Followers

Jumaat, Disember 31, 2010

Ini dia mangsa rogol itu....

Siapakah gerangan pembantu rumah warga Indonesia yang menjadi mangsa rogol seorang Menteri kabinet Najib? Bagaimanakah rupa amah yang berjaya 'menarik' perasaan nafsu berahi sang menteri..

Apakah ini Robengah, mangsa kerakusan menteri itu?


sumber :ruangbicarapriamalaya.blogspot.com

Rumah sumbangan kerajaan yang memilukan

Seorang kawan menjemput saya untuk membuat liputan tentang sebuah rumah yang baru siap dibina dibawah Program Bantuan Rumah Tahun 2009.Bertempat disebuah perkampungan Melayu, Kampung Pengkalan Pegoh, Ipoh

Saya sampai hihadapan rumah tersebut dan melihatnya tidak ada apa-apa pun yang pelik.Tetapi, sahabat saya itu, Anuar Ibrahim menyuruh saya amati keadaan bumbung rumah tersebut.Barulah saya perasan, bumbung rumah menggunakan kepingan zink lama bercampur-campur.

Saya hampiri kebahagian belakang rumah tersebut dan kalian boleh lihat sendiri keadaan rumah tersebut yang kononnya telah siap dibina.

Sdr Anuar Ibrahim menuding kearah struktur bumbung rumah bahagian belakang

Difahamkan, pemilik rumah tersebut, Puan Yang Asiah bt Osman tidak dapat mendiami rumah tersebut kerana keadaannya yang begitu usang dan membahayakan.

Lihatlah keadaan palong air yang hanya dipangku oleh sebatang besi yang mudah beralih dan membahayakan.Pendawaian letrik yang tidak terurus rapid an membahayakan.

Rumah yang dikatakan siap pada 13 Nov. 2009 ini telah di bina oleh kontraktor Titian Teguh Enterprise.

Beginikah rumah sumbangan dari kerajaan Malaysia kepada rakyatnya yang miskin?

Siasat dan dedahkan siapa Anjing itu!

Putrajaya dan Jakarta digesa bertindak atas dakwaan seorang Menteri kanan Kabinet Perdana Menteri Najib Razak merogol pembantu rumahnya dari Indonesia sebagaimana yang didedahkan oleh Wikileaks.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Pengarah pertubuhan bukan kerajaan Tenaganita, Irene Fernandez menegaskan Malaysia tidak harus menutup kes itu, sebaliknya mengambil tindakan tegas demi menegakkan keadilan.

Menurut Wikileaks, pembantu rumah itu mengaku di rogol oleh menteri berkenaan di Kuala Lumpur pada tahun 2007 sebelum dia dihantar pulang ke Indonesia.

Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Badawi tidak mengambil apa apa tindakan atas hasil siasatan oleh Migrant Care, sebuah badan bukan kerajaan yang menemuramah mangsa berkenaan di Jawa Tengah pada tahun sama.

Migrant Care turut hantar laporan kepada kerajaan Amerika Syarikat dan Indonesia.

Selain pejabat Tun Abdullah, Migrant Care turut menghantar hasil siasatannya itu kepada Kedutaan Amerika Syarikat dan Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.

Hasil siasatan Migrant Care itu dibocorkan oleh wikileaks baru-baru ini dan menjadi berita utama di alam siber malaysia.

“Dikatakan bahawa menteri itu masih menteri, masih dalam kabinet dan sekiranya benar saya rasa amat pentinglah bagi kerajaan untuk membersihkan nama kerajaan. Menteri-menteri kabinet tak ramai, walaupun kita ramai tinbalam menteri, tapi orang semua memikirkan yang mana satu,” kata Khalid.

“Sebaik-baiknya kerajaan mengambil tindakan, samada untuk menafikan, atau membuktikan sebaliknya ataupun sekiranya benar, mengambil tindakan terhadap menteri tersebut. Kita difahamkan bahawa mangsa adalah pembantu rumah Indonesia yang telah berkahwin,” tambah beliau.

Irene turut menggesa jakarta mengambil iktibar supaya mempertahankan hak rakyatnya.

” Jangan ketepikan atau tutup kes ini. Rakyat mesti tahu siapa Menteri yang terlibat. Saya berharap pemerintah Indonesia mengambil ambil berat dan jangan ada persoalan diplomatik kerana sesiapa yang membuat jahat mesti bertanggungjawab,” kata beliau.

Khalid dan Irene bersetuju atas keperluan Malaysia dan Indonesia menyiasat laporan Migrant Care bagi memastikan kesahihan dakwaan itu demi membela imej kedua-dua negara itu sendiri.

