Gajah, Perak.


Kursus selama 3 hari 2 malam itu telah disertai oleh pelajar-pelajar lingkungan umur antara 10-15 tahun itu diadakan sebagai satu usaha membangunkan insan cemerlang bagi mengatasi masalah malas belajar, tidak dengar cakap, malas solat, kurang keyakinan diri dan pelbagai lagi masalah remaja yang sering melanda mereka.


Menurut Pengasas dan Perunding Utama kursus tersebut, Encik Radzi bin Zainon, kursus tersebut memberi kaedah atau jalan kearah menjayakan mereka berbekalkan ilmu, pengalaman dan sikap baru.Para peserta akan dipandu kesatu matlamat dan dimensi baru dari sudut kesedaran, sikap dan matlamat hidup sebagai pelajar@ insan lebih-lebih lagi untuk Khalifah/Pemimpin.


/ end

Ahad, November 22, 2009

[Raja Petra] Bahagian 5: Saya Cuma Berharap Menamatkan Segala Gangguan

Bala telah dibayar sebanyak RM 750,000 sehingga kini namun penderaan keatasnya menyebabkan dia seolah-olah seorang yang dipenjarakan. Dia mengatakan dia akan keluar dari keadaan tersebut untuk menamatkan penderaan yang berlaku terhadapnya dan supaya dia boleh hidup sebagai orang biasa. Dia hanya mahukan kehidupannya semula.....

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Q 69. Berapa lamakah anda mengenali ASP Suresh sebelum peristiwa ini?

A. Saya mengenali beliau selama 10 tahun yang lepas. Ketika saya bertemu dengannya, dia adalah seorang pegawai senior Pejabat Siasatan di IPK Kuala Lumpur. Saya adalah seorang penyiasat persendirian. ASP Suresh menggunakan saya untuk membantu dia dalam mengesan sumber dan maklumat penting sesebuah panggilan kerana saya mempunyai hubungan yang baik dengan syarikat telekomunikasi dan pantas untuk mendapatkan maklumat berbanding dengan pihak polis kerana mereka terpaksa mengikut jalan yang dikatakan rasmi.

Pada satu ketika, saya pernah bekerja untuk ASP suresh sebagai pengawalnya di sebuah pub di Jalan Imbi.

Dia telah digantung perkhidmatannya sebagai pegawai polis pada tahun 2006 kerana disiasat oleh SPRM dalam kes rasuah.

Q 70. Pernahkah anda berjumpa dengan Deeppak sebelum peristiwa ini?

A. Tidak. Namun saya pernah memberikan perkhidmatan kepada Dinesh pada hari yang lepas. Saya tahu Deepak adalah abang kepada Dinesh.

Q 71. Anda pernah menyatakan anda pernah berjumpa dengan seorang Datuk VIP yang berbangsa Melayu diluar pameran Volkswagen di The Curve pada malam 3 Julai 2008. Siapakah lelaki tersebut? .

A. Beliau ialah Datuk Nazim Razak, adik bongsu kepada Najib. Dia berada disitu bersama isterinya yang sedang mengandung. Bagaimana pun saya tidak berbual dengan isterinya, saya megenalinya kerana dia adalah seorang personality TV. Saya rasa dia adalah seorang hos program 'Nona'.

Deepak adalah orang yang membawa saya bertemu meraka.

Sebab itulah ASP Suresh tidak mahu kami berjuma di tempat yang mempunyai kamera CCTV.

Q 72. Semasa anda berada di Hotel Hilton di KL Sentral bersama Deepak, Dinesh dan ASP dan selepas anda menandatangani surat sumpah yang kedua, adakah sesuatu yang bermakna dikatakan kepada anda?

A. Ya. Ada dua perkara yang Deepak memberitahu saya.

Dia memberitahu saya bahawa Rosmah gembira kerana saya menarik balik surat sumpah saya yang pertama dan ingin bersarapan dengan saya.

Bila saya bertanyakan kepada Deepak, berapa lama saya harus meninggalkan negara ini, dia berkata kepada saya bahawa saya harus tunggu sehingga Najib menjadi Perdana Menteri yang seterusnya dan saya boleh kembali selepas itu.

Q 73. Bila anda menghubungi peguam anda Americk Sidhu?

