SILA KLIK GAMBAR

Followers

ARTIKEL TERBARU

Selasa, Mac 29, 2011

YB Mujahid bakal Timbalan Presiden?


Membaca tajuk di sini menggerakan minat saya untuk mendapat kepastian daripada tuan punya diri lalu saya menghubungi beliau pagi tadi.

“Benarkah YB akan bertanding Timbalan Presiden?” terjah saya.

“Siapa kata gitu?” Balasnya dengan rasa agak terkejut.

“Ada dalam blog ni….” Balas saya.

“Ah! Blog! Saya tidak pernah sebut saya akan bertanding…” jelas Mujahid.

“Saya hanya menghormati hak perwakilan untuk pencalonan ; itu bukan bermakna saya menerima pencalonan tersebut – menerima atau menolaknya adalah hak saya,” tambahnya lagi.

Hanya dua pencalonan diperlukan bagi melayakan bertanding. Apakah Mujahid akan menerimanya jika ada cukup pencalonan?Bukan susah mana untuk mendapat dua pencalonan!

Menjawab persoalan tersebut, Mujahid berkata terpulang kepada keadaan samada jemaah mahukan perubahan atau tidak.

"Saya tidak akan bertanding jawatan itu, kalau sekiranya saya tidak dapat membuat apa-apa perubahan yang positif kepada perjuangan PAS." Katanya yang juga ahli parlimen Parit Buntar.

Ditanya mengenai adanya rungutan terhadap buku beliau 'Menuju PAS Baru' , beliau berkata apa yang beliau tulis itu tidak semestinya semuanya 100% betul dan tidak semestinya pula 100% salah.

“Ianya sebagai bahan pencambahan minda untuk umum dan supaya menjadi asas lonjakan paradigma parti ke hadapan,” jelas Mujahid.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan di sini beliau tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden parti Islam itu pada pemilihan Jun ini.

Penyandang Timbalan Presiden sekarang, Nasarudin Mohd Isa dilaporkan tidak akan mempertahankan jawatan tersebut menjadikan kekosongan jawatan itu nanti menjadi teka teki yang agak menarik.

Selain Mohamad Sabu yang kini mendapat pencalonan dari kawasan Kubang Kerian, ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilaporkan berminat untuk jawatan tersebut.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...