Seekor lembu betina khabarnya telah telah naik gila dan meranduk dan menyondol tidak kira siapa yang berada dihadapannya.Berita terbaru mengatakan lembu gila ini cuba membawa bendera Umno kedalam sebuah surau di Taman Song Choon, Ipoh.Ikuti ceritanya di sini / end
Khamis, Disember 31, 2009
Lembu Betina Gila mengamuk masuk surau
Seekor lembu betina khabarnya telah telah naik gila dan meranduk dan menyondol tidak kira siapa yang berada dihadapannya.Berita terbaru mengatakan lembu gila ini cuba membawa bendera Umno kedalam sebuah surau di Taman Song Choon, Ipoh.Ikuti ceritanya di sini / end
Ganti rugi RM800 juta angkara kerajaan BN – Husam
Menurut sumber, pada prosiding tersebut, Timbermine Sdn. Bhd. diwakili oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan kerajaan negeri diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Khairul Anuar Wahab. [klik sini]
Saya berasa pelik bila baca laporan diatas - Kenapa kerajaan negeri diwakili Peguam Kanan Persekutuan dan tidak oleh Peguam kerajaan negeri sendiri? Sedangkan yang menanggung balanya ialah kerajaan negeri.Lagi pula angkara tersebut adalah angkara kerajaan UBN yang lalu. Kenapa baru kini mahu dipertanggungjawabkan keatas kerajaan yang ada sekarang? Dan pula jumlah ganti rugi merupakan antara yang terbesar dalam kes sivil di negara ini.
Berikut laporan freemalaysiatoday berhubung isu tersebut :
Semalam, hakim Datuk Azman Hussin membuat keputusan berkenaan dalam prosiding berlangsung membabitkan Timbermine Sdn Bhd dan kerajaan negeri. Kes berkenaan difailkan pada 2004.
Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa (gambar) ketika menjelaskan kedudukan sebenar perkara ini berkata, masalah ini berpunca daripada keputusan yang dibuat oleh pemerintahan Umno-BN sejak 35 tahun.
Menurutnya sebagai latar belakang syarikat ini menerima konsesi daripada kerajaan negeri pada 20 Julai 1964 untuk mengusahakan tanah di kawasan hulu Kelantan.
"Kemudian ketika kerajaan Barisan Nasional memerintah Kelantan, mereka membatalkan perjanjian tersebut pada 18 Mac 1975," katanya pada sidang akhbar di Kota Bharu hari ini.
Menurutnya, ekoran pembatalan itu, syarikat berkenaan telah menghantar surat melalui peguam mengemukakan saman mencabar keputusan kerajaan negeri BN itu.
"Untuk itu kerajaan negeri telah menubuh satu jawatankuasa berunding dalam tempoh tiga bulan selepas surat itu diterima yang dipengerusikan Menteri Penerangan dan Tugas-Tugas Khas ketika itu, Tengku Ahmad Rithaudeen," katanya.
Rundingan yang diadakan pada 12 Julai 1975 bersetuju menyelesaikan masalah berkenaan dengan membayar ganti rugi sebanyak RM3.5 juta.
Husam berkata, selepas itu persetujuan dicapai untuk menubuhkan satu anak syarikat baru di mana kerajaan negeri mempunyai saham sebanyak 70 peratus dan Timbermine 30 peratus untuk meneruskan pembalakan.
"Hasil daripada persetujuan itu, menteri besar menulis surat kepada syarikat berkenaan dan urusan di antara kerajaan negeri BN dan syarikat berkenaan berlanjutan dari 1982 hingga 1989.
Bagaimanapun, selepas kerajaan negeri bertukar tangan, syarikat itu sekali lagi menghantar tuntutan mereka.
"Kerajaan negeri ketika itu berpendapat isu tersebut sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan negeri sebelumnya, bukan kerajaan sekarang," katanya.
Sementara itu, keputusan mahkamah tinggi Kota Bharu itu mencatat sejarah tersendiri kerana jumlah ganti rugi itu adalah yang terbesar dalam kes sivil di negara ini.
“Biar pun mereka menang kes tersebut semalam, kerajaan bersetuju untuk membuat rayuan bagi mendapatkan keputusan di sebaliknya.
“Sepatutnya isu tersebut diselesaikan kerajaan negeri ketika itu (BN) memandangkan mereka telah membatalkan konsesi yang ditandatangani,” katanya
Husam berkata, rayuan tersebut akan dibuat menerusi seorang peguam kanan.
Jumlah ganti rugi itu termasuk RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat dalam kawasan pembalakan seluas 112,000 hektar, ganti rugi khas RM13.6 juta, bayaran gaji pekerja yang diberhentikan (RM1.74 juta), faedah lapan peratus sejak 2004 berjumlah RM240 juta dan kos sebanyak RM200,000./ end
Said Zahari: Tunku tidak berniat selesai dengan Chin Peng
Oleh: Lim Hong Siang - Merdeka Review Bagaimana "seandainya" apa yang tercapai dalam Perjanjian Damai Haadyai antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989, disempurnakan 34 tahun lebih awal, iaitu dalam Rundingan Baling pada tahun 1955?
Sememangnya, adalah terlalu lewat untuk membuat sebarang "andaian" dalam sejarah. Apa yang berlaku telah berlaku dan berlalu. Namun, sejarah tidak harus tinggal hanya sebagai "bahasa" pemenang, atau pemegang kuasa, seandainya sejarah itu ditelaah untuk mengambil iktibar daripadanya.
Selama ini, Chin Peng selaku Setiausaha Agung PKM memikul beban sejarah ini secara bersendirian, atas tuduhan "enggan menamatkan perjuangan bersenjatanya". Untuk mereka yang membaca memoir Chin Peng, My Side of History, sikap provokasi Ketua Menteri Singapura pada ketika itu, David Marshall dalam Rundingan Baling, mungkin berperanan menggagalkan rundingan tersebut.Namun, sebagai wartawan yang membuat liputan di tempat kejadian Rundingan Baling pada usia 27 tahun ketika itu, Said Zahari menganjurkan perspektif tersendirinya untuk menafsir peristiwa sejarah ini. Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu ini mendedahkan pengalaman yang terpendam dalam ingatan beliau di memoir dirinya, Meniti Lautan Bergelora.
"I never wanted it to be a success," Tunku
Dalam bab ke-44, Said Zahari mencatatkan pengalaman dirinya ketika membuat liputan di Baling sebagai wartawan Utusan Melayu. Beliau yang cuba mendapatkan berita esklusif pada ketika itu, dibenarkan untuk mengajukan satu soalan kepada Tunku Abdul Rahman, sebelum sidang akhbar bermula.
Satu-satunya soalan tersebut berbunyi, "Adakah Tunku menyesal dengan kegagalan rundingan ini?" Tanpa diduga, Said Zahari dibalas dengan jawapan, "No, I am not. I never wanted it to be a success." (Tidak, saya tidak (menyesal). Saya tidak pernah mahukan ia berjaya.)"
Jawapan ringkas dari Tunku ini bagaimanapun tidak disiarkan, atas "nasihat" Syed Jaafar Albar, anggota Penerangan UMNO yang ketika itu berada di sisi Tunku.
Dalam wawancara bersama MerdekaReview kelmarin, Said Zahari kekal dengan pendirian beliau, bahawa Tunku tidak berniat untuk menyelesaikan perkara ini dengan Chin Peng, kerana untuk Tunku, soal Chin Peng adalah masalah yang perlu diselesaikan oleh British, dan bukannya kerajaan Tanah Malaya.
"Chin Peng mahu tamatkan peperangan di situ"
"Padahal Chin Peng mahu tamatkan peperangan di situ," kata Said Zahari, "Apa yang terdapat dalam perjanjian 1989 sebenarnya could have been achieved in 1955. (Rundingan Baling?) Yes! The same thing, tapi Tunku tak mahu..sebab tu dia kata, 'memang aku tak mahu selesaikan'. This is the proof (Ini buktinya)."
Namun, apa yang bermain dalam otak Tunku, seandainya beliau ingin bertemu dengan Chin Peng, tetapi enggan menyelesaikan masalah dengan pemimpin komunis ini? Tokoh wartawan ini menganalisa Rundingan Baling dari perspektif percaturan politik, yang memenangkan kedua-dua pihak Tunku Abdul Rahman dan Chin Peng.
"Tunku mahu membuktikan bahawa Chin Peng terpaksa berjumpa dengan saya, Tunku Abdul Rahman (gambar kanan) pada waktu itu, bukan British. Dan Chin Peng mahu membuktikan Tunku Abdul Rahman sanggup berjumpa dengannya walaupun dia ketua PKM," jelasnya."Jadi itu, you win one, i win one-lah (Kamu menang satu, saya menang satu)." Said Zahari menyimpulkan politik "saling guna-mempergunakan" antara kedua-dua orang tokoh ini.
Wartawan menyusul dengan soalan "apa manfaatnya pertemuan ini kepada pihak Tunku, jikalau bukan untuk menyelesaikan masalah ini dengan Chin Peng?"
"Publisiti," Said Zahari menjelaskan selanjutnya, "Sebab dia (Tunku) pemimpin yang bukan sahaja diterima rakyat, tetapi juga pemimpin yang diterima oleh Chin Peng. Chin Peng sendiri cakap dalam perundingan itu, 'saya jumpa dengan Tunku sebab saya akui Tunku adalah pemimpin yang dipilih oleh rakyat. That is good enough.(Itu sudah memadai.)"
Pertemuan tidak direstui British
Tetapi, bukankah Tunku akan mencipta sejarah yang lebih besar, seandainya berjaya menyelesaikan masalah dengan Chin Peng?
"Sebenarnya, Tunku Abdul Rahman punya pertemuan dengan Chin Peng tidak direstui oleh British pada waktu itu, tahun 1955. British memang tidak mahu Tunku jumpa Chin Peng. Sebab British takut, (dengan) menemui Chin Peng, Tunku mengakui wujudnya PKM. Dan pada Tunku, menemui Chin Peng bererti Chin Peng mesti berunding dengan Tunku, bukannya British," ulasnya.

"Tunku menggunakan Chin Peng, untuk tunjuk kat (kepada) British, I dare to meet Chin Peng. British tak berani kasik (bagi) Tunku jumpa Chin Peng. Dia takut Chin Peng politik lebih, lebih hebat, lebih manipulative... sedangkan Tunku seorang gentleman, dan politiknya lebih konservatif," kata Said Zahari.
Malah, Said Zahari mempercayai bahawa British sebenarnya mengenakan syarat untuk pertemuan antara Tunku dengan Chin Peng. "Sebab British sudah warning, ini walaupun tak ada bukti tapi saya percaya, (British berkata kepada Tunku) 'you cannot solve the problem, you don't make any agreement with Chin Peng!"
Seandai situasinya begitu, mengapa pula British gagal menghalang pertemuan antara Tunku dengan Chin Peng?
Kembali kepada percaturan politik Tunku, Said Zahari menganalisa, "Pada Tunku, penyelesaian dengan Chin Peng seharusnya British punya isu. Dia (Tunku) sedang memperjuangkan kemerdekaan. Dia menggunakan Chin Peng. (Tunku mungkin menyampaikan mesej kepada British) I can cooperate with Chin Peng. We can fight you if you don't give me."
Tunku or Chin Peng?
