Followers

Sabtu, Mei 22, 2010

Bantahan Lesen Judi Bolasepak di Perak


Satu himpunan aman mengutuk tindakan meluluskan lesen judi bolasepak telah diadakan diperkaranagan Masjid Negeri Sultan Idris Shah 11, Ipoh selepas solat Jumaat tadi.


Yang menariknya ialah, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Pusat , Dr Lee Boon Chye dan lain-lain pimpinan PKR yang bukan beragama Islam turut hadhir melahirkan bantahan terhadap kelulusan lesen judi bolasepak sempena Piala Dunia pada tahun ini.


Namun tiada seorang pun pimpinan Pemuda Umno atau Perkasa turut hadir walaupun Pemuda PAS Perak telah menghantar jemputan rasmi kepada mereka. Apakah pemuda Umno turut menyokong judi?


Semasa orang ramai mula bersurai, pihak Polis telah cuba untuk menangkap beberapa pemimpin pemuda tertentu dan berlaku sedikit kekecuhan.

Walaubagaimana pun keadaan dapat ditenangkan dan tidak ada tangkapan dilakukan. / end

Rabu, Mei 19, 2010

Ramah Mesra dan Dialog PAS Perak bersama Paderi Kristian


Ipoh 18 Mei : PAS Perak hari ini menempa sejarah baru dalam merealisasikan slogan PAS For All. PAS yang selama ini dikepung oleh imej negatif yang dipakaikan oleh media BN telah berjaya menyingkapnya petang tadi dalam dialog bersama paderi kristian sekitar Ipoh. Ketakutan yang selama ini menghantui penganut bukan Islam terhadap PAS telah terhapus.Baca di sini

Sabtu, Mei 15, 2010

Judi bola: Umno bawa negara mundur ke belakang — Abdul Hadi Awang


May 14, 201014 MEI — Langkah pihak kerajaan ingin memperkenalkan lesen judi sukan dalam negara kita pada masa sekarang ini adalah satu tindakan yang jauh menyimpang dari ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.

Ianya menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN yang ada pada waktu sekarang ini telah bankrap idea dan sedang membawa negara mundur ke belakang ke arah yang lebih jauh dari ajaran Islam.

Inilah yang dirancang oleh penjajah dan Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan yang ada di waktu ini telah membawa semakin banyak perkara-perkara negatif selepas negara mencapai kemerdekaan, malah lebih banyak dari yang dilaksanakan oleh penjajah itu sendiri.

Hasilnya wajah Islam yang cuba dibawa oleh Umno dengan mendirikan masjid, pusat Islam dan aktiviti keagamaan ini menjadi topeng dan tempelan kosmetik sahaja, dan dalam masa yang sama mereka merobek Islam dari belakang. Akibatnya Umno juga telah menunjukkan satu wajah yang sangat salah dengan hakikat tasawwur ajaran Islam yang sebenar.

Maka sudah tiba masanya bagi orang melayu beragama Islam untuk memahami bahawa di sana terdapat perbezaan di antara Islam dengan bangsa. Islam adalah agama untuk seluruh manusia tanpa mengira bangsa dan kaum.

Dalam hal ini kita telah mendapat respon yang sangat baik dari kalangan orang bukan Islam, malah kita juga telah berjaya menarik sokongan rakan-rakan dari DAP dan PKR yang bukan Islam untuk menyokong bagi mengharamkan judi. Inilah kejayaan satu anjakan paradigma dalam aspek dakwah apabila kita memberi kefahaman kepada orang bukan Islam untuk menerima apa yang diharamkan oleh Islam.

PAS menyeru kepada penyokong-penyokong Umno yang cintakan agama untuk membuat muhasabah terhadap diri mereka supaya melaksanakan perubahan secara ilmu dan mengkaji kefahaman Islam yang betul melalui sumber-sumber Islam dan bukan melalui media-media yang memberikan maklumat yang salah yang terus menerus menjahilkan mereka dari ajaran Islam.

sumber

Sabtu, Mei 01, 2010

Perjumpaan Dato Bandar dengan peniaga-peniaga Pasar Gunung Rapat,Ipoh



Cadangan meroboh dan membina semula Pasar Gunung Rapat, Ipoh


Satu perjumpaan antara peniaga-peniaga Pasar Gunung Rapat Ipoh dengan Dato Bandar, Dato Roshidi Hashim telah diadakan pada 30 April , jam 3.00 petang , bertempat di Dewan Orang Ramai, Gunung Rapat Ipoh.

Turut bersama Roshidi (kiri) ialah Setiausaha Bandaraya, Dato Rahim Mohd Arif (kanan) dan beberapa Kaunseler Majlis Bandaraya Ipoh.

Perjumpaan tersebut adalah untuk mencari jalan penyelesaian terhadap satu cadangan pihak Bandaraya Ipoh untuk ‘roboh dan bina’ Pasar Gunung Rapat yang mendapat bantahan para peniaga di situ.

Kiri ke kanan, Ahmad Razali, Rahim Mohd Arif,
YB Chan Ming Kai dan YB Dr Lee Boon Chye

Perjumpaan tersebut turut dihadiri bersama oleh Ahli Parlimen Gopeng YB Dr Lee Boon Chye , ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai, Setiausaha Perhubungan PAS Perak, Tn Haji Rahim Mohd Arif dan para penduduk tempatan telah berlangsung dengan rasa harmonis dan bersifat tolak ansur.

Roshidi dalam pembentangan cadangan projek tersebut telah menawarkan 3 alternatif kepada para peniaga yang terlibat.Beliau juga turut menyatakan bahawa ruang petak perniagaan adalah lebih besar dari apa yang ada sekarang.

156 Para peniaga pelbagai kaum bersatu menentang pasar mereka dirobohkan

Beliau turut menyatakan bahawa projek meroboh dan membina Pasar Gunung Rapat ini adalah bagi tujuan menaik taraf pasar tersebut dengan pembangunan yang berlaku di bahagian hadapan dengan merujuk kepada Hotel Hill City , Old Town Coffee Tiam dan KFC.

“Gunung Rapat merupakan pintu masuk bagi bandar Ipoh di utara Malaysia dan perlu diceriakan dari segi pelancungan,” katanya.

“ Jadi itulah yang saya boleh bantu, kalau tidak boleh bantu juga , duit RM 3 juta itu akan balik ke Kuala Lumpur ,” kata Rashidi yang disambut dengan laungan dan sorakan gembira 156 peniaga yang membantah projek ‘roboh dan bina’ pasar tersebut.

Riaksi gembira para peniaga bila mendengar
peruntukan RM3 Juta akan balik semula ke KL...

Melihatkan riaksi peniaga sedemikian, Roshidi menegaskan, “ Balik ke Kuala Lumpur; bukan senang nak dapat balik,” katanya dan sekali lagi disambut dengan tepuk sorak tanda gembira peniaga.

Ketika ini, Roshidi kelihatan cuba mengawal emosinya dengan berkata, “Tak apa…tak apa… sat lagi nak bercakap, cakap – saya bagi peluang ; tak payah ber… apa nama , huh! hah! huh! hah! Saya datang kesini bukan nak berkelahi, tapi untuk menyelesaikan masalah cara ‘menang-menang’ , saya manusia…. Saya tidak mahu kita berkelahi, tak mau, tak mau…. Di hari Jumaat, sebagai orang Islam; Okey?” katanya.

Roshidi turut menyatakan bahawa keadaan Pasar Gunung Rapat dalam keadaan yang sangat dhaif dan beliau sendiri pernah datang kesitu untuk mencuci longkang yang begitu kotor.

“Saya datang membersihkan longkang , menunjukan betapa sayangnya saya kepada market ini; mana ada Dato Bandar macam ini….bukanlah nak takbur,” kata Roshidi yang datang hanya sekali sahaja melakukan kerja tersebut di situ.

Seterusnya beliau tidak dapat mengawal rasa emosinya dengan rasa sebak dan linangan air mata, beliau merayu para peniaga supaya membantu dan menolongnya :

“Kalau sayang kepada saya yang telah berkhidmat untuk dua kerajaan, bantulah saya, tolonglah saya; apa yang kita buat ini adalah lebih baik,” katanya.

bersambung .... / end

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...