Followers

Khamis, November 25, 2010

Sidang DUN Perak - Sila benarkan perbahasan tanpa diganggu

Ipoh : Sekretariat Pakatan Rakyat, YB Idham Lim , Adun Titi Serong, dalam satu kenyataannya disini berkata bahawa Adun-adun Pakatan Rakyat berharap persidangan Dewan Rakyat Negeri yang akan bermula pada 30 November ini akan dapat berjalan lancar tanpa ada gangguan dari mana-mana pihak.

Beliau berharap persidangan kali ini bukan sekadar satu hari sahaja sebagaimana yang berlaku sebelumnya.Beliau berharap supaya ianya diadakan sekurang-kurangnya tiga hari supaya segala isu yang berhubung dengan masalah rakyat dapat ketengahkan dan dibahaskan dengan baik.

Menurutnya lagi bahawa arahan telah dikeluarkan kepada semua Adun-Adun Pakatan Rakyat supaya menyediakan text perbahasan yang lengkap dengan fakta bagi tujuan membahaskan isu-isu rakyat.

“Kami berhasrat untuk membahaskan isu-isu rakyat bagi tujuan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi,” kata Lim.

Beliau berharap peruntukan masa yang cukup dan sesuai diberikan untuk perbahasan dan meminta supaya pembesar suara tidak dimatikan apabila Adun Pakatan Rakyat sedang berhujjah.

“Sila benarkan orang ramai hadir untuk turut menyaksikan persidangan tersebut sebagai membuktikan ketelusan kerajaan yang ada ini,” katanya.

Disamping itu, beliau berharap bahan-bahan yang tidak pernah dilarang masuk sebelum PRU ke-12 dulu, dibenarkan bawa masuk seperti komputer, kamera dan telefon.

DAP Ancaman Ummat Islam - Misbahul Munir

Setiausaha PAS Perak, Ust Misbahul Munir mendedahkan tentang adanya usaha-usaha terancang pihak tertentu (Umnolah ! siapa lagi - alhusseyn) untuk memburuk-burukan Pakatan Rakyat Negeri Perak dengan menyibarkan beberapa risalah yang berbentuk fitnah bagi tujuan meracuni pemikitan rakyat.

Antaranya ialah satu risalah berbentuk buku kecil bertajuk ‘DAP Ancaman Ummat Islam’ yang di edarkan ke masjid-masjid di seluruh negeri Perak , yang mengandungi fakta yang tidak betul dan tidak tepat.

“Risalah tersebut bertujuan meracuni pemikiran orang ramai dan amat jelas mahu mengapi-apikan sentimen keugamaan dan perkauman,” kata Misbah.

Beliau turut menjelaskan bahawa dibuku tersebut mencatatkan kononnya ia dikeluarkan oleh Gabungan Professional Islam dan Gabungan Lulusan Pengajian Islam Timur Tengah bagi tujuan untuk mempengaruhi dan mengelirukan ummat Islam.

“ Ini perbuatan yang sangat memalukan dan sangat keji lagi tidak bertanggung jawap , hingga sanggup mempergunakan nama persatuan orang lain," Kata Misbah.

Ustaz Bakar ( Ust Abu Bakar Hussain – PJ Perak) sendiri menafikan penglibatan Gabungan Lulusan Pengajian Islam Timur Tengah dengan kerja-kerja hina sebegitu,” tambahnya lagi.

Orang ramai diminta supaya tidak mudah percaya dengan penyibaran fitnah melalui risalah tersebut yang semata-mata bertujuan bagi mengekalkan kuasa Umno di negeri Perak.

Rabu, November 24, 2010

Bayangkanlah jika dia seorang Menteri .....

KUALA LUMPUR, 23 November - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberi tahu : Perdana Menteri menerima gaji bulanan RM22, 826,65, Timb Perdana Menteri dibayar RM18, 168,15 sedangkan menteri Kabinet dibayar RM14, 907,20.

Sementara gaji bulanan seorang setiausaha politik yang berkuatkuasa dari tarikh 1 Januari 2004 adalah RM5, 709,99, katanya di [sini]

Persoalannya ialah, bagaimana mereka ini boleh begitu kaya raya hingga berpuluh keturunan tanpa bekerja – kekayaan tersebut pasti tidak akan habis dimakan!

Bayangkanlah jika seorang setiausaha macam ini pun sudah mampu kumpul harta bernilai RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun menguasai pejabat PM.Hasil songlap dan putar alamlah tu apa tidaknya!Takkan wang simpanan hasil gaji bulanan?

Bayangkanlah jika dia seorang Menteri Kabinet yang korup, tentu lebih maha dahsyat lagi! Apa lagi kalau sebagai seorang Perdana Menteri ... Korang congak-congaklah sendiri!Masya Allah! Lihat lagi di [sini]

Jangan terpengaruh dengan hasutan dan fitnah perkauman Umno - Bakar Hussain

Ipoh , 23 November, 2010 : Dengan bertopengkan program taklimat isu-isu keselamatan Negara anjuran Majlis Keselamatan Negara, Umno Perak telah menyibarkan fitnah dan hasutan perkauman bagi memastikan Umno dapat terus kekal memerintah negeri Perak.

Demikian yang didedahkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ust.Abu Bakar Hussain dalam satu sidang medianya di Pejabat Perhubungan Negeri di sini petang tadi.Turut bersama beliau ialah Setiausaha PAS Perak, Ust. Misbahul Munir dan Ketua penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim (gambar bawah)


Berikut adalah kenyataan resmi yang dikeluarkan oleh PAS Perak berhubung isu tersebut :
KENYATAAN MEDIA PAS PERAK ( 23 NOVEMBER 2010 )

Menurut sumber yang diperolehi oleh PAS Perak, baru-baru ini seluruh penghulu-penghulu negeri Perak telah dikumpulkan di Cameron Higland dalam satu program anjuran Kerajaan Barisan Nasional ( BN ). Program tersebut diisi oleh Majlis Keselamatan Negara. Program yang asalnya berupa taklimat isu-isu keselamatan negara menjadi medan politik kepada para penceramah untuk memastikan UMNO BN terus kekal memerintah negeri Perak.

Menurut sumber para penceramah telah menyentuh isu-isu yang boleh dianggap menghasut para penghulu dengan membangkitkan perasaan perkauman. Kerajaan Pakatan Rakyat yang telah memerintah Perak hampir setahun telah diburukkan imejnya oleh mereka di hadapan penghulu-penghulu, antara dakwaan yang berbentuk perkauman dan fitnah mereka ialah mereka menimbulkan kebencian peserta kepada Pakatan Rakyat Perak dengan mendakwa kononnya DAP lah yang menguasai Perak, PAS dan Dato’ Seri Ir Hj Mohamad Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar Perak hanya boneka semata-mata, Selain itu PAS Perak juga mendapat maklumat bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim juga menjadi sasaran mereka. Para penceramah tidak segan silu memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

PAS Perak melihat UMNO BN Perak kini sedang berada dalam ketakutan, Buktinya UMNO BN cuba meracuni pemikiran rakyat dengan doktrin hanya UMNO BN sahaja yang mampu dan boleh memerintah Perak dan negara sebaliknya negara akan hancur sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara.