A. Saya menghubungi beliau pada pertengahan Julai 2009. Pada masa itu saya masih berada di India. Saya mahu mengadakan perjumpaan dengannya untuk memberitahu apa yang berlaku ke atas saya dan meohon maaf atas masalah yang disebabkan oleh saya. Americk berada di UK semasa saya mengubunginya supaya kami boleh berjumpa di Kuala Lumpur apabila dia pulang pada permulaan Ogos.

Q 74. Adakah anda bertemunya?

A. Ya. Kami bertemu pada awal Ogos. Americk telah memangil 2 lagi peguam untuk hadir. Saya telah memberitahu mereka apa yang telah terjadi ke atas saya sejak saya meninggalkan pejabat Americk pada petang 3 julai 2008.

Q 75. Adakah anda sedar bahawa perbualan anda telah dirakam secara sembuyi?

A. Saya tidak sedar saya sedang difilemkan. Bagaimanapun saya telah dimaklumkan kemudian dan semua rakaman yang di buat akan disimpan dengan selamat. Saya sedar bahawa ianya dilakukan untuk melindungi keselmatan saya sekiranya sesuatu berlaku ke atas saya.

Q 76. Bagaiman anda berupaya untuk membayar kehidupan anda semasa berada diluar negara?

A. Deepak telah membayar secara ansuran kepada saya. Sebahagian daripada bayaran dibuat terus ke akaun isteri saya melalui EON Bank di KL.

Yang lain dibayar kepada ASP Suresh dimana dia akan membayar kepada saya atau melalui seorang kawan saya di Malaysia.

Saya ada salinan cek yang dibayar oleh Deepak Jaikishan dan dibayar atas nama syarikatnya Carpet Raya Sdn Bhd.

Saya juga memmpunyai salinan slip bank isteri saya yang membuktikan bagaimana wang didepositkan.

Saya juga mempuyai salinan akaun HSBC saya di Chennai.

Q 77. Berapa banyak wang yang diterima sejak anda meninggalkan Malaysia pada Julai 2008 sehingga sekarang?

A. Semuanya kira-kira RM750,000.

Q 78. Berapakah yang masih tinggal?

A. Ya, saya telah melaburkan sebanyak RM 250,000 untuk masa depan saya kerana saya tidak tahu apa akan bakal berlaku ke atas saya.

Saya juga membelanjakan sedikit untuk membaikpulih rumah saya di Rawang dimana isteri dan anak saya berada di sana. Semua ini di buat atas tujuan keselamatan rumah saya.

Selebihnya untuk keperluan saya ketika di Chennai dan wang pendidikan anak-anak saya dan perbelanjaan harian.

Q 79. Bukankah Deepak menjanjikan RM5juta kepada anda?

A. Semua perbincangan ini diaturkan oleh ASP Suresh di Kedai Bak Kut Teh di Rawang pada 3 julai 2008. Saya tidak terlibat dalam perbincangan tersebut kerana saya lebih merisaukan keselamatan keluarga saya daripada wang itu.

Saya kemudianya menyedari bahawa ASP Suresh berminat dengan hal ini dan dia akan menerima bayaran yang sama sperti mana yang diperolehi saya. Tugasnya ialah memastikan saya dikawal. Sebab itulah dia rasa tidak senang kerana saya tidak mengikut arahannya kerana pendapatannya yang datang dari Deepak akan terjejas.

Q 80. Kenapa anda menunggu untuk tempoh yang begitu panjang untuk menjelaskan semua ini?

A. Semasa saya berada di Hotel hilton di KL Sentral, saya bertanya kepada Deepak berapa lama saya harus berada di luar negara. Dia memberitahu saya sehinga Najib menjadi Perdana menteri.

Saya tidak dapat kembali ke Malaysia sebelum Februari 2009 kerana Kumar memegang pasport saya selama 5 bulan di India.

Saya hanya mendapatkan semula pasport saya selepas saya mengadu kepada Deepak ketika dia melawat saya di India dengan ASP Suresh. Deepak kemudiannya memanggil adiknya Rajesh untuk mengetahui apakah yang terjadi terhadap paasport saya dan selepas 2 hari Kumar meminta saya untuk mengambil darinya.

Saya sebenarnya berada di India secara haram kerana visa saya telah tamat pada 5 september 2008.

Dalam usaha memanjangkan tempoh visa, saya terpaksa mendapatkan bantuan dari bapa saudara isteri saya yang menjadi exco melanjutkan tempoh selama setahun. Selepas itu barulah saya dapat pulang ke Malaysia.

