SILA KLIK GAMBAR

Followers

ARTIKEL TERBARU

Sabtu, Januari 30, 2010

Hasrat TGNA Tidak Kesampaian : 'Ghok-Ghak dalam PAS akan berterusan ...


Setelah sekian lamanya, maka akhirnya Badan Disiplin PAS yang diketuai oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sudahpun buat mengumumkan keputusannya.

Khalid Samad digantung 6 bulan daripada jawatannya sebagai YDP Shah Alam dan Hasan Ali sekadar diberi amaran bertulis .

Tetapi ; bukankah pada awalnya TGNA telah secara jelas menamakan tiga orang yang perlu diambil tindakan iaitu, Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Mustaffa Ali?

Tetapi anehnya, ketiga-tiga orang tersebut yang sepatutnya diambil tindakan telah terselamat; entah macam mana, kelincahan permainan silap mata geng UG ini boleh menyebabkan Khalid Samad masuk perangkap lalu tergantung terkapai-kapai!

Apakah permainan silap mata ini benar-benar telah memenuhi hasrat Tuan Guru Nik Aziz dan dan orang-orang PAS yang ramai yang mahu melihat proses pemutihan dalam PAS?

Ramai yang tidak berpuas hati.Macam mana mahu berpuas hati ? Pokok persoalan awal mulanya adalah rungutan terhadap tindakan puak UG ; terutamanya terhadap Hasan Ali sendiri gara-garanya menghebahkan rahsia PAS kepada blogger Umno.

Saya kira hasrat mahu melihat operasi pemutihan dalam PAS tidak kesampaian.Saya dari mula lagi telah meragui Badan Disiplin ini dan lebih memihak kepada kehendak asal TGNA iaitu supaya diadakan EGM.

TGNA sendiri pernah menyatakan awal dulu lagi ketika minta diadakan EGM :

"Tidak boleh jadi ni, kita duk ‘ghok-ghak’ (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana,"

Amat dikhuatiri,tindakan sebegini tidak akan dapat mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap PAS itu sendiri kerana PAS dilihat telah gagal untuk membersihkan dirinya.

Saya pernah meramalkan bahawa tindakan menghadapkan Selangor kepada JK Disiplin nampaknya sudah tersasar dari tujuan asal gesaan TGNA.Tindakan ini tidak akan mengubah persepsi orang ramai yang mahu melihat perubahan dalam PAS sebagaimana yang telah digesa oleh TGNA dalam blognya tempohari. [klik sini]

Maka sindrom ‘ghok-ghak’ seperti yang pernah TGNA sungutkan tempohari itu pasti akan berterusan.Wala’ sheikh! Jangan tak wala’! / end
'

11 comments:

  1. Salam AlHusseyn,
    Saya amat tidak berpuashati dengan keputusan JKD. Sepatutnya JKD tak boleh dipengerusikan oleh JK Pusat.

    BalasPadam
  2. Salam Doc, ramai blogger yang dah naik hangin!JKD should list out their mistakes in writing supaya nampak telus dan orang boleh menilai.Kita mahu tahu apa kesalahan Khalid yg kena hukum lebih berat dari Hasan Ali.Walhalnya Hasan Alilah punca TGNA mahukan EGM tempohari.

    BalasPadam
  3. sabar..nanti kita dengar dulu ulasan dari pejabat agung raja laut.

    BalasPadam
  4. salam

    Keme join dr. wahab dan MM ngibor bendere separuh tiang ape ke gelornye , udah getik keme yop

    BalasPadam
  5. keputusan majlis disiplin pas ini SAMALAH dengan keputusan hakim heks agustin paul yg menjatuhkan hukuman salah kepada anwar bila SELURUH DUNIA tahu anwar dianinyaya, cuma kali ni Khalid samad pulak yang jadi mangsa!!!

    tujuan mersyuarat khas yg nik aziz anjurkan adalah untuk menghukum Hasan ali, mustafa & nasarudin - the 3 stooges of UG movement in PAS. tup…tup.. khalid samad pulak yang kena hukum!!! GILA APA????!!!!

    tahap bangang gila babi!!!!!

    macammana pas nak menegakkan keadilan di malaysia ini bila diapun tidak boleh berlaku adil kpd ahlinya sendiri????

    Ayuh, kita mesti LANGGAR PUAK UG DARI PAS SEGERA!!!

