SILA KLIK GAMBAR

Followers

ARTIKEL TERBARU

Khamis, September 30, 2010

Datuk Azhar Ibrahim, sila jemput kepala-kepala taik judi Umno pula ...

Berita Harian dan Utusan online masing-masing melaporkan 40 orang mengembalikan wang RM100 yang mereka terima daripada kerajaan negeri baru-baru ini. Sementara Agenda Daily menyebut seramai 50 orang! Yang peliknya, MStar Online tidak melaporkan apa-apa tentangnya tetapi sebaliknya memuatkan berita : Ahli Perniagaan Menang Loteri Terbesar RM48 Juta.

Dilaporkan juga , konon ada yang berkata dia memulangkan semula wang tersebut kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, dalam satu majlis khas di Pusat Khidmat ADUN berkenaan kerana tidak sanggup menggunakan wang itu selepas timbul isu bahawa wang berkenaan adalah daripada sumber meragukan.

"Kalau makan duit ini, ia akan menjadi darah daging saya. Saya tidak mahu menjadi seperti itu dan kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang seolah-olah tidak memahami sensitiviti serta hukum orang Islam," katanya.

Ha! Ha! Ha! Kita berharap sangat supaya kenyataan tersebut dapat dipanjangkan kepada kepala-kepala taik judi dalam Umno.Sudah berapa lama dan banyak mana kepala-kepala taik judi Umno itu meratah duit judi dan telah menjadi darah daging mereka selama ini!

Kita berharap sangat ADUN Penaga, Datuk Azhar Ibrahim dapat mengadakan majlis khas seumpama itu sekali lagi diPusat Khidmatnya dan kali ini sila jemput kepala-kepala taik judi Umno tersebut.Kita mahu mereka bertaubat, menyesali dan memulangkan semula wang hasil judi yang mereka perolehi selama ini .

Antara kepala-kepala taik judi tersebut adalah , Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan sepupunya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang merupakan antara waris 3,334,600 saham Genting Berhad dan 602,318,000 saham di dalam Resorts World Berhad yang mengendalikan perniagaan judi dalam dan luar negara termasuk di atas kapal peranginan.

Andainya PM Najib bertaubat ...tapi dia ni jenis
kepala taik judi yang keras!

Jangan lupa, jemput juga bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Osman dan bekas pegawai bank, Datuk Paduka Nik Hashim Yusof yang menjadi Pengarah Genting Berhad.

Dan juga, sila jemput bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resorts World Berhad.

Kalau nak dilist outkan disini lebih 40 kepala-kepala taik judi Umno boleh disenaraikan …. /end

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...