Q 81. Apakah yang berlaku apabila anda kembali ke Malaysia pada Februari 2009?

A. Apabila saya tiba di KL, saya telah menghubungi Dinesh untuk meberitahu bahawa saya telah kembali ke Malaysia. Saya dipanggil ke pejabat Deepak di Sungai Besi pada pukul 11:45 pm pada malam yang sama dan memberitahu beliau bahawa saya tidak mahu meninggalkan negara ini lagi secara tergesa-gesa, sebaliknya saya mahu bersama dengan anak isteri saya dengan lebih lama. Mereka tidak tahu saya tidak akan meniggalkan negara ini.

Q 82. Kenapa anda kembali ke Malaysia pada April 2009?

A. Hanya kerana mahu bertemu dengan isteri dan anak saya. Tetapi kali ini saya tidak meberitahu sesiapa pun saya kembali kerana tidak mahu diganggu.

Q 83. Kenapa sekarang ini anda mahu menjelaskan segalanya?

A. Sebab saya mahu menghentikan segala gangguan keatas saya dan kembali ke kehidupan yang normal.

Q 84. Adakah surat sumpah anda yang pertama itu benar?

A. Ya.

Q 85. Adakah anda dipaksa untuk mengeluarkan surat sumpah yang pertama?

A. Sememangnya tidak. (Lihat Video di sini: Was PI intimidated

Q 86. Adakah anda dipaksa untuk mengeluarkan surat sumpah ke 2?

A. Ya, sebab saya risau akan keselamatan saya dan keluarga saya dan saya tidak membaca isi kandungan surat sumpah ke 2 sebelum saya menandatanganinya .

Bahagian 1: Misteri TerbongkarBahagian 2: Penjara Bala Yang Tanpa BesiBahagian 3 : Pihak Polis Telah Berjumpa Dengan BalaBahagian 4: BALA Merasakan Kehidupannya Semakin Bertukar

Sumer Asal: http://malaysia-today.net/
Terjemahan: http://gomalaysian.blogspot.com/


Sabtu, November 21, 2009

Husam Musa dan Arifahmi Letak Jawatan

Ha!ha! ha! Akhirnya kedua-dua mereka telah meletakan jawatan masing-masing.Begitulah yang dihebohkan oleh 'blog tertentu'. Saya hanya tahu hal tersebut bila baca diBlog Jiwa Kelate.Saya sendiri belum jelas 'blog tertentu' yang mana satu dimaksudkan oleh Jiwa Kelate.

Berita mengenai Abdul Ariffahmi meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK dan juga peletakan jawatan seorang Exco kanan kerajaan negeri seperti yang dilaporkan dalam 'blog tertentu' sebagai berita angin semata-mata. (baca pembohong/fitnah)

Demikian menurut berita yang dilaporkan di blog Jiwo Kelate hari ini

Blog tersebut menulis, Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd Zaki Ibrahim berkata: “Ia khabar angin sahaja dan jika benar sudah tentu dalam mesyuarat hari ini ada dibincangkan (perkara ini).”

Badan perhubungan parti itu telah mengadakan mesyuaratnya di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini, hari ini dengan dipengerusikan Tok Guru Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan .

Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan Datuk Husam Musa tidak hadir kerana menghadiri satu program di Kuala Lumpur./end >:)



Husam patut tinggalkan PAS?

Malaysia Insider melaporkan hari ini :

PETALING JAYA, Nov 21 – Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang semalam mengakui wujudnya elemen konspirasi untuk menjatuhkan beliau wajar meninggalkan kerajaan negeri dan PAS?

Pembantu kanan, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang minggu lalu dipecat sebagai pegawai perhubungan korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) minggu lalu berkata beliau amat gembira jika Husam meninggalkan kerajaan negeri Kelantan.

Kata beliau, tidak berada dalam kerajaan negeri dan meninggalkan PAS adalah yang terbaik buat Husam.

“Saya akan merasa amat gembira jika Datuk Husam tinggalkan kerajaan negeri Kelantan. Ini kerana semenjak tiga tahun saya mengenalinya, saya dapat merasakan betapa penderitaan yang menimpanya dan keluarganya kerana sandiwara politik dalaman PAS negeri Kelantan,” kata Syed Azidi yang dikenali sebagai blogger Kickdefella dalam tulisan blognya hari ini.

