Followers

Khamis, April 29, 2010

Orang Umno Sungai Buaya dapat apa?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengotakan janjinya yang dibuat semasa kempen pilihan raya kecil kerusi parlimen Hulu Selangor dengan menyerahkan peruntukan berjumlah RM3 juta kepada SRJK (C) Rasa yang muridnya seramai 330 orang sahaja.

Cina di bandar Bukit Beruntung dan kawasan sekitar mendapat sebuah sekolah kebangsaan Cina dengan peruntukan RM6 juta daripada kerajaan pusat.

Dan khabarnya 16 Pesakit buah pinggang Cina turut mendapat 4 mesin cuci darah ...Ha! Ha!Ha! Ha! Kita semua tumpang serononk tengok MIC menang di Hulu Selangor!

Apa orang Melayu di Sungai Buaya dapat selain beras , kain batik dan duit RM 1,000 tunai dan RM 49,000 dalam bentuk draf!?? Ha! ha! ha! 16 tahun lebih hancing kena kencing sampai kini!

Peneroka Felda Sungai Buaya di Hulu Selangor pernah dijanjikan akan mendapat kira-kira RM1.2 juta seorang kerana menjual ladang mereka kepada syarikat pemaju pada penghujung tahun 1994. Mereka seramai 363 peneroka menjual tanah itu kepada Syarikat Murnia Jaya Development Berhad setelah diarahkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Selangor ketika itu.

Bagaimanapun, ramai daripada mereka telah meninggal dunia. Kini hanya tinggal 57 orang lagi dan mereka pula ada yang uzur kerana lanjut usia.

Murnia Jaya dikatakan gagal mematuhi segala perjanjian pembayaran apabila hanya melunaskan sejumlah kecil dari harga yang sepatutnya. Baca lagi di sini

Peneroka dijanjikan untuk mendapat (pampasan) keluasan tanah 8 hektar yang dijual dengan harga lebih kurang 1.2 juta apabila kawasan mereka kononnya nak dimajukan untuk menjadi Bandar Baru Sungai Buaya.

Sampai hari ini, mereka yang bertanggungjawab menipu dan menindas peneroka Felda Sungai Buaya masih belum membayar pampasan kepada penduduk Sungai Buaya, bakinya masih ada lagi RM853,000 setiap seorang; daripada jumlah RM1.2 juta dan mereka telah menanti dengan derita, tangisan dan air mata lebih kurang 16 tahun lamanya.

Muhyiddin Yassin datang ke Sungai Buaya berlagak seperti 'Santa Claus' menjanjikan bahawa kerajaan pusat akan menangani isu Felda Sungai Buaya, sedangkan dia sendiri terlibat dengan apa yang telah berlaku kepada peneroka Felda Cahaya baru ketika dia menjadi Menteri Besar Johor.

Peneroka di Felda Cahaya Baru,setelah menunggu hampir 17 tahun hanya baru mendapat RM120,000 sahaja daripada jumlah RM1.3 juta. Baca lagi di sini / end

Rabu, April 28, 2010

Yang membezakan Umno/Bn dan Pakatan Rakyat...


Mari kita lihat dan fikirkan , setakad kini - respon Umno/BN keatas insiden seorang remaja lelaki ditembak mati oleh polis, awal pagi Isnin lepas di Seksyen 11, Shah Alam :

1) Kabinet BN melahirkan rasa sedih dan simpati kepada keluarga Allahyarham.

2) Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) yang turut mengucapkan takziah.

3) Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata ,“Kita juga minta kes itu tidak dipolitikkan kerana jika ia menjadi isu politik, maka sukar kes itu hendak diselesaikan,” katanya kepada pemberita di majlis penyampaian cek bernilai RM3 juta kepada SJK (C) Rasa

4) Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyerahkan cek bantuan kerajaan negeri berjumlah RM10,000 selepas menziarahi keluarga Aminulrashid di Seksyen 11 di sini dan memberi jaminan bahawa Kerajaan Selangor sedia memberi bantuan guaman kepada keluarga Aminulrashid Amzah, 15, yang mati ditembak ketika didakwa cuba merempuh polis pada Isnin lepas

Sabtu, April 24, 2010

Semoga Zaid Ibrahim Mencontohi Abu Mihjan (r.a.)

Kisah Abu Mihjan ini pertama kali saya dengar ketika mengikuti kuliah Dr Abd Aziz Hanafi yang mengupas Tafsir Fi Zilal al-Qur'an. Sebagai seorang ulama yang hebat, Dr Abd Aziz Hanafi mengambil masa yang agak lama sekadar untuk mengupas mukadimah kitab ini. Salah satu kupasan yang menarik apabila beliau menjelaskan tentang hadith:

"sesungguhnya Allah menolong agama Islam ini dengan lelaki yang melakukan dosa". Dalam mengupas hadith ini, beliau menjelaskan tentang peristiwa seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama Abu Mihjan r.a. yang merupakan peminum arak tegar.

Dalam peperangan al-Qadisiyyah melawan tentera Farsi yang dipimpin oleh panglima tenteranya yang terkenal Rostum, Abi Mihjan telah turut sama untuk mengejar shahid. Tentera Islam ketika itu dipimpin oleh Sa`ad bin Abi Waqqas r.a. Setelah berperang beberapa ketika, sewaktu tentera Islam berehat, Abu Mihjan telah mengambil kesempatan untuk minum arak. Lalu beliau ditangkap oleh tentera Islam dan dihadapkan kepada Sa`ad bin Abi Waqqas. Dengan merujuk kepada hukum hudud, Sa`ad telah menetapkan bahawa Abu Mihjan akan dijatuhkan hukuman sebat sejurus dia sedar daripada mabuknya.

Lalu Abu Mihjan telah dikurung sementara menanti hukuman, manakala tentera Islam pimpinan Sa`ad mara ke medan meneruskan peperangan. Peperangan yang meletus begitu hebat sehingga tentera Islam telah terkepung di tengah-tengah tentera Farsi. Apabila Abu Mihjan sedar daripada mabuknya, beliau menyedari tentera Islam telah mara ke Medan, lalu beliau meminta kepada isteri Sa`ad bin Abi Waqqas untuk dilepaskan agar boleh menyertai tentera Islam untuk meneruskan jihad. Pada awalnya isteri Sa`ad berat untuk melepaskannya, tetapi setelah Abu Mihjan berjanji akan kembali semula untuk menerima hukuman, beliaupun dilepaskan.

Di tengah-tengah kepungan tentera Farsi itu, tiba-tiba muncul seorang tentera berkuda yang menutup muka, merempuh kepungan tentera Farsi tersebut. Tentera itu sangat hebat dan pantas, sehingga berjaya memecahkan kepungan tentera Farsi tersebut. Setelah selesai pertempuran hari itu, tentera-tentera Islam yang kembali bercerita antara satu sama lain tentang kehebatan tentera berkuda tersebut. Lalu salah seorang daripada mereka menyebut kemungkinan Allah swt telah mendatangkan pertolongan dari kalangan tentera Malaikat. Apabila Sa`ad mendengar kata-kata tersebut, beliau menyatakan: "dia bukan tentera Malaikat kerana kuda yang ditunggangnya adalah kuda aku".

Sa`ad Ibn Waqqas seterusnya mengkhabarkan bahawa tentera berkuda itu adalah Abu Mihjan yang menanti hukuman hudud kerana meminum arak. Kisah ini dapat dibincangkan oleh para ulama berhubung dengan pelaksanaan hukum hudud semasa perang. Terdapat beberapa riwayat yang menyebut Abu Mihjan kemudiannya telah dilepaskan daripada hukuman itu, dan beliau telah bertaubat untuk tidak lagi meminum arak. Janji Abu Mihjan itu telah ditunaikan, apabila beliau tidak lagi meminum arak sehingga kematiannya. Semoga kisah ini dapat menjadi iktibar kepada kita semua, dan harapan kita Zaid Ibrahim akan mencontohi Abu Mahjan r.a.

sumber / end

Jumaat, April 23, 2010

Seronok sang katak

Tiada entri untuk hari ini hingga balik dari PRK Hulu Selangor . Esok jam 7.00 pagi akan kesana bersama kawan-kawan.Ingatkan nak cover cerita kat mahkamah tengahari tadi ...rasa tak ada mood.Malas nak ngulas!Bacalah laporan Malaysiakini

Saya sertakan gambar katak-katak yang sedang seronok berpesta nyambut hujan....

PAS seru Umno bertaubat

Aik! Imam Hadhari pun tidak terkecuali rupanya...

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan syukur kepada Allah swt kerana strategi Umno yang menyebarkan kisah calon PKR-Pakatan, Zaid Ibrahim minum arak dan berjudi ketika bersama parti itu dahulu kini secara tidak langsung telah membuka mata rakyat.

Rakyat yang dahulunya menganggap pemimpin Umno sebagai suci dan pejuang Islam, kini sudah mengetahui hakikat sebenar bahawa mereka telah ditipu hidup-hidup. Pengakuan Zaid yang kini sudah bertaubat telah turut mengheret kepada pembongkaran beberapa lagi pemimpin Umno yang turut dikategorikan sebagai pelanggan kepada minuman dan hiburan yang diharamkan itu.

Nama-nama dan gambar mereka kini bertebaran diinternet, dari Presiden, Ketua Pemuda dan ramai lagi sudah diketahui umum. Malah bukan sahaja menjadi pelanggan atau peminat minum keras dan judi, beberapa pemimpin serta ahli perniagaan Umno juga sudah dikenalpasti sebagai pemilik, pelabur dan pengarah syarikat-syarikat arak dan judi yang terkenal di rantau ini.

PAS sudah lama mengetahui hal ini, dan serangan Umno kepada Zaid akhirnya mengesahkan tuduhan PAS selama ini adalah benar. Arak dan judi bukanlah perkara baru dalam Umno. Ketika awal-awal ditubuhkan, Umno bergantung harap pada Loteri Kebajikan bagi mengumpulkan dana untuk menjana program serta menubuhkan pejabat-pejabat mereka. Malah, hingga ke hari ini ramai pihak mempersoalkan sumber duit yang digunakan bagi membina pejabat Umno di PWTC.

