Pengikut

JELAJAH PERAK

JELAJAH PERAK
JELAJAH DEMOKRASI PERAK

MAKAN MALAM AMAL

MAKAN MALAM AMAL
MAKAN MALAM AMAL PAS SG SIPUT

Friday, March 12, 2010

Tahukah anda apa itu GST?

Klik Gambar untuk ke laman berkaitan

APA ITU GST???

GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang

Kenapa Perlu Tentang GST????


1. Cukai dalam apa bentuk sekalipun akan menjejas kesejahteraan orang atau pihak yang membayarnya.

2. Kebanyakkan pemerhati politik beranggapan bahawa kerajaan BN sudah kesempitan wang sehingga terpaksa memperkenalkan akta ini untuk ‘merompak’ duit rakyat secara terhormat tanpa memikirkan penderitaan rakyat.

3. Pakar ekonomi dari DAP, Tony Pua berkata bahawa cukai ini akan menjadikan rakyat yang miskin lebih miskin lagi sebab mereka ini yang dahulunya tidak perlu membayar cukai kini akan kena cukai pula.

4. Pakar ekonomi dari PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad pula berkata cukai GST ini adalah sistem cukai yang regresif yang hanya akan menyusahkan dan merugikan golongan yang miskin.

5. Di Malaysia masih ada lagi ramai pekerja yang mempunyai gaji kurang dari RM1500. Oleh itu, negara kita masih belum sedia lagi untuk sistem cukai GST ini. Apabila tahap gaji telah mencapai satu tahap minima yang sesuai bagi sebuah negara maju, barulah sistem cukai GST sesuai dilaksanakan.

6. Pakatan Rakyat tidak mempunyai cukup anggota Parlimen untuk menghalang Akta GST ini dari diluluskan oleh Parlimen. Oleh itu adalah terpulang kepada rakyat sendiri untuk memberi penekanan kepada kerajaan BN supaya jangan melaksanakan sistem cukai GST ini.[link]

7. GST tak sesuai kerana jurang pendapatan yang besar. Pelaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di luar negara berjaya dibuat berikutan jurang pendapatan sesama rakyat tidak besar seperti di Malaysia, sebaliknya ia menjadi beban kepada rakyat jika pelaksanaannya dibuat tanpa kajian menyeluruh. [link]

Peringatan : 15 MAC 2010 jam 9.00 pagi di perkarangan Parlimen - Perhimpunan Aman Rakyat Prtotest Perlaksanaan Cukai GST. / end

3 comments :

anakpanag said...

Saya kira GST mempunyai banyak kelebihannya, jika tidak tak mungkin ianya telah digunapakai di 143 negara bermula di Perancis sejak 1950-an

wanaliff said...

masalah GST ni,gaji yang berpendapatan rendah sgt terasa.yang gaji masyuk,ade company,seronok,sbb kerajaan cadangkn GST,tapi cukai korporat diturunkam.bukankah ini menyenangkn glgn korporat yang memang senang dan membebankn rakyat yang berpendaptan rendah..fikir glgn bawahan...

HaRRiS said...

http://www.kpkk.gov.my/pdf/gst_pamplet_gst.pdf

baca biar faham molek.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...