31 Mac, Ipoh : Zambry adalah lebih baik menibar roti canai daripada menjadi seorang Menteri Besar yang memperlekehkan Titah Ucapan diRaja ; yang sepatutnya menjadi keutamaan berbanding agenda-agenda lain.
Zambry sepatutnya mengusulkan junjung kasih Titah Ucapan Tuanku sebagaimana lazimnya. Itulah perilaku tertib dan kesopanan persidangan sesebuah dewan yang mulia. Dengan kegagalan tersebut bererti Zambry telah menghina kemulian dewan dan sekali gus mengaibkan institusi Istana negeri Perak lantaran tidak memberi laluan dan keutamaan bagi menjunjung kasih Titah Ucapan Tuanku.
Dan apabila pihak Pakatan Rakyat mengunjurkannya, mereka senyap seribu bahasa ; malah telah bertindak melampau dengan menutup swis pembesar suara.
Lantaran itu, kesemua 28 Ahli Dewan Rakyat Pakatan Rakyat , diketuai oleh DS Nizar telah keluar dewan sewaktu Sidang DUN Perak ke-12 yang diresmikan kelmarin oleh Raja Muda Nazrin sedang bersidang pagi tadi.
Dalam penjelasannya sewaktu sidang akhbar di Wisma DAP di sini tengahari tadi, Nizar menjelaskan tindakan tersebut terpaksa diambil kerana membantah perilaku Speaker Haram, Ganesan yang tidak memperdulikan bantahan supaya perbahasan Titah Ucapan Tuanku diberikan keutamaan sebelum agenda-agenda yang lain.
“Kami mengambil keputusan untuk keluar dewan setelah Sivakumar sendiri mengingatkan perkara 13(1) perintah Am tersebut tetapi tidak diendahkan oleh Ganesan. Saya dan YB Dato Ngeh bangun bertanyakan samada perbahasan ucapan titah Tuanku ada atau tidak, namun tiada jawapan, ” jelas Nizar.
“Akibat penghinaan keatas perintah tetap dan tidak mengikut peraturan, maka kami mengambil keputusan untuk keluar dewan,” Nizar, menjelaskan kenapa mereka bertindak demikian.
Nizar juga tidak berpuas hati diatas peruntukan masa yang begitu terhad diberikan dalam sessi soal jawab sebelum itu.
“Biasanya 1 ½ jam diberikan untuk soal jawab ; tetapi tadi tu, jam 10.10 pagi bermula, 10.49 sudah di tamatkan; maknanya tidak sampai pun setengah jam. Kami pun membantah tetapi tidak di endahkan oleh mereka,” rungut Nizar.
Menurut Nizar lagi, apabila ditanya samada perbahasan akan disambung untuk selama 5 hari, juga tiada apa-apa jawapan diberikan.
Dimaklumkan, hanya tatkala Pakatan Rakyat telah keluar dewan baru Zambry mengusulkan perbahasan menjunjung kasih titah Tuanku.
Apabila dikemukan perkara tersebut kepada Nizar, beliau berkata :
“Kenapa sewaktu kami unjurkan perkara tersebut mereka tidak menjawab? Zambry tentunya telah menyedari tentang kesilapan tersebut dan cuba memperbaikinya, tetapi sudah terlambat, kami telah keluar dewan dan kami tidak dimaklumkan secara resmi tentang perkara tersebut.Kami cabar dia tadi supaya mengadakan perbahasan besok, dan kami akan datang jika dia terima cabaran kami itu.” / end






0 comments:
Catat Ulasan