SILA KLIK GAMBAR

Followers

ARTIKEL TERBARU

Rabu, Mac 31, 2010

Sudahlah haram, pekak badak pula.....

Perbalahan antara pihak Pakatan Rakyat mula tercetus akibat perilaku Speaker Haram Ganesan yang bersikap biadap serta acuh tak acuh sewaktu YB Pantai Remis menyampaikan usul dalam persidangan dewan negeri pagi tadi.Misbahul Munir dalam blognya menyifatkan Ganesan sebagai bodoh dan sombong

Sewaktu wakil Pantai Remis, YB Ngah Kor Meng bangun untuk membuat usul berdasarkan perkara 3,4 dan 6 perintah tetap; Ngah Kor Meng menyatakan bahawa Ganesan ini sebenarnya tidak layak (jadi Speaker) kerana tiada perlantikan dan ternyata tiada hansard bagi membuktikan perlantikan Ganesan sebagai Speaker pada 3 Mei yang lalu.

Namun, Ganesan langsung tidak memberikan perhatian.Beliau berlagak seperti badak yang yang pekak dan tuli.Dia buat dek aje.Memang dia ni tidak layak menjadi Speaker.Nak sangat jadi Speaker, tetapi bila dah duduk dikerusi Speaker, bebal tidak ketahuan.

“ Biasanya apabila di dewan Rakyat , mana-mana ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negeri bangun membuat usul, semua kena diam termasuk Speaker; dia kena menghormati , tetapi apa yang dilihat tadi Ganesan tidak kisah langsung,” jelas Nizar kepada pihak media.

Adun-adun PR membantah sekeras-kerasnya kerana mahukan perintah Am yang diusulkan oleh YB Ngah Kor Meng itu dihormati. Nak buat macam mana? Pekak badak yang jadi Speaker.../ end

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...