Sempena nyambut Hari Raya hari ini, setan dan iblis dah mula buat kerja overtime masing-masing? Ini berita yang dilapor oleh Utusan Meloya :
100,000 orang serikan rumah terbuka PM, Jemaah Menteri
PUTRAJAYA 30 Ogos – Lebih 100,000 orang menyerikan sambutan Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana sempena sambutan Aidilfitri hari ini.
Dan ini pula oleh Berita Hairan :
Lebih 100,000 serikan rumah terbuka PM dan jemaah menteri
PUTRAJAYA: Lebih 100,000 orang menyerikan sambutan Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana sempena sambutan Aidilfitri hari ini.

Kedua-dua berita diatas adalah bersumberkan daripada Berita Nasional Malaysia atau Bernama.Tetapi nampak sangat Utusan Meloya dan Berta Hairan merupakan tukang karut kaki putar alam kerana sangat berlainan dengan apa yang dilaporkan oleh Bernama :
Ribuan Banjiri Rumah Terbuka PM Dan Jemaah Menteri Di Seri Perdana
(Bernama) -- Ribuan rakyat berbilang kaum mula mengunjungi Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini yang bermula tengah hari ini.
Orang ramai mula membanjiri pekarangan Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri, sejak pukul 11 pagi untuk sama-sama memeriahkan sambutan Aidilfitri bersama pemimpin negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berbaju Melayu warna merah lembayung bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta barisan menteri Kabinet mula menerima tetamu pada 12 tengah hari.
Cuaca panas terik tidak melunturkan semangat orang ramai yang berbaris untuk bersalaman dengan Perdana Menteri dan para kenamaan.
Antara yang hadir ialah pemimpin komponen Barisan Nasional, pemimpin parti-parti politik, duta asing dan ahli korporat.
Rumah terbuka itu dijadual berlangsung sehingga 6 petang. --BERNAMA

Dengan kehadiran begitu ramai rakyat berbilang kaum, menunjukkan bahawa sokongan terhadap PM Najib kembali pulih 1000%. Mereka ini datang hanya untuk memberi sokongan dan bagi melihat wajah PM dan isteri yang mereka cintai dari lebih dekat lagi. Selepas puas bersalam dan menatap wajah PM dan isteri, mereka pun pulang dengan perut kenyang setelah menatap wajah PM tersebut. Tidak seperti para pemimpin pembangkang, rakyat datang kerana mahu makan dan mendapat wang upahan, kerana itulah ceramah dan majlis pembangkang hanya dihadiri 5 ke 6 orang sahaja termasuk emssi. Buatlah PRU13 awal kerana sokongan rakyat amat memberangsangkan kepada PM 1Malaysia.
BalasPadamSelepas puas bersalam dan menatap wajah PM dan isteri, mereka pun pulang...kemudian Najib dan Rosmah senyap-senyap pergi chow ke Australia ....
BalasPadam