Menteri Besar Kudeta Perak, Zambry Abd Kadir diminta supaya berhenti memperbodohkan rakyat dengan "Sandiwara" nya terhadap kilang kontroversi rare earth.Zambry cuba menyimpan agenda tersembunyi tentang pembinaan satu kilang di Bukit Merah di sini. Kerajaan BN negeri sedang bekerja diam-diam untuk memastikan kejayaan usaha sama kontroversi ini.
Kenapa Zambry tidak berani tampil membuat kenyataan secara terbuka berhubung MoU tersebut?
Sebaliknya, Zambry memilih untuk menikus dan membiarkan Mah Han Soon dan Hamidah Osman untuk membuat kenyataan yang saling bertentangan.
Hamidah dilaporkan berkata bahawa kerajaan Perak tidak akan membenarkan kilang bumi jarang/ rare earth kedua dibina di Bukit Merah.
Namun Pakatan Rakyat tidak percaya terhadap jaminan Barisan Nasional bahawa Memorandum of Understanding (MoU) yang ditandatangani antara syarikat yang berpusat di Hong Kong dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) untuk explorasi dan perlombongan di negeri itu tidak akan bertujuan membina satu lagi kilang tanah rare earth di Bukit Merah.
Dalam satu pengajuan ke Hong Hong Bursa pada tarikh 18 Mei, Commerce Venture Manufacturing (CVM) Minerals Ltd mengatakan pihaknya telah menandatangani persefahaman dengan PKNP, yang dilaporkan bersetuju untuk melaksanakan projek secara joint-venture di Bukit Merah.
Ahli Parlimen Batu Gajah, DAP Fong Po Kuan berkata: "MoU tersebut menentukan memasuki atau membentuk satu usaha-sama di Malaysia bagi tujuan eksplorasi dan perlombongan rare earth dan mineral lain yang berpotensi dan aktiviti di suatu kawasan di Bukit Merah."
Perkataan "'Aktiviti' membawa pengertian agenda tersembunyi kerajaan negeri ... kita tidak tahu apa usaha sama akhirnya yang akan termetrai tetapi hal ini belum lagi terdedah kepada umum," katanya.
Namun, Malaysia dikejutkankan untuk menangani isu ini ketika CVM mengumumkan tentang hal tersebut di Hong Kong, katanya.
CVM, melalui anak syarikat CVM tempatan Metal Recycle Sdn Bhd, telah memohon mendapatkan lesen daripada Pejabat Tanah dan Galian Negeri untuk meneroka satu kawasan seluas 250ha di Bukit Merah.
Fong juga menunjukkan laporan awam yang bertentangan yang dibuat oleh para pemimpin BN dan CEO PKNP Samsudin Hashim.
Samsudin dilaporkan telah mengatakan hal itu masih dalam kajian dan kerajaan negeri belum memberikan kelulusan.
Namun, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan dan Persekitaran Negeri, Mah Han dilaporkan sebagai berkata bahawa walaupun projek ini diberikan kelulusan, kilang pemprosesan tanah jarang/ rare earth tidak akan dibina.
Fong menegaskan bahawa tidak ada mekanisma keselamatan dalam MoU untuk memastikan bahawa joint venture tersebut tidak mengakibatkan pembangunan kilang tersebut.
sumber






0 comments:
Catat Ulasan