SILA KLIK GAMBAR

Followers

ARTIKEL TERBARU

Sabtu, November 20, 2010

PM Najib sertai Askar Wataniah untuk buktikan patriotisme

Ipoh, 19 November – Ahli Parlimen DAP M. Kulasegaran hari ini, menggesa Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mencabar PM Najib dan menteri Kabinet yang lain membuktikan semangat patriotism mereka yang tinggi dengan menyertai Askar Wataniah.

Minggu lalu, Zahid dilaporkan telah mencabar Kulasegaran supaya membuktikan semangat patriotisme sebagai bukan-Melayu dengan menyertai Askar Wataniah Ipoh Barat .

“Zahid pada 14 November mencabar saya supaya menyertai Askar wataniah di konstituensi Ipoh Barat untuk membuktikan patriotisme saya.” katanya

Kulasegaran berkata dalam satu pernyataan hari ini bahawa baru-baru ini Zahid mencabar dirinya membuktikan bahawa pemimpin itu masih gagal untuk memahami "ketidakadilan" berkaitan dengan keengganan bukan-Melayu untuk menyertai tentera.

"Kerana kurangnya tindakan yang diperlukan dari Kabinet maka "Biarkan saya beri tahu Zahid bahawa saya tidak perlu membuktikan patriotisme saya dengan menyertai Askar Wataniah. Tidak harus seseorang dicabar untuk membuktikan patriotismenya atau untuk membuktikannya dengan menyertai tentera.

"Dengan membuat cabaran seperti itu, itu menunjukkan bahawa Ahmad Zahid masih mempertahankan pandangan bahawa menyertai askar ada hubungannya dengan semangat patriotisme seseorang ," katanya.

"Biar hari ini saya mengajukan satu soalan kepada Zahid- Adakah beliau akan mencabar perdana menteri atau bukan Melayu menyertai Tentera Wataniah untuk membuktikan patriotisme mereka?

Kulasegaran menambah kata bahawa itu adalah "mengelirukan dan mengecewakan" bahawa Kabinet tidak mengarahkan Zahid memohon maaf dan menarik kembali pernyataannya yang menyakiti perasaan masyarakat bukan-Melayu.

"Zahid bukan orang biasa tetapi Menteri Kabinet yang bertanggung jawab keatas Jabatan Pertahanan. Dan dia memberikan jawapan pada bulan Ogos diParliament .Baca seterusnya di [sini]

Al-Husseyn : Bayangkanlah PM Najib, Samy Velloo, Lim Kheng Yeik, Bung Mokhtar Kinabatangan - mereka masuk Wataniah …..tambah huru haralah Malaysia!
'

4 comments:

  1. menyesal baca artikel ni....tak ada ilmiah langsung.

    cikgu tulis isu lainlah...


    bkn nak kritik ttp kebenaran tu memang pahit

    BalasPadam
  2. Jika mangkok mangkok ahli atau wakil rakyat nak jadi askar wataniah, biar lah aku dgn sukarela menjadi jurulatih mereka !!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  3. cuma nak tanya satu soalan, si pemunya blog ni, cina ke india ke iban ke dayak ke sakai ke melayu ke???
    baguslah kalau PM nak join askar wataniah, join askar pun kau peduli apa, itu tandanya PM prihatin dan mahu seluruh rakyatnya melibatkan diri dalam bidang ketenteraan dan belajar asas-asas dalam pertahanan, paling tidak ianya juga dapat memenuhkan masa-masa yang terluang, menambahkan ilmu pengetahuan, sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi apa jua keadaan, tak semestinya masuk tentera untuk perang je.. apalah bangang benar penulisan mcm ni, penulis jenis ni lah yang boleh sangat dianggap sebagai api dalam sekam atau duri dalam daging, senang cerita kalau zaman komunis dulu, jenis nilah yang menjadi tali barut bintang tiga...

    BalasPadam
  4. Kalau nak membuktikan kita benar, sahutlah cabaran orang dulu. Bukan dgn cara mengalih isu dgn mencabar orang lain pulak.
    PR kene buktikan yang mereka juga bermatlamatkan maruah negara.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...