"Saya percaya Tunku mesti berkata sedemikian dengan British di London. You want me or you want Chin Peng, or you want Chin Peng and me?" kata Said Zahari.
Beliau meneruskan analisanya, "You give to me or you give it to Chin Peng. It is up to you. But if you give it to me, then you selamat sikit. I think on this ground alone, British terpaksa (memberi kemerdekaan kepada Tunku)."
Pengamatan bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu ini merumuskan, walaupun kemerdekaan tercapai seolah-olah perjuangan daripada pihak Tunku, tetapi tekanan sebenarnya datang dari pihak PKM.
"Disebabkan perjuangan bersenjata?" Soalan wartawan dibalas dengan tangkas dan tegas, "Yes!" sebelum Pak Said (gambar kiri) meneruskan, "Bristish can't afford to meneruskan perjuangan itu, too costly."
Demikianlah pengamatan dan analisa dari kaca mata seorang tokoh wartawan, Said Zahari mengenai sejarah kemerdekaan tanahair dan perjuangan PKM. Maka jelaslah mengapa bekas Ketua Pengarang ini mengeluarkan kenyataan bahawa Chin Peng adalah bumiputera Malaya, dan menyaran agar "perikemanusiaan" harus mengambil kira pihak PKM yang turut menyumbang dalam perjuangan kemerdekaan. (Bahagian ketiga, tamat)
Bahagian pertama: Said Zahari: Chin Peng bumiputera Malaya
Bahagian kedua: Said Zahari: Perikemanusiaan harus ambil kira PKM / end.
Rabu, Disember 30, 2009
Husam sedia bersemuka keluarga Nik Aziz
Oleh Mohd Zuharman themalaysianinsider KOTA BARU, Dis 30 — Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata beliau bersedia untuk bersemuka dengan keluarga Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran dakwaan beliau cuba melaga-lagakan pemimpin-pemimpin PAS.
Husam (gambar) juga dituduh sebagai antara mereka yang memberikan nasihat yang salah kepada Nik Aziz sehingga menyebabkan tercetusnya masalah dalaman parti itu dan kerajaan negeri Kelantan sejak kebelakangan ini.
"Saya sedia bersemuka dengan keluarga Tok Guru,” kata beliau ketika ditemui selepas mesyuarat mingguan kerajaan negeri hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung tulisan Nik Amalina Nik Abdul Aziz dalam blognya bahawa seorang Exco Kerajaan Negeri wajar meletakkan jawatan.
Nik Amalina merupakan isteri Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) yang telah dinasihatkan oleh Nik Aziz agar berundur dan akan berbuat demikian Mac ini.
Difahamkan tulisan Nik Amalina tersebut merujuk kepada Husam.
Sebelum tulisan Nik Amalina, Husam juga dikatakan menjadi 'kritikan' tulisan seorang lagi anak Nik Aziz, Nik Abduh.
Kedua-dua mereka mendakwa Nik Aziz kini terpaksa berhadapan dengan isu semasa seorang diri tanpa pembelaan pemimpin PAS negeri dan pusat.
Husam berkata, dalam konteks Islam yang pertama "kita boleh bersemuka dengan mana-mana anggota, ahli termasuk keluarga bagi mencari titik pertemuan daripada segala permasalahan yang timbul."
“Saya kira anggota keluarga Tok Guru bersedia. Jadi, tak payahlah surat khabar atau orang luar nak campur atau api-apikan pula,” kata ahli jawatankuasa pusat PAS ini.
Menjawab dakwaan kononnya akan meletakkan jawatan, Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan memberitahu, itu hanya khabar angin semata-mata.
“Hari itu surat khabar dah sebut saya nak letak jawatan. Saya dah hantar surat tuntutan saman terhadap akhbar terbabit. Sekarang ni timbul lagi?
“Sekarang ini kita sedang focus kepada perundingan petroleum, jadi tidak ada sebab saya hendak berhenti,” jelasnya.
Husam diamanahkan untuk mengetuai jawatankuasa berkaitan isu pertikaian royalti minyak untuk negeri itu.
Beliau menyifatkan kadang-kadang media suka mengeksploitasi satu-satu kenyataan dengan menokok tambah atau mengurangkan kenyataan sebenar.
“Kita tak buat pun tanda soal, dia (akhbar) cuba masukkan... kita tak masuk pun tanda seruan... ia pula tolong buatkan,” kata beliau dengan nada sinis memberitahu, selepas selesai isu tuntutan royalti nanti akhbar boleh membuat khabar angin "Husam nak berhenti" lagi.
Malah semalam Nik Aziz menamatkan spekulasi kononnya Husam akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran Pejabat Menteri Besar.
Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan semua orang.
"Mana boleh dia (Husam) letak jawatan... kita semua sayang pada dia, dia punya kebijaksanaan," kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan./ end
Apa peliknya mereka letak jawatan?
Betullah! Bahawa jawatan itu adalah jawatan politik dan boleh diganti bila-bila masa dengan orang lain apabila sampai tempohnya dan ianya adalah jelas menjadi hak TGNA untuk menentukannya. Itu prosedur biasa! Apa peliknya?
Ada, jangan kata tidak ada peliknya.Baca seterusnya :
Kata Nik Aziz, setiausaha politik Anual Bakhri Haron dan setiausaha akhbar Mohd Saiba Yaakub memutuskan tidak mahu kontrak mereka diperbaharui.
“Mereka tidak diminta letak jawatan, mereka sendiri yang meminta mahu meletakkan jawatan,” kata Nik Aziz yang merupakan Pesuruhjaya PAS Kelantan.
"Saya boleh mengesahkan Annual Bakhri sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatannya dan saya baru menerima pagi ini, begitu juga dengan Saiba," katanya.
Tetapi kalau benar Annual sendiri yang mahu letak jawatan, kenyataan berikut yang turut dilaporkan kelihatan agak janggal :
Annual dalam pesanan mesej ringkasnya sekadar berkata, "beliau mengundur diri dalam keadaan yang sukar." [klik sini] Juga lihat laporan di sini“Biar dulu, saya sendiri belum ada (terima) hitam putih perkara itu. Saya cuma dengar perkara itu akan dibincang dalam mesyuarat Dewan Harian petang ini.
“Jadi, apa pun biar dulu. Saya tak mahu mendahului sebarang keputusan dan kenyataan.
“Sesuatu perkara itu segalanya mungkin. Untuk lebih spesifik dan saintifik lebih baik tunggu sehingga ianya ada hitam putih,” katanya.
Saya sekadar melihat laporan berita dan laporan berita bukan 100% betul dan saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena…bukan 100% tidak kena...Fikir-fikirkanlah./ end
Tidak dibenarkan masuk San Francisco : Zambry pengganas antara bangsa?
Benarkah perkara ini berlaku pada 9 Disember lalu? Kenapa senyap sepi tidak beri tahu sesiapa pun bila pulang ke negeri? Malu? sebab itulah dia nak sorok-sorok berita yang memalukan ini!Ikut ceritanya pihak imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco menahan Zambry dari memasuki negara itu apabila nama beliau tersenarai dalam pangkalan data pengganas!Kalau tidak benar, SUK kena tolong nafikan.
Mungkinkah gara-gara mengganas dalam episod merampas negeri Perak daripada Pakatan Rakyat, maka nama Zambry telah tersenarai sebagai Pengganas Internasional? Lihat beritanya di sini / end
Calon luar: TGNA kata OK!
Oleh Mohd Zuharman - Malaysianinsider
Beberapa pemimpin luar Kelantan yang kini menjadi Ahli Parlimen di Kelantan : Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa (Negeri Sembilan)yang bertanding di Bachok, Naib Presiden Salahuddin Ayub (Johor)bertanding diKubang Kerian, dan Bendahari Dr Hatta Ramli (Perak) mewakili Kuala Krai kini tentu berasa lega apabila keluar laporan berikut :
KOTA BARU, Dis 29 — Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohammad Daud Iraqi menafikan yang beliau pernah membuat kenyataan agar PAS negeri itu hanya memberi keutamaan kepada calon tempatan pada pilihan raya umum akan datang.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nilk Mat pula berkata beliau akan meneruskan tradisi yang telah diamalkan sekian lama.
“Saya tidak pernah buat kenyataan surat khabar tentang itu. Tapi pelik tiba-tiba keluar dalam surat khabar.
“Sebab itu saya kata tumbuh tak berdahan,” kata Mohammad Daud pada sidang media di kediaman Menteri Besar di JKR 10 petang tadi.
Sehubungan itu beliau meminta akhbar bertanggungjawab membuat pembetulan supaya ia tidak terus dibicarakan.
Kata Mohammad Daud, beliau juga tidak pernah dihubungi oleh mana-mana wakil media sebelum berita tersebut disiarkan.
“Saya amat kecewa dengan wartawan yang bersikap begini. Ini satu pekerjaan yang tidak bertanggungjawab.
“Jadi wartawan atau penulis mesti beramanah,” katanya.
Baru-baru ini kenyataan Ketua Dewan Ulama itu mendapat liputan meluas akhbar tempatan sekali gus mendorong Nik Aziz, Mursyidul Am PAS, turut mengulas kenyataan tersebut akan dikaji.
Pemimpin kanan PAS, yang bukan anak Kelantan, tetapi menang di negeri itu termasuklah timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa (Bachok), naib presiden Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan bendahari agung Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).
Sementara itu Nik Aziz berkata, “saya hormat pada kenyataan itu kerana disangka benar.”
“Rupa-rupanya kenyataan palsu, bohong,” katanya.
“Saya ulang sekali lagi bahawa betul-betul kerana hormat pada Datuk Ketua Dewan Ulama PAS negeri.
“Sebab itu dalam ulasan saya mengenainya saya ambil jalan tengah, tolak tidak, terima tidak,” katanya.
Bagaimanapun tegas Nik Aziz pada asasnya beliau lebih suka meneruskan tradisi sebelumnya tanpa mengira calon luar atau tempatan.
“Luar negeri, tidak luar negeri, itu bukan prinsip Islam,” katanya yang akan meneruskan tradisi pemilihan calon sebagaimana mekanisme yang telah ditetapkan sebelum ini.
Sumber : Malaysianinsider/ end
Selasa, Disember 29, 2009
Umno Terkejut Beruk : Cina jadi MB ?
Orang Umno terkejut beruk pasal apa ? Apabila membaca kenyataan TGNA di Utusan Melayu :Kerajaan Pas Kelantan sedia meminda Undang-undang Tubuh Negeri bagi memberi peluang kepada orang bukan Melayu yang beragama Islam menjadi Menteri Besar.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah itu selaras dengan dasar Islam yang tidak memandang bangsa dalam memilih pemimpin sebaliknya mengutamakan kelayakan dan akhlak seseorang.
Mengapa nak hairankan? Umno sendiri telah melantik anak seorang pendatang India dari Kerala yang berkahwin dengan wanita Melayu tempatan, yang bernama Mahathir s/o Iskandar Kutty menjadi PM selama dua dekad yang lalu... terkejut konon! / end
Laporan pakar sahkan Teoh dibunuh
Tentu kita semua juga ingat tentang ‘Surat Misteri’ dimana penulis surat misteri tersebut turut menyatakan bahawa besar kemungkinan kematian TBH adalah disebabkan Timbalan Pengarah (TP) tersebut dengan menyatakan beberapa butiran yang perlu disiasat lebih rapi lagi seperti isu DNA lelaki misteri. [klik sini]
Berita di sini melaporkan :
Teka-teki kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock akhirnya terjawab apabila laporan kedua pakar patologi terkemuka, Pornthip Rojanasunand dari Thailand membuktikan kesasihan ujian forensik itu yang mensabitkan mendiang mati dibunuh Julai lalu.