    CALL FOR EGM NOW!!!!!

    BalasPadam
  6. wala' la ni dah jadi "wa nak gelak!"

    BalasPadam
  7. Hairan dengan keputusan Badan Disiplin Pas
    Mengapa jadi begitu??

    Macamana lah orang Melayu Khasnya dan bangsa lain amnya hendak percaya dengan Pas jika pendekatan yang sebegini ditunjukkan oleh Badan Disiplin Pas atau Parti Pas.

    Hasan Ali sepatutnya malu besar apabila diarahkan tutup mulut.Selaku Pesuruhjaya Pas Selangor Hasan Ali sepatutnya meletak jawatan diatas teguran sedemikian.

    Khalid Samad, tahniah tuan lah selaku contoh pimpinan Pas era moden masa kini.

    EGM patut diadakan, Haji Hadi, Nasaruddin, Mustaffa dan Hasan Ali patut di keluarkan jika parti Pas mahu mendapat sokongan dari Melayu dan bangsa lain. PAS FOR ALL.

    BalasPadam
  8. Betul la keputusan tu,kat mana yg tak betulnya???
    Saudara Nordin ni ingat PAS ni parti politik semata-mata??? jagan lupa PAS adalah gerakan Islam yg merangkul tugas-tugas dakwah,tarbiah dan politik...setiap tindak tanduk PAS mesti mengambil kira 3 perkara tersebut.
    Saya doakan saudara Nordin dan yg lain2 terbuka pintu hati...TGNA sendiri sudah tarik balik cadangan mengadakan EGM,kenapa yg lain pula bising2.

    BalasPadam
  9. Pemuda sg mulia Gombak akan segera menwar-warkan keputusan hampeh yg really anti climax ni.Kita kan menyeru supaya memboikot segala activiti yg melibatkan PAS, segala sumbangan berbentuk derma akan dan juga ceramah umum akan diboikot terutama yg berhampiran kawasan gombak n wangsa maju. cukuplah sekadar kita bertadbir di masjid saja...nak pecat ke nak gantung ke..buatlaa sesuka hati kourang sebab korang dah tua dah ada jawatan penting dalam parti..kita kat bawah org muda ni hanya tolong pasang benderaje secara percuma. Lepas ni lu orang upahla mat rempit tolong buat kerja..

    pemuda PAS SG Mulia Gombak, Wangsa Maju

    BalasPadam
  10. Bila seseorang mengharapkan Lembaga Disiplin membuat keputusan yang dapat memberikan PERSEPSI positif kepada PAS, maka mungkin dia akan kecewa.

    Itulah sebabnya ramai yang meluahkan rasa kecewa dengan keputusan ke atas Dr Hasan Ali dan Hj. Khalid Samad.

    Tujuan Lembaga Disiplin adalah untuk mendisiplinkan ahli. Memberikan keinsafan dan keserikan. Serta untuk mengingatkan yang lain agar tidak buat kesilapan sama. Hukumannya lebih berbentuk mendidik dan mengingatkan. Methodnya- terima laporan, siasat, teliti, dengar pembelaan dan nilai secara objektif berdasarkan FAKTA KES. Lembaga Disiplin tidak disuruh meneliti KESAN keputusannya kelak dari sudut POLITIK. Itu keadilan perbicaraan.

    Lembaga Disiplin sudah melaksanakan keputusan. Dah pun dihebahkan. Ahli wajar terima. Kecuali jika ada ketidakadilan ketara--suarakan kepada yang berkenaan. Jangan bantah terbuka seperti Abdullah Karim.

    Memanglah. Sedikit sebanyak keputusan itu mungkin ada kesan sampingan ke atas sokongan politik. Hj Khalid ada peminat tersendiri. Dr Hasan pun ada yang meluat (sauh). Tak kurang juga penyokongnya. Namun itu di luar pertimbangan Lembaga Disiplin.

    Kalau mahu bentuk persepsi, itu tugas unit lain contohnya JK Pusat, JK Politik atau Presiden sendiri. Contoh tindakan: tukar Pesuruhjaya. Contoh sahaja. Mmm

    BalasPadam
  11. selepas muktamar 2009 dulu, saya pernah katakan pas akan menghadapi masalah dengan kepimpinan yang 'terpilih'...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...