“Sekiranya kerajaan tidak membuat apa-apa maka ianya akan menjejas hubungan kita dengan Indonesia di mana tanggapan orang Indonesia bahawa orang Malaysia pandang hina terhadap rakyat Indonesia itu akan terbukti benar, kalau kerajaan hanya mendiamkan diri,” tegas Khalid.

“Tak lamalah, cerita ini akan keluar, (mungkin) dengan lebih butiran lagi. Saya rasa kerajaan Malaysia harus mementingkan hubungan dengan Indonesia dan mementingkan keadilan. Kalau ada menteri yang terbabit, beliau harus digantungkan jawatan sehingga namanya dibersihkan ataupun sebaliknya,” tambah beliau.

sumber

Khamis, Disember 30, 2010

Perdana Menteri paling boros

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz pernah menyatakan bahawa pada tahun 2006, jumlah keseluruhan perbelanjaan JPM adalah RM4.3 bilion dan mencecah melebihi RM10.2 bilion pada tahun 2009. Pada tahun 2006 peruntukan untuk JPM hanyalah sebanyak RM4.3 bilion.

Pada tahun 2008, kos rombongan rasmi Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Badawi berjumlah RM5.5 juta tetapi apabila Najib mengambilalih jawatan Perdana Menteri pada 2009 dan 2010, jumlah kos melonjak tinggi iaitu RM6 juta dan RM10 juta pada tahun ini.

Rombongan rasmi Perdana Menteri dan timbalannya terpaksa menanggung kos perbelanjaan besar di London pada tahun 2008, dimana sebahagian besar kos tersebut adalah untuk membiayai Rosmah, di mana pada bulan Mei lalu beliau telah menghadiri Forum Wanita Antarabangsa di Washington dan New York," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Adalah duipercayai peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk tahun 2011 kini dinaikkan dua kali ganda daripada peruntukan tahun 2010 - daripada RM10.2 bilion kepada RM18.14 bilion.

Bolehkah Perdana Menteri menjustifikasikan peningkatan sebanyak 422 peratus atau RM14 bilion dalam tempoh 5 tahun?.

Atau apakah ini satu lagi bukti Perdana Menteri menganggap duit rakyat sebagai kepunyaan emak bapaknya?

PAS mula mengarut lagi ?


TGNA pernah berkata ,"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar Pas di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. (Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.”

Walaupun TGNA sendiri telah menolak dan menyifatkannya sebagai ‘mengarut’ rupa-rupanya masih ada lagi usaha kearah penyatuan kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno.

Sebagai Ahli PAS yang patuh kepada keputusan Muktamar 55 di Ipoh dahulu, kita patut berasa bimbang terhadap tindak tanduk yang terang-terangan membelakangi keputusan Muktamar tersebut yang sebulat suara telah menolak sebarang kerjasama dengan Umno/BN termasuk konsep ‘Unity Government’.

Anda boleh klik di sini

Berdasarkan pengalaman pahit PAS bersama Umno selama ini, perbincangan kerajaan perpaduan hanya akan memberi manfaat yang cukup besar kepada Umno tetapi pada masa yang sama merugikan PAS dan Pakatan.

Elok juga kita fahami apa sebenarnya alasan penentangan tersebut.Berikut dikeluarkan semula berita dari Harakahdaily Online:

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam bahkan perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam.

Dalam perutusan sempena dua tahun Pakatan Rakyat hari ini, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menambah, meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam.

Berikut ialah perutusan penuh beliau

Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya:

1. Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.

2. Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.

3. Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

4. Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.

5. Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.

Jadi, bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini, sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat. Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara.

Sehubungan dengan itu, demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka pihak PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu ”hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam” bersempena Muktamar PAS akan datang.

Ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan. Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah 1431 oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff adalah suatu titik persetujuan awal kita bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan. Sekaligus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut.

Sebenarnya, melalui seminar sedemikian, PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam. Di samping PAS tidak seharusnya lupa terhadap jasa dan pengorbanan para ulama’ dan pemimpin Islam terdahulu. Dan sesungguhnya, pemimpin PAS sekarang begitu terhutang budi kepada para ulama’ terdahulu, kerana berkat hasil usaha mereka jugalah, sekarang ’orang Kelantan’ sudah berada di mana-mana sahaja dalam pelbagai sektor pembangunan Negeri dan Negara.

Dan, apa yang telah dilaksanakan di Kelantan hari ini adalah suatu simbol kejayaan politik Pakatan Rakyat. Maka, PAS dan kerajaan Kelantan hari ini sudah membuat banyak penambahbaikan kepada kedudukan dan kefahaman Islam itu sendiri. Ia turut merangkumi kehendak politik rakyat pelbagai kaum. Semuga akan datang, akan lahir kalangan pemimpin Islam yang mewakili pelbagai kaum – kalangan orang Cina atau India – layak menyambung sejarah Islam. Ini kerana sejarah awal Islam membuktikan orang Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu. Ia bermakna, orang Cina dan India layak dan mustahak turut sama menyebarkan Islam di negara ini.
Apa yang utama, penglibatan semua kaum dalam politik dan dakwah akan menyuburkan lagi nikmat persaudaraan di sebalik Allah Subhanahu wa taala jadikan manusia itu pelbagai kaum. Firman-Nya, maksudnya, "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).[al-Hujuraat, 49: 13]

Semoga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Mursyidul Am PAS,
merangkap Menteri Besar Kelantan.
22 RabiulAwwal 1431 bersamaan 8 Mac 2010.

Rabu, Disember 29, 2010

Sultan pun kena patuh perlembagaan negeri

Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, perlantikan untuk jawatan Setiausaha Negeri, Penasihat Undang-undang dan Pegawai Kewangan Kerajaan adalah termaktub di bawah Perkara 52, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

“Mereka perlu menandatangani dan mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar, dan perlantikan ini juga sebaik-baiknya mendapat perkenan daripada Sultan.

Tetapi menurut undang-undang negeri, sekadar mendapat perkenaan Sultan adalah tidak mencukupi, ia perlu mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar,” katanya.

Beliau membidas kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohd Manir Bani yang mengumumkan kepada media hari ini bahawa perlantikan Khusrin telah mendapat perkenan Sultan dan merupakan perlantikan yang muktamad.

“Keputusan ini tidak wajar diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebelum mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri Selangor, bahkan kalau ikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bawah Perkara 52, ia mengatakan bahawa calon yang akan menyandang jawatan setiausaha negeri ini perlu mengangkat sumpah setia rahsia di hadapan Menteri Besar,” katanya.

Kalau jumpa muka ini, bolehlah ludahkan!

Beberapa hari yang lepas, seorang kawan dari Umno bertanyakan saya tentang heboh diperkatakan di Internet tentang Adun Selinsing ditangkap buat maksiat dengan isteri orang dalam koc keretapi.

Entahlah, jawab saya, kerana saya dah lama tak jengok-jengok Internet dan berjanji akan menyelidiknya.

Rupa-rupanya, cerita itu bersumber daripada situkang fitnah – Papa Gomo (gambar). Tolong ludahkan mukanya dengan kahak-kahak sekali! Kickdefella pula tumpang sekaki dengan menulis antaranya :

Video ceramah oleh bekas anggota pasukan keselamatan Menteri Besar Kelantan bernama Ustaz Saidi adalah antara video tempatan terhangat di youtube masakini. Di dalam video tersebut Ustaz Saidi mengaku telah menangkap Saipul Bahrin yang hanya berseluar dalam sedang bersama seorang guru yang merupakan isteri orang, di dalam bilik di koc kelas pertama. Menurut Ustaz Saidi lagi, guru tersebut hanya bertuala warna merah.

Setelah menangkap YB Ustaz Saipul, Saidi menyerahkannya kepada Nik Aziz untuk diambil tindakan. Bagaimanapun Saidi kecewa bila Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan dan Tuan Guru Mursyidul Am PAS dilaporkan sehari kemudian memaklumkan bahawa “Allah Ta’Ala dah maafkan Ustaz Saipul”.

Banyak persoalan yang timbul disini, pertama, kenapa Ust saipul dibawa kepada TGNA ? Sepatutnya bawalah kepada mana-mana Pegawai Pencegah Maksiat Majlis Agama Islam Kelantan untuk dakwaan.

Kedua, takkanlah pintu koc itu tidak berkunci dan begitu mudah orang luar menceroboh masuk kedalamnya. Dan ketiga, tiada bukti yang kukuh seperti gambar dan sebagainya.Ingatkan video itu ada memaparkan adegan lucah, rupa-rupanya hanya fitnah sahaja.Lihat videonya di sini

Dan amat terbukti sekali pembohongan tersebut bila saya menjengok laman ini.Memang Papa Gomo tukang fitnah itu kantoi kali ini.

Selasa, Disember 28, 2010

Ini Gila Babi punya Kes

Najib pernah tuduh isteri pertamanya dulu, Tengku Puteri Zainah gila babi semata-mata untuk kahwin dengan isteri orang. Dia membeli isteri orang untuk dikahwini.Rupa-rupanya terbukti bahawa Najib sendiri yang tersampuk dengan penyakit gila babi!

Macamana tidak?, tiba-tiba Tan Sri Isa Samad yang pernah disabitkan dengan rasuah pada 24 Jun 2005 oleh Panel Lembaga Disiplin Umno dilantik sebagai Pengerusi Felda!

Bahawa pemilihan Isa Samad ini menunjukan bahawa Najib tidak serius untuk membenteras gejala rasuah yang berleluasa dalam negara.; kalau tidak masakan seorang yang dikenali sebagai ikon rasuah boleh dilantik ke jawatan tersebut.

Isa telah didapati bersalah kerana rasuah politik (bagi duit untuk mendapatkan undi) dan telah di gantung keahlian selama enam (6) tahun.Isa bernasib baik kerana hukumannya dikurangkan kepada tiga (3) tahun sahaja selepas merayu.

Isa, besar kemungkinanya terpaksa merengkok dalam penjara entah berapa tahun lamanya kalau kes rasuahnya itu di bawa ke BPR (sekarang SPRM).

SPRM tidak berani untuk menyiasat Isa Samad dan begitu juga Jawatankuasa Disiplin Umno yang terpaksa mengurangkan hukuman gantung keatas Isa dari enam tahun atau dua penggal kepada tiga tahun sahaja selepas beliau membuat rayuan.

Desas desus mengatakan ini semua kerana Najib terhutang budi dengan Isa Samad yang pernah menolongnya sewaktu ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di Port Dickson dengan seorang penyanyi terkenal tanah air

Rabu, Disember 15, 2010

RPK ramal Parlimen Gantung selepas PRU ke-13

KUALA LUMPUR, 13 Disember - Blogger berpengaruh Raja Petra Kamarudin telah menganggarkan bahawa Malaysia akan pergi cara Inggeris dalam pilihanraya umum akan datang, spekulasi luas yang akan diadakan dalam tiga bulan ke depan.

Sebelum Pilihanraya 2008, dia telah mengisytiharkan bahawa pembangkang akan mengambil 90 kerusi persekutuan dan lima negeri, yang mengejutkan hampir dengan keputusan akhir.

"Saya meramalkan ianya akan menjadi Parlimen digantung," kata editor –yang mengasingkan diri daripada laman berita Malaysia Today tadi malam dalam siaran internet langsung dari London.

Sebuah Parlimen Gantung, juga dikenali sebagai Parlimen seimbang dalam sistem dua parti, adalah di mana tidak ada pihak yang mempunyai majoriti keseluruhan dan akan perlu untuk memujuk sokongan dari ahli parti saingannya untuk meluluskan undang-undang.

Pengkritik vokal kerajaan membalas satu pertanyaan bahawa pakatan politik selanjutnya akan membentuk kerajaan persekutuan disuarakan oleh salah seorang penonton forum awam pertama Malaysia Civil Liberties Movement (MCLM).

MCLM adalah pakaian bebas Raja Petra ditubuhkan dua bulan lalu dan terdiri dari warga Malaysia di luar negeri yang melobi untuk reformasi politik dengan menawarkan parti politik yang stabil profesional dan non-partisan aktivis hak-hak sivil untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum ke-13.

Raja Petra telah menamakan peguamcara terkemuka dan aktivis hak asasi manusia Malik Imtiaz Sarwar sebagai calon pertama dari MCLM. .Yang lain akan dinamakan kemudian di KL, beliau menambah.

Beliau yang berusia 60 tahun mendasarkan pandangannya tentang Parlimen bergantung atas ketidakpuasan yang berkembang di Malaysia Timur, yang ia telah amati dan telah membekalkan kuasa Barisan Nasional (BN) sokongan majoriti selama beberapa dekad.

"Bagaimana Pakatan menangani Malaysia Timur akan mempunyai faktor yang sangat besar dalam siapa yang membentuk kerajaan," kata blogger dikenali sebagai RPK.

Raja Petra, yang telah menyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak gelombang pertama reformasi tahun 1998, menarik sokongannya bagi pemimpin pembangkang dan pakatan DAP-PKR-PAS awal tahun ini.

Raja Petra mendapati bahawa Sabah, Sarawak dan Labuan, yang secara tradisional memilih BN, telah menjadi bosan kerana diperlakukan sebagai "bank undi" oleh Putrajaya.

Dia meramalkan pola suara mungkin berubah kerana hal ini.

Kedua-dua negara dan satu wilayah persekutuan di Malaysia Timur bersama-sama menduduki 57 kerusi dari jumlah keseluruhan 222 di Dewan Rakyat, dan membuat hampir satu perempat daripada ahli di dewan perundangan.

Suara mereka secara tradisional telah dilemparkan dalam menyokong BN, tapi Raja Petra meramalkan kemungkinan akan berubah.

"Saat ini, sentimen di Sabah dan Sarawak adalah bahawa Pakatan dan Barisan keduanya benar-benar tidak berharga.

"Sentimen saya adalah bahawa hal itu akan menjadi banyak pertandingan tiga penjuru di Malaysia Timur dengan banyak independen bertarung," katanya.

Berpakaian baret biru dan kacamata bulat Harry Potter-seperti di pembicaraan kelmarin, Raja Petra mengamati bahawa pakatan pembangkang persekutuan, Pakatan Rakyat (PR), telah gagal memanfaatkan ketidakpuasan hati tumbuh di akar umbi 'untuk mempengaruhi lebih ramai penyokong berpihak kepadanya.

"Pandangan saya adalah bahawa Pakatan tidak menangani Malaysia Timur dengan baik ... dan itu akan menjadi bumerang," tambahnya.

Ia merujuk sikap perkauman-agama antara UMNO dan PKR dan berkata cabaran atas supremasi bangsa dan agama tidak memiliki daya tarik di Malaysia Timur di mana multikulturisme adalah sebahagian daripada kehidupan mereka.

Namun dia menambah, hal ini bermakna BN akan menang.

"Jika anda menanya saya lagi sewaktu Tahun Baru Cina, saya boleh memberikan ramalan yang lebih tepat," kata Raja Petra.

UK, Australia, Kanada dan New Zealand adalah contoh dari pusingan terbaru dari Parlimen digantung.

Sebuah Parlimen bergantung bererti parti yang berkuasa akan perlu untuk memujuk ahli saingan pihak untuk lulus undang-undang.

Dua tahun lalu, sebelum Malaysia melangkah ke PRU-12, Raja Petra telah meramalkan pakatan pembangkang akan memenangi 90 kerusi dan mengambil alih lima kerajaan negara - Kelantan, Terengganu, Perlis, Perak dan Pahang.

Tiga parti itu berjaya memenangi 82 kerusi tetapi gagal untuk mengambil alih Perlis dan Terengganu. Sebaliknya, mereka menggulingkan kerajaan negeri BN di Pulau Pinang dan Selangor.

sumber : Malaysian Insider

Isnin, Disember 06, 2010

Penyanggak Tempe dihadapkan ke mahkamah

Bekas menteri besar Selangor, Mohd Khir Toyo dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah. Kedua-duanya tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam. Beliau tidak mengaku bersalah ketika tuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Beliau didakwa memperolehi, bagi dirinya dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam dari Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayron pada harga RM3.5 juta, sedangkan lot-lot itu dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.

Khir Toyo didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007. Tuduhan terhadap ADUN Sungai Panjang itu yang juga ketua pembangkang di DUN Selangor, adalah mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, membawa hukuman maksimum dua tahun penjara atau didenda, atau kedua-duanya.

sumber : Malaysiakini

Himpunan dan Dialog Ketua-Ketua Kampong Pakatan Rakyat Perak

Satu Majlis Himpunan dan Dialog Ketua-Ketua Kampong Pakatan Rakyat Negeri Perak bersama peguam dan pimpinan Pakatan Rakyat akan diadakan pada Selasa 7 Disember 2010 jam 5.00 petang di Musalla Paya Renggam , Padang Rengas, Perak.

"Semua Ketua-Ketua Kampong Pakatan Rakyat diwajibkan hadir untuk menjayakan program tersebut." Demikian dimaklumkan oleh pengerusi Ketua Kampong Pakatan Rakyat Perak Saudara Ridzuan Asit

Selaku Pengerusi Penganjur , Ridzuan turut memaklumkan bahawa PAS Padang Rengas akan mengadakan Karnival Mesra Rakyat pada hari tersebut yang bermula pada jam 8.00 pagi yang akan di serikan dengan beberapa acara yang menarik.

Antaranya ialah acara sukan oleh pihak Pemuda, masak memasak dan gubahan bunga oleh Muslimat.

Selain itu, orang ramai boleh melihat pameran yang diadakan oleh PDRM dan Bomba Malaysia.

Acara kemuncak karnival tersebut ialah pada sebelah malamnya, dimana satu majlis ceramah oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang akan diadakan.Turut bersama beliau nanti ialah Pesuruhjaya PAS Perak , Ust Abu Bakar Husain dan DS Nizar Mohamad.

Orang ramai dipersilakan hadir untuk bersama mengikuti ehwal politik semasa khususnya di Perak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...