SILA KLIK GAMBAR

Followers

ARTIKEL TERBARU

Khamis, September 30, 2010

Nasihat untuk Najib oleh Muhyiddin


Timbalan PM, Muhyiddin Yassin dilaporkan menghargai pandangan usahawan terkemuka Britain, Sir Richard Branson bahawa perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan menjauhkan pelabur dari negara ini.

“Kenyataan usahawan itu sebagai nasihat untuk negara ini (baca Najib) berkembang lebih maju,” kata Muhyiddin.

Branson telah menyuarakan pandangan ikhlas beliau dengan mengecam konspirasi dan fitnah ke atas Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur.

Pandangan tersebut perlu diambil serius dan langkah-langkah sewajarnya perlu diambil segera guna menarik minat pelabur-pelabur asing menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelabur.

Muhyiddin perlu nasihatkan PM Najib, yang dikatakan sebagai dalang isu tersebut supaya menerima pandangan Branson yang senada dengan kenyataan-kenyataan tokoh-tokoh besar dunia seperti Sheikh Yusuf Al-Qardhawi, Sheikh Taha Jabir Al-alwani, Maulana Ihsan Hendriks dan lain-lain tokoh yang mengecam perbicaraan berat sebelah kes konspirasi kedua ke atas Anwar. / end

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...