PAS berasakan sudah cukup lama Umno bergeluman dengan arak dan judi ini. Sudah sampai masanya mereka menuruti jalan Zaid iaitu bertaubat. Tidak guna mereka dedahkan kesilapan lampau Zaid sedangkan mereka yang masih duduk dalam Umno masih lagi bergelumang dengan arak dan judi.

Malanglah Ustaz-Ustaz yang duduk dalam Umno, kerana hanya mampu menjadi rakan kongsi dosa-dosa pemimpin mereka dan tidak mampu untuk menyatakan perkara yang haram dan halal secara bebas demi untuk menyelamatkan periuk nasi mereka. Bertaubatlah wahai pemimpin Umno!

Ust. Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat / end

Samseng Umno diberikan masa sebulan membela diri


Menteri Pertahanan Zahid Hamidi (baca Samseng Umno) yang juga Naib Presiden Umno diberikan masa selama sebulan untuk memfailkan pernyataan pembelaannya berhubung tuntutan saman pada 4 Julai 2007 oleh Amir Bazli Abdullah, 39, yang menuntut ganti rugi terhadap Zahid yang didakwa telah menumbuk muka beliau dalam satu kejadian pada 16 Januari 2006

Samseng Umno belagak 'alim taik kucing!

Pada 29 Ogos 2007, Zahid memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu dengan alasan ia mengaibkan dan remeh-temeh. Aik! jenayah macam ini pun dianggap remeh temeh? Ini tentu jenis yang biasa buat jenayah yang lebih sarat dan berat-berat! Ha! ha! ha! berlakon 'alim kucing pun orang boleh kenal perwatakan sebenar si Zahid ini!

Memang patut pun , bila Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menolak permohonan tersebut pada 21 April lalu. / end

Nasib 2 Katak Perak ditentukan hari ini oleh mahkamah


Dua bekas Exco Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu, 59(kiri); dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi, 54 (bawah kanan) yang kini merupakan Adun Bebas (baca Adun Katak)dan disifatkan sebagai pengkhianat kepada perjuangan rakyat di negeri Perak merupakan antara lima individu yang akan ditentukan nasib mereka sama ada akan dipanggil membela diri atau dibebaskan atas tuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada 23 April ini (hari ini)

Tiga lagi tertuduh ialah bekas Adun Bota, Usaili Alias, 58, bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah yang juga peniaga, Zul Hassan, 48, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 32. Baca seterusnya di sini / end

Khamis, April 22, 2010

Umno tepedaya dengan akuan Soraya dan Roshanita : Ketua Wanita PKR


Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak , Hjh Fatmawati Salim ketika ditanya berhubung tindakan dua pemimpin wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti untuk menyertai UMNO berkata :
“Mereka berdua sebenarnya sudah lama tidak aktif dalam parti dan kerja-kerja mereka telah diambil aleh oleh orang lain.”

Menurutnya lagi, beliau sendiri berasa pelik bagaimana Roshanita Mohd Basir boleh mendakwa dirinya sebagai Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai sedangkan keahliannya di cabang itu pun belum pernah disahkan.

“Namanya tidak pernah ada dalam senarai keahlian di cabang Bagan Serai ; bagaimana dia boleh mengaku jadi Timbalan Ketua PKR Bagan Serai?” Tanya Hjh Fatmawati dengan kehairanan.

Mengulas mengenai Ketua Penerangan Wanita yang juga merupakan Ketua Wanita PKR Tanjong Malim, Soraya Sulaiman, Hjh Fatmawati berkata:

“Perempuan ini sebenarnya sudah lama tidak aktif dan jarang menghadiri mesyuarat. Tugasnya telah lama dipangku oleh Azlina Adnan. Dia pernah dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Wanita PKR Perak pada 2008 dulu, lepas itu, habislah.”

“Kami sebenarnya berasa lega dengan keluarnya mereka berdua ini kerana selama mereka selalu menimbulkan masalah kepada parti,” kata Hjh Fatmawati./ end

SPR dan Polis sengaja membiarkan billboard dan kain rentang fitnah?

SPR dan Polis sepatutnya menyatakan rasa terima kasih mereka kepada Seri Kandi PKR dan AMK kerana turut membantu menurunkan kain rentang dan menghapuskan pelbagai "billboard" yang menghina dan mempamerkan fitnah terhadap PR.

Menurut Ketua Seri Kandi, Siti Aishah, hanya satu dari 10 banner yang dilaporkan diturunkan menyebabkan mereka terpaksa bertindak sendiri, katanya di blognya
di sini

Walaupun banyak aduan telah dibuat, tetapi tinadakan SPR dan Polis terlalu lembab hingga memaksa Seri Kandi dan AMK bertindak sendiri.

Tetapi yang menghairankan, Polis dan SPR boleh pula bertindak segera memberkas mereka yang cuba menolong operasi tersebut!

" Saya kesal dengan pihak polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak menjalankan tugas dan terus bersekongkol bersama BN untuk mengaibkan PR dalam pilihan raya kali ini," kata nya di sini / end

Selasa, April 20, 2010

Pak Lah tak minum, cuma teguk - Mustafa Ali


Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.

"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi.

"Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak," Katanya di sini

Tetapi bagaimana dengan gambar berikut :

Pak Lah sewaktu muda-muda dulu suka main botol kicap
Yang pakai scarf tu Tengku Ariff Bendahara Pahang dan
yang berpakaian ala pirate itu ialah Nizam Razak


Tidak mungkin mereka sedang minum air batu campur...

Harap selepas ini, Mustapha Ali sudah tahu... / end

Arak adalah warisan Pemimpin Melayu Umno


Ini bukan gambar bersama botol-botol
kicap.Nak tahu ceritanyanya, klik
sini

Ini adalah bukti yang tiada siapa dapat menyangkalnya.Ini adalah sejarah Umno yang dari dulu, kini dan selamanya. Ianya adalah warisan bangsa Melayu Umno. Dan kini ianya diwarisi oleh Najib,PM 1Malaysia sekarang ini.

Lihat gambar berikut betul-betul- takut-takut ianya gambar
yang telah diedit sepertimana cyberuk Umno
lakukan kepada gambar Zaid.

Umno memang sejak dulu lagi terlibat dengan arak.Mujurlah Zaid Ibrahim cepat-cepat keluar dari lubuk maksiat dan kemungkaran itu dan bertaubat...Arak bukanlah perkara yang baru kepada Umno.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan juga Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah menafikan pembabitan Umno dalam mengaitkan Datuk Zaid Ibrahim, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan tabiat suka meminum arak.

Rupa-rupanya mereka berdua ini takut terkena tempias dengan isu moral yang cuba dimainkan oleh Umno. Cerdik sikit dua orang ini dibandingkan dengan cyberuk Umno yang sengaja bagi bola lambung untuk bloggers Pakatan Rakyat mengatuk mati serbis yang mereka mulakan itu! Tengoklah gambar dibawah - ini sebenarnya yang mereka takutkan :


Mengapa rakyat perlu undi Dato Zaid


Anak-anak muda yang berminat dengan politik hari ini mesti menyedari bahawa UMNO pernah diharamkan (baca: mampoi) oleh Dr Mahathir pada tahun 1987,semata-mata hanya mahu menyingkirkan pemimpin kanan Tengku Razaleigh dan Allahyarham Tunku Abdul Rahman.

Pendfatar Pertubuhan telah meluluskan penubuhan UMNO Baru dan membolehkan UMNO Baru mengambil alih semua aset dan harta UMNO 1946 dan tidak membenarkan parti seperti Tengku Razaleigh dan Allahyarham Tunku Abdul Rahman menjadi ahli. Satu tindakan yang tidak bermaruah, salah dan tidak sah.Inilah budaya politik UMNO Baru yang amat gemar untuk tidak perlu ikut undang-undang.

Jangan kita mudah lupa sejarah. InsyaAllah, bila Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat nanti, kita akan kaji semula semua ini.

Apakah sah sebenarnya UMNO Baru ini?

Jadi kalau kita semua nak tahu sama ada UMNO Baru ini sah, dan harta-harta yang diambil dari UMNO Lama itu sah; dan sama ada harta-harta yang diberi kepada kroni-kroni oleh pemimpin atasan UMNO Baru itu pun sah; rakyat mestilah membantu perjuangan Pakatan Rakyat.

Kes Dato Zaid dengan wartawan A Kadir Jasin mungkin dapat memberi gambaran tentang ke mana perginya harta UMNO Lama. Kadir telah menuduh Zaid menjadi “orang perantaraan” dalam pembahagian harta itu kepada UMNO Baru dan orang orang tertentu dan menuduh Zaid jadi kaya-raya kerana itu.

Kita akan dapat lihat siapa sebenarnya yang dapat harta-harta itu dan siapa pula yang jadi “orang perantaraan” yang sebenarnya abila Mahkamah bersidang nanti.

Rakyat perlu memberi mandat kepada Pakatan Rakyat kerana di bawah Pakatan Rakyat, kehakiman dan undang-undang akan dijamin adil dan saksama.

Satu Suruhanjaya bebas akan dibentuk untuk menyiasat semua penyelawengan . Kalau harta bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra yang diperolehi secara haram di zaman pemeneritahannya boleh diambil tindakan oleh kerajaan Thailand sekarang, mengapa tidak di Malaysia suatu hari nanti? Oleh itu , undilah Zaid / end

Akibat memanggil Dr Pornthip 'Pembohong' ....


Klang: Patolog forensik Thailand terkenal Dr Pornthip Rojanasunand tidak akan bersaksi dalam pemeriksaan Tan Hock Beng sebagaimana yang dijadual besok.

