Followers

Ahad, Januari 31, 2010

Majlis Makan Malam Perpaduan

PKR telah menganjurkan satu majlis Makan Malam Perpaduan di sebuah restoran dekat Simpang , hala menuju ke Kuala Sepetang.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail,Pengerusi PKR Negeri, Mustaffa Kamil Ayub, DS Ir Nizar Jamaluddin dan beberapa pemimpin PR yang lain.

Antara para pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir

Dalam ucapannya, Nizar mendedahkan bahawa konflik dalaman Umno adalah lebih hebat dan dahsyat berbanding apa yang sedang dihadapi oleh komponen parti BH yang lain seperti MCA,PPP dan MIC.

Sedang merasmikan majlis jamuan

Datuk Seri Zahid Hamidi yang mendedahkan tentang kehilangan dua enjin jet dikatakan sedang cuba menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kehilangan dua enjin jet itu berlaku sewaktu zaman Najib menjadi Menteri Pertahanan dulu lagi.Tiba-tiba kini, didedahkan oleh Zahid ; apa maknanya itu semua?" Tanya Nizar kepada orang ramai.

Kelihatan mereka gembira mendengar ucapan Menteri Besar mereka...

"Kita ada jet, ada kapal selam, ada kereta kebal, tapi tidak ada enjin...bagaimana keselamatan negara kita dijaga?" Orang ramai turut ketawa mendengar pertanyaan tersebut.

Selepas di situ, Nizar meneruskan pula perjalanannya ke Darul Taalim, Selama untuk merasmikan majlis HEMPAP pemuda disana. / end

Sabtu, Januari 30, 2010

Pakatan Rakyat meraikan perayaan masyarakat Hindu



Di Ipoh, para pemimpin Pakatan Rakyat turut bersama ribuan penganut Hindu yang membanjiri Kuil Arul Subramaniar yang terletak di bukit batu kapur Gunung Cheroh pagi tadi bagi menyambut perayaan Thaipusam.


Kelihatan beberapa pelancong asing turut mengambil peluang menyaksikan perayaan masyarakat Hindu.

Pelbagai aktiviti keagamaan penganut Hindu diadakan dengan meriah dan warna-warni termasuk perarakan patung Dewa Murugan dari Kuil Sri Maha Mariamman di Sungai Pari ke kuil tersebut. / end

Royalti Minyak Kelantan : RM40 Juta; bukan 20 Juta!

Kerajaan PAS Kelantan mempertikaikan wang ihsan hanya sebanyak RM20 juta dan meminta kerajaan pusat menilai jumlah itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata nilai yang sewajarnya diterima negeri itu, berdasarkan dengan pihak Petronas awal bulan ini, adalah sebanyak RM40 juta bukannya RM20 juta seperti diumumkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Datuk Seri Mustapa Mohamed, semalam.

Husam yang juga Pesuruhjaya PAS II Kelantan berkata melalui perbincangannya Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Hassan Merican pada 8 Jan lalu, beliau RM40 juta itu tidak termasuk tuntutan di kawasan telaga bintang yang dengan kawasan perairan Terengganu-Kelantan.

"Pendirian kerajaan negeri tetap tidak menerima keputusan itu...kami mahu kenyataan rasmi dari Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco, di Kota Baharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mustapa semalam mengumumkan kerajaan Persekutuan memutuskan untuk membayar sebanyak RM20 juta wang ihsan kepada Kelantan pada Mac ini yang merupakan nilai lima peratus daripada jumlah keseluruhan hasil cari gali petroleum diperolehi sejak Mei 2008.

Kelantan tahun lalu mengemukakan tuntutan royalti berjumlah RM2 bilion terhadap operasi cari gali di perairannya kepada pusat dan berhasrat untuk mengambil tindakan mahkamah.

Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan pusat akan memberikan wang ihsan, menggantikan bayaran royalti minyak, kepada kerajaan Kelantan mulai tahun ini bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir
pantai negeri itu.

Kerajaan Negeri Kelantan didapati tidak berhak mendapat royalti minyak kerana dua telaga minyak yang dipertikaikan itu terletak di kawasan 150 batu nautika dari perairan negeri itu.

Husam berkata kerajaan negeri akan terus memperjuangkan haknya dalam tuntutan royalti minyak itu walaupun pusat mengantikannya kepada wang ihsan.

- Bernama


Hasrat TGNA Tidak Kesampaian : 'Ghok-Ghak dalam PAS akan berterusan ...


Setelah sekian lamanya, maka akhirnya Badan Disiplin PAS yang diketuai oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sudahpun buat mengumumkan keputusannya.

Khalid Samad digantung 6 bulan daripada jawatannya sebagai YDP Shah Alam dan Hasan Ali sekadar diberi amaran bertulis .

Tetapi ; bukankah pada awalnya TGNA telah secara jelas menamakan tiga orang yang perlu diambil tindakan iaitu, Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Mustaffa Ali?

Tetapi anehnya, ketiga-tiga orang tersebut yang sepatutnya diambil tindakan telah terselamat; entah macam mana, kelincahan permainan silap mata geng UG ini boleh menyebabkan Khalid Samad masuk perangkap lalu tergantung terkapai-kapai!

Apakah permainan silap mata ini benar-benar telah memenuhi hasrat Tuan Guru Nik Aziz dan dan orang-orang PAS yang ramai yang mahu melihat proses pemutihan dalam PAS?

Ramai yang tidak berpuas hati.Macam mana mahu berpuas hati ? Pokok persoalan awal mulanya adalah rungutan terhadap tindakan puak UG ; terutamanya terhadap Hasan Ali sendiri gara-garanya menghebahkan rahsia PAS kepada blogger Umno.

Saya kira hasrat mahu melihat operasi pemutihan dalam PAS tidak kesampaian.Saya dari mula lagi telah meragui Badan Disiplin ini dan lebih memihak kepada kehendak asal TGNA iaitu supaya diadakan EGM.

TGNA sendiri pernah menyatakan awal dulu lagi ketika minta diadakan EGM :

"Tidak boleh jadi ni, kita duk ‘ghok-ghak’ (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana,"

Amat dikhuatiri,tindakan sebegini tidak akan dapat mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap PAS itu sendiri kerana PAS dilihat telah gagal untuk membersihkan dirinya.

Saya pernah meramalkan bahawa tindakan menghadapkan Selangor kepada JK Disiplin nampaknya sudah tersasar dari tujuan asal gesaan TGNA.Tindakan ini tidak akan mengubah persepsi orang ramai yang mahu melihat perubahan dalam PAS sebagaimana yang telah digesa oleh TGNA dalam blognya tempohari. [klik sini]

Maka sindrom ‘ghok-ghak’ seperti yang pernah TGNA sungutkan tempohari itu pasti akan berterusan.Wala’ sheikh! Jangan tak wala’! / end

Jumaat, Januari 29, 2010

Umno adalah maharaja dimata, bersultan di hati


Dr Novandri ini memang sah mengalami ‘psychiatric disorder’ atau gila-gila….

Kali ini dalam tulisannya, Novandri ini telah meracau macam sudah tersampok polong.Kesian bila melihat seorang yang kononnya bertugas untuk merawat orang sakit, tetapi rupa-rupanya diri sendiri mengalami ‘psychiatric disorder’ yang parah dan memerlukan rawatan ‘psychiatric’ segera. Hello, Hello...Hospital Bahagia...sini ada satu kes kecemasan!

Novandri mendakwa bahawa blogger Aduka Taruna (AT) sebagai seorang blogger PAS.

Dengan dakwaan tersebut (AT Blogger PAS), Novandri cuba mengambil kesempatan melibatkan PAS; kononnya ahli-ahli PAS berlaku biadap dan kurang ajar kepada raja Melayu yang telah mangkat.

Bagaimana sebagai seorang doktor yang terlatih mengkaji simptom terlebih dahulu untuk menganalisis sesuatu penyakit itu boleh membuat kesimpulan dengan dakwaan sedemikian; bahawa AT seorang blogger PAS? Apa analisis Novandri guna pakai untuk mendakwa begitu? Bolehkah Novandri berikan buktinya?

Novandri juga mengemukakan soalan bangang :

a. Pernahkah ahli-ahli parti UMNO berlaku biadap dan kurang ajar kepada raja Melayu yang telah mangkat?

Dan dengan bodoh sombongnya Novandri menjawab soalan bangangnya itu : Jawapannya ialah tidak ada! Ha! ha! ha! Dia ingat rakyat Malaysia bangang macam dia!

Mai sini aku habaq kat Hang! Yang gi usung bawa lari ke Siam, puteri almarhum Sultan Selangor hari itu bukankah Mat Tyson mantan MB Selangor , pemimpin Umno.Hang dah lupakah?

Bukan itu saja tragedi penghinaan Umno terhadap Kesultanan Melayu. Banyak lagi :

Umno bukan hina Sultan Johor yang mangkat itu sahaja, malahan Umno telah menghina institusi di Raja Johor bila mana Pulau Batu Putih terlepas ke tangan Singapura.Itu bukankah menjatuhkan kedaulatan kesultanan Johor?

Mai aku habaq kat hang lagi, biaq ‘denial sindrom’ hang tu sembuh sikit.Hang lupakah siapa yang pi tabal ‘Tengku Ibrahim’ sebagai Sultan Kelantan tempohari dibawah pokok ketapang? Itu bukankah kerja Anuar Musa dan kalangan pemimpin tertinggi Umno satu Malaysia?

Dan jangan lupa, Umnolah juga yang melondehkan kedaulatan Raja-raja Melayu tatkala Mahathir menghapuskan kekebalan raja-raja Melayu tidak lama dulu.

Kes ‘Natang’ di Trengganu itu juga melibatkan kaum Umno.Umno hanya mahu memperalatkan institusi DiRaja untuk kepentingan politik mereka.

Novandri dan kalangan Umno cuba berlagak 'noble'. Memang begitulah lagak mereka kerana yang menjadi maharaja dimata dan bersultan dihati adalah Umno itu sendiri.

Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang dakwaan Novandri yang menuduh Perisik Rakyat berhubungkait dengan beberapa link daripada web gay ! Saya sendiri pun pernah terkena tanpa disedari kerana saya tidak ambil peduli tentangnya.Sekarang saya dah pasang ‘filters’ supaya tidak dispam.

Saya cuma mahu menasihatkan Novandri supaya tidak menonjolkan sifat beliau yang begitu naif tentang e-referrer.Jangan buat fitnah yang boleh menjatuhkan mertabat diri sendiri. / end

Khamis, Januari 28, 2010

Kelantan berhak terima royalti 5 peratus - Tengku Razaleigh


KOTA BARU, Jan 28 — Sambil menegaskan kehadirannya pada sesi penerangan malam ini mendapat perkenan Istana Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) berkata, negeri itu berhak menerima royalti petroleum lima peratus.

“Saya maklum kepada tuanku perkara ini, tuanku perkenan. Pemangku Raja kata bagus tok li, bagus,” kata beliau pada program penerangan isu tuntutan royalti di sini.

Justeru Pengasas Petronas itu mengesahkan Kelantan berhak menerima bayaran wang royalti sebanyak lima peratus.

Pada masa yang sama Tengku Razaleigh juga berkata beliau tidak mempedulikan apa jua tomahan orang berhubung kehadirannya malam ini.

“Kalau ada orang kata, jawapan saya, peduli apa...,” kata beliau sambil menambah, kehadirannya adalah demi rakyat.

Terdahulu Tengku Razaleigh tiba di Stadium Sultan Mohd IV di sini kira-kira 9.30 malam tadi dengan diarak 50 beca sebagai simbolik 'usaha' kerajaan negeri itu membawa pertikaian bayaran royalti.

Kehadiran beliau untuk memberi penerangan mengenai isu berkenaan diiringi oleh Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa.

Difahamkan iringan beca adalah kehendak penarik beca Kelantan sendiri untuk membawa Tengku Razaleigh sebagai tanda sokongan penerangan beliau terhadap tuntutan royalti negeri.

Menjelang program penerangan isu tuntutan royalti malam ini, Stadium Sultan Mohd IV mula dibanjiri orang ramai sejak pukul 6 petang tadi.

Tengku Razaleigh akan berucap memberi penerangan mengenai isu itu.

Pengerusi bersama program Gegar ini, Dr Abdul Halim Yusof menjangkakan tidak kurang 50,000 orang akan mengikuti program tersebut.

“Tengok pada keadaan sekarang saya rasa lebih dari 50,000 akan hadir,” kata beliau ketika ditemui di kawasan stadium kira-kira 6.30 petang tadi.

Difahamkan program akan dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, solat hajat dan kuliah royalti.

Kira-kira 7 petang tadi, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir dengan diiringi timbalannya dan exco-exco kerajaan, wakil rakyat serta pegawai kerajaan negeri. / end

sumber : the malaysian insider

Perangai seorang berok


Ini adalah gambar seekor berok menunggang basikal.
Kalau anda mahu tahu cerita kawan berok ini,
sila klik gambar berok ini! / end

Umno cipta Isu supaya rakyat leka membincangkannya


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein belum memutuskan apakah dia akan mencabar undang untuk mengangkat larangan tentang sebuah buku yang diterbitkan oleh Sisters in Islam Forum (Malaysia) yang berjudul Wanita Muslim dan Cabaran Ekstremisme Islam.

Timbalan Setiausaha Agung Kementerian , Datuk Ahmad Fuad Abdul Aziz berkata menteri mempunyai 14 hari untuk mengajukan permohonan peninjauan kembali putusan Mahkamah Tinggi dan perkara ini masih dalam pembahasan dengan pihak Peguam Negara.

Pada hari Rabu, Mahkamah Tinggi membatalkan larangan Menteri Dalam Negeri keatas penerbitan tersebut selepas mendapati bahawa 215 halaman buku itu tidak merupakan ancaman terhadap ketenteraman awam.

Buku yang diterbitkan pada bulan Oktober 2005, adalah kompilasi esei berdasarkan kajian yang dilakukan oleh para ahli antarabangsa yang terkenal dan 18 para aktivis wanita. Ianya mengandungi, antara lain, membahas masalah kesan daripada gerakan Islam fundamentalis tentang hak-hak wanita.

Komen : Pegilah! Bukankah alasan Jakim sudah cukup kuat bahawa buku tersebut boleh menganggu ketenteraman awam dan boleh menjejaskan perpaduan antara kaum.Umno sengaja mahu menjadikan perkara sebegini menjadi pembahasan awam sebagaimana isu penggunaan kalimah Allah.

Umno mewarisi tabiat buruk penjajah British iaitu divide and rule. Disebalik seruan mari bersatu melalui konsep Satu Mlaysianya itu, Umno sebenarnya mahu melihat perpecahan rakyat untuk memerintah.

Umno gagal menyatukan Satu Malaysia melalui Barisan Nasional. Setiap komponen BN menghadap pelbagai masalah dalaman yang runcing . Malah Umno sendiri pun semakin lemah dan lesu gara-gara pemimpinnya lebih mementingkan tembolok masing-masing.

Sebab itu, Umno sangat takut melihat perpaduan dikalangan rakyat menerusi Pakatan Rakyat yang semakin mendapat sambutan yang menggalakan dari masa ke masa. Maka itu, Umno terpaksa mencipta isu seumpama ini dari masa ke masa supaya rakyat sibuk membincangkannya sedangkan perkara yang lebih penting seperti tekanan dan himpitan hidup akibat kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat berlaku begitu sahaja. / End

Kementerian Pelajaran Makan duit yuran MSSM


Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin - yang juga timbalan perdana menteri diminta supaya memberi penjelasan berhubung kewajaran Kementerian Pelajaran memotong bajet untuk program Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) kepada RM1.5 juta berbanding RM6 juta tahun lalu.

Pelajar sekolah diwajibkan membayar yuran sebanyak RM4 setahun bagi MSSM. Empat juta murid didharab RM4 =RM16 juta.Banyak tuh!

Kementerian perlu jelaskan kerana wang sebanyak itu adalah hasil dari kutipan murid-murid dan adalah menjadi hak kepada mereka.Duit tersebut bukan dari bajet Kementerian Pelajaran. Tiada ada alasan bagi kementerian menggunakan wang tersebut untuk perkara lain kerana wang tersebut dikutip daripada murid-murid bagi tujuan menjayakan program MSSM.

Laporan pada 13 Januari lalu, antara lain menyebut, sebelas jenis sukan - termasuk bowling, memanah, ping-pong dan kapal layar - digugurkan daripada 24 jenis sukan untuk kejohanan MSSM peringkat kebangsaan tahun ini kerana "kekurangan bajet."Acara sukan itu tidak sepatutnya digugurkan kerana ada di antaranya termasuk dalam program 'Road to London 2012'

Berita terbaru dilaporkan,bahawa Kementerian Kewangan bersetuju untuk memberikan kepada Kementerian Pelajaran bantuan tambahan sebanyak kira-kira RM700 juta bagi membolehkan bantuan untuk pendidikan yang dikurangkan pada Bajet 2010 lalu, diteruskan semula..[klik sini]
/ End

Rabu, Januari 27, 2010

Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan, Kuang


Antara para peserta lelaki

Pada 23 hingga 24 Januari yang lalu, pihak Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE) telah menganjurkan satu kursus intensif rawatan bertempat di Kuang, Selangor.

Peserta yang penuh berminat

Hampir 100 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang datang dari seluruh pelusuk negara.Terdapat juga peserta dari Sabah dan Sarawak.Malah ada juga peserta dari Berunei dan Nigeria.Kira-kira peringkat antara bangsalah juga kursus tu ...

Sedang menunggu arahan...

Pendedahan melalui rawatan menggunakan ayat-ayat al-Quran sebagai tahsin dan rukyah dengan menggunakan kaedah dan teknik AKRINE.

Cara rawatan - skaning...

Sebagai peserta baru, pendedahan tersebut mendorong saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut lagi. Ada banyak perkara yang perlu dipelajari terutamanya untuk kegunaan diri dan keluarga sendiri

Kenangan bersama Sifu...

Saya sangat berterima kasih kepada Ust. Abdul Majid Hasan selaku fasilitator kursus dan juga kepada pembantu-pembantu beliau kerana telah berjaya menganjurkan kursus tersebut.

Santapan nasi goreng yang menyelerakan...

Para peserta semuanya kelihatan gembira dan rasa-rasanya macam tidak mahu balik ke rumah masing-masing...Makan ada,tempat tido ada...korang nak apa lagi?

Ram-rammmm...Ramlah Rammmm....

Kami yang datang dari jauh tidur diruang dewan di situ bergelimpangan...Suasana malam persekitaran sunyi sepi.Tiada bunyi cengkerit atau sang katak. Tapi tahulah, masing-masing keletihan lepas perjalanan untuk ke sini dan spanjang hari itu kuliah ....Maka macam-macam bunyi dengkoran dapat didengar bersahut-sahutan.

Solat berjemaah...

Sujud bersama menyembah Yang Maha Berkuasa...

Bukan tidur sahaja,bahkan makan minum, sembahyang kami berjemaah.Rata-rata para peserta yang mengikuti kursus tersebut cenderung kepada Islam; kalau tidak siang-siang lagi mereka akan bertempiaran lari balik rumah masing-masing.Apa pula tidaknya? Kat dewan itu bergantungan gambar Tuan Guru Presiden PAS.

Praktikal bagaimana merawat pesakit

Kursus itu dibuat di Markaz tarbiah PAS Selayang! Bagi saya memanglah selesa kerana dapat bergaul dengan satu warna.

Pembawa watak 'Mak Yong'/ Kuntau Kinte!

Dan apabila tiba masa perpisahan, mulalah berasa hiba dan sayu.Entah bila akan dapat bertemu lagi.Diharap pihak penganjur akan dapat menyenaraikan nama-nama peserta dan alamat ataupun kontek nombor supaya persahabatan yang terjalin dapat terus diabadikan dan saling berhubungan.

Penuh khusyuk kealam misteri...

Semoga kita semua akan dapat berjumpa lagi dengan izin Allah, insya' Allah. Sementara itu cubalah bayang-bayangkanlah dengan melihat melalui mata hati dengan memejamkan mata....

Cak! Kembali semula ke alam maya...

Coretan oleh Sifu sendiri [di sini] Gambar-gambar lagi [klik sini] dan seterus kat bawah :

Korang faham tak...

Kumpulan yang nak tahu lebih lagi...

Jumpa lagi.
/ end.

Anjing degil menyalak ke balai polis


Ini tentu kes bengang dan bangang! Kalau tidak masakan beliau menghambur kata-kata lahanat :

“Kelihatan firaun-firaun kecil mula menyalak sana sini menuntut kepala saya dipancung!”

Tetapi siapakah sebenarnya yang sedang menyalak walaupun diarahkan supaya tutup muncungnya?

Saya tidak tahu samada firaun kecil atau firaun besar yang menyalak.Tetapi binatang yang suka menyalak tentulah binatang anjing.Gajah, kerbau malah ular tidak pernah menyalak.

Anjing ini mengingkari arahan tuannya supaya jangan menyalak. Dia rasa dirinya lebih cerdik lalu menuntut hak demokrasi untuk terus menyalak! Gong! Gong! Gong!

Anjing yang masih terus menyalak walaupun tuannya mengarahkannya supaya diam, tentulah jenis yang tidak gheti bahasa atau degil lagi liar dan perlu didisiplinkan.

Maka dia akan di hadapkan kepada Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dalam masa sebulan lagi, kita semua akan dapat tahu keputusannya. (Jangan jadi macam kes Hasan Ali dan Khalid Samad yang hingga kini masih tidak ketahuan.Khabarnya akan di umumkan pada 9 Februari depan nanti…Nantilah dan nantikan.)

Tetapi, jenis spesis yang degil lagi liar ini , walaupun muncungnya dibalut dengan diaper yang tebal berlapis-lapis, masih juga menyalak.Dia menyalak kepada PAS suruh mengambil tindakan seperti yang sama juga ke atas Khalid Samad.

“Adalah tidak adil mengenakan tindakan ini ke atas saya seorang sahaja. PAS juga perlu mengambil tindakan seperti ini ke atas Khalid (Yang Dipertua PAS Shah Alam).

Memang pekak badak sungguh rupanya! Apa perlunya PAS mengambil tindakan keatas Khalid sedangkan Sultan Selangor sendiri , Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj tidak pernah murka keatas isu yang gonggong hingga ke balai polis oleh anjing degil itu.

Malah baginda Sultan menjemput Khalid mengadap dan menitahkan beliau untuk membuat proposal dan jelaskan mengapa perlu rombakan enakmen-enakmen (berkaitan masyarakat) bukan Islam dan Khalid akan membawa pandangan Sultan Selangor kepada pucuk kepimpinan PAS. [klik sini]

Sila lihat penjelasan Khalid di sini

/ end

Buku Sisters In Islam : Jakim akur dan tidak fail rayuan?


Pada 14 Ogos 2008, Kementerian Dalam Negeri telah mengharamkan dua buah buku kerana mengandungi fakta yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenarnya. Ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam serta dikhuatiri memudaratkan masyarakat [lihat sini]

Tetapi apabila Mahkamah Tinggi membatalkan pengharaman buku “Wanita Islam dan Cabaran Terhadap Fahaman Islam Yang Melampau", Ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz hanya mampu untuk memberi nasihat sahaja…….

“Berhati-hati terhadap kandungan buku tersebut kerana mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan syariat Islam…

"Beberapa kesalahan yang jelas telah ditemui," katanya.

Menurutnya lagi, kandungan buku itu didapati bercanggah dengan Garis Panduan Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan jabatan itu pada tahun 1996.Buku tersebut boleh menimbulkan keraguan dan kegelisahan awam. [klik sini]

Kalau sudah tahu buku itu bercanggah dengan Garis Panduan Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam 1996 dan boleh menimbulkan kegelisahan awam, kenapa Jakim tidak memfailkan bantahan atau pun rayuan terhadap keputusan mahkamah tersebut?

Antara kesalahan yang jelas termasuklah mengatakan Undang-undang Keluarga Islam dan Jenayah Syariah bersifat menghukum dan mendiskriminasi wanita dan Pindaan Undang-undang Keluarga Islam dikatakan berat sebelah.

Mana menteri hal-ehwal pembangunan wanita dan sosial Dato'Shahrizat Abdul Jalil itu? Adakah beliau sendiri yang lempar batu sembunyi tangan dalam isu ini? Kita mahu tahu apa riaksi beliau dalam isu ini. / End

Katak mengenali spesisnya ..


al-KatakiDemi memperjuangkan Islam tanpa terikat dengan pendirian parti, Beghaim Al-Kataki menyeru Loyar Kulim itu untuk bersama-sama melompat ke lubuknya supaya dapat memaksimumkan pembelaannya kepada agama Islam.

Sang Katak itu juga mempelawa Loyar Kulim itu menyertai Perkasa…dah tu apa lagi? Apabila dah jadi Katak Perkasa , tentu Beghaim Al-Kataki akan ajak ikut mencium buntut si Anu…. [klik sini] / End

Selasa, Januari 26, 2010

Kemelut politik Perak menghampiri penghujungnya ...

Melihat kepada kenyataan rasmi Sekretariat Pakatan RakyatNegeri Perak , maka kini , desas desus mengatakan Dewan Undangan Negeri Perak akan dibubarkan adalah sangat berasas.

Bahawa MB Rakyat Perak, Dato Seri Ir. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin memaklumkan telah menerima surat rasmi dari Mahkamah Persekutuan, yang akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah dan mahkamah akan bersidang pada jam 9.30 hari berkenaan. [klik sini]

Selain itu, khabar angin luas merebak bahawa DUN Perak akan dibubarkan menjelang tahun baru Cina, apabila Nizar diumumkan memenangi kes itu dengan 4:1. Nizar seperti dijanjikan jika memenangi kes itu akan mengadap Paduka Seri Sultan Perak untuk membubarkan DUN.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Zambry Kudeta telah dilihat bersama dengan Perdana Menteri dalam lawatannya ke India sebagai satu perbincangan berkenaan politik Perak serta Pengerusi SPR mengadap Sultan Perak sebagai satu petanda cukup bai bahawa DUN Perak akan dibubar dan Pilihanraya baru akan diadakan.

Krisis politik Perak yang melanda hampir setahun yang lalu masih belum reda menyebabkan kedudukan kerajaan kudeta Zambry umpama telur di hujung tanduk.Tiada apa-apa kemajuan dan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan kudeta Zambry, berbanding dengan era pentadbiran Pakatan Rakyat dibawah DS Ir Nizar.

Himpunan 10,000 Pemuda PAS Perak pada 31 Januari di Darul Taalim, Selama, akan memperlihatkan semangat dan komitmen perjuangan. (Sila lihat banner diatas blog ini)

Dengan adanya pilihanraya ini nanti, dapatlah rakyat Perak diberikan hak mereka untuk memilih kerajaan yang mereka mahukan.Samada mahukan UBN atau Pakatan Rakyat.

Kita berharap SPR akan melaksanakan tugasnya dengan telus dan adil supaya proses PRU dapat disempurnakan dengan sebaik-baiknya.Maka dengan ini, adalah diharapkan kemelut politik Perak akan sampai ke penghujungnya dimana rakyat negeri Perak akan dapat hidup aman dan makmur dan hanyalah dengan memilih Pakatan Rakyat , jaminan tersebut akan tercapai . / end

Sabtu, Januari 23, 2010

Rokok adalah haram di Pahang - majlis fatwa negeri

Majlis fatwa negeri Pahang mengambil ketetapan mengharamkan rokok.Itulah yang saya dengar menerusi warta berita tevee malam sebentar tadi.

Saya tidak pasti apakah langkah-langkah susulan yang akan diperkemaskan oleh pentadbiran Pahang bagi melaksanakan ketetapan pengharaman merokok tersebut.

Tentunya kita tidak mahu melihat perlaksanaannya sekadar menjadi bahan senda gurauan rakyat.

Sama seperti kempen mengharamkan rokok disekolah-sekolah atau mana-mana jabatan kerajaan.Pernahkah kita dengar ada sesiapa yang kena tangkap? Bilangan rakyat merokok terus bertambah tidak bekurangan walaupun harga rokok semakin mahal.

Kempen merokok yang dilancarkan kerajaan pun diakui gagal mencapai matlamatnya.Menghabiskan duit sahaja buat kempen.

Kita berharap negeri Pahang akan memperkemaskan keputusan fatwa negeri tersebut tentang pengharaman merokok itu termasuklah menguatkuasakan larangan penjualannya secara terbuka.Mampukah Pahang melakukannya?/ end

Sultan Selangaor sedia mendengar pandangan Pakatan Rakyat

Setelah keluar dari Istana Kayangan kira-kira jam 1 petang tadi, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memberitahu wartawan bahawa beliau begitu menjunjung kasih dengan nasihat-nasihat yang dititahkan oleh Tuanku Sultan.

Beliau memuji sikap terbuka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj, yang menyatakan kesediaan baginda untuk mendengar pandangan semua pihak.

Beliau menganggap Sultan Sharifuddin sebagai seorang pemimpin yang bersikap toleransi dalam melihat beberapa isu mutakhir yang membabitkan umat Islam dan masyarakat bukan Islam di Selangor.

"Tuanku menitahkan kita untuk membuat proposal dan jelaskan mengapa perlu rombakan enakmen-enakmen (berkaitan masyarakat) bukan Islam," jelasnya. Beliau akan membawa pandangan Sultan Selangor kepada pucuk kepimpinan PAS.

Kesempatan mengadap baginda itu, beliau turut menjelaskan beberapa proses pembangunan serta pembaharuan yang dibangunkan di Shah Alam. [klik sini]

Komen : Tahniah kepada Khalid kerana mendapat penghormatan baginda Sultan diatas sikap toleransi dan terbuka beliau sendiri dalam menangani isu yang membabitkan Islam dan masyarakat bukan-Islam.

Kenapa tidak dipanggil sama Datuk Hasan Ali bersama? Saya tidak mahu komen lanjut tentang hal ini; risau beliau (Hasan) akan bertambah kecil hatinya kerana tidak dijemput sama untuk mengadap/ end

SPRM kambus isu sebenar dengan pasir?

Cerita macam harga enjin jet yang hilang....mula-mula katanya satu, kemudian dua. Dinilaikan RM50 juta satu enjin.Kemudian susut nilainya ; hanya RM303,570.00 dan bukannya RM50 juta atau RM28 ...

Maka begitu juga dengan isu pasir untuk Singapura. Ada yang melihat seolah-olah SPRM sedang mengambus isu kematian kejam Teoh Beng Hock (TBH) dengan pasir untuk Singapura .Orang ramai seakan-akan melupakan tragedi kematian TBH yang ada kaitannya dengan siasatan SPRM.

Harap-harap tragedi dahsyat TBH itu tidak berulang lagi kepada mereka yang sedang direman oleh SPRM.

Yang jadi panas isu pasir ini kerana Mahathir mendakwa 700 lori pasir masuk ke Singapura setiap hari. Mula-mula ada yang kata 500 lori ? Terbaru dikatakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Mohamed Khalid Yusuf; hanya 10 lori pasir sahaja setiap hari.

Berapa banyak jauh bezanya tuuu! Mana satu yang cakap bohong? [klik sini] / end

Muzakarah Pakar : Pak Lah meracau dalam tidurnya

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa muzakarah anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) semalam sebenarnya tidak membuat apa-apa resolusi.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Mohd Nur Manuty dan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga turut menafikan berita tersebut. Lihat sini

Penjelasan tersebut sekaligus dilihat berbeza dengan berita 'God bukan Allah -Ikim' seperti yang dilaporkan akhbar harian bahawa ahli muzakarah sebulat suara bersepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi ganti nama 'God' atau 'Tuhan' adalah tidak tepat, lapor Harakahdaily

Kelmarin, akhbar perdana tempatan melaporkan bahawa Pengerusi Ikim Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata Muzakarah Pakar itu merumuskan bahawa terjemahan kalimah Allah sebagai “God” juga menyalahi hakikat sebenar kerana bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjurkan oleh agama Islam di Malaysia.

“Dalam perbincangan ini, kita semua setuju bahawasanya kita perlu menghormati dan menjunjung Perlembagaan Malaysia yang memberikan kebebasan beragama diteruskan dalam suasana aman dan harmoni,” katanya pada sidang akhbar selepas muzakarah itu.

Tak sangka , Pengerusi Ikim yang merupakan mantan PM yang tabiatnya suka tidor dikhalayak ramai ini rupa-rupanya nya sedang mengigau waktu buat kenyataan tersebut . Apasal meracau sampai macam tu sekali? / end

Jumaat, Januari 22, 2010

Terjemahan kalimah Allah sebagai God adalah tidak tepat - Muzakarah Pakar


KUALA LUMPUR, Jan 21 — Muzakarah Pakar yang disertai tujuh ilmuwan Islam, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) hari ini bersetuju penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan atau ganti nama kepada “God” adalah tidak tepat.

Pengerusi Ikim Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar) berkata muzakarah itu merumuskan bahawa terjemahan kalimah Allah sebagai “God” juga menyalahi hakikat sebenar kerana bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjurkan oleh agama Islam di Malaysia.

“Dalam perbincangan ini, kita semua setuju bahawasanya kita perlu menghormati dan menjunjung Perlembagaan Malaysia yang memberikan kebebasan beragama diteruskan dalam suasana aman dan harmoni,” katanya pada sidang akhbar selepas muzakarah itu.

Tujuh pakar itu ialah Prof Madya Dr Kamar Oniah Kamaruzzaman dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa; Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin; Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang; anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Mohd Nur Manuty; bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Ikim Dr Mohd Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Ikim Md Asham Ahmad.

Muzakarah bertajuk “Terjemahan God Sebagai Allah: Mengenalpasti Punca Permasalahan dan Penyelesaiannya” berlangsung selama lapan jam dari pukul 8.30 pagi, dipengerusikan Ketua Pengarah Ikim Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.

Abdullah berkata muzakarah itu berjaya mencapai matlamat penganjurannya iaitu mengenal pasti punca dan penjelasan latar belakang permasalahan daripada perspektif agama, bahasa, sosial dan undang-undang. “Muzakarah ini juga dapat menegaskan kefahaman dan konteks penggunaan Allah dalam Al-Quran, memurnikan tafsiran ke atas sumber-sumber hukum Islam berkaitan kebenaran penggunaan kalimah Allah oleh agama dan budaya selain Islam dan membentuk kesatuan fikiran di kalangan tokoh agama serta pemimpin umat Islam,” katanya.

Abdullah berkata pendirian muzakarah itu akan dibawa kepada perhatian kerajaan dan akan dibincangkan dalam siri muzakarah akan datang bertajuk “Mengurus Krisis Antara Agama” anjuran IKIM pada 25 Jan ini.

Beliau berkata muzakarah yang membabitkan semua pemimpin agama serta Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) bertujuan mengenal pasti krisis, jalan penyelesaian dan mencari persefahaman untuk keharmonian semua kaum di negara ini.

Abdullah berkata Ikim berharap agar semua penganut agama menghormati batas-batas agama masing-masing agar tidak berlaku lagi kekecohan seperti yang berlaku pada masa ini.

Dalam pada itu Abdullah juga berkata perbincangan antara agama perlu diamalkan sebelum melangkah ke mahkamah untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

“Sebenarnya, insya-Allah, kita boleh menyelesaikan krisis-krisis agama dengan cepat,” kata beliau./ end

sumber

Khamis, Januari 21, 2010

Bajet hospital pun dipotong...

Pada tahun ini, di fahamkan yang kerajaan telah pun memotong bajet hospital kepada hampir separuh daripada jumlah bajet pada tahun sebelum ini. Sebagai contohnya, jika sesebuah hospital itu menerima RM40 juta pada tahun lepas, tahun ini hanya RM20 juta sahaja diberikan.

Apakah implikasi pengurangan bajet ini? Terlalu banyak untuk disebut. Seperti yang mana kita sedia maklum, hospital-hospital kerajaan menjadi tempat rakyat-rakyat yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan.

Dengan kos yang minima, rakyat boleh menikmati rawatan yang sewajarnya. Namun, oleh kerana pengurangan bajet ini, pihak hospital terpaksa mengambil langkah-langkah yang drastik supaya bajet yang sedikit ini dapat menampung perbelanjaan pengurusan.

Sebagai contohnya, pihak hospital sekarang tidak lagi dapat menyediakan ubat-ubatan yang diperlukan. Malah, ini telah menyukarkan para doktor untuk merawat pesakit kerana tiadanya bekalan ubat yang sepatutnya.

Ada pesakit yang marah kepada doktor bila tidak mendapat ubat yang biasa mereka dapat. Dipihak doktor, tiada apa yang boleh kami lakukan kerana bekalan yang tiada ini amat menyusahkan kami.. baca lagi di sini / end

Datuk Mustapha Mohamad dan Datuk Dr Awang Adek berhati busuk - Salleh Abbas


Salleh Abas: Menteri tak faham undang-undang jangan cakap isu royalti
Oleh Mohd Zuharman

KUALA TERENGGANU, Jan 21 — Bekas ketua hakim negara Tun Mohd Salleh Abas berkata, ahli-ahli politik termasuk anggota jemaah menteri dari Umno, yang tidak mahir tentang undang-undang pembangunan petroleum tidak wajar memperkudakan isu pertikaian wang royalti antara kerajaan negeri dan pusat khususnya dalam tuntutan Kelantan sekarang.

Oleh itu tegas beliau, dari segi undang-undang, rakyat kini seolah-olah dikelirukan oleh ahli-ahli politik yang berfikiran sempit tentang selok-belok perundangan dalam isu tuntutan royalti minyak oleh Kelantan dan Terengganu.

“Persoalan yang ada di hadapan kita semua sekarang ialah berkaitan hak sesebuah negeri dalam menuntut royalti dari Petronas, bukannya dari kerajaan pusat.

“Orang ramai mesti faham perkara ini. Sekali lagi saya tegaskan, bukanya dari kerajaan pusat.

“Kerajaan pusat juga mendapat royalti dari Petronas,” kata beliau ketika ditemui di kediamannya di sini.

Timbulnya penafian hak oleh kerajaan pusat terhadap Terengganu dan Kelantan dalam isu tersebut, beliau berkata adalah kerana terdapat unsur politik, lantaran dendam kesumat pemimpin Umno terhadap PAS.

Salleh merujuk sejarah pembayaran royalti minyak kepada Terengganu sebanyak lima peratus, yang dibayar dua kali setahun semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Namun kata beliau, hak itu disekat selepas berlaku peralihan kuasa kerajaan negeri kepada PAS pada 1999. Terengganu dikuasai PAS pada 1999 manakala Kelantan diambil alih oleh PAS sejak 1990.

Salleh antara individu terlibat langsung dengan penubuhan Petroliam Nasional Berhad pada 1974 yang terikat dengan Akta Pembangunan Petroliam 1974 amat memahami matlamat awal penubuhannnya terlalu kecewa terhadap kesulitan yang sedang berlaku sekarang ini. “Ia tidak lain semata-mata kerana hati busuk sesetengah pemimpin Umno. Dulu Terengganu. Sekarang Kelantan pula dinafikan haknya,” katanya.

Mengulas lanjut, isu tuntutan royalti minyak kini dicemari pelbagai tafsiran tidak jelas dari mereka yang tidak mahir dengan undang-undang kerana politik telah mengatasi kepentingan rakyat.

Tegasnya, bab undang-undang perlu ditelaah secara mendalam oleh ahli politik sekiranya perkara itu ingin dicanangkan kepada rakyat bukannya bercakap berdasarkan kepentingan politik peribadi kerana semata-mata ingin menonjolkan diri di mata ketua.

“Saya amat berharap kepada Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Pengerusi Petronas akan membuat penjelasan yang sebaik mungkin demi kebaikan rakyat terhadap hak sebenar dalam menuntut royalti minyak ini,” katanya.

Tengku Razaleigh dijadual memberi penerangan berhubung perkara berkaitan itu di Stadium Sultan Mohd IV di Kota Baru pada 28 Jan ini.

Ditanya beberapa kerat pemimpin Umno Kelantan cuba menjadi hero menafikan hak itu, Saleh berkata, “itulah sifat rakyat yang cuba derhaka pada negeri sendiri.”

Menurutnya situasi begitu tidak menjadi satu perkara yang menghairankan jika tentangan itu datangnya daripada rakyat negeri lain.

“Kalau itu boleh dikira sebagai hasad dengki tetapi kalau dari rakyat negeri sendiri, susahlah nak kata apa pada mereka ini,” ujarnya.

Sebelum ini dua rakyat kelahiran Kelantan dalam jemaah iaitu Datuk Mustapha Mohamad dan Datuk Dr Awang Adek Husein dilabel sebagai tidak ‘cakna’ terhadap kepentingan rakyat negeri sendiri apabila mengambil langkah cuba menolak hak royalti Kelantan sebaliknya terus mempertahan pemberian wang ihsan.

Pemberian wang ihsan kepada Kelantan diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahun lalu sebagai ganti royalti dan ia akan dibayar tahun ini.

Ketika diminta mengulas cabaran pemimpin Umno agar isu tersebut dibawa ke mahkamah beliau berpendapat langkah itu adalah pilihan terakhir selepas gagal menemukan titik penyelesaian melalui perundingan.

“Kalau kita tengok kes Terengganu, kes sama lah tu, hingga sekarang masih belum selesai,” katanya.

Menyentuh mengenai pembayaran wang ihsan, Salleh menambah, ia wujud setelah Kelantan membuat tuntutan Royalti.

“Kenapa dulu tidak diberi wang ihsan itu?” soalnya.

“Apa-apa pun yang penting sekarang ini kita semua perlu kembali kepada undang-undang yang dibuat. Khususnya yang berkaitan dengan hak sesebuah negeri terhadap hasil mahsul mereka.

“Dan sesungguhnya itu lah hasrat sebenar penubuhan Petronas,” katanya sambil menyifatkan selagi politik keperibadian menguasai nafsu individu, selagi itu hal ini akan berpanjangan.

Sehubungan itu beliau menyarankan kepada mereka yang tidak terlibat dalam bidang perundangan termasuk menteri-menteri agar berhenti bercakap hal tuntutan royalti yang dibuat kerajaan Kelantan kerana rakyat bukannya bodoh.

“Selagi banyak mereka bercakap hal ini, semakin jelaslah kebodohan dan kedangkalan mereka terhadap undang-undang negara ini,” tambah beliau./ end

Rabu, Januari 20, 2010

Kisah Pasir Berdengung : 5 negeri terlibat?

Pada mulanya, isu penjualan pasir hanya melibatkan negeri Johor sahaja.Rupa-rupanya sangkaan saya itu meleset jauh.SPRM mendedahkan sindiket tersebut melibatkan penjawat awam di lima negeri untuk mempercepatkan proses permohonan kegiatan perlombongan pasir.Maknanya ada lima negeri yang terlibat? Masya'Allah ini betul-betul kes berdengung! Rupanya ada 5 buah negeri Pasir Berdengung di negara kita? bacalah seterusnya berikut :

PUTRAJAYA, Feb 20 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 34 orang di lima negeri, termasuk dua ahli politik dan dan penjawat awam, kerana dipercayai menerima rasuah wang tunai dan nikmat seksual, melalui satu tindakan besar-besaran keatas kegiatan haram perlombongan pasir.

34 yang ditangkap dijangka akan dihadapkan di mahkamah besok.

Dengan penangkapan itu, SPRM yakin telah berjaya membongkar satu sindiket yang terlibat dalam penyeludupan pasir ke negara jiran. SPRM tidak menamakan negara jiran tersebut.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini merungut tentang mengapa pasir masih lagi dijual kepada Singapura.

Masalah ekspot pasir ke Singapura adalah isu poltik yang sensitif kerana melibatkan hubungan dua hala antara kedua negara yang pernah bertelagah di masa lalu kerana sengketa penjualan pasir dan air.

"Kami telah menangkap 34 yang dituduh. Dua puluh empat adalah daripada sektor kerajaan, tiga daripada sektor swasta dan lima adalah orang awam.

"Kami juga menangkap satu petugas khas dan satu setiausaha peribadi seorang ahli politik," Timbalan Ketua SPRM, Komisioner Datuk Mohd Shukri Abdull berkata dalam sidang akhbar di sini petang ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan dari negeri mana mereka yang ditahan.Sebelumnya ini, seorang pembantu kanan ahli politik PKR Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah ditangkap.

Hussein Ahmad, setiausaha eksekutif Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Sumber Alam dan Pembangunan Keusahanaan Selangor , Yaakob Sapari, ditahan di pejabatnya di Shah Alam.

Mohd Syukri berkata semua penangkapan itu adalah sebahagian daripada tindakan tegas menumpaskan sindiket penyeludupan pasir.

"Tahun lalu, kami menerima 410 laporan mengenai penyeludupan pasir tetapi kami hanya mula penangkapan kami minggu lalu.

"Mereka semua akan didakwa dibawah seksyen 16 Akta Suruhanjaya Anti Rasuah,"katanya.

Mohd Syukri mengatakan rasuah tersebut melibatkan sekurang-kurangnya satu kes tawaran seksual kepada penjawat awam di lima negeri untuk mempercepatkan proses permohonan kegiatan perlombongan pasir.

Beliau mengatakan bahawa setakat ini, SPRM telah merampas RM50,000 daripada wang rasuah RM280,000 yang dipercayai telah dibayar.

Beliau enggan mendedahkan butiran lebih lanjut, tetapi menegaskan bahawa penangkapan lebih banyak adalah dijangkakan. / end

Penggunaan kalimah Allah menurut Ust Ahmad Awang

Pendirian PAS berpegang kepada fakta penggunaan perkataan ALLAH berpandukan kepada tiga kategori lafaz ALLAH yang disebut dalam Al-Quran berulang kali sejumlah tidak kurang dari 2,800 kali keseluruhannya. Tidak ada keterangan nas yang qat‘ie (putus/tegas) melarang penggunaan kalimah ALLAH bagi orang bukan Islam.

Yang dilarang dan menyebabkan orang yang menyebutnya itu kafir samada mereka itu musyrik penyembah berhala atau Yahudi dan Nasrani adalah disebabkan mereka menukar konsep tauhid kepada syirik. Memang tepat apabila PAS bersedia berdialog dengan mana-mana pihak pun supaya lafaz ALLAH tidak menimbulkan penghinaan ke atas kalimah suci “lafz al-jalalah” itu seperti umpamanya meletakkan kalimah ALLAH pada patung Jesus (Isa Al-Masih) atau Mary (Maryam).

PAS sudah memulakan langkah dakwahnya apabila Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar merangkap AJK PAS Pusat bersama beberapa orang rakannya dari pimpinan PAS Pulau Pinang mempelopori suatu majlis dialog dengan ratusan penganut agama Kristian di sebuah dewan Gereja Katolik di Island Glades, Pulau Pinang. Beliau juga berdialog dengan paderi Kristian di Parit Buntar dan Bagan Serai.Baca lagi di sini / end

Kemana Muhyiddin Yasin pergi?Tolong buat aduan polis dia hilang

Malaysiakini melaporkan Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari di Shah Alam tengah hari ini.

Menurut sumber-sumber, satu laporan telah dibuat kepada SPRM terhadap Hussein Ahmad, setiausaha kerja exco tersebut berhubung dakwaan rasuah membabitkan penjualan pasir. [klik sini]

Ini cerita pasal ‘Hantu Pasir’ di Johor yang angkut beratus-ratus lori pasir ke Singapura itu apa cerita? Mahathir sudah buka cerita di blognya kelmarin , tetapi bila SPRM akan mula siasat?

Sehingga kini belum ada apa-apa penafian dibuat oleh kerajaan Johor.Kalau tidak ada penafian, maka cerita Mahathir itu tentulah betul. Kalau tidak sudah tentu Muhyiddin anak Pak Yasin itu akan marah dan melenting! Hello…Hello…mana Muhyiddin Yasin nih?

Harap orang Johor buatlah report segera tentang kehilangan…Muhyiddin Yasin. Pasir Johor masih banyak melambak; tapi Muhyiddin Yasin itulah seorang sahaja yang kita sangat harapkan-harapkan untuk membela Melayu Johor…. Mana hilangnya kamu Muhyiddin?/ end

Hari memperingati tragedi rampasan kuasa negeri Perak

DS NizarSelasa 20 Jan, Ipoh : Pada jam 9.00 pagi tadi bertempat di kediaman DS Ir Nizar Jamaluddin telah diadakan satu majlis sempena memperingati satu tahun tragedi rampasan kuasa negeri Perak.

Program santai sambil minum pagi diperkarangan kediaman tersebut adalah anjuran Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Perak telah menjemput sama pihak media dan juga beberapa blogger tempatan.


sorry
Kelihatan beberapa Adun Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menghadiri majlis tersebut diikuti dengan kehadiran pihak media dan blogger yang memenuhi ruang khemah yang disediakan.

sorry
Nizar dalam ucapannya menyatakan, walaupun mereka tanpa apa-apa kuasa, mereka tetap meneruskan memberikan khidmat kepada rakyat sebagai wakil yang dipilih rakyat dengan menyampaikan mesej atau suara rakyat.

sorry
“Selama 11 bulan kami mentadbir negeri Perak, Pakatan Rakyat telah melaksanakan 5 prinsip penting dalam pentadbirannya – keadilan, beramanah, ketelusan, kewibawaan dan berkebajikan.”

sorry
“Rakyat mahukan daripada sebuah kerajaan, keadilan yang ditegakkan tanpa mengira bangsa dan agama, dalam masa yang sama rakyat mahu pemimpin mereka terdiri dari mereka yang beramanah, bukannya yang tidak jujur dan menzalimi rakyat.

sorry
Nizar juga menempelak pentadbiran kerajaan kudeta Zambry yang banyak meniru daripada apa yang pernah dibuat oleh Pakatan Rakyat.

sekretariat wanita PR
Umpamanya, derma siswa pengajian tinggi, kerajaan Negeri PR telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM 2.4 juta untuk tujuan derma siswa kepada anak-anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran Ke IPTA.Sebelumnya, kerajaan BN memberikannya dalam bentuk pinjaman dan perlu dibayar semula termasuk faedahnya.


Pada peringkat awal pentadbirannya, kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang mendokong konsep negeri berkebajikan telah melaksanakan program kebajikan untuk rakyat. Umpamanya , telah memperuntukan RM 1 juta untuk membantu golongan miskin tegar dan ibu tunggal dengan pemberian beras, gula, minyak masak dan wang tunai kepada 5,000 orang miskin tegar di seluruh negeri Perak.

Laporan lanjut akan menyusul / end

Potong-potong UBN


Iklan potong-potong yang begitu popular kebelakangan ini benar-benar mempengaruhi kerajaan pusat apabila kerajaan UBN turut bertindak memotong beberapa peruntukan jabatan-jabatan kerajaan mulai awal tahun ini.

Pertama yang mendapat riaksi negatif apabila kempen potong-potong ini dilaksanakan oleh kerajaan UBN ialah ibubapa dan murid-murid di asrama penuh (SBP) apabila pihak Kementerian Pelajaran mengurangkan peruntukan dari RM27 bilion kepada RM25 billion bagi peruntukan sekolah-sekolah yang mempunyai asrama terutama Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Kerajaan Umno/ Barisan Nasional (UBN) ini yang tidak prihatin apa yang patut diutamakan dalam kebajikan rakyat jelata. Tindakan seperti ini memperjudikan nasib pelajar kerana kebanyakan pelajar yang tinggal di asrama adalah pelajar luar bandar dan ada juga merupakan pelajar terpilih kerana potensi mereka memberangsangkan.

Malaysia negara kaya dengan pelbagai sumber negara.Bandingkanlah dengan Singapura yang jauh lebih maju daripada kita.Ini menunjukan bahawa para pemimpin UBN tidak pandai mentadbir negara.

Menurut kata seorang rakan, Jabatan-jabatan kerajaan juga mengalami peruntukan yang terhad.Khabarnya, mereka sekadar menerima 25% sahaja peruntukan daripada kebiasaannya.

Jumlah sebanyak itu, menurut kata rakan saya itu hanya cukup bagi peruntukan barang perolehan.Katanya lagi, untuk membuat tuntutan amat tidak mencukupi.Sudah tentu akan kecuh tidak lama nanti sebab peruntukan perjalaan adalah keperluan bagi mereka yang terpaksa keluar bagi melaksanakan tugas pemantauan dan sebagainya.

Tindakan potong-potong ini perlu kita lakukan terhadap UBN dalam pilihanraya ke-13 nanti.Mesti potong-potong itu UBN./ end

Selasa, Januari 19, 2010

Tan Sri Muhyidin Yasin kena jawab : Siapa hantu pasir itu?

Kenyataan yang telah dibuat oleh Datuk Shaziman mengenai lori pasir 500 buah (atau lebih) yg penuh dengan muatan pasir dibawa ke Singapura diakui oleh PTG bahawa memang benar berlaku

Pasir silika tidak sampai 10% pasir manakala selebihnya adalah sumber daripada beberapa buah sungai dalam negeri Johor yang dijual ke Singapura setiap hari. Pihak PTG berkata jika ianya benar silika sepatutnya pihak yang buat kenyatan atau perakuan adalah Jabatan Mineral dan Galian.

Namun mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana ada ‘Hantu Pasir’ yang sangat besar di negeri Johor yang merelakan dan menghalalkan penjualan pasir kita kepada negara berkenaan.

Tidak syak lagi penjualan pasir ke Singapura di buat secara terang-terang dengan menukar nama amnya pasir kepada nama saintifiknya silika. Undang-undang negara kita hanya mentakrif bahan pasir sebagai bahan yang tidak boleh di jual kepada Singapura.

Oleh itu selain dari pasir boleh di jual walaupun ianya adalah bahan yang sama. Sebenarnya penjualan ini melibatkan orang-orang yang berpengaruh di Negara ini samada dari gulungan ahli politik atau dari kalangan istana.

Adalah mustahil ianya di lakukan oleh orang-orang biasa yang tiada kuasa.Yang sebenarnya mengadai negara kita adalah orang-orang yang berpengaruh.

Kenyataan Mahathir di blognya:

1. Menteri Kerja Datuk Shaziman Abu Mansor mengatakan bahawa sehari-hari 500 lori membawa pasir dari Johor ke Singapura. Seorang teman mengatakan kepada saya bahawa itu bukan 500. Ini adalah 700. Itu banyak pasir.

2. Saya pikir kami sudah berhenti menjual banyak lori tanah kami ke Singapura. Tapi teman saya menjelaskan bahawa pasir tidak pasir. Ini adalah pasir silika.

3. Singapura memerlukannya untuk membuat microchip. Saya tidak tahu berapa banyak pasir masuk ke dalam microchip yang kecil. Harus banyak jika mereka memerlukan banyak 700 lori pasir per hari.

4. Menjual bahan mentah memberikan sedikit pulangan. Lebih baik untuk menambah nilai dengan memproses bahan mentah.

5. Tidak mungkin sukar untuk menghasilkan silika dari pasir silika. Kilang kaca melakukan itu (menurut saya) sepanjang masa. Dan kita mempunyai kilang kaca di Malaysia. Mengapa tidak menghasilkan silikon wafer dan menjualnya ke Singapura?

6. Saya pikir seseorang tidak mengatakan yang sebenarnya .
Siapa boleh jawab soalan 'Siapa hantu Pasir ini? Tentulah Tan Sri Muhyidin Yasin kena menjawabnya / end

Bincang Kemelut Politik dan Ekonomi Melayu : Apa agenda sebenarnya?


Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS)khabarnya mahu menjemput PAS untuk bersama bagi membincangkan kemelut politik dan ekonomi orang Melayu .

DPMMS inginkan isu perpecahan yang semakin berlaku di kalangan orang Melayu dibincangkan terutama membabitkan kemelut dalam politik serta kedudukan ekonomi orang Melayu yang semakin lemah.

Tetapi apakah sebenarnya agenda mereka di sebalik program tersebut? Naib presiden PAS Salahuddin Ayub telah menolak jemputan tersebut dan memberitahu, “Situasi ekonomi dan politik sekarang sebenarnya berpunca daripada tindak-tanduk pentadbiran Umno selama 50 tahun yang lalu: jangan Tan Sri Rozali berpura-pura tidak tahu.

“Jangan hendak heret kami, PAS dalam isu ini. Jangan hendak nak heret parti lain dalam masalah ini.

“Pihak Umno yang bertanggungjawab kepada segala masalah ini, yang patut bertanggungjawab ialah Umno, bukannya parti lain,” katanya.

“Kita akan melihat dalam gambaran yang lebih besar... kami bukan sahaja mahu memperkukuhkan ekonomi orang Melayu, yang lebih adil tetapi juga memastikan manfaat dirasai oleh kaum lain... biar kita bina kaedah untuk semua,” katanya./ end

Teguran untuk PAS Perak

Kita merasakan bahawa PAS Perak sudah tidak perlu untuk berspekulasi bilakah pilihanraya akan berlaku di negeri itu kerana sejarah UMNO BN tidak pernah mahu melepaskan sesatu yang telah dipegangnya. Ia tamsil seekor kucing yang telah dapat membaham ikan di mulutnya... dibantai dan dikejar ke manapun kucing itu tetap tidak akan melepaskan ikan yang sudah ngap di mulutnya. [klik sini] / end


Isnin, Januari 18, 2010

Keluhan rakyat yang Umno abaikan

Ramai Ibubapa yang anak mereka dihantar ke asrama di sekolah kerajaan bersungut dan mengeloh kerana tidak berpuas hati.

Macam mana mereka tidak berpuas hati - mereka terpaksa ambil balik anak-anak mereka diasrama pada setiap petang Jumaat selepas habis kerja kerana pihak sekolah hanya menyediakan makanan bagi murid-murid asrama.

Seorang ibu yang tinggal di Ipoh mengeluh bercampur geram kerana terpaksa mengambil anaknya yang berada diasrama sekolah yang berasingan.

"Betapa susahnya saya kerana terpaksa pergi ke dua tempat dalam satu hari yang sama - seorang di Bagan Serai dan seorang lagi di Teluk Intan.Pergi ambil dan hantar balik anak-anak setiap hujung minggu!" Keluh ibu lima anak yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan sebagai kerani biasa.
"Itu semua pakai duit; dengar tak lama lagi harga petrol akan dinaikan lagi, makin susahlah duduk bawah BN macam ini!"
Marah sungguh si Ibu bila mengenangkan soal perbelanjaan yang semakin menghimpit kehidupannya, rakyat gulungan pertengahan. Apatah lagi mereka yang sudah sedia susah yang hidupnya umpama kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu dapat...

"Nampaknya, hujung minggu kami sudah tidak boleh hendak kemana-mana lagi kerana terpaksa mengisahkan hal anak-anak mengambil dan menghantar mereka ke asrama ini" katanya lagi.

Dia menerangkan lagi masalah yang perlu dihadapi dengan kepulangan anak-anak di setiap hujung minggu dengan katanya, "Anak-anak yang balik tentunya bawa bersama pakaian mereka yang perlu dibasuh ...bawa buku untuk ulangkaji dan buat homework...bukankah ini semua menyusahkan mereka yang sepatutnya tidak perlu mengangkut kesana kemari benda-benda tersebut?"

"Kalau budak-budak ini tidak balik ke rumah , makan minum mereka kenalah bayar sendiri dengan membeli dikantin sekolah; bukannya murah, mahu guna RM20/ untuk dua hari itu.Kalau dah lapan hari...." Dia merenung kelangit mencongak angka untuk dibandingkan dengan jumlah pendapatan keluarganya yang dalam lingkungan RM3 ribu.Tolak duit rumah, duit kereta ....Terkebil-kebil matanya, terlopong mulutnya.

Begitulah rungutan ibubapa apabila peruntukan Bantuan Makanan Asrama telah dikurangkan. Dilaporkan, ibu bapa yang berpendapatan melebihi RM5,000 sebulan akan dikenakan bayaran RM3.00 sehari berbanding hanya RM1.00 sebelumnya. / end

Kenapa Husam dan Takiyuddin sanggah tulisan Kickdefella


Bagaimana jumlah RM 23 juta yang merupakan harga bagi tingkat bawah Bazar itu yang akan diperolehi semula oleh Kerajaan boleh dikatakan kerugian?

Jika ia dikatakan kerugian, itu bukan rumusan ekonomi tetapi sebuah karya seni. Apa motif karya seni dihasilkan sedemikian, terpulang.

Demikian sanggahan YB Datuk Husam Musa dalam tulisanya Cerita Bazar yang jelas ditujukan terhadap sebuah artikel tulisan Kickdefella.

Dalam artikel tersebut, Kickdefella mendakwa :

Kerajaan Negeri akan kehilangan hampir RM50 juta. Hampir RM30 juta ialah kehilangan dari hasil pemberian tanah Kerajaan Negeri kepada Sensa Timur dan RM23 juta kerana menebus maruah Tok Guru dengan mengambil balik tingkat bawah Bazar Tok Guru. Ini adalah jasa besar Almenantunya Nik Aziz yang bernama Abdul Ariffahmi Ab. Rahman. [klik sini]

Komen : Saya lihat bahawa kenyataan Husam Musa kali ini seiring sejalan dengan apa yang Takiyudin nyatakan sebelum ini. Husam menyanggah tulisan blogger Kickdefella yang selama ini ramai menganggapnya sebagai blogger suruhannya. Dan apabila tulisan Kickdefella berhubung perkara tersebut keluar, ramai yang menuding jari kepada Husam sebagai pembocor maklumat mesyuarat exco ....Peduli apa itu semua! Dont kill the messenger - itu pesan Bakaq Penarik Beca.

Saya ingin merujuk kepada kenyataan Takiyuddin yang saya muatkan dalam entri saya di sini :

1) “Sebagai timbal balas, syarikat itu memberikan aras satu dan dua yang bernilai RM40 juta kepada kita."

Komen saya ialah - mengapa aras satu dan dua tetapi bukan aras bawah? Bukankah pada mulanya TGNA berjanji kepada para peniaga akan memperuntukan aras bawah itu kepada mereka?

Lagi kata Takiyuddin :

2) “Saya juga ingin tegaskan bahawa tidak timbul isu kerajaan negeri rugi RM30 juta untuk nilai tanah tapak itu kerana kita mendapat pulangan sebuah bangunan tanpa mengeluarkan sebarang modal,” katanya.

Komen saya : Sensa Timur telah diberikan 3.36 hektar tanah yang anggaran nilainya RM30 Juta untuk selama 99 tahun sebagai imbal balasnya.Apakah imbal balas ini tidak memadai?

Bahawa tindakan untuk membeli aras bawah ini adalah setelah timbul rungutan para peniaga yang tidak berpuas hati kerana PMBK memungkiri persetujuan yang diberikan pada awalnya.

Kalau Ariffahmi bijak menguruskan perjanjian kerjasama tersebut, sudah tentu PMBK tidak perlu membayar dengan harga RM23 juta kepada Sensa Timur kerana telah diberikan tanah yang bernilai RM30 juta itu.

Tanpa membayar RM23 juta itu barulah kita akur sebagaimana kenyataan Takiyuddin bahawa “...kita mendapat pulangan sebuah bangunan tanpa mengeluarkan sebarang modal,” / end.

Wacana Wahhabisme


Kangar Januari 16: Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini mengemukakan laporan polis terhadap sebuah sidang wacana di sekte Islam, Wahhabisme, oleh sebuah organisasi non-pemerintah.

Dia membuat laporan di balai polis Kangar pada 3:15 terhadap cadangan oleh Pertubuhan Sejahtera Muafakat Malaysia (muafakat) untuk menganjur wacana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) pada 24 Nov.

Shahidan, yang merupakan Ketua Bahagian Arau UMNO, mengatakan kepada wartawan kemudian itu perlu mengadakan semacam wacana kerana hanya akan membuat perpecahan di kalangan umat Islam.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa muafakat akan menganjurkan wacana untuk menganalisis ideologi Wahhabisme, yang dikatakan mempunyai perbezaan drastik dengan Islam Sunni, cabang terbesar Islam. / end

Ahad, Januari 17, 2010

Tidak timbul isu kerajaan negeri rugi RM30 juta : Takiyuddin

Takiyuddin menjelaskan yang kerajaan negeri tidak mengalami kerugian sebanyak RM50 juta seperti yang digambarkan dalam blog kickdefella

Katanya, ia disebabkan setiap lot perniagaan aras bawah bangunan yang dibeli balik kerajaan negeri itu akan dijual kembali kepada para peniaga yang terlibat.

“Kita tidak rugi apa-apa, kerajaan hanya sediakan tapak untuk dibangunkan bersama di antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan sebuah syarikat, Sensa Timur Sdn. Bhd. bagi membina sebuah bazar.

“Sebagai timbal balas, syarikat itu memberikan aras satu dan dua yang bernilai RM40 juta kepada kita.

‘‘Bagaimanapun, pada mesyuarat Exco baru-baru ini kita memutuskan untuk membeli aras bawah yang bernilai RM23 juta dan kesemua lot perniagaan terbabit akan dijual semula bagi mendapatkan kembali wang yang dikeluarkan itu,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya juga tidak menetapkan harga tertentu untuk semua lot perniagaan tersebut bagi dijual kepada para peniaga dari kedua-dua pasar berkenaan.

“Kita akan menjual semula lot-lot perniagaan ini setelah ia dibahagikan dengan harga belian aras bawah yang bernilai RM23 juta itu.

“Saya juga ingin tegaskan bahawa tidak timbul isu kerajaan negeri rugi RM30 juta untuk nilai tanah tapak itu kerana kita mendapat pulangan sebuah bangunan tanpa mengeluarkan sebarang modal,” katanya.

Menurut blog Kickdefella, kerugian itu dikatakan melibatkan nilai sebanyak kira-kira RM50 juta termasuk nilai tapak projek itu yang diserahkan kepada sebuah syarikat swasta seluas 3.36 hektar.

Ketika menjelang pilihan raya umum lalu, Menteri Besar dikatakan berjanji untuk memberikan aras bawah bangunan berkenaan kepada peniaga di Arked Uda dan Bazar MPKB kerana projek yang bakal dimajukan PMBK tidak berorientasikan keuntungan.

Namun, peniaga di dua tempat itu hanya diberikan ruang berniaga di tingkat satu dengan harga RM80,000 sehingga RM90,000 seunit selepas projek berkenaan diambil alih syarikat swasta berkenaan./ end
Sumber

Nik Abduh minta Ariffahmi jaga maruah dan tidak tunduk kepada fitnah.

KOTA BHARU 16 Jan. - Anak Menteri Besar Kelantan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz meminta adik iparnya, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman tidak berundur daripada jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) walaupun berhadapan dengan pelbagai tuduhan sebagai menjaga maruah diri dan tidak tunduk dengan fitnah yang dilemparkan pihak tertentu.

Beliau turut menyatakan sebab sebenar beliau melepaskan dua jawatannya dalam pentadbiran negeri yang dibuat secara lantikan politik. [klik sini]

Komen : Semua orang nampak jelas dan berpendapat bahawa isu Arifahmi ini telah mencalarkan imej TGNA .Saya tidak tahu kenapa Nik Abduh masih mahu mempertahankan Ariffahmi dengan menyangkal segala tuduhan keatas Ariffahmi sebagai fitnah tanpa pernah memberikan penafian dengan alasan atau bukti yang jelas bagi menangkis tuduhan atau fitnah yang dikatakan itu.

Cuba kita baca komen seorang pembaca di blok Kickdefella dibawah ini.Jangan percaya dulu; tapi kita kena siasat molek-molek.Kalau ada penjelasan dari Nik Abduk adalah lagi baik; tapi janganlah cuma cakap fitnah sahaja, tolonglah berikan penjelasan dan alasan yang kukuh.

DIN (20:48:14) :

TOK GURU SEKARANG INI TOK SERUPO TOK GURU DULU DOH

Dok nok bela menantu lebih dari rakyat.Kes Bazar TG ni sudah buat peniaga2 bengong.

Masuk akhbar ajak kali doh.TG sepatutnya panggil peniaga2 dengar apa masaalah nya, sebab hal ni sakut paut secara langsung dgn TG selaku Pengerusi PMBK.

Saya ada, masa MOU bersama peniaga2.TG janji Bazar ini mampu di miliki oleh peniaga2 kecik, dan ini adalah hasrat TG supaya peniaga2 kecik ada kedai hak milik sendiri, dan Bazar itu di buat khas untuk peniaga2 kecik.

Tapi apabila Menantu nya ambil alih kes ni,pada bulan enam, persatuan kedua2 peniaga kecik ini telah di panggil dan di beritahu oleh cik Arif sendiri, bahawa ada sedikit perubahan, dimana peniaga2 akan di tempatkan di tingkat satu dan dua.

Tingkat bawah 9×13 RM 200 ribu lebih..manakala tingkat satu 8×10 RM90 ribu lebih.Ternganga wakil peniaga mendengar ucapan Cik Arif.

Persatuan peniaga tidak setuju,tapi Cik Arif memujuk dan merayu serta berjanji akan berusaha menempat kan peniaga2 seperti plan asal iaitu di graund floor, dan tingkat satu dan dua itu adalah cadangan sahaja, tapi dgn syarat kedua2 Persatuan peniaga hendaklah memastikan kesemua ahli2 nya hadir pada Majlis Pecah Tanah di tapak Bazar TG supaya kehadiran yg ramai amat2 di perlukan bagi mengembira hati TG.

Oleh kerana cik Arif gagal mengotakan janji maka Persatuan berbincang dgn Exco K’jaan negeri Dato Husam.

Dato Husam telah memanggil kedua2 Persatuan dan Arif untuk menyelesaikan kemelut yg melanda peniaga2 kecik,tapi Arif tak datang.

Dalam mesyuarat kami Wakil peniaga2 kecik merayu supaya Dato Husam sendiri bersemuka dgn TG meluahkan hasrat peniaga dan memohon kpd TG supaya mengotakan apa yg TG telah janjikan kpd peniaga2 kecik.

Dato Husam bersetuju berjumpa TG dan ALHAMDULILLAH esok nya surat yg di tandatangani oleh Exco Kewangan yakni Dato Husam, menyatakan bahawa TG bersetuju menyerah kan kembali 415 kedai kpd peniaga2 kecik Pasar Arked UDA dan Pasar MPKB di tingkat bawah tanpa terkecuali seorang pun.

Di sangka panas hingga ke petang, esok nya surat yg di tandatangani EXCO KANAN k’jaan negeri, di batal kan oleh CEO PMBK Cik Arif Fahmi menantu nya TG melalui telefon kpd wakil peniaga kecik dan kami telah di faham kan ianya di Aminkan oleh TG.( BETUL KE TOK GURU NI TOK GURU..TAK SAMPAI 2 HARI KEPUTUSAN BERUBAH,,KALAU IANYA KEARAH BERTAMBAH BAIK TAK APA LAA)

(Di kelantan CEO lebih besar /power dari exco.Negeri lain tak tahu laa.sama kot?)Esok nya meyusul pulak surat pembatalan dari CEO PMBK yg di tujukan kpd TG dan di sk kpd wakil Peniaga dan kami amat2 kecewa kerana surat itu menyatakan kehadiran kami peniaga2 secara beramai di Tapak Pecah Tanah Bazar Tok Guru menandakan persetujuan peniaga untuk ke tingkat satu dan dua dan bagi kami ini adalah satu penipuan yg tak sepatut nya berlaku di bawah kepimpinan ULAMAK apatah lagi perkara ini dibawah tadbir menantu nya sendiri.

Pada pemikiran kami peniaga2, 6hb 2008 adalah sekadar janji pilihan raya untuk mengkaburi mata rakyat marhean yg terdiri dari peniaga2 kecik di Kota Bharu.

Kalau ini lah cara PAS untuk memenangi Pilihan raya, maka kami peniaga2 kecik pada PR13 tidak lagi mudah tertipu kerana kami org islam tak akan terjerat pada lubang yg sama dua kali.

Apa jadi KB BAZAR, bersebelahan KB MALL under SEDC, sehingga menawarkan RM 200 sebulan, itu pun tiada sambutan sehingga tawaran berniaga secara percuma selama enam bulan ditawarkan oleh pihak SEDC kepada peniaga2 yg berminat sehingga lah ke sekarang ni hanya tinggal bangunan kosong saja.

Apabila ianya di tanya kpd SEDC, mereka menjawab kita org ni tak pandai berniaga dan ugut akan memberinya kpd kaum lain.

Begitu juga dgn kompleks niaga di tingkat satu depan stadium, yang mana di bawah nya kedai makan tapi ruang niaga tingkat atas hanya tinggal bangunan saja..mungkin satu dua peniaga ‘hidup segan mati tak mahu’.

Bazar Buluh Kubu,( bersebelahan BAZAR TENGKU ANIS) yg di dirikan pada tahun 1985 sekarang ini pun begitu daif, dimana tingkat bawah pun kalau kedai yg tersembunyi sikit maka tersiksa lah perniagaan mereka.

Kami di janji kan bahawa peniaga2 tak akan di ganggu sehinnga Bazar TG siap.Tak sampai satu bulan YB TAKIJUDDIN memaklum kan bahawa kami kedua2 peniaga UDA dan MPKB di hantar KE BAZAR TENGKU ANIS juga tingkat satu dan dua dgn keluasan dari 8×5.

Kami di faham kan MPKB telah membeli tingkat satu dgn harga RM 18 JUTA bagi menyelamatkan pemaju dari mengalami kerugian kerana jualan kedai graund flour 9×7 RM 100 RIBU lebih, hak milik pemaju, 50% belum lagi terjual.

Banyak MPKB punya duit..18 juta mengapa laa MPKB tak bina sendiri. Kalau nak tolong pemaju ada duit, pulak nak tolong rakyat macam2 alasan.

MPKB-MAJLIS PENIPU KOTA BHARU

Suasana yg sebegini lah telah menjadi pengajaran kepada peniaga2 kecik UDA dan MPKB.Mereka tak mahu menerima nasib yg sama.

Tingkat satu adalah malapetaka bagi perniagaan mereka./ end

Sabtu, Januari 16, 2010

Takut kena saman : YB Hamidah keluarkan entrinya

Hamidah Osman, Adun Sungai Rapat, entah kali ke berapa buat perangai gila-gila babinya sekali lagi. Dalam artikelnya ‘Need To Unite Muslim’ di blognya dengan meletakkan gambar Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid.

Apabila saya pergi ke blognya petang ini, saya lihat entri dan gambar tersebut sudah tiada lagi di situ. Apasal?

Sejadah Hamidah! Dia tentunya gelabah ; habis kecut herut berut, ketakutan kena saman!Penakut betul Sejadah Hamidah nih!

Sebelum ini, satu laporan polis telah dilakukan oleh Sdr Mohamad Jamil Bin Abdul Rahim selaku Ahli dan AJK PAS kawasan Shah Alam berhubung penyiaran gambar YB Khalid Samad yang di Super Imposed dalam blog YB Hamidah Osman.[Klik sini]

Sungguih bodoh! Hamidah ingat kita tak simpan entri dia hari itu walaupun sekarang dia dah keluarkan !

Keluarkan entri yang tidak senonoh itu baguslah kalau dia berasa kesal dan bersalah.Tapi dia keluarkan entri tersebut senyap-senyap saja.Dia sepatutnya kenalah minta maaf kepada YB Khalid Samad serta kepada semua orang PAS kerana meletakan logo PAS dan muka YB Khalid Samad pada gambar padri dalam gambar tersebut. [lihat sini]

Kesian Hamidah... Dia tidak ada kewibawaan rupanya.Dimana terletaknya harga diri seorang yang bergelar Yang Berhormat kalau begini tingkah lakunya? Sebaik-baiknya, sebagai seorang yang bergelar Yang Berhormat, apalah salahnya kalau memohon maaf sebab sebagai manusia kita tentunya tidak terlepas berbuat salah./ end

Isu 'Allah' : Jakim sanggah Nazri

Jakim berpandangan pengecualian untuk Sabah dan Sarawak tidak akan menyelesaikan polemik hari ini ekoran penghijrahan dan mobiliasasi rakyat negeri itu ke Semenanjung.

Wan Mohamad berkata perkara ini hanya boleh diselesaikan secara sistematik, melalui satu undang-undang dan aturan standard.

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 16 Mei 1986 yang memutuskan bahawa kalimah Allah antara perkataan yang tidak boleh diizinkan penggunaannya untuk masyarakat bukan Islam.

Selain kalimah Allah, turut digazet eksklusif untuk masyarakat Islam adalah Baitullah, Solat dan Kaabah dibawah (Warta P.U (A) 15/82) dan (Pekeliling KKDN. S.59/3/6/A) bertarikh Dec 5 1986. [Klik sini] / end

Jumaat, Januari 15, 2010

Nazri leburkan Satu Malaysia Najib?

si bangangBenarkah ini? Bahawa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz telah merombak gagasan Satu Malaysia Najib?

Beliau dilaporkan sebagai berkata :

Penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan 'God' dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.

Kerajaan persekutuan bagaimanapun masih tidak bersetuju penganut Kristian di Semenanjung menggunakan perkataan Allah walaupun dalam cetakan bahasa Malaysia
. [klik sini]



Khamis, Januari 14, 2010

PAS tidak larang bukan bermaksud suruh buat!


Saya rasa ramai yang agak keliru terhadap kenyataan rasmi PAS yang membenarkan kalangan Kristian Katholik menggunakan Kalimah 'Allah' khususnya berhubung tuntutan akhbar mingguan Katholik Herald.

Dikalangan PAS sendiri ada yang pro dan ada yang kontra berhubung isu ini menyebabkan TGHA terpaksa membuat kenyataan yang lebih terperinci berhubung pendirian PAS itu.

Walau bagaimana pun, beliau menegaskan :

Kesimpulannya, kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita. Adapun menggunakan perkataan Allah oleh mereka terhadap masyarakat Islam untuk menyebarkan agama mereka dengan fahaman mereka, atau menjadikan perkataan Allah sekadar mengubah jenama bagi melariskan barangan dalam masyarakat Islam, tidak boleh dizinkan sama sekali. Ini adalah kerana menyalahgunakan perkataan Allah yang Maha Suci kepada umat Islam dan bercanggah dengan makna mengikut bahasa yang diamal oleh umat Islam, adalah dikira menodai kesucian dan kemurnian kalimah Allah di hadapan umat Islam. [lihat disini]

Pendirian resmi PAS dilihat agak terbuka dan sederhana. Antara perkara yang dinyatakan oleh PAS ialah:

PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat
[klik sini]

Saya menyokong penuh kenyataan rasmi tersebut bahawa 'Islam tidak melarang' . Sepertimana Islam tidak melarang orang bukan Islam makan babi atau minum arak.Namun larangan tersebut bukan bermakna Islam suruh mereka buat atau beri galakan kepada mereka supaya membuatnya.Islam tidak larang tetapi ada perkara-perkara atau syarat-syarat tertentu yang perlu di hormati.


Selain Katholik ,khabarnya agama Sikh juga menggunakan kalimah Allah dan saya sendiri pernah terkeliru menyangkakan Gurdwara Sikh sebagai masjid kerana bentuk bina bangunannya yang hampir menyamai bentuk masjid! (gambar kiri 'Wadda' Gurdwara Sahib - Penang)

Lihat pula agama Bahai yang juga menggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka.Kalau lihat pada gambar pengasasnya boleh mengalahkan Tok Guru pondok di mana-mana pun.Mereka juga gunakan kaliman Allah

Baha'ullah pengasas agama Bahai


`Abdu'l-Bahá (no 3 barisan depan ) pengasas agama
Bahai , bersama adik beradik serta pengikutnya.

Namun apa yang pentingnya adalah penggunaan kalimah tersebut tidak disalahgunakan bagi mengelirukan atau yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.PAS telah menyatakan pendiriannya berhubung perkara ini.

Kerajaan seharusnya bertindak segera dengan memanggil mereka yang terlibat ke meja perundingan agar dapat merungkai masalah yang dihadapi dengan cara yang sebaik mungkin.Tolak ansur di semua pihak amat diperlukan agar keharmonian dan keamanan negara tidak tergugat.

Tentunya kita semua tidak mahu melihat keadaan seperti mana gambar yang disertakan berikut yang kini boleh terdapat di Malaysia Timur.Keadaan inilah yang PAS sendiri sifatkan sebagai menyalahgunakan kerana boleh mengelirukan dan menjejaskan keharmonian kaum dan agama .PAS tidak mahu perkara sebegini turut berlaku di negara ini.

al-Husseyn

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...