Bagi PAS Perak, UMNO BN sememangnya sudah terdesak dengan situasi politik Perak dan seluruh negara, mereka tidak yakin mampu mempertahankan kerajaan Perak yang dirampas mereka. Buktinya ialah, para penghulu dihimpunkan oleh UMNO BN untuk ditanam bibit-bibit kebencian kepada Pakatan Rakyat.

Program yang dilakukan itu menggambarkan UMNO BN meletakan harapan agar para penghulu boleh mamainkan peranan bagi memastikan UMNO BN kekal mengekalkan kuasa mereka, inilah bukti salahguna kuasa yang dilakukan oleh UMNO BN dam menguruskan kakitangan awam di negara ini.

PAS Perak melihat bahawa Adun-adun UMNO BN Perak sudah tidak dapat menarik sokongan rakyat untuk menyokong mereka, Adun-adun UMNO BN kini sudah tidak yakin dengan kapasiti UMNO BN samada mereka masih boleh terima oleh rakyat Perak atau tidak, kerana itulah para penghulu diperdaya kononnya menghadiri taklimat isu-isu keselamatan negara, pada hal mereka dihasut oleh para penceramah untuk membenci Pakatan Rakyat.

Bagi PAS Perak, perkara yang berlaku ini amat dikesalkan sama sekali, duit rakyat yang besar bagi membiayai program tersebut digunakan untuk program politik UMNO BN atas nama Majlis Keselamatan Negara.

Menurut sumber yang didapati oleh PAS Perak juga, selepas ini Ketua-ketua Kampung seluruh Perak juga akan dikumpulkan bagi tujuan program yang sama, begitu juga para pengetua dan guru-guru besar sekolah-sekolah seluruh Perak juga akan dikumpulkan bagi menabur fitnah kepda Pakatan Rakyat khususnya di Perak bagi memastikan UMNO BN terus kekal memerintah Perak.

Ustaz Abu Bakar Hussain
(Pesuruhjaya PAS Perak)

Selasa, November 23, 2010

Balak punya pasal, hantam sajalah labu!

Teluk Rubiah adalah satu kawasan pantai yang indah. Kawasan ini akan dibangunkan untuk dijadikan tapak kilang untuk sebuah syarikat dari Brazil. Kawasan ini berdekatan dengan kawasan Hutan Simpan Teluk Muroh dan juga pantai peranginan Teluk Batik Lumut. Lokasi Persempadanan Projek (Garisan Hitam) dan Tapak Kilang Bijih Besi (Garisan Merah).

Dari ZON PELANCONGAN di'TRANSFORMASI'kan kpd ZON PERINDUSTRIAN, ia berada di lingkungan Hutan Simpan Teluk Muruh, berhampiran Tanah Rizab Melayu dan hanya bersebelahan Pusat Peranginan & Riadah Pantai Teluk Batik. Jaraknya juga boleh mengancam Pusat Pelancongan dan Hutan Simpan Pangkor Selatan.

Pada asalnya ia adalah sebuah kampong tradisional nelayan yang dikenali sebagai Kampung Teluk Rabiah yang berstatus Tanah Simpanan Melayu dan juga daripada Hutan Simpan Teluk Muroh (HS Teluk Muroh).

Pada 1986, keseluruhan kawasan Kampung Teluk Rabiah dan persekitarannya (dalam pewartaan Hutan Sekunder) dicadangkan oleh kerajaan negeri untuk tujuan pembangunan komersial khususnya pelancongan mewah, maka semua penduduk kampong tersebut terpaksa berhijrah ketempat-tempat lain terutamanya di sekitar Daerah Manjung.

Seluas kira-kira 487 hektar daripada HS Teluk Muroh telah dimansuhkan pewartaannya sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK) .

Pada 29 September 1988,seluas 274 hektar daripadanya telah diberi milik kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan baki 213 hektar lagi masih berstatus Tanah Kerajaan.

Seluas 350 hektar daripada 487 hektar HS Teluk Muroh yang telah dimansuhkan penwartaannya itu telah dijadikan sebagai padang golf dan resort serta banglo yang dikenali sbagai ‘Teluk Rubiah Country Club’ dan ‘Teluk Rubiah Resort’

Tetapi pada 23 Februari 2010, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan kerajaan negeri dibawah Zambry telah men‘transformasi’ kawasan tersebut kepada ZON INDUSTRI tanpa mengambil kira ulasan dan bantahan berbagai pihak yang yang prihatin terhadap kesan yang akan dihadapi oleh alam sekitar dan sekali gus mengancam kehidupan para nelayan pantai tradisi tempatan yang miskin dan kebanyakannya orang Melayu.

Dari ZON PELANCONGAN MEWAH, kini di'TRANSFORMASI'kan kepada ZON PERINDUSTRIAN, dimana kawasan ini akan dibangunkan untuk dijadikan tapak kilang untuk sebuah syarikat dari Brazil, VALE INTERNATIONAL SA.

Apa motif Zambry sebenar disebalik memilih kawasan yang berada di lingkungan Hutan Simpan Teluk Muruh? Dan ianya sangat berhampiran dengan Tanah Rizab Melayu Pasir Panjang dan hanya bersebelahan Pusat Peranginan & Riadah Pantai Teluk Batik? Jaraknya yang terlalu hampir pastinya akan mengancam Pusat Pelancongan dan Hutan Simpan Pangkor Selatan yang telah pun di'perkosai' manusia yang rakus.

Siapa yang mengancam kehidupan orang-orang Melayu di kawasan tersebut.? Zambri tidak kisah itu semua.Dia memang penyangak yang buas. Apa yang Zambri nampak ialah balak! balak! balak!Ya, balak di Hutan Simpan itu adalah idaman sebenar disebalik pembangunan yang bertopengkan industri itu.Hantam sajalah Labu!

Baca lagi di [sini]

Sabtu, November 20, 2010

PM Najib sertai Askar Wataniah untuk buktikan patriotisme

Ipoh, 19 November – Ahli Parlimen DAP M. Kulasegaran hari ini, menggesa Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mencabar PM Najib dan menteri Kabinet yang lain membuktikan semangat patriotism mereka yang tinggi dengan menyertai Askar Wataniah.

Minggu lalu, Zahid dilaporkan telah mencabar Kulasegaran supaya membuktikan semangat patriotisme sebagai bukan-Melayu dengan menyertai Askar Wataniah Ipoh Barat .

“Zahid pada 14 November mencabar saya supaya menyertai Askar wataniah di konstituensi Ipoh Barat untuk membuktikan patriotisme saya.” katanya

Kulasegaran berkata dalam satu pernyataan hari ini bahawa baru-baru ini Zahid mencabar dirinya membuktikan bahawa pemimpin itu masih gagal untuk memahami "ketidakadilan" berkaitan dengan keengganan bukan-Melayu untuk menyertai tentera.