Bagaimana pun , adalah dipercayai peguam keluarga Teoh, Karpal Singh akan membuat satu aplikasi untuk cuti bagi melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kerana menuduh Dr Pornthip seorang pembohong.

Nazri menuduh Dr Pornthip seorang pembohong setelah mendakwa dia menghadapi tekanan politik supaya tidak bersaksi dalam pemeriksaan.

Dr Pornthip mendakwa dia telah diberitahu oleh pegawai di Kementerian Kehakiman Thailand, di mana dia bekerja, bahawa ada tekanan dari sini untuk menghalangnya dari terlibat.

Dr Pornthip telah diupah oleh kerajaan negeri Selangor untuk memberikan pendapat-nya ke atas kematian Tan.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah, EXCO Selangor telah dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Selangor(SPRM)di Lantai 14 Plaza Masalam pada tarikh 15 Julai tahun lalu.

Ia dijangka akan ditemubual atas sankaan pencairan dana awam yang tidak teratur .Dia ditemui mati dalam di koridor tingkat lima hari berikutnya.

Sementara itu, Mentri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan negari telah menulis kepada Menteri Kehakiman Thailand meminta Dr Pornthip dibenarkan untuk bersaksi.

"Kita masih belum menerima apa-apa jawapan pun lagi," kata Khalid, menambah bahawa kerajaan negari juga menyarankan bahawa Dr Pornthip memberikan kesaksian melalui persidangan video jika dia tidak boleh berada di sini secara lansung. sumber / end

Rasa kecewa seekor dubuk


Ikutilah rasa kecewa, rintihan dan keluhan salah seekor dubuk yang terasa terancam di sini bilamana projek ‘runtuh dan bina’ pasar Gunung Rapat Ipoh dibantah oleh para peniaga pasar tersebut.

Blog ini pernah menyiarkan rungutan dan tuntutan para peniaga pasar tersebut. Mereka menuntut supaya pasar tersebut tidak di runtuh dan di bina kerana ini akan menyusahkan mereka. Malah lebih 1 ribu pelanggan pasar tersebut telah menghantar petisyen membantah projek tersebut.

Dato Bandar pernah berjanji untuk bertemu mereka bagi membincangkan hal tersebut pada 30 Mac lalu tetapi Dato Bandar telah mungkir janji untuk menemui mereka tetapi sebaliknya telah mengumumkan projek bina dan roboh tersebut menyebabkan para peniaga yang membantah terpaksa mengadakan satu demo bantahan

Minggu lalu, kumpulan ini telah menyerbu lobi Dewan Bandaraya Ipoh menuntut untuk bertemu dengan Dato Bandar tetapi beliau tiada di pejabatnya. Namun mereka telah mendapat jaminan dan persetujuan Setiusaha Dewan Bandaraya, Dato Rahim, untuk menemukan mereka dengan Dato Bandaraya pada 30 April ini.

Mereka bukan menolak pembangunan sebagaimana dakwaan Hamidah , tetapi mereka marah kerana projek tersebut hanya akan menyusahkan mereka apabila projek tersebut berjalan yang dijangka akan mengambil masa selama dua tahun.

Lagi pula mereka membantah terhadap nama-nama peniaga dari luar yang telah dimasukan dan mendapat tempat yang lebih istimewa berbanding mereka peniaga asal disitu.

Bagi mereka , struktur bangunan pasar itu masih lagi utuh dan hanya memerlukan baik pulih yang menelan belanja yang jauh lebih murah.Hanya dubuk-dubuk sahaja yang beriya-iya mahukan projek tersebut. / end

Isnin, April 19, 2010

Gambar-gambar yang mereka tidak suka lihat


Ini adalah gambar yang paling mereka benci lihat sebab gambar tersebut mengkantoikan misi mereka untuk menyerang Zaid melalui gambar yang mereka photoshopkan.Sungguh memalukan dan menunjukan bahawa mereka tidak ada isu yang hendak ditonjolkan melainkan kebodohan mereka sendiri.Lihatlah gambaran kebodohan mereka melalui gambar yang mereka siarkan diblog-blog mereka....

Sebelum ini mereka bukan main angkuh lagi dengan
promosi Utusan Meloya yang kononnya akan
membuktikan Zaid seorang kaki botol

Dua blog pro-Umno - Gerakan Anti-PKR dan Pisau.net - masing-masing menyiarkan gambar Zaid meletakkan tangannya atas meja dengan memegang sebotol wiski yang belum dibuka. Selepas beberapa jam berlaku, posisi ganjil tangan dan botol tersebut, membuat warga internet membuat kesimpulan bahawa gambar itu telah diubahsuai. Gambar asalnya disiarkan pada 2008 oleh portal berita Nut Graph, yang menunjukkan Zaid sedang diwawancara di sebuah restoran, tanpa botol wiski tersebut.


Mereka kononnya mahu menggunakan isu 'moral' sedangkan merekalah bapa segala dajal yang menjuarai segala macam kerja-kerja mungkar.Lihat sahaja gambar PM Najib yang sedang minum air Zamzam ala kazam ini :

ZamZam ala kazammm...

Ahad, April 18, 2010

Istilah ‘biadab’ dan ‘kurang ajar’ layak untuk Mufti Perak dan Setiusaha Perhubungan Umno Perak


Ipoh 18 April - Utusan Melayu melaporkan : Pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik mewakili umat Islam di negeri ini mengecam tindakan penyokong pembangkang membaling telur busuk dan memijak papan tanda membantah pembabitan Apco Worldwide di Masjid Sultan Idris Shah II di sini semalam.

Ngo yang dimaksudkan adalah Gagasan Melayu Perak (GMP), ngo yang lebih merupakan barua kepada UMNO, parti politik yang kononnya mewakili umat Islam ….kah! kah! Kah!

Siapa yang ‘biadab’ dan ‘kurang ajar’ dan memalukan Islam? Sehinggakan Dato Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengeluarkan fatwa mengharamkan tindakan mengadakan demonstrasi diperkarangan masjid tersebut semata-mata kerana mendedah dan mengutuk UMNO yang membuat hubungan sulit dengan sebuah syarikat yang ada kaitan dengan zionis Yahudi. kah! kah! kah! Umno parti Islam?

Persoalan pokok demonstrasi itu ialah hubungan Malaysia dengan syarikat Yahudi - APCO. Umum mengetahui bagaimana tindakan Yahudi terhadap umat Islam dan masyarakat selain Yahudi di seluruh dunia. Kekejaman dan kezalimannya. Tindakan kerjasama dengan syarikat yahudi ialah pengkhianatan terhadap umat Islam seluruh dunia. Ia juga mengecewakan masyarakat dunia yang cintakan keadilan. Demonstrasi itu ialah menifestasi iman kebencian terhadap yahudi serta keperhatinan terhadap saudara mukmin yang disebut Rasulullah. Hanya seorang yang tidak beriman sahaja yang tidak pedulikan nasib saudara seimannya. Asas demonstrasi itu ialah iman.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib berkata,

“Ini adalah sikap mereka yang telah lama kita tahu dan sebab itu mereka beria-ia hendak duduk dalam jawatankuasa masjid kerana hendak mempolitikkan masjid berkaitan apa jua keadaan, baik berhimpun secara haram atau menghina dan memaki hamun sesama umat Islam.”

Alahai Khusairi…bagaimana dengan isu perlantikan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) Seluruh Perak? Baca di sini dan juga di sini

Dan dalam isu perlantikan Jawatankuasa Masjid seluruh negeri Perak, Ketua UMNO bahagian dan wakil-wakil rakyat mereka campurtangan dan menentukan dalam urusan tersebut.

Jelas bahawa UMNO lah yang memperalatkan masjid untuk kepentingan politik mereka. Perangai Umno sebegini amat jijik dan sangat memalukan.

Kalau istilah ‘biadab’ dan ‘kurang ajar’ mahu diaplikasikan , maka ianya adalah layak untuk Mufti Perak dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib . / end

Norazli cabar ADUN Manjoi berdebat isu UMNO-APKO


18 April, IPOH – Ust Norazli Musa mempertahankan tindakan Pemuda Pakatan Rakyat Perak (Pemuda PRPk) yang mengadakan demonstrasi di perkarangan Masjid Negeri selepas solat Jumaat yang baru lalu.

Mengulas dakwaan Dato Nazri Ismail, ADUN Manjoi yang menuduhnya sebagai mengambil kesempatan untuk mencari pablisiti murahan dengan mengadakan demonstrasi tersebut, Norazli mencabar Nazri supaya tampil untuk berdebat dengannya atas isu Apko.

“ Namakan tempat dan masanya ; kalau beliau berani untuk berdebat dengan saya,” cabar Norazli kepada Nazri

Katanya, penggunaan masjid untuk menjalankan demonstrasi itu tidak mengganggu jemaah kerana ia diadakan selepas solat Jumaat.

“Tidak salah melakukan demonstrasi itu di masjid kerana ia adalah tempat perhimpunan orang Islam dan mesej yang disampaikan lebih jelas,” katanya.

Mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa tindakan membaling telur dan memijak papan tanda tertera logo UMNO dan 1Malaysia tanda menunjukkan mereka tidak menghormati masjid malahan mencemarinya dengan begitu teruk, Norazli berkata, tindakan itu adalah sebagai simbolik untuk menyatakan betapa busuknya ‘tembelang’ Umno itu sendiri apabila hubungan sulit Umno dengan Apko yang mempunyai hubungan dengan rejim zionis didedahkan.

“Tembelang Umno itu lebih busuk dan jijik daripada telur tembelang,’ katanya.

Pakatan Rakyat menggesa supaya Kerajaan Persekutuan menarik balik perjanjian yang dibuat dengan syarikat perunding Apco Worldwide (Apco) yang didakwa menyokong zionis -Israel. / end

Jumaat, April 16, 2010

Demo bantah Apco Umno di Perak

Pemuda Pakatan Rakyat Perak (Pemuda PRPk) telah mengadakan satu perhimpunan aman membantah firma perunding APCO World Wide yang pro Yahudi/Israel dan pembabitannya dengan kerajaan 1Malaysia.

