SILA KLIK GAMBAR

Followers

ARTIKEL TERBARU

Khamis, September 30, 2010

Ibrahim Ali Tin Kosong

Akibat mengkritik Perkasa, Datuk Ibrahim Ali hari ini telah mengugut dan menggertak tiga pemimpin Umno.

Ibrahim Ali yang terkenal sebagai ‘al-kataki’ itu mengumumkan bahawa dia akan mendedahkan rahsia tiga pemimpin UMNO itu "ketika waktu yang tepat".

Tiga pemimpin yang dimaksudkan itu adalah Datuk Seri Nazri Aziz, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Nazri berkata bahawa ancaman Ibrahim itu sama sekali tidak menakutkannya, malah telah menguatkan tekadnya untuk terus menentang Perkasa dan mencabar Ibrahim supaya mendedahkan rahsia apapun yang ada padanya.

Nazri, bersama-sama dengan Khairy dan Tengku Adnan semuanya telah dilaporkan mengeluarkan kenyataan menentang Perkasa kerana bimbang bahawa BN akan kehilangan sokongan non-Melayu jika Umno tidak memisahkan diri dengan Perkasa.

Ibrahim Ali sebelum ini menuduh parti Gerakan dan PAS sebagai 'Tin Kosong'.Apakah kali ini Ibrahim Ali mahu menonjolkan dirinya sendiri sebagai'Tin Kosong' yang sebenarnya? Sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangannya..../ end
'

1 comments:

  1. Tak payah dilayan sikatak tu... dia menjadi2 sebab ramai yang melayan kebang*g*ngannya tu. dia tu dah tak da apa2 dah sebab tu saja cari isu nak tonjolkan diri.. satu sen pun tak guna mamat tu.

    Jangan lah kita pun jadi bodoh dengan melayan orang bodoh tu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...