"Kerana kurangnya tindakan yang diperlukan dari Kabinet maka "Biarkan saya beri tahu Zahid bahawa saya tidak perlu membuktikan patriotisme saya dengan menyertai Askar Wataniah. Tidak harus seseorang dicabar untuk membuktikan patriotismenya atau untuk membuktikannya dengan menyertai tentera.

"Dengan membuat cabaran seperti itu, itu menunjukkan bahawa Ahmad Zahid masih mempertahankan pandangan bahawa menyertai askar ada hubungannya dengan semangat patriotisme seseorang ," katanya.

"Biar hari ini saya mengajukan satu soalan kepada Zahid- Adakah beliau akan mencabar perdana menteri atau bukan Melayu menyertai Tentera Wataniah untuk membuktikan patriotisme mereka?

Kulasegaran menambah kata bahawa itu adalah "mengelirukan dan mengecewakan" bahawa Kabinet tidak mengarahkan Zahid memohon maaf dan menarik kembali pernyataannya yang menyakiti perasaan masyarakat bukan-Melayu.

"Zahid bukan orang biasa tetapi Menteri Kabinet yang bertanggung jawab keatas Jabatan Pertahanan. Dan dia memberikan jawapan pada bulan Ogos diParliament .Baca seterusnya di [sini]

Al-Husseyn : Bayangkanlah PM Najib, Samy Velloo, Lim Kheng Yeik, Bung Mokhtar Kinabatangan - mereka masuk Wataniah …..tambah huru haralah Malaysia!

Isnin, November 15, 2010

Zambry menyambut raya haji pada 17 Zulhijah?

Ummat Islam seluruh dunia menyambut ‘Aidil Adha menjelang 10 Zulhijjah bersamaan 17 November 2010.Negeri Perak kini mulai heboh kerana Zambry menaikan poster untuk menyambut Raya Haji pada 17 Zulhijjah - tujuh hari selepas ummat Islam menyambutnya!


Ini mazhab mana? Korang tolong fikir-fikirkanlah sendiri! Takkanlah benda semudah ini pun boleh tak tahu….lebih baik jadi lembu - boleh kita sama-sama buat korban!

Ahad, November 14, 2010

Projek jalanraya dan projek pilihanraya?

Bukan gambar Samy Veloo, maupun Ganesan...atau
seumpamanya...sekadar hiasan nak nyedap cerita...


Nampaknya PRU sudah semakin hampir.Petandanya sudah semakin jelas.Di kampong Sungai Rokam Ipoh ini, sudah ada beberapa projek yang sedang dilaksanakan.

Padang Kanak-kanak yang telah sekian lama terbiar kini berwajah baru dengan projek untuk berjalan kak.Projek tersebut telah dimulakan pada sebulan yang lalu tapi nampaknya kini sedang direhatkan….Entah pasal apa , tiadalah saya tahu.

Projek tebatan banjir – longkang yang lebih dalam dan menambah lebarkan lagi jalan utama kampong sedang berjalan lancar.Itu semua bagus demi kebajikan rakyat.

Nampaknya, Hamidah tersenyum lebar riang sampai ketelinga melihatkan ada projek yang sedang berjalan. Dan ada juga orang kampong yang ingat itu semua hasil merupakan hasil tetek peluh si Hamidah!Poodah!

Kerja-kerja tersebut adalah dibawah kelolaan Majlis Bandaraya Ipoh. Hamidah cuma mahu tumpang semangkuk.Memang begitulah adat simangkuk hayun macam Midah nih! Kita semua patut ucapkan syabas kepada Hj. Roshidi Hashim, Datok Bandar!Dan jangan lupa, bahawa Nizarlah yang melantik Rosyidi jadi Datok Bandar Ipoh dahulu!Memang tidak sia-sia...

Inilah rupa jalan yang menyedihkan
dihadapan rumah saya...

Projek penerapan muka jalan juga sedang rancak dilakukan berhampiran dengan rumah saya, tapi jalan hadapan rumah saya masih tertap dibiarkan begitu saja.Dah berlopak sana sini dan tidak pernah diturap sejak saya beli rumah ini 25 tahun yang lampau ....

Saya pun bertanya kepada kontraktor yang membuat kerja itu.Dia kata, jalan depan rumah saya itu mungkin akan dilakukan pada fasa yang kedua oleh kontraktor lain.

Betul ke ini? Saya akan tunggu dan lihat …..mana yang akan tiba dulu ? Pilihanraya atau jalanraya?

Hanya si bahalol yang bersedih kepada media putar belit

Ketua Pemuda GERAKAN Kedah Tan Keng Liang dilaporkan bersedih kerana kononnya kebebasan media telah disekat . Beliau mendesak pemimpin kanan Pakatan Rakyat di peringkat pusat tidak berdiam diri dalam isu larangan terhadap beberapa media daripada membuat liputan di belanjawan yang akan dibentangkan di dewan negeri itu esok.

Kenapa Tan Keng Liang dan yang sewaktu dengannya tidak pernah bersedih hiba bila media selain media arus perdana negara tidak dibenarkan buat liputan persidangan DUN Perak? Nampak sangat biul dan bahalol ketua pemuda GERAKAN Kedah ini!

Kerajaan Kedah punya alasan yang lojik bagi menghalang pihak media yang sering putar belit dan menyiarkan berita biadap terhadap Kerajaan PAS Kedah sejak kebelakangan ini.

Rakyat masih bebas untuk mendapatkan maklumat sebenar Sidang Bajet 2011 Kedah yang bermula 14 hingga 16 November ini, melalui media yang dibenarkan untuk membuat liputan seperti Harakah, Sinar Harian, The Star, Makkal Osai, Malaysia Nanban, Oriental Daily, Sin Chew Daily, Kwong Wah Jit Poh, China Press, Nan Yang Siang Pau dan Guang Ming Daily.

Kalau Tan Keng Liang dan yang sewaktu dengannya mahu tahu, berkenaan Sidang Bajet tersebut, silakanlah beli Harakah atau mana-mana media yang disebutkan tadi selain keluaran NST!

Jumaat, November 12, 2010

Maka berkatalah lagi si Musang Berjanggut .....

“Amalan dalam upacara meletak ancak di tiang seri rumah pada Projek Infra Bina (IBU) di Kampung Guar, Manong 17 Oktober lalu adalah kurafat.

“Amalan ini dilarang kerana dipercayai boleh membawa kepada syirik.Walaupun sesetengah pihak menganggap ia sebagai adat sesuatu masyarakat, adat yang baik sahaja diterima dalam Islam”

Demikian kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kepada akhbar Metro pada 7 November 2010 yang lalu seperti berikut :

Tetapi setelah Harusani kena ‘basuh dan di ‘brainwash’ oleh si ‘Tiang Seri’ Zambri , maka berkatalah pula Harusani :

“Tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meletakkan ancak iaitu menaikkan tiang seri rumah di Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar, bulan lalu tidak melakukan syirik dan khurafat.