Perhimpunan tersebut diadakan diperkarangan Masjid Negeri Sultan Idris Shah, Ipoh selepas sahaja ummat Islam selesai mengerjakan solat Jumaat.

Saudara Ismad , mewakil NGO Perak

Antara mereka yang berucap pada perhimpunan tersebut ialah bekas Ketua Pemudamnya, Ust Norazli Musa, Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak Ust. Akmal Kamaruddin, Saudara Zairul Azrul , dan lain-lain lagi.

Norazli Musa telah menyifatkan sikap kerajaan Malaysia yang bermuka-muka.

"Tak iktiraf Israel tetapi bersekongkol dengan rejim Zionis yang kejam"

Malaysiakini melaporkan , bahawa Pemuda PAS Perak menuntut kerajaan memulangkan kepada rakyat, wang RM77 juta yang diberikan kepada Apco Worldwide sebagai bayaran khidmat rundingannya.

“Ahli Umno adalah pengkhianat bangsa dan juga Islam kerana
pembabitan mereka dengan syarikat yang berkaitan dengan Israel.”

Ketua penerangannya, Mohd Akmal Kamuruddin berkata pembaziran wang rakyat itu sepatutnya dibayar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan wangnya sendiri.


Katanya, wang RM77 juta yang dibelanjakan untuk mengagung-agungkan Najib sepatutnya digunakan untuk membina rumah, membekalkan bekalan air paip serta elektrik kepada ribuan rakyat miskin di negara ini.

PRPk mendesak supaya Umno-BN membatalkan kontrak dengan APCO Worldwide kerana maklumat sulit negara terdedah dan boleh mengancam keselamatan negara.


“Kerajaan Umno-BN seharusnya sedar bahawa perkhidmatan APCO Worldwide, selain digunakan Israel sebagai konsultan propagandanya, perkhidmatannya turut digunakan oleh diktator di Nigeria dan Kazakhstan,” tambah Ust Mohd Akmal /end

Umno nafi dia kentut walaupun jelas tompokan najis pada seluarnya...


Bagaimana Selangor Kita , sebuah akhbar tabloid yang tidak mempunyai identiti pencetak dan penerbit, boleh bebas diedarkan di negeri Selangor?

Akhbar yang harganya RM2 itu mengecam kepimpinan Pakatan Rakyat (PR).Ia menyasarkan Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS Khalid Samad, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Exco kerajaan negeri Ronnie Liu dari DAP dan Naib Presiden Azmin Ali yang juga ADUN Bukit Antarabangsa.

Oleh kerana ia lebih fokus mengecam kepimpinan PR, orang ramai menganggap sudah tentu akhbar tersebut didalangi oleh Umno.

Umno Selangor sekadar mampu membuat kenyataan penafian yang hambar. Ia adalah umpama seperti orang yang menafikan dirinya ‘kentut’ walhal ternyata jelas pada seluarnya, tompokan najis yang ikut terkeluar bersama kentut busuknya itu….. urggh!

Terbaru, akhbar tersebut telah menyiarkan satu kenyataan yang kononnya dibuat oleh Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria di bawah tajuk ‘Khalid Samad tidak beriman - Mufti’

Khalid telah memberi tempoh selama tujuh hari supaya Harussani menarik balik atau menafikan kenyataan yang disiarkan dalam akhbar tersebut atau terpaksa menghadapi tindakan undang-undang.

Harussani tentunya terpaksa menafikan kenyataan yang disiarkan oleh akhbar tersebut dan ini akan membuktikan bahawa akhbar tersebut adalah bacul dan hanya menyiarkan berita bohong.

Kalau Harussani akui bahawa memang itu adalah kenyataannya, pastinya akan terbongkar kepada kita, siapa dalang akhbar tersebut.Lagi pula, Harussani tentu takut kena saman ke mahkamah ….. /end

Penjaja Gunung Rapat Serbu Majlis Bandaraya Ipoh

Para penjaja pasar Gunung Rapat berhimpun di lobi Dewan Bandaraya Ipoh

15 April, Ipoh : Petang kelmarin, lebih 100 orang para penjaja yang membantah projek ‘bina dan roboh’ Pasar Gunung Rapat Ipoh telah menyerbu dan berkumpul dilobi bangunan Majlis Bandaraya Ipoh untuk bertemu dengan Dato Bandar.

Mereka menuntut untuk mengadakan dailog supaya Dato Bandar sendiri dapat mendengar alasan-alasan bantahan mereka.

Mereka turut menafikan kenyataan Dato Bandar bahawa ada kalangan daripada mereka yang bersetuju dengan cadangan projek ‘bina dan roboh’ tersebut.

ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai (kanan) , bertindak sebagai
mediator bagi pihak penjaja telah ditemui oleh Setiausaha Dewan
Bandaraya,Dato Rahim Arif (ditengah) di situ

Dalam perbincangan tersebut, Dato Rahim telah memberikan persetujuan untuk membenarkan supaya satu sesi dailog dengan Dato Bandar diadakan pada 30 April ini.

Kami tidak mahu pasar kami dirobohkan!

Apabila para penjaja mendesak supaya tiada apa-apa keputusan muktamad diambil sebelum tarikh pertemuan tersebut, Dato Rahim turut memberikan jaminan bahawa, kedudukan keadaan adalah status-quo ; tiada apa-apa perlantikan kontraktor.

Sebelum ini, Para penjaja tersebut telah mengadakan demonstrasi membantah keputusan Dato Bandar yang mengisytiharkan projek ‘bina dan roboh’ dengan alasan telah mendapat persetujuan dan sokongan para penjaja di pasar tersebut. Dato Bandar dilaporkan telah gagal memenuhi janjinya untuk bertemu mereka pada 30 Mac yang lalu. / end

Khamis, April 15, 2010

Dasar Umno semula jadi : Salahguna Kuasa

Baru dua bulan mendapat pengesahan kuasa daripada mahkamah, Umno Perak telah mula menunjukan belang mereka yang sebenarnya. Mereka telah menyalahgunakan kuasa sewenang-wenangnya . Begitulah tabiat tradisi Umno sejak dulu, kini dan selamanya - penyalahgunaan kuasa!

Mereka yang layak, mempunyai kelulusan dan mempunyai pengalaman yang diperlukan , telah menghadiri temuduga dan telah ditapis ; malah pihak OBJ sendiri telah mempersetujui; namun mereka ini telah ditolak.

Demikian kata DS Nizar , ketika mengulas isu perlantikan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) Seluruh Perak, yang telah dibantah oleh PAS Perak.

Menurut Nizar, senarai baru tersebut dipercayai telah tidak melalui prosedur yang sepatutnya dan pihak OBJ sendiri telah tidak dimalumi.

“Ini tidak menunjukan kewibawaan , ketelusan dan ketidak adilan.Maka itu, kami menggesa supaya perkara ini disemak semula dan perlantikan baru hendaklah dibuat melalui prosedur yang sepatutnya,” kata Nizar.

Adalah difahamkan bahawa kesemua Pegawai Tadbir Agama (PTA) telah membantah cara perlantikan yang jelas tidak ikut prosedur sebagaimana yang telah ditetapkan.

Sementara itu, Dr Khairuddin menyatakan rasa kesalnya kerana tindakan tersebut jelas bertentangan dengan titah ucapan Raja Muda yang selalu menyebut perlunya kerajaan bersikap telus dan berintegriti.Perkara ini telah diulang sewaktu sidang ucapan Tuanku sewaktu sidang DUN yang terakhir.

“Umno menggunakan institusi agama yang sepatutnya dikuasai Sultan.Umno sepatutnya tidak campurtangan dalam urusan perlantikan ini yang mesti melalui temuduga supaya rakyat yang layak diberikan peluang memohon jawatan tersebut,” katanya.

Adalah dipercayai bahawa kekalutan seperti ini berlaku apabila jawatan Pengarah JAIP kini sudah tidak lagi secara otomatis memegang jawatan sebagai Setiausaha MAIP sebagaimana lazimnya. / end

Rabu, April 14, 2010

Biografi dan Manifesto Dato' Zaid

Sila muat turun Biografi & Menifesto Dato' Zaid Ibrahim dengan meng-klik gambar-gambar berikut di bawah dan tolong edarkan untuk orang ramai.



Nama: Mohd. Zaid Ibrahim
Umur: Lahir pada tahun 1951 di Kelantan
Pendidikan: Ijazah Undang-Undang, LLB Hons (1974)
Barrister at Law Inner Temple 1975
Kerjaya: Bersara (100% Ahli Politik Sekarang)
Website: http://myzaidibrahim.wordpress.com/
Twiter: http://twitter.com/zaidibrahim
Facebook: Datuk Zaid Ibrahim


Sejarah pembabitan dalam politik

Mula berkecimpung di bidang politik pada tahun 1986
melalui UMNO, walaupun mula aktif hanya selepas tahun 1990.
2001: Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu.
2003: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO.
2004-2008: Ahli Parlimen BN Kota Bharu, yang pertama sejak 1990.
2005: Digantung dari jawatan Ketua Bahagian dan
digugurkan sebagai calon 2008.

Mac 2008: Dilantik sebagai Senator di Dewan Rakyat dan Menteri
di Jabatan Perdana Menteri (portfolio undang-undang & reformasi badan kehakiman).
Sept 2008: Meletakkan jawatan Senator dan Menteri
sebagai protes penggunaan ISA ke atas 3 rakyat Malaysia.
Dec 2008: Dipecat dari UMNO kerana menulis surat terbuka
kepada Perdana Menteri Malaysia tentang pendiriannya mengenai ISA.
Jun 2009: Menganggotai PKR. Seterusnya dilantik
sebagai menjadi anggota Majlis Tertinggi PKR,
AJK Biro Politik PKR dan Penyelaras Pakatan Rakyat.