Menurut sumber-sumber kementerian kesihatan Pornthip membuat rumusan itu setelah hadir sama pada bedah siasatan kedua mendiang Teoh pada 22 Novermber lalu di Hospital Sungai Buloh.
Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suara Keaadilan, sumber berkenaan juga mendakwa, Pornthip sudah menyerahkan laporan kepada pihak-pihak berkenaan, termasuk keluarga Teoh dan kerajaan negeri Selangor yang meminta bantuan kepakarannya selepas terdapat keraguan yang melampau terhadap kesan yang ada pada mayat mendiang.
Inkues kematian Teoh ini akan disambung pada 7 Januari 2010 selepas dua kali ditangguh.
Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Teoh mati dibunuh dan bukan membunuh diri atau pun menjadi mangsa kemalangan.
Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, di mana pejabat SPRM Selangor terletak, pada 16 Julai lalu selepas disoalsiasat sepanjang malam hingga ke Subuh oleh SPRM.
Mendiang disiasat berkenaan tuntutan RM3,000 kerana pembelian bendera sempena menyambut kemerdekaan negara
Memetik laporan-laporan terdahulu, tindakan SPRM itu adalah sebahagian daripada komplot atau konspirasi Umno-BN yang mahu menjatuhkan kerajaan PR di Selangor dengan membabitkan pemimpin-pemimpin PR di negeri itu.Tujuh lagi kes membabitkan exco dan pegawai mereka, kebanyakannya dari DAP juga sedang disiasat SPRM.
Namun pelbagai laporan yang dibuat kepada suruhanjaya itu, yang membabitkan pemimpin Umno-BN, termasuk mantan Menteri Besar Khir Toyo yang didakwa memiliki rumah ala-Bali bernilai lebih RM20 juta, menjadi ’sunyi’ dan ’sepi’ dalam peti simpanan SPRM.
Teoh mati pada hari yang sama beliau sepatutnya berkahwin dengan tunangnya yang mengandung tiga bulan.
Dalam keterangan pertama Pornthip di hadapan koroner, Azmil Muntapha Abas Oktober lalu, pakar forensik Thailand itu yakin 80 peratus kematian Teoh kerana dibunuh.
Beliau membuat rumusan itu berdasarkan gambar menunjukkan tanda bulatan merah pada tengkuk mendiang yang menjadi petunjuk Teoh dicekik. Kesan jari juga dilihat pada tengkuk mangsa.
Pornthip juga menyatakan dengan tegas, Teoh juga didera kerana ada kesan luka pada dubur mangsa akibat tusukan objek keras.
Di samping itu, tegas Pornthip tiada tanda-tanda akibat jatuh pada tengkorak kepala Teoh, sebaliknya lebih mirip kepada dipukul dengan kuat.
Selain Pornthip, autopsi kedua itu juga disaksikan oleh pakar patologi, Prof Dr Peter Vanezis dari Pusat Sains Forensik Cameron, United Kingdom bagi pihak SPRM, serta Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar.
Autopsi dilakukan oleh Ketua Jabatan Patologi dan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor. / end
Korban Konspirator!!
Spekulasi penamatan perkhidmatan 2 pegawai kanan Pejabat MB seperti dilaporkan Malaysia Insider mengundang 1001 persoalan.Nampak ‘kucah’ di sekitar TGNA semakin rumit.Tindakan drastik TGNA menangani isu terkini menunjukkan kemelut dalam kerajaan dan parti semakin memuncak.
Apakah keputusan menoktah perkhidmatan pegawai tersebut kerana kenaikan pangkat atau pertukaran biasa? Mungkin juga kerana agenda seseorang yang mengidam kerusi tersebut selama ini.
Kita sedia maklum bahawa ramai pemimpin parti berkemampuan untuk mengisi jawatan tersebut.Bukan seorang dua malah ratusan yang layak dipilih.Macam isu pengganti CEO PMBK, ribuan yang boleh dipilih.Soalnya adilkah tindakan TGNA terhadap penyandang jawatan? Apakah kerana salahlaku @ salahlapor?
Memang diakui kuasa mutlak TGNA melantik @ memecat sesiapapun.Kalau asyik guna kuasa veto dimana letaknya prinsip berjamaah? Di mana mandat Dewan Harian Parti.Apakah carta organisasi parti sekadar hiasan ? Praktikalnya jawatan tersebut lantikan politik tentunya perlukan pertimbangan politik untuk menanganinya.
Persoalan pegawai tersebut ‘proksi’ si anu tidak berbangkit.Realitinya penamatan kontrak seseorang secara drastik mengundang seribu persoalan.Rupanya tempoh perkhidmatan yang lama dan efektif tidak menjamin ‘survival’ di sisi TGNA. Hubungan yang rapat tanpa pertalian darah bukan pengecualian dari ketegasan luarbiasa TGNA.
Rakyat semakin hairan dengan tindak tanduk TGNA.Indeks KeTEGASan TGNA melonjak 120 % bila berhadapan dengan kes biasa.Namun bila terpalit dengan isu keluarga TGNA bersikap layu dan mula menyalahkan ‘third party’.
Bila berdepan kemelut ‘menantu’ di PMBK, tindakan TGNA mula goyah dan tidak konsisten. Akhirnya jadilah ‘rambut putus2 dalam tepung basi’.Bukan lagi teori ‘tarik rambut dalam tepung’.
Tindakan drastik menggantikan kedua2 pegawai sekaligus mengundang tandatanya??? Ianya tentu mengundang fitnah yang tidak berkesudahan.Bijakkah TGNA jika ‘perisai’ fitnah selama ini ditolak ketepi?
Sungguh pelik tindakan TGNA . Arahan ini perlu diteliti dengan cermat jika ianya lahir dari pemikiran TGNA.Agak sukat diterima TGNA bersendirian membuat keputusan yang agak besar tanpa dipengaruhi sesiapa.’Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin’.
Penghujung karier TGNA nampak semakin tidak konsisten dalam membuat keputusan parti dan kerajaan.Banyak persetujuan mesyuarat di pejabat berubah 360’ keesokan harinya. 'Stand’ TGNA makin dipertikai terutama bila keputusan bersama diketepikan tanpa sebab.
Semacam ada tangan2 ghaib pengaruhi TGNA kebelakangan ini.Tindakan ini makin selari dengan ‘PENASIHAT SESAT’ seperti olahan blog calon Ketua Pemuda yang tewas. Jangan pula ia bermula dari ’MEJA BULAT’ seperti blog isteri bekas CEO sebuah GLC. Amat malang kalau khilaf TGNA dapat dihidu rakyat terbanyak yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa.
Kebijaksanaan TGNA disanjung selama ini oleh seluruh rakyat Malaysia.Kami tidak rela ‘bisa’ TGNA semakin hilang kerana dua tiga kerat manusia terdesak.Bahana dendam tanpa disedari seperti api dalam sekam.
Kemana perginya saf kepimpinan parti? Pemuda? Muslimat ? Dewan Ulama? Apa tindakan BBC dalam isu ini? Patutnya BBC perlu ke depan membela pintu kota yang memagari 19 tahun pemerintahan TGNA dan PAS Kelantan.Jangan dibiarkan benteng kekuatan TGNA dirempuh oleh agenda parti lawan yang menyusup dari dalam.
Semoga amalan TGNA beristikharah dahulu sebelum membuat keputusan sentiasa diamalkan .Kami yakin tindakan yang dimulai dengan Bismillah sentiasa diberkatiNya dan dijauhkan dari angkara manusia pendendam.
Hingga saat ini saya masih percaya bahawa spekulasi penamatan ini hanya teori spekulator yang tidak akan berlaku.Jutaan maaf dari TGNA andai bicara saya ini melukakan insan yang disanjungi selama ini.
Sekian.cilipadi007.blogspot.com / end
Said Zahari:Chin Peng bumiputera Malaya
Oleh : Lim Hong Siang , Merdeka Review.
"Chin Peng lahir di bumi Malaya. Dia lahir di satu tempat, namanya Setiawan. Setiawan ini adalah sebahagian daripada bumi Malaya. Kalau dia lahir di bumi Malaya, maka dia adalah bumiputera Malaya..."
Demikianlah hujah yang dianggap paling kukuh untuk mengulas isu kepulangan Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) ke tanahair Malaysia, dari mulut bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Said Zahari (gambar atas kiri).
Untuk tokoh kewartawanan ini, tidak timbul soal sama ada Chin Peng boleh balik atau tidak. "(adalah) Hak Chin Peng untuk balik. Bukan (soal) dia boleh atau tidak. Dari segi undang-undang, tak ada seorang yang boleh mengatakan Chin Peng tak ada hak (untuk) balik (ke tanahair). Tanahair Chin Peng bukan China, bukan Taiwan, bukan Hong Kong. But it is in Setiawan," tegas Said Zahari.
"Bumiputera?" tanya wartawan MerdekaReview untuk mendapatkan kepastian. Dengan lantas dan lantang, Said Zahari membalas, "Ya! Undang-undang dunia mana sekali pun, di mana awak lahir, di situlah tanahair."
Said Zahari mengibaratkan bahawa seandainya diri beliau dilahirkan di Kuala Lumpur misalnya, dan Chin Peng pula dilahirkan di Setiawan, "...kedua-duanya di tanah Melaya. Saya bumiputera tanah bumi ini. Mengapa mahu buat Chin Peng bukan bumiputera? Kalau datuknya bukan bumiputera saya setuju...tapi...(tidak bersetuju dalam kes Chin Peng)."
Malah, Said Zahari yang lebih dikenali sebagai Pak Said ini sambil berseloroh menambah, "Yang penting, kalau mereka (yang menentang kepulangan Chin Peng) dapat buktikan Chin Peng bukan lahir di Setiawan, dia lahir di Tiananmen, itu cerita lain."
Tandatangan Chin Peng diterima
Said Zahari memperkukuhkan hujahnya untuk menolak alasan bahawa Chin Peng (gambar kanan) tidak memiliki dokumen kelahiran untuk membuktikan dirinya warga negara Malaysia, dengan mendakwa bahawa kesediaan kerajaan untuk berunding dengan Chin Peng, dalam kedua-dua Rundingan Baling dan Perjanjian Damai Haadyai, jelas menunjukkan bahawa kedudukan Chin Peng telah diiktiraf."Apabila kerajaan Malaya, mengakui mahu berunding dengan Chin Peng, Rashid Maidin dan Chen Tian (pada) tahun 1955, saya ada di situ. Itu sudah menunjukkan kita mengakui bahawa mereka ini rakyat Malaya yang memperjuangkan sesuatu. Tambah pula, Perjanjian Pendamaian Haadyai tahun 1989, itu bukti yang lebih besar," katanya.
Beliau mempersoalkan, "Apa lagi yang kamu (mereka yang menentang kepulangan Chin Peng) mahu? Kalau kamu sudah boleh terima Chin Peng punya signature (tandatangan) sebagai satu perjanjian yang membawa kepada pendamaian antara rakyat di Malaya, apa bukti yang you mahu? Apakah you masih insist dia bukan rakyat jelata? Kita sudah zalim..."