‘Beliau hanya memegang tiang dan menolaknya bersama-sama orang ramai. Tiada jampi mentera, sebaliknya hanya membaca doa selamat….’ Lihat [di sini]

Harusani tidak ubah seperti ‘Datuk Nikah Kahwin’ dalam cerita filem P.Ramlee; Musang Berjanggut yang antara dialognya berbunyi seperti berikut :

“…..itu salah besar! Salah besar! "Eh salah jugaklah ...
tapi itu tak jadi hal sebab undang-undang alam ini negeri
kanda yang bikin, itu semua boleh paderm (padam)"




Harussani seperti dilapor Berita Harian berkata, Zambry tidak mempunyai niat melakukan perkara itu, malah tidak mengetahui majlis berkenaan yang diatur penduduk boleh membawa kepada unsur syirik. Alasan Harusani saling tak tumpah seperti kelentong Zambri [di sini]

Harusani lebih baik ikut nasihat Ahmad Nisfu , Sultan Pura Cendana diakhir babak dalam cerita Musang Berjanggut itu yang berkata : “ Datok2 semua amik penchen... berhenti...”

Selasa, November 09, 2010

Zambry : Hitam-hitam si tampok manggis....

Hitam-hitam si Tampok manggis; sudahlah hitam , perangai macam iblis! Saksikanlah Klip Video Dato Tiang Seri…..


Lihatlah dan dengarkan ulasan 'Tiang Seri' Zambry di dalam video di atas dan bandingkan dengan perbuatannya yang dirakamkan pada upacara itu, segala-galanya jelas terbukti akan perbuatan khurafat 'Tiang Seri' Zambry dikhalayak ramai ... kantoi!Baca lagi [di sini]

Sabtu, November 06, 2010

Mengenang sejarah negara 1945-1957


Oleh Subky Latif

PADA 26 Oktober lalu saya menjadi penal forum bertajuk Sejarah (Negara) Tahun 1945-1957 pada seminar mengenai tajuk yang sama di USM Pulau Pinang.

Tempoh tersebut adalah perkembangan paling penting dalam sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan bagi Semenanjung Tanah Melayu dari penjajahan British.

Sekurang-kurangnya terdapat empat kejadian penting mempengaruhi penduduk bergerak menuntut kemerdekaan Tanah Melayu termasuk Singapura dalam tahun 1945. Sekalipun Singapura sebuah wilayah dibeli milik British tetapi rakyat mengira ia sebahagian dari Semenanjung Tanah Melayu.

Pertama tahun itulah pemerintahan Jepun meninggalkan Tanah Melayu. Kedua Indonesia mengisytiharkan kemerdekaannya pada 17 Ogos, 1945 yang amat menyentuh hati rakyat hingga setiap rumah orang Melayu menggantung gambar Presiden Sukarno.

Ketiga para pejuang kemerdekaan bertemu di Ipoh membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), parti politik pertama bagi wilayah itu bagi memperjuangkan kemerdekaan seperti yang dicapai umat Indonesia. Dalam perjumpaan itu buat pertama kali seruan MERDEKA bergema dipekikkan oleh Ahmad Boestamam.

PKMM dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Hilmy bersama Ishak Haji Mohamad, Ahmad Boestamam dan lain-lain adalah melanjutkan perjuangan yang sudah dirintis oleh Kesatuan Melayu Muda pimpinan Ibrahim Yaakub yang pada saat kemerdekaan Indonesia dimasyhurkan berlepas ke Jakarta dengan pandangan yang terbuka jika dirasakan wajar Tanah Melayu boleh menjadi sebahagian dari wilayah Indonesia atau ia merdeka sendiri.

Keempat pada tahun itu piagam Atlantik menyarankan agar semua kuasa penjajah memerdekakan setiap tanah jajahan dan saranan itu menjadi piagam pula bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang terbentuk sekitar masa itu juga.

Ia menjadi momentum bagi rakyat memperjuangkan kemerdekaan hingga ia tercapai pada 31 Ogos 1957.

Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan tidak ada di mana-mana di dunia adanya kemerdekaan melalui perundingan. Kemerdekaan yang diketahui hanya melalui peperangan dan menumpahkan darah. Itulah pilihan yang ada bagi Tanah Melayu pada pejuang dan penyokong PKMM.

Kedatangan semula British membaharui penjajahannya di Tanah Melayu setelah Jepun berundur, memperkenal konsep Malayan Union atau Kesatuan Malaya untuk Tanah Melayu.

Malayan Union menggagaskan Malaya untuk semua penduduknya termasuk bukan Melayu yang ada pada masa itu, penyatuan semua negeri ke dalam satu pentadbiran, dan kedudukan raja-raja dihapuskan.

PKMM tertarik pada konsepnya yang memberi peluang penyatuan nasional bagi watan setiap negeri di bawah satu identiti, bersikap terbuka kepada penduduk bukan Melayu yang ada sebelum kedatangan Jepun tetapi tiada sikap jelas tentang kedudukan raja-raja.

Tetapi Dr. Burhanuddin memberitahu rakan-rakan terdekatnya semasa memimpin PAS bahawa kewujudan raja-raja itu bukti Semenanjung menjadi negeri orang Melayu.

Dato Onn bin Jaafar bersama golongan bangsawan Melayu menggembeling semangat orang Melayu menentang Malayan Union kerana ia mahu
menghapuskan raja-raja. Tindakan Dato Onn itu mendapat sokongan orang Melayu.

Kerana orang Melayu mahukan rajanya, maka British membatalkan apa yang dipanggil Malayan Union. Ia memberi semula raja-raja kepada orang Melayu
kerana itu saja caranya bagi mendiamkan orang Melayu tetapi tidak melucutkan lain-lain isu dalam Malayan Union itu.

Atas keruntuhan Malayan Union itu Dato Onn dan bangsawan Melayu menubuhkan UMNO sebagai sebuah pertubuhan politik yang baru bagi
mempertahankan bangsa Melayu dan raja-rajanya dengan cogan hidup Melayu dalam tahun 1946.

Dato Onn dan UMNOnya tidak pernah bercakap tentang kemerdekaan, malah menyindir dan mempengaruhi beberapa raja-raja dengan nada bagaimana Melayu hendak merdeka kerana membuat jarum pun tak tahu. Bahkan ada sindiran kononnya orang Melayu lapar kalau tidak ada Inggeris.

Sekalipun slogan UMNO itu menyuarakan Hidup Melayu tetapi ia tidak membawa maksud memerdekakan bangsa dan mendaulat negara. Ternyata selama 400 tahun Melayu dijajah ia tetap hidup dan kekal sebagai orang Islam tetapi ia menjadi bangsa yang tidak berdaulat dan tidak dapat menentukan nasib sendiri.

Sekalipun UMNO menjadi saingan PKMM tetapi ia tidak mampu menyaingi pengaruh PKMM yang mahukan kemerdekaan. Walaupun British terikat dengan piagam Bangsa-Bangsa Bersatu mesti melepaskan tanah jajahannya, tetapi membenarkan yang dituntut oleh PKMM bererti melepaskan semua kepentingan barat dan melenyapkan baki idea tersembunyi Malayan Union.

Berikutan keengganan British menghalalkan Parti Komunis Malaya dan komunis melancarkan gerakan bersenjata, British menggantikan Malayan Union
dengan pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu tanpa Singapura dan diikuti pengiytiharan darurat, parti-parti politik diharamkan kecuali UMNO.

