SILA KLIK GAMBAR

Followers

ARTIKEL TERBARU

Isnin, Ogos 16, 2010

SPRM yang menyampah ...

Utusan Meloya melaporkan “Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kira-kira separuh iaitu 3,293 daripada 6,793 aduan yang diterima SPRM boleh dikategorikan sebagai aduan ‘sampah’ dan terpaksa ‘diketepikan’ kerana pelbagai faktor termasuk mengandungi maklumat palsu, tidak berasas dan tidak lengkap.“ [klik disini]

Bukankah SPRM telah sedia dengan akta bagi menghalang ‘aduan sampah’ dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. [liht sini]

Kita semua kehairanan betapa ramai orang awam yang berpusu-pusu untuk membuat aduan sampah seperti mana yang dilaporkan itu. Ikut laporan tersebut 50% adalah ‘aduan sampah’.

Namun kita tidak pula pernah mendengar berita tentang hukuman yang dikenakan terhadap mana-mana individu yang kononnya telah membuat ‘aduan sampah’

Apa yang jelas kepada kita , bahawa SPRM sebenarnya adalah tempat longgokan sampah yang sangat menjijikan kerana institusi tersebut masih gagal untuk membuktikan keupayaannya membanteras gejala rasuah./end

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...