'Justeru itu, UMNO berjuang membela nasib bangsa Melayu dan memartabatkan agama Islam tanpa mengabaikan hak dan kepentingan kaum lain.''
Kalau benar Umno tidak mengabaikan kepentingan kaum lain, apa jadahnya ada MCA dan MIC?
Lojiknya, MCA dan MIC wujud kerana memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing seperti mana Umno memperjuangkan Melayu.
MCA minta itu dan ini untuk kaum Cina. MIC juga minta itu ini untuk kaum India tetapi semua keputusannya adalah ditangan Umno, samada mahu beri atau tidak. Sudah pastinya Umno tidak dapat menunaikan segala tuntutan mereka.
Lalu Umno mengingatkan mereka tentang ‘kontrak sosial’ dan menuduh mereka itu umpama beri betis mahukan peha…
Kini, setelah PRU ke-12 , kedudukan MCA dan MIC untuk membuat tuntutan dalam Barisan Nasional semakin mengecil. Apa yang boleh diharapkan kepada perwakilan MCA dan MIC yang semakin lemah?
PAS juga ditubuhkan kerana Umno gagal memertabatkan Islam.Namun Umno tetap mendakwa parti itu memperjuangkan Islam dan memertabatkan Islam walhal negara ini semakin subur dengan industri perjudian , rasuah dan lain-lain kemungkaran .Mana ada orang gila mengaku dirinya gila! tanyalah mereka yang di Tampoi atau di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan!Begitu jugalah Umno yang rasis dan yang menghancurkan agama. Mampuih mereka tidak akan mengaku!
Kita percaya bahawa pemerhatian dan penghakiman rakyat adalah yang paling tepat untuk menilai samada Umno itu rasis atau tidak. Samada benar Umno memertabatkan Islam atau sebaliknya….Lihat saja Islamic Fashion Show yang dinaungi oleh Rosmah di sini






0 comments:
Catat Ulasan