Pengikut

Saturday, February 13, 2010

Permainan Kerusi Muzik : Muziknya sumbang ...


Anda tentu biasa dengar, atau pernah bermain permainan kerusi muzik.Ianya sangat popular dan biasanya dimainkan dimajlis-majlis sambutan hari jadi atau seumpamanya.

Jika ada 10 orang pemain, maka diperlukan 9 kerusi untuk menjadi rebutan.Pemain disuruh berjalan mengelilingi kerusi yang diletakkan ditengah-tengah dengan iringan muzik yang dipasang.

Apabila muzik dberhentikan, berebutanlah pemain untuk duduk pada kerusi yang ada.Oleh kerana ada 10 pemain dan 9 kerusi, maka seorang pemain akan terlepas mendapat kerusi dan dia akan terkeluar dari permainan seterusnya.

Bilangan kerusi dikurangkan dan proses permainan diulang hinggalah hanya tinggal satu kerusi dan hanya dua pemain sahaja yang tinggal.

Itulah sebuah senario yang kita perhatikan sejak setahun ini – permainan kerusi muzik dan 2 pemain yang tinggal itu ialah Dato’ Zambry dan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin dan kerusi yang jadi rebutan itu adalah kerusi MB Perak.

Sebagaimana yang kita maklum, bahawa adalah satu peraturan utama dan terpenting dalam permainan muzik kerusi ini ialah , apabila telah ada yang menduduki kerusi, maka tidak ada orang lain yang boleh merebut atau merampas duduk padanya.

Tetapi peraturan sedemikian tidak menjadi penghalang kepada pemain dari UBN yang menggunakan gerombolan SB untuk mengganas dan menganggu permainan yang adil.

Speaker yang sedang duduk atas kerusi pun mereka sanggup usung keluar masuk ke dalam setor!

Itulah yang Mahkamah Persekutuan lakukan dalam menyatakan kedudukan Barisan Nasional (BN), bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kononnya berhak sebagai Menteri Besar Perak.

Ini berlaku walaupun fakta membuktikan bahawa Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, dari Pakatan Rakyat, yang diguling itu tidak pernah mengosongkan kerusi Menteri Besar Perak atau mengundurkan diri dari jawatannya. / end

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...