Pemimpin dan aktivis PKMM dan sayap Islamnya iaitu Hizbul Muslimin ditahan dan diburu kecuali Dr. Burhanuddin yang menetap di Singapura. Perjuangan kemerdekaan lumpuh dan yang dibenarkan bergerak ialah UMNO, apa lagi Dato Onn menerima perlantikan British untuk menjadi pegawai anak negeri paling kanan selepas British dalam kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Dato Onn menjadi Menteri Dalam Negara dan berperanan menahan aktivis pejuang kemerdekaan. PKMM mati bukan kerana ia tidak mendapat sokongan rakyat tetapi justeru ia diharamkan penjajah dan pemimpinnya ditahan.

UMNO terlepas dari tindakan bukan kerana pengaruhnya kuat di kalangan rakyat tetapi ia tidak diharamkan dan pemimpinnya seperti Dato Onn menjadi orang kanan kerajaan Inggeris di peringkat persekutuan dan yang lain-lain menjadi menteri besar di setiap negeri.

Bersambung....

Khamis, November 04, 2010

Tutup kes Bala kerana libatkan Najib-Altantuya


Oleh Mat Zahari Ali

PETALING JAYA: Tindakan Jabatan Peguam Negara menutup siasatan terhadap dua akuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramaniam adalah disebabkan kes tersebut mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan rakyat Mongolia yang di bunuh, Altantuya Shariibuu.

Ahli Parlimen Gopeng (PKR), Dr Lee Boon Chye berkata tindakan Jabatan Peguam negara tersebut bertujuan melindungi Najib yang kini telah menjadi Perdana Menteri.

"Kalau Najib betul-betul bersih mengapa takut untuk berhadapan dengan mahkamah dan undang-undang," jelas beliau ketika dihubungi FMT hari ini.

Katanya, tindakan peguam negara yang membuat keputusan terpilih dilihat sebagai usaha memperlekeh kedaulatan sistem perundangan negara selain usaha mempertahankan Najib.

"Akuan bersumpah merupakan suatu penyataan yang dilindungi oleh perlembagaan. Apabila terdapat dua akuan yang berbeza antara akuan pertama dan akuan kedua, sudah tentu akan melibatkan satu yang benar dan satu yang tidak benar.

"Berbohong dalam akuan sumpah merupakan suatu kesalahan," ujar beliau yang juga Naib Presiden PKR.

Sistem kehakiman di bawah kekangan politik

Menurut beliau lagi, tindakan pihak kerajaan dan Jabatan Peguam Negara tersebut sekali gus memperlihatkan sistem kehakiman dan perundangan di negara ini masih berada dalam kekangan kuasa ahli-ahli politik kerajaan.

"Biarlah rakyat yang menilai semua ini," tegas Dr Lee.

Pada 2 November lalu, Dr Lee dan Ahli Parlimen Bebas-Wangsa Maju, Wee Choo Keong mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan ke atas Bala dan bekas setiausaha sulit Anwar Ibrahim yang didapati membuat dua kenyataan bersumpah yang bercanggah.

Ketika menjawab di Parlimen, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz menjawab kes Bala telah di tutup oleh pihak peguam negara.

Pada 3 Julai 2009, Penyiasat Persendirian P Balasubramaniam membuat akuan bersumpah yang mendakwa Najib mempunyai hubungan dengan Altantuya.

Pada keesokannya Bala menarik balik akuan bersumpah tersebut dalam situasi yang meragukan dan bertindak meninggalkan negara ini bersama anggota keluarganya.

Sementara itu, pada Disember tahun lalu melalui wawancara siri video yang di siarkan dalam Youtube, Bala mendakwa adik Najib, Nazim Razak dan beberapa individu lain yang bertindak sebagai proksi Najib memaksanya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.
sumber

Keputusan Galas : Inna lilLahi wa-inna ilahi raji'un

LUMPUR, 4 November - Keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) telah merebut kerusi DUN Galas di Kelantan dari PAS dan mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi di Sabah, dalam satu kemenangan penting bagi BN.

Kemenangan di dua tempata tersebut akan memberikan perangsang utama kepada PM Najib dan BN di tengah spekulasi luas bahawa dia akan mengadakan PRU pada suku pertama tahun depan.

Di Galas, dengan lebih daripada 80 peratus undian dikira, BN Abdul Aziz Yusoff sudah mendahului PAS Dr Zulkefli Muhammad dengan lebih 1,000 undi.

Dan di Batu Sapi, PKR telah mengakui kekalahan dengan BN Datin Linda Tsen Thau Lin dan pekerja kempennya sudah merayakan kemenangan sebelum keputusan rasmi nanti malam.

Ini dia Ketua Samseng Tanjung Karang!

Ketua Umno Tanjung Karang (baca Ketua Samseng Tanjung Karang) Noh Omar cuba menafikan dakwaan bahawa sekumpulan samseng Umno memukul ADUN DAP Ng Suee Lim.

Belia mengingatkan Ng supaya "jangan kurang ajar" dan "jangan datang ke kawasan orang lain".

"Bukan semua orang Tanjong Karang adalah orang Umno, tetapi sudah tentu ada sana sini yang penyokong Umno. Kalau tak, macam mana saya boleh menang.

Ha! Ha! Bukankah begitu lagak seorang samseng?Memang tidak ubah dan sebiji lagak seorang samseng! Agaknya macam mana gelagatnya kalau terserempak dengan Sarif Dol, Samseng Kampong Dusun yang terkenal itu?

Putar alam akhbar Berita Harian


Bukan main mudah memberi alasan sedangkan semua orang tahu ianya adalah disengajakan untuk memberi impak dan mengambil kesempatan PRU Galas. Memang putar alam punya kes!Bagaimana Berita Harian boleh tersalah lapor seperti itu, terutama Ketua Menteri Melaka.Saman tetap saman! Lim Kit Siang mesti teruskan menyaman akhbar tersebut kerana the damage is already done! Baca berita di bawah ini…

KUALA LUMPUR, 4 Nov — Berita Harian hari ini mengakui bahawa pihaknya telah membuat kesilapan dalam laporan mendakwa Penasihat DAP Lim Kit Siang melabelkan “Umno kafir” pada satu kempen di Galas yang beliau sendiri tidak hadir.

Akhbar harian milik Umno itu mendakwa Lim mengeluarkan kenyataan “Umno orang kafir” demi mempengaruhi pengundi kaum Melayu pada pilihan raya kecil DUN Galas yang sedang berlangsung.

Berita kontroversi tersebut melaporkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai berkata, Lim membuat kenyataan demikian di depan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Berita Harian hari ini melaporkan kenyataan Ali Rustam itu tidak merujuk kepada Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.

“Ucapan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam ceramahnya, DAP semakin berani mencampuri urusan agama Islam di peti undi Kampung Baru Hulu, Gua Musang, seperti yang disiarkan Berita Harian semalam (kelmarin) bukan merujuk kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang,” kata notis ralat Berita Harian yang disiarkan di halaman lapan hari ini.