Said Zahari menjelaskan "hak" Chin Peng (gambar kanan) yang dimaksudkannya termaktud dalam Perlembagaan Persekutuan secara amnya, dan Perjanjian Damai Haadyai secara khususnya. Perjanjian Damai Haadyai yang dimeterai antara pihak PKM, kerajaan Malaysia dengan kerajaan Thai membenarkan anggota PKM untuk kembali ke Malaysia selepas pasukan bersenjata PKM dibubarkan.
Walau bagaimanapun, hasrat Chin Peng untuk kembali ke tanahairnya tidak kesampaian apabila kedua-dua orang Perdana Menteri, Najib Abdul Razak dan Timbalannya, Muhyiddin Yassin telah menolak permintaan Chin Peng tersebut secara terbuka. Isu ini bertambah hangat apabila sesetengah bekas perajurit turut mendesak agar pemimpin komunis ini tidak dibenarkan menjejak kaki ke Malaysia.
Pada tahun 1955, Said Zahari yang berusia 27 tahun ketika itu, berada di Baling sebagai salah seorang wartawan yang membuat liputan untuk rundingan bersejarah antara PKM dengan Tunku Abdul Rahman, yang menyandang jawatan PM pertama kemudiannya.
Bekas Ketua Pengarang yang pernah memimpin permogokan menentang pengambil alihan Utusan Melayu oleh UMNO pada tahun 1961, juga adalah mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 17 tahun. Beliau kini berusia 81 tahun, menerima wawancara MerdekaReview untuk berkongsi pandangan beliau dalam isu kepulangan Chin Peng./ end
Isnin, Disember 28, 2009
Salahuddin Ayub : Pemimpin Umno dan BN perilaku perompak dan penyamun
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Tan Sri Aziz bermuafakat memberi jawapan bahawa 'Kelantan tidak ada hak untuk mendapatkan royalti lima peratus'."Kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan yang pekak badak sama ada Perdana Menteri yang memberikan jawapan kepada soalan saya dalam Parlimen serta jawapan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Tan Sri Aziz; kedua-duanya bersepakat, setelah segala perbahasan dan perdebatan berlangsung berjam-jam lamanya dalam Parlimen, akhirnya jawapan yang diberikan 'Kelantan tidak ada hak untuk mendapatkan royalti lima peratus'.
"Itu jawapan mereka, sebagaimana yang tercatat dengan jelas di dalam Penyata Rasmi Parlimen (Hansard Parlimen).
"Segala ruang, segala peraturan, segala medan dan segala platform yang diwujudkan atas nama demokrasi dalam negara kita, kita telah gunakan semaksima mungkin untuk memperjuangkan hak kita ini," kata Salahuddin pada satu majlis ceramah dekat sini baru-baru ini.
Salahuddin menegaskan, kemunculannya pada platform ceramah siri 'roadshow' ke seluruh negara tidak bercakap dengan hanya menggunakan fakta yang boleh dipertikai dan diperlekehkan. Apa yang diperjuangkan rakyat Kelantan itu adalah merupakan hak mereka, yang dijamin oleh Perlembagaan negara.
"Rakyat Kelantan sebahagian daripada rakyat dalam negara ini, sebagaimana setiap inci tanah Kelantan ini merupakan sebahagian daripada sebuah negara Malaysia. Perkara ini perlu dijelaskan dengan lebih kerap dan serius untuk menyedarkan semula rakyat di negara ini.
"Ini kerana mutakhir ini sikap, perbuatan dan perilaku pemimpin Umno dan BN telah sampai pada peringkat seperti perompak dan penyamun. Mereka dengan sewenang-wenangnya cuba untuk mengelirukan dan mereka sengaja berbuat demikian hanya di atas sifat kebuasan nafsu serakah mereka, tidak lagi menghormati perundangan negara yang termaktub dengan jelas.
"Mereka tidak lagi menghormati Rukunegara yang diajar kepada rakyat dan anak-anak yang menuntut di bangku sekolah. Antaranya, 'Kedaulatan Undang-Undang' dan 'Keluhuran Perlembagaan'," katanya.
Oleh itu, kata Salahuddin, hak rakyat Kelantan untuk mendapatkan pembayaran royalti lima peratus itu adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan. Hak yang sepatutnya dihormati oleh sesiapa saja yang diberi mandat oleh rakyat mengurus tadbir negara ini.
"Negara yang bernama 'Malaysia' tidak mungkin wujud, dan tidak mungkin terjadi pada 16 September 1963 tanpa persetujuan daripada negeri-negeri yang terdapat di dalam Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu dan persetujuan rakyat di Sabah dan Sarawak melalui suatu referendum yang diadakan di mana rakyat di Sabah dan Sarawak bersedia untuk merelakan neger-negeri mereka bercantum dalam sebuah negara yang bernama 'Malaysia'.
"Kita perlu mengingatkan perkara ini yang mungkin Najib Tun Razak - mungkin atau sengaja - melupakan fakta penting ini yang berkemungkinan pemikiran beliau tidak lagi waras dan sempurna mungkin, akibat dikejar oleh 'hantu Altantuya'.
"Kita tidak akan berganjak walau seinci pun untuk terus memperjuangkan, yang insya Allah pada akhirnya nanti mudah-mudahan apa yang menjadi matlamat dan menjadi doa kita semua ialah agar rakyat negeri Kelantan mendapat hak lima peratus pembayaran royalti petroleum ini daripada pihak Petronas.
"Inilah yang didoakan oleh Tok Guru kita di mana akhirnya setelah berlangsung segala perdebatan, perbahasan, perbincangan sama ada (secara) 'G to G' - wakil Kerajaan Negeri, Jawatankuasa Kewangan Negeri yang setiap bulan mengadakan mesyuarat kewangan di Putrajaya, memakan masa lima tahun lamanya sejak 2004.
"Setelah segala prosidur, segala peraturan, segala ruang dan segala waktu telah kita gunakan dengan cara yang cukup diplomatik; sama ada dalam Parlimen atau di luar Parlimen, (ianya) tidak dihiraukan dan tidak diendahkan oleh Kerajaan BN, maka akhirnya kita hanya ada satu pilihan saja lagi itulah mendoakan agar Kerajaan BN ini dijahanamkan oleh Allah swt," katanya sambil memberitahu kesangupan YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai suatu jawatankuasa yang dibuat di dalam Parlimen, 'kaukaus' - jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Ahli-Ahli Parlimen mengenai pembayaran royalti petroleum.
Salahuddin menegaskan bahawa apa yang diusahakan itu bukan sekadar untuk memperjuangkan hak rakyat negeri Kelantan tetapi penubuhan jawatankuasa itu juga untuk bersama-sama memperjuangkan hak rakan-rakan di Terengganu, Sabah dan Sarawak.
"Bukan sekadar kita mahukan hak ini dikembalikan kepada rakyat negeri Kelantan lima peratus tetapi kita juga memperjuangkan agar negeri-negeri yang mengeluarkan hasil petroleum itu diberikan lebihan iaitu dinaikkan lagi royalti ini bagi negeri-negeri Terengganu, Sabah, Sarawak dan Kelantan kepada paling kurang sebanyak 10 %. Bukan sekadar lima peratus.
"Hasil bumi ini mestilah diserahkan kembali kepada negeri-negeri yang mengeluarkan hasil petroleum dan logam - minyak dan gas," katanya./end.
sumber : Harakahdaily
Projek Umno : Sering berak atas jalan tapi tidak mahu mengaku!
Siapa nak ngaku berak tengah-tengah jalan? Tetapi apasal kumpulan bangang ini tidak pakai topeng muka kalau berasa malu.Ah! Bukan malu jadi alasan.Kalau mereka ada persaan malu, mereka tidak akan buat kelakuan yang bangang macam ini.
Yang ini sorang nampak berani.Upah mesti mahal dari yang lain-lain.Tentu ada sessiapa yang kenal sipa mamat ini.kalau ada kawan-kawan PAS yang boleh mengesahkan mamat ini orang PAS adalah baik ....Orang Umno tidak akan ngaku mamat ini anggota Umno. Depa pun tahu malu, tak macam mamat ini.Umno tidak akan ngaku depa yang berak atas jalan tuu...
Sebenarnya mereka ini tahu bahawa muka mereka tidak ada lambang muka orang PAS. Sebab itu mereka mahu sorok muka hodoh Umno yang terpampang kat muka bahalol mereka! Entah berapa duit depa dapat upah.Yang pegang banting atau poster lebih dari satu juga dapat upat 'sikit lebih'!
Orang tak ramai mana.Lebih kurang 20 orang sahaja .Nampaknya kain rentang dan sepanduk yang lebih banyak daripada orang yang berdemo hinggakan tidak cukup orang nak pegang kain rentang yang terpaksa terbiar atas kaki lima jalan....buat malu! Tentu upahnya murah sangat hinggakan tidak berapa ramai budak-budak yang sanggup ambil upah dalam projek tersebut.Tengoklah : jurufoto dan wartawan/bloggers melebihi bilangan mereka!
Kalau tengok pada ayat-ayat mereka tu , biasa kita tengok ...kalimat seperti Boneka , Melayu...biasalah Umno punya projek ... suka berak tengah jalan! Demo kepala lembu dulu pun Umno tidak mengaku . Sudah berapa kali berak tengah jalan tapi masih tidak mahu mengaku!Catitan : Gambar-gambar saya rembat dari Minag-Jinggo dengan ehsannya! /end
Ahad, Disember 27, 2009
Kerja selepas waktu pejabat - saranan bahalol Mahathir
Dr Mahathir menulis dalam blognya hari ini :1. Seperti mana Majlis Peguam, saya dukacita bahawa Mahkamah Rayuan telah menterbalikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan supaya SPRM menghentikan soalsiasat keatas saspek selepas masa pejabat
2. Kita harus menghormati masa bekerja.Penjenayah seharusnya tidak melakukan jenayah selepas waktu bekerja. Sudah tentu polis juga tidak harus menyiasat jenayah selepas waktu pejabat. Anggota Bomba seharusnya menunggu waktu pejabat dibuka sebelum memadamkan api.
3. Perkara yang sama harus diaplikasikan bagi hujung minggu dan cuti am.Tiada soalsiasat, tiada penyiasatan dan tiada kerja padam api sewaktu masa tidak bekerja.
4. Bagaimana dengan politiks dan ahli politik? Nampaknya tiada aktiviti politik diluar masa bekerja juga.
5. Jika kita ada cuti lebih banyak, maka kadar jenayah akan turun kerana jenayah hanya dilakukan dalam masa waktu bekerja.
Komen al-Husseyn : Begitulah sinisnya mantan PM Mahathir Mohamad keatas keputusan Hakim Mohamad Ariff Md Isa yang telah mengisytiharkan bahawa suruhanjaya tersebut (SPRM) hanya dibenarkan menyoalsiasat saksi mulai jam 8.30 pagi hingga ke 5.30 petang setiap hari.
Apakah Mahathir mahu supaya saspek disoalsiasat selama 24 jam tanpa rehat? Sedangkan pegawai-pegawai yang menyoalsiasat pula bergilir-gilir bertugas.
Sebagaimana yang kita tahu , polis, bomba dan jururawat adalah merupakan petugas yang mempunyai rutin kerja bergilir. Mereka mempunyai sistem bertugas dan cuti rehat yang tersendiri – yakni bercuti bukan dihujung minggu.