Dalam masa 25 tahun bermula 1987 - Datuk Zaid berjaya menubohkan syarikat guaman Zaid Ibrahim & CO dari hanya mempunyai saorang peguam hinggalah melebehi 140 orang pada tahun 2008 menjadikan firma itu yang terbesar di negara. Beliau bersara dari syarikat tersebut bila menerima jawatan Menteri pada tahun 2008.

Keadilan untuk Semua

Datuk Zaid Ibrahim memberikan perhatian berat terhadap aspek sistem perundangan kita yang tidak adil, termasuklah penggunaan ISA dan keperluan reformasi badan kehakiman.

Beliau percaya keadilan adalah untuk semua dan menolak politik perkauman.

Beliau berhasrat mempertingkatkan ketelusan dalam Kerajaan – dari memperbaiki ketelusan dalam pentadbiran Petronas dan FELDA sehinggalah usaha untuk memperkenalkan semula pilihanraya tempatan.

Datang dari keluarga yang miskin, beliau juga amat prihatin terhadap masalah kemiskinan, hak tanah dan kebajikan rakyat, termasuklah tanah adat Orang Asal.

Datuk Zaid juga aktif melakukan kerja-kerja kebajikan di luar arena politik.

Beliau berhasrat untuk mengembalikan politik Malaysia sebagai politik yang berbincang tentang dasar dan kebajikan rakyat dan politik yang memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat.

Kerja-kerja kebajikan & penerbitan

Pengasas Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), 1998.
Pengasas MyFuture Foundation, yayasan mempromosikan keharmonian antara kaum di kalangan belia Malaysia, 2008.

Buku

Dari Hati yang Ikhlas, 2007 & Saya pun Melayu, 2009

Turut terlibat dalam usaha memelihara kesenian tradisi Melayu Kelantan.

Latarbelakang Keluarga & Pendidikan Awal

Datuk Zaid Ibrahim dilahirkan di Kampung Chap - Bachok, Kelantan pada tahun 1951 dalam sebuahkeluarga kampung biasa di kawasan pedalaman. memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Marak berhampiran dengan kampungnya, di mana beliau terpaksa berjalan kaki selama sejam setiap kali pergi dan pulang dari sekolah

Menyambung pelajaran ke Sekolah Rendah Sultan Ismail, apabila keluarganya berpindah di kawasan setinggan di Kota Bharu, selepas ayah beliau, yang sebelum ini membuat kerja-kerja kampung sambil berniaga kecil-kecilan untuk menyara keluarga, mula berniaga ayam di pasar besar Kota Bharu.

Semasa berada dalam darjah lima, beliau menerima Biasiswa Kecil Persekutuan sebanyak RM15 sebulan berdasarkan prestasi baik pelajaran beliau dan kesulitan kewangan keluarganya, “saat paling menggembirakan dalam hidup saya” kerana tanpa bantuan tersebut, beliau berkemungkinan tidak dapat meneruskan persekolahannya.

Dengan tekad usahanya menumpukan perhatian terhadap pelajaran di samping mengembangkan minat membaca di masa lapang di perpustakaan awam di Kota Bharu, Datuk Zaid akhirnya berjaya ke salah sebuah sekolah menengah yang terbaik di Kota Bharu iaitu Kolej Sultan Ismail.

Kemahuan beliau untuk menimba ilmu, meluaskan pergaulan dan mencari pengalaman baru di negeri orang, berbekalkan duit saku RM5 dari ayahnya, Datuk Zaid berpindah ke Johor Bharu atas pilihannya sendiri untuk meneruskan pendidikannya di Maktab Sultan Abu Bakar di Johor Bharu.

Walaupun latarbelakang keluarganya jauh berbeza jika dibandingkan dengan kebanyakan pelajar-pelajar di Maktab tersebut, dan ada merasa sedikit terpinggir sebagai orang luar dan pertama kali pula bergaul dengan orang-orang bukan Melayu, dengan galakan dari guru-gurunya, Datuk Zaid berjaya memupuk bakat berpidatonya sehingga mewakili sekolah sebagai pendebat Bahasa Inggeris.

Selepas di Johor Bharu, Datuk Zaid meneruskan pendidikan tingkatan enam di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Ipoh, di mana beliau mula berjinak-jinak dengan bahan bacaan politik dan sastera di samping meneruskan minat berpidato dan menulis.

Pendidikan Tinggi

Datuk Zaid akhirnya melanjutkan pelajaran di bidang undang-undang di Institut Teknologi Mara (ITM) di Shah Alam pada tahun 1971. Di ITM, Datuk Zaid meneruskan minatnya dalam bidang berpidato dan mula aktif dalam persatuan pelajar. Selepas menerima ijazah beliau tiga tahun kemudian, beliau bekerja sebagai eksekutif jualan di Pulau Pinang selama setahun untuk meringankan beban kewangan keluarganya dahulu di kampung.

Beliau kemudiannya ke London dengan pinjaman MARA untuk mengambil peperiksaan akhir Bar. Akibat kesilapan di peringkat pemerosesan permohonan, pinjaman yang diterima tidak merangkumi bayaran tuisyen, menyebabkan beliau terpaksa belajar sendiri dengan meminjam nota dari teman-temannya di sebelah malam. Namun begitu, beliau berjaya lulus peperiksaan Bar dalam masa 6 bulan.

Kerjaya Guaman

Selepas pulang ke tanah air, Dato Zaid memulakan latihan chambering beliau dengan syarikat guaman Shook Lin & Bok, syarikat guaman terbesar di Malaysia pada masa itu. Dari 1976-1979, beliau memulakan kerjaya guamannya bersama dengan firma Raja Aziz Addruse sebelum menimba pengalaman di firma-firma lain.

Pada tahun 1987, Datuk Zaid nekad untuk menubuhkan syarikat guamannya sendiri, Zaid Ibrahim & Co (ZICO). Walau dihimpit cabaran kewangan kerana tidak mempunyai senarai pelanggan besar yang kukuh pada awalnya, selepas berjaya diterima sebagai syarikat guaman untuk UEM-Plus Highway, ZICO mula diterima oleh pelanggan korporat dalam dan luar negara.

Dengan rakan kongsi yang pintar dan setia dan reputasi perkhidmatan guaman yang cemerlang, selepas 30 tahun, ZICO kini adalah syarikat guaman terbesar di Malaysia, dengan lebih 130 orang peguam dan ratusan pekerja lain dengan pejabat cawangan di Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Emiriah Arab Bersatu. Sejurus selepas dilantik menjadi menteri, Datuk Zaid Ibrahim melepaskan kepentingannya di dalam ZICO.

Politik

Pendedahan politik awal Datuk Zaid mula semenjak usia remaja tatkala mula mengikut ayahnya mendengar ceramah-ceramah pemimpin politik era 1960an di Kota Bharu, terutamanya sekali para pemidato PAS yang hebat. Dato Zaid mula menjadi ahli UMNO Bukit Bintang sekitar 1986 tetapi mula bergiat secara lebih aktif di Kelantan selepas pilihanraya 1990.

Pada tahun 2001, beliau berjaya menjadi Ketua Cawangan UMNO Kota Bharu dan kemudian dipilih menjadi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan pada tahun 2003. Kerana dilihat telah mempersoalkan kuasa pemimpin UMNO, pada tahun 2005, beliau digantung dari jawatan Ketua Cawangan Kota Bharu. Namun, beliau masih terpilih menjadi Ahli Parlimen Barisan Nasional Kota Bharu dari 2004-2008.

Walaupun tidak terpilih untuk bertanding dalam pilihanraya 2008, dan menyuarakan pandangan kritisnya secara terbuka terhadap hala tuju Barisan Nasional dan masalah kepemimpinan di dalam UMNO sejurus selepas Mar 8, 2008, Datuk Zaid ditawarkan jawatan sebagai Senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk “untuk membuat perubahan dalam sistem perundangan dan badan kehakiman”.

Tidak sampai beberapa hari selepas menjadi menteri, Datuk Zaid memulakan proses memohon maaf terhadap hakim-hakim yang dipecat semasa Krisis Kehakiman 1988 dan pemberian saguhati kepada mereka walaupun dikritik hebat oleh pelbagai pihak di dalam UMNO.

Namun pada September 2008, selepas 5 bulan dan 27 hari, Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan atas dasar prinsip kerana tidak bersetuju dengan penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin, Ahli Parlimen DAP Teresa Kok dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menjadikannya Menteri paling singkat perkhidmatannya di Malaysia, dan Menteri yang benar-benar meletakkan jawatan atas dasar prinsip.

Selepas menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia tentang isu ISA pada bulan yang sama dan muncul di majlis-majlis anjuran parti pembangkang selepas itu, Dato Zaid Ibrahim akhirnya dipecat dari UMNO pada Disember 2008.

Pada bulan Jun 2009, Datuk Zaid Ibrahim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah yakin akan landasan parti tersebut dalam memperjuangkan hak rakyat dan demokrasi tanpa bersandarkan pada sentimen perkauman. Datuk Zaid Ibrahim sekarang merupakan anggota Majlis Tertinggi PKR dan AJK Biro Politik PKR dan berperanan sebagai Penyelaras Pakatan Rakyat.

Kerja-kerja Kebajikan dan Sosial

Sebagai seorang yang dibesarkan dalam keluarga yang susah, Datuk Zaid Ibrahim mempunyai keprihatinan yang tinggi terhadap masalah kemiskinan dan kebajikan rakyat biasa. Seawal tahun 1998, Dato Zaid dan isterinya telah menubuhkan Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK) di Pengkalan Chepa untuk memberikan perkhidmatan kepada terutamanya warga emas yang kurang upaya seperti melibatkan mereka dalam kegiatan riadah dan berkebun.

Kini YOKUK menawarkan khidmat kebajikan dan pemulihan percuma kepada lebih 2,500 warga kurang upaya tanpa mengira kaum, usia ataupun jenis ketidak upayaan mereka. Antara khidmat yang diberikan YOKUK termasuklah pelbagai jenis terapi dan perkhidmatan pengangkutan. YOKUK juga merancang untuk menyediakan/memperbaiki 500 rumah warga kurang upaya yang memerlukan bantuan di Kelantan.