Dalam notis ralat itu, Pengarang Berita Harian turut menyuarakan rasa kesal ekoran laporan tidak tepat yang dirujuk kepada Lim sebagai berkata.

“Kesilapan dikesali — Pengarang,” kata notis itu lagi.Seterusnya baca [di sini]

Proses pengundian PRK N.45 Galas

Oleh : Nazri Abdullah, Hazayani Zakaria, Mohd Nor Yahya

GUA MUSANG, 4 Nov: Sebanyak 9.93 peratus pengundi telah keluar mengundi pada sekitar satu jam pusat pengundian dibuka pada PRK Dun Galas.

Menurut maklumat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi Jabatan Penerangan, jumlah itu tidak membabitkan pusat pengundian Pos Brooke, Hendrop, Belatim, Balar, Bihai dan Ladoi yang melibatkan masyarakat Orang Asli.

Sejumlah 11,426 pemilih berdaftar bagi Dun Galas membuang undi bermula jam 8.00 pagi ini.

7.40 am: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dijangka melawat tempat pembuangan undi di Sek. Keb. Tengku Muhammad Fakri, Sungai Terah.

Turut serta menemaninya, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

8.05 am: Dr. Zulkefli tiba di pusat pengundian Sek Keb Tengku Muhammad Fakri, Sungai Terah.

8.07 am: TG Datuk Nik Abdul Aziz tiba di Sek Ren Keb Tengku Muhammad Fakri.

8.10 am: Calon bersama Menteri Besar beredar dari pusat pembuangan undi di sini dan akan ke Sek Cina di Kampung Baru.

8.15 am: Berlaku sedikit kekecohan apabila penyokong dan perayu undi BN tidak mahu berganjak dari kawasan pintu pagar sekolah setelah diarah pihak polis.

Penyokong kedua-dua belah pihak diminta berada pada jarak lebih 50meter dari pintu masuk tempat pembuangan undi.

8.20 am: Terdapat pondok panas kedua-dua pihak, namun didirikan lebih 100meter dari tempat pembuangan undi.

8.40 am: Pengundi mula ramai keluar menunaikan tanggungjawab, ekoran cuaca redup di waktu pagi dan dikhuatiri hujan petang ini.

9.00 am: Proses pembuangan undi berlangsung dalam keadaan tenang, manakala cuaca di Galas mula mendung dan hujan gerimis mula turun.

9.05 am: Berlaku kekecohan antara perayu undi dan penyokong di hadapan pusat pembuangan undi di Sek Men Kebangsaan tengku Indra Petra 1.

9.10 am: Calon PAS bersama Menteri Besar baru sahaja beredar dari pusat pembuangan undi Sek Men Kebangsaan tengku Indra Petra 1.

9.15 am: Ketika ditemubual oleh Stesen Astro Awani, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menyeru semua masyarakat di Dun Galas mengundi parti yang memperjuangkan Islam.

Beliau juga menyeru semua penyokong mengelak dari terlibat sebarang provokasi yang boleh mencetuskan pergeseran antara penyokong kedua-dua belah pihak.

"PAS sudah buktikan kita bukan parti buat kacau, kita bergerak secara 'wasata' (sederhana)," katanya yang juga Mursyidul Am PAS.


9.20 am: Di Sek Men Kebangsaan Tengku Indra Petra 1, Polis bertindak menjarakkan kedudukan kedua-dua penyokong di sebelah menyebelah jalan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

9.25 am: Penyokong BN sedang bersorak 'hidup Umno' manakala penyokong PAS sedang berzikir diselangi laungan takbir.

9.30 am: Calon PAS, Dr Zulkefli ketika ditemui Harakahdaily menyeru kepada pengundi Galas agar keluar awal menunaikan tanggungjawab ekoran cuaca tidak menentu dan dijangka hujan petang ini.

"Saya menyeru semua pengundi keluar awal, kita risau kalau hujan turun, akan mengganggu perjalan kita untuk membuang undi."

9.31 am: Calon PAS dalam perjalanan menuju ke kawasan membuang undi di Pulai.

9.35am: Dr Zulkefli tiba di Calon smpai Sek Keb Sri Wangi.

9.40am: Polis mengarahkan penyokong BN menurunkan kain rentang memfitnah calon PAS selepas dibantah penyokong Pakatan Rakyat.


9.45am: Di pusat pengundian Sek Keb Gua Musang penyokong kedua-dua parti mula berbalas sorakan.Penyokong BN berbaju merah memegang sepanduk "PAS pembohong" manakala penyokong PAS "memegang sepanduk "Minyak naik lagi?".

9.50am: Berlaku sedikit kekecohan di sini apabila kedudukan penyokong kedua-dua parti terlalu rapat sehingga memerlukan campur tangan pihak polis.

9.51am: Setakat jam 9 pagi, peratusan keluar mengundi di Galas sebanyak 9.93 peratus. Sebanyak 1147 telah membuang undi. Ini tidak termasuk di enam kawasan orang asli.

10.00am: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad
melawat pusat pengundian Sek Keb Gua Musang.

10.02am: Menurut seorang pegawai SPR, sehingga jam 9.50, peratus keluar mengundi di Sg Terah hampir 300 orang daripada 1,912 orang yang layak mengundi. Beliau menjangkakan 400 akan turun menjelang jam 11.

10.15am:Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bertemu
dengan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan
di SK Tengku Muhammad Fakri.

10.55am: Suasana sekitar pembuangan undi masih terkawal. Di SK Sri Wangi, kedua-dua penyokong masih bersemangat merayu undi. Mereka bagaimanapun dikawal pihak polis. Pagi tadi sudah berlaku kekecohan di sini sehingga pasukan FRU dikerah berkawal.Keseluruhan Batu Papan 542.Pengundi di sini adalah antara paling ramai dengan jumlah 542 orang pengundi.

10.57am: Anggota Mafrel dilihat melakukan soal selidik kepada penyokong kedua-dua parti di Sek Keb Gua Musang dan Sek Keb Sungai Terah.

10.58am:Setakat 10 pagi, peratusan keluar mengundi sebanyak 24.02% (2775), tidak termasuk 6 kawasan Orang Asli.


11.00am: Pondok panas PAS di kawasan luar SK Seri Wangi penuh dengan pengundi yang mahu mendapatkan maklumat pengundian.

11.30am: Cuaca di Galas mulai cerah. Dijangka pengundi lebih ramai keluar sesi petang ini.

"Orang tak ramai lagi pagi ni sebab orang sini keje sendiri pagi ni, petang ramai la ni," kata seorang pengundi di sini.

11.35am: Sehingga 11 pagi, jumlah keluar mengundi di Galas sebanyak 4,589 orang atau 39.72 peratus (tidak termasuk enam kawasan Orang Asli).

Rabu, November 03, 2010

Selamat Mengundi PAS



Selamat mengundi PAS kepada para pengundi di DUN Galas.Minyak baru saja naik lagi, buat apa undi BN? Jangan persiakan peluang anda untuk menolak BN!