Mujurlah Mahathir tidak menyarankan agar polis dan bomba ikut sistem bertugas dan bercuti seperti guru-guru sekolah …. / end
Sabtu, Disember 26, 2009
Pengarah Jaip : Tiada pindaan dibuat keatas senarai J/kuasa Masjid setelah dipekenan oleh Raja Muda
JAIP pun dah tutup kedai hari ini! [ di sini ]
khusairi talib
berkata...
Terima kasih kerana respon kepada soalan saya. Walaupun tidak bercanggah, tetapi kenapakah individu tertentu di JAIP mengeluarkan kenyataan rasmi tanpa izin Pengarah? Dalam blog saya menyebutkan bahawa Dato' Sheikh Mohd Nor Mansur berasa kecewa dengan tindakan individu tersebut dan siasatan akan dibuat pada Isnin ini supaya tindakan boleh diambil. Apa hukumnya dalam Islam perbuatan membelakangkan ketua dalam satu perkara yang dianggap rasmi, ya Ustaz?
Saya menjawab dengan merujuk kepada kata-kata YB Khusairi sendiri :
“Walaupun tidak bercanggah, tetapi kenapakah individu tertentu di JAIP mengeluarkan kenyataan rasmi tanpa izin Pengarah?”
Itulah poin yg utama dan terpenting - "TIDAK BERCANGGAH". Saya tidak mahu komen, itu soal dalaman JAIP dan buat apa saya perlu menyibuk?
=========================================
Amat terang dan jelas apa yang telah ditegaskan oleh Pengarah JAIP, Sheikh Mohamed Nor, bahawa tiada pindaan dibuat keatas senarai J/kuasa Masjid setelah dipekenan oleh Raja Muda.
Sheikh berkata lagi, ''Saya tak terlibat dengan politik. Yang pertama, siapa yang berani mengubah keputusan Raja Muda (Raja Dr. Nazrin Shah). Umur saya pun dah lewat, bukan saya yang akan dipilih (bertanding pilihan raya).
Isu pokoknya ialah tiada pindaan dibuat keatas senarai J/kuasa Masjid setelah dipekenan oleh Raja Muda.Yang keduanya, jangan dipolikan isu tersebut.
Wahai YB Khusairi, kalau anda sendiri telah menyatakan bersetuju bahawa kenyataan di portal rasmi JAIP itu tidak bertentangan dengan kenyataan Pengarah JAIP (di Utusan Melayu) :
''Kalau ada perubahan pun, di peringkat cadangan sebelum pelantikan kerana senarai datang daripada pelbagai pihak. Majlis akan buat keputusan. Saya tegaskan, perubahan selepas keputusan Majlis tidak berlaku," sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Melayu
Maka apa perlunya lagi dibangkitkan persoalan “kenapakah individu tertentu di JAIP mengeluarkan kenyataan rasmi tanpa izin Pengarah?”
Itu merupakan persoalan dan masalah dalaman pentadbiran JAIP.Biarlah Pengarah JAIP sendiri yang mengambil langkah yang sewajarnya. Saya bukan makan gaji dengan JAIP untuk menyibuk hal dalaman JAIP. Saya percaya sebagai seorang yang bergelar 'Yang Berhormat' apa perlunya Khusairi mencemar diri dan kedudukannya menyondol-nyondol JAIP?
Apa yang penting dalam hal ini ialah kenyataan resmi dalam portal JAIP itu tidak bertentangan dengan apa yang berlaku sebenarnya.Tidak kiralah siapa yang menulisnya – asalkan kakitangan JAIP sendiri.
Kenapa Yang Berhormat Slim perlu sibuk-sibuk mahu masuk campur dalam hal pentadbiran JAIP? Kelakuan seperti inilah yang menyebabkan penjawat awam di jabatan-jabatan kerajaan tertekan dan merana mental kerana asakan dan kerenah orang-orang politik macam tuan yang menyalahgunakan kuasa dan kedudukan .
Pengarah JAIP sepatutnya mempertahankan dan perlu bertanggungjawab keatas ‘kenyataan resmi’ portal tersebut kerana tentunya ianya dikendalikan oleh kakitangannya yang telah diberikan kepercayaan. Seperti yang saya katakan sebentar tadi, bahawa kerana adanya orang politik yang suka masuk campur dalam hal pentadbiran jabatan-jabatan kerajaan , rasa tekanan dan siksaan mental menerjah para penjawat awam. Saya percaya, Pengarah JAIP sendiri tidak terkecuali menghadapi hal sedemikian akibat karenah YB Khusairi.
Semua orang tahu, PM Najib sendiri pun suruh orang lain uruskan blognya! Pokok persoalan dalam isu tersebut jelas terjawab : Bahawa dalam isu ‘Senarai nama J/Kuasa Masjid’ seluruh negeri Perak, tiada apa-apa pindaan dibuat selepas senarai tersebut mendapat kelulusan DYTM Raja Muda.Itu pun tidak faham-faham lagi? / end .
Doktor berperangai gila-gila babi pun ada?
Nak tergelak melihatkan gara-gara lahanat lahabau Dr Novandri Hasan Basri yang cuba menangguk di air yang keruh.Dalam tulisannya bertajuk Pemimpin Pas Aniaya Nik Aziz? bertarikh pada 24 Disember , bukan main lagi lahabau ini menyokong tulisan anak TGNA sambil mencemuh pemimpin – pemimpin PAS :
"Rupa-rupanya pemimpin-pemimpin Pas tidak boleh diharapkan. Dari mata kasar, mereka tampak gah tetapi rupa-rupanya mereka bukanlah pemimpin-pemimpin yang berani mempertahankan parti Pas!"Beliau menampakkan rasa simpatinya terhadap luahan perasaan anak TGNA. Aduhai lahabau!
Walhal sebelum itu, pada 11 Disember dengan tajuk yang menyindir TGNA : Demi Menantu, Nik Aziz Sanggup Perlekeh Pemimpin Parti ,antara lain lahanat lahabau ini menulis menghentam TGNA dan menantu:
"Penulis tidak dapat menafikan bahawa Arrifahmi telah mencalar dan menjatuhkan kredibiliti Nik Aziz sebagai Mursyidul Am Pas dan dipandang bersih selama ini."
Kenapa tidak? Mula-mula tu, dia puji pemimpin PAS seperti Mahfuz yang buat kenyataan menegur Ariffahmi; tetapi setelah hampir 2 minggu berlalu, tiba-tiba dia buat kenyataan yang kontra dengan menyokong tulisan isteri yang bela suami pula!
Betullah seperti yang ramai kata : Dalam Umno macam-macam ada.Doktor berperangai gila-gila babi macam ini pun ada! / end
Guan Eng hanya merujuk apa yang pakar kata : 80% Pembunuhan
Apa jadahnya Ketua PoliS Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan terhadap Ketua Menteri P.Pinang,Lim Guan Eng yang menyatakan bahawa “ Teoh Beng Hock telah dibunuh dengan kejam”?
Adakah lantaran tidak sependapat dengannya? Datuk Khalid Abu Bakar pernah dilaporkan telah menyifatkan kematian Beng Hock sebagai ‘ sudden death and do not see any evidence of foul play so far.’ Kenyataan tersebut beliau buat tergesa-gesa kerana siasatan rapi belum pun dibuat keatas mayat Teoh.Ini menyebabkan orang ramai sangat curiga dengan kenyataan tersebut.
Yang bertambah pelik lagi ialah, polis Selangor sendiri yang buat aduan tentang ucapan Lim Guan Eng itu dan bukan orang awam lalu bertindak dengan serta merta.Sedangkan ada berlambak-lambak aduan dari orang awam yang pernah dibuat tetapi masih terperap tanpa apa-apa tindakan dilakukan.
Laporan autopsi dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, yang disediakan oleh pakar perunding kanan perubatan forensik Dr Khairul Azman Ibrahim,, bahawa Teoh Beng Hock yang dijumpai mati di Plaza Masalam pada 16 Julai lalu setelah sepanjang malam memberi keterangan sebagai saksi di Ibu Pejabat SPRM, adalah berpunca akibat kecederaan berganda setelah jatuh dari tempat tinggi …
Keputusan autopsi tersebut nampaknya menyokong pandangan Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull yang berkata : SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.
Dr Prashan (Forensic pathologist tempatan) dalam testimoninya menyatakan, tidak ada kesan kecederaan pada mana-mana bahagian tubuh Teoh yang menunjukan ada pergelutan atau mempertahankan diri.
Kematian Teoh Beng Hock adalah "80% PEMBUNUHAN
Tetapi ‘tidak’ begitu pada pandangan Dr Pornthip Rojanasunand , seorang pathologist ternama Thai, melalui satu kenyataannya, bahawa kematian Teoh Beng Hock adalah “80 peratus” pembunuhan berdasarkan keatas bukti bergambar.
Ada kemungkinan Beng Hock telah menemui maut terlebih dahulu sebelum terjatuh kerana terdapat 2 kecederaaan vital yang gagal didedahkan oleh autopsy pertama :
1) Tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'.
2) Kecederaan pada lubang dubur Teoh .
Pandangan beliau itu adalah bertentangan dengan siasatan autopsi sebelumnya yang dilakukan oleh pathologis tempatan. Lihat sini
Perintah gali semula mayat dan autopsi kali ke-dua terpaksa dilakukan kerana keluarga mendiang Teoh Beng Hock berasa amat curiga dan sangat sangsi terhadap keputusan autopsi tempatan yang dilihat cuba melinduntgi beberapa fakta dan seolah-olah cenderung mahu melindungi orang tertentu yang telah melakukan pembunuhan tersebut.
Keputusan autopsi kali ke-dua yang dilakukan di hospital Sungai Buluh pada 22 November lalu, dijangka akan mengesahkan kecurigaan bahawa Teoh telah dibunuh./ end .
Pengarah JAIP tidak minat main politik,tetapi ADUN UMNO Slim minat mempermainkan ugama
Diruangan komentar pembaca, saya terima reaksi daripada (ADUN) Umno Slim, Datuk Khusairi Abdul Talib yang bertanya :Sdr alhusseyn, boleh tolong Pengarah JAIP untuk siasat siapa yang mengeluarkan Kenyataan Rasmi JAIP pasal pertukaran ahli jawatankuasa masjid dalam laman web jabatan itu. Pengarah Jaip sendiri menafikan kenyataan itu datang dari beliau. Apa hukumnya dalam Islam perbuatan menyamar dan menggunakan kuasa orang lain? http://khusairitgmalim.blogspot.com/2009/12/isu-masjid-pengarah-jaip-nafi-keluar.html
Perhatikan para yang saya quote besarkan dalam laporan Utusan Melayu :
Pengarah JAIP tidak minat bermain politik
IPOH 24 Dis. - Setelah mengelak memberi kenyataan mengenai perubahan senarai nama ahli jawatankuasa (AJK) masjid, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Mohamad Nor Mansor (gambar) hari ini menjelaskan, beliau tidak berminat untuk bermain politik seperti didakwa oleh sesetengah pihak.
Mohamah Nor, 59, berkata, apa yang berlaku berkaitan senarai nama tersebut tiada kena-mengena dengan beliau.