Pada tahun 2008, beliau menubuhkan MyFuture Foundation, sebuah yayasan yang bergiat untuk mempromosikan keharmonian antara kaum di kalangan belia Malaysia. Beliau juga telah menulis dua buah buku, Dari Hati yang Ikhlas dan Saya pun Melayu, yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan milik keluarganya, yang ditubuhkan untuk menggalakkan budaya penerbitan tempatan.

Selain daripada itu, Dato Zaid Ibrahim juga aktif dalam usaha memelihara kesenian tradisi Melayu Kelantan kerana beliau percaya kebudayaan warisan turun-temurunlah yang dapat memberi pengisian terhadap jatidiri anak bangsa.

Datuk Zaid Ibrahim juga menulis di blognya di http://myzaidibrahim.wordpress.com/ dan berkomunikasi melalui http://twitter.com/zaidibrahim dan di Facebook.

Menyumbangkan Tenaga dan Khidmat untuk Rakyat

Matlamat Datuk Zaid Ibrahim ke Parlimen adalah untuk menyumbangkan tenaga beliau kepada negara yang kita cintai dan melihara kepentingan rakyat dan demokrasi di mana “rakyat dapat hidup selesa tanpa takut ditahan pada pagi hari kerana pandangan politiknya malam tadi”.

Beliau mahu membantu memastikan yang undang-undang negara mesti berteraskan keadilan dan tidak lagi disalahgunakan untuk melindungi kepentingan elit di negara kita yang sudah merugikan rakyat berbilion-billion ringgit selama ini. Penyelewangan kuasa dan rasuah dan penggubalan dasar-dasar yang tidak adil Kerajaan BN telah banyak merugikan dan memiskinkan rakyat, yang dapat dilihat dari masalah tanah yang tidak selesai ke persoalan perumahan dan pendidikan sehinggalah ke pengurusan Petronas yang tidak telus.

Beliau yakin rakyat Malaysia tiada sebab untuk tidak dapat hidup dengan selesa dengan limpah kurnia kekayaan negara ini melainkan disebabkan pilihan-pilihan politik yang buruk dan kerakusan pemimpin memperkayakan diri dan kroni-kroni mereka. Datuk Zaid amat prihatin terhadap nasib masyarakat yang terpinggir, samada disebabkan oleh kemiskinan, masalah kurang upaya ataupun penindasan sistematik yang meminggirkan kaum petani, buruh ladang dan Orang Asal yang masih berleluasa di negara kita.

Datuk Zaid Ibrahim sudah sering mengutarakan bahawa politik di Malaysia sudah lama ‘sakit’ dan harus diangkat mertabatnya. Kita harus berpindah dari kata nista dan serangan berbentuk pribadi, atau tindakan-tindakan yang berbaur perkauman yang melambangkan percaturan politik yang dangkal pemerintah BN, kepada perdebatan tentang dasar dan halatuju negara kita. Tanpa dasar-dasar yang baik, rakyat tidak kira kaum dan budaya akan merasa terpinggir di negara sendiri.

Keadilan dan Kebajikan untuk Semua

Penglibatan aktif Datuk Zaid Ibrahim dalam kerja-kerja kebajikan, keterbukaannya dalam mengkritik dasar-dasar Kerajaan BN yang tidak adil walau ketika beliau masih lagi bersama BN, keberaniannya sebagai Menteri yang mengusulkan proses meminta maaf kepada hakim-hakim yang dipecat oleh kerajaan pada tahun 1988 dan Menteri yang meletakkan jawatan atas dasar prinsip menentang konsep penahanan tanpa bicara menunjukkan ketulusan beliau untuk menjaga proses demokrasi, keadilan dan kebajikan masyarakat keseluruhannya.

Malah, Datuk Zaid Ibrahim telah memaklumkan dengan jelas bahawa beliau telah menerima tawaran menjadi Menteri undang-undang atas prinsip mahu membantu Kerajaan BN untuk berubah, menghentikan penyalahgunaan kuasa perundangan dan memperbaiki ketelusan dalam proses kehakiman negara. Beliau akhirnya melepaskan jawatan tersebut sambil meminta maaf dengan rendah hati kepada rakyat atas “kegagalan merubah BN”.

Politik Hak, Demokrasi & Kebajikan

Keadilan itu untuk Semua: Penolakan politik perkauman

Kita mesti menolak politik perkauman dengan sekeras-kerasnya. Ini hanya akan dapat dilakukan dengan baik jika kita bersungguh-sungguh menghargai keragaman kebudayaan rakyat kita. Kita mesti menghormati dan mempertahankan hak saksama setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama tanpa mengabaikan kumpulan-kumpulan terpinggir yang perlu diberikan bantuan. Inilah tuntutan agama Islam dan inilah tuntutan Perlembagaan Malaysia.

Ketuanan Rakyat & Keluhuran Perlembagaan

Kita mesti membela ketuanan rakyat dengan memartabatkan kuasa rakyat dan memelihara proses-proses dan badan-badan yang menjaga demokrasi. Beliau percaya bahawa pilihan-pilihan politik yang bijak hanya akan diambil oleh rakyat yang mempunyai kuasa. Jika mana-mana perkumpulan rakyat ada mengemukakan permasalahan dan tuntutan-tuntutan yang wajar, samada Melayu, Cina, India, Orang Asal atau apapun kaum dan pekerjaan mereka, Kerajaan yang ihsan wajib membantu mereka.

Reformasi Politik & Kepemerintahan Negara

Proses politik kita mestilah memerdekakan dan membebaskan rakyat negara ini dari belenggu kuku besi, perkauman, gejala rasuah dan ketidakadilan.

ISU

Kontroversi tentang keistimewaan kaum Bumiputra

Kerana kritikannya terhadap UMNO yang sudah tenat dengan budaya-budaya tidak sihat, Datuk Zaid Ibrahim memang sudah sering diserang oleh kumpulan-kumpulan yang menggunakan unsur-unsur perkauman untuk melindungi kepentingan-kepentingan politik dan ekonomi mereka.

Sebagai seorang Bumiputra yang berasal dari keluarga miskin, beliau sudah tentu tidak menentang dasar untuk membantu kaum Bumiputra yang memerlukan. Apa-apa juga dasar yang membantu membasmi kemiskinan dan memberi keistimewaan terhadap orang-orang miskin dan terpinggir, mestilah diteruskan. Namun, kebimbangan beliau terhadap kesan buruk penyalahgunaan ‘keistimewaan’ ini kepada negara kita sering diwar-warkan oleh pihak BN sebagai ‘bukti’ beliau mempersoalkan peruntukan perlembagaan terhadap kaum Bumiputra.

Dasar apa pun tidak boleh disalahgunakan untuk membolehkan penerimaan faedah tanpa usul periksa tentang latarbelakang ekonomi seseorang. Datuk Zaid sebenarnya amat bimbang bahawa Dasar Ekonomi Baru telah menjadi ‘Dasar Ekonomi UMNO’, yang mana ia menggalakkan pemberian subsidi dan bantuan melampaui batas, yang memberikan projek-projek besar negara untuk memperkayakan Bumiputra yang sudah cukup serba serbi dan untuk jentera parti, tanpa memerlukan si penerima faedah berusaha gigih dan berdikari.

Dasar yang disalahgunakan bukan sahaja merugikan negara, tetapi boleh merugikan kaum Bumiputra itu sendiri. Datuk Zaid mahu melihat generasi muda kita memahami bahawa tidak ada jalan mudah dalam hidup ini untuk mencapai kejayaan. Para jutawan Melayu yang cuba diwujudkan oleh Mahathir Mohamad selama 22 tahun memerintah berjaya hidup dengan kemewahan melimpah ruah tetapi kerana menerima habuan dengan mudah dan tanpa ketelusan, mereka tidak mengenal erti susah payah menguruskan perniagaan, dan akhirnya di ambang krisis ekonomi 1998, banyak syarikat mereka lingkup – malah ada yang terpaksa diselamatkan oleh kerajaan dengan wang rakyat yang datang dari semua kaum. Ini belum lagi kita bercerita tentang budaya ali-baba yang ‘menjual’ nama Melayu untuk habuan sendiri tanpa apa-apa usaha. Tabiat-tabiat seperti inilah yang sebenarnya memalukan bangsa.

Semua rakyat harus memahami hakikat ini sedalam-dalamnya. Kejayaan hanya akan dapat diperolehi dengan peningkatan ilmu dan keupayaan secara gigih. Tidak ada kejayaan yang dicapai oleh mana-mana bangsa di dunia ini dengan pertolongan kerajaan semata-mata. Jika kita benar-benar berasa gusar tentang nasib dan masa hadapan bangsa, jalan terbaik kita adalah mempertingkatkan ilmu, berusaha dan bersaing dengan cekal dan tulus, bersikap terbuka terhadap sebarang kritikan, sindiran dan rintangan serta menolak budaya rasuah dan mengampu.

Kegemilangan bangsa tidak akan dapat dicapai dengan menyemburkan api perkauman dan menyalahertikan ‘keistimewaan’ sebagai ‘ketuanan’ mutlak. Kedua-dua ini adalah perkara yang mempunyai implikasi yang jauh berbeda. Jika kita mahu menjadi Tuan, kita mesti bekerja keras, itu sahaja caranya. Melaungkan tuntutan-tuntutan tanpa janji untuk berusaha keras dan dengan nada berbaur perkauman pula, disertai adegan mencium-cium keris, tidak akan merubah nasib sesebuah bangsa itu. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu sendiri jika sesuatu bangsa itu sendiri tidak berubah.