“Tidak berada di dalam kerajaan dan tinggalkan PAS adalah yang terbaik buat Husam tetapi ia adalah malatpetaka buat PAS Kelantan dan rakyat yang memerlukan pembelaan,” katanya lagi.

Syed Azidi mendakwa kerajaan negeri Kelantan sudah tidak berminat untuk “membela insan-insan kecil.”

“Yang masih mempertahankan insan-insan kecil hanya dua tiga orang sahaja lagi dalam Exco Kerajaan Negeri dan Husam adalah seorang darinya,” kata beliau yang bertekad mahu terus mempertahankan Husam.

Semalam, Husam memberitahu The Malaysian Insider bahawa sudah wujud konspirasi untuk menggulingkan beliau dari pentadbiran kerajaan negeri itu.

“Terdapat usaha untuk mencetuskan perbalahan antara saya dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan),” akui beliau. “Saya sedar tentang kewujudan konspirasi (pihak tertentu) terhadap saya,” kata beliau lagi. Pada Jun lalu, Husam yang dilihat sebagai ‘anak emas’ Nik Aziz, tewas dalam pertandingan tiga penjuru merebut kerusi Timbalan Presiden PAS.

Kerusi itu dipertahankan oleh Nasharudin Mat Isa.

“Saya tahu bahawa Tok Guru tidak akan berbuat demikian kerana beliau seorang pemimpin yang waras,” tambah Husam yang merupakan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kerajaan Negeri.

Husam tidak menghadiri mesyuarat badan perhububungan negeri PAS Kelantan yang dipengerusikan oleh Nik Aziz atas alasan masalah kesihatan.

Hutang Lapok PAFA RM4 Juta, Sebelum Nizar Ambil Alih

Perak FA bukan satu-satunya persatuan bolasepak negeri yang menghadapi kemelut kewangan dan berkemungkinan tidak memenuhi syarat untuk menyertai Liga Malaysia 2010. Namun bukanlah suatu perkara menghairankan apabila ada beberapa kerat mulut yang lancang menghentam Presiden PAFA sekarang.

Apapun cakap-cakap belakang ini biasa lah dah jadi lumrah dalam dunia bola sepak, apa lagi PAFA. Cakap-cakap tidak berasas sama sekali. Barang diingat sesungguhnya Datuk Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin bukan manusia yang menghendaki jawatan Presiden ketika diusulkan padanya pada akhir 2008 oleh pemangku presiden semasa itu.

Siapa yang mahu mengambil alih sebuah persatuan yang terbeban dengan hutang lapuk lebih RM4juta. Tak ada manusia akan sanggup memikul tanggungan sebegitu besar.

Namun tekanan diterima sehingga ke peringkat Istana agar Nizar menyanggupinya dan beliau akhirnya akur dengan hasrat membina PAFA dan menyelesaikan permasalahan dalamannya. Elok disebut juga bahawa sebelum itu, Nizar telah meluluskan bantuan RM550,000 kepada PAFA untuk menyelesaikan kemelut kewangan PAFA.

Semasa itu, hutang gaji pemain juga berlonggok, hutang pengangkutan, hutang hotel. hutang kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri, Hutang bas, Hutang KWSP dan macam-macam hutang. Memang hutang-hutang berkenaan tidak berubah daripada segi perangkaannya, namun ia tidak ditambah semasa zaman Nizar.

Hutang PAFA biasanya bertambah setiap tahun (kalau dilihat pada penyata akaunnya). Dah ramai "jaguh" sebelum ini yang menerajui atau memegang PAFA sekadar menambah hutang tahun ke tahun. Hutang lapuk ini dah berkurun lamanya.

Semasa 2009, Nizar memastikan bahawa tiada gaji pemain tertunggak, hutang-hutang kecil dibayar. Lantaran itulah tiada tambahan hutang semasa 2009.

Namun : Kenapa tak kata Pahang juga tak cekap pengurusannya ?

Sedarlah masalah ini bukan hanya dihadapi oleh PAFA sahaja dan masalah ini bukan masalah Nizar sahaja kerana ia bukan bermula pada 2009 tetapi melangkaui tahun 2006 atau sebelumnya lagi. Zaman sape sape lah.

