SILA KLIK GAMBAR

Followers

ARTIKEL TERBARU

Jumaat, Januari 29, 2010

Umno adalah maharaja dimata, bersultan di hati


Dr Novandri ini memang sah mengalami ‘psychiatric disorder’ atau gila-gila….

Kali ini dalam tulisannya, Novandri ini telah meracau macam sudah tersampok polong.Kesian bila melihat seorang yang kononnya bertugas untuk merawat orang sakit, tetapi rupa-rupanya diri sendiri mengalami ‘psychiatric disorder’ yang parah dan memerlukan rawatan ‘psychiatric’ segera. Hello, Hello...Hospital Bahagia...sini ada satu kes kecemasan!

Novandri mendakwa bahawa blogger Aduka Taruna (AT) sebagai seorang blogger PAS.

Dengan dakwaan tersebut (AT Blogger PAS), Novandri cuba mengambil kesempatan melibatkan PAS; kononnya ahli-ahli PAS berlaku biadap dan kurang ajar kepada raja Melayu yang telah mangkat.

Bagaimana sebagai seorang doktor yang terlatih mengkaji simptom terlebih dahulu untuk menganalisis sesuatu penyakit itu boleh membuat kesimpulan dengan dakwaan sedemikian; bahawa AT seorang blogger PAS? Apa analisis Novandri guna pakai untuk mendakwa begitu? Bolehkah Novandri berikan buktinya?

Novandri juga mengemukakan soalan bangang :

a. Pernahkah ahli-ahli parti UMNO berlaku biadap dan kurang ajar kepada raja Melayu yang telah mangkat?

Dan dengan bodoh sombongnya Novandri menjawab soalan bangangnya itu : Jawapannya ialah tidak ada! Ha! ha! ha! Dia ingat rakyat Malaysia bangang macam dia!

Mai sini aku habaq kat Hang! Yang gi usung bawa lari ke Siam, puteri almarhum Sultan Selangor hari itu bukankah Mat Tyson mantan MB Selangor , pemimpin Umno.Hang dah lupakah?

Bukan itu saja tragedi penghinaan Umno terhadap Kesultanan Melayu. Banyak lagi :

Umno bukan hina Sultan Johor yang mangkat itu sahaja, malahan Umno telah menghina institusi di Raja Johor bila mana Pulau Batu Putih terlepas ke tangan Singapura.Itu bukankah menjatuhkan kedaulatan kesultanan Johor?

Mai aku habaq kat hang lagi, biaq ‘denial sindrom’ hang tu sembuh sikit.Hang lupakah siapa yang pi tabal ‘Tengku Ibrahim’ sebagai Sultan Kelantan tempohari dibawah pokok ketapang? Itu bukankah kerja Anuar Musa dan kalangan pemimpin tertinggi Umno satu Malaysia?

Dan jangan lupa, Umnolah juga yang melondehkan kedaulatan Raja-raja Melayu tatkala Mahathir menghapuskan kekebalan raja-raja Melayu tidak lama dulu.

Kes ‘Natang’ di Trengganu itu juga melibatkan kaum Umno.Umno hanya mahu memperalatkan institusi DiRaja untuk kepentingan politik mereka.

Novandri dan kalangan Umno cuba berlagak 'noble'. Memang begitulah lagak mereka kerana yang menjadi maharaja dimata dan bersultan dihati adalah Umno itu sendiri.

Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang dakwaan Novandri yang menuduh Perisik Rakyat berhubungkait dengan beberapa link daripada web gay ! Saya sendiri pun pernah terkena tanpa disedari kerana saya tidak ambil peduli tentangnya.Sekarang saya dah pasang ‘filters’ supaya tidak dispam.

Saya cuma mahu menasihatkan Novandri supaya tidak menonjolkan sifat beliau yang begitu naif tentang e-referrer.Jangan buat fitnah yang boleh menjatuhkan mertabat diri sendiri. / end
'

3 comments:

  1. Dr bangang nie bgla bukti apa2 pn yg umno nie menderhaka pd raja n sultan dia duk rasa mcm depa tue mendaulatkn sultan ja depa nie,padahal depa nie la penderhaka sultan,aku rasa elok pi hantaq hospital bahagia ja dia nie,bkn apa nnti tkt2 dia nk ubat pesakit,skali ngn pesakit jd gila mcm dia...

    BalasPadam
  2. hok jenis gilo...tok leh layan sgt

    BalasPadam
  3. sya kira Doc tu betul menuduh AT orang PAS.Sebabnya?
    Tuan Doc tu bukannya Doc PAKAR tapi beliau sbg Doc PAKAI!Contohnya bila pesakit jumpa Doc akan bertanya apa sakit? Pesakit jawab;sakit urat Doc!Tanpa periksa Doc bagi ubat.Jadi mcm itulah juga beliau membuat keputusan dan rumusan dalam penulisannya berdasarkan cakap2 orang/logo yang beliau nampak/yang zahir(itu pun kalau nampak/mata tak bengkak).Oleh itu kalau belia nak jadi penulis PAKAR ,beliau kena buat banyak penyelidikan. Di tangannya ada JARUM penawar dan PENA beracun .Apakah beliau mampu pilih penawar!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...