Seseorang yang menyuarakan pandangan mereka dengan jujur dan tenang, walaupun kedengaran kritis, bukanlah seorang pengkhianat bangsa dan negara. Orang-orang yang berbahaya kepada bangsa dan negara sebenarnya adalah mereka yang meletakkan kepentingan diri di atas kepentingan rakyat. Inilah orang-orang yang menjual nama bangsa untuk mendapatkan habuan tanpa bekerja keras, orang-orang yang merompak harta kekayaan negara, orang-orang yang tidak menghormati hak-hak rakyat, orang-orang yang menahan warga tanpa membenarkan mereka dibicara, orang-orang yang menggubal undang-undang yang tidak adil dan mereka-mereka yang senang menggalakkan prejudis perkauman.

PAS PERAK BANTAH PERLANTIKAN PEGAWAI PENYELARAS MASJID DAERAH (PPMD) SELURUH PERAK


14 April,Ipoh : Bertempat di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak, di Medan Istana, tengahari tadi, Pesuruhjaya PAS Perak,Ust Abu Bakar Husein telah mengadakan satu sidang akhbar.

Turut serta dalam sidang akhbat tersebut ialah, DS Nizar Jamaluddin, Ust Misbahul Munir, YB Idham Lim, dan Dr Hj Khairuddin.Berikut adalah Kenyataan Akhbar PAS Perak :

PAS PERAK BANTAH PERLANTIKAN PEGAWAI PENYELARAS MASJID DAERAH (PPMD) SELURUH PERAK

PAS Perak membantah keras Kerajaan BN melantik Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) seluruh Perak tanpa mengikut peraturan dan tatacara perlantikan yang betul.PAS membantah dan mempersoalkan perlantikan tersebut berdasarkan perkara-perkara berikut:-

1. Mengapa surat perlantikan PPMD ditandatangani oleh CEO Majlis Agama Islam Perak (MAIAMPk) ? Sedangkan PPMD adalah jawatan yang dibiayai peruntukannya oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM). Manakala perlantikannya di peringkat negeri adalah dibawah urusetia Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) melalui Bahagian Pengurusan Masjid dengan Pegawai Penyelaras Takmir Masjid (Pegawai Hal Ehwal Islam, JAKIM) di tempat itu.Penempatannya pula di Pejabat-pejabat Agama daerah bukan di MAIAMPk atau Baitul Mal Daerah, pemantauan atau peyeliaan tugas dibawah pentadbiran Pegawai Tadbir Agama Daerah, manakala elaun atau gaji mereka terus daripada JAKIM (tidak melalui MAIAMPk)

2. Lazimnya proses perlantikan PPMD adalah melalui Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Daerah dan Orang Besar Jajahan (OBJ) bagi daerah berkenaan.Semua permohonan akan diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Masjid untuk proses pemilihan melalui temuduga oleh pihak JAKIM dan JAIP.

Malangnya prosedur ini tidak dipatuhi, campurtangan politik UMNO/ BNlah yang menentukan proses perlantikan ini.Sebahagiannya pula dicalonkan tanpa pengetahuan awal mereka hinggalah diberitahu tentang perlantikan itu dan diarahkan untuk menerima Surat Perlantikan di Majlis Menghafaz Al-Quran Negeri Perak dan Pentaulihan Imam-Imam Daerah Hilir Perak di Teluk Intan pada 5 April 2010.

Jelas Kerajaan BN menafikan hak pemohon-pemohon yang berminat melalui prosedur yang telah disarankan Mesyuarat MAJLIS dengan syarat kelulusan yang munasabah melalui saluran OBJ dan JAIPk. Mereka yang mempunyai kelayakan tidak dipanggil temuduga.

3. PAS Perak menyedari bahawa adanya elemen dan unsur-unsur mempergunakan nama Tuanku bagi melantik hanya orang-orang UMNO sahaja yang layak memegang jawatan tersebut tanpa melalui proses temuduga.

4. PAS Perak juga mempersoalkan kenapa surat sembah maklum dan perkenan kepada Tuanku dikeluarkan dan ditandatangani oleh Timbalan Pengarah JAIP, mengapa tidak Pengarah JAIP yang menandatangani surat tersebut.

Sehubungan dengan itu, PAS Perak membantah sekeras-kerasnya tatacara perlantikan PPMD yang dibuat oleh kerajaan UMNO/BN dengan membelakangi peraturan yang digunapakai sebelum ini.

PAS Perak menuntut Surat Perlantikan ditarik balik dan dibuka permohonan sekalim lagibagi membolehkan perlantikan dibuat semula melalui proses temuduga.

PESURUHJAYA PAS PERAK
UST ABU BAKAR HUSEIN / end

Serba sedikit mengenai Zaid Ibrahim

Datuk Mohd Zaid Ibrahim lahir di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1951, Zaid Ibrahim menerima pendidikan awalnya di Kolej Inggeris dan menyelesaikan pelajaran di Tingkatan enam di Sekolah Tuanku Abdul Rahman di Ipoh, Perak.

Beliau kemudian meneruskan ke ITM (sekarang UiTM) dan mendapat gelaran LLB (London Eksternal).Dia kemudian pergi ke Temple, London untuk memenuhi syarat sebagai UU-Barrister.

Pada tahun 1987, Zaid menjadi ahli pengasas dan Ketua Zaid Ibrahim & Co yang hari ini, adalah firma undang-undang yang terbesar di Malaysia dengan sambungan di kawasan ASEAN termasuk Singapura, Indonesia, Vietnam dan bahkan Dubai.

Politik

Zaid adalah ahli parlimen untuk Kota Bharu di bawah BN / UMNO sekitar 2004-2008. Dia juga adalah ketua Pro-Demokrasi Myanmar di Kaukus Parlimen dan ASEAN Interparlimentary Myanmar Caucus (AIPMC).

Beliau juga bekas de facto Menteri Undang-undang bawah pentadbiran Badawi's dan mengundurkan diri dari jawatannya pada tarikh 16 September 2008 selepas penahanan ISA blogger Raja Petra Kamaruddin, ahli parlimen Teresa Kok dan wartawan Sin Chiew Sin, Tan Hoon Cheng.

Zaid sangat vokal dan sering terlibat dalam debat awam meningkatkan kesedaran dalam urusan awam mahupun kebangsaan bunga atas kepentingan menjaga demokrasi dan supremasi undang-undang di negeri ini.

Dia adalah seorang peguam yang sangat kuat mahukan mahkamah yang bebas.

Beliau juga dikenali kerana aktif dalam penyertaan persidangan, forum dan seminar, baik tempatan atau luar negeri seperti Simposium Hukum Widener Global Demokrasi, perbincangan meja bundar Parlimen, Forum Dunia 2000, PBB Roundtable Dialog keatas Burma, Persidangan SUAHAKAM atas Budaya & Hak Asasi Manusia dan banyak lagi.

Zaid menerbitkan buku pertamanya, "Dalam GoodFaith," pada tahun 2007. Buku ini adalah kompilasi dari pidato-pidato, artikel dan wawancara.Buku ini diterbitkan oleh ZI Publications Sdn Bhd, sebuah penerbit yang ditubuhkan oleh Zaid sendiri untuk memudahkan wacana teka-teki sosio-politik dan undang-undang di negeri ini.

ZI Publications Sdn Bhd sekarang dimiliki dan dikendalikan oleh puteranya, Uzair. Semua hasil dari jualan bukunya akan pergi ke Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan ( Yayasan untuk Orang Kurang Upaya Kelantan), sebuah pertubuhan amal yang dekat dengan hatinya. / end

PRK Hulu Selangor : ingat Hamidah, ingat Ular...



Konfom! DSAI telah mengumumkan bahawa mantan Menteri Undang-Undang Zaid Ibrahim adalah calon Pakatan Rakyat mewakili PKR dalam PRK Parlimen P094 Hulu Selangor menentang calon BN dari MIC, Palanivel.

Pengumuman telah dibuat sebentar tadi di Pusat Komuniti Serendah.Suka atau tidak suka, kemenangan PRK HS bergantung kepada calun yang di pilih.Pakatan Rakyat jelas akan memenagi PRK HS ini apabila sebentar tadi telah mengisytiharkan Zaid Ibrahim sebagai calon disitu.

Kawasan parlimen HS mengandungi 3 DUN- Batang Kali, KKB dan Hulu Bernam- ketiga tiga nya di kuasai oleh UMNO/BN.

Parlimen HS sepatutnya di menangi oleh BN; apabila 3 DUN tersebut dimenangi oleh BN.Tetapi pengundi HS tidak memberkan undi mereka kepada Palanieval yang mewakili kawasan parlimen di situ. Kenyataan yang tidak dapat di sangkal ialah bahawa suara rakyat HS menuntut ahli parlimen nya juga orang Melayu. Arwah Dr Zainal orang Melayu-maka atas dasar ini lah beliau menang dalam pilihanraya 2008 dahulu.

Jangan lupa apa yang pernah wakil rakyat Sungai Rapat Hamidah Osman pernah pesan.Ingat Hamidah , tentu orang Melayu akan teringatkan ular...Bahawa Hamidah ini pernah menyuruh orang Melayu supaya jangan bunuh ular .Kalau nak bunuh ular , bunuh kemudian selepas bunuh ....

Nampaknya, sejarah akan berulang lagi , Ha! ha! Ha! Kak Midah telah berada di Hulu Selangor untuk memberi taklimat penerangan kepada Wanita UMNO sejak beberapa hari yang lalu. Maka ingatlah pesanan sakti Hamidah Osman!Ingat Hamidah, ingat Ular..../ end

Selasa, April 13, 2010

Jaminan Keselamatan sahaja tidak cukup : Hentikan harassment keatas Dr Pornthip

Jaminan keselamatan yang Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berikan kepada Dr Pornthip Rajanasunand jika pakar patologi Thailand itu kembali ke negara ini bagi memberi keterangan pada inkues Teoh Beng Hock adalah sesuatu yang sangat dialu-alukan dan amat wajar sekali.