''Saya tak terlibat dengan politik. Yang pertama, siapa yang berani mengubah keputusan Raja Muda (Raja Dr. Nazrin Shah). Umur saya pun dah lewat, bukan saya yang akan dipilih (bertanding pilihan raya).
''Persoalannya, kalau saya buat, kenapa saya pilih Slim, satu tempat yang saya tak kenal, orangnya pun saya tak kenal, baik pergi tempat saya sendiri. Kalau saya nak bertanding bukan di Slim," katanya di sini hari ini.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian pelantikan ejen kutipan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dan merasmikan seminar zakat perniagaan.
Pada 16 Disember lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Khusairi Abdul Talib mendakwa, JAIP telah menukar senarai AJK beberapa masjid di kawasan tersebut dan memasukkan nama pemimpin serta penyokong Pas.
Antara masjid terbabit ialah Masjid Sultan Idris Shah II, Masjid Kampung Kelan, Masjid Jamek Kampung Kuala Slim, Masjid Jamek Slim Village, Masjid Jamek Kampung Balun dan Masjid Jamek Kampung Pasir.
Masjid lain ialah Masjid Behrang 2020, Masjid Jamek Tanjung Malim, Masjid Kampung Sungai Dara dan Masjid Behrang Stesen, kesemuanya di mukim Ulu Bernam.
Khusairi mendakwa, beliau turut menerima laporan pertukaran nama itu juga melibatkan beberapa masjid dalam kawasan Parlimen Bagan Serai, Sungai Siput dan Kuala Kangsar.
Ditanya adakah senarai nama tersebut telah diperkenankan oleh Raja Muda selaku Yang Dipertua MAIAMP, beliau berkata, ia belum lagi diterima sepenuhnya.Mohamah Nor berkata, senarai nama untuk pelantikan itu diterima daripada pelbagai pihak termasuk pejabat Menteri Besar Perak menyebabkan ada beranggapan nama tidak terpilih itu digantikan dengan nama orang lain.
''Kalau ada perubahan pun, di peringkat cadangan sebelum pelantikan kerana senarai datang daripada pelbagai pihak. Majlis akan buat keputusan. Saya tegaskan, perubahan selepas keputusan Majlis tidak berlaku," katanya.
''Kita menunggu keputusan Raja Muda, kuasa memutuskan perkara ini pada baginda sahaja. Mesyuarat terdekat akan diadakan pada Januari ini," katanya.
Ditanya ini kali kedua kejadian membabitkan ketelusan beliau dipersoalkan, Mohamah Nor berkata: '' Kalau orang kata ini kali kedua perkara macam ini jadi, bagi saya, ini kali kedua orang fitnah saya.
Ditanya mengapa beliau menjadi sasaran, jelasnya: ''Macam orang ambil dadah, apa pun orang akan kata ambil dadah juga."
Komen al-Husseyn : Tiada apa-salahnya kenyataan dalam portal rasmi JAIP.Kenyataan Pengarah JAIP yang dilaporkan oleh Utusan tidak bercanggah dengan apa yang dikeluarkan oleh portal rasmi tersebut :
''Kalau ada perubahan pun, di peringkat cadangan sebelum pelantikan kerana senarai datang daripada pelbagai pihak. Majlis akan buat keputusan. Saya tegaskan, perubahan selepas keputusan Majlis tidak berlaku," / end.
Jumaat, Disember 25, 2009
Jawatankuasa Disiplin PAS jangan terikut resmi Institusi Kehakiman Negara
Pengerusi Barisan Nasional Dato' Seri Najib Tun Razak pernah berkata kepada wartawan Malaysia di Copenhagen bahawa parti itu akan mengambil tindakan terhadap Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen yang gagal hadir sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan Bajet 2010.
Kini sudah lebih satu minggu Najib pulang ke tanah air, kita lihat masih tiada apa satu pun dia buat seperti yang dikatakan itu.
Najib pembohong, kaki auta, kaki temberang……
Memanglah seronok sangat bila ada blogger kata macam itu pada Najib atau mana-mana pemimpin Umno….(memanglah pemimpin Umno layak dipanggil dan digelar begitu!)
Yang kita khuatir , kalau-kalau pemimpin PAS juga turut buat perangai begitu atau lebih teruk dari itu!
Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS sudah pun lama balik dari haji ….apa cerita ?
Alhamdulillah, ada juga perkembangannya : Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu ,walaupun mereka, (Jawatankuasa Disiplin) yang bertemu malam kelmarin berpuas hati dengan laporan bertulis kedua-dua Hasan dan Khalid, tetapi memerlukan penjelasan lanjut. [Klik disini]
Jawatankuasa disiplin mempunyai tiga pilihan hukuman :
Anggota dan penyokong parti diperingkat grassroot sedang menantikan keputusan Jawatankuasa Disiplin buat kerja.Kita berharap Jawatankuasa ini akan bertindak dengan wajar dan tidak menyontohi kebusukan dan kebobrokan sebagaimana Institusi Kehakiman Negara yang semakin terhakis keyakinan rakyat kepadanya./ end
Kenali siapa 'Pekung' tu dulu...
Tiada siapa tuduh dia buka ‘Pekung Parti’ tetapi apa yang orang perkatakan dan apa yang sebenarnya beliau sedang lakukan adalah umpama membuka ‘Pekong Sendiri’ – bukan ‘Pekong Parti sebagaimana dakwaan beliau :
Anak perempuan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta tiada mana-mana pihak khususnya pemimpin PAS sendiri menganggap beliau “membuka pekung” atau membuat kenyataan “menyerang” apabila mempertahankan pendiriannya secara terbuka menerusi tulisan blog.
Nik Amalina, anak perempuan keempat Nik Aziz berkata, beliau sama sekali tidak pernah terfikir untuk menjadi terkenal dengan menulis menerusi media baru blog.
“Saya yang dikatakan membuka pekung parti agak menerima asakan terbuka daripada pelbagai pihak.
“Sejauh mana sebenarnya saya membuka pekung parti? Itulah yang saya cuba nilaikan. Berpadanankah dengan asakan yang saya terima?” kata anak kesembilan daripada 10 adik-beradik ini. [klik disini]
Tulisan pertamanya mempertahankan suaminya yang kini masih di tengah kontroversi, menyiarkan tulisannya di sini telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang kebanyakannya menghentam beliau.Bacalah pandangan pengunjung diruang komen di blog tadi dan juga di sini .Itu sekadar sebagai tinjauan kita. Jangan mudah percaya bulat-bulat kerana mungkin orang yang sama menghantar beratus-ratus komen...nilailah sendiri.
Ariffahmi dulunya telah menggunakan beberapa bloggers untuk menegakan benang basahnya.Ust Man Pinkturtle telah menyalurkan maklumat ke blogger Ahmed - Pemburu Syahid @ Saynotomunafiqeen dan juga kepada blogger Manjung Mari.Tetapi kini mereka semua sudah senyap menyepi kerana sudah tidak sanggup lagi melayan kerenah Ariffahmi yang kaki b***ng. Ahmed Pemburu Syahid terus terbungkam - tiada entri hingga ke hari ini.
Ahmed tidak berani hendak berhujjah balik terhadap hujah saya keatasnya dan saya masih terus menunggu kalau ada.Tetapi saya sudah beri kata dua kepada Ahmed : samada tukar nama blognya kepada 'Sayestomunafiqeen' atau gi buat blog baru dan remain sebagai penulis blog annonymous sebab namanya kini sudah tercemar gara-gara mahu mempertahankan Ariffahmi. Saya tidak tahu kenapa Ahmed perlu mengambil masa yang begitu lama untuk berfikir dan membuat keputusan.Eloklah Ahmed berfikir dan berfikir dari dulu, kini dan selamanya terus berfikir.....
Ariffahmi inilah sebenarnya 'pekong'. Apabila geng bloggers diatas atau dikenali Geng Ustaz Pill Kuda sudah tidak layan Ariffahmi, dia pun cuba pula untuk membeli 4 orang bloggers di Restoran Taqwa dekat Gombak tetapi misi dan cubaannya itu hampa dan gagal. ( mission unaccomplished !)
Kini jelasnya, tiada lagi bloggers yang sanggup melindungi Ariffahmi yang pernah mendayu-dayu dengan berkali-kali merayu : "Sheih, kesihanilan ana, tolonglah ana..."
Ariffahmi dilihat sekarang ini cuba berlindung dibelakang Bapa Mertua dan Isterinya, anak Tuan Guru.
Bloggers jadi serba salah sebab bila mereka cuba belasah atau menghentam Ariffahmi, (dedah pekong) mereka dilihat seolah-olah menghentam TGNA.Dan apabila mereka menyatakan sokongan kepada TGNA, mereka pula dilihat seolah-olah menyokong Ariffahmi!
Sebab itulah,ramai bloggers (penyokong PAS) yang lebih suka menyepi diri tidak mahu mengulas isu Kelantan.Mungkin itu juga merupakan sebab ramai pemimpin PAS sendiri mengambil sikap yang sama.
Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut perihal anak seorang Tuan Guru ini; tetapi dalam sudut sebegini, saya lebih menghormati kedua-dua orang isteri mantan dua PM Malaysia,Pn Dr Siti Hasmah dan Pn Jeanne Abdullah yang tidak tersampuk histeria bila mana suami mereka dikecam hebat oleh sebilangan besar rakyat dengan lemparan pelbagai macam tuduhan./ end
Rabu, Disember 23, 2009
Isu Senarai Masjid Perak : Umno patut ambil tindakan disiplin keatas Adun Slim
Syukur Alhamdulillah, kerana 'Raja Nazrin arah guna senarai asal'. Semoga Allah berkati Tuanku!
Keputusan tersebut diambil selepas Baginda mempengerusikan satu mesyuarat MAIAIMP yang telah diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar kelmarin.
Tiada apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh pihak PTA atau JAIP dalam pengendalian senarai Jawatankuasa Masjid bagi sesi 2009 – 2012 .
Berikutan itu, beliau telah mengarahkan pegawai tadbir agama (PTA) daerah berkenaan supaya mengeluarkan surat pelantikan secepat mungkin.
ADUN Slim, Khusairi Abdul Talib (gambar) didalam blognya mendakwa kononnya Jabatan Agama Islam Perak telah menukar senarai jawatankuasa beberapa masjid di negeri itu dengan memasukkan nama penyokong PAS.Beliau berkata , perbuatan begitu tidak beretika dan telah membelakangkan senarai yang telah diperkenankan oleh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.
Sekarang jelas kepada kita semua bahawa beliaulah sebenarnya yang tidak beretika dan telah membelakangkan senarai yang telah diperkenankan oleh DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang juga Yang Di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAIMP).Tepat pepatah Melayu mengatakan : Mengata dulang paku serpih, mengata orang , dia yang lebih!
Sepertimana yang saya tulis kelmarin :
Tuduhan Khusairi keatas Jabatan Agama Islam Perak itu adalah fitnah yang mempunyai agenda politik tersendiri. Bukan kali ini sahaja Umno cuba menggugat kedudukan Pengarah JAIP , Sheikh Mohd Nor.
Sebelum ini, Umno menuduh Pengarah JAIP sebagai punca kelewatan pembayaran saguhati kepada pegawai-pegawai masjid menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang lalu.
