SILA KLIK GAMBAR

Followers

ARTIKEL TERBARU

Selasa, Ogos 17, 2010

Al-Kisah Mufti Musang Berjanggut ....

Musang Berjanggut, yang pernah mendakwa tidak pernah berbohong kerana dia adalah seorang ‘Mufti’ sekali lagi buat kecuh . Kali ini dengan dakwaan kononnya ada pihak telah menyediakan 'perlembagaan baru' bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut dakwaan Musang Berjanggut itu, kononnya "perlembagaan baru" tersebut menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Kenyataan Musang Berjanggut itu jelas boleh menimbulkan suasana yang tidak tenteram antara kaum dan menggugat keharmonian dalam masyarakat yang majmuk. Malah ianya mengundang pertanyaan siapakah pihak yang telah menyediakan ‘buku perlembagaan’ tersebut.

Kalau benar Musang Berjanggut itu telah menerima buku ‘perlembagaan baru’ sewaktu berceramah di Alor Setar sebagaimana dakwaannya ketika menjadi panel dalam Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya, beliau sepatutnya menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Yang lebih peliknya, bagaimana MB Perak si Zambry turut percaya tanpa usul periksa dakwaan Musang Berjanggut tentang wujudnya buku Perlembagaan Baru tersebut?

Walhal, Zambry sendiri yang mengakui belum membacanya. Nampaknya Zambry begitu mudah turut terkemut bila dijolok dengan dakwaan Musang Berjanggut yang kononnya tidak pernah menipu kerana jawatannya serbagai Mufti ...

MB Perak Pandang Serius Dakwaan Wujud Buku Perlembagaan Baru .

LUMUT: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan dakwaan bahawa ada pihak telah menyediakan "perlembagaan baru" bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan sebagai perkara yang perlu dipandang serius.

"Ini isu yang cukup besar dan tidak boleh dipandang ringan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada Fakir Miskin, Anak Yatim dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Pulau Pangkor pada hari Isnin.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas pendedahan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria semalam yang mendakwa mengenai wujudnya "perlembagaan baru" yang menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Menteri Besar bagaimanapun berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu sehingga berpeluang membaca sendiri dokumen yang dikatakan itu. - BERNAMA


'

7 comments:

  1. Tok Harussani tak leh percaya...
    Mamak Gelap tu lagi tak leh percaya...

    BalasPadam
  2. ada orang dah nak jadi macam "BALGHRAM"

    BalasPadam
  3. 'KIAMAT DAN KEADAANNYA'

    http://www.scribd.com/doc/36025155/Surat-K...Dan-Mufti-Mufti

    BalasPadam
  4. 'KIAMAT DAN KEADAANNYA'

    http://www.scribd.com/doc/36025155/Surat-Kepada-Yang-DiPertuan-Agong-Dan-Mufti-Mufti

    BalasPadam
  5. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

    BalasPadam
  6. Salam,
    1.Ana sokong....bawa bukti..

    2.Apa hal pula dgn Khalid MB Selangor....dengar cerita ada kemera dlm ofisnya...alamaknya tubuh badan siasaitan sendiri....lain kali tak payah kecohla...buang masa sidang akhbar....

    3.Tu la hero tua yg dah hampir dijadikan ayah dan datuk sahaja...

    adibeta,
    layarbiru15@gmail.com
    kubang kerian,kel

    BalasPadam
  7. KAPAK yakin dan percaya bahawa apa yg diutarakan oleh TAN SRI Mufti adalah sesuatu yg benar, kerana sudah lama pihak pembangkang terutamanya DAP & PAR serta PKR yg amat bercita2 utk menukar perlembangaan itu dan dipinda mengikut citarasa mereka.

    SO, kalau Sdr AlHusseyn tidak percaya dan menafikannya adalah disebabkan ANDA punyai perasaan yang jumud tidak menerima sesuatu yg pahit utk ditelan kerana perkara itu tidak menyebelahinya. Sdr, sebagai penulis blog kenalah professional, bila terkena btg hidung wajib juga menyatakan yg hak, yg ada TETAP ada dan sebaliknya. Jika ini diamalkan ianya mendapat pengiktirafah dan sanjungan. Berkatalah sesuatu itu dgn yg hak...

    ANDA juga menyatakan dan mengibaratkan TAN Sri MUfti sebagai "Musang berjanggut" dan sesuatu tuduhan yang amat berat, kerana setahu saya dikala kenyataan Tan Sri dahulu yg ada menghentam Kerajaan "PAS" lar org yg pertama yang mengangkatnya, TETAPI bila dikala ini juga TAN SRI Mufti menyatakan yang hak dan tidak menyebelahi pembangkang kerana gelaran begitu berat dilemparkan. Ternyata lar ANDA yang "Tak sedar diri dan Andalah kadok naik junjung dan Musang Berjanggut itu".

    KAPAK sarankan ANDA memohon maaf pada TAN SRI dgn segera, Ramadan mengajar kita erti keinsafan dan kenyataan ANDA itu sesuatu yg tidak beretika dan satu dosa terhadap manusia lain dan ALLAH tidak akan memaafkan ANDA selagi ANDA tidak meminta maaf pd Tan Sri dan akan dihisab dipadang mashar? Ingat ini adalah janji ALLAH, jika ANDA takut akan azab ALLAH fikir2kan lah.

    Sebagi bloggers juga wajiblar berhemah.... dan jika benar2 ikhlas paparkan lar apa yg saya tegur ini, kerana ia akan juga menjadi nasihat pada yg lain. Saya sayangkan Umat Melayu Islam seharusnya kita punyai kasih sayang kerana kekuatan Umat Melayu Islam ini adalah kekuatan Ummah yg sentiasa berkasih sayang.

    Salam kemaafan jika tersinggung demi kebaikan bersama. Wallahuaklam.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...