Daripada segi pencapaian, Perak melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala Malaysia. 2009 Pencapaian ini dikira baik bagi sebuah pasukan yang sebahagian pemain asalnya telah melarikan diri sebelum pengambil alihan oleh Nizar. Kenapa dan mengapa mereka melarikan diri... kenalah tanya pengurusan sebelum ini.

Namun jawapannya mudah aje.... gaji tak berbayar dan pemain senior digalakkan dan dipengaruhi oleh pengurusan sebelum ini agar mencari pasukan lain dengan meninggalkan PAFA sebelum Nizar mengambil alih. Maka yang ada sekadar sisa barisan pemain muda... jadi pencapaian setakat itu dianggap baik, tambahan dengan kadar perbelanjaan separuh daripada kos 2008.

Pada Khamis lepas, Nizar juga sekali lagi menemui Setiausaha Agung FAM Datuk Azziuddin (sila tengok and buka mata kat www.seladang.net dalam usaha mengatasi kemelut ini. Sengaja tidak menulisnya, kalau ditulis nanti akan ada yang kata masuk bakul. Usaha sudah dilakukan untuk memenuhi syarat yang ditetapkan FAM.

Jadual pembayaran hutang lapuk PAFA secara berskala kepada LDHN dan KWSP telahpun dibuat, penaja jersey sudahpun ada, pemain dan jurulatih juga telah dibuat.

So What...DS Dr Zambry Abdul Kadir berminat nak ambil alih ke? Nizar pun rasanya bukan berminat bebenor nak terus jadi Presiden PAFA. Kini sekadar menyelesaikan harapan (masuk Liga M 2010) penyokong dan peminat bolasepak Perak yang semakin kurang mengisi stadium.

Nak tahu lebih lanjut.. kunjungilah /end >:)

ZAMBRY SAH MB HANYA APABILA NIZAR DAPAT BANTUAN

Isu bola sepak Perak atau PAFA nampaknya semakin bertambah menarik sehingga pelbagai pimpinan termasuk Pemuda Umno berusaha menjadi jaguh untuk mencampurinya dengan harapan mendapat perhatian pucuk pimpinan, sape lagi kalau bukan perhatian Dr Zambry Abdul Kadir.

Naib Ketua Pergerakan Simpang Empat, Hutan Melintang, Mohd Najib Mohd Mokhtar menyifatkan DS Mohamad Nizar Jamaluddin, telah mengiktiraf Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar dan kerajaan negeri BN yang sah apabila merayu mendapatkan bantuan untuk Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) (sinar harian HARI INI).

Analogi Bangang Umno : Minta bantuan, maka sahlah Zambry jadi MB.

Maka bererti selama ini , Zambry bukan MB yang sah . Apakah itu membawa maksud : selagi Nizar tidak memohon bantuan untuk PAFA maka Zambry tidak menjadi MB yang sah!

Mudah aje, nanti Nizar tarik balik permohonan minta bantuan dari Zambry, maka Zambry pun jadi MB yang tak sah.

Mudah benor untuk menjadi MB yang sah, hanya kerana Nizar minta bantuan, walaupun bantuan tidak dberikan.

“Sebagai rakyat dan peminat setia pasukan bola sepak negeri, saya mahu melihat sukan ini maju dan pasukan pula dapat mencipta nama dalam arena bola sepak tanah air, tetapi disebabkan terlalu banyak politiking yang dicetuskan pakatan pembangkang, pasukan negeri gagal melangkah lebih jauh," begitulah kata sdr Mohd Najib.

Mengapa Mohd Najib ni tak muncul atau bersuara sebelum Nizar ambilalih, tak pernah dengar suara. Sesungguhnya kalau Nizar tak ambil alih pada November 2008, dah lama tersungkur PAFA, dah setahun pasukan Seladang tak masuk Liga Malaysia.

Mengenai persatuan bola sepak Kelantan (KAFA) pula yang disifatkan Najib sebagai hebat, sebenarnya KAFA juga sebuah pasukan yang menghadapi masalah kewangan, malahan menanggung hutang lapuk yang bertimbun.

Seperkara sahaja yang banyak membantu kantung KAFA, para penyokong sentiasa memenuhi stadium sama ada pasukan bola sepak negeri itu perform ataupun tidak. Kutipan inilah yang banyak membantu PAFA. Memang itulah satu-satunya hiburan yang ada di Kelantan, bukan macam di Perak.../ end >:)

Jumaat, November 20, 2009

Sebab Ke-6 dia terlupa nyatakan

Berikut adalah pertanyaan saya dan penjelasan orang yang ditanya.Terima kasih diatas penjelasan beliau yang ikhlas. Bacalah sambil bersantai.Perkataan ‘Nakpak’ itu sepatutnya ialah ‘Nampak’.Saya tidak mahu usik apa yang ada pada asalnya :

alhusseyn said...
Salam, bagaimana kerputusan survey? Nakpak dah tak ada kat atas tu? Tak ada buat ulasan ke?Saya saja nak tahu...
November 20, 2009 7:51 PM

Pemburu Syahid said...
Pertama - Survey tu saya dah buang kerana isu dah selesai.

Kedua - Survey itu bukan bertujuan untuk mengenalpasti siapa salah dan siapa benar.

Ketiga - Tujuan saya melakukan survey adalah di atas tujuan untuk mencari teknik terbaik untuk menguruskan persepsi supaya jawapan dan ulasan dapat mengatasi persepsi.

Keempat - Dengan ayat "saya saja nak tahu" tu pun orang dah boleh agak Cikgu menyindir saya.


Kelima - Saya serahkan persepsi dan niat Cikgu kepada Allah swt kerana Allah swt itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.
November 20, 2009 7:58 PM

Berikut adalah graf statistik survey yang dimaksudkan.Lihat, tercatat disitu masih ada lagi satu hari lagi untuk survey tersebut yang sepatutnya. Tetapi tuan blog terpaksa keluarkan dengan memberi alasan :
Pertama - Survey tu saya dah buang kerana isu dah selesai.

Saya salin graf berikut tengah hari tadi selepas solat Jumaat.Tetapi dekat jam 8.00 malam tadi ( waktu yang tercatat pada waktu soalan saya diatas itu – 7:51).Tetapi apabila saya ingin melihat perkembangan survey tersebut, saya dapati ianya sudah tiada lagi .Sebab itulah saya bertanya dan saya hairan kenapa tidak dibuat rumusan tentang undian pembaca? Buat apa buat survey jika sekadar pasang dan buang begitu saja?

Klik untuk besar

Biarlah kita adil dan hormati pandangan pengunjung yang telah membantu menjayakan survey tersebut.

Lihatlah tentang persoalan yang kemukakan oleh tuan blog melalui survey yang Pertamanya :

KEMELUT DI KELANTAN : PENYELESAIAN YANG PALING SESUAI :

Dan pada survey yang Keduanya , beliau mengemukakan persoalan:

SIAPA YANG MEMALUKAN TOK GURU?

Lihat pada catatan graf tersebut ada dicatatkan:Days left to vote: 1. Ya, jelas ada mengatakan bahawa masih ada lagi satu hari ; tetapi kenapa katanya isu sudah selesai? Dia tidak sempat-sempat mengeluarkannya tanpa memberi apa-apa ulasan kepada peserta yang telah memberikan kerjasama dalam kajian tersebut.

Tuan Blog tidak menghormati pengunjungnya sendiri.Bila saya tanyakan hal tersebut, dia memberikan lima alasan. Biarlah saya tambahkan alasan yang ke enam baginya yang semua orang boleh dapat mengagak sendiri sebab sebab sebenar dia menarik keluar survey tersebut walaupun sepatutnya masih ada satu hari lagi.


saya perturunkan apa yang ada pada geraf diatas seperti berikut :

Pertama : KEMELUT DI KELANTAN : PENYELESAIAN YANG PALING SESUAI :

  • IR ARIFAHMI BERUNDUR - 101 (44%)
  • SPRM SIASAT HUSAM MUSA, IR ARIFAHMI DAN KICKDEFELLA : 65 (24%)
  • HUSAM MUSA BERUNDUR - 22 (8%)

    Kedua : SIAPA MEMALUKAN TOK GURU :
  • IR ARIFAHMI - 93 (44%)
  • KICKDEFELLA - 64 (30%)
  • HUSAM MUSA - 39 (18%)

    Kita lihatlah sendiri ... saya yakin itulah sebab ke enam yang tuan blog terlupa nak beritahu kita semua!Walau bagaimana pun, kita harus bersetuju survey tersebut bukan dapat menentukan siapa salah dan siapa benar seperti mana tuan blog katakan.Namun cara dia mengeluarkan graf tersebut begitu tergesa-gesa mengecewakan kita semua.

  • LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...