Sikap dan tingkah laku Khusairi , memfitnah dan memperbodohkan orang , telah menyebabkan Raja Muda Perak seolah-olah terpedaya olehnya dan terpaksa menitahkan Majlis Penyerahan tauliah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid di seluruh Negeri Perak dibatalkan sehingga siasatan mengenai isu pertukaran nama selesai dijalankan.
Setelah siasatan dilakukan, realitinya menunjukan bahawa PTA dan JAIP tidak ada melakukan apa-apa kesalahan sebagaimana tohmahan Khusairi.Jelasnya, Khusairi adalah seorang pembohong besar, hingga sanggup membohongi seorang Raja Muda yang di hormati rakyat, khususnya di Negeri Perak ini.
Kalau benar, Umno berjuang dan menegakkan serta memuliakan Institusi DiRaja, Umno perlu mengambil sesuatu tindakan disiplin keatas Khusairi sebagai anggota parti yang telah mencemar dan mengaibkan kedudukan DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah sebagai Yang Di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAIMP).
Khusairi telah menghina dan memperbodoh-bodohkan Nazrin dimata rakyat sendiri hingga majlis Penganugerahan Tauliah tersebut yang telah dijadualkan berlangsung terpaksa dibatalkan serta merta.
Dan saya ingin mengulanginya sekali lagi saranan saya kelmarin supaya pihak yang bertanggungjawab bertindak melucutkan penganugerahan pingat yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada ADUN Slim, Khusairi Abdul Talib serta merta kerana amat jelas beliau telah menderhaka terhadap DYTM Raja Muda Perak.
Tindakan disiplin perlu diambil keatas Khusairi terutamanya di atas keengkarannya terhadap bidang kuasa Raja Muda Perak . / end
Umno : Setelah bangsa diporak peranda, kini agama pula mahu diperkosa
ADUN Slim Datuk Khusairi Abdul Talib (gambar) mendakwa kononnya Jabatan Agama Islam Perak telah menukar senarai jawatankuasa beberapa masjid di negeri itu dengan memasukkan nama penyokong PAS.Beliau mendakwa perbuatan begitu tidak beretika dan telah membelakangkan senarai yang telah diperkenankan oleh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.Inilah pembohongan jenis spesis pengkhianat agama dan bangsa yang tidak tahu malu dan tidak tahu menghormati DYTM Raja Muda.Kerana , menurut sumber orang dalaman yang saya perolehi menyatakan bahawa , senarai yang pada mulanya telah dipersetujui PTA dan OBJ telah dipinda oleh Penghulu. Oleh kerana itu, PTA pun pinda semula kepada yang asal sebelum dibawa ke pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk dipersembah dan diperkenankan oleh DYTM Raja Muda.
Ditegaskan disini bahawa tiada apa-apa pindaan dibuat selepas senarai tersebut mendapat kelulusan DYTM Raja Muda.
Dengan ini jelas bahawa segala bantahan Penghulu dan OBJ adalah dibuat selepas senarai tersebut telah diluluskan oleh pihak Majlis yang telah mendapat perkenan DYTM Raja Muda sendiri. Itu namanya derhaka! Patut ditarik semula anugerah 'Datuk' daripada Adun Slim tersebut.
PTA tidak melanggar peraturan sebab pindaan dibuat sebelum di bawa ke pihak Majlis, lagi pula ianya merupakan senarai yang telah dipersetujui bersama antara PTA dan OBJ.
Tuduhan Khusairi keatas Jabatan Agama Islam Perak itu adalah fitnah yang mempunyai agenda politik tersendiri. Bukan kali ini sahaja Umno cuba menggugat kedudukan Pengarah JAIP , Sheikh Mohd Nor.Sebelum ini, Umno menuduh Pengarah JAIP sebagi punca kelewatan pembayaran saguhati kepada pegawai-pegawai masjid menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang lalu.
Bantahan yang dikemukakannya itu sebenarnya merupakan sikap Khusairi yang jelas menderhaka kepada DYTM Raja Muda Perak.
Apa yang pasti, pindaan yang dikatakan dilakukan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah adalah dilakukan dengan berdasarkan peruntukkan undang-undang dan dilakukan sebelum ianya dikemukakan bagi mendapatkan kelulusan Persidangan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak. Tidak berlaku langsung apa yang didakwa sebagai pertukaran dibuat setelah mendapat perkenan DYTM Raja Muda Perak, sebagai Yang Dipertua Majlis memandangkan tidak ada pihak yang mengetahui senarai yang dikemukakan kepada Majlis melainkan pihak Jabatan Agama Islam Perak.
Baca kenyataan rasmi mengenai permasalahan perlantikan AJK Kariah Seluruh Perak [ di sini ] / end
Selasa, Disember 22, 2009
Gempar - Mahathir dan Lim Kit Siang cabar Najib tubuhkan Suruhanjaya DiRaja
Buat pertama kalinya dalam sejarah negara, mantan PM, Mahathir Mohamad bergandingan tangan dengan Lim Kit Siang untuk mencabar pentadbiran PM Najib supaya satu Suruhan jaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi ; malah dirinya sendiri.
Tun Mahathir telah menulis dalam blognya yang saya terjemahkan seperti berikut:
1. Saya mengalu-alukan cadangan Lim Kit Siang supaya Najib membentuk satu Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat samada beliau telah menghanguskan (melesapkan) RM100 billion melalui projek-projek hebat dan rasuah sepanjang 22 tahun pemerintahannya.
2. Suruhanjaya tersebut hendaklah terdiri daripada penama bukan sahaja daripada pihak kerajaan, tetapi turut dianggotai oleh mereka yang bersih termasuklah orang asing dan anggota Transparency International.
3. Suruhanjaya tersebut harus tidak hanya membataskan (siasatnnya) kepada hanya satu Perdana Menteri sahaja tetapi juga keatas rejim Tun Abdullah Badawi.
4. Ianya harus melibatkan bagaimana wang Petronas RM270 billion yang dibayar sewaktu pentadbiran 5 tahun Abdullah itu dibelanjakan; apakah projek-projek yang dibiayai melalui dana sebesar itu dan kos kesemua projek tersebut.
5. Ianya harus melibatkan berapa jumlah wang yang lebur lantaran pembatalan (projek) Jambatan Bengkok dan landasan keretapi Johore Baru - Padang Besar.
6. Berapakah kos over-run (harga tinggi diluar jangkaan) bagi pembinaan projek Hydroelektrik Bakun.
7. Pembiayaan Jambatan Kedua P.Pinang dan prosidur pemberian kontrak tersebut.
8. Saya juga bersetuju dengan Lim Kit Siang bahawa siasatan tersebut sebagai gambaran penglibatan Najib untuk “membenteras rasuah’.
9. Bagi tujuan suruhajaya tersebut berjaya, kerajaan mestilah memberikan mandat penuh kepada suruhanjaya tersebut keatas semua dokumen dan akaun kerajaan sepanjang tempoh 1981-2009. Tiada apa-apa yang harus dirahsiakan.
10. Barry Wain mesti menyediakan dokumen, bukti tentang jumlah (wang) yang beliau dakwa telah saya lesapkan.
11. saya akan memberikan kerjasama penuh kepada suruhanjaya tersebut.
12. Bergantung keatas keputusan suruhanjaya tersebut, Saya menangguhkan hak untuk menyamman Barry Wain, Lim Kit Siang dan Malaysiakini.com kerana menyibarkan fitnah bagi tuntutan sejumlah (wang) yang akan dinyatakan kelak.
13. Jika kerajaan menahan (penjualan) buku : "Malaysian Maverick : Mahathir Mohamad in Turbulent Times", saya minta supaya buku tersebut dibebaskan sekarang juga . Saya tidak memerlukan perlindungan kerajaan.
sumber : [klik sini]
Gempar! Ketua Penerangan letak jawatan!
Kisah Raja dengan baju ajaibnya
Saya menerima komen dari seorang sahabat saya, blogger Dato’@ anaksengat yang berkata :
Ariffahmi sudah setuju letak jawatan. Cuma dilewatkan. Ia adalah amalan biasa dalam perkhidmatan awam. TGNA telah bersetuju dan mempertahankannya apabila Mahfuz mendesak dipercepatkan.
persoalannnya...Kenapa tak sabar sangat...takut apa?? kejar apa??? umNO pun tak bising dah....
Menyapu bangkai bawah tikar??? Ariffahmi bukan direhatkan... ia akan berhenti.. Letak jawatan.... siapa yang menyapu bangkai tu Pak Huseyn??? TGNA??? saya tak jelas...maaf...
Tindakan ini adalah dengan restu TGNA
Saya harap jangan panaskan isu ini kerana umNO pun dah tak mampu mainkannya apabila PAS PUsat nasihat agar Arif berundur... Sabarlahhhhh wahai Syed Azidi.... kehendak kamu akan tertunai juga.....
==========================================
Sebelum cuba mengulas apa yang sahabat saya tuliskan itu, sukalah saya membawakan secara ringkas satu cerita popular tentang kisah seorang ‘Raja dengan baju ajaibnya’.
Majoriti hamba rakyat raja tersebut selalu memuji muja tentang kehebatan raja mereka yang segak dengan pakain yang serba cantik lagi mahal.
Suatu hari Si Raja telah mempamer dan menggayakan sepasang pakaian yang diperbuat dari bahan yang ajaib.Terlalu sangat ‘ajaibnya’ hinggakan Si Raja itu sendiri tidak dapat melihat tentang keindahan dan keistimewaan pakaian tersebut.
Rakyat semua turut taajub apabila melihat Si Raja memperagakan dirinya dengan pakaian yang tidak dapat dilihat itu.Mujurlah Si Raja tidak turut memakai seluar dalam dari bahan yang ajaib itu!
Sehinggalah perkara tersebut ditegur oleh seorang budak kecil.Orang ramai marahkan budak yang menegur kerana 'mencalar kewibawaan seorang raja'.Tetapi Si Raja sendiri mula tersentak dan menyadari yang dirinya memang berbogel dan bercemar duli...Dia teraniaya kerana percayakan sangat kepada penasihat-penasihatnya…
Bukan salah sang Raja,Raja dah teraniya kerana pandangan dan nasihat orang sekelilingnya dan sikap majoriti rakyat yang terlalu mendewa-dewakan sang Raja hingga menjadikannya seorang Sang Rajuna Tapa.Mujurlah masih ada rakyat yang kerdil yang berani menegur dan pinpoint kesalahan...
"Waktu saya lantik menantu saya, saya tidak tahu barang tidak boleh. (Saya) lantik dalam mesyuarat penuh. Ada penasihat undang-undang negeri (LA)," kata menteri besar Kelantan kepada Malaysiakini.
Dato’ fahamkah apa itu Good governance. Kalau faham pun apa salahnya untuk menyusuri ke sini dan ada masa, singgah jengok untuk mengetahui apa itu 'conflict of intererest'
Kita semua tahu dan menyedari bahawa kita semua orang PAS sangat kasih dan sayang kepada TGNA.Dan saya berharap sikap Dato tidak seperti mana yang pernah digambarkan oleh almarhum Presiden Ust Fadhil Nor yang mengisahkan seekor beruang yang menjaga tuannya yang sedang tidur ....barang yang dijauhkan Allah.
Dan apalah sudi Dato menyusuri kata-kata hikmat TGNA sendiri hampir 10 tahun yang lalu :
“Yang saya cemas sekali “ katanya “ialah bimbang takut fikiran saya, otak saya ini , beralih daripada hendak jaga Islam kepada hendak jaga diri sendiri, daripada hendak jaga masyarakat Islam kepada hendak jaga anak buah, anak cucu saya sendiri. Ini saya bimbang sangat-sangat”.