Kerusi DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu .PAS mewakili Pakatan Rakyat, meletakkan Dr Zulkefli Mohamad yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang.

Seramai 11,553 pengundi layak untuk mengundi pada pilihan raya kecil kali ini iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang. sumber

Ini bukan rasuah, kalau Umno yang beri

Tidak kira banyak mana pun wang yang disogokkan, itu bukan sogokkan atau rasuah kalau yang pelakunya dari kalangan Umno!

Dalam satu sidang akhbar di Sandakan hari ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan memberitahu , secara peribadi beliau telah menghubungi Najib, yang juga menteri kewangan, pada jam 9.30 pagi tadi bagi meminta peruntukan untuk menaik taraf Jalan Sibuga, sepanjang 2.75km itu.

"Perdana menteri terus meluluskan peruntukan RM16 juta dan meminta saya mengumumkannya hari ini!” katanya… [di sini] Itu bukan rasuah?

Kenapa bila ada pilihanraya kecil di kawasan tersebut, dengan mudah sahaja peruntukan pembangunan berjuta-juta diluluskan? Kenapa tidak sebelum itu?

Yang sangat menghairankan ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kata bahawa bayaran RM20 yang ditaburkan kepada orang ramai sebelum majlis jamuan makan malam anjuran Wanita Umno di Batu Sapi, Sabah bukan bertujuan membeli undi….pula tu apa dia?

Tapi bila TGNA beri wang zakat kepada tiga orang Asli yang baru masuk Islam, SPR tanpa membuang masa telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu dan berkata bahawa di mata undang-undang, wang yang diberikan oleh siapapun kepada pengundi yang boleh mengubah undi mereka, dianggap rasuah mengikut Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan raya 1954.

“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”[at-taubah : 60]Baca lagi [di sini]

Macam-macamlah alasan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang cuba pelbagai membuat dalih yang nampak cuba membodohkan orangramai!

Malaysiakini sebelum ini telah melaporkan bahawa Wanita Umno dikesan menyerahkan wang RM20 kepada mereka yang sanggup memberikan butiran peribadi dan juga mendedahkan parti mana yang disokong mereka.

Malah, perkara itu juga berjaya dirakamkan oleh seorang wartawan. Seseorang yang perlu menunjukkan myKad mereka bagi membuktikan mereka adalah pengundi di kawasan itu.[lihat sini]

Lebih baik jadi Ketua Bahagian Umno daripada jadi Ahli Parlimen ....

Adalah lebih baik jadi Ketua Bahagian Umno dikawasan Parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat kerana kerajaan BN tidak menyalurkan peruntukan RM1.5 juta untuk setiap kawasan Parlimen kepada para ahli Parlimen Pakatan Rakyat ; ia hanya diberikan kepada anggota Parlimen BN dan ditempat yang BN kalah, peruntukan itu diberikan kepada ketua bahagian Umno.

Maka beruntunglah Ketua bahagian Umno tersebut kerana tiada siapa yang akan memantau penggunaan peruntukan tersebut .....

Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Wilayah Persekutuan kepada anggota Parlimen Titiwangsa, mendedahkan perkara tersebut kepada Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali [di sini]

Subhanallah..! Masjid Tak Tersentuh Tsunami Mentawai, 50 Orang Selamat

Mentawai (voa-islam.com) -Pagi itu, sekitar pukul 10.00 WIB, langit Sikakap tampak mendung. Di luar rumah tanah tampak lanyah. Pepohonan dan rerumputan masih basah setelah diguyur hujan deras sepanjang malam. Sebentar lagi, sepertinya hujan deras bakal turun. Ya, membasuh duka Bumi Sikerei.

Di luar rumah, bau mayat menyengat. Aroma tak sedap menebar ditiup angin. Memang, hingga Jumat (29/10), mayat masih bergelimpangan di pinggir jalan. Pikiran saya langsung terbayang ratusan warga Pagai Selatan yang bertahan di perbukitan, dalam kondisi hujan badai. Selain menahan lapar, dinginnya malam, mereka harus melawan penyakit yang kini menyerang.

Ternyata benar. Hujan deras mengguyur Sikakap. Tak hanya hujan, tapi juga badai. Di posko utama, para jurnalis dan relawan telah berkumpul. Seperti biasa, setiap pagi kami siap-siap menyisir desa terpencil yang belum terjamah bantuan. Pagi itu, tim relawan dan jurnalis hendak menuju Dusun Pasa Puat di Pagai Utara. Dusun itu, semua rumah hancur. Mujur, tidak ada korban jiwa.

..."Kami dalam masjid ada sekitar 50 orang, sedangkan warga yang lain telah menyelamatkan diri ke perbukitan yang berjarak satu kilometer dari masjid. Melihat masjid tidak kena sama sekali, kami merasa heran. Setelah itu kami sadar ini adalah kehendak Tuhan,...

Perjalanan menggunakan kapal kayu atau long boat. Kapal itu mampu memuat 12 orang dan sedikit logistik untuk pengungsi. Berapa menit berlayar, gelombang dua meter menghadang. Pelayaran pun dihentikan. Setelah menunggu sekitar satu jam, boat yang dinakhodai Dayat itu dilanjutkan selama dua jam pelayaran. Sepanjang perjalanan, boat nyaris karam karena dipenuhi air. Kami sampai di tujuan sekitar pukul 17.00 WIB.

Dari pantai, Dusun Pasa Puat sunyi senyap. Sedikit pun tidak terlihat tanda-tanda seperti sebuah kampung. Permukiman penduduk rata dengan tanah. Tak satu pun rumah warga yang berdiri. Semua tiarap. Hanya ada satu bangunan berdiri kokoh menghadap pantai. Ya, sebuah masjid. Garin masjid itu juga selamat. Zulfikar namanya.

Hari beranjak senja. Hujan belum juga reda. Zulfikar tampak bersiap menunaikan Shalat Maghrib. Dalam obrolannya, pria berusia 40 tahun itu mengaku telah tingal di dusun itu sejak kecil. Sama dengan usia masjid itu yang berdiri sekitar tahun 1960 silam. "Ini masjid tertua di dusun kami. Bentuk masjid itu sudah tidak asli lagi, karena terus diperbaiki," ujar Zulfikar.

Zulfikar menceritakan, masjid ini sama sekali tidak tersentuh tsunami pada malam itu. Padahal, lokasinya tidak jauh dari pantai. Sedangkan rumah-rumah warga di sekitar masjid, rata dengan tanah. Masjid inilah yang menjadi tempat perlindungan masyarakat saat gelombang besar datang.

Seperti mukjizat, air laut hanya sampai di teras masjid. Di luar masjid, Zulfikar melihat dengan mata kepala sendiri gelombang tsunami mencapai delapan meter. "Kami dalam masjid ada sekitar 50 orang, sedangkan warga yang lain telah menyelamatkan diri ke perbukitan yang berjarak satu kilometer dari masjid. Melihat masjid tidak kena sama sekali, kami merasa heran. Setelah itu kami sadar ini adalah kehendak Tuhan," jelas pria berjenggot itu.

Zulfikar dan 50 warga lainnya tidak henti-henti mengucap kebesaran Allah. Di luar masjid, tsunami terus menerjang sebanyak tiga gelombang. Tiada yang menduga, tsunami menghindar dari masjid. "Sepertinya, di masjid air terbelah, sehingga lantai masjid pun tidak basah sama sekali," kenangnya. (LieM/jpo)

Selasa, November 02, 2010

Melaka Maju : Najib bohongi Satu Malaysia

PM Najib telah membohongi Satu Malaysia apabila OECD hari ini mengesahkan bahawa badan tersebut tidak pernah mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju kerana ia tidak mempunyai kuasa atau tidak berautoriti untuk membuat pengisytiharan seumpama itu.Lihat [di sini]

Tepat pada pukul 8.10 malam atau jam 2010, pada tarikh 20.10.2010 yang lalu, PM Najib Razak telah membohongi rakyat Malaysia, menerusi satu sidang video di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Pembohongan itu dibuat secara langsung terus ke Stadium Hang Jebat disaksikan kira-kira 50,000 orang termasuk Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Turut sama kena kelentong Najib pada malam itu ialah, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud, Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon, Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M.Kayveas. Lihat [di sini]

Isnin, November 01, 2010

Memorandum kepada Ketua Polis Negara

K. Selvach Sathiran pada 25 Oktober lalu. Dia dipukul dan ditangkap oleh sekumpulan lelaki berpakaian biasa yang mendakwa diri mereka sebagai anggota polis yang tidak memperkenalkan diri mereka secara jelas.

Selvach merupakan salah seorang saksi utama yang membuat kenyataan terhadap polis dalam inkues kes kematian R. Gunasegaran dalam tahanan pihak polis yang diputuskan baru-baru ini.

Pada hari keputusan itu disampaikan dalam inkues tersebut, polis bertindak ke atas Selvach dan datang ke rumahnya untuk menangkapnya.

Selvach kini ditahan di suatu tempat yang tidak diketahui tanpa dibenarkan untuk dihubungi oleh keluarga dan peguam, biarpun banyak usaha telah dibuat untuk menemuinya atau mengetahui kedudukannya.

Difahamkan dia kini ditahan tanpa bicara dibawah undang-undang menindas Ordinan (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) Darurat 1969 ataupun Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 yang membenarkan polis menahan seseorang itu bagi tempoh 60 hari tanpa sebarang perlindungan kehakiman dan kemudiannya perintah penahanan selama 2 tahun oleh Menteri Dalam Negeri.

Ini bukan kejadian terpencil tetapi kelanjutan daripada serangkaian panjang tindakan pihak polis yang menunjukkan kebencian mereka terhadap hak-hak rakyat, yang telah mengakibatkan penyalahgunaan kuasa polis yang mengarah kepada keganasan, penyiksaan, penangkapan sewenang-wenangnya, penahanan berpanjangan, penembakan, keganasan dalam tahanan dan kematian.

Kes penangkapan dan penahanan Selvach bertambah parah apabila dia ditangkap pada hari yang sama - selepas "keputusan terbuka (open verdict)" yang memalukan dan mengundang skandal itu disampaikan oleh Koroner Kehakiman Siti Shakirah Mohtarudin, dalam inkues mencari punca kematian R.Gunasegaran dalam tahanan polis.

Selvach merupakan salah seorang daripada tiga orang yang berada dalam tahanan polis bersama-sama dengan R.Gunasegaran dan mereka secara konsisten mengenal pasti Lans Kopral Mohd Faizal secara fizikalnya menyerang mendiang si mati. Mereka memberi keterangan walaupun terdapat ancaman terhadap keselamatan mereka oleh pihak polis dan biarpun terdapat pujukan bahawa kerjasama mereka akan menjamin mereka dibebaskan segera.

Selvach ditangkap begitu cepat dan tambahan lagi beliau ditahan di bawah tuduhan yang tidak jelas dan di bawah peruntukan perundangan menindas yang membenarkan pihak polis menahan seseorang tanpa bicara, selama dua tahun. Pelapor kesalahan seharusnya diberi jaminan perlindungan oleh sistem perundangan dan bukannya dihukum oleh para penguatkuasa undang-undang.

Kes ini telah dengan terang menunjukkan penyalahgunaan kuasa polis dan suatu kesalahan yang serius dan boleh didakwa menurut Kanun Keseksaan dan juga boleh dikenakan tindakan hina Mahkamah.

Selanjutnya, tindakan ini menunjukan pihak polis bertindak balas dengan dendam dan jelas bertujuan untuk menakutkan sesiapa saja yang bersuara melawan ketidakadilan atau kesalahan yang dilakukan oleh para anggota polis.

Perundangan tidak adil dan tidak bertamadun semacam Akta Dadah Berbahaya dan Ordinan Darurat tidak patut wujud dalam sebuah negara moden dan demokratik seperti Malaysia. Undang-undang dan pendekatan menindas ini melanggar hak-hak asasi manusia setiap rakyat yang dijamin perlembagaan serta meremehkan kuasa kehakiman dan proses perundangan.

Majlis Peguam Malaysia dan masyarakat sivil secara tegasnya telah berkali-kali menyeru pemansuhan semua undang-undang tahanan pencegahan serta untuk berhenti melakukan penangkapan dan tangkapan berulang kali yang dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

Polis tidak boleh dibenarkan untuk terus beroperasi dalam persekitaran yang bebas dan kebal daripada proses undang-undang dan kehakiman. Namun seperti apa yang jelas digambarkan dalam episod menyayat hati ini, pihak polis baru saja menyampaikan mesej mereka yang kuat, bahawa mereka boleh bertindak sesuka hati tanpa mengambil peduli undang-undang, profesionalisme pasukan polis serta undang-undang dan prosedur yang mengatur tata cara perilaku mereka.

Tuntutan Kami

Ketua Polis Negara mesti:

a) melepaskan Selvach serta-merta dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada dirinya dan keluarganya;

b) mengambil tindakan tegas, termasuklah pendakwaan jenayah dan tindakan disiplin terhadap anggota polis yang menyerang dan menangkap Selvach;

c) menyokong penubuhan Suruhanhaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), yang akan berfungsi secara bebas, sebagai lembaga luar yang akan menyiasat aduan terhadap anggota polis dan akan membuatkan pihak polis bertanggungjawab terhadap perilaku mereka;

d) menghentikan amalan menangkap dan tangkapan semula dibawah undang-undang tahanan pencegahan;

e) berjanji untuk menghormati hak rakyat untuk mendapat akses yang luas dan bebas terhadap khidmat peguam pada bila-bila masa;

f) mewajibkan pihak polis berpakaian biasa untuk memperkenalkan diri mereka dan memaparkan kad kuasa mereka apabila melaksanakan penguatkuasaan;

g) menyokong pendidikan hak asasi manusia dan program latihan, dengan maksud untuk mengubah sikap dan kaedah penguatkuasaan undang-undang.

*Memorandum ini diserahkan oleh Lawyers for Liberty (LFL) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi pihak keluarga K. Selvach Santhiran.

SUMBER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...