"Saya akan pastikan bahawa pihak berkuasa membekalkan kawalan keselamatan. Tiada masalah,” katanya di lobi Parlimen di sini

Namun permintaan Hishamuddin supaya Pornthip membekalkan pihak berkuasa Malaysia, segala maklumat berhubung dakwaannya bahawa dia berdepan dengan 'tekanan politik' daripada kerajaan Malaysia untuk menghentikan keterangan beliau dalam inkues itu adalah sesuatu yang tidak perlu kerana ini juga merupakan satu cara 'harassment' keatas Dr Porntip dan kerajaan perlu elakan .

Semalam, Dr Pornthip memberitahu bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut. / end

Kuasa dan Muslihat disebalik PERKASA


Budaya Umno adalah sub-kontrak. Hidup kebanyakan orang Melayu dalam Umno, adalah hidup dalam sub-kontrak.

"Mereka dapat kontrak, mereka beri kepada Cina ; mereka dapat permit, mereka jual kepada Cina .....hinggakan politik pun mereka kini sub-kontrakan!"

Demikian dakwaan RPK, berhubung sikap Umno yang telah mengkaldaikan PERKASA PERKASA supaya melakukan projek membangkitkan semangat orang Melayu kembali menyokong Umno dengan sentimen semangat kebangsaan Melayu.

Melalui PERKASA, maka kita akan mendengar tuntutan-tuntutan melampau dan sumbang seperti Malaysia untuk Melayu sahaja, perniagaan untuk Melayu, keutamaan untuk Melayu...

Bahkan melalui PERKASA inilah kita dapat mendengar suara angkuh dan sombong yang berkata, "Orang bukan Melayu ini adalah pendatang ; jangan cakap banyak, cakap banyak boleh balik India, balik Cina ..."

RPK berkata, Najib yang kini menggunakan slogan 1Malaysia tentu tidak akan berani mengeluarkan kalimat-kalimat sentimen kemelayuan begitu, maka sebab itu, projek menggunakan sentimen semangat perkauman Melayu ini telah di sub-kontrakan kepada PERKASA. Kita dengar sendiri apa kata RPK seperti berikutnya :



Nazri: Siapa yang memberi tekanan pada Pornthip?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah membantah tuduhan oleh ahli patologi terkenal Thailand Dr Pornthip Rojanasunand bahawa ia berada di bawah "tekanan politik" dari kerajaan Malaysia untuk tidak bersaksi dalam penyiasatan Tan Hock Beng.

Sementara berkata tuduhan itu tidak benar, Nazri menambah bahawa pakar tersebut perlu menamakan nama mereka yang dia dakwa menaruh tekanan terhadapnya kerana kerajaan tidak akan mengambil tindakan jika tidak ada bukti kuat untuk menyokong dakwaan tersebut.

"Katakan siapa ? Nazri atau? lainnya. Kami ingin tahu, jika tidak bagaimana kita mahu membantunya.Siapa saja boleh mengatakan bahawa saya telah ditekan. Tapi siapa yang telah memberi tekanan tersebut, kita ingin tahu," kata Nazri kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Dia ditanyai untuk mengomentari tuduhan oleh Pornthip bahawa dia tidak akan bersaksi dalam perbicaraan Teoh yang akan disambung pada 20 April kerana "tekanan politik" dari kerajaan Malaysia.

Nazri juga membantah tuduhan bahawa pakar itu tidak dibenarkan masuk ke Malaysia awal tahun ini, karena menurutnya tidak ada alasan untuk itu sebagaimana ia telah dibenarkan masuk terdahulu.

"Saya tidak percaya bahawa kerajaan dan pegawai kita menganggunya dan menahannya daripada memasuki negara itu," katanya.

Nazri berkata jika hal itu terjadi dia akan diberitahu.

"Peguam Negara tidak pernah menemui saya untuk mengatakan bahawa kita tidak mengizinkan dia masuk. Saya rasa dia hanya takut. Saya percaya bahawa kesaksiannya dalam penyiasatan tersebut tidak benar, yang tak dapat dipertahankan sekarang dan sedang mencari alasan untuk tidak menghadiri , "katanya.

Sementara itu, setiausaha biro undang-undang DAP, Gobind Singh Deo berkata, Nazri perlu memberikan bukti dakwaan seperti itu kerana ia adalah masalah serius.

Gobind yang bertemu wartawan di lobi Parlimen juga menjemput Nazri untuk menyertai dalam penyiasatan Teoh.

"Tuduhan Nazri terhadap Pornthip adalah serius dan diluahkankan ikut sedapnya sahaja," katanya. Gobind juga mewakili keluarga Tan di penyiasatan itu.

Sementara itu pada sidang akhbar yang sama pagi ini, penasihat DAP Lim Kit Siang mencadangkan supaya kerajaan memanggil pertemuan kecemasan Kabinet untuk membincangkan dakwaan Pornthip tentang "tekanan politik".

Kelmarin Nazri telah menuduh bahawa Pornthip berbohong kononnya beliau menerima tekanan politik .

alihbahasa : dari sini / end

Isnin, April 12, 2010

KDN perlu beri jaminan keselamatan kepada Dr Pornthip


Kelmarin, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein kantoi bilamana beliau terpaksa mengarahkan menyiasat dakwaan bahawa perisik Israel berjaya menembusi maklumat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sebelum ini beliau menafikannya.

Kali ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz pula menuduh pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand berbohong berhubung dakwaannya yang kerajaan Malaysia menggunakan "tekanan politik" untuk menghalangnya daripada memberi keterangan."Dia seorang pembohong! dia berbohong dalam inkues dan dia berbohong sekarang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Siapa sebenarnya yang berbohong? Nazri atau pun Dr Pornthip? Salah seorang daripada mereka tentu berbohong .Tidak mungkin dua-dua telah berbohong.

Sudahkah Nazri bertanyakan Menteri Keselamatan dalam Negeri itu? Tapi seperti mana awal-awal tulisan ini menyatakan bahawa Hishamuddin ini seorang yang pembohong. Jangan mudah percaya membabi buta begitu saja.

Nazri kena siasat betul-betul sebelum membuat penafian.Sepatutnya Menteri Dalam Negeri yang kantoi itulah yang harus buat penafian dan bukan Nazri.Protokol mudah macam ini pun dia tidak tahu.Macam mana boleh dilantik jadi seorang Menteri?

Persoalan sekarang ialah apa perlunya Nazri menuduh Dr Pornthip berbohong? Adalah lebih baik dan wajar Menteri Keselamatan Dalam Negeri memberikan jaminan keselamatan kepada Dr Pornthip.

Kita tidak mahu tragedi yang pernah menimpa kepada seorang wanita Monggolia yang diletupkan dengan C4 berulang semula. / end

Mufti Musang Berjanggut tidak ada diploma macam Mufti Perak ...


"Hudud ni, duduk dalam kitab , pada chapter terakhir….” Demikian kata Mufti Perak yang terkenal fakeh lagi zuhud, berkelulusan diploma dari Kolej Islam Kelang ; dalam salah satu siri kuliahnya yang berlangsung di sebuah surau di Maju Rapat, Ipoh.

Kenyataan Mufti yang berkelulusan diploma Kolej Islam Kelang ini, jelas cuba memperlekehkan kepentingan Hudud dalam Islam.

Ramai yang terpinga-pinga sewaktu Mufti Diploma ini berkata demikian.Tapi nak buat macam mana ?

Disetiap kali akhir kuliahnya, beliau langsung tidak pernah beri peluang orang ramai untuk mengemukakan soalan. Habis ngaji, dia tutup kitab dan terus baca doa penutup mulut! Lagak lebih kurang macam mufti dalam filem P.Ramlee, Musang Berjanggut.

Mungkin lebih baik dimasa akan datang, dia pasang keset sahaja dan orang ramai boleh mendengar sahaja kuliahnya. Kalau tidak faham boleh saja direwind dan mainkan semula...

Tapi bukan itu yang nak saya ceritakan sangat di sini.Tapi saya nak ceritakan bagaimana Mufti Diploma ini sebenarnya adalah seorang yang pembohong yang licik!

Ingat tak lagi kenyataan bohongnya sewaktu dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tempohari yang mendakwa kononnya PAS Perak dengan angkuh telah menolak cadangan berpakat dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan perpaduan di negeri Perak yang kononnya pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu?

Ustaz Ahmad Awang telah menafikannya dan mengulas tentang perkara itu di blognya dimana antara lainnya beliau berkata :

“Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul,” katanya sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda

“Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.


Tetapi , pada program Liqa -ul-Fikr di Air Kuning Jumaat yang lalu, Ahmad Awang telah mendedahkan dailog sebenar antaranya dengan Dato Mufti Diploma itu sewaktu dalam misinya yang cuba mempengaruhi dan memujuk Ahmad Awang

“Ingat tak dulu, isu murtad ; Dato kata, Umno ni tidak boleh diharapkan untuk menjaga agama dan bangsa,” katanya kepada Dato Mufti Diploma itu.

Ahmad Awang berkata lagi, “Dato sendiri kata, Dato boleh jumpa Pak Lah pada masa itu, bila-bila masa; tapi tak boleh buat apa-apa tentang isu murtad….Dan hari ini, Dato nak suruh kami bersatu dengan umno…?”

Pertanyaan Ahmad awang itu membuatkan Mufti Diploma itu termanggu tidak terkata apa-apa lagi lalu memutuskan perbualan tersebut dengan serta merta .Walau bagaimana pun perbualan antara mereka telah mengambil masa lebih kurang sepuluh minit , jelas Ahmad Awang lagi.

Dato Mufti Diploma ini tidak pernah menceritakan kepada sesiapa pun tentang perbualan tersebut. Apa yang di hebohkan kepada orang ramai ialah Ahmad Awang kononnya telah menolak dengan angkuh pelawaannya untuk buat kerajaan perpaduan dengan Umno; tanpa merujuk kepada persoalan yang dikemukakan oleh Ahmad Awang berhubung kegagalan Umno menangani isu murtad yang pernah Dato Mufti Diploma ini hebohkan suatu masa dulu. / end

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...