Bukan TGNA sahaja yang bimbang , kita semua patut berasa bimbang takut-takut perkara sebegitu sedang berlaku tetapi sesetengah kita mahu jadi macam beruang./ end
Antara Razaleigh dan Mustafa : Siapa pengkhianat ?
Tengku Razaleigh adalah ahli UMNO dan orang Kelantan, Mustafa Mohamed juga ahli Umno dan asal Kelantan; tetapi kenapa sikap mereka berdua berbeza sekali dalam isu royalti minyak petroleum Kelantan?Mustafa baru-baru ini menegaskan bahawa Kelantan tidak layak untuk menuntut royalty keatas pengeluaran minyak dikawasan JDA.
Tengku Razaleigh berjanji akan memberi penjelasan berhubung isu tuntutan royalti minyak daripada kerajaan negeri Kelantan demi faedah rakyat Kelantan.
Beliau berkata, penjelasan itu akan dibuat pada perhimpunan raksasa anjuran 51 badan bukan kerajaan (NGO) di Kota Baharu dalam masa terdekat bagi seluruh rakyat Kelantan untuk mendapat gambaran sebenar mengenai perkara itu. [klik sini]
Siapakah pengkhianat kepada anak bangsa dan tanah air negeri sendiri : Tengku Razaleigh atau Mustafa Mohamed? / end
Isnin, Disember 21, 2009
Akibat menyapu bangkai ke bawah tikar
Penambahan Terkini pada jam 10.15 mlm : DEWAN Pemuda Pas Kelantan (DPPK) dilaporkan membatalkan suatu mesyuarat sekitar jam 4 petang tadi, iaitu sejam lebih awal dari masa yang dijadualkan.Lihat di sini dan di sini
Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Pemuda PAS Kelantan gara-gara desakan mereka supaya menantu menteri besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman segera meletakan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Ramai kalangan orang PAS menganggap isu tersebut telah reda.Rupa-rupanya ianya hanyalah menyapu bangkai kebawah tikar. Dan Pemuda PAS Kelantan kini sudah tidak tahan memekup hidung menahan kebusukannya, mereka di terjah dengan bermacam tuduhan.
Kami bloggers dah nampak lama perkara ini, tapi kami dituduh macam-macam bila bangkitkan isu tersebut.Kini giliran Pemuda PAS Kelantan terima balanya. PAS Kelantan yang menyokong tindakan Pemuda bila pula akan diterjah?
Pemuda PAS amat menghormati menteri besar dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Isu perletakan jawatan menantu TGNA timbul semula setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat Ariffahmi sebanyak dua kali dan mengambil beberapa dokumen, manakala beberapa pemimpin PAS menasihatkan Nik Abdul Aziz meminta Ariffahmi meletak jawatan.
Ariffahmi, yang telah bersetuju meletak jawatan pada Mac tahun depan, menganggap Pemuda PAS Kelantan sebagai kurang bijak kerana membuat desakan itu./ end
Ketua Pemuda sokong Amalina buka pekong...
Beliau menyifatkan tindakan sedemikian umpama "membuka pekung di dada" dengan mendedahkan isu-isu melibatkan kepentingan parti di blog peribadi anak menteri besar itu, katanya. [klik sini]
Nampaknya berlawan angin pula dengan pandangan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang sangat bersimpati dan menyokong tindakan anak perempuan tersebut.
Menurut Nasrudin , pemimpin PAS tidak harus menganggap tindakan Nik Amalina menjawab tuduhan melalui blognya, sebagai satu tindakan yang salah. [klik sini]
Saya malas hendak komen bab ini, sebab ramai sangat yang telah memberikan pandangan berkaitan hal tersebut.Teringat dengan isteri-isteri mantan PM – Dr Siti Hasmah Ali dan Jeanne Abdullah. Suami mereka cukup teruk dikutuk orang , samada dari pembangkang, mahupun dari orang-orang parti sendiri. Namun kedua-dua isteri tersebut tidak pun buat perangai macam Nik Amalina, seorang anak Tuan Guru.
Kata Nasrudin, “Dakwaan yang ditimbulkan oleh Syed Azidi di dalam blognya itu bersifat tuduhan dan ia menjadi asas untuk dijawab semula oleh Nik Amalina melalui blognya.”
Saya bukan bertujuan untuk membela Azidi, tapi dalam perkara tersebut, kenapa bukan Ariffahmi yang menjawabnya sendiri? Sudah kerap kali dia ugut untuk ambil tindakan mahkamah keatas Azidi; sudahkah beliau lakukan?
Saya tidak faham kenapa begitu sengkek sekali pemikiran seorang Ketua Pemuda PAS yang kelihatan menyetujui Ariffahmi tidak berselindung dibelakang isterinya, anak Tuan Guru, untuk berhadapan dengan kemelut ini.
Saya bersetuju dengan pandangan Ust Idris supaya hal tersebut diselesaikan oleh parti mengikut saluran yang ada./ end
Tidak boleh dedah kebenaran kerana ada unsur jahat?
Mengapa sehingga kini tidak ada penjelasan daripada dua bloggers diatas itu tentang pertemuan mereka dengan Datuk Exco tersebut?
Ah ! Mungkin dua blggers tersebut beranggapan : 'Kebenaran' yang mereka dapati dari Datuk Exco tersebut dianggap sebagai 'fitnah benar , tapi jahat' dan tidak boleh disebar siarkan kerana mereka wala' dengan guidelines terbaru untuk blogger :
"Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat.Zainul faqar mendedahkan : Salah seorang Bloggers ‘Task Force 13′ @ TF13 pergi bertemu sendiri dengan ‘Datuk Exco’ di Kelantan. Beliau membawa bersama seorang bekas ‘Bloggers Upahan’ Si Siakap itu.
"Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul,"
Bloggers TF13 itu meminta ex-Bloggers Upahan itu mendapatkan segala penjelasan tentang dakwaan-dakwaan Si Siakap seperti tertulis dalam blog ex-Bloggers Upahan itu sebelum ini.
‘Datuk Exco’ telah menunjukkan segala data keuntungan PNB Sawit dan beberapa fakta berkaitan.
Hanya PNB Sawit sahaja mencatatkan keuntungan. Anak syarikat yang lain rugi.
Kalau Si Siakap mendakwa Syarikatnya (di Kelantan) mendapat keuntungan, keuntungan yang dimaksudkan adalah hasil jual aset. Keuntungan sebegitu bukan gambaran sebenar pengurusan yang berjaya.
Sila nafikan segala pendedahan ini. Sila nafikan pertemuan kita dengan mendatangkan alibi sekiranya Si Siakap jujur. Baca seterusnya di sini
PAS Kelantan restui Pemuda PAS desak Ariffahmi letak jawatan segera
Ketua Penerangannya, Dr Rosli Allani Abd. Kader berkata, dewan itu mungkin akan membincangkan isu itu lebih mendalam termasuk mengadakan undian di kalangan ahli jawatankuasanya untuk membuat desakan tersebut.
Sebelum itu jelasnya, pihaknya akan memanggil menantu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu untuk kali kedua dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung peletakan jawatannya itu.
Menurutnya, keputusan memanggil Ariffahmi yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS negeri itu dibuat pada mesyuarat harian dewan itu kelmarin walaupun sebelum ini beliau telah dipanggil.
Sebelum ini Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar juga meminta Ariffahmi agar melepaskan jawatannya dengan segera tanpa menunggu sehingga Mac depan.[klik di sini]
Dalam perkembangan yang berkaitan , PAS Kelantan “merestui” tindakan Pemuda PAS negeri itu membahaskan isu kedudukan Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) esok agar beliau berundur segera.Lihat di sini
Mengenali Blogger Greenbok
Anonymous said...
Akhi GB, mohon siarkan tulisan ini.
Artikel ini mengingatkan saya tentang seorang pemuda misteri tetapi dikenali begitu ramah di kalangan rakan2nya. Beliau pernah bertugas sebagai wartawan akhbar HARAKAH. Pada masa tu HARAKAH tidak berapa teratur. Dia mengadu kepada saya HARAKAH keluar cerita basi jer.
Jadi pemuda ini, telah berusaha memertabatkan akhbar HARAKAH dengan menulis berita aktiviti-aktiviti parti. Beliau waktu itu menyandang tugas Ketua Pemuda PAS Kawasan.
Masa itu tak der komputer. Jadi beliau akan membawa mesin taip buruknya ke sana ke mari di belakang motosikalnya dan akan menaip berita yang dirakam menggunakan tape recorder (masa tu takde handfon) selepas tamat ceramah atau aktiviti.
Selepas menaip, dia akan singgah di Pejabat PAS Negeri, untuk memfakskannya ke pejabat HARAKAH supaya ianya dapat disiarkan secepat mungkin, kadang-kadang dah pukul 1.00 pagi.
Dia kata kena faks cepat, jangan jadi cerita basi. Tulisannya sentiasa jadi HEADLINE muka depan HARAKAH, dibaca oleh ribuan rakyat seluruh negara.
Saya pernah bertanya, berapa upah yang abg dapat? Dia kata tak pernah pun dibayar. Dia kata dgn saya tak apa, asalkan rakyat gembira bahawa PAS itu segar dengan adanya berita terkini.
Tetapi, tak der ganjaran. Lagipun beliau tak pernah pun ke pejabat HARAKAH. Katanya lebih baik duit tambang tu digunakan untuk beli ribbon mesintaipnya.
Saya hampir menitiskan airmata menulis hal ini bila mengenangkan beliau memikul mesin taip dahulu di waktu hujan lebat... kertas nak ditaip dah basah, kena gunakan kertas biasa yang bergaris-garis biru, diambil dari buku tulis kat pejabat PAS Negeri. Mujur Setiausaha Kerja PAS negeri masa tu sentiasa berada di pejabat walaupun di malam hari.
Mungkin orang2 di pejabat HARAKAH di KL pun tak kenal beliau. Yang tahu ketika itu hanyalah boss HARAKAH, Ust Hassan Shukri yang pada satu ketika berkunjung ke pejabat PAS Negeri melihat pemuda ini merakam ucapannya dan esoknya ucapannya tersiar di HARAKAH.
Pesuruhjaya PAS Negeri waktu itu pernah menggelarnya "singa Allah", sbb beliau juga boleh berceramah, mengganti mana-mana penceramah yang tak hadir. Dan beliau memang boleh berceramah sampai ke pagi....
Tiba-tiba reformasi meletus. Pemuda ini hilang membawa diri entah ke mana. Kata orang dia sambung belajar di luarnegeri. Tapi ayahnya sendiri menafikan. Mana dia ada duit. Ayahnya sendiri tak tahu kemana dia pergi.
Baru-baru ini, ditakdirkan Allah saya berjaya menemuinya semula. Saya memeluknya erat. Gembiranya melihat dan bertemunya semula dan bersembang lama dari satu hal ke satu hal sampailah kepada hal parti.
Sembang punya sembang rupa-rupanya beliau ialah GB.... masyaAllah. Muga Allah selamatkan dan memberkati segala usahanya.
Bekas S/U Pemuda Kawasan sewaktu GB Ketuanya / end






