SILA KLIK GAMBAR

Followers

ARTIKEL TERBARU

Rabu, Disember 29, 2010

Sultan pun kena patuh perlembagaan negeri

Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, perlantikan untuk jawatan Setiausaha Negeri, Penasihat Undang-undang dan Pegawai Kewangan Kerajaan adalah termaktub di bawah Perkara 52, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

“Mereka perlu menandatangani dan mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar, dan perlantikan ini juga sebaik-baiknya mendapat perkenan daripada Sultan.

Tetapi menurut undang-undang negeri, sekadar mendapat perkenaan Sultan adalah tidak mencukupi, ia perlu mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar,” katanya.

Beliau membidas kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohd Manir Bani yang mengumumkan kepada media hari ini bahawa perlantikan Khusrin telah mendapat perkenan Sultan dan merupakan perlantikan yang muktamad.

“Keputusan ini tidak wajar diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebelum mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri Selangor, bahkan kalau ikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bawah Perkara 52, ia mengatakan bahawa calon yang akan menyandang jawatan setiausaha negeri ini perlu mengangkat sumpah setia rahsia di hadapan